Milikan tunggal, perkongsian, perbadanan atau bentuk organisasi perniagaan lain (selepas ini dirujuk sebagai entiti perniagaan) boleh menjadi Pemilik UnFranchise dengan syarat dokumen yang dihantar memperincikan semua pemilik, rakan kongsi, pemegang saham, pengarah dan/atau pegawai dalam perniagaan, bukti pengenalan mereka dan faedah pemilikan mereka. Semua entiti perniagaan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) dan menghantar dokumentasi perniagaan yang berikut kepada Market Malaysia:
Pemilik, rakan kongsi atau pegawai yang menghantar dokumen ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat kontrak bagi pihak entiti perniagaan. Namun, seseorang individu tidak boleh didaftar lebih daripada satu Bisnes UnFranchise dalam sebarang bentuk. Jika Bisnes UnFranchise entiti perniagaan dimiliki oleh mana-mana individu yang merupakan warganegara mana-mana negara atau wilayah yang tidak terbuka kepada Market America dan syarikat sekutu untuk menjalankan perniagaan, maka prinsipal entiti perniagaan perlu menyediakan dokumentasi yang menunjukkan bahawa majoriti faedah pemilikan dipegang oleh warganegara atau penduduk tetap di negara dan/atau wilayah yang terbuka kepada Market America dan syarikat sekutu untuk menjalankan perniagaan.
Permohonan Awal: Bagi membolehkan entiti perniagaan memohon sebagai Pemilik UnFranchise, entiti perniagaan mesti mendapatkan, melengkapkan dan menghantar dokumentasi yang sewajarnya kepada Market Malaysia.
Profil Pendaftaran Syarikat: Semua pemohon baru mesti menghantar sesalinan Profil Syarikat mereka dalam tempoh 10 hari kalendar dari tarikh awal permohonan mereka bagi mengelakkan Bisnes UnFranchise dibatalkan.
Perubahan Status: Pemilik UnFranchise boleh mengubah status daripada individu kepada entiti perniagaan, atau daripada entiti perniagaan kepada individu, dengan menghantar dokumentasi yang betul dan lengkap.
Kelayakan: Selain itu, dengan menghantar dokumentasi entiti perniagaan, Pemilik UnFranchise mengesahkan bahawa tiada individu dengan faedah hutang atau ekuiti dalam perniagaan berminat dalam Bisnes UnFranchise Market Malaysia dalam tempoh 270 hari dari tarikh serahan dokumentasi yang sewajarnya (melainkan perniagaan tersebut adalah sambungan daripada Bisnes UnFranchise sedia ada yang menukar caranya menjalankan perniagaan).
Kegagalan Menyerahkan Dokumentasi yang Diperlukan: Jika Permohonan dan Perjanjian diterima daripada entiti perniagaan tanpa dokumentasi yang sesuai dalam tempoh 10 hari kalendar dari tarikh mula permohonan, kontrak Pemilik UnFranchise untuk Bisnes UnFranchise itu akan dibatalkan.
Untuk bertukar daripada individu kepada Perniagaan UnFranchise entiti perniagaan, Pemilik UnFranchise mesti menghantar surat kepada Pejabat Pematuhan Lapangan Global (Pematuhan Lapangan) yang mengandungi dokumentasi entiti perniagaan bersama dengan bukti pengenalan individu yang diperlukan berdasarkan keperluan yang dinyatakan dalam Sek. 1 di atas, yuran pemprosesan sebanyak RM42 bagi setiap BDC yang akan dikenakan caj, dan tandatangan Pemilik UnFranchise.
Pemadaman Nama daripada Perniagaan UnFranchise: Untuk memadamkan nama anda daripada Perniagaan UnFranchise sedia ada, anda mesti menghantar Borang Pemadaman Nama kepada Market Malaysia. Borang tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pemilik UnFranchise yang akan dipadamkan namanya dan mana-mana Pemilik UnFranchise yang masih berada dalam Perniagaan UnFranchise yang sama (semua nombor ID mesti disertakan). Semua tandatangan pada Borang Pemadaman Nama mesti ditandatangani sendiri oleh semua pihak dengan menunjukkan ID Malaysia dan disaksikan oleh pekerja Market Malaysia.
Penambahan Nama dalam Perniagaan UnFranchise Sedia Ada: Penambahan nama dalam Perniagaan UnFranchise sedia ada jarang dibenarkan, sangat tidak digalakkan, dan hanya akan diluluskan dalam kes yang sangat terhad dan khusus atau dalam hal keadaan peringan dan unik. Untuk meminta penambahan nama dalam Perniagaan UnFranchise sedia ada, Pemilik UnFranchise yang membuat permohonan mesti menghantar surat yang telah ditandatangani yang menerangkan sebab bagi permohonan tersebut, bersama dengan Borang Penambahan Nama, kepada Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global. Semua tandatangan pada Borang Penambahan Nama mestilah ditandatangani sendiri oleh semua pihak dengan menunjukkan ID Malaysia dan disaksikan oleh pekerja Market Malaysia. Selepas kajian dan siasatan dilakukan, Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global akan memaklumkan keputusannya kepada Pemilik UnFranchise yang membuat permohonan tersebut secara bertulis. Sila beri masa lebih kurang dua minggu untuk menyelesaikan proses tersebut.
Penukaran Nama Sedia Ada bagi Perniagaan UnFranchise: Menukar nama sedia ada dalam Perniagaan UnFranchise jarang dibenarkan, sangat tidak digalakkan, dan hanya akan diluluskan dalam kes yang sangat terhad dan khusus atau dalam hal keadaan peringan dan unik. Untuk memohon penukaran nama bagi Perniagaan UnFranchise sedia ada, Pemilik UnFranchise yang membuat permohonan mesti menghantar surat yang telah ditandatangani yang menerangkan sebab bagi permohonan tersebut kepada Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global. Semua individu yang disenaraikan pada Perniagaan UnFranchise mesti menandatangani surat tersebut. Semua tandatangan pada surat permohonan mestilah ditandatangani sendiri oleh semua pihak dengan menunjukkan ID Malaysia dan disaksikan oleh pekerja Market Malaysia. Selepas kajian dan siasatan dijalankan, Jabatan Pematuhan akan memaklumkan keputusannya kepada Pemilik UnFranchise yang membuat permohonan tersebut secara bertulis. Sila berikan masa lebih kurang dua minggu untuk menyelesaikan proses tersebut.
Market Malaysia akan menganggap setiap pasangan berkahwin sebagai satu Perniagaan UnFranchise. Pasangan berkahwin tidak boleh mempunyai Perniagaan UnFranchise yang berasingan. Jika dua orang Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia pada masa ini, berkahwin atau merancang untuk berkahwin, mereka mesti menghubungi Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global bagi mendapatkan arahan lanjut, memandangkan perkahwinan antara Pemilik UnFranchise boleh memberi kesan kepada pelbagai dasar, termasuk larangan memiliki beberapa Perniagaan UnFranchise.
Jika suami/isteri bercerai atau jika entiti perniagaan dibubarkan, maka seorang daripada Pemilik UnFranchise yang terlibat mesti menghubungi Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global di Market Malaysia berkenaan kawalan bagi Perniagaan UnFranchise tersebut dan hak untuk menerima komisen selepas perceraian atau pembubaran. Jika semua pihak yang terlibat bersetuju berkenaan kawalan dan pemilikan perniagaan tersebut selepas perceraian atau pembubaran, dan jika perjanjian tersebut direkodkan dalam dokumen yang ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dan disahkan, maka Market Malaysia akan menghormati perjanjian tersebut. Market Malaysia tidak akan membahagikan sesebuah Perniagaan UnFranchise. Jika Market Malaysia menerima notis pertikaian munasabah antara pihak yang terlibat, maka Market Malaysia akan memegang komisen dalam eskrow dan tidak akan melaksanakan sebarang pertukaran kawalan bagi Perniagaan UnFranchise tersebut sehingga Market Malaysia menerima perjanjian yang telah ditandatangani dan disahkan atau menerima salinan arahan mahkamah yang diperakui dengan jelas bagi menyelesaikan perkara ini.
Di bawah Terma dan Syarat Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas, hanya seorang Pemilik UnFranchise dibenarkan bagi setiap alamat (isi rumah). Beberapa Perniagaan UnFranchise dalam satu isi rumah menjadi suatu kesalahan pelanggaran kontrak dan menjadi asas kepada penamatan kontrak melainkan kelulusan bertulis diperoleh terlebih dahulu daripada pihak syarikat.
Kelulusan: Pemilik UnFranchise mesti memohon kelulusan untuk mempunyai Perniagaan UnFranchise yang kedua dalam isi rumah yang sama SEBELUM menghantar permohonan tersebut. Pemilik UnFranchise mesti menulis kepada syarikat (untuk perhatian: Pejabat Jabatan Pematuhan Lapangan Global), menyatakan keadaan tersebut dan menerima kelulusan secara bertulis daripada pihak syarikat. Kegagalan untuk memperoleh kelulusan sebelum menghantar permohonan tersebut boleh menyebabkan pembatalan Perniagaan UnFranchise yang kedua. Pihak syarikat juga boleh dikehendaki Perniagaan UnFranchise untuk membeli dahulu semua produk yang dikembalikan, dengan BV ditempatkan dalam BDC-001. Kegagalan untuk mendapatkan kelulusan yang betul juga boleh menyebabkan penamatan kedua-dua Perniagaan UnFranchise.
Pembatasan: Jika pihak syarikat meluluskan Perniagaan UnFranchise tambahan dalam isi rumah atau alamat yang sama, Perniagaan UnFranchise ini TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGAKTIFKAN MANA-MANA PUSAT PEMBANGUNAN PERNIAGAAN. Perniagaan UnFranchise yang kedua tidak akan mempunyai penaja yang dinyatakan dalam pangkalan data komputer Market Malaysia.
Penyiasatan: Pihak Syarikat berhak untuk menyiasat Pemilik UnFranchise yang berkongsi nombor telefon yang sama atau alamat penghantaran yang sama yang boleh dianggap mempunyai beberapa Perniagaan UnFranchise dalam satu isi rumah. Penyiasatan boleh menyebabkan penangguhan bayaran komisen. Apa-apa akibat yang timbul daripada tindakan ini akan ditanggung oleh Pemilik UnFranchise berkenaan.
Pemilik UnFranchise mesti memaklumkan Market Malaysia dengan segera tentang apa-apa perubahan alamat/nombor telefon dengan menggunakan “Borang Permohonan Pengemaskinian Profil Pemilik UnFranchise” (yang terdapat dalam talian di my.UnFranchise.com), atau Pemilik UnFranchise boleh mengemas kini maklumat mereka sendiri secara dalam talian di my.UnFranchise.com. Adalah dinasihatkan supaya pertukaran alamat/nombor telefon dihantar seawal 30 hari, jika boleh. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan Perniagaan UnFranchise anda menghadapi masalah berkenaan dengan keperluan penajaan, beberapa Pemilik UnFranchise di alamat yang sama, tidak dapat menerima Majalah Pemilik UnFranchise, terlepas penghantaran dan sebagainya.
Pemindahan penajaan jarang dibenarkan, sangat tidak digalakkan dan hanya diluluskan dalam keadaan aktiviti yang telah disahkan tidak beretika yang sangat khusus atau dalam hal keadaan peringan dan unik yang lain. Mengekalkan integriti penajaan adalah wajib bagi kejayaan keseluruhan Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise Market Malaysia dan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusannya. Pihak syarikat akan mengawal pemindahan seperti yang berikut:
Pentadbiran: Pemindahan penajaan mesti diluluskan secara bertulis oleh Jabatan Pematuhan sebelum dokumentasi yang diperlukan dihantar. Jika diluluskan, semua permohonan pemindahan perlu mendapat tandatangan penaja Pemilik UnFranchise (jika aktif) dan lima Pemilik UnFranchise pengurusan susunan atasan aktif yang berturutan (Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau Tahap UnFranchise yang lebih tinggi) yang disahkan dalam permohonan pemindahan bertulis. Semua permohonan pemindahan mesti disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM202.
Penajaan Tidak Beretika: Dalam kes penajaan yang telah disahkan tidak beretika, pihak syarikat akan mengkaji situasi tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut budi bicaranya berkenaan penajaan dan pelarasan genealogi. Tindakan sedemikian mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada pemindahan organisasi susunan bawahan yang utuh atau memindahkan semua Pemilik UnFranchise tajaan peribadi.
Pembatalan/Ketidakaktifan: Pembatalan dan/atau ketidakaktifan Pemilik UnFranchise yang berkenaan selama lebih dari 270 hari membolehkan Pemilik UnFranchise menghantar Permohonan dan Perjanjian baru dengan penaja yang baru (lihat Peraturan 270 Hari).
Pemindahan ke rangkaian genealogi yang lain jarang dibenarkan dan sangat tidak digalakkan. Pengekalan integriti rangkaian genealogi adalah wajib bagi kejayaan keseluruhan Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise dan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusannya. Pihak syarikat akan mengawal pemindahan seperti yang berikut:
Keadaan: Sebuah surat yang menerangkan sebab bagi permohonan tersebut mesti dihantar kepada Jabatan Pematuhan. Selepas kajian dan penyelidikan dijalankan, Jabatan Pematuhan akan memaklumkan keputusannya secara bertulis kepada Pemilik UnFranchise. Sila berikan masa lebih kurang dua minggu untuk menyelesaikan proses tersebut.
Jika diluluskan, semua permohonan pemindahan memerlukan tandatangan penaja Pemilik UnFranchise (jika aktif) dan lima Pemilik UnFranchise pengurusan susunan atasan aktif yang berturutan (Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau Tahap UnFranchise yang lebih tinggi) yang disahkan dalam permohonan pemindahan bertulis. Semua permohonan pemindahan mesti disertakan dengan yuran pemprosesan sebanyak RM202.
Pemindahan hanya akan diproses bagi Pemilik UnFranchise yang berkenaan. Semua Pemilik UnFranchise susunan bawahan semasa akan kekal dalam rangkaian genealogi asal, dan Pemilik UnFranchise yang dipindahkan tidak akan mempunyai penaja dalam rangkaian genealogi yang baru.
Volum Perniagaan Kumpulan Terakru: Semua GBV terakru sebelum pemindahan tidak akan dipindahkan bersama Pemilik UnFranchise tersebut. Volum Perniagaan Kumpulan akan mula terakru pada minggu rangkaian kepada genealogi baru selesai. Sila berikan masa 10 hingga 15 hari bekerja bagi proses pemindahan diselesaikan dalam komputer. Jangan letakkan Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan sehingga proses tersebut selesai.
Bisnes UnFranchise® tidak boleh diwasiatkan dan tidak boleh dipindahkan melalui harta pusaka, amanah, warisan atau mana-mana instrumen testamentari lain selepas kematian Pemilik UnFranchise® (UFO). Apabila berlakunya kematian seseorang UFO, Bisnes UnFranchise® tidak akan dipindahkan secara automatik kepada mana-mana waris, penerima fidyah (benefisiari), atau pengganti yang dicalonkan.
Pengecualian Terhad: Dalam keadaan yang terhad dan luar biasa, Syarikat boleh, atas budi bicara tunggal dan mutlaknya, mempertimbangkan permohonan untuk memindahkan Bisnes UnFranchise® kepada individu yang dicalonkan dengan syarat semua kriteria berikut dipenuhi:
Kriteria Penyertaan Aktif: Calon penerima yang dicadangkan mesti menunjukkan rekod penyertaan aktif yang konsisten dan boleh disahkan dalam Bisnes UnFranchise®, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Penyertaan tetap dan berterusan dalam aktiviti harian pembinaan bisnes termasuk acara GMTSS peringkat kebangsaan dan tempatan.
Mempunyai pengetahuan yang terbukti mengenai model bisnes Market America, pelan ganjaran, produk serta perkhidmatan.
Penyertaan aktif dalam aktiviti peruncitan dan pembangunan pasukan.
Kriteria Kehadiran Acara: Calon penerima yang dicadangkan mesti mempunyai rekod sejarah kehadiran yang didokumentasikan bagi kedua-dua kategori berikut:
Acara Tajaan Syarikat — Termasuk tetapi tidak terhad kepada Konvensyen Antarabangsa, Sekolah Kepimpinan dan sebarang acara peringkat korporat atau sesi latihan lain yang dianjurkan oleh Market America.
Acara Tempatan — Termasuk tetapi tidak terhad kepada Seminar Tempatan, Latihan NUOT, latihan Basic 5, pertemuan di kediaman, acara pembinaan pasukan dan sebarang fungsi bisnes yang dianjurkan di peringkat wilayah.
Kemampuan Terbukti untuk Mengembangkan Bisnes: Calon penerima yang dicadangkan mesti mengemukakan bukti kemampuan mereka untuk mengembangkan dan mengekalkan Bisnes UnFranchise® secara bebas. Penilaian ini boleh dibuat berdasarkan:
Sejarah penghasilan Business Volume (BV) dan trend pertumbuhan.
Rekod prestasi jualan runcit peribadi dan pasukan.
Pencapaian Tahap UnFranchise, pensijilan, tahap pi, atau pengiktirafan lain dalam Bisnes Market America.
Pelan Pertumbuhan Bisnes yang dikemukakan mesti menggariskan strategi calon penerima untuk meneruskan dan memperluaskan lagi Bisnes UnFranchise® tersebut.
Proses Semakan dan Kelulusan: Semua permohonan pengecualian mesti dikemukakan secara bertulis kepada fieldcompliance@marketamerica.com dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kematian UFO. Permohonan tersebut mesti mengandungi perkara berikut:
Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas yang baharu dan telah ditandatangani dengan lengkap.
Bukti identiti calon penerima yang dicadangkan serta bukti hubungan dengan mendiang UFO.
Dokumentasi sokongan bagi semua kriteria kelayakan yang telah digariskan di atas.
Sebarang dokumen undang-undang yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sijil kematian, Wasiat Terakhir (Last Will and Testament), atau Surat Ikatan Amanah yang membuktikan penamaan penerima.
Semakan Syarikat: Selepas menerima permohonan yang lengkap, Syarikat akan menjalankan semakan menyeluruh yang mungkin merangkumi:
Pengesahan rekod kehadiran acara.
Analisis data prestasi perniagaan.
Temubual bersama kepimpinan atasan (upline), ahli pasukan atau pihak berkaitan yang lain.
Sebarang siasatan tambahan yang dianggap perlu.
Keputusan: Syarikat memegang hak tunggal dan mutlak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan pemindahan. Semua keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu. Kelulusan bagi satu pengecualian tidak membentuk sebarang duluan atau menjamin kelulusan bagi sebarang permohonan di masa hadapan.
Garis Waktu: Syarikat akan berusaha untuk memberikan keputusan dalam tempoh 60 hari selepas menerima penyerahan yang lengkap. Syarikat berhak untuk melanjutkan garis waktu ini mengikut keperluan.
Penolakan Pemindahan dan Pelupusan Bisnes: Sekiranya tiada permohonan pengecualian dikemukakan atau permohonan yang dihantar ditolak, Syarikat akan menyalurkan sebarang baki komisen yang telah terakru sebelum tarikh kematian UFO dan belum diagihkan kepada harta pusaka mendiang UFO mengikut undang-undang yang terpakai.
Tindakan Terlarang:
Tiada UFO yang dibenarkan untuk menyatakan, berjanji atau menjamin kepada mana-mana individu bahawa Bisnes UnFranchise® boleh diwasiatkan atau diwarisi.
Sebarang cubaan untuk memintas polisi ini melalui penyerahan hak tanpa kebenaran, perjanjian sampingan atau cara lain akan dianggap sebagai pelanggaran Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise dan boleh mengakibatkan tindakan tatatertib, sehingga dan termasuk penamatan Bisnes UnFranchise®.