Bab Lima Belas: Prosedur dan Dasar Pesanan Produk

 

SEK. 1    PESANAN PRODUK YANG TELAH DIHANTAR

Apabila borang pesanan produk telah dihantar, tiada perubahan yang akan dilakukan oleh pejabat negara asal melainkan pesanan tersebut diproses dengan salah oleh Perkhidmatan UnFranchise melalui borang yang telah dihantar tersebut.


SEK. 2    KAEDAH PESANAN YANG DITERIMA

Pesanan boleh dihantar secara elektronik kepada Market Malaysia. NOTIS: borang pesanan boleh dimuat turun di my.UnFranchise.com.

(A)    Pesanan Elektronik Dalam Talian: Produk boleh dipesan melalui UnFranchise.com dan dibayar dengan kad kredit/ debit peribadi Pemilik UnFranchise menggunakan sistem pesanan elektronik dalam talian.

         (1)    Arahan untuk entri pesanan boleh didapati dalam talian.

         (2)    Pemilik UnFranchise perlu memiliki kad kredit/ debit yang sah di dalam fail bersama Market Malaysia untuk menggunakan pilihan kad kredit. Walaupun jika kad kredit Pemilik UnFranchise berada di dalam fail tersebut untuk tujuan AutoShip UnFranchise, mereka juga perlu mempunyai kad kredit/ debit di dalam fail bersama maklumat kad kredit/ debit yang berkenaan untuk membuat pesanan.

(B)    Pesanan Layan Diri: Pesanan boleh dibuat di Pusat Pengedaran Market Malaysia melalui stesen Pesanan Layan Diri kami. Semua pesanan akan diproses pada hari yang sama.

(C)    Pesanan Pelanggan Terpilih: Pelanggan Terpilih boleh membuat pesanan melalui Pengurus Pelanggan mereka, di laman web Pengurus Pelanggan masing-masing.


SEK. 3     PESANAN PUNGUTAN

(A)    Identifikasi Diperlukan: Jika pesanan anda akan diambil oleh individu selain daripada diri anda, pastikan anda telah melengkapkan Borang Kebenaran Pungutan Market Malaysia sebelum kutipan tersebut. Jika borang tersebut tidak dilengkapkan atau dikemas kini, dan individu yang dihantar untuk mengambil bungkusan tiada dalam senarai anda, mereka tidak akan dibenarkan memungut bungkusan tersebut.

         Pemilik UnFranchise tidak boleh mengambil bungkusan bagi pihak Pemilik UnFranchise yang lain melainkan atas alasan berikut: 

         (1)    Pemilik UnFranchise yang diwakilkan ditaja oleh yang mewakilkan

         (2)    Pemilik UnFranchise yang diwakilkan menyertai Program AutoShip UnFranchise Market Malaysia pada masa tersebut dan mempunyai pesanan AutoShip UnFranchise yang sah yang dilakukan pada Q-month sebelumnya.  

(B)    Pungutan bagi Pesanan Kali Pertama dan Kit Langganan: Jika pesanan tersebut adalah pesanan kali pertama dan pesanan tersebut mengandungi kit langganan, ia hanya boleh dipungut Pemilik UnFranchise baharu dalam pesanan tersebut. ID Foto mesti ditunjukkan semasa kutipan dibuat.

         (1)     Bisnes UnFranchise Bawah Nama Syarikat: Untuk memungut produk yang dibayar oleh Bisnes UnFranchise yang disenaraikan bawah nama syarikat, Pemilik UnFranchise perlu menunjukkan salinan ketetapan syarikat yang mengenal pasti prinsipal syarikat tersebut, bersama sekeping Kad Pengenalan Malaysia yang merujuk kepada salah seorang prinsipal atau individu yang membuat pesanan tersebut (Pemilik UnFranchise yang membuat pemfailan).

         (2)     Bisnes UnFranchise Bawah satu Dana: Untuk mengutip produk yang dibayar oleh Bisnes UnFranchise yang disenaraikan sebagai satu dana, Pemilik UnFranchise mesti menunjukkan salinan dokumen dana yang merujuk kepada pemegang dana, bersama Kad Pengenalan Malaysia yang merujuk kepada salah seorang pemegang amanah tersebut atau individu yang membuat pesanan (Pemilik UnFranchise yang membuat pemfailan).

(C)    Waktu Pungutan: Pesanan boleh dipungut dari Isnin sehingga Jumaat, 11:00 pagi sehingga 7:00 malam dan pada hari Sabtu antara 10:00 pagi sehingga 2:00 petang. Pintu akan ditutup mengikut waktu yang dijadualkan dan tiada Pemilik UnFranchise yang akan dibenarkan masuk selepas pintu ditutup. 

         (1)    Semua pesanan perlu diperiksa sebelum meninggalkan pejabat Market Malaysia.

         (2)    Semua pesanan perlu dipungut dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar bermula dari hari pesanan dibuat. Jika pesanan tidak dipungut dalam tempoh ini, pesanan tersebut akan dibatalkan dan Pemilik UnFranchise akan menerima pembayaran balik sebanyak 90% daripada harga pembelian. 

         (3)    Dokumentasi: Semua pesanan mesti dinyatakan “PUNGUTAN” di ruangan alamat penghantaran dalam borang pesanan produk. Bagi pesanan dalam talian, Pemilik UnFranchise mesti menandakan kotak bawah bahagian "Alamat Penghantaran" yang menyatakan, "Ya, saya ingin mengutip penghantaran saya." Jangan mengepos sebarang salinan pesanan kepada Market Malaysia apabila menggunakan proses pungutan pesanan. Ini boleh menyebabkan Pemilik UnFranchise dicaj sebanyak dua kali.


SEK. 4    DASAR BAYARAN

Semua pesanan mesti dibayar terlebih dahulu dengan kad kredit/ debit VISA atau MasterCard yang diluluskan, atau kredit sedia ada dalam akaun. BAYARAN PADA WAKTU PESANAN DITERIMA (COD) TIDAK akan diterima.

(A)    Kad Kredit: Pemilik UnFranchise boleh menggunakan kad kredit/ debit VISA atau MasterCard peribadi yang telah disahkan dalam fail Market Malaysia untuk membuat bayaran. Pesanan ini akan diproses pada hari penerimaan. 

(B)    Kredit dalam Akaun: Wang boleh didepositkan dengan Market Malaysia dan digunakan sebagai bayaran. Namun, Pemilik UnFranchise perlu memberikan arahan kepada Market Malaysia untuk berbuat demikian dengan menulis “Gunakan Kredit dalam Akaun” di bahagian atas borang pesanan. Wang tidak akan digunakan secara automatik daripada mana-mana akaun. Apabila wang digunakan daripada mana-mana akaun Market Malaysia, wang tersebut akan diambil daripada akaun kredit negara yang dinyatakan oleh alamat penghantaran bagi transaksi tersebut. Pemilik UnFranchise tidak boleh memindahkan wang dari akaun Market Malaysia mereka ke dalam akaun Market Malaysia Pemilik UnFranchise lain, melainkan secara khususnya untuk menjelaskan debit dalam akaun penerima. Sebarang permintaan untuk menambah kredit ke akaun Market Malaysia mesti dihantar menggunakan Borang Pesanan Produk.

(C)    Pesanan Tanpa Bayaran atau Bayaran Tanpa Borang Pesanan: Sebarang pesanan yang diterima tanpa bentuk pembayaran yang boleh diterima akan ditolak dan dikembalikan kepada Pemilik UnFranchise. Pembayaran tanpa borang pesanan yang lengkap pula akan dikembalikan kepada Pemilik UnFranchise.

(D)    Pemilik UnFranchise yang Membuat Bayaran: Pemilik UnFranchise yang membuat bayaran mesti melengkapkan bahagian paling atas di borang pesanan (Nama dan Nombor ID Market Malaysia) bagi memastikan maklumat kredit/ debit yang betul telah dimasukkan.

(E)    Penggunaan Baucar: Satu baucar Market Malaysia akan dikeluarkan bagi mana-mana produk berjenama Market Malaysia dengan jumlah BV (atau IBV dalam situasi tertentu) dikreditkan untuknya pada ketika produk tersebut dipaparkan sebagai tersedia tetapi dihentikan pengeluarannya ketika pesanan diisi. Senarai baucar yang tersedia untuk Pemilik UnFranchise hanya boleh didapatkan di Akaun Bisnes UnFranchise dan tidak lagi dihantar dalam bentuk kertas. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk berjenama Market Malaysia, tertakluk kepada terma dan syarat yang berikut:

         (1)    Baucar tersebut boleh ditebus secara dalam talian di Akaun Bisnes UnFranchise milik Pemilik UnFranchise, dipos ke alamat di Malaysia bersama pesanan melalui pos yang akan menggunakan baucar tersebut, atau difaks bersama pesanan melalui faks yang akan menggunakan baucar tersebut. Penebusan dalam talian digalakkan bagi memastikan kemasukan kredit yang betul dan pantas. Apabila membuat sebarang pesanan produk dalam talian, terdapat peluang untuk mendapatkan baucar yang tersedia.

         (2)    Pemilik UnFranchise mesti menebus baucar tersebut dalam talian dalam tempoh 90 hari bermula dari tarikh baucar tersebut dikeluarkan.

         (3)    Baucar tersebut mesti digunakan bagi satu pesanan. Baucar tersebut hanya boleh digunakan oleh Pemilik UnFranchise yang menerimanya dan tidak boleh digunakan untuk pembayaran mana-mana pesanan Pemilik UnFranchise yang lain.

         (4)    Kos produk Market Malaysia dan nilai BV/IBV bagi produk dalam pesanan yang dibuat dengan menebus baucar tersebut mestilah lebih besar atau setara dengan nilai baucar tersebut.

         (5)    Jumlah BV/IBV yang diwakili oleh baucar tersebut akan ditolak daripada pesanan yang dibuat dengan menebus baucar tersebut. Sebagai contoh, seorang Pemilik UnFranchise menerima baucar bagi produk yang bernilai 50 BV. Pemilik UnFranchise menebus baucar tersebut bagi pesanan seterusnya yang mengandungi produk sedia ada yang bernilai 80 BV. Bagi pesanan tersebut, jumlah keseluruhan BV adaaah 30 BV kerana 50 BV telah pun dikreditkan untuk pesanan yang menebus baucar tersebut dikeluarkan. 

         (6)    Jumlah RM dalam baucar telah dibayar oleh Pemilik UnFranchise pada pesanan yang mengeluarkan baucar tersebut. Jumlah RM dalam baucar telah dibayar oleh Pemilik UnFranchise pada pesanan yang mengeluarkan baucar tersebut. Sebagai contoh, seorang Pemilik UnFranchise menerima baucar bagi produk yang mempunyai Kos UnFranchise sebanyak RM120. Pemilik UnFranchise menebus baucar pada pesanan seterusnya yang biasanya mempunyai jumlah Kos UnFranchise sebanyak RM280. Pada pesanan seterusnya, Pemilik UnFranchise hanya akan dicaj berdasarkan jumlah Kos UnFranchise sebanyak RM160. 

         (7)    Kos penghantaran, yuran pentadbiran dan cukai jualan (jika berkenaan) akan dikenakan pada pesanan asal, termasuk produk yang tidak tersedia. Jumlah baucar hanya akan mengandungi Kos UnFranchise untuk produk yang tidak tersedia.  Yuran pentadbiran dan cukai jualan yang dicaj bagi produk asal akan dikenakan kepada Kredit dalam Akaun Pemilik UnFranchise dan, jika caj penghantaran bagi pesanan asal melebihi caj penghantaran sebenar apabila produk yang tidak tersedia dipadamkan, perbezaan tersebut akan dimasukkan ke dalam Kredit dalam Akaun. Bagi pesanan yang ditebus, semua kos penghantaran, yuran pentadbiran dan cukai jualan (jika berkenaan) akan dikenakan berdasarkan Kos UnFranchise bagi keseluruhan pesanan yang dibuat dengan menebus baucar tersebut, termasuk item bagi baucar yang ditebus. Kemudian, Pemilik UnFranchise boleh memohon baucar bagi pesanan baharu, untuk produk sahaja.roduk yang tidak tersedia.

         (8)    Baucar tidak boleh digunakan untuk menampung kos penghantaran, yuran pentadbiran atau cukai jualan. 

         (9)    Mana-mana baucar yang tidak ditebus dalam tempoh 90 hari dari tarikh ia dikeluarkan akan dianggap sebagai tidak boleh ditebus dan tiada nilai kewangan.


SEK. 5        PESANAN AUTOSHIP UNFRANCHISE DENGAN KAD KREDIT

(A)    Pesanan AutoShip UnFranchise dengan Kad Kredit: Bagi Program Kad Kredit AutoShip UnFranchise, Market Malaysia akan menghantar pesanan Pemilik UnFranchise sebanyak dua kali jika perlu (satu kali untuk setiap hari bekerja). Jika kad tersebut ditolak pada kali kedua, pesanan untuk bulan tersebut akan dibatalkan dan surat pemakluman akan dihantar secara automatik kepada Pemilik UnFranchise sebagai notis untuk pesanan yang dibatalkan. Jika pesanan AutoShip UnFranchise dengan kad kredit dibatalkan kerana kad tersebut ditolak, pesanan dengan bayaran mungkin perlu dihantar sebelum Q-Date Pemilik UnFranchise berkenaan. Jika kad kredit tersebut ditolak supaya pesanan bulanan dibatalkan selama dua bulan berturut-turut, keseluruhan pesanan AutoShip UnFranchise juga akan ditolak dan Pemilik UnFranchise perlu menghantar Borang AutoShip UnFranchise baharu atau menghantar semula permohonan bagi AutoShip UnFranchise secara dalam talian untuk mengaktifkan semula Program AutoShip UnFranchise.    

         (1)    Adalah disarankan supaya Borang Kebenaran AutoShip UnFranchise ditetapkan untuk pemprosesan pada dua hari Selasa sebelum Tarikh Kelayakan (Q-Date) Pemilik UnFranchise. Senario ini akan lebih memudahkan proses pemberitahuan kepada Pemilik UnFranchise sekiranya kredit tidak tersedia, seterusnya membolehkan Pemilik UnFranchise untuk memenuhi Pilihan Akruan Bulanan dan/atau syarat minimum Volum Bisnes Persendirian. 

         (2)    Adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk memastikan kredit telah tersedia.

         (3)    Adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk memastikan Market Malaysia dimaklumkan tentang tarikh luput kad kredit baharu bagi kad kredit yang digunakan untuk membuat pesanan. Walaupun mungkin terdapat kredit yang tersedia, kad tersebut mungkin ditolak kerana tarikh luput yang tidak betul. Akibatnya adalah sama seperti ditolak.

         (4)    Pemilik UnFranchise boleh melakukan kebanyakan perubahan lain secara dalam talian di my. UnFranchise.com.

         (5)    Wakil Jualan boleh mendaftar dalam Program AutoShip UnFranchise dengan menggunakan kad kredit. AutoShip dimulakan bagi pemilik bisnes berikut; sistem akan mengira transaksi AutoShip UnFranchise secara bulanan, 17 hari sebelum Tarikh Mula kerana Wakil Jualan tidak mempunyai Q-Date. 

(B)    Pesanan Kad Kredit Pemilik UnFranchise Bebas: Market Malaysia akan memproses pesanan Pemilik UnFranchise sebanyak dua kali jika perlu (sekali pada setiap hari bekerja secara berturutan). Jika kad kredit dinafikan untuk kali kedua, pesanan tersebut akan dibatalkan dan surat penghargaan akan dihantar secara automatik kepada Pemilik UnFranchise sebagai notis bagi pembatalan pesanan. Jika kad kredit dinafikan pada hari Jumaat dan diterima pada percubaan kedua, Volum Bisnes akan dikreditkan pada hari Isnin pada minggu yang berikutnya, atau pada minggu kad kredit tersebut diterima.

Pemilik UnFranchise boleh mempunyai sehingga empat kad kredit yang dimilikinya dalam fail untuk digunakan. Untuk menambah kad kredit tambahan yang dimilikinya, atau menukar maklumat kad kredit semasa untuk kegunaan, Pemilik UnFranchise mesti menghantar nombor baru melalui Perjanjian Kad Kredit yang telah ditandatangani dan ambil maklum bahawa proses tersebut hanya bagi perubahan nombor kad kredit atau menukarnya secara dalam talian di my.unfranchise.com.

         (1)    Pemilik UnFranchise boleh mempunyai sehingga empat kad kredit yang dimilikinya dalam fail untuk digunakan.

         (2)    Jika Pemilik UnFranchise memohon untuk menggunakan kad kredit yang tiada dalam fail pada waktu pesanan dibuat, pesanan tersebut tidak akan diproses.

         (3)    Adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk memastikan Market Malaysia dimaklumkan tentang tarikh luput baru. Walaupun kredit mungkin tersedia, kad tersebut boleh dinafikan atas sebab tarikh luput yang salah. Akibatnya sama seperti penafian. 

         (4)    Pemilik UnFranchise mesti menetapkan kad kredit yang ingin digunakan bagi setiap pesanan. Jika tiada kad kredit dinyatakan, atau jika Pemilik UnFranchise hanya menulis “Gunakan Kad Kredit Dalam Fail,” Market Malaysia akan cuba mengecaj kad pertama di fail dalam pangkalan data komputer. Jika kad tersebut ditolak pada percubaan pertama, Market Malaysia akan menggunakan kad yang sama pada percubaan kedua. Jika ditolak, Market Malaysia tidak akan mencuba kad kredit tambahan yang mungkin berada dalam fail untuk memproses pesanan tersebut.

(C)    Caj Semula/Pertikaian: Pemilik UnFranchise yang ingin mendapatkan bayaran balik bagi produk yang telah dibeli daripada Market Malaysia mestilah termaktub dalam Dasar Jaminan Pembelian Semula dan Pemulangan Barangan. Pemilik UnFranchise yang ingin mendapatkan bayaran balik mesti menghubungi Penyelaras Eksekutif Bertauliah atasan mereka terlebih dahulu, dan seterusnya menghubungi Market Malaysia jika perlu, sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Pemulangan Barang Dagangan, sebelum cuba mengecaj semula kad kredit bagi produk yang telah dibeli daripada Market Malaysia.

         (1)    Liabiliti Pemilik UnFranchise: Market Malaysia berhak untuk membatalkan semua keistimewaan kad kredit (termasuk pilihan kad kredit bagi AutoShip UnFranchise) bagi Pemilik UnFranchise yang memohon caj semula daripada bank atau syarikat kad kredit mereka.

         (2)    Liabiliti Penyelaras Eksekutif: Selaras dengan Jaminan Belian Semula dan Dasar Pemulangan Barang Dagangan, bagi mana-mana caj semula kad kredit yang dibuat oleh Pemilik UnFranchise, Market Malaysia berhak untuk mendapatkan semula jumlah RM tersebut daripada Penyelaras Eksekutif Bertauliah susunan atasan melalui pelaksanaan Proses Pembalikan Komisen. 


SEK. 6    PESANAN TERTANGGUH

Jika Pemilik UnFranchise memesan produk yang tidak tersedia pada masa pesanan tersebut diproses, slip pembungkusan yang dipulangkan bersama produk lain dalam pesanan Pemilik UnFranchise tersebut akan ditandakan “BO” (pesanan tertangguh). Apabila sesuatu item tertangguh, komputer akan mencari semua invois yang mengandungi pesanan tertangguh pada setiap hari. Apabila item tertangguh telah tersedia, pesanan tertangguh akan diproses dan dihantar secara automatik.


SEK. 7     KREDIT DAN DEBIT

Pemilik UnFranchise mempunyai akaun Market Malaysia bagi setiap negara yang dibenarkan untuk menjalankan perniagaan. Pemilik UnFranchise dibenarkan untuk menggunakan kredit dalam akaun ini hanya untuk transaksi bagi negara yang dinyatakan dalam akaun berkenaan; contohnya, jika Pemilik UnFranchise mempunyai kredit dalam akaun Singapura Market Malaysia miliknya, maka kredit tersebut hanya boleh digunakan bagi transaksi yang akan dihantar ke Singapura dan/atau dikreditkan sebagai transaksi yang memerlukan dolar Singapura.

(A)     Maklumat Akaun: Kredit dan debit dipaparkan di slip pembungkusan yang diterima oleh Pemilik UnFranchise bersama penghantaran. Jumlah yang disenaraikan di slip pembungkusan berkenaan adalah kredit atau debit keseluruhan pada akaun Market Malaysia Pemilik UnFranchise selepas transaksi berkenaan selesai. Jika transaksi seterusnya berlangsung yang akan memberi kesan kepada akaun Market Malaysia Pemilik UnFranchise, jumlah kredit atau debit tersebut akan, semestinya, berubah

(B)    Kredit Dalam Akaun: 

         (1)    Pemilik UnFranchise tidak boleh memindahkan wang dari akaun Market Malaysia mereka ke akaun Market Malaysia Pemilik UnFranchise lain, melainkan secara khususnya untuk menjelaskan debit dalam akaun penerima. 

         (2)    Pemilik UnFranchise tidak boleh memasukkan wang ke dalam akaun Market Malaysia Pemilik UnFranchise lain, melainkan secara khususnya untuk menjelaskan debit dalam akaun penerima. 

         (3)    Sebarang permohonan untuk menambah kredit kepada akaun Market Malaysia mesti dihantar dalam Borang Pesanan Produk.

         (4)    Sebarang permohonan untuk menerima bayaran balik wang dalam akaun kredit Pemilik UnFranchise perlu dihantar secara bertulis, untuk perhatian Jabatan Pembayaran Balik.

         (5)    Kredit dalam akaun adalah tanpa faedah.


SEK. 8    PESANAN PROGRAM AUTOSHIP UNFRANCHISE

Program AutoShip UnFranchise Market Malaysia membolehkan Pemilik UnFranchise membuat pesanan tetap bagi BDC-001 mereka untuk memenuhi BV bulanan dan, sekiranya terpakai, keperluan IBV mrerka dan untuk meletakkan BV/IBV mengikut dasar peletakan yang ditetapkan.  Dengan menetapkan AutoShip UnFranchise secara dalam talian di Akaun Bisnes UnFranchise atau menghantar borang Kebenaran AutoShip UnFranchise dan melaksanakan kaedah bayaran, program ini akan memesan dan menghantar produk yang dipilih secara automatik pada setiap bulan. Pemilik UnFranchise boleh memilih VISA atau MasterCard sebagai kaedah pembayaran. Pemilik UnFranchise tidak perlu melampirkan sebarang bentuk dana (cek atau kiriman wang) padakertas borang Kebenaran AutoShip UnFranchise mereka. 

(A)    Penetapan Tarikh AutoShip Bulanan Secara Automatik: Apabila Pemilik UnFranchise memilih AutoShip UnFranchise, sistem akan menentukan tarikh transaksi bulanan untuk berlaku 17 hari sebelum Q-Date bulanan Pemilik UnFranchise berkenaan secara automatik, bagi memastikan pemprosesan dilakukan pada masa yang sepatutnya untuk memenuhi keperluan pelan ganjaran. Pengeluaran bulanan dengan kaedah bayaran yang dipilih akan dilaksanakan pada tarikh draf yang ditetapkan dan penghantaran produk akan mengikut proses penghantaran yang berkenaan. 

         (1)    Pemilik UnFranchise Baru Mendaftar dalam AutoShip UnFranchise: Transaksi AutoShip UnFranchise pertama bagi Pemilik UnFranchise baharu akan ditetapkan untuk berlaku 17 hari sebelum akhir sukuan pertama AutoShip UnFranchise bagi Pemilik UnFranchise baru, memandangkan Pemilik UnFranchise baru mempunyai satu tempoh tangguh sebagai syarat bulanan. 

         (2)    Pemilik UnFranchise Sedia Ada Mendaftar dalam Program AutoShip UnFranchise: Tarikh permulaan AutoShip UnFranchise bulanan akan ditetapkan untuk Pemilik UnFranchise sedia ada pada 17 hari sebelum Q-Date bulanan yang seterusnya.

         (3)    Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise yang Belum Layak: Tarikh Mula digunakan untuk menentukan permulaan AutoShip bagi pemilik perniagaan berikut; sistem akan mengira transaksi AutoShip UnFranchise pada setiap bulan, 17 hari sebelum Tarikh Mula.  

         (4)    Perlindungan Akruan: Pemilihan pilihan Perlindungan Akruan akan memastikan Pemilik UnFranchise yang memperoleh komisen dalam tempoh 90 hari pertama dari tarikh mula mereka memulakan AutoShip UnFranchise lebih awal bagi memenuhi syarat pengakruan, manakala mana-mana Pemilik UnFranchise yang keperluan jumlah bulanannya meningkat untuk layak bagi Pengakruan Bulanan akan melihat pesanan AutoShip UnFranchise bertambah dua kali atau tiga kali ganda secara automatik bagi menampung perbezaan tersebut. Pilihan ini juga melindungi Pemilik UnFranchise sekiranya terdapat perubahan pada harga produk atau ketersediaan produk, bagi memastikan pesanan AutoShip dilaraskan untuk memenuhi keperluan volum yang berkenaan.

(B)    Penggunaan Kad Kredit: Kad Kredit Utama dan Kedua boleh disimpan dalam fail bagi Pesanan AutoShip UnFranchise

         (1)    Kad Kredit Utama: Market Malaysia akan cuba untuk mengenakan caj pada Kad Kredit/ Debit Pertama bagi Pesanan AutoShip UnFranchise. Jika Kad Kredit/ Debit Utama ditolak pada percubaan pertama atas sebab yang dibenarkan, Market Malaysia akan cuba untuk mengenakan caj pada Kad Kredit/ Debit Utama sekali lagi pada hari bekerja yang berikutnya. Jika Kad Kredit/ Debit Utama ditolak pada percubaan pertama atas sebab yang tidak dibenarkan, Market Malaysia tidak akan mengenakan caj ke atas Kad Kredit/ Debit Utama pada percubaan kedua sebaliknya akan cuba untuk mengenakan caj ke atas Kad Kredit/ Debit Kedua pada hari bekerja yang berikutnya. Jika Kad Kredit/ Debit Kedua tiada dalam fail, Pesanan Pemilik UnFranchise akan dibatalkan atas penolakan yang tidak dibenarkan pada percubaan pertama dan notis bagi pembatalan pesanan akan dihantar kepada Pemilik UnFranchise.

         Jika Kad Kredit/ Debit Utama ditolak sebanyak dua kali, Market Malaysia akan mengenakan caj atas Kad Kredit/ Debit Kedua. Jika Kad Kredit/ Debit Kedua tiada dalam fail, pesanan pada bulan tersebut akan dibatalkan dan notis bagi pembatalan pesanan akan dihantar kepada Pemilik UnFranchise. Jika pesanan AutoShip UnFranchise dibatalkan atas sebab penolakan kad kredit/ debit, pesanan dengan bayaran mungkin perlu dihantar sebelum Q-Date Pemilik UnFranchise. Jika pesanan bulanan Pemilik UnFranchise dibatalkan atas sebab penolakan kad kredit/ debit selama dua bulan berturut-turut, keseluruhan AutoShip UnFranchise bagi Pemilik UnFranchise juga akan dibatalkan dan Pemilik UnFranchise mesti menghantar Borang AutoShip UnFranchise baru atau menghantar semula permohonan bagi AutoShip UnFranchise dalam talian untuk mengaktifkan semula Program AutoShip UnFranchise.

         (2)     Kad Kredit Kedua: Market Malaysia akan cuba untuk mengenakan caj terhadap Kad Kredit/ Debit Kedua seperti yang diterangkan di atas. Market Malaysia cuma akan mencuba untuk mengenakan caj terhadap Kad Kredit/ Debit Kedua sebanyak satu kali. Jika Kad Kredit/ Debit Kedua ditolak, pesanan pada bulan tersebut akan dibatalkan dan notis bagi pembatalan pesanan akan dihantar kepada Pemilik UnFranchise. Jika pesanan AutoShip UnFranchise dengan kad kredit dibatalkan atas sebab penolakan kad kredit/ debit, pesanan dengan bayaran mungkin perlu dihantar sebelum Q-Date Pemilik UnFranchise. Jika pesanan bulanan Pemilik UnFranchise dibatalkan, Pemilik UnFranchise mesti menghantar Borang AutoShip UnFranchise baharu atau menghantar semula pesanan bagi AutoShip UnFranchise dalam talian untuk mengaktifkan semula Program AutoShip UnFranchise.

         (3)    Adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk memastikan kredit sentiasa tersedia.

         (4)    Adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk memastikan Market Malaysia dimaklumkan tentang tarikh luput kad kredit baharu bagi kad kredit yang digunakan untuk membuat pesanan. Walaupun kredit mungkin tersedia, kad tersebut boleh ditolak disebabkan tarikh luput yang salah.  Akibatnya adalah sama seperti ditolak.

         (5)    Pemilik UnFranchise bagi AutoShip UnFranchise yang perlu menukar nombor atau tarikh luput kad kredit mereka boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui Akaun Perniagaan UnFranchise, faks atau dengan mengepos maklumat tersebut berserta tandatangan Pemilik UnFranchise kepada Perkhidmatan UnFranchise. Bagi kebanyakan penukaran yang lain, Market Malaysia memerlukan Pemilik UnFranchise untuk menghantar Borang AutoShip UnFranchise baharu yang telah dilengkapkan. Pemilik UnFranchise juga boleh membuat penukaran ini dalam talian melalui Akaun Perniagaan UnFranchise mereka.

(C)     Pemegang Kad Kredit/Pemegang Akaun Lain: Semua pesanan AutoShip UnFranchise perlulah dibayar oleh Pemilik UnFranchise yang namanya dipaparkan dalam Borang Kebenaran Autoship UnFranchise dan Pesanan dengan menggunakan kad kredit mereka sendiri atau akaun semasa dalam fail. Satu-satunya pengecualian adalah jika pemilik kad kredit/ akaun bank adalah pasangan, atau, sekiranya Bisnes UnFranchise tersebut adalah entiti perniagaan, pemilik kad kredit/ akaun bank tersebut adalah prinsipal entiti perniagaan yang didokumenkan. Dalam kes tersebut, Borang Kebenaran Autoship UnFranchise dan Pesanan perlulah ditandatangani oleh kedua-dua individu dan mesti disertakan dengan surat pengesahan daripada pemilik kad kredit atau akaun bank yang membenarkan penggunaannya. Pelanggaran syarat akan menyebabkan pesanan AutoShip UnFranchise tidak diproses.

(D)     Pemilik UnFranchise Membatalkan AutoShip UnFranchise mereka: Pemilik UnFranchise boleh membatalkan pesanan tetap Autoship UnFranchise mereka pada bila-bila masa dengan memberikan notis 30 hari secara bertulis berserta tandatangan kepada Market Malaysia. Ini tidak akan menyebabkan penamatan Perniagaan UnFranchise. Jika Pemilik UnFranchise menamatkan Perniagaan UnFranchise mereka, mereka perlu menyatakan penamatan tersebut secara bertulis bersama dengan pembatalan Perniagaan UnFranchise. Notis: Jika Pemilik UnFranchise mempunyai item BV dan IBV pada AutoShip UnFranchise mereka, maka pembatalan AutoShip UnFranchise akan menyebabkan pembatalan keseluruhan AutoShip UnFranchise, termasuk kedua-dua item BV dan IBV. 

(E)     Market Malaysia Membatalkan Autoship UnFranchise: Pemulangan pesanan AutoShip UnFranchise bagi Pemilik UnFranchise boleh menyebabkan pembatalan AutoShip UnFranchise mereka.

         (1)    Satu Pemulangan: Apabila Market Malaysia menerima pesanan AutoShip UnFranchise yang dipulangkan, Pemilik UnFranchise mempunyai 30 hari dari tarikh Market Malaysia menerima semula produk tersebut untuk memohon produk tersebut dihantar semula. Market Malaysia berhak untuk membatalkan AutoShip UnFranchise mana-mana Pemilik UnFranchise dengan serta-merta jika Pemilik UnFranchise tersebut tidak memohon supaya pesanan tersebut dihantar semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh Market Malaysia menerima semula produk tersebut. Jika pesanan AutoShip UnFranchise dibatalkan atas sebab ini, Pemilik UnFranchise mesti menghantar Borang AutoShip UnFranchise baru untuk mengaktikan semula AutoShip UnFranchise.

         (2)    Dua Pemulangan: Market Malaysia berhak untuk membatalkan AutoShip UnFranchise bagi Pemilik UnFranchise dengan serta-merta selepas menerima dua atau lebih pesanan AutoShip UnFranchise yang dipulangkan kepada Market Malaysia atas apa-apa sebab sekalipun. Sekiranya pesanan AutoShip UnFranchise dibatalkan atas sebab tersebut, Pemilik UnFranchise mesti menghantar Borang AutoShip UnFranchise yang baharu untuk mengaktikan semula AutoShip UnFranchise.

(F)     Penukaran Produk: Pemilik UnFranchise boleh menukar produk dalam talian (perubahan dalam talian bagi produk dalam pesanan AutoShip UnFranchise mesti dihantar pada hari Jumaat sebelum 2 petang, minggu tersebut sebelum minggu draf yang seterusnya).  NOTIS: Walaupun Pemilik UnFranchise boleh menukar produk dalam pesanan AutoShip UnFranchise mereka secara berkala, program ini bukan direka untuk penukaran produk pada setiap bulan atau setiap dua bulan. Ini bertentangan dengan tujuan program iaitu untuk membolehkan Pemilik UnFranchise mengeluarkan pesanan secara automatik pada setiap bulan tanpa perlu menghantar lebih banyak kertas kerja atau kerap melakukan perubahan. Jika Pemilik UnFranchise merancang untuk menukar produk pada setiap bulan atau lebih, mereka dinasihatkan untuk menghantar pesanan secara manual pada setiap bulan bagi memenuhi Pilihan Akruan Bulanan dan/atau Pilihan Akruan Bulanan IBV.    

(H)    Destinasi Penghantaran AutoShip UnFranchise: Arahan tetap AutoShip UnFranchise hanya akan dihantar ke alamat yang ditetapkan di Malaysia.  


SEK. 9       PROGRAM AUTOSHIP PELANGGAN KEUTAMAAN

Program AutoShip Pelanggan Keutamaan Market Malaysia membolehkan Pelanggan Keutamaan membuat pesanan tetap. Program ini akan membuat pesanan dan menghantar produk yang dipilih secara automatik pada setiap tempoh masa yang ditetapkan. Pelanggan Keutamaan boleh memilih antara VISA dan MasterCard sebagai kaedah pembayaran. Memilih Minggu Draf: Pelanggan Keutamaan boleh mencipta seberapa banyak AutoShips (dengan tarikh penghantaran berbeza) seperti diperlukan.

(A)    Memilih Mingguan Deraf: Pelanggan Keutamaan boleh mencipta seberapa banyak AutoShip yang diperlukan (dengan tarikh penghantaran berbeza

(B)    Masa Tetapan: Pealnggan Keutamaan boleh menetapkan AutoShip mereka di laman web MY.SHOP..COM

(C)    Pembatalan AutoShip Pelanggan Keutamaan: Pelanggan Keutamaan boleh membatalkan pesanan tetap AutoShip mereka pada bila-bila masa dengan memberi notis selama 30 hari secara bertulis dan berserta tandatangan kepada Market Malaysia atau membatalkannya secara dalam talian di laman web Shop.com.

(D)    Menukar Pesanan: Pelanggan Keutamaan boleh menukar produk dalam pesanan tetap tersebut secara dalam talian.

(E)    Wang yang Mencukupi/ Kredit Tersedia: Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan Keutamaan untuk memastikan kredit sentiasa tersedia dan tarikh luput kad kredit yang tepat berada dalam fail Market Malaysia.


SEK. 10       PELETAKAN VOLUM BISNES DAN VOLUM BISNES INTERNET

Semua Volum Bisnes Persendirian (PBV) dan/ atau Volum Bisnes Internet Persendirian (PIBV) mesti ditetapkan sama ada kepada BDC peribadi (termasuk BDC yang dimasukkan semula) Pemilik UnFranchise yang membuat pembelian atau  BDC asal (tidak termasuk BDC yang dimasukkan semula atau BDC 001, dengan pengeculian kepada mereka yang menubuhkan bisnes mereka dengan entri BDC tunggal) milik mana-mana Pemilik UnFranchise yang ditaja secara peribadi yang berkelayakan untuk penetapan berkenaan seperti yang dinyatakan dalam Seksyen ini. Pemilik UnFranchise hanya boleh menetapkan seorang Pemilik UnFranchise yang ditaja secara peribadi untuk peletakan volum bagi setiap sukuan.  

Seseorang Pemilik UnFranchise boleh meletakkan PBV dan/atau PIBV ke BDC asal (tidak termasuk BDC 001) kepada Pemilik UnFranchise yang bukan merupakan peletakan ditetapkan, sekiranya mereka dalam tempoh 90 hari daripada tarikh mula, Ditaja Secara Peribadi, Berkelayakan, Aktif dan telah berdaftar untuk AutoShip UnFranchise.

(A)    Pesanan Produk: Pesanan perlulah dibayar oleh Pemilik UnFranchise yang membuat pembelian produk tersebut. Peletakan BV/IBV bagi pesanan Autoship UnFranchise mengikut garis panduan peletakan yang standard seperti diberikan dalam Bab ini. Pilihan untuk peletakan lebihan/limpahan BV/IBV akan disediakan semasa mendaftar untuk program AutoShip UnFranchise dan boleh ditukar sekiranya perlu. 

(B)     Penjualan Produk kepada Pemilik UnFranchise: Pemilik UnFranchise boleh menjual produk kepada Pemilik UnFranchise yang lain. Namun, Pemilik UnFranchise yang membuat pembelian mestilah melakukan bayaran kepada Market Malaysia. Pesanan tersebut akan diletakkan kepada BDC Pemilik UnFranchise yang membuat pembelian, dan produk tersebut perlu dihantar kepada Pemilik UnFranchise yang menjual. 

(C)     Jualan Produk kepada Wakil Jualan: Wakil Jualan boleh membeli produk daripada Pemilik UnFranchise. Terpulang pada Pemilik UnFranchise untuk membeli produk dengan wang yang membawa Volum Bisnes (BV) dan/atau Volum Bisnes Internet (IBV) menurut garis panduan peletakan standard yang dinyatakan dalam bab ini.

(D)     Tugasan BV/IBV untuk Pesanan AutoShip UnFranchise: Tugasan BV/IBV untuk pesanan AutoShip Unfranchise mengikut garis panduan peletakan standard seperti yang diberikan dalam Bab ini. Pilihan untuk peletakan lebihan/limpahan BV/IBV akan disediakan semasa mendaftar untuk program AutoShip UnFranchise dan boleh ditukar sekiranya perlu. 

(E)     Garis Panduan Peletakan BV dan/atau IBV Tidak Lengkap: 

         (1)    Maklumat BDC yang Tidak Lengkap: Sekiranya maklumat berkenaan penetapan BV/IBV dalam borang pesanan produk tidak lengkap mengenai BDC yang dipilih untuk menerima BV/IBV, maka, BV/IBV tersebut akan ditempatkan dalam BDC-001 milik Pemilik UnFranchise yang ditempatkan pesanan tersebut (Pemilik UnFranchise yang membuat pemfailan).

         (2)     Maklumat Jumlah BV dan/atau IBV yang Tidak Lengkap: Jika maklumat berkenaan penetapan BV/IBV dalam borang pesanan produk tidak lengkap berkenaan jumlah BV/IBV yang akan ditetapkan kepada berbilang BDC, maka, sebarang jumlah BV yang boleh ditetapkan peletakannya, akan diletakkan mengikut permintaan, dan baki jumlah BV/IBV yang dipertikaikan akan diletakkan sesama BDC lain mengikut jumlah BV/IBV yang dibenarkan.

                  (a)    Turutan Normal Penetapan BV dan/atau IBV: BV/ IBV akan diletakkan mengikut turutan normal peletakan BV/IBV dalam borang pesanan produk, mengikut susunan yang bermula dari kotak No. 1 dan berakhir dengan kotak No. 5, tidak mengira sama ada ini merupakan pesanan pertama atau tidak. Sekiranya maklumat jumlah BV/ IBV tidak lengkap bagi mana-mana langkah dalam turutan normal peletakan BV/ IBV dalam borang pesanan, maka, Pemprosesan Data akan melangkau ke langkah yang seterusnya mengikut turutan normal, sehinggalah semua jumlah BV/ IBV yang boleh ditetapkan secara muktamad telah selesai. Kemudian, Pemprosesan Data akan kembali kepada turutan normal peletakan BV/IBV kepada mana-mana kotak yang belum diselesaikan dan meletakkan mana-mana BV/IBV yang masih berbaki. Satu-satunya pengecualian bagi proses ini adalah pesanan kali pertama seperti dinyatakan di dalam Kotak No. 2 (lihat di bawah). 

                           (i)     Kotak No. 2 – Pesanan Kali Pertama: Jika mana-mana bahagian kotak No. 2 dinyatakan dalam pemfailan pesanan kali pertama Pemilik UnFranchise, turutan penetapan normal BV bagi kotak No. 2 adalah seperti yang berikut:  

                                    (a)    200 BV, BDC-001

                                    (b)    50 BV, BDC-002

                                    (c)    50 BV, BDC-003

                                    (d)    Sebarang jumlah tambahan yang diminta bagi BDC-002

                                    (e)    Sebarang jumlah tambahan yang diminta bagi BDC-003

                                    Jika terdapat permintaan untuk meletakkan BV di tempat lain, kemudian, BV tersebut akan ditetapkan hanya selepas turutan bagi kotak No. 2 dilengkapkan.

                                    Jika tiada BV lain yang dinyatakan untuk ditetapkan di bahagian lain dan terdapat lebihan BV selepas semua lima langkah bagi Kotak No. 2 diselesaikan seperti yang dinyatakan di atas, maka, semua BV tambahan akan diberikan kepada BDC-003.

                           (ii)    Kotak No. 2 – Pesanan Bukan Kali Pertama: Jika mana-mana bahagian kotak No. 2 dinyatakan dalam mana-mana pesanan selepas pemfailan pesanan kali pertama oleh Pemilik UnFranchise, turutan penetapan normal BV bagi kotak No. 2 adalah seperti yang berikut:

                                    (a)    Sebarang jumlah yang diminta bagi BDC-002

                                    (b)    Sebarang jumlah yang diminta bagi BDC-003

                                    Jika terdapat permintaan untuk meletakkan BV di tempat lain, maka, BV tersebut akan diberikan hanya selepas turutan bagi kotak No. 2 dilengkapkan.

                                    Jika tiada BV lain yang dinyatakan untuk diberikan di bahagian lain dan terdapat lebihan BV selepas kedua-dua langkah bagi Kotak No. 2 diselesaikan seperti yang dinyatakan di atas, maka semua BV tambahan akan ditetapkan kepada BDC-003.

                  (b)    Kotak No. 3 – Kemasukan Semula: Jika mana-mana bahagian Kotak No. 3 dinyatakan, maka, sebarang BV yang ditetapkan akan diletakkan sebagai tersedia kepada Pemilik UnFranchise yang membuat pemfailan.

                          Notis: Semua kemasukan semula boleh diposkan kepada Market Malaysia untuk pemprosesan atau dihantar secara dalam talian di my.unfranchise,com. 

                           (i)    Jika permohonan kemasukan semula adalah sah, maka, BV akan diletakkan kepada BDC yang dimasukkan semula

                           (ii)    Jika permohonan kemasukan semula adalah tidak sah, maka, BV akan diletakkan kepada BDC-001 Pemilik UnFranchise yang membuat pemfailan

                  (c)     Lebihan BV: Jika BV dalam pesanan adalah lebih banyak daripada BV yang dinyatakan oleh Pemilik UnFranchise, baki BV akan diberikan kepada BDC terakhir dalam turutan peletakan Pemprosesan Data untuk pesanan tersebut.

                  (d)    Membahagikan BV Secara Sama Rata: Satu-satunya masa BV akan dibahagikan secara sama rata dalam kalangan beberapa BDC yang dinyatakan adalah apabila tiada jumlah BV dinyatakan bagi mana-mana BDC yang berbaki, supaya Pemprosesan Data boleh menentukan jumlah yang akan diletakkan kepada BDC yang berbaki tersebut.

(E)    Kelayakan Pemilik UnFranchise Tajaan Peribadi yang Ditetapkan untuk Peletakan BV/IBV: Seorang Pemilik UnFranchise boleh meletakkan BV/IBV di BDC 002 atau 003 bagi Pemilik UnFranchise Berkelayakan yang ditaja secara peribadi  untuk setiap sukuan calendar yang telah 1) melaksanakan Pilihan Pengakruan Bulanan dengan memesan UFMS dan meletakkan PBV yang diperlukan, sebagai ID Pembayar, kepada BDC-001 (UFO-50BV; C-100BV; EC dan melebihi-150BV) mereka, pada pengakhiran Q-month yang sebelumnya, dan 2) melanggan pesanan tetap bulanan AutoShip UnFranchise dengan status T, Nor W).

Notis: Peletakan volum tidak tersedia untuk BDC Pemilik UnFranchise HP1 yang ditaja secara peribadi, Organisasi Tidak Berkepentingan, Rakan Pro WebCenter atau Wakil Jualan.

(F)    Pemilik UnFranchise Yang Tidak Ditaja Secara Peribadi: Volum Bisnes yang cuba diletakkan kepada BDC Pemilik UnFranchise yang tidak ditaja oleh Pemilik UnFranchise yang membuat pembelian akan menyebabkan BV diletakkan di BDC-001 Pemilik UnFranchise yang membuat bayaran. Pemilik UnFranchise yang tiada hak penajaan disebabkan Isi Rumah yang Sama dan sebagainya, mungkin tidak boleh menerima BV yang diberikan kepada BDC persendirian mereka oleh Pemilik UnFranchise lain, termasuklah Pemilik UnFranchise yang pada asalnya menaja mereka menyertai bisnes ini. Jika Pemilik UnFranchise tersebut mendapat semula hak penajaan, maka penaja mereka akan dibenarkan semula untuk memberikan Volum Bisnes Persendirian kepada BDC asal Pemilik UnFranchise tajaan peribadi (tidak termasuk BDC yang dimasukkan semula), dengan syarat Pemilik UnFranchise yang ditaja tersebut menyertai AutoShip UnFranchise (lihat di bawah) secara aktif. 

(G)    Kelayakan Pemilik UnFranchise Tajaan Peribadi Baharu untuk Peletakan BV/IBV: Seorang Pemilik UnFranchise Tajaan Peribadi Baharu ialah seseorang yang berada dalam tempoh 90 hari mula mereka. Seseorang Pemilik UnFranchise boleh meletakkan BV/IBV kepada BDC 002 atau 003 bagi Pemilik UnFranchise Tajaan Peribadi masing-masing yang Berkelayakan, Aktif dan telah mendaftar Autoship UnFranchise bulanan yang aktif dengan status T, N, atau W.

Notis: Volum yang diletakkan tidak tersedia untuk BDC Pemilik UnFranchise tajaan peribadi HP1, Organisasi Tidak Berkepentingan, Sekutu WebCenter Pro, atau Wakil Jualan.

(H)    BDC yang Dimasukkan Semula oleh Pemilik UnFranchise yang Ditaja Secara Peribadi: Percubaan untuk meletakkan Volum Bisnes kepada BDC yang dimasukkan semula oleh Pemilik UnFranchise yang ditaja secara peribadi akan menyebabkan BV tersebut diletakkan di BDC-001 Pemilik UnFranchise itu sendiri.

(I)    Tarikh Akhir Penetapan BV/IBV: Bagi membolehkan Volum Bisnes dikira untuk hari Jumaat akhir minggu yang tertentu, tarikh akhir yang berikut terpakai:

         (1)    Pesanan elektronik oleh ahli Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) mesti diterima sebelum 11:59 malam. 

         (2)    Pesanan elektronik oleh bukan ahli Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) mesti diterima sebelum 4:59 petang.

         NOTIS: Jika Market Malaysia menentukan bahawa Perkhidmatan Pesanan UFMS tidak berfungsi dengan betul daripada pejabat korporat untuk jumlah masa yang tidak boleh diterima, ahli-ahli UFMS mempunyai masa sehingga 1:59 p.m. pada hari Sabtu untuk membuat pesanan melalui faks menggunakan kad kredit yang berdaftar dan diluluskan atau menggunakan kredit dalam akaun sebagai kaedah pembayaran. Ahli UFMS mesti menulis dengan jelas di bahagian atas borang pesanan “Masalah UFMS – sila pertimbangkan bagi minggu berakhir xx/xx/xx.” Pesanan lain tidak akan diterima.  

         NOTIS: Penentuan untuk melanjutkan tarikh akhir pesanan normal adalah mengikut budi bicara Market Malaysia. Jika Market Malaysia menentukan masa rosak yang tidak mencukupi untuk menjamin pelanjutan tarikh akhir selepas 11:59 malam bagi Pesanan Elektronik Dalam Talian, maka mana-mana pesanan yang diterima oleh Market Malaysia selepas 11:59 malam akan dikreditkan pada minggu yang berikutnya.


SEK. 11      PENGURUSAN INVENTORI

Pemilik UnFranchise perlu menjejaki semua pesanan produk menggunakan Alat Pengurusan Inventori yang terletak di ruang peralatan UnFranchise. 

Semua pesanan yang dibuat oleh Pemilik UnFranchise, termasuk AutoShip, telah dimasukkan secara automatik ke dalam Alatan Pengurusan Inventori. Pemilik UnFranchise perlu mencipta resit jualan untuk semua produk yang dijual. Selepas resit jualan dicipta untuk produk, ia akan dikeluarkan daripada Alatan Pengurusan Inventori. Kesemua produk yang belum dijual di dalam Alatan Pengurusan Inventori daripada sukuan sebelum perlu disertakan status (1) Kegunaan Peribadi, (2) Promosi/ Pengiklanan. (3) Rosak/ Tamat Tempoh, atau (4) Simpan dalam Inventori pada penghujung sukuan Pemilik UnFranchise. Pemilik UnFranchise tidak boleh membuat pesanan tambahan selagi setiap produk yang tidak terjual pada sukuan sebelum tidak diberikan status dalam Alat Pengurusan Inventori (pesanan AutoShip UnFranchise, pesanan yang dihantar ke Pelanggan Keutamaan berdaftar dan pesanan pelanggan yang dibuat di laman web Market Malaysia (MY.SHOP.COM, my.motivescosmetics.com dan lain-lain) masih akan diproses tanpa gangguan).

Notis: Pesanan yang dihantar ke Pelanggan Keutamaan berdaftar dan pesanan pelanggan yang dibuat di laman web Market Malaysia (MY.SHOP.COM, my.motivescosmetics.com dsbg.) akan mencipta Resit Jualan secara automatik dan tidak akan dimasukkan dalam Alatan Pengurusan Inventori.