Dasar Internet Market Malaysia meliputi semua bentuk aktiviti internet yang berkaitan dengan Market Malaysia, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Laman Web Kedua, laman web lelongan, laman web rangkaian sosial, weblog/blog, iklan kecil, papan mesej, e-mel dan komunikasi. Bagi tujuan Dasar Internet ini, Laman Web Kedua bermaksud mana-mana laman web Pemilik UnFranchise dengan URL uniknya sendiri yang mempromosikan produk-produk Market Malaysia atau peluang perniagaan Market Malaysia, selain daripada Laman Web Khas Market Malaysia.
(A) Laman Web Khas Market Malaysia adalah satu-satunya titik jualan yang diterima (contohnya, menjual melalui “daftar keluar” dalam talian atau “kart beli-belah” atau menerima bayaran dalam talian) bagi produk dan perkhidmatan Market Malaysia di internet.
(B) Pemilik UnFranchise tidak boleh membekalkan produk Market Malaysia kepada individu bukan Pemilik UnFranchise yang diketahui atau disyaki berniat untuk memasarkan produk tersebut di dalam internet. Pemilik UnFranchise mesti berhenti membekalkan produk kepada individu bukan Pemilik UnFranchise dengan segera sebaik sahaja mengetahui produk tersebut telah dipasarkan di internet.
(A) Pemilik UnFranchise Market Malaysia tidak boleh menjual apa-apa produk atau perkhidmatan Market Malaysia melalui laman web lelongan dalam talian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, eBay atau Yahoo, atau meletakkan apa-apa iklan atau promosi Market Malaysia atau produknya atau perkhidmatannya di laman web sedemikian.
(B) Pemilik UnFranchise Market Malaysia tidak boleh menjual apa-apa produk atau perkhidmatan Market Malaysia melalui laman web beli-belah dalam talian, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amazon.com, Lazada.com, 11street.my, atau meletakkan apa-apa iklan atau promosi Market Malaysia atau produknya atau perkhidmatannya di laman web sedemikian.
(A) Laman Web Kedua hanya dibenarkan jika laman web tersebut berdaftar dengan Jabatan Pematuhan Market Malaysia sebelum disiarkan untuk akses terbuka di internet.
(B) Pendaftaran boleh dilengkapkan dengan menghantar e-mel yang mengandungi URL laman web anda kepada webregistration@marketamerica.com.
(C) Semua Laman Web Kedua yang berdaftar mesti memaparkan nombor pendaftaran di sudut kanan di bahagian bawah pada halaman utama Laman Web Kedua.
(D) Pendaftaran laman web tidak bermaksud kelulusan bagi kandungan di laman web tersebut dan semua laman web tertakluk kepada semakan Market Malaysia bagi mengesahkan pematuhan terhadap Dasar Internet Market Malaysia.
(E) Mana-mana Laman Web Kedua yang tidak berdaftar mengikut pematuhan Dasar Internet Market Malaysia mesti ditutup dengan segera. Pemilik UnFranchise yang dihubungi oleh kakitangan pematuhan tidak dibenarkan untuk membiarkan laman web kekal dalam talian semasa perubahan sedang dibuat bagi memastikan laman web tersebut mematuhi Dasar Internet Market Malaysia. Pemilik UnFranchise yang memiliki atau mengawal laman web yang melanggar dasar pendaftaran ini adalah tertakluk dengan sekatan akses ke https://my.unfranchise.com tanpa pemberian notis awal, selain daripada tertakluk dengan Prosedur Tindakan Pembetulan dan remedi lain yang sewajarnya.
(A) Mana-mana Pemilik UnFranchise yang berkomunikasi di internet mesti menggunakan perkataan “bebas” untuk menerangkan status mereka, contohnya, dengan menggunakan terma “Pemilik UnFranchise Bebas”.
(B) Jika tajuk atau halaman mana-mana Laman Web Kedua, papan mesej, laman web rangkaian sosial, atau mana-mana gambar profil atau weblog/blog merujuk kepada Market Malaysia atau mengandungi nama mana-mana tanda dagangan atau nama dagangan Market Malaysia, tajuk atau halaman tersebut juga mesti mengandungi perkataan “tidak rasmi” atau “Pemilik UnFranchise Bebas”.
(A) Pemilik UnFranchise hanya boleh membuat tuntutan yang tepat berkenaan produk atau perkhidmatan Market Malaysia dan tuntutan pendapatan yang disiarkan dalam risalah atau penerbitan rasmi syarikat. Semua tuntutan lain adalah dilarang sekeras-kerasnya.
(B) Pemilik UnFranchise tidak boleh membuat apa-apa testimonial yang tidak dibenarkan berkenaan produk atau perkhidmatan Market Malaysia, pelan pemasaran, atau syarikat melalui apa-apa bentuk komunikasi di internet.
Pemilik UnFranchise tidak boleh mengedarkan bahan atau membuat kenyataan dalam apa-apa bentuk di internet yang:
(A) Menggunakan apa-apa bahan Market Malaysia yang mempunyai hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan daripada laman web Market Malaysia, penerbitan atau pembentangan, atau merakam webinar atau tutorial dalam apa jua bentuk;
(B) Menggambarkan Pelan perniagaan Market Malaysia;
(C) Penyalahgunaan nama atau persamaan dengan mana-mana eksekutif atau pekerja Market Malaysia, atau tanda dagangan atau nama dagangan kedai rakan kongsi Market Malaysia (rakan kongsi secara langsung atau tidak langsung); atau
(D) Merendah-rendahkan atau memburukkan Market Malaysia, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, syarikat, subsidiari, pegawai, pengarah, pekerja atau Pemilik UnFranchise lain yang berkaitan dengan Market Malaysia.
Walau bagaimanapun, Pemilik UnFranchise boleh mengedarkan bahan di internet, iaitu bahan yang diberikan kepada mereka melalui bahagian Muat Turun di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Sepanduk Iklan dan Iklan Tajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu.
Pemilik UnFranchise boleh mengiklankan “Penghantaran Percuma”. Walau bagaimanapun, Pemilik UnFranchise tidak boleh menyenaraikan atau mengiklankan mana-mana produk yang kurang daripada Harga Runcit yang Dicadangkan. Rujukan kepada harga produk, diskaun, unit tambahan bagi harga yang sama, atau penggunaan terma “diskaun,” “percuma,” atau mana-mana terma lain yang menunjukkan harga diskaun atau terma kewangan kegemaran yang kurang daripada Harga Runcit yang Dicadangkan adalah dilarang sama sekali.
Maklumat perhubungan, selain daripada URL laman web Market Malaysia, sebagai cara untuk membeli produk Market Malaysia, adalah dilarang. Contohnya, Pemilik UnFranchise tidak boleh memaparkan nombor bebas tol, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, atau pautan ke laman web pihak ketiga yang membolehkan pelanggan yang berpotensi menghubungi Pemilik UnFranchise untuk membeli produk; sebaliknya, menghubungkan maklumat perhubungan di laman web Pemilik UnFranchise adalah dibenarkan.
(A) Hanya Iklan Tajaan yang telah diluluskan terlebih dahulu, yang diberikan kepada pemilik laman web Market Malaysia melalui bahagian Muat Turun di https://my.unfranchise.com, boleh dimasukkan dalam enjin carian, sama ada secara langsung atau melalui proksi (contohnya, tetapi tidak terhad kepada, menggunakan perkhidmatan bayar per klik). Penggunaan mana-mana iklan lain bagi pengiklanan seperti ini, dengan nyatanya dilarang tidak kira apa kandungan iklan tersebut. Pemilik UnFranchise boleh menghantar cadangan iklan untuk semakan Market Malaysia dengan menyertakannya dalam e-mel yang dihantar kepada internetcompliance@marketamerica.com dengan perkataan “Permohonan Iklan Dalam Talian” di medan subjek.
(B) Iklan tidak boleh menyamarkan nama domain Pemilik UnFranchise untuk dipaparkan sebagai nama domain Market Malaysia. Contohnya, Iklan Tajaan bagi Isotonix™ tidak boleh memaparkan nama domain tersebut sebagai MY.SHOP.COM, tetapi mesti dipaparkan sebagai [MY.SHOP.COM/NAMALAMANWEB ANDA].
(A) Hak Cipta: Market Malaysia memberikan lesen yang terhad kepada Pemilik UnFranchise Bebas untuk menggunakan dan memaparkan imej dan logo terkini produk Market Malaysia (tetapi bukan imej dan logo Kedai Rakan Kongsi) daripada MY.SHOP.COM di internet bagi tujuan pemasaran dan promosi sahaja; dengan syarat; imej sedemikian tidak diubah, dalam apa jua cara sekalipun. Contohnya, imej terkini untuk botol atau bungkusan produk bagi produk berjenama Market Malaysia boleh digunakan.
(B) Imej, gambar, atau logo lain yang terdapat di mana-mana laman web Market Malaysia tidak boleh digunakan di Laman Web Kedua atau bagi kegunaan internet yang lain.
(C) Laman Web Kedua atau penggunaan internet yang lain tidak boleh meniru sifat “lihat dan rasa” mana-mana laman web atau penerbitan Market Malaysia.
(D) Tanda Dagangan: Market Malaysia memberikan lesen yang terhad kepada Pemilik UnFranchise Bebas untuk menggunakan dan memaparkan jenama dan nama produk Market Malaysia; walau bagaimanapun, dengan syarat, penggunaan sedemikian mesti mengandungi penetapan tanda dagangan yang bersesuaian sebagaimana yang dipaparkan di MY.SHOP.COM.
(E) Penggunaan tag meta dan kata kunci bersama dengan jenama tanda dagangan dan nama produk Market Malaysia adalah dibenarkan.
(F) Melainkan sebagaimana yang dibenarkan di bawah Seksyen ini, Pemilik UnFranchise tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan mana-mana produk Market Malaysia sekiranya pengiklanan atau promosi sedemikian akan melanggar hak cipta, tanda dagangan, atau nama dagangan Market Malaysia atau kedai rakan kongsinya (rakan kongsi secara langsung atau tidak langsung).
(A) Nama domain tidak boleh menggunakan sebahagian atau keseluruhan atau menyebabkan kekeliruan kerana hampir sama dengan mana-mana tanda dagangan atau nama dagangan Market Malaysia; atau mengandungi nama eksekutif atau pekerja Market Malaysia , terma “diskaun,” “percuma,” “penghantaran percuma’ atau terma yang serupa; atau tanda dagangan atau nama dagangan Kedai Rakan Kongsi Market Malaysia (rakan kongsi secara langsung atau tidak langsung).
(B) Market Malaysia mengekalkan hak untuk menolak nama domain yang dipilih bagi Laman Web Kedua pada bila-bila masa. Jika nama sedemikian ditolak oleh Market Malaysia, Pemilik UnFranchise mesti memilih nama lain.
(C) Pemilik UnFranchise boleh menggunakan perkhidmatan penjana nama domain untuk menghubungkan nama domain ke Laman Web Khas mereka. Walau bagaimanapun, Pemilik UnFranchise tidak boleh menyembunyikan nama domain Laman Web Khas mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan pelindung, bingkai, atau kaedah lain yang diketahui untuk mengubah sifat “lihat dan rasa” Laman Web Khas mereka.
(D) Nama bagi laman web Pemilik UnFranchise tidak boleh menggunakan sebahagian atau keseluruhan, atau menyebabkan kekeliruan kerana hampir sama dengan, mana-mana tanda dagangan atau nama dagangan Market Malaysia. Nama ini juga tidak boleh digunakan dengan (i) nama eksekutif atau pekerja Market Malaysia; (ii) terma “diskaun,” “percuma,” “penghantaran percuma” atau terma yang seumpama dengannya; atau (iii) tanda dagangan atau nama dagangan Kedai Rakan Kongsi Market Malaysia (rakan kongsi secara langsung atau tidak langsung). Market Malaysia mengekalkan hak untuk menolak nama laman web pada bila-bila masa. Jika nama sedemikian ditolak oleh Market Malaysia, Pemilik UnFranchise mesti memilih nama lain.
(A) Pemilik UnFranchise boleh menyebut tentang Perniagaan UnFranchise Market Malaysia dan produk-produk Market Malaysia mereka di laman-laman rangkaian sosial dengan mematuhi dengan ketat terhadap dasar-dasar Internet yang terkandung dalam Bab ini dan dasar-dasar Pengiklanan dan Promosi yang terkandung di Bab 19.
(B) Gambar dan/atau avatar profil tidak boleh mengandungi hak cipta atau tanda dagangan imej atau logo Market Malaysia.
(C) Nama kumpulan tidak boleh menggunakan perkataan “rasmi” atau “korporat.” Nama kumpulan atau halaman dengan (i) tumpuan pada Market Malaysia atau (ii) mengandungi pautan kepada entiti atau individu yang bersekutu dengan Market Malaysia mesti mengandungi perkataan “Pemilik UnFranchise Bebas.”
(D) Market Malaysia boleh, atas budi bicara mutlaknya, melarangkan penggunaan mana-mana kumpulan media sosial atau nama halaman pada bila-bila masa. Sekiranya Market Malaysia melarangkan penggunaan sesuatu kumpulan media sosial atau nama halaman, Pemilik UnFranchise mesti pilih kumpulan medial sosial atau nama halaman yang lain.
(E) Pemilik UnFranchise boleh mempromosikan perniagaan Market Malaysia mereka di halaman rangkaian sosial diri sendiri, tetapi tidak boleh mempromosikan perniagaan Market Malaysia di halaman Kedai Rakan Kongsi Market Malaysia.
(F) Aktiviti-aktiviti rangkaian sosial Pemilik UnFranchise mesti mematuhi semua peraturan dan dasar yang ditetapkan oleh laman rangkaian sosial di mana mereka menjalani aktiviti. Pelanggaran terhadap peraturan atau dasar yang diterakan akan membentuk satu pelanggaran Dasar Internet Market Malaysia.
(G) Pemilik UnFranchise tidak boleh mengiklankan atau mempromosikan kedua-kedua Market Malaysia dan mana-mana syarikat pesaing yang lain di akaun rangkaian sosial yang sama. (Rujuk kepada IUA&A untuk maklumat terperinci.)
(1) Pengiklanan dan promosi tentang sesebuah syarikat pesaing termasuk, tetapi tidak terhad
kepada
(a) Menyukai atau mengomen di pos/hantaran sosial berkenaan sebuah syarikat pesaing;
(b) Berkongsi satu pos/hantaran rangkaian sosial tentang sebuah syarikat pesaing;
(c) Mengepos/menghantar secara langsung di sebuah laman rangkaian sosial tentang
sebuah syarikat pesaing.
(2) Jika kontrak seseorang Pemilik UnFranchise dengan Market Malaysia ditamatkan atas sebarang sebab, akaun rangkaian sosial Pemilik UnFranchise tersebut yang digunakan untuk mengiklan atau mempromosikan Market Malaysia tidak boleh diguna untuk mengiklan atau mempromosikan sebuah syarikat pesaing yang lain untuk satu tempoh selama dua puluh empat (24) bulan (atau lebih lama jika Pemilik UnFranchise tertakluk kepada Perjanjian lain dengan Market Malaysia).
Pemilik UnFranchise hanya dibenarkan untuk merujuk Market Malaysia dalam e-mel seperti yang berikut:
(A) Blok tandatangan yang mengenal pasti Pemilik UnFranchise sebagai seorang Pemilik UnFranchise Bebas dibenarkan.
(B) Teks hiperpautan ke Laman Web atau Webcenter Pemilik UnFranchise juga dibenarkan sebagai sebahagian daripada blok tandatangan dalam e-mel yang mengenal pasti Pemilik UnFranchise sebagai Pemilik UnFranchise Bebas. E-mel yang mengandungi pautan tidak boleh membuat apa-apa kenyataan yang tidak konsisten dengan peraturan, dasar dan prosedur Market Malaysia atau Dasar Internet Market Malaysia.
(C) Pemilik UnFranchise dilarang menghantar SPAM atau melakukan PENSPAMAN (menghantar emel tanpa permintaan) yang berkaitan dengan Market Malaysia secara langsung atau tidak langsung. Larangan ini termasuklah apa-apa e-mel SPAM yang merujukkan Market Malaysia atau mana-mana produk dan perkhidmatan Market Malaysia, apa-apa hiperpautan ke Laman Web UnFranchise atau ke laman web Market Malaysia, atau pelan pemasaran Market Malaysia, menerusi rujukan nama secara langsung atau sebaliknya. Rujukan sedemikian yang tidak dibenarkan merangkumi penggunaan anggaran terhampir, rujukan generik, dan/atau penggunaan rujukan deskriptif umum bagi mana-mana hak milik intelektual Market Malaysia.
Produk dan perkhidmatan berjenama Market America tidak boleh dijual di negara yang Market Malaysia atau syarikat sekutunya masih belum membuka perniagaan secara rasmi, termasuk Negara Pasaran yang Pesat Membangun, kecuali produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui SHOP.COM Global. Market Malaysia akan dianggap sebagai “dibuka untuk perniagaan” di negara yang MPCP telah dimulakan atau di negara yang Market Malaysia atau syarikat sekutunya sebaliknya dibenarkan untuk menjalankan perniagaan.
Pemilik UnFranchise Bebas boleh mempromosikan atau merujukkan produk berjenama Market America kepada individu di negara yang perniagaan Market Malaysia atau syarikat sekutunya masih belum dibuka, termasuk Negara Pasaran yang Pesat Membangun, melalui laman web SHOP.COM Global mereka. SHOP.COM Global adalah satu-satunya titik jualan bagi produk berjenama Market America di negara yang perniagaan Market Malaysia atau syarikat sekutunya masih belum dibuka secara rasmi. Pemilik UnFranchise Bebas tidak boleh terlibat secara langsung dalam jualan produk berjenama Market America kepada pelanggan di negara yang perniagaan Market Malaysia atau syarikat sekutunya belum dibuka. Pemilik UnFranchise tidak boleh membekalkan produk berjenama Market America kepada individu yang diketahui atau disyaki berniat untuk menjual produk tersebut di negara yang perniagaan Market Malaysia atau syarikat sekutunya masih belum dibuka.
(A) Tanggungjawab Ketua: Adalah menjadi tanggungjawab semua ketua (Penyelaras Eksekutif Bertauliah dan Tahap UnFranchise yang lebih tinggi) untuk menguatkuasakan dasar-dasar Internet Market Malaysia.
(1) Mana-mana ketua, selepas mengetahui dengan jelas atau mengesyaki pelanggaran Dasar Internet Market Malaysia telah berlaku, perlu segera cuba untuk mengembalikan kepatuhan dengan terus menghubungi Pemilik UnFranchise yang melanggar Dasar Internet Market Malaysia.
(2) Jika seorang ketua gagal mengembalikan kepatuhan selepas menghubungi terus Pemilik UnFranchise yang melanggar Dasar Internet Market Malaysia, maka ketua tersebut perlu melaporkan pelanggaran atau kemungkinan pelanggaran kepada Penyelaras Pematuhan Internet Market Malaysia dengan segera. Pemilik UnFranchise boleh menghubungi Penyelaras Pematuhan Internet dengan mengemukakan fakta yang releven ke pejabat korporat melalui surat, faks atau e-mel di internetcompliance@marketamerica.com.
(3) Semua Pemilik UnFranchise, tanpa mengambil kira Tahap UnFranchise, perlu melaporkan pelanggaran dasar ini kepada kepimpinan susunan atasan dan/atau Pematuhan Internet.
(B) Tindakan Tatatertib: Mana-mana pelanggaran Dasar Internet Market Malaysia boleh menyebabkan perlaksanaan Prosedur Tindakan Pembetulan yang mengenakan pelbagai isbat termasuk kemungkinan pembatalan kontrak Pemilik UnFranchise yang melanggar Dasar Internet Market Malaysia.
(1) Pelanggaran dasar ini boleh menyebabkan penggantungan segera laman web Pemilik UnFranchise yang melanggar dasar, sebagaimana yang berkenaan tatkala menunggu perlaksanaan tindakan pembetulan. Pemilik UnFranchise mempunyai tempoh masa 10 hari untuk membetulkan pelanggaran kecil Dasar Internet Market Malaysia.
(2) Kegagalan untuk mematuhi, pengulangan pelanggaran atau pelanggaran besar boleh membawa kepada perlaksanaan Prosedur Tindakan Pembetulan sebagaimana yang diterangkan dalam Manual UnFranchise Market Malaysia.