Diasaskan pada 1992, Market America Worldwide adalah sebuah syarikat Pembrokeran Produk dan Pemasaran Internet global yang mengkhususkan kepada Pemasaran Satu kepada Satu. Market America telah memperoleh lebih daripada $8 bilion* dalam anggaran jualan runcit terkumpul. Ramai individu telah memperoleh lebih daripada $4.1 bilion* dalam bentuk keuntungan komisen dan runcit.
*Sehingga September 30, 2017, Pemilik UnFranchise™ telah memperoleh pendapatan tersebut sejak penubuhan syarikat (dalam USD)
Market America Worldwide dan SHOP.COM sedang mengubah cara orang ramai membeli-belah agar setiap orang dapat mencapai kebebasan kewangan dengan mencipta sumber ekonomi peribadi. Market America Worldwide adalah satu komuniti global yang sedang berkembang terdiri daripada usahawan yang mempunyai jalinan ekonomi dan bersama-sama memperoleh pendapatan daripada setiap pembelian orang ramai.
Berpusat di Greensboro, N.C., Market America Worldwide mempunyai lebih daripada 700 kakitangan di seluruh dunia dengan operasi antarabangsa di Australia, Kanada, Hong Kong, Singapura, Malaysia, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pasaran yang terbaru antaranya adalah Bahamas, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, Jamaica, New Zealand dan Panama.
Syarikat terus menerima penyenaraian A+ oleh Better Business Bureau dan menerima anugerah Torch Award untuk integriti, kepercayaan dan prestasi bisnes.
Market America Worldwide menyediakan sistem, keseragaman, sistem pengurusan terkini, alat perdagangan dan pemasaran, publisiti yang semakin berkembang dan peluang untuk memiliki lokasi bisnes yang pelbagai. Lebih hebat lagi, Pemilik UnFranchise boleh bermula secara separuh masa dengan waktu yang fleksibel.
Bisnes UnFranchise Market America adalah pelan terbukti untuk kejayaan kewangan anda. Pemilik UnFranchise mematuhi satu pelan yang terperinci dan dibekalkan dengan satu laman web SHOP.COM, produk dan perkhidmatan, serta alat pemasaran.
Syarikat ini juga memperkasakan para usahawan melalui Sistem Bisnes UnFranchise, iaitu Pelan Dua kepada Tiga Tahun, untuk membina asas bagi masa depan kewangan anda. Sistem Bisnes UnFranchise adalah untuk usahawan mencipta satu pendapatan berterusan yang teguh, pada masa yang sama, memberikan pengguna satu alternatif yang lebih baik untuk membeli-belah.
Terdapat tiga cara untuk menjana pendapatan:
• Pertama, memperoleh komisen daripada transaksi dalam talian anda dan juga transaksi dalam talian pelanggan anda.
• Kedua, memperoleh keuntungan runcit dengan menubuhkan kumpulan Pelanggan Keutamaan dan memperoleh daripada 30 ke 50 peratus daripada keuntungan runcit kasar dengan melayani keperluan dan kemahuan Pelanggan Keutamaan anda.
• Ketiga, memanfaatkan waktu anda dan memperoleh pendapatan berterusan dengan membangunkan dan menguruskan dua kumpulan Pemilik UnFranchise.
Bisnes UnFranchise membolehkan anda memperoleh antara AS$300.00 ke AS$3,600.00 setiap minggu untuk setiap Pusat Pembangunan Perniagaan
Potensi pendapatan tidak terhad kerana anda boleh memiliki beberapa Pusat Pembangunan Perniagaan pada waktu yang sama.
Syarikat akan menguruskan penghantaran dan pengedaran. Selain daripada itu, kebanyakan tugasan pentadbiran dan operasi sesebuah Bisnes UnFranchise dikendalikan oleh Market America Worldwide. Pemilik UnFranchise memanfaatkan kesemua alat tersebut dan pelbagai sumber lain supaya mereka dapat fokus dalam melayani keperluan pelanggan mereka serta membina sebuah bisnes dan jaminan kewangan yang mewah untuk diri sendiri.
Dalam era digital tanpa batasan ini, syarikat sedang berkembang dengan pesat. Tiada syarikat yang lebih bersedia untuk memanfaatkan pasaran global selain daripada Market America Worldwide | SHOP.COM, peneraju dalam pemasaran internet dengan program strategik yang tersedia untuk kemajuan yang berterusan.
Market America Worldwide terbahagi kepada tiga rantau geografi: Benua Amerika, Eropah dan Asia Pasifik.
Kesemua Negara Market menampilkan produk dan menyediakan khidmat pembinaan bisnes yang disesuaikan dengan keunikan budaya dan persekitaran bisnes setiap negara. Setiap Negara Market mempunyai satu pasukan korporat tempatan dan pengurus produk yang akan bekerja rapat dengan Pasukan Korporat dan kakitangan Market America Worldwide untuk membantu pelanggan serta Pemilik UnFranchise di negara tersebut.
Program Pasaran yang Pesat Membangun (EMP) adalah satu strategi yang ringkas, diperkemas dan bermodul yang direka khas untuk mencuba pasaran baharu di seluruh dunia. Negara-negara EMP terkini di dalam Benua Amerika adalah COLOMBIA, PANAMA, ECUADOR, JAMAICA, BAHAMAS dan REPUBLIK DOMINICA - masing-masing boleh mengakses produk-produk eksklusif syarikat. Ketika ini di dalam wilayah Asia Pasifik, NEW ZEALAND adalah sebuah negara EMP.
EMP membantu membina asas di dalam sesebuah pasaran negara baharu melalui SHOP.COM Global (GLOBAL.SHOP.COM), seterusnya ke arah membina sebuah Negara Market. UFO EMP boleh mengambil bahagian dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP) sama sebagai wilayah mereka dan boleh menaja mana-mana EMP atau Pasaran market yang lain di dalam wilayah tersebut. Market America Worldwide | SHOP.COM sedang mencipta satu ekonomi berskala global yang sebenar.
Market America ditubuhkan untuk memberi kuasa kepada usahawan-usahawan dan seterusnya berkembang menjadi satu fenomena global. Ia merupakan idea yang inovatif dan telah membantu mewujudkan lebih daripada 400 jutawan di serata dunia.
SHOP.COM dan Market America Worldwide sedang mencapai kesaksamaan dengan memberikan kuasa kembali kepada pengguna, dan membantu orang ramai menukar perbelanjaan mereka kepada pendapatan dengan konsep baharu yang dikenali sebagai Anuiti Membeli-belah™
Sebagai Pemilik UnFranchise, anda berupaya memanfaatkan industri beli-belah dalam talian dan mudah alih yang sedang berkembang dan mempunyai keupayaan untuk mencipta Anuiti Beli-Belah™ anda tersendiri.
Anuiti Beli-Belah™ adalah suatu konsep baharu yang membolehkan pembeli menukar perbelanjaan kepada pendapatan melalui Bisnes UnFranchise dan SHOP•COM.
(A) Anuiti Membeli-belah
Anuiti Membeli-Belah membantu pembeli bijak menukar perbelanjaan mereka kepada pendapatan melalui SHOP.COM. Bukan seperti anuiti biasa di bank, anda tidak perlu melabur jumlah wang yang banyak sebagai permulaan; pelaburan anda adalah jumlah perbelanjaan barangan harian anda. Dengan membeli-belah melalui SHOP.COM, anda boleh mendapat sehingga 50% Pulangan Tunai dan menukar perbelanjaan anda kepada pendapatan.
Bagaimanakah Caranya?
(1) Menganalisa Perbelanjaan Anda: Lengkapkan Penilaian Anuiti Membeli-Belah untuk mengenalpasti saluran perbelanjaan anda dan menukarkannya ke SHOP.COM.
Penilaian Anuiti Membeli-Belah Mengenalpasti:
• Nilai masa anda
• Jenama-jenama eksklusif Market America yang dapat menggantikan jenama-jenama lain yang sedang anda gunakan
• Perbelanjaan bulanan, tahunan dan bermusim serta Stor Rakan dapat memenuhi keperluan tersebut
• Unjuran pendapatan jika mereka melaksanakan dan menduplikasi Anuiti Membeli-Belah dalam perniagaan mereka
(2) Bertukar: Menggantikan jenama lain dengan jenama eksklusif Market America untuk memperoleh margin tertinggi dalam Anuiti Membeli-belah anda. Bagi barangan yang tidak boleh digantikan dengan jenama eksklusif, anda hanya perlu layari laman web SHOP.COM dan buat pesanan melalui ribuan Stor Rakan kami. Bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang, anda juga akan menjadi pakar dalam produk dan laman web anda, secara tidak langsung memupuk skil pengurusan pelanggan anda.
(3) Cipta Pengaruh: Menduplikasi proses ini bersama organisasi dan pelanggan anda untuk mempercepatkan dan meningkatkan pendapatan berterusan! Anuiti Membeli-belah adalah daya gandaan ke arah kejayaan.
Dengan memanfaatkan kuasa pembelian kolektif, kita sedang membantu orang lain di seluruh dunia untuk menjana pendapatan berterusan dengan Bisnes UnFranchise.
Market America Worldwide mencipta kejayaannya dengan Empat Asas yang kukuh:
(1) Sistem Pemasaran Binomial dengan Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan (MPCP): Sebagai program ganjaran paling dinamik dan realistik dalam industri, MPCP menangani masalah yang berkait dengan pelan jualan langsung/pemasaran rangkaian tradisional dengan penekanannya terhadap pembinaan organisasi secara mendalam, bukan secara lebar, jadi, ini mengelakkan persaingan kumpulan.
Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan memberikan aliran tunai yang lebih baik, pengekalan lebih tinggi, pemerolehan lebih tinggi dan konsisten serta keupayaan untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Ia direka khas/berasaskan kepada perbuatan realistik seseorang individu, serta menjamin keuntungan dan kestabilan jangka panjang.
Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan Market America adalah istimewa dan adil, memberikan ganjaran kepada Pemilik UnFranchise bukan atas kejayaan jualan mereka sahaja, malah, atas sifat kepimpinan dan pengurusan mereka dalam memotivasi dan melatih Pemilik UnFranchise lain untuk mengendalikan bisnes mereka mengikut sistem perniagaan yang telah terbukti.
Bisnes UnFranchise dan SHOP.COM menjejaki kesemua pembelian anda daripada produk eksklusif kami dan Stor-stor Rakan. Apabila anda atau pengikut anda membeli-belah dalam talian, anda mendapat kredit sebanyak 100% atas kesemua pembelian tersebut.
(2) Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise: Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise bukan sahaja menyediakan satu cara yang sistematik untuk mengendalikan bisnes, ia juga menampilkan standard dan keseragaman yang diperlukan untuk memudahkan duplikasi — iaitu kunci bagi bisnes ini. Bisnes UnFranchise menjamin kejayaan anda apabila anda membantu orang lain untuk berjaya. Anda menceburi bisnes ini untuk diri anda, tetapi anda tidak bersendirian.
Sama seperti francais, syarikat memberikan bisnes bersistem dan standard, sistem pengurusan terbukti, alat pemasaran profesional, sistem latihan standard, dengan penjenamaan dan publisiti yang semakin meningkat.
Namun, berbeza dengan francais, bisnes ini tiada yuran francais atau royalti bulanan, perbelanjaan permulaan yang minimum, potensi faedah cukai, tiada kos overhed besar dan tiada sekatan wilayah. Anda boleh bermula secara separuh masa dengan waktu yang fleksibel dan risiko yang kecil atau sifar.
Pemilik UnFranchise dilengkapi dengan alat jualan, pemasaran dan pengurusan yang terbaik. Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global (GMTSS) menyediakan Pemilik UnFranchise Bebas dengan sistem latihan dan sokongan yang standard, diselaraskan dan komprehensif. Ribuan mesyuarat diuruskan dan diberi publisiti bagi setiap lokasi geografi yang menunjukkan terdapat pertumbuhan dan kemajuan organisasi.
GMTSS terdiri daripada Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP), sesi latihan, seminar dan konvensyen. Sistem ini membolehkan semua orang mengakses ke penceramah pakar dan jurulatih dalam Market America dan menawarkan cara untuk membina bisnes UnFranchise mereka di mana-mana sahaja.
(3) Sistem Pembrokeran Produk: Sebagai syarikat pembrokeran produk, Market America Worldwide mengenalpasti produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi yang memacu pasaran. Dengan bergerak selari bersama pasaran, Market America Worldwide tidak bergantung pada penjualan sesuatu produk atau perkhidmatan sahaja. Tanpa kos penghasilan, pemasaran dan pengiklanan besar-besaran yang membebankan, sebahagian besar sumber digunakan dalam pembangunan produk dan jaminan kualiti, yang memastikan agar setiap produk Market America Worldwide disokong oleh kajian sains yang mencukupi, ujian dan penyelidikan semula setara yang lebih.
Dengan beratus-ratus produk dan perkhidmatan eksklusif, Pemilik UnFranchise® dapat memanfaatkan pelbagai industri bernilai multibilion dolar yang merangkumi kesihatan dan nutrisi, kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan diri, pengurusan umur, pengurusan berat badan, rumah dan kebun, penjagaan bayi dan kanak-kanak, penjagaan haiwan, hiburan, perkhidmatan internet, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. Bisnes UnFranchise tidak bergantung pada penjualan satu produk atau perkhidmatan sahaja yang menghasilkan kestabilan serta keuntungan secara jangka pendek dan jangka panjang.
Konsep Pembrokeran Produk melalui Pusat Membeli-belah tanpa Sempadan™ Market America meletakkan syarikat ini dan anda di landasan pertumbuhan pesat dan potensi tanpa had. Market America tidak mengenakan kos seperti penyelidikan dan pembangunan, inventori, atau pengiklanan, maka menggalakkan lebih nilai pada produk. Hasilnya, Market America sentiasa menyediakan produk yang sangat unik, inovatif dengan harga yang kompetitif.
Market America Worldwide percaya bahawa keunggulan kualiti perlulah diterapkan kepada produk sebagai satu kemestian. Proses kawalan kualiti syarikat melibatkan ahli sains yang berdedikasi, hubungan strategik dengan pengeluar, dan komitmen teguh terhadap pengguna. Keunggulan produk melibatkan jaminan kualiti lebih daripada satu jabatan atau sekumpulan individu - kualiti melibatkan setiap individu di Market America Worldwide. Syarikat menyelia setiap tahap proses, dari konsep produk sehinggalah ke pengeluaran dan penghantaran.
Daripada terdedah kepada perubahan pasaran yang tidak menentu, syarikat tidak menghasilkan apa-apa produk atau berfokus kepada perkhidmatan tertentu sahaja. Konsep pembrokeran produk ini membolehkan kami menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan memanfaatkan permintaan pengguna semasa.
Setiap tahun, produk dan rangkaian produk baharu dicipta untuk mendahului persaingan. Kami melabur dalam hubungan jangka panjang dengan pengeluar yang akan konsisten menghasilkan produk berkualiti dari tahun ke tahun. Sebagai pembroker produk, kami menyimpan kuantiti produk yang terhad dalam jangka masa tertentu yang bertujuan untuk mengurangkan kos pengguna dan memastikan keberkesanan yang terbaik.
Konsep pembrokeran produk bukan hanya mengenai jenama eksklusif. Melalui SHOP.COM, syarikat dapat menawarkan jutaan produk dan perkhidmatan tambahan daripada stor-stor terkenal seperti Target, Nike, Apple dan banyak lagi. Kosnya sama seperti membeli-belah di laman web stor tersebut, tetapi SHOP.COM mampu membayar Pulangan Tunai (Mata Shop untuk Malaysia), berbanding laman web individu yang tidak.
Dengan pertambahan kerap stor-stor di dalam barisan stor rakan syarikat, terdapat peluang bagi peruncit yang lebih kecil dan kurang terkenal untuk menawarkan produk-produk serta perkhidmatan mereka bersama jenama besar lain. Ini membantu mencipta kesaksamaan untuk semua peruncit sementara menawarkan para pengguna di seluruh dunia dengan cara yang lebih baik untuk membeli-belah dan mencari produk baharu.
(a) Jenama Eksklusif & Fleksibiliti Pasaran: Berbeza dengan kebanyakan syarikat berfokus lain yang bergantung sepenuhnya pada satu produk, kami menawarkan pelbagai jenis produk dan jenama merentasi pelbagai pasaran yang bernilai berbilion dolar. Dari rangkaian kesihatan dan nutrisi ke alat kosmetik, pengurusan berat badan ke barangan rumah dan perkebunan, kami akan sentiasa menawarkan produk-produk yang berada dalam permintaan paling tinggi dan tidak dipengaruhi ketidakstabilan industri atau perubahan pasaran.
(b) Sains Dan Ramuan Terbaik Mencipta Produk terbaik: Ramuan diperoleh dari sumber pembekal yang boleh dipercayai. Bahan-bahan mentah yang digunakan dalam setiap produk syarikat melalui penilaian komprehensif oleh pengeluar untuk memastikan ia mencapai setiap syarat ketulenan dan keberkesanan yang ketat. Pengesahan dan kelulusan daripada Sijil Analisa (COA) diperlukan bagi setiap bahan mentah. Bahan mentah yang telah diluluskan akan melalui pengesahan makmal untuk ciri-ciri fizikal dan keberkesanan bahan sebelum digunakan untuk pengeluaran. Kemudian, setiap produk dihasilkan mengikut rekod bertulis pengeluaran utama dan setiap kelompok dikaji semula dan diluluskan oleh kakitangan kawalan kualiti pihak pengeluar yang terlatih. Semua produk yang dihasilkan turut diperiksa di makmal syarikat untuk kerosakan, ketepatan label, keadaan fizikal, rasa dan identiti sebelum ia dikeluarkan.
Kualiti dan sains diutamakan berbanding populariti atau keterampilan. Semua produk syarikat dihasilkan dengan ramuan yang disahkan kajian secara klinikal. Syarikat mencari pembekal ramuan yang mempunyai kajian klinikal untuk menyokong penggunaan rumusan mereka.
Sebagai broker produk, bukan pengeluar, Market America Worldwide berperanan sebagai pemeriksa kualiti bebas antara pengeluar dan pelanggan. Sekiranya sesuatu produk tidak mencapai standard ditetapkan, ia dikembalikan. Setiap produk dicipta secara saintifik dan perlu dihasilkan secara konsisten dari segi ketulenan, keberkesanan, kekuatan dan keseragaman.
Syarikat mencipta hubungan jangka panjang dengan pembekal dan pengeluar, bukan hanya mencari harga paling murah. Syarikat lebih mementingkan hubungan dan kekal dengan pengeluar sama yang akan menghasilkan produk dengan kualiti yang konsisten secara berterusan.
(c) Amalan Pengeluaran yang Terbaik: Jelasnya, kawalan kualiti yang bagus memerlukan standard yang tinggi. Market America Worldwide bukan saja mempunyai itu, malah, memastikan pengeluar melakukan perkara sama. Contohnya, kesemua produk kesihatan dan nutrisi Isotonix™ dihasilkan bawah Amalan Pengeluaran Terbaik (GMPs). GMP merupakan satu standard yang diiktiraf bagi suplemen diet dan pengeluar Isotonix eksklusif syarikat memegang sijil GMP yang diberikan juru audit bebas. Selain itu, pengeluar diaudit oleh unit Kawalan Kualiti kami, yang melibatkan semakan rekod kelompok pengeluaran, keputusan ujian makmal, bangunan dan fasiliti, kawalan label, prosedur sanitasi dan rekod kawalan ramuan. Penekanan kepada kepatuhan GMP mengurangkan risiko pencemaran mutu atau ralat pelabelan produk.
Pematuhan GMP bermaksud mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) kawalan, yang menawarkan maklumat terperinci mengenai cara mengekalkan proses pengeluaran di bawah kawalan untuk menghasilkan produk yang konsisten dalam memenuhi semua spesifikasi. Antara contoh topik yang menyokong format SOP termasuk prosedur inventori bagi bahan-bahan mentah, keselamatan fasiliti, kelayakan pembekal, latihan pekerja, dan lain-lain.
Semua kelengkapan kilang yang bersentuhan dengan produk kami mesti dibersihkan mengikut prosedur yang diamanahkan antara semua proses pengeluaran dan dipastikan sanitasi telah dilakukan sebelum penggunaan. Sampel produk diambil di tahap pengeluaran yang berbeza untuk analisa kimia dan mikrobiologi bagi memastikan ia konsisten dan tidak tercemar. Pengesahan kod lot, semakan berat, semakan label dan bahan dilaksanakan mengikut prosedur bertulis yang tepat.
(d) Kepentingan Ujian: Ibu pejabat Market America Worldwide di Greensboro, N.C., mempunyai sebuah makmal dalaman lengkap dengan keupayaan yang terus dipertingkatkan untuk melakukan ujian seperti pencemaran mikrobiologi, julat isotonik, pengesahan kewujudan alergen gluten, pH, analisa mikroskopik dan spektroskopik. Setiap penghantaran yang dibuat ke pusat pengagihan perlu diperiksa dan diluluskan sebelum ia diberikan kepada Pemilik UnFranchise dan pelanggan kami.
Memahami perkara yang berlaku di belakang tabir membantu untuk memahami tahap penekanan Market America Worldwide terhadap kualiti. Ini merupakan komitmen syarikat - kami tidak akan menghantar apa-apa sekiranya ia tidak mempunyai kualiti yang terbaik.
(4) Pemasaran Satu Kepada Satu: Pemasaran Satu kepada Satu mewakili masa depan bisnes dan ia diterajui oleh Market America. Konsep yang berevolusi ini berpusat kepada penjejakan data pelanggan, mengenal pasti persamaan dan penghasilan supaya produk tersuai dapat dihasilkan dan dibekalkan kepada pelanggan.
Aktiviti Internet yang berlaku melalui sistem unik Bisnes UnFranchise dalam talian kami, SHOP.COM, memudahkan dan mempercepatkan proses pemasaran, pada masa sama, mewujudkan hubungan peribadi yang dikekalkan melalui Pemilik UnFranchise.
Program Pelanggan Keutamaan Market America adalah prinsip medium Pemasaran Satu kepada Satu. Strategi Market America untuk pelaksanaan bergantung kepada tiga prinsip teras yang ringkas:
(a) menjual lebih banyak produk kepada sebilangan pelanggan kecil, yang lebih efisien dan menguntungkan berbanding kaedah pemasaran tradisional yang mempromosikan produk kepada bilangan orang yang paling ramai.
(b) memfokuskan kepada pembinaan perhubungan unik dengan pelanggan berasaskan satu kepada satu.
(c) mewujud, memelihara dan mengekalkan dialog bersama pelanggan dan mendapatkan maklum balas daripada mereka. Era pengeluaran dan pengiklanan besar-besaran telah sampai ke penghujungnya dan Market America ingin membangun dengan Empat Asas tersebut untuk melaksanakan masa depan Satu kepada Satu yang akan mengubah cara orang ramai membeli produk kerana ia akan mengubah imej perniagaan, seorang pelanggan untuk sesuatu masa.
Market America Worldwide menggabungkan teknologi canggih dengan alat media sosial yang terkini dalam merevolusikan cara orang ramai membeli-belah.
Melalui SHOP.COM, Pemilik UnFranchise® dapat menawarkan berjuta-juta produk dengan segera, membolehkan pelanggan untuk mencari segala yang diingini, pada bila-bila masa. SHOP.COM menawarkan akses kepada beribu-ribu jenama dan peruncit yang popular, termasuk ribuan produk eksklusif. Dengan enjin carian bijak dan perbandingan beli-belah, pelanggan dapat mencari harga terbaik untuk lebih daripada 40 juta produk.
SHOP.COM menerajui teknologi terkini dan sedang berada di tempat terbaik untuk memanfaatkan impak sosial dan ekonomi beli-belah mudah alih dan dalam talian yang sedang meningkat maju.
Laman beli-belah sehenti SHOP.COM bergabung dengan kuasa orang ramai untuk memastikan pengalaman beli-belah dalam talian yang mesra dan efisien.
Tanpa kos pendaftaran untuk menjadi Pelanggan Keutamaan, SHOP.COM memberikan pengalaman beli-belah tanpa had denga menampilkan jutaan produk dan khidmat, ribuan Stor Rakan dan beratus produk ekslusif.
Dengan SHOP.COM Global, tiada lagi sempadan untuk anda membangunkan Bisnes UnFranchise® anda.
Untuk mengawal situasi dan masa depan kewangan, anda cuma perlu mengingati fakta.
Market America adalah sebuah syarikat Pembrokeran Produk dan pemasaran Internet global yang pakar dalam pemasaran Satu kepada Satu. Melalui Anuiti Beli-Belah, syarikat memberikan rangka tindakan kejayaan dengan Bisnes UnFranchise yang membolehkan orang biasa mendapat kebebasan kewangan dengan mencipta ekonomi mereka sendiri.
Berikut merupakan semua jabatan yang terlibat di Ibu Pejabat Market America World yang bertanggungjawab menyokong perkembangan dan kemajuan bisnes Pemilik UnFranchise.
Pengumpulan: Jabatan Pengumpulan bertanggungjawab memastikan Pemilik UnFranchise menyelesaikan sebarang isu kekurangan dana dan Market America memulangkan wang yang hilang disebabkan oleh cek atau draf bank yang tidak sah, termasuk caj perkhidmatan.
Pematuhan: Jabatan Pematuhan bertanggungjawab meluluskan isu-isu Isi Rumah yang Sama, pertukaran nombor ID, pertukaran nama, pemindahan penajaan dan pemindahan rangkaian genealogi serta menyiasat isu lain yang berkaitan dengan pematuhan.
Khidmat Sokongan Komputer: Jabatan Khidmat Sokongan Komputer bertanggungjawab memastikan semua telekomunikasi dan komunikasi bertulis daripada Pemilik UnFranchise mengenai masalah teknikal berkaitan komputer dikendalikan tepat pada masanya.
Khidmat Kreatif: Jabatan Khidmat Kreatif bertanggungjawab menghasilkan dan memastikan cetakan sebarang risalah korporat, termasuk tetapi tidak terhad kepada majalah dwi-bulanan Pemilik UnFranchise.
Pemprosesan Data: Jabatan Pemprosesan Data bertanggungjawab memproses semua permohonan, pesanan produk, borang AutoShip UnFranchise, sijil Cukai Jualan, data Pelanggan Keutamaan dan lain-lain.
Pusat Pengagihan: Pusat Pengagihan bertanggungjawab memastikan semua pesanan yang dibuat telah dipenuhi dan dihantar dengan cara yang paling cekap dan berkesan.
Perkhidmatan UnFranchise: Perkhidmatan UnFranchise bertanggungjawab untuk memastikan semua telekomunikasi dan komunikasi bertulis mengenai dasar, prosedur, komisen dan isu penghantaran dikendalikan tepat pada masanya. Ia juga menghantar pertanyaan lain kepada kakitangan syarikat yang berkaitan agar ia dapat diselesaikan. Selain itu, jabatan ini memastikan Pasukan Pengurusan Market America peka terhadap trend (cth. masalah) di lapangan. Secara tidak langsung, lapangan akan sentiasa dikemaskini dengan perubahan dasar dan prosedur.
Pembangunan Lapangan: Jabatan Pembangunan Lapangan bertanggungjawab membawa mereka yang berminat dengan produk atau pelan pemasaran Market America kepada Pemilik UnFranchise di kawasan berdekatan yang pasti dapat membantu mereka.
Pemprosesan Kiriman: Jabatan Pemprosesan Kiriman bertanggungjawab membuka dan menyusun kiriman masuk dan memastikan semua dokumentasi dihantar ke destinasi yang betul dalam syarikat untuk pemprosesan yang tepat pada masanya.
Pelanggan Keutamaan: Jabatan Pelanggan Keutamaan bertanggungjawab memastikan semua telekomunikasi dan komunikasi bertulis mengenai Pelanggan Keutamaan dikendalikan tepat pada masanya.
Maklumat Produk: Bahagian Maklumat Produk bertanggungjawab memberikan maklumat sokongan produk teknikal untuk diaplikasikan. Jabatan ini juga bertindak sebagai pusat hubungan antara pengeluar/vendor dan Pemilik UnFranchise Market America bagi penyebaran maklumat produk yang cekap dan berkesan.
Bayaran Balik: Jabatan Bayaran Balik bertanggungjawab memproses mana-mana bayaran balik atau kredit disebabkan pulangan produk, termasuk bayaran balik untuk Bisnes UnFranchise yang ditamatkan serta untuk penguatkuasaan dasar beli balik.