Bab Dua: Ramuan Yang Tepat

 

Setiap hari, di akhbar, majalah, televisyen dan Internet, terdapat banyak iklan yang memaparkan tawaran peluang bisnes terbaik, rahsia menjadikan impian anda satu kenyataan, atau cara yang pasti dapat membantu anda mencapai kebebasan kewangan. Mungkin ada antara pelan bisnes ini telah terbukti, sah dan menawarkan sesuatu - iaitu sekiranya anda sanggup bekerja dengan keras, menjual banyak produk dan merekrut ramai orang. Malangnya, kebanyakan syarikat yang menyiarkan iklan seperti ini menawarkan program yang tidak realistik untuk dilaksanakan oleh orang biasa untuk berjaya.  Syarikat seperti ini mempunyai pelan bisnes yang diasaskan daripada perkara yang mesti anda lakukan, bukannya perkara yang MAMPU dilakukan orang biasa. Hasilnya, kebanyakan orang tidak dapat mencapai matlamat peribadi dan/ atau kewangan mereka.

Namun, Market Malaysia ternyata berbeza. Walaupun industri jualan langsung dan pemasaran bertingkat adalah antara industri yang berkembang pesat dan paling menguntungkan, Market Malaysia telah mengangkatnya ke satu tahap yang baharu. Malah, Market Malaysia telah berevolusi daripada industri jualan langsung dan pemasaran bertingkat kepada identitinya yang tersendiri. Ramai yang sedang menjadikan impian mereka satu kenyataan dengan perniagaan pemasaran rangkaian. Mungkin anda pernah dengar tentang perniagaan pemasaran rangkaian yang berjaya. Mungkin anda juga mengenali mereka yang telah berjaya. Namun, anda lebih kerap mendengar tentang kegagalan: syarikat yang tidak sah dan/atau tidak mengikut trend, kemajuan teknologi dan Internet; produk yang tidak mendapat sambutan, terlalu mahal, atau tidak berkualiti; dan organisasi pemasaran berbilang aras (MLM), yang hanya menguntungkan sebilangan kecil.

Jadi, bagaimana anda membezakan yang buruk dengan yang baik? Apakah faktor yang menjadikan sesebuah syarikat lebih baik berbanding yang lain? Market  Malaysia telah muncul sebagai peneraju industri dan tidak mengikut acuan biasa. Apakah yang menjadikan Market Malaysia dan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise™ sangat berbeza?

Terdapat empat ramuan yang menjadikan Market Malaysia satu peluang bisnes paling hebat yang wujud hari ini:

        (1)     Orang Yang Tepat

        (2)     Produk Yang Tepat

        (3)     Sistem Yang Tepat

        (4)     Anuiti Beli-Belah

        (5)     Masa Yang Tepat


SEK. 1       ORANG YANG TEPAT

Di teras Market Malaysia, terdapat satu pasukan pengurusan yang terdiri daripada individu yang diiktiraf sebagai profesional dan dihormati dalam industri, termasuk usahawan dan pemimpin dari latar belakang bisnes yang pelbagai. Walaupun industri jualan langsung dan pemasaran rangkaian telah menjadi industri bernilai multibilion dolar, banyak syarikat yang gagal pada tahun pertama kerana mereka kekurangan integriti dan mempunyai visi yang berjangka pendek.

Market Malaysia dibina atas satu asas kukuh yang terus berkembang pesat. Market Malaysia beroperasi berasaskan satu pelan strategik dengan matlamat dan objektif yang spesifik yang membolehkan syarikat mengukur, memantau, melaras dan mengawal perkembangan, pemasaan dan kejayaannya. Pasukan pengurusan Market Malaysia memiliki pengalaman, pengetahuan, integriti dan etika kerja untuk menjadi sebuah syarikat Fortune 500.

Oleh kerana individu mesti terus membangunkan Bisnes UnFranchise™ mereka dengan niat yang ikhlas untuk membantu orang lain mencapai matlamat peribadi dan kewangan mereka (kerana Bisnes UnFranchise adalah mengenai duplikasi kejayaan bisnes individu), Market Malaysia telah menarik satu pasukan individu yang bersemangat untuk mencapai kejayaan. Falsafah Market Malaysia adalah untuk menikmati kerjasama antara syarikat dan sesama organisasi lapangan Pemilik UnFranchise. 


SEK. 2        PRODUK YANG TEPAT

Kebanyakan syarikat jualan langsung dan pemasaran rangkaian mengehadkan pengedar mereka untuk terus menjual satu produk atau rangkaian produk sahaja. Ini mengakibatkan kebergantungan pengedar kepada kekuatan satu produk sahaja untuk mencapai kejayaan. Jika produk tersebut tidak mendapat sambutan, pengedar akan gagal.

Sebaliknya, Market Malaysia mampu untuk terus berfokus kepada mengetengahkan produk yang didorong pasaran sahaja dan terus bergerak seiring dengan pasaran kerana tiada beban pengeluaran yang perlu ditangani. Sistem Pembrokeran Produk menerusi Market Malaysia menyediakan akses kepada persekitaran berbilang pasaran dan menggalakkan hubungan unik antara penjual, pelanggan dan pengeluar yang dapat merangsang perkongsian pelanggan dan mengelakkan persaingan ruang rak. Market Malaysia mengenalpasti produk berkualiti tinggi yang didorong pasaran dan diingini pelanggan. Kesemua produk ini memimpin trend pengguna dan pasaran besar yang terhasil daripada maklumat yang diberikan Pemilik UnFranchise dan Pelanggan Keutamaan. Produk-produk tersebut diuji dan dikaji untuk melihat keberkesanan, tarikan dalam pasaran dan harganya yang kompetitif. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Market Malaysia mengurangkan risiko menghadapi ketidaktentuan dalam pasaran. Seterusnya, ini menjadikan Pemilik UnFranchise berada di posisi terbaik untuk keuntungan dan kestabilan secara jangka masa pendek dan panjang. Konsep Market Malaysia ini membolehkan setiap Pemilik UnFranchise mengakses berbagai rangkaian produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang dapat menarik minat ramai pengguna. Konsep Pembrokeran Produk melalui Market Malaysia meletakkan syarikat dan Pemilik UnFranchise di landasan tepat untuk pertumbuhan yang pesat dan potensi tanpa had. Market Malaysia tidak mengenakan kos seperti penyelidikan dan pembangunan, inventori, atau pengiklanan yang memberikan nilai tambahan kepada semua produk. Hasilnya, Market Malaysia sentiasa menyediakan produk yang sangat unik, inovatif, dan dengan harga yang kompetitif. Sistem Pembrokeran Produk memastikan perniagaan dan kejayaan anda tidak bergantung sepenuhnya kepada jualan satu produk atau perkhidmatan sahaja. Sebagai Pemilik UnFranchise Market Malaysia, anda memiliki laman MY.SHOP.COM sendiri yang sama seperti memiliki kompleks beli-belah peribadi, tetapi tanpa kos sewa dan overhed! Market Malaysia menyediakan pilihan produk eksklusif yang luas, menghasilkan bahan promosi berkaitan serta mengendalikan penghantaran dan pengedaran. Melalui MY.SHOP.COM, Pemilik UnFranchise Market Malaysia mempunyai akses kepada beribu-ribu Stor Rakan dan puluhan juta produk lain. Pemilik UnFranchise cuma perlu menghebahkan kesemua produk eksklusif tersebut dan laman MY.SHOP.COM mereka dengan memanfaatkan produk, alatan, teknik,  sistem dan sosial media, serta pengiklanan mulut ke mulut.


BHG. 3         SISTEM YANG TEPAT

Berbeza dengan perniagaan jualan langsung dan pemasaran rangkaian yang lain, Market Malaysia  tidak bergantung sepenuhnya kepada satu strategi pemasaran. Sebaliknya, Market Malaysia menggabungkan kuasa pelbagai kaedah pemasaran berbeza untuk memacu perniagaan anda - seperti pemfrancaisan, jualan langsung,  perkhidmatan dan produk yang didorong pasaran, membeli-belah dari rumah, pembelian pada harga diskaun, pemasaran rangkaian, jualan Internet/ e-dagang dan Pemasaran Satu kepada Satu. Kuncinya adalah Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise™, atau khususnya, Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP).

Statistik pemasaran rangkaian yang merangkumi lebih dari 50 tahun menunjukkan bahawa individu biasa yang menyertai bisnes pemasaran rangkaian menaja 2.8 pengedar sepanjang tempohnya bersama sesebuah syarikat dan menjana RM800.00 dalam jualan runcit pada sembilan puluh hari pertama. Dengan mengambil kira statistik ini, Market Malaysia mencipta Pelan  Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP). MPCP dibuat berdasarkan sesuatu yang terbukti dan realistik mampu dilakukan oleh individu biasa. Hasilnya, Pemilik UnFranchise Market Malaysia mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya. Dengan MPCP, terdapat dua cara untuk memperoleh pendapatan: (1) memperoleh 30 hingga 100 peratus dalam keuntungan runcit dengan membeli produk berkualiti tinggi yang didorong oleh pasaran pada kos UnFranchise dan menjualnya pada harga runcit yang disyorkan, dan (2) memperoleh komisen dengan membina dan menguruskan dua organisasi jualan dan edaran, kemudian, membangunkan Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC).

Medium bagi kejayaan kewangan individu Market Malaysia adalah Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise — sebuah sistem yang sempurna, standard dan seragam yang menggabungkan sistem francais dengan jualan langsung untuk membantu duplikasi kejayaan bisnes individu. Market Malaysia dikenali sebagai Bisnes UnFranchise kerana ia menawarkan pelan bisnes yang terbukti dengan cara yang sistematik, seragam serta tindakan yang diperlukan dalam melakukan sesuatu. Namun, tidak seperti francais, Market Malaysia tidak mengenakan yuran francais dan royalti bulanan berterusan. Selain itu, tidak seperti perniagaan pemasaran rangkaian dan pemasaran bertingkat (MLM) tradisional, Pemilik UnFranchise Market   Malaysia hanya perlu membina dan menguruskan dua organisasi jualan dan edaran.

Dengan MPCP Market Malaysia , Pemilik UnFranchise boleh memperoleh sehingga   RM14,400 setiap minggu atau   RM748, 000 setiap tahun daripada setiap Pusat Pembangunan Perniagaan, setelah ia dibangunkan sepenuhnya. Selepas membina satu Pusat Pembangunan Perniagaan, Pemilik UnFranchise memperoleh Pusat tambahan untuk dibina dan diuruskan. Membina BDC yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Pusat Pembangunan Perniagaan menjamin pendapatan daripada Pusat Pembangunan Perniagaan asal, menjadikan potensi pendapatan tanpa had dan menyeimbangkan keuntungan dan jaminan. Anda tidak perlu menjadi seorang jurujual yang hebat atau merekrut ramai orang untuk membina Bisnes UnFranchise dengan berjaya. Ingat, Bisnes UnFranchise diasaskan dengan kemampuan realistik yang dibuktikan individu biasa.  Selain daripada itu, Market   Malaysia menyediakan kesemua sistem dan alat yang diperlukan untuk membantu Pemilik UnFranchise bertindak dengan lebih cekap dan efektif dalam usaha pembangunan perniagaan. Antara sistem yang paling canggih ialah Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS), yang tiada tandingannya dalam industri. Sistem Pengurusan UnFranchise membolehkan Pemilik UnFranchise mengakses maklumat kritikal (termasuk manfaat lain) dalam organisasi jualan dan edaran mereka melalui Internet. Ia membolehkan Pemilik UnFranchise memaksimumkan potensi pendapatan mereka selain membolehkan mereka mengukur, memantau, melaras dan mengawal pertumbuhan organisasi mereka.

MPCP merupakan pelan yang ringkas tetapi sangat berpotensi dalam menjana pendapatan. Gabungan mantap MPCP dan perkhidmatan, barangan serta produk yang didorong pasaran menjadikan pembinaan Bisnes UnFranchise anda menjadi lebih kepada “mempamerkan dan menghebahkan” berbanding “menjual.” Sistem UnFranchise adalah tentang pendedahan: memperkenalkan produk dan perniagaan ini. Market Malaysia sedang menarik ramai orang yang hebat dari latarbelakang yang pelbagai kerana menawarkan kemungkinan tanpa batasan.

Semua Pemilik UnFranchise Market  Malaysia perlu menjual produk runcit kepada konsumer akhir. Untuk menjadi Pemilik UnFranchise, seseorang individu mesti melengkapkan dan menghantar Borang Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dan jika individu tersebut mahu menyertai MPCP, bayaran yuran langganan nominal diperlukan. Untuk menaja Pemilik UnFranchise lain, Pemilik UnFranchise tersebut perlu layak dengan menjana pesanan produk bersamaan atau lebih daripada 200 Volum Perniagaan Persendirian (PBV) dan membuat sekurang-kurangnya   jualan runcit bernilai RM800.00. Notis: Ini termasuk yuran pendaftaran bagi Pemilik UnFranchise yang memulakan bisnes mereka dengan pembelian Kit Permulaan Pantas. Untuk kekal aktif dalam MPCP, Pemilik UnFranchise perlu membuat pesanan produk dengan jumlah minimum 150 BV dan menghantar  satu Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang MY1000) yang menunjukkan   hasil jualan runcit sebanyak RM800  bagi setiap sukuan.

Terdapat banyak komponen dan elemen asas yang membentuk Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise. Antaranya adalah Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC), iaitu sebuah pertubuhan operasi (peletakan) yang disediakan dalam sistem penjejakan organisasi berkomputer Market  Malaysia. BV dan IBV disimpan melalui peletakan ini dan menjadi rujukan dalam pembayaran komisen serta bonus. Sesebuah BDC dikenalpasti dengan ID sembilan digit diikuti dengan tiga digit sambungan (cth., 001, 002, 003, 008 dan lain-lain). Setiap BDC mempunyai dua sisi: sisi kiri dan sisi kanan. Organisasi jualan dan edaran boleh dibina di setiap sisi. Pemilik UnFranchise baharu yang menubuhkan Pusat Pembangunan Perniagaan mereka ditempatkan dalam susunan 2 x 2, yang digelar Perluasan Binomial. Ia menggalakkan setiap Pemilik UnFranchise untuk mengaktifkan Pusat Pembangunan Perniagaan mereka dengan menaja dan meletakkan BDC Pemilik UnFranchise yang baharu di sebelah kiri dan kanan. Setiap sisi direka untuk berkembang bersama Pemilik UnFranchise yang menaja; mengajar, mengurus dan menyokong setiap Pemilik UnFranchise baharu untuk mengaktifkan BDCnya. Jelasnya, MPCP tidak mengehadkan Pemilik UnFranchise untuk menaja dua orang sahaja. Pemilik UnFranchise, secara peribadi, boleh menaja sebanyak mungkin Pemilik UnFranchise yang baharu dan menjual sebanyak mungkin produk yang diingini. Ringkasnya, Pemilik UnFranchise tambahan akan diletakkan untuk sesebuah organisasi dalam struktur 2 x 2 (cth., diletakkan di rangkaian bawah dalam posisi terbuka di bawah Pemilik UnFranchise yang berkaitan dalam struktur organisasi 2 x 2). Pemilik UnFranchise tambahan yang ditaja oleh anda atau orang lain dalam organisasi anda akan meletakkan Pemilik UnFranchise baharu di rangkaian bawah dalam posisi terbuka di sebelah kiri atau kanan sesebuah BDC. Struktur organisasi ini menghasilkan ikatan sinergi dan ekonomi biasa kerana semua orang bekerja secara kolektif sebagai satu pasukan. Komputer Market  Malaysia menjejaki Volum Perniagaan yang dijana di setiap sisi BDC sebagai sebahagian daripada kriteria untuk memperoleh komisen dan bonus.

Komisen dan bonus diperolehi oleh seorang Pemilik UnFranchise yang berkelayakan dan aktif berdasarkan kriteria yang dipenuhi dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan. Kriteria untuk memperoleh komisen adalah sama bagi setiap Pusat Pembangunan Perniagaan.

Sekali lagi, Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise direka berdasarkan kemampuan realistik individu biasa dalam mencapai sesuatu. Secara teknikal, jumlah penjanaan Pemilik UnFranchise yang diperlukan untuk salah satu Pemilik UnFranchise mendapat pendapatan maksimum adalah lebih sedikit berbanding bisnes jualan langsung dan pemasaran rangkaian yang lain.

       PELAN GANJARAN PRESTASI PENGURUSAN (MPCP): Terdapat dua cara untuk memperoleh pendapatan: (1) memperoleh 30 hingga 100 peratus dalam keuntungan runcit dengan membeli produk berkualiti tertinggi yang didorong oleh pasaran pada Kos UnFranchise dan menjualnya pada harga runcit yang dicadangkan, dan (2) memperoleh komisen dengan hanya membina dan menguruskan dua organisasi jualan dan edaran.

       (A)   MPCP: Enam Langkah Mudah untuk Memperoleh Keuntungan Runcit, Komisen dan Bonus 

              (1)   Mohon: Lengkapkan Borang Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas Market   Malaysia. Tanpa sebarang kos, anda boleh menjadi seorang Wakil Jualan untuk membeli produk pada Kos UnFranchise dan memperoleh keuntungan runcit kasar. Dengan membayar yuran langganan, anda boleh menjadi seorang Pemilik UnFranchise dan memperoleh keuntungan runcit kasar, termasuk komisen daripada Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP).

              (2)   Cipta: Anda mencipta Volum Perniagaan (BV) dan Volum Perniagaan Internet (IBV). BV dan IBV adalah nilai angka (unit) yang ditetapkan bagi setiap produk, barangan dan perkhidmatan untuk pengiraan komisen. Volum Perniagaan atau Volum Perniagaan Internet dicipta apabila anda membuat pesanan untuk jenama dan perkhidmatan eksklusif  Market   Malaysia atau daripada Stor Rakan di MY.SHOP.COM untuk kegunaan peribadi, penjualan runcit, alat promosi, pesanan yang diambil, pesanan yang dibuat menerusi laman MY.SHOP.COM, Pelanggan Keutamaan, dan pembinaan Agihan Perkongsian Pelanggan untuk Pemasaran Satu kepada Satu* anda.

              (3)   Layak: Anda melayakkan Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) anda selepas ia mengumpul 200 Volum Perniagaan Persendirian (PBV) bagi produk yang dipesan dan dijual melalui BDC tersebut. Selepas BDC anda mencapai kelayakan, ia akan mula mengakru Volum Perniagaan Kumpulan (GBV) daripada pesanan yang dibuat oleh Pemilik UnFranchise, Wakil Jualan dan Pelanggan Keutamaan dalam dua organisasi jualan dan edaran anda. Proses kelayakan Pusat Pembangunan Perniagaan anda hanya perlu dilakukan sekali, dengan syarat keperluan aktiviti minimum dipenuhi.

              (4)  Aktifkan: Anda mengaktifkan Pusat Pembangunan Perniagaan anda dengan menaja seorang Pemilik UnFranchise berkelayakan secara peribadi yang diletakkan di organisasi sebelah kiri anda, dan menaja seorang Pemilik UnFranchise berkelayakan secara peribadi yang diletakkan di organisasi sebelah kanan anda. Selepas diaktifkan, anda layak memperoleh komisen dan bonus dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan.

              (5)   Ajar, Urus & Bantu: Anda mengajar setiap Pemilik UnFranchise baharu tentang cara untuk MOHON, CIPTA, LAYAK dan AKTIFKAN. Ia adalah penting untuk anda mengajar, mengurus dan membantu organisasi jualan anda berkembang dengan menduplikasi Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise. Dengan berbuat demikian, anda meluaskan edaran semasa Bisnes UnFranchise baharu ditubuhkan dan seterusnya memanfaatkan masa anda.

                     *Pembinaan Agihan Perkongsian Pelanggan: Anda Membina Agihan Perkongsian Pelanggan (meningkatkan nilai hayat yang diwakili seorang pelanggan) dengan memperkenalkan jenama tambahan Market Malaysia kepada pelanggan sedia ada dan memanfaatkan ketersediaan jutaan produk melalui stor rakan di MY.SHOP.COM. Dengan membina hubungan satu kepada satu dengan pelanggan, mengekalkan komunikasi dengan pelanggan dan menerima maklum balas daripada pelanggan tersebut, selain menjejak trend pembelian di MY.SHOP.COM, Market Malaysia akan terus mengenal pasti produk dan servis yang didorong pasaran serta memberikan item yang memang diingini dan diperlukan pelanggan (Pemasaran Satu kepada Satu)

(B)     Market Malaysia Membayar Secara Mingguan: Setiap minggu, komputer Market  Malaysia akan memeriksa semua Pusat Pembangunan Perniagaan di organisasi jualan kiri anda dan semua Pusat Pembangunan Perniagaan di organisasi jualan kanan anda untuk mendapatkan Volum Perniagaan Kumpulan (GBV) dan Volum Perniagaan Internet Kumpulan (GIBV). Komisen dan bonus akan diperoleh setelah Volum Perniagaan Kumpulan anda diakru dan mencapai kriteria pembayaran.

       Apabila Pusat Pembangunan Perniagaan mengakru 1,200 Volum Perniagaan Kumpulan pada setiap sisi, anda akan memperoleh komisen sebanyak RM1,200. Volum Perniagaan Kumpulan akan terus diakru di setiap sisi dan apabila mencecah 2,400 Volum Perniagaan Kumpulan di setiap sisi (termasuk 1,200 GBV yang pertama), anda akan memperoleh   komisen bernilai RM1,200 lagi. Apabila Volum Perniagaan Kumpulan terus diakru sehingga 3,600 Volum Perniagaan Kumpulan di setiap sisi, anda akan memperoleh  komisen bernilai RM1,200 lagi. Apabila 5,000 GBV telah diakru pada setiap sisi, anda akan memperoleh komisen bernilai RM2,400. Komisen keseluruhan bernilai   RM6,000 boleh diperoleh dalam satu minggu, bergantung kepada jumlah keseluruan Volum Perniagaan Kumpulan yang terakru bagi minggu tersebut. Kriteria pembayaran yang sama terpakai bagi Volum Perniagaan Internet Kumpulan (GIBV) yang diakru, memberikan perolehan komisen tambahan bernilai RM6,000.

       Apabila Pemilik UnFranchise memperoleh  komisyen sebanyak RM2,400 kerana mencapai kriteria 5,000 Volum Perniagaan Kumpulan di kiri dan kanan, komputer akan terus memeriksa satu Pusat Pembangunan Perniagaan di setiap sisi (Kiri dan Kanan) yang turut mencapai 5,000 Volum Perniagaan Kumpulan di sisi kiri dan kanan mereka dalam kitaran bayaran mingguan yang sama. Jika komputer mengesahkan bahawa ia mencapai kriteria ditetapkan,  anda akan memperoleh bonus pengurusan sebanyak   RM2,400. Potensi pendapatan mingguan  daripada satu Pusat Pembangunan Perniagaan boleh mencecah  RM14,400. Ambil perhatian: Volum Perniagaan Kumpulan dan Volum Perniagaan Internet Kumpulan diakru daripada semakan menyeluruh terhadap Pusat Pembangunan Perniagaan dalam organisasi jualan dan edaran anda. Tiada had dalam pemeriksaan untuk Pemilik UnFranchise baru dan volum.

(C)     Memanfaatkan: Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise Market Malaysia menubuhkan tiga Pusat Pembangunan Perniagaan bagi setiap Pemilik UnFranchise sejak awal. Begini caranya:

          Pemilik UnFranchise tidak perlu menunggu untuk membuka BDC tambahan. Setiap Pemilik UnFranchise dianugerahkan tiga BDC semasa mendaftar Bisnes UnFranchise mereka: 001, 002, dan 003. Cuma perlu membina dua organisasi jualan untuk memperoleh RM8,400 anda yang pertama setiap minggu daripada BV terakru di sisi Kiri dan Kanan. Apabila berjaya membina 001 dan telah memperoleh minimum komisen sebanyak RM54,000 selama 12 minggu berturut-turut, anda layak membuka organisasi dalaman untuk 002 dan 003 anda. Cuma bina satu lagi organisasi jualan untuk memperoleh RM8,400 yang kedua setiap minggu. Cuma bina satu lagi organisasi jualan untuk memperoleh RM8,400   anda yang ketiga setiap minggu, untuk jumlah RM25,200 setiap minggu daripada tiga BDC tersebut. Pendapatan mingguan berpotensi untuk berkembang sehingga RM43,200 apabila komisen IBV dimasukkan.

          Potensi pendapatan maksimum untuk satu Pusat Pembangunan Perniagaan ialah RM14,400 setiap minggu; Namun, Sistem Pembangunan Perniagaan Unfranchise Market Malaysia menawarkan potensi pendapatan tanpa had melalui kebenaran ‘RE-ENTRY’ yang diberikan dan Program Perniagaan Unfranchise Global. Begini caranya:

           Anda diberikan kebenaran untuk membuka BDC tambahan apabila salah satu BDC anda menerima komisen kerana mencapai kriteria ganjaran 5,000/5,000 buat pertama kali. Anda boleh membuka BDC ini dalam dua organisasi jualan anda dan membina satu lagi bisnes di bawah bisnes asal anda. Kemasukan semula membolehkan anda meningkatkan potensi pendapatan anda kepada RM14,400 setiap minggu, menjamin pendapatan BDC asal anda dan mendorong organisasi Pemilik UnFranchise anda tanpa sebarang syarat tambahan.

            Perkara menarik tentang proses kemasukan semula adalah semua Volum Perniagaan Kumpulan yang dijana pada organisasi jualan sisi kiri dan kanan bagi BDC kedua, ketiga, keempat atau lebih boleh mengakru pendapatan tambahan daripada setiap pusat tersebut. Selain itu, volum akan bergerak ke atas dan menjamin pendapatan untuk BDC pertama anda. Dan perkara yang paling penting adalah Volum Perniagaan Kumpulan yang dijana daripada semua organisasi jualan ini diakru oleh BDC berkelayakan milik Pemilik UnFranchise antara BDC asal anda dan BDC yang dimasukkan semula tersebut. Ini mencipta sinergi yang hebat dan kepentingan ekonomi yang saksama dalam organisasi anda.

             Semua Pusat Pembangunan Perniagaan yang dimiliki oleh Pemilik UnFranchise dikenal pasti dengan nombor sambungan yang diberikan secara urutan untuk memudahkan penjejakan (contohnya 001, 002, 003, 004 dan lain-lain). Semua Pusat Pembangunan Perniagaan tertakluk kepada peraturan, regulasi, terma dan syarat yang sama dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan.

(D)     Jualan Langsung dan Komisen: Setiap individu yang menyertai Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP) Market  Malaysia mesti menjual dan mendokumenkan jualan runcit produk kepada konsumer akhir (tidak terlibat dengan bisnes Market Malaysia) untuk mengekalkan aktiviti dan berkelayakan untuk memperoleh komisen dan bonus (rujuk syarat aktiviti minimum). Komisen yang diperoleh bukan hanya disebabkan membawa masuk Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise baru ke dalam bisnes ini. Komisen dan bonus diperoleh berdasarkan jualan runcit produk kepada konsumer akhir dan berdasarkan pengurusan organisasi jualan dan edaran anda.


SEK. 4           ANUITI BELI-BELAH

Sebagai Pemilik UnFranchise, sesuatu yang digelar Anuiti Beli-Belah berada di tangan anda, iaitu kaedah mengubah perbelanjaan semasa anda kepada pendapatan yang berterusan. Kita semua berbelanja setiap hari. Kita berbelanja untuk makanan, pakaian, pembersihan, peralatan rumah, elektrik, kasut, perubatan, penjagaan diri, syampu, produk binatang peliharaan, alatan pertukangan dan lain-lain. Anda tidak perlu berhenti membeli semua barangan ini, tetapi, cuma ubah cara barangan ini dibeli.  Dengan menukar destinasi perbelanjaan sedia ada anda ke laman web MY.SHOP.COM, anda mencipta dan menjana Anuiti Beli-Belah anda.

MY.SHOP.COM mempunyai beribu-ribu Stor Rakan, termasuk kedai dalam talian kegemaran anda. Selepas membeli-belah, kami akan menukar wang yang dibelanjakan dan memberikan BV dan IBV kepada anda (dalam erti kata lain, ia juga seperti matawang sosial). Kemudian, kami menggunakan BV dan IBV yang telah terakru ini dan memberi ganjaran kepada anda. 

Dengan menduplikasi usaha anda dan berkongsi konsep hebat Anuiti Beli-Belah ini dengan mereka yang lain, anda mampu mencipta rangkaian Pemilik UnFranchise anda tersendiri. Apabila rangkaian keluarga (yang anda bawa secara langsung atau tidak) yang bekerjasama berasaskan ekonomi ini menukar perbelanjaan mereka kepada pendapatan, anda turut menjana Anuiti Beli-Belah anda dengan mendapat kredit untuk semua perbelanjaan anda dan mereka. 

Anda boleh terus berbelanja di syarikat lain dan memberi keuntungan kepada mereka tanpa memperoleh apa-apa. Atau, dengan menukar sedikit amalan anda dan bertekad, ikut sistem Bisnes UnFranchise ini dan tukar perbelanjaan anda kepada pendapatan dengan bisnes MY.SHOP.COM anda sendiri untuk mencipta pendapatan berterusan. 
Anda berada di tempat yang tepat, waktu yang tepat, dan dengan bisnes model yang tepat: MY.SHOP.COM yang dikuasakan oleh Market Malaysia. Individu di seluruh dunia telah mengikut sistem bisnes kami untuk mencipta pendapatan tambahan yang telah mengubah hidup mereka, sama ada memiliki sebuah rumah, melancong kes seluruh dunia atau mencipta waktu lapang bersama keluarga tercinta. 

Dengan komuniti usahawan kami dari seluruh dunia, kami menggabungkan kuasa pembelian orang ramai dan menggunakan sistem penjejakan moden kami untuk menjana wang.  Kami memberikan latihan berstandard dan menyokong setiap seorang daripada pemilik bisnes kami. Kami akan membimbing dan memperkasa anda untuk menjadi berjaya seperti yang diidamkan.

Selamat datang ke sebuah peluang yang lain daripada lain. Selamat datang ke MY.SHOP.COM yang dikuasakan oleh Market Malaysia! 


SEK. 5         MASA YANG TEPAT

SEKARANG adalah masa yang tepat untuk anda membangunkan bisnes UnFranchise anda. Ramai yang membuat tanggapan awal dan memandang serong perniagaan jualan langsung dan pemasaran rangkaian. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, malangnya, banyak syarikat perniagaan yang tidak sah dan cuma mempunyai visi jangka pendek kerana hanya segelintir yang berjaya dengan mengambil kesempatan terhadap yang lain. Secara umumnya, ramai yang menganggap pemasaran rangkaian adalah skim surat berantai atau skim piramid tidak sah yang menyasarkan suri rumah tangga dan pekerja kolar biru. Masa telah berubah. Di sebalik persepsi negatif orang ramai ini, terdapat sekumpulan individu hebat yang berusaha untuk menyambut satu revolusi ekonomi baharu. Dengan kos pengeluaran yang terus jatuh, pengedaran (membekalkan produk, barangan dan perkhidmatan kepada konsumer akhir) mewakili 85 peratus daripada volum barangan pada harga runcit. Oleh itu, peluang terbaik wujud untuk mereka yang dapat mengurangkan kos edaran. Market Malaysia| SHOP.COM adalah penyelesaiannya! Secara ringkasnya, Market Malaysia | SHOP.COM mencipta cara paling hebat dan menjimatkan bagi edaran produk, barangan dan perkhidmatan. Tidak lama lagi, apa pun yang diingini dan diperlukan sesiapa sahaja akan tersedia melalui Bisnes UnFranchise. 

Untuk membuktikan bahawa anda berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat, kita perlu melihat sejarah sepanjang ratusan tahun ini. Lebih kurang setiap dekad, satu sistem/trend pemasaran baharu akan muncul dan memberikan cara baharu untuk edaran produk kepada konsumer akhir. Mereka yang terlibat di peringkat awal kemunculan sesuatu sistem/trend pemasaran baru dapat meraih pendapatan yang lumayan kerana berada di tempat yang tepat dalam memanfaatkan volum produk yang terjual kepada konsumer akhir (pengedaran). Sekitar 1920-an dan 30-an, jualan langsung telah muncul dan syarikat seperti Avon, Fuller Brush dan Tupperware wujud. Pada tahun 1950-an, francais diperkenalkan dengan munculnya McDonalds. Lewat 1950-an dan memasuki 60-an, pemasaran bertingkat (MLM) memulakan cara baharu untuk membawa produk kepada konsumer akhir. Kemudian, pada sekitar 1970-an, muncul pula jualan katalog. Tahun 1980-an pula menyaksikan pengenalan TV/maklum balas langsung dengan rangkaian membeli-belah dan iklan panjang. Pada 1990-an, Market Malaysia mencipta Sistem Pembrokeran Produk melalui Pusat Membeli-belah tanpa Sempadan Market America dan Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise, iaitu satu cara baru untuk mengenal pasti produk, barangan dan perkhidmatan untuk ditawarkan kepada konsumer akhir (sistem pengedaran baru). Dan pada tahun 2000, dengan kemunculan dan perkembangan Internet, kita telah menyaksikan perubahan mendadak dari stor fizikal kepada stor dalam talian. Market America | SHOP.COM yang dilengkapi teknologi moden, ribuan Stor Rakan, jutaan produk dan sistem penjejakan unik, telah menerajui dunia penjualan dalam talian. Dengan menyertai Market Malaysia dan membangunkan sebuah Bisnes UnFranchise, anda telah meletakkan diri anda di hadapan, bukannya di belakang. Kini anda boleh memanfaatkan volum produk yang dijual kepada konsumer akhir dengan hanya perlu membina dan menguruskan dua organisasi jualan dan edaran Pemilik UnFranchise. Kita sedang mengalami peralihan dari konsep pengeluaran besar-besaran; kita mengalami anjakan paradigma dari era perindustrian ke era maklumat. Kini, Market Malaysia mewakili masa depan bisnes. Kita mengevolusikan konsep Pemasaran Satu kepada Satu, yang berpusat kepada penjejakan data pelanggan, mengenal pasti persamaan dan menggunakan ia untuk mencipta dan mengeluarkan produk sesuai untuk diberikan kepada mereka. Market Malaysia telah merealisasikan Pemasaran Satu kepada Satu. Aktiviti Internet melalui kecanggihan akaun bisnes UnFranchise dalam talian, laman web khas, dan SHOP.COM kami memudahkan dan mempercepatkan proses pengubahsuaian tatkala hubungan peribadi tercipta dan dikekalkan menerusi Pemilik UnFranchise. Era pengeluaran dan pengiklanan besar-besaran telah tamat. 

Market Malaysia berhasrat untuk membina lima kunci pertumbuhan: (1) Sistem Pembangunan Perniagaan Binomial dengan Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP); (2) Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise; (3) Sistem Pembrokeran Produk (4) Pemasaran Satu-kepada-Satu, dan (5) Anuiti Membeli-belah, satu konsep revolusi yang membolehkan Pemilik Unfranchise menukar perbelanjaan mereka kepada pendapatan.

Banyak syarikat membelanjakan jutaan dolar untuk pengiklanan dan membayar yuran yang banyak supaya produk mereka dipamerkan bersama semua produk lain di kedai. Pada masa sama, pengeluar baharu dengan produk yang inovatif dan menarik tidak mempunyai sumber untuk bersaing dengan produk berjenama besar di kedai-kedai. Mereka juga kekurangan modal untuk membayar kempen pengiklanan besar-besaran atau membina kedai produk runcit mereka sendiri. Pendek kata, syarikat-syarikat ini memerlukan saluran edaran.

Syarikat-syarikat seperti ini beralih kepada Market Malaysia dan Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise sebagai kaedah pengedaran alternatif yang menjimatkan kos tetapi sangat hebat dalam edaran dan perluasan pasaran. Sementara itu, isu korporat terkini seperti penggabungan, pengambilalihan dan pengecilan syarikat telah memberikan peluang kepada Market Malaysia untuk menarik ramai eksekutif, pengurus pertengahan, pekerja dan sebagainya yang sedang mencari cara yang lebih baik untuk mencapai kebebasan dan jaminan kewangan. Hakikatnya, ramai yang mahu meningkatkan kualiti hidup dan menaikkan standard hidup mereka. Market Malaysia adalah penyelesaian tersebut! Masa yang tepat adalah SEKARANG!