Bab Tiga: Memulakan Perniagaan UnFranchise Anda

 

Pada peringkat awal pembinaan Bisnes UnFranchise™ anda, penting untuk ingat bahawa anda menyertai bisnes ini untuk diri sendiri, tetapi anda bukan bersendirian. Anda perlu bertanggungjawab mempelajari tugasan, aktiviti, prinsip dan asas yang diperlukan untuk berjaya. Tahap kejayaan yang dicapai terpulang kepada kesanggupan anda memikul tanggungjawab penuh bagi setiap tindakan anda. Seksyen ini akan memperkenalkan kemahiran dan pengetahuan asas yang diperlukan bagi memastikan anda mencapai sebuah perniagaan yang berjaya. Sila rujuk Panduan Cara Bermula.

Semua tugasan dan aktiviti yang dinyatakan dalam Panduan Cara Bermula berkait rapat dengan 5 Langkah Asas. Selain itu, semua tugasan dan aktiviti tersebut berdasarkan usaha seseorang individu yang memakan masa sebanyak lapan ke 15 jam setiap minggu dalam tempoh dua ke tiga tahun. Perkara yang perlu ditekankan adalah tindakan. Ini melibatkan  satu nisbah pembahagian masa sebanyak 60:40 antara mengenali alatan yang dimiliki (60) dan bertindak melakukan aktiviti yang mendatangkan hasil (40).   Anda akan memperoleh pengalaman dan ilmu berharga kerana menggunakan keterujaan anda untuk bertindak.  Setiap kesilapan adalah pengajaran yang terbaik. Kegagalan adalah sebahagian daripada hidup mereka yang berjaya. Jika anda tidak pernah gagal, anda tidak akan matang. Anda harus tahu bahawa kejayaan dalam pelan perniagaan ini boleh dicapai dengan cepat dengan melakukan lebih dalam masa yang sedikit atau boleh dicapai dengan sedikit lambat dengan melakukan ia secara terperinci. Ia bergantung sepenuhnya kepada keinginan, kepantasan, dan pengorbanan anda untuk memberi atau mengatasi, selain keazaman anda untuk membina bisnes ini.

Tidak ada istilah masa yang sempurna untuk membina bisnes ini. Keadaan sekeliling sentiasa berubah dan tidak akan pernah sempurna. Namun, sekiranya niat anda murni dan mula bertindak dengan berusaha mencapai matlamat kewangan anda dengan penuh kegigihan, keyakinan dan keazaman, anda mampu mencipta keadaan yang diingini kerana peluang, orang ramai, tuah dan kejayaan akan datang kepada anda. Inilah adat resam dalam mencapai kejayaan. Anda mampu lakukannya. George Bernard Shaw pernah berkata, “Ramai yang sering menyalahkan keadaan di sekeliling mereka atas perkara yang berlaku. Orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang bangkit dan mencari keadaan yang mereka inginkan, dan jika tiada, mereka akan menciptanya sendiri.”

Sebelum melaksanakan dan melengkapkan tugasan yang dinyatakan dalam Panduan Cara Bermula, anda perlulah memahami kandungan garis panduan ini kerana ia berkait dengan pembinaan perniagaan yang kukuh dan teguh. Faktor kejayaan utama dalam membina organisasi jualan dan pengedaran anda adalah dengan menyediakan satu sistem yang boleh diduplikasi dengan cepat oleh individu dalam organisasi anda. Terdapat tiga jenis aktiviti asas yang dilakukan oleh ahli-ahli sesebuah organisasi atau perniagaan: aktiviti yang memberikan hasil, aktiviti sokongan dan aktiviti pengurusan. Walaupun semua aktiviti ini perlu dan mesti dilakukan dengan cekap dan berkesan, ia tidak bermaksud bahawa semua masa harus diagihkan dengan sama rata bagi setiap aktiviti. Anggaran masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah 80 peratus untuk aktiviti yang memberikan hasil, 15 peratus untuk aktiviti sokongan dan lima peratus untuk aktiviti pengurusan. 

         •    Aktiviti yang Memberikan Hasil: Aktiviti yang memperkenalkan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia kepada individu lain sebagai medium tambahan atau satu alternatif kepada pergantungan penuh terhadap Pelan 45 Tahun yang biasa, serta menjual dan memperkenalkan produk, barangan dan perkhidmatan anda kepada seramai yang mungkin. Pendek kata, aktiviti ini sahaja yang secara langsung menghasilkan Volum Bisnes(BV) dan Volum Bisnes Internet(IBV), yang seterusnya menjadi pendapatan.

         •    Aktiviti Sokongan: Aktiviti yang meningkatkan keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti yang memberikan hasil, tetapi tidak menghasilkan Volum Bisnessecara langsung. Aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam kategori ini adalah penerasan, mesyuarat, latihan, seminar dan konvensyen. Segelintir Pemilik UnFranchise Bebas tersilap kerana menggunakan seluruh masa mereka dengan menghadiri mesyuarat dan latihan untuk mempelajari tentang perkara yang perlu dilakukan, tetapi memperuntukkan terlalu sedikit masa untuk mempraktikkan perkara yang telah dipelajari. Apabila anda menghadiri latihan, dengar dengan betul, bertanya dan buat catatan. Paling penting, mempraktikkan segala yang telah dipelajari.

         •    Aktiviti Pengurusan: Aktiviti-aktiviti melengkapkan dan menghantar kertas kerja yang diperlukan berkaitan dokumentasi aktiviti perniagaan anda. Hakikatnya, bisnes Market Malaysia anda adalah sebuah perniagaan yang terbukti, boleh dipercayai dan sah. Jadi, sama seperti perniagaan lain, ia melibatkan kertas kerja.

Mengikuti Panduan Cara Bermula akan memastikan kesemua tiga aktiviti ini dilaksanakan dengan berkesan dan cekap sementara penekanan diberikan kepada aktiviti yang memberikan hasil: secara konsisten memperkenalkan produk dan bisnes anda kepada seramai individu yang boleh.

Apa yang akan anda lakukan jika anda tahu anda tidak akan gagal? Satunya sebab kegagalan dalam bisnes ini adalah putus asa! Kejayaan dalam bisnes ini bergantung kepada kesanggupan anda untuk mengambil tanggungjawab atas tindakan anda. Ini merupakan satu strategi yang mudah untuk berjaya. Pertama, anda perlu tetapkan kemahuan anda. Kemudian, cari seseorang yang telah mencapai keinginan tersebut. Ketahui perkara yang mereka buat dan lakukan perkara sama. Perkara yang paling penting adalah: anda perlu bertindak. 

Walaupun Market America telah berevolusi dan berkembang secara dramatik sejak penubuhannya pada 1992, asas-asas yang perlu dilaksanakan kekal sama. Ramai yang cenderung untuk mencipta semula atau merasakan yang mereka mempunyai cara lebih baik untuk membina bisnes ini. Pastinya, mereka membuang masa dan tenaga yang berharga dan menyukarkan bisnes ini. Sistem UnFranchise adalah satu kaedah yang standard dan sistematik dalam melakukan sesuatu perkara, sekaligus menyingkirkan kekeliruan dan mewujudkan duplikasi — kunci kepada bisnes ini. Bisnes ini bukanlah sepenuhnya mudah, tetapi ia ringkas. Ideanya adalah mengikut pelan bisnes kami yang telah terbukti dan paling penting, berseronok ketika melakukannya. Dalam kehidupan, khususnya dalam perniagaan ini, ramai yang TAHU perkara yang perlu dilakukan, tetapi tidak ramai yang MELAKUKANNYA. Ingat, pengetahuan sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mengambil tindakan. Lakukan perkara yang diketahui. Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan dalam bisnes ini agak mudah; Mereka yang berjaya cuma melakukan perkara yang tidak dilakukan atau tidak mahu dilakukan mereka yang gagal. Sebab, alasan atau rasional untuk tidak melakukan semua itu tidak begitu penting. Akhirnya, ini cuma tentang sama ada anda berjaya atau tidak. Jadi, anda perlu mengenal pasti dan mempelajari perkara yang perlu dibuat untuk berjaya. Dengan mengetahui perkara yang perlu dilakukan, anda boleh mengukur, memantau, menyelaras dan mengawal perkembangan, dan yang paling penting, kejayaan anda. Kami membina bisnes ini bersama orang dewasa. Orang dewasa belajar secara visual dan alami (mengambil bahagian). Cara terbaik mereka belajar adalah dengan melakukannya. Objektifnya adalah untuk memastikan mereka MELAKUKANNYA secepat yang mungkin. Sebagai pengurus dan/atau penyelia, ramai menyangka bahawa jika mereka tidak bercakap, orang tidak belajar sesuatu. Sebaliknya, jika anda bercakap, orang tidak akan belajar. Kita perlu menyokong mereka untuk melakukannya. Itulah cara mereka belajar.

Mari berbincang tentang perkara yang perlu dilakukan untuk membina Bisnes UnFranchise yang berjaya. Pertama, kita perlu menjual produk dengan mewujudkan Pelanggan Keutamaan. Kedua, tukar perbelanjaan kepada pendapatan untuk membina Anuiti Beli-Belah anda. Ketiga, kita hendaklah “menjual” bisnes ini atau memperkenalkan Sistem UnFranchise. Mengajar, melatih, mengurus, menduplikasi dan membina cuma dua organisasi jualan dan edaran yang menjana lebihan 5,000 Volum Bisnes Kumpulan dan 5,000 IBV secara mingguan untuk menghasilkan RM8,400 ke RM14,400 setiap minggu dalam bentuk pendapatan tambahan. Akhirnya, kita perlu menjual tiket untuk acara-acara Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global (GMTSS) yang akan datang. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk berjaya dalam bisnes ini.

         (1)     Menjual produk

         (2)     Menukar perbelanjaan kepada pendapatan

         (3)     Memperkenalkan Bisnes Unfranchise kepada orang lain serta mengajar, melatih, mengurus, menduplikasi untuk membina dua pasukan 

         (4)     Menjual ilmu pengetahuan dengan menghadiri dan mempromosi semua acara GMTSS

Itu sahaja! Ia memang mudah. Jangan menjadikan ia sukar. Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia adalah sebuah bisnes yang terbukti, boleh dipercayai dan sah berdasarkan bukti kejayaan sebenar dan realistik yang dicapai seorang individu yang berusaha selama lapan ke 15 jam setiap minggu untuk tempoh dua ke tiga tahun. Ini bukan satu program, perjanjian, hobi ataupun skim. Lebih cepat minda anda percaya yang ini adalah satu perniagaan, lebih cepat untuk anda memulakan usaha untuk memperoleh pendapatan profesional yang berterusan. Mematuhi garis panduan ini adalah antara faktor kejayaan dalam membangunkan bisnes anda.


SEK. 1       PERANAN PENAJA ANDA

Penaja Market Malaysia anda memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan anda. Penting untuk anda mewujudkan hubungan yang kuat dan mesra dengan penaja anda, kerana mesreka bukan sahaja rakan kongsi anda, tetapi, mereka juga rakan dan mentor yang membimbing dan menasihatkan tentang cara paling berkesan untuk menjual produk dan membina organisasi anda dengan berkesan.

Sertai pembentangan peluang bisnes yang disampaikan oleh penaja atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah anda dan belajar sebanyak yang boleh daripada mereka. Jemput mereka ke pembentangan yang dianjurkan anda dan minta cadangan untuk penambahbaikan. Anggap penaja anda sebagai seorang pendorong, guru dan penasihat. Percayakan mereka sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai. Dapatkan bantuan penaja anda dalam menyelaraskan aktiviti perniagaan. Penaja anda akan bersama untuk memanfaatkan anda; bergantung kepada mereka untuk mendapatkan bantuan.


SEK. 2       BAHAN, PERALATAN DAN BEKALAN PERNIAGAAN

Jumlah alatan, kelengkapan, dan bekalan yang anda perlukan bergantung kepada saiz bajet anda. Sila rujuk Panduan Cara Bermula. Di peringkat awal, kami mencadangkan semua bahan berikut:

•    Tiket ke Latihan GMTSS yang akan datang
•    Tiket ke Sekolah Kepimpinan atau Konvensyen Tahunan Market Malaysia, bergantung kepada kesesuaian.
•    Buku janji temu harian atau pengurus elektronik
•    Manual UnFranchise Market Malaysia - akses secara dalam talian di UnFranchise.com
•    (20) salinan Panduan Cara Bermula 
•    Kad Nama Market Malaysia
•    (5) Buku Pembentangan Satu kepada Satu (Carta Selak)
•    (10) Laporan Tahunan Global
•    (12) Katalog Produk Market Malaysia
•    Senarai Beli-belah Isi Rumah
•    Pad Resit Runcit
•    Muat turun audio 5 Langkah Asas daripada MY.UnFranchise.com 
•    Muat turun aplikasi mudah alih MY.SHOP.COM dan UnFranchise.com - UnFranchise Business App, UnFranchise Prospecting 
•    Muat turun dan lengkapkan Penilaian Anuiti Beli-Belah
•    Kabinet Fail dan Folder Fail
•    Kalkulator
•    Label Pelekat (Nama, Alamat, Nombor Telefon) untuk ditampal pada produk
•    Lain-lain; pen, kertas, pengokot, pita dan lain-lain
•    Membuka satu akaun semasa berasingan untuk perniagaan

Sejajar dengan pembangunan bisnes Market Malaysia dan organisasi anda, bahan dan peralatan berikut perlu diperolehi bagi mengukuhkan perkembangan bisnes dan organisasi anda:

•    Mendaftar satu Talian Telefon yang Berasingan untuk Perniagaan
•    Komputer
•    Perabot Pejabat


SEK. 3       PENYIMPANAN REKOD

Sebagai Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia, anda adalah seorang pemilik perniagaan bebas. Anda perlu mengekalkan rekod yang tepat bagi semua transaksi kewangan anda. Transaksi ini termasuklah semua perbelanjaan dan pendapatan. Hal ini penting untuk rekod kewangan perniagaan anda dan juga untuk tujuan percukaian. Berikut adalah contoh perbelanjaan dan pendapatan yang mungkin anda miliki; Namun, anda dicadangkan untuk merujuk kepada penyedia cukai anda untuk mendapatkan nasihat.

Perbelanjaan
•    Bahan pengiklanan dan promosi, seperti kos risalah bagi mesyuarat dan seminar, kad nama, alat bantuan jualan, brosur produk, sampel produk dan lain-lain.
•    Kos pengangkutan seperti jarak pergi dan pulang dari mesyuarat, latihan, seminar dan penghantaran produk
•    Kos perjalanan seperti tambang penerbangan dan teksi dari lapangan terbang yang terlibat dengan pembinaan bisnes anda
•    Penginapan dan makanan
•    Hiburan untuk prospek dan ahli organisasi anda
•    Perbelanjaan latihan, seminar dan konvensyen seperti tiket
•    Kos tambang muatan, pengendalian dan penghantaran
•    Caj pos
•    Peralatan bisnes seperti perabot, telefon, komputer dan pencetak
•    Bekalan pejabat
•    Yuran profesional seperti yuran langganan, langganan secara berkala, persediaan cukai dan lain-lain 
•    Yuran talian Internet
•    Perisian bisnes (antivirus, simpanan dalam talian dan sebagainya) 
•    Telefon dan Internet 

Pendapatan
•    Keuntungan daripada jualan runcit produk
•    Komisen dan bonus yang diterima daripada Program Ganjaran Prestasi Kepimpinan
•    Pembayaran balik perniagaan

Secara ringkasnya, cipta satu akaun semasa dan kad kredit yang berasingan untuk perniagaan. Lakukan semua transaksi anda dengan menggunakan akaun semasa dan kad kredit ini. Akhir sekali, dapatkan nasihat daripada akauntan anda bagi perbelanjaan yang boleh ditolak berhubung dengan perniagaan anda.


SEK. 4     MENGAPLIKASI “5 LANGKAH ASAS” DAN MEMBENTUK KEPIMPINAN SERTA DUPLIKASI

Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia menawarkan potensi dan peluang yang lebih besar berbanding perniagaan jualan langsung atau pemasaran rangkaian lain dalam industri! Namun, potensi dan peluang tersebut hanya boleh direalisasikan melalui kepimpinan. Kepimpinan bermaksud memikul tanggungjawab peribadi dalam melaksanakan sesuatu tugas dan mengajar yang lain untuk buat perkara yang sama. Melihat secara sepintas lalu, program Market Malaysia dilihat sebagai terlalu sempurna kerana ia sangat realistik, sangat menguntungkan dan mudah diduplikasi. Sesetengah orang berpendapat yang ia terlalu sempurna kerana mereka tidak mahu memikul tanggungjawab peribadi sebagai ketua dan tidak mahu melakukan segala yang diperlukan untuk menduplikasi kepimpinan tersebut dalam organisasi mereka. Tanggapan bahawa program ini akan berjaya tanpa tindakan yang berkaitan adalah salah sama sekali.

Dalam bisnes ini, kita memimpin melalui teladan. Orang akan mengikut tindakan anda, bukan arahan anda. Perbezaan antara kejayaan dan kegagalan agak mudah. Pemilik UnFranchise yang berjaya mendapat cek mingguan hanya kerana mereka melakukan perkara yang tidak dilakukan atau enggan dilakukan Pemilik UnFranchise yang gagal.

Sebab, rasional dan alasan tidak penting. Ingatlah, terdapat potensi untuk memperoleh ratusan ribu dolar melalui bisnes ini. Fikirkan tentang jumlah wang dan masa yang diperlukan untuk memperoleh pendapatan seperti ini dalam sebuah perniagaan atau pekerjaan tradisional yang lain. Fikirkan tentang bisnes lain yang dipenuhi tekanan, masalah dan risiko itu? Sebaliknya, Bisnes UnFranchise cuma memerlukan separuh masa, cuma beratus dolar untuk pelaburan awal, dan tiada pekerja. Namun, jika anda mahu memperoleh pendapatan yang besar dalam perniagaan ini, anda mesti menganggapnya seperti bisnes besar dan memberikan komitmen yang diperlukan.

Dalam perniagaan ini, kita melaburkan lebih banyak masa berbanding wang. Oleh itu, kita mahu memastikan masa yang dilaburkan membawa hasil, dan menduplikasikan kepimpinan dalam Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise adalah perlu untuk menjana pendapatan yang berterusan. Ia bermula dengan anda sebagai pemimpin.

Pemimpin adalah individu yang memikul tanggungjawab untuk tindakan mereka sendiri, sama ada ia berjaya atau gagal. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pemimpin menyelesaikan masalah dengan kreatif. Pemimpin yakin yang mereka akan berjaya kerana komited melakukan segalanya yang diperlukan untuk berjaya. Pemimpin tidak bergantung harap kepada syarikat atau rakan kongsi senior untuk melakukan kerja untuk mereka. Mereka tahu mereka tidak boleh menyampaikan perkara yang tidak diketahui. Mereka perlu menghadiri mesyuarat, latihan, seminar dan konvensyen, serta memastikan Pemilik UnFranchise yang bekerjasama dengan mereka melakukan perkara sama. Mereka memimpin dan mengajar pasukan mereka melalui teladan: menjual produk, membangunkan Pelanggan Keutamaan, menukar perbelanjaan kepada pendapatan dengan mengubah pembelian mereka melalui Akaun Bisnes UnFranchise atau laman web MY.SHOP.COM, membawa dua tetamu di setiap Pembentangan Perniagaan GMTSS, mengemaskini prospek mereka, serta mengadakan mesyuarat dan latihan. Mereka mempunyai produk dan alat bantuan jualan yang diperlukan untuk menjual kepada pelanggan serta alatan dan tiket untuk membantu Pemilik UnFranchise baharu memulakan perniagaan mereka dengan sewajarnya. Itulah yang menjadikan Pemilik UnFranchise seorang pemimpin dan membantu mereka mencapai kejayaan!

Sekarang, anda telah pun menubuhkan Bisnes UnFranchise anda, soalan yang paling kerap ditanya adalah “Apa sebenarnya yang diperlukan untuk berjaya?” Jika soalan ini berlegar-legar di fikiran anda, anda mempunyai pemikiran dan sikap yang betul. Sememangnya, pada peringkat awal membina Bisnes UnFranchise anda, semua terma, definisi dan prinsip yang berkaitan mungkin agak mengelirukan. Namun, bisnes ini sangat mudah; jangan jadikan ia rumit. Semuanya bergantung kepada tahap penguasaan 5 Langkah Asas, berusaha untuk menjadi Pemilik UnFranchise Utama (UFO) rasmi dan mengajar perkara yang sama kepada orang lain. Kita cuma perlu berusaha menguasai 5 Langkah Asas sehingga menjadi kebiasaan dan amalan kita. Kesemua lima asas ini perlu dilaksanakan pada masa yang sama untuk kita berjaya. Fikir sejenak: dalam perusahaan lain juga, kejayaan seseorang juga terletak pada sejauh mana asas yang dikuasai mereka. Dalam ragbi, sesebuah pasukan mesti menguasai kemahiran asas untuk menghalang dan merempuh. Dalam bola keranjang, terdapat asas menggelecek, menjaring, lantunan dan menghantar bola. Dalam muzik, seorang pemain muzik perlu menguasai skala muzik. Terdapat banyak contoh dalam sukan, kesenian, sains, atau perniagaan yang menunjukkan perkara asas perlulah dikuasai untuk berjaya. Dalam bisnes kita, syarat untuk berjaya adalah lima. Persamaan yang dikongsi semua Pemilik UnFranchise berjaya adalah mereka mempelajari, mengamalkan, dan menguasai 5 Langkah Asas tersebut: Kami menggelar asas-asas kejayaan tersebut sebagai “5 Langkah Asas”. Secara asasnya, semuanya bergantung pada tindakan anda. Dengan memfokuskan kepada 5 Langkah Asas, anda boleh mengukur, memantau, menyelaras dan mengawal kemajuan anda.

Kejayaan dan kepimpinan dalam bisnes ini dapat disimpulkan kepada 5 Langkah Asas: 1) Memupuk Sikap dan Pengetahuan; 2) Matlamat dan Kenyataan Matlamat; 3) Peruncitan; 4) Mencari Prospek/Merekrut/Menaja; 5) Susulan dan Corak ABC dalam Membangunkan Kekuatan. Duplikasi asas-asas ini adalah kunci kejayaan berterusan dalam perniagaan ini. Jika anda sendiri menguasai asas-asas ini dan memastikan mereka yang berada bawah jagaan anda melakukan perkara sama, anda akan menduplikasi kejayaan dan kepimpinan. 

(A)     Memupuk Sikap dan Pengetahuan: Anda perlu memupuk sikap yang betul dan mendapatkan pengetahuan yang diperlukan. Ini diterjemahkan kepada kepercayaan anda terhadap tindakan anda dan membina keyakinan. Apabila anda percaya, anda menghasilkan keinginan yang kuat dan mempamerkan keyakinan kerana anda memiliki pengetahuan untuk berjaya. Pengaruh anda meningkat dan mampu menarik individu yang sesuai. Apabila anda menduplikasikan sikap ini ke seluruh organisasi anda, anda membentuk satu pasukan yang berjaya dan dapat mencapai hasil yang luar biasa. Sikap dan pengetahuan yang betul hendaklah diperoleh dan dikembangkan. Sesungguhnya, kita tidak akan terus hidup tanpa makanan. Kita akan jatuh sakit. Prinsip yang sama ini sesuai dengan minda kita. Tanpa pengayaan mental, pemikiran kita terbatas dan tidak berkembang. Sikap dan pengetahuan yang diperlukan dapat diperoleh dan dikembangkan melalui:

         •    Membaca dan belajar daripada Manual UnFranchise Market Malaysia
         •    Membaca dan mempelajari risalah dan/atau maklumat produk syarikat
         •    Berhubung dengan kerap bersama pemimpin kanan anda
         •    Menghadiri mesyuarat, latihan, seminar dan konvensyen
         •    Menganjurkan mesyuarat, latihan dan seminar, serta sentiasa memiliki tiket konvensyen untuk dijual kepada Pemilik UnFranchise dalam pasukan anda dan tetamu yang sedang menilai bisnes ini
         •    Mendengar semua audio dan menonton video syarikat
         •    Menggunakan sendiri semua produk Market Malaysia
         •    Membaca dan mendengar bahan-bahan motivasi diri
         •    Bersama mereka yang positif

         (1)     Sikap — Daripada buku Brian Tracey “Psikologi Penjualan”: Maklumat berikut disediakan untuk mempersiapkan anda menghadapi proses psikologi yang terlibat dalam “penjualan” dan proses membina hubungan. Teknik dan mekanik yang menjadi asas bagi program jualan dan pemasaran yang berjaya akan diterangkan. Ia bermula dengan persediaan dari segi mental.

                  Percayalah; kita berada dalam bisnes penjualan dan pemasaran. Jika anda diberitahu bahawa “menyertai” Market Malaysia akan memberikan anda keuntungan besar tanpa perlu menjual produk, anda telah ditipu. Sama ada melakukan jualan produk atau mempromosi perniagaan yang berpusat di rumah, teknik penjualan profesional adalah tetap sama.

                  Menjual adalah satu situasi yang menakutkan bagi ramai orang cuma kerana mereka tidak menerima pendidikan profesional dalam bidang ini. Mereka yang tidak pernah mencuba mempelajari teknik profesional perlu belajar sekarang dan merasai sendiri keseronokan serta ganjaran peribadi yang diperoleh melalui jualan dan pemasaran.

                  Perkara paling penting yang perlu difahami dalam dunia jualan adalah: Segalanya bermula selepas penjualan berlaku. Syarikat yang paling berjaya di dunia mempunyai organisasi jualan yang hebat. Kejayaan atau kegagalan mereka bergantung kepada kualiti usaha penjualan mereka. Sebagai jurujual, kita harus berbangga kerana usaha kita adalah asas yang memacu pergerakan ekonomi. Tiada batasan untuk kejayaan yang boleh dicapai dalam kerjaya ini sekiranya kita terlatih dan mahir dalam penjualan.

                  Jurujual yang berjaya sedar bahawa pengalaman ditolak adalah sebahagian daripada proses kejayaan dan tidak perlu tersinggung disebabkannya. Malah, jurujual profesional sedar bahawa tolakan itu selalunya adalah bantahan yang tidak dizahirkan dan/atau soalan tidak berjawab. Jurujual profesional mengubah penolakan ini kepada peluang penjualan. Dengan menjadi lebih cekap dalam kemahiran jualan, anda dapat mengurangkan tahap penolakan yang perlu dihadapi. Ambil kira perkara berikut semasa merancang dan membangunkan kerjaya sepenuh masa atau separuh masa anda dalam jualan:

                  •    Ahli jualan dan pemasaran profesional adalah orang yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

                  •    80 peratus daripada pendapatan keseluruhan adalah diperoleh daripada 20 peratus tenaga kerja. Daripada jumlah 20 peratus tersebut, 80 peratus daripadanya pula adalah merupakan bidang jualan dan pemasaran.

                  •    Mengikut purata, jurujual profesional hidup tujuh tahun lebih lama berbanding jangka hayat purata individu lain. Hal ini disebabkan keupayaan mereka menguruskan tekanan lebih baik berbanding kebanyakan orang.

                  •    Jurujual dan pakar pemasaran profesional lebih banyak mengembara, melihat, menimba lebih pengalaman dan secara am, menikmati hidup yang lebih menarik kerana mereka lebih terbuka dan bersedia untuk bereksperimen serta “mencuba sesuatu yang baru.”

                  •    Jurujual dan pakar pemasaran profesional lebih cenderung untuk menikmati perkara yang diingini dari segenap aspek kehidupan mereka.

                  Jika anda mahukan semua ini dalam hidup anda, jadikan ia komitmen paling utama untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya ini. Fokus kepada imej peribadi, tetapkan matlamat, belajar teknik-teknik asas dan bersedia untuk berjaya.

                  Sebelum mengetahui dengan lebih mendalam tentang cara menguasai pembentukan imej diri, penetapan matlamat dan teknik-teknik asas umum yang dipraktikkan jurujual dan pakar pemasaran profesional dalam meraih kejayaan, anda perlu memahami situasi anda sekarang. Penilaian kendiri umum yang berikut mungkin dapat membantu:

                  •    Adakah anda bersedia untuk menyahut cabaran ini dari segi mental dan emosi?
                  •    Adakah anda percaya yang anda boleh berjaya?
                  •    Adakah anda percaya walaupun anda tidak tahu, anda mempunyai kapasiti untuk          belajar?
                  •    Adakah anda percaya bahawa kejayaan boleh dicipta mengikut kaedah tertentu?
                  •    Adakah anda menerima bahawa pencapaian bermula dengan satu keputusan dan kesanggupan anda untuk memikul tanggungjawab untuk semua tindakan anda?
                  •    Adakah anda percaya bahawa sesuatu keputusan itu dibuat berdasarkan matlamat dalaman yang mesti diinterpretasikan melalui langkah khusus dan realistik untuk “menukar” keputusan ini kepada realiti?
                  •    Adakah anda faham bahawa keputusan untuk bertindak ini perlulah berasaskan kepercayaan pada diri sendiri?

                  Jika anda menjawab “YA!” dengan jujur untuk semua soalan ini, anda sememangnya hampir dengan kejayaan. Imej diri dan keyakinan diri anda yang sihat, bersama medium yang betul, akan membolehkan anda mengatasi sebarang cabaran yang datang.

                  Jika anda jujur menjawab “TIDAK” bagi soalan-soalan tersebut atau “Saya tidak pasti,” anda tidak keseorangan. Hari ini, walaupun Malaysia dianggap sebagai tempat yang kaya dengan peluang, masih ramai di negara ini yang menjalani kehidupan harian dengan keyakinan diri yang rendah dan imej diri yang tidak menyerlah, terutamanya dalam menilai peluang untuk mencapai kejayaan kewangan.

                  Apakah punca kekurangan keyakinan diri ini? Bagaimanakah kita membentuk “sistem kepercayaan” atau pemikiran negatif ini yang selari dengan prospek kita ke arah pencapaian dan kejayaan dalam bisnes? Mungkinkah dengan mengamalkan emosi yang salah ini secara berterusan, kita akhirnya mempercayai “fakta” yang salah: iaitu kita tidak akan berjaya dalam perniagaan atau kehidupan?

                  Hampir semua daripada kita dilahirkan dengan imej diri yang sihat dan saksama, pemikiran dan keyakinan diri yang tinggi. Namun, segalanya mula berubah dengan pantas. Tahap imej peribadi, cara pemikiran dan keyakinan diri akan sering berubah mengikut persekitaran harian sepanjang hidup kita.

                  Minda bawah sedar semasa kita dilahirkan boleh diibaratkan seperti sebuah komputer yang besar. Selepas dilahirkan, proses pemprograman bermula dalam sebuah alat kecil yang menakjubkan bergelar MINDA MANUSIA. Inilah permulaan pembentukan “sistem kepercayaan” kita. Namun, sebahagian besar pemprograman ini adalah disebabkan minda manusia lain yang telah membentuk sistem kepercayaan mereka sendiri. Jika kebanyakan daripada manusia ini tiada pencapaian yang begitu memuaskan (dan semememangnya begitu), apakah yang telah diprogramkan? Sistem kepercayaan dan pemikiran orang lain. Fikirkan tentang perkara yang telah diajar kepada anda dalam mempercayai peluang mencapai kejayaan!

                  Individu utama yang bertanggungjawab dalam ‘memprogram’ kita untuk melihat perkara yang betul atau salah dalam hidup adalah:

                  •    Ibu bapa kita
                  •    Saudara mara kita
                  •    Guru kita
                  •    Rakan-rakan kita
                  •    Orang yang dihormati
                  •    Diri sendiri

                  Berapa ramai daripada individu ini yang berjaya berdasarkan definisi kejayaan bagi anda? Walaupun anda mungkin menyayangi dan menghormati mereka, hakikatnya, mereka mungkin memilih untuk hidup dengan “selesa”, dengan cabaran dan risiko yang lebih rendah. Pilihan ini mengehadkan mereka untuk menjelajah, mencari dan bertindak untuk mencapai peluang yang tersedia. Kesudahannya, kebanyakan mereka tiada kebebasan kewangan kerana ia dibina berdasarkan program pemikiran yang diterapkan oleh individu sebelum mereka.

                  Semasa kecil, berapa ramai antara kita yang pernah melepasi sebuah kediaman yang indah dengan laman yang luas (atau yang sama dengannya) semasa menaiki kereta bersama individu tersebut dan mendengar mereka berkata:

                  •    “Kita tidak akan dapat memiliki semua itu.”
                  •    “Pasti ambil masa yang lama untuk membersihkan kawasan itu.”
                  •    “Pasti pemilik rumah itu membuat kerja haram untuk membelinya.”
                  •    “Pasti memotong rumput di laman itu ambil masa yang lama.”
                  •    “Pasti mereka lahir daripada keluarga yang kaya-raya.”
                  •    “Cantik, tetapi bukan milik kita.”

                  Minda bawah sedar kita bersifat neutral. Ia mengumpul dan menyimpan maklumat yang diberikan oleh minda sedar kita. Minda bawah sedar kita tidak mampu membuat pilihan. Ia akan menyimpan dan memulangkan maklumat yang diberikan  dalam bentuk fizikal, sama ada positif atau negatif.

                  Sama seperti komputer, maklumat yang anda masukkan adalah SAMA dengan yang dikeluarkan, dalam bentuk “CETAKAN” (atau hasil fizikal). Oleh itu, anda mampu “memprogram” diri anda untuk berjaya . . . atau gagal . . . jika anda tidak menumpukan perhatian pada pemikiran/kepercayaan yang “diberikan” kepada minda bawah sedar anda.

                  Penekanan positif yang berterusan terhadap minda bawah sedar melalui minda sedar menurut keupayaan dan bakat anda adalah permulaan bagi “sistem kepercayaan” positif anda. Anda boleh mula membentuk “sistem kepercayaan” positif yang akan mendorong anda ke arah kejayaan dengan “program” pilihan anda sendiri, atau “yang dipercayai.”

                  Sekarang, pasti anda sudah tahu kepentingan dalam memilih individu yang akan memprogramkan anda. Jelasnya, orang itu adalah diri anda sendiri yang mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan maklumat yang diambil, dikeluarkan dan diproses. Namun, jika anda tidak melindungi minda anda daripada dicemari pemikiran yang tidak produktif, negatif dan penuh alasan tersebut, maka, orang lain — dan diri anda sendiri — turut akan dipengaruhi.

                  Corak Tingkah Laku dan Ciri-ciri imej diri yang salah

                  •    Mempunyai sebab atau alasan bagi setiap kesalahan yang berlaku
                  •    Tidak pernah bertanggungjawab atas setiap situasi yang berlaku kepada mereka
                  •    Mempercayai bahawa kejayaan kewangan adalah:
                           o    Disebabkan nasib
                           o    Perlukan pendidikan yang tidak tersedia untuk anda
                           o    Memerlukan modal besar untuk menjana wang (teori lahir dalam kekayaan)
                           o    Keuntungan cuma boleh diperoleh atas kerugian orang lain
                  •    Tidak selesa berada di sekeliling orang yang bersemangat untuk menang kerana rasa rendah diri dan cemburu dengan orang berjaya
                  •    Berada di sekeliling orang dengan imej diri yang sama
                  •    Tidak mampu bertentangan mata
                  •    Berjalan dengan perlahan dan tanpa tujuan berserta pandangan ke bawah
                  •    Jarang mengambil peluang atau risiko
                  •    Menolak sebarang idea atau konsep baharu walaupun ia mampu membantu dari segi peribadi dan kewangan
                  •    Sering berbisik kepada diri sendiri dengan “saya boleh,” tetapi ia sering ditewaskan sistem kepercayaan yang diwarisi seperti “ia takkan berjaya,” atau “saya tidak boleh melakukannya”

                  Corak tingkah laku dan ciri-ciri imej diri yang tepat

                  •    Mencari penyelesaian masalah, bukannya alasan
                  •    Mempercayai bahawa untuk mencapai kejayaan, mereka mestilah:
                           o    Menentukan perkara yang mereka mahu
                           o    Menjelaskan apa yang mereka mahu
                           o    Bertindak, melaburkan masa dan usaha
                           o    Mencari pengetahuan yang khusus dan berkaitan
                           o    Bergaul dengan orang yang berjaya
                  •    Teruja untuk proses pembelajaran dan sikap optimis yang terhasil sepanjang pergaulan dengan orang-orang berjaya; ia menyeronokkan!
                  •    Cuba meluangkan masa sebanyak yang boleh dengan orang yang lebih berjaya daripada diri mereka
                  •    Sedar tentang kesihatan mental dan fizikal mereka dan tahu bahawa kedua-duanya adalah penting untuk berjaya
                  •    Melihat tepat ke dalam mata apabila bercakap dengan seseorang dan lebih menggemari pandangan mata yang fokus
                  •    Berjalan dengan pantas, seolah-olah tahu matlamat mereka, menegakkan kepala dan mata melihat terus ke hadapan
                  •    Menjalani kehidupan dengan mempercayai apabila mereka membuat keputusan, mereka akan memastikan ia berjaya

         (2)     Pengetahuan: Terdapat beberapa topik asas yang perlu diketahui dan boleh dikongsikan bersama prospek rakan kongsi anda. Anda akan memperoleh pengetahuan ini melalui penyediaan, kajian dan pengalaman (iaitu, “pengulangan”). Topik tersebut adalah: 1) jawapan kepada “Apakah Market Malaysia?”; 2) pembangunan komersial peribadi dua minit; 3) keupayaan untuk menjelaskan tentang Anuiti Beli-Belah dan membantu orang lain mengisi Penilaian Anuiti Beli-Belah; (4) kemampuan membentangkan peluang bisnes Market Malaysia.

                  (a)     Membangunkan Jawapan Anda untuk:  “Apakah itu?”: Membangunkan jawapan untuk “Apakah itu?” adalah sangat penting apabila ingin memupuk kemungkinan baharu dan menyediakan anda untuk bercakap dengan mudah, jujur dan yakin tentang Market Malaysia, MY.SHOP.COM dan Bisnes UnFranchise anda. Anda digalakkan untuk merujuk seksyen Mencari Prospek/Merekrut/Menaja daripada latihan dalam talian 5 Langkah Asas untuk butiran lanjut.

                  Contoh: Market Malaysia merupakan sebuah syarikat pembrokeran produk dan pemasaran Internet berinovasi yang pakar dalam Pemasaran Satu kepada Satu dan juga Anuiti Beli-Belah.

                  Contoh: Market Malaysia merupakan sebuah syarikat pembrokeran produk dan pemasaran Internet. Kami menubuhkan Bisnes UnFranchise yang memiliki semua sistem dan kelebihan perniagaan francais, tetapi kami telah menghapuskan yuran francais dan royalti. Bisnes ini boleh beroperasi antara 8 ke 15 jam setiap minggu mengikut kesesuaian.

                  Contoh: Market Malaysia, melalui MY.SHOP.COM, mempunyai kelebihan untuk menjejaki pembelian yang dibuat oleh pengguna dan pemilik bisnes di seluruh dunia dari ribuan peruncit, dan berjuta produk. Kemudian, jualan ini akan dikreditkan kepada seluruh organisasi pemilik bisnes yang bekerjasama untuk kepentingan ekonomi dengan 100% bagi setiap penjualan.  Ini membolehkan pemilik Bisnes UnFranchise kami untuk mencipta Anuiti Beli-Belah masing-masing.

                  (b)     Membangunkan “Komersial Dua Minit” Anda: Komersial Dua Minit adalah pengakuan untuk sebab sebenar MENGAPA anda melakukan bisnes ini, dilengkapi ciri-ciri menarik bisnes ini. Prospek Pemilik UnFranchise perlulah mempunyai tujuan kerana ia  akan menyokong dan mempertahankan mereka sepanjang menjalankan bisnes ini. Dan pastinya terdapat waktu senang dan sukar. Ini adalah sebuah perniagaan. Penting untuk tidak berasa terlalu selesa atau sukar. Pastikan anda kekal tenang sepanjang membangunkan diri anda dan berkembang.

                           Contoh: Saya berasa jemu dengan gaji kecil setiap bulan yang tidak pernah bertambah. Perkara yang tidak diduga selalu mengganggu perbelanjaan dan simpanan saya, ditambah hutang kad kredit yang sukar dilangsaikan. Saya berasa takut apabila memikirkan tentang keadaan saya lima tahun dari sekarang. Saya menyedari bahawa saya tiada wang simpanan yang mencukupi untuk persaraan yang selesa. Saya perlukan jalan yang lebih baik. Saya perlu dan inginkan pelan yang boleh menambahbaik situasi kewangan saya dan memberikan kebebasan masa kepada saya.

                           Saya membuat keputusan untuk menubuhkan bisnes UnFranchise melalui Market Malaysia, membolehkan saya bekerja separuh masa dari rumah kira-kira lapan hingga 15 jam setiap minggu tanpa mempengaruhi pekerjaan saya sekarang. Bisnes ini membolehkan saya mencipta pelan kejayaan kewangan sendiri, berbanding bekerja untuk orang lain. Kini, saya mampu menukar perbelanjaan harian kepada pendapatan dan saya sedang mencapai matlamat kewangan dan peribadi.

                           Saya sedang mencari peluang meluaskan bisnes saya. Saya tahu awak sibuk, tetapi saya harap awak boleh bantu saya. Adakah anda mengenali sesiapa yang sedang mencari jalan untuk mencapai matlamat kewangan mereka? Jika awak bawa saya kepada beberapa orang yang layak, kita boleh berbincang untuk dapatkan keuntungan bersama. Saya tahu mungkin sukar untuk awak memperkenalkan mereka kepada saya tanpa menilai pelan bisnes ini terlebih dahulu. Apa kata kita berjumpa supaya saya boleh jelaskan butiran lanjut tentang proses Sistem UnFranchise ini? Bila yang sesuai untuk awak, Selasa atau Khamis? Petang atau malam?

                  (c)     Pembentangan Bisnes UnFranchise Market Malaysia: Membentangkan peluang perniagaan Market Malaysia adalah satu aktiviti yang perlu untuk mengawal pemasaan dan kemajuan anda, di samping meningkatkan peluang kejayaan anda. 

                           Bagaimanakah Pemilik UnFranchise dapat belajar membentangkan Pelan Bisnes UnFranchise?

                           (i)    Konsisten dalam menghadiri Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP) dan Pembentangan Perniagaan Di Rumah (HBP)

                           (ii)    Mengikut Penaja atau Koordinator Eksekutif Kanan Berkelayakan anda untuk melihat sendiri cara mereka membentangkan pelan bisnes secara 2-kepada-1 kepada prospek anda.

                           (iii)    Menghadiri Latihan 5 Langkah Asas

                           (iv)    Menonton video Market Malaysia yang menunjukkan cara pemimpin atasan di lapangan menjelaskan cara membentangkan pelan bisnes tersebut.

                           (v)    Menonton video pembentangan Bisnes UnFranchise dengan durasi 23 minit.

                           (vi)    LAKUKAN SAJA! Cuma tekan dan mainkan - Tunjukkan pelan bisnes ini dengan menonton video bersama prospek anda dan menghentikan ia setiap 5 atau 10 minit untuk penjelasan atau menjawab soalan. Atau tunjukkan pelan tersebut menggunakan carta selak.

                  (d)     Anuiti Beli-Belah: Isi Penilaian Anuiti Beli-Belah dan mula menukar perbelanjaan anda kepada pendapatan. Tukar cara anda berbelanja iaitu daripada stor fizikal kepada laman web MY.SHOP.COM secara dalam talian.  Layari www.shopping annuity.com dan baca serta lihat kandungan di laman tersebut. Terdapat pelbagai video MA yang menampilkan JR, dan para Pemimpin UnFranchise menjelaskan tentang Anuiti Beli-Belah. Rujuk penjelasan Anuiti Beli-Belah di Bab 2. Tunjukkan keterujaan mengenai Anuiti Beli-Belah. Anda tidak perlu memberikan penjelasan yang sempurna. Cuma berikan beberapa contoh anda telah berjimat dan memperoleh ganjaran. Jika anda teruja dan menyampaikan kepercayaan serta keterujaan anda mengenainya, anda mempunyai "tenaga” yang mencukupi untuk memastikan prospek anda bersetuju untuk menemui Penaja anda atau menghadiri mesyuarat. 

(B)     Matlamat dan Kenyataan Matlamat: Seksyen berikut tentang “Tetapan Matlamat” akan memberikan anda pendekatan terperinci untuk menetapkan matlamat anda. Untuk menetapkan satu struktur matlamat yang realistik, jelas dan teratur, ia memerlukan masa dan pertimbangan. Prasyarat yang paling penting bagi penetapan matlamat adalah mempercayai diri sendiri. Sekiranya anda tidak percaya bahawa anda mampu mencapai keinginan anda, tidak perlu buang masa dan usaha. Tetapan matlamat tersebut tidak akan menjadi. Matlamat yang jelas dapat melahirkan keinginan dalam diri seseorang.

         (1)     Membentuk Matlamat & Objektif Perniagaan Yang Khusus: Untuk menjadikan perniagaan ini benar-benar bermakna bagi anda, luangkan masa yang berkualiti untuk mencipta dan membina kehidupan yang diimpikan dan berhak untuk anda. “Sesiapa sahaja juga boleh bermimpi untuk memiliki kekayaan, dan ramai yang melakukannya, namun, hanya segelintir yang tahu bahawa perancangan yang tepat dan keinginan yang membara adalah satu-satunya cara untuk mengejar kekayaan.” — Napoleon Hill. Masa depan anda bersama Market Malaysia bergantung pada matlamat dan kenyataan matlamat anda. Pembentukan matlamat dan kenyataan matlamat anda adalah elemen kedua dalam 5 Langkah Asas.

                  Sebelum Market Malaysia, tiada medium yang mampu membawa anda ke mana sahaja yang anda mahu dan mencapai segala yang diingini. Kebanyakan orang menggadaikan masa untuk wang kerana mereka mengerjakan pelan untuk kejayaan orang lain — J.O.B. [Sekadar Cukup Makan (Just Over Broke)]. Malangnya, apabila melakukan sesuatu kerja, ramai antara individu tersebut melupakan perkara atau gaya hidup yang diimpikan, kerana kesemuanya tidak dapat dicapai atau diperoleh dengan J.O.B. mereka. Namun, disebabkan anda telah membangunkan Bisnes UnFranchise sekarang, anda mampu bermimpi dan berfikir dengan jauh kerana batasan dan halangan daripada J.O.B yang menyelubungi hidup anda selama ini telah dihapuskan!

                  Cabaran bagi kebanyakan orang adalah kesukaran untuk mengimpikan sesuatu yang hebat dan berfikiran jauh, walaupun Market Malaysia tidak menetapkan sebarang had dan segalanya boleh dicapai. Pemikiran, idea dan matlamat mereka tidak sejajar dengan realiti; jadi, mereka tidak dapat menerimanya, mereka tidak mahu memulakan langkah pertama dan keinginan mereka tidak direalisasikan. "Apabila minda seseorang membayangkan dan mempercayai sesuatu, ia pasti boleh dicapai.” — Napoleon Hill.

                  Untuk merealisasikan sesuatu pemikiran, idea atau matlamat, anda perlu membayangkan ia terlebih dahulu. Semuanya bermula dengan pemikiran. Kemudian, anda perlu membayangkan dengan kerap (cek, Tahap Pin, organisasi, gaya hidup), tumpukan kepadanya, fokus kepadanya, merasainya dan jadi sebahagian daripadanya, maka, ia dapat mencipta kepercayaan. Kemudian, komited kepadanya dan bertindak seperti ia satu realiti. “Berfikiran jauh. Pemikiran anda mendahului diri anda. Impikan sesuatu yang besar; anda takkan dapat mengatasi impian anda itu.” — JR Ridinger. Anda perlu pecahkan ia kepada pelan terperinci supaya ia sejajar dengan realiti supaya anda dapat menerimanya. Setelah ia diterima, anda perlu ambil langkah pertama dan menunjukkan kepercayaan anda melalui tindakan anda yang membawa kepada manifestasi idea, fikiran atau impian anda.

                  Semua orang mempunyai keperluan, keinginan, matlamat dan impian yang berbeza. Ideanya adalah untuk mempercayai bahawa Market Malaysia adalah medium yang membolehkan anda merealisasikan kuasa impian anda. Ini hanya boleh dilaksanakan dengan berusaha membentuk Kenyataan Matlamat. Jika anda tidak mempunyai Kenyataan Matlamat yang dituliskan berserta pelan terperinci untuk mencapai matlamat tersebut, anda bukannya Maju Ke Hadapan, kerana anda tidak memenuhi semua elemen 5 Langkah Asas. Kenyataan Matlamat adalah sebuah peta atau tangga yang menuju kepada matlamat anda.

                  Sebelum membentuk kenyataan matlamat, pertama, anda hendaklah memahami impian dan tujuan anda. Apakah SEBAB utama anda melakukan bisnes ini? Jika anda tidak mampu menulisnya, maka, anda tidak memilikinya atau tidak jelas mengenainya. Anda perlu mempunyai hala tuju kerana itulah yang akan mempertahankan dan mengekalkan anda sepanjang berusaha dalam bisnes ini yang pastinya penuh dengan cabaran.

         (2)     Terdapat Lima Langkah Asas untuk Membangunkan Kenyataan Matlamat:

                  (a)     Menetapkan keinginan anda. Benda atau gaya hidup. Anda dinasihatkan untuk menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang serta menyenaraikannya secara menaik mengikut tahap kebolehcapaian. Seterusnya, tentukan pendapatan yang diperlukan untuk menyokong gaya hidup atau matlamat anda. Kemudian, tentukan jumlah Pusat Pembangunan Perniagaan yang memerlukan kelayakan untuk mendapatkan komisen bagi memperoleh tahap pendapatan dan akhirnya, Tahap Pin yang setara dengannya.

                  (b)     Tetapkan Jangka Masa Anda Menginginkannya. Tetapkan tarikh sasaran untuk mencapai setiap matlamat. Anda perlu menetapkan tarikh walaupun ia tidak tepat. Anda akan menilai perkembangan anda mengikut tarikh sasaran tersebut dan mengubahsuai tarikh atau matlamat tersebut supaya ia sejajar dengan realiti.

                  (c)     Menetapkan perkara yang ingin diberikan untuk perniagaan ini dari segi masa, usaha dan pengorbanan untuk mencapai matlamat tersebut. Menentukan perkara yang perlu diatasi untuk berjaya dalam perniagaan ini.

                  (d)     Membangunkan pelan terperinci untuk usaha anda secara tahunan, bulanan, mingguan dan harian untuk mencapai matlamat tersebut. Prinsip memiliki pelan terperinci adalah untuk menyelaraskan pemikiran, idea dan matlamat anda dengan realiti. Ingatlah: Cara paling berkesan dalam membina bisnes ini adalah melalui usaha berterusan dan berperingkat. Pelan terperinci dapat membantu anda membina tangga atau jalan ke arah matlamat dan impian anda. Anda cuma perlu melaksanakan tugasan harian dalam pelan terperinci tersebut kerana ia akan melengkapkan matlamat mingguan anda, seterusnya memastikan anda dapat mencapai matlamat bulanan dan tahunan anda. Dengan berkembang secara harian, anda akan dapat mencapai matlamat mingguan, bulanan dan tahunan. Berikut adalah contoh sebuah pelan terperinci:

                           (i)     Tindakan Setiap Hari — Mencipta dua orang yang berkemungkinan, menghubungi satu prospek, membaca Kenyataan Matlamat anda dan mendengar satu audio.

                           (ii)     Tindakan Setiap Minggu — Membuat enam ke lapan panggilan untuk memperkenalkan Pelan kepada seorang, menunjukkan Pelan kepada satu ke dua orang, membuat susulan dengan seorang prospek, mengendalikan satu hingga dua mesyuarat/percubaan ABC, menghadiri satu Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP), memupuk satu ke lima orang pelanggan, menghubungi penaja, Penyelaras Eksekutif Bertauliah berkaitan, atau orang yang bertanggungjawab atas pelan terperinci anda.

                           (iii)     Tindakan Setiap Bulan — Menaja seorang, menunjukkan Pelan kepada empat orang, melayani sekurang-kurangnya 10 orang Pelanggan Keutamaan, mencapai kenaikan tiga tahap corak ABC/dua cabang, menghadiri acara GMTSS bulanan.

                           Pertimbangkan: pelan terperinci anda mungkin berbeza berbanding contoh ini, kerana nisbahnya berbeza bagi setiap orang. Namun, anda perlu mempelajari proses tersebut. Semak kemajuan anda setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan, kemudian selaraskan.

                  (e)     Akhir sekali, tulis ia dalam bentuk kenyataan sepanjang 50 ke 100 perkataan dan baca ia sebanyak dua kali setiap hari. Proses ini pasti berkesan. Anda perlu mempunyai Kenyataan Matlamat bertulis. Ubahsuai ia pada setiap minggu atau bulan sehingga ia bersesuaian dengan realiti. Semakan kerap dengan realiti akan membantu anda untuk kekal fokus dan membantu anda menuju ke arah kejayaan bersama Market Malaysia. Ingatlah, kita merancang untuk mengelakkan kegagalan, tetapi kita sering gagal untuk merancang. Tanpa matlamat dan pelan, anda kehilangan arah. Jika sasaran anda tidak wujud, anda tidak akan dapat mencapai apa-apa.

                           Jika anda mahu perubahan, anda perlu merancang sekarang. Tetapkan perkara yang anda mahu ubah. Nilai perkara yang belum dilakukan dan cara untuk menjadi lebih baik. Ingatlah, jika anda kerap melakukan perkara sama dengan cara sama, anda pasti akan mendapat hasil yang sama. Jika anda terus berfikir dengan cara yang sama, anda akan berada di tempat yang sama. Fikir dengan jauh kerana pemikiran akan memimpin anda. Jadi, tetapkan sejauh mana anda mahu hidup anda berubah — buat satu senarai. Tetapkan keinginan anda dalam hidup dan bisnes ini, kemudian, jadikan ia realiti! Paling penting, berseronoklah!

                           Untuk bermula, sila rujuk Panduan Cara Bermula, dan sila tetapkan tarikh sasaran untuk setiap Matlamat dan Objektif Khusus  Bisnes yang berikut:

                           •    Saya akan meluangkan selama ____ jam pada setiap minggu untuk bisnes Market Malaysia.

                           •    Saya akan meluangkan sebanyak ____ malam/hari seminggu untuk bisnes ini.

                           •    Saya akan menaja secara peribadi dua orang Pemilik UnFranchise yang layak (untuk diaktifkan) pada (tarikh sasaran)____________.

                           •    Saya akan mencapai Tahap Penyelaras (menerima cek pertama bernilai RM1,200) pada (tarikh sasaran)____________.

                           •    Saya akan mencapai Tahap Pin Penyelaras Eksekutif (menerima RM6,000 pertama) pada (tarikh sasaran) ______________. 

                           •    Saya akan bergelar UFO Utama pada (tarikh sasaran) ____________.

                           •    Saya akan menjadi Pencapai Menukar Perbelanjaan Kepada Pendapatan pada (tarikh sasaran) ___________.

                           •    Saya akan memperoleh pendapatan tahunan sebanyak RM______________ pada (tarikh sasaran).

                           Segalanya perlulah berasaskan Kenyataan Matlamat anda. Perniagaan ini bukan hanya tentang wang. Kenyataan Matlamat anda tidak hanya tertumpu kepada wang kerana ia cuma satu pendorong. Wang akan membolehkan anda mencapai segala keinginan anda. Ini perlu difahami dan diterima.

                           •    Saya akan mendaftarkan minimum 10 orang Pelanggan Keutamaan secara dalam talian pada (tarikh sasaran)___________

                           Sila rujuk pembentangan dalam talian 5 Langkah Asas untuk mengetahui arahan terperinci apabila membangunkan Kenyataan Matlamat dan Pelan Terperinci. Anda juga disarankan untuk berjumpa penaja dan/atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah anda untuk membantu dengan Kenyataan Matlamat anda.

                           Mari berbincang lebih lanjut tentang tetapan matlamat. Setiap Pemilik UnFranchise yang berjaya mengetahui bahawa antara Faktor Kejayaan Utama dalam membina organisasi yang kukuh, menguntungkan dan stabil adalah dengan memastikan setiap Pemilik UnFranchise yang dibawa dalam sesebuah organisasi menghasilkan dan menjana jualan produk secara konsisten dan tetap. Market Malaysia merujuk Faktor Kejayaan Utama ini sebagai perlaksanaan atau pencapaian ASAS 10. (Sila rujuk seksyen Membina Asas yang Kukuh “Asas 10” dalam Panduan Cara Bermula untuk melihat gambaran visual bagi maklumat berikut.) Membina “Asas 10” adalah sama dengan Pemilik UnFranchise yang mewujudkan asas pelanggan runcit dengan 10 atau lebih pelanggan yang setiap satu daripadanya membeli produk berjumlah 30 BV atau lebih untuk setiap empat minggu. Ini bersamaan dengan minimum 300 BV. Kejayaan keseluruhan bagi sesebuah organisasi Pemilik UnFranchise bergantung kepada tahap pencapaian ASAS 10 bagi setiap Pemilik UnFranchise dalam organisasi tersebut. Tiada sebab untuk anda menerima Pemilik UnFranchise dalam organisasi anda jika mereka tidak mampu menghasilkan dan menjana semula BV secara konsisten dan tetap. Langkah pertama untuk mencapai ASAS 10 adalah dengan menjadi Produk kepada Produk. Ini dapat dicapai dengan membeli produk Market Malaysia dengan nilai minimum sebanyak 100 BV yang digunakan secara bulanan, dua kali sebulan atau sukuan tahun. Secara logiknya, kenapa perlu membeli produk-produk daripada perniagaan lain sedangkan anda boleh mendapatkan semuanya daripada perniagaan sendiri? Sekiranya anda mengenalpasti semua produk peribadi yang digunakan secara berterusan di Senarai Barangan Isi Rumah anda, pastinya ia dapat mencapai jumlah 100 BV atau lebih yang sepatutnya dibeli daripada perniagaan anda sendiri pada setiap bulan. Anda disarankan untuk mencuba produk baharu Market Malaysia setiap bulan. Tukarkan produk yang tidak berjenama Market Malaysia sekarang. Selepas mendapat hasil positif daripada menggunakan produk-produk ini, mudah untuk anda berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain. Ini adalah langkah awal untuk membina asas pelanggan anda! Proses perkongsian pengalaman positif bersama orang lain ini tidak lain tidak bukan dipanggil “pengiklanan mulut ke mulut,” ia adalah kaedah promosi dan pemasaran produk, barangan atau perkhidmatan yang paling jimat dan efektif. Semuanya bermula dengan anda! Anda perlu menjadi produk kepada produk yang dipasarkan supaya dapat membina asas pelanggan runcit yang berulang. Ini penting untuk membina organisasi yang produktif, stabil dan menguntungkan; ingat, orang akan mengikut tindakan anda, BUKAN arahan anda! Setidaknya, anda MESTI menggunakan produk bernilai 100 BV atau lebih secara peribadi pada setiap bulan dan membina asas pelanggan runcit berulang yang menjana semula jualan berjumlah 300 BV atau lebih pada setiap bulan untuk MEMIMPIN anggota lain dalam organisasi anda untuk melakukan perkara yang sama! Ini bersamaan dengan minimum 400 BV bagi setiap Pemilik UnFranchise. Tetapi semuanya bermula dengan anda . . . menjadi produk kepada produk! Kami mahu melihat setiap UFO menjana secara purata sebanyak 500 BV pada setiap bulan. 

                           Kami mahu Pemilik UnFranchise Bebas baharu memperoleh pendapatan lebih tinggi atau setara dengan RM1,200 pada setiap bulan selepas enam bulan menyertai perniagaan ini. Ini dapat dicapai dengan memastikan setiap Pemilik UnFranchise dalam organisasi anda menjual produk bernilai lebih tinggi atau setara dengan 500 BV secara berterusan setiap bulan. 500 BV ini tidak termasuk volum kelayakan bagi Pemilik UnFranchise baru yang menyertai organisasi anda. Kami hanya menggunakan volum yang berterusan dan konsisten yang dihasilkan secara bulanan.

                           Mari berbincang tentang cara untuk menghasilkan 500 BV setiap bulan. Pertama, selepas satu bulan menyertai bisnes ini, Pemilik UnFranchise baru perlu membuat pembelian peribadi dan menggunakan produk bernilai lebih tinggi atau setara dengan 100 Volum BisnesPersendirian (PBV) pada setiap bulan. Anda perlu membeli produk daripada perniagaan anda sendiri dan menggunakannya. Anda tidak boleh berkongsi tentang sesuatu produk atau perkhidmatan jika anda sendiri tidak pernah menggunakannya. Cara paling cepat untuk Pemilik UnFranchise baru memenuhi 100 PBV ini adalah dengan mendaftar dalam AutoShip untuk mencapai jumlah minimum sebanyak 100 PBV. Secara logiknya, ini tidak mustahil kerana mereka telah pun membeli produk, barangan dan perkhidmatan yang bernilai lebih daripada 100 BV dari kedai-kedai lain.

                           Bagi memenuhi matlamat jualan runcit anda, kami ingin membina kumpulan pelanggan berulang yang lebih besar atau setara dengan 10 pelanggan, setiap daripada mereka membeli produk bernilai lebih tinggi atau setara dengan 40 BV sebulan. 30-40 BV adalah sama dengan satu botol 100 gram OPC-3™ dan satu Multivitamin Isotonix™. Atau mungkin dua botol TLS ® Nutrition Shake dan sebotol OPC-3. Siapakah antara kenalan anda yang menggunakan produk kesihatan dan nutrisi? Rangkaian vitamin kami sangat hebat berbanding produk lain di pasaran. Oleh itu, kenalan anda yang menggunakan produk kesihatan dan nutrisi dapat memberikan 30-40 BV secara automatik kepada anda. Matlamat kita adalah mencipta 10 pelanggan runcit berulang yang membuat pembelian bernilai lebih tinggi atau setara dengan 30 BV. Semua orang boleh melakukannya. Berikut adalah tugasan dan aktiviti yang dinyatakan dalam Panduan Cara Bermula. Sesiapa sahaja boleh melakukannya jika mereka mahu. Jika tidak, ia bukanlah kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka tidak mahu melakukannya. Ingatlah perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Anda perlu menghapuskan perkataan “Saya tidak boleh” daripada kamus hidup anda. Pilihan anda adalah satu-satunya perkara yang boleh dikawal.

                           Sekarang, berdasarkan perkara ini, sentiasa ingat bahawa kita bekerja dengan orang dewasa dan mereka belajar dengan melihat, jadi, kita perlu TUNJUKKAN kepada mereka cara menghasilkan jualan bernilai RM1,200 sebulan bagi membolehkan mereka melihat konsepnya dan menjadikannya kenyataan. Ini adalah penerangan untuk RM1,200 dalam sebulan tersebut. Jika setiap Pemilik UnFranchise dalam organisasi bersamaan 400 BV minimum, mereka cuma memerlukan tiga orang Pemilik UnFranchise di organisasi kiri mereka dan tiga Pemilik UnFranchise di organisasi kanan mereka, setiap satunya menjana 400 BV setiap bulan, yang seterusnya menjana 1,200 GBV daripada sisi kiri dan 1,200 GBV daripada sisi kanan mereka. Ini bermaksud perolehan sebanyak RM1,200 bagi setiap empat minggu. “Asas 10, Tujuh Kuat” (anda dan tiga orang Pemilik UnFranchise di sisi kiri dan tiga orang Pemilik UnFranchise di sisi kanan anda). Ia memang berkuasa! Adakah memperoleh RM1,200 setiap bulan dengan lancar tanpa perlu mengira sama ada anda mahu bangun dari tidur setiap pagi atau tidak membawa perbezaan kepada kehidupan ramai orang lain yang dikenali anda?  Sudah tentu.

                           Langkah seterusnya adalah membantu dua orang “Maju Ke Hadapan” anda, (orang yang layak menerima masa, perhatian dan bimbingan kita). Dua orang ini akan menonjolkan diri mereka melalui TINDAKAN mereka! Mereka mungkin bukan daripada mereka yang berada secara langsung di sisi kiri dan sisi kanan anda. Mungkin ia berada dalam kalangan 15 orang di bawah anda. Tapi kita ingin mencari seorang di sebelah kiri dan seorang di sebelah kanan dan membantu mereka menduplikasi “Asas 10, Tujuh Kuat.” Kita mahu mereka memperoleh RM1,200 sebulan dengan cara yang sama. Jika kita membantu 2 orang memperoleh RM1, 200 sebulan dengan lancar, itu bermaksud setiap satu daripada mereka menjana 1,200 GBV setiap 4 minggu di organisasi kiri dan 1,200 GBV setiap 4 minggu di organisasi kanan, secara automatik menghasilkan 2,400 GBV dan 2,400 GBV untuk anda, Pemilik UnFranchise baru. Jadi, sekarang, anda, sebagai Pemilik UnFranchise baru, akan memperoleh pendapatan lebih tinggi atau setara dengan RM2,400 sebulan daripada MPCP.

                           Mari kita bincang dengan lebih mendalam. Setidaknya, kami mahu Pemilik UnFranchise baru memperoleh RM6,000 setiap bulan selepas 12 bulan bermula. Ini sepatutnya menjadi satu matlamat bagi setiap Pemilik UnFranchise yang ditaja anda. Jika seseorang memperoleh RM6,000 setiap 4 minggu, ia tiada kaitan dengan orang baru yang menyertai bisnes ini dan melayakkan Pusat Pembangunan Perniagaan mereka, atau sama ada individu tersebut bangun dari tidur atau tidak pada hari tersebut, orang itu pasti ingin kekalkan pendapatan sebegini, jadi, akan terus kekal dalam perniagaan ini . Lebih hebat lagi, anda mempunyai dua orang yang memperoleh RM2,400 dan empat orang memperoleh RM1,200, setiap empat minggu. Kini, anda telah mempunyai asas yang kukuh, menghasilkan keuntungan serta jaminan dan kestabilan. Matlamat kita adalah untuk membina dua organisasi jualan dan edaran yang setiap satu daripadanya menjana lebih daripada 5,000 GBV seminggu.

                           Strategi pembangunan perniagaan ini akan menghasilkan RM8,400 seminggu. Ingat, anda tidak dapat memperoleh RM8,400 seminggu melainkan anda berjaya memperoleh RM1,200 sebulan terlebih dahulu. Tiada sesiapa yang memperoleh RM8,400 seminggu tanpa memperoleh RM1,200 sebulan terlebih dahulu.

                           Ambil perhatian: dengan mematuhi Panduan Cara Bermula, kita mempunyai matlamat untuk perniagaan, peruncitan, perkembangan organisasi dan latihan. Sesiapa pun boleh melakukan tugasan dan aktiviti yang dinyatakan dalam Panduan Cara Bermula jika ingin berbuat demikian. Jika tidak, ia bukan kerana mereka tidak boleh, tetapi kerana mereka tidak ingin melakukannya. Ingat perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Individu yang berjaya cuma melakukan perkara yang tidak atau tidak mahu dilakukan oleh individu yang gagal. Anda perlu menghapuskan perkataan ‘Saya tidak boleh’ daripada hidup anda. Pilihan anda adalah satu-satunya perkara yang boleh dikawal sepenuhnya. Berseronoklah!

         (3)     Penetapan Matlamat: Apakah yang dapat dicapai anda melalui Bisnes UnFranchise? Seperti dinyatakan sebelum ini, keyakinan diri dan penghargaan diri yang kuat adalah penting untuk mencapai objektif anda. Namun, apakah objektif anda? Apakah yang anda benar-benar mahukan? Sudahkah anda fikir masak-masak dan merancang apa yang anda inginkan? Lebih jelas dan tepat objektif anda, lebih besar peluang anda untuk mencapainya.

                  Apakah motif anda berkorban masa untuk Bisnes UnFranchise anda? Adakah anda mencari “medium” yang boleh membawa anda dari kedudukan anda sekarang ke tahap kebebasan kewangan baharu yang diidamkan?

                  Apabila Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia ditanya, “Mengapa mencurahkan masa dan usaha anda dalam perniagaan ini?” biasanya, jawapan adalah seperti berikut: 

                  •     “Saya mahu pendapatan tambahan.”
                  •     “Saya mahukan kebebasan kewangan.”
                  •     “Saya mahu menjadi kaya.”
                  •     “Supaya saya boleh bersara dengan selesa.”
                  •     “Supaya saya mampu melakukan apa pun yang saya mahu.”

                  Semua kenyataan berikut atau yang sama dengannya, lazimnya kedengaran seperti tin kosong tanpa emosi, mengenai situasi yang hampir seperti angan-angan. Kenyataan yang tidak realistik ini mungkin sering digunakan untuk menerangkan keinginan lain yang gagal dicapai sebelum ini. Kenyataan kosong tentang keinginan wang ini adalah terlalu kurang jelas dan tidak realistik untuk mencipta keinginan yang diperlukan dalam diri individu yang memulakan perniagaan ini.

                  Konsep yang sangat mudah boleh digunakan dalam mewujudkan strategi matlamat bagi seseorang. Konsep ini adalah “Jika anda menyelesaikan perkara kecil, perkara besar akan berlaku secara automatik.” Bukankah kebebasan kewangan itu cuma satu pencapaian kecil yang apabila digabungkan dapat menghasilkan peluang baru dan yang lebih menyeronokkan dalam hidup anda? Apakah kepentingan wang bagi anda selain digunakan untuk membeli barangan yang boleh ditukar dengan wang? Itulah perkara sebenar yang kita mahukan.

                  Bahagikan matlamat anda kepada bahagian kecil dan anda akan lebih yakin untuk mencapainya. Satu sistem untuk mencapai kesemua matlamat ini akan membawa kepada kejelasan dan fokus dalam matlamat lebih besar yang selalunya cuma menjadi omong kosong dan tidak meyakinkan untuk dicapai.

                  Tetapan matlamat yang tepat dan berfaedah memerlukan kita memahami prinsip “merangkak sebelum berjalan dan berjalan sebelum berlari.” Jika matlamat anda tidak realistik untuk anda, keinginan yang diperlukan untuk mencapainya tidak akan terhasil. Tumpukan pada proses, satu langkah atau matlamat pada sesuatu masa, bukannya produk tersebut.

                  Sistem berperingkat berikut direka untuk membantu anda dalam membentuk satu set objektif yang kukuh, realistik dan meyakinkan. Anda akan mula melihat dan memahami bahawa dengan mencapai beberapa objektif kecil, anda akan yakin untuk mula mempercayai bahawa objektif anda yang lebih besar mampu dicapai. Tahap pemikiran dan jangkaan anda akan terus meningkat, dan mencipta matlamat yang lebih jelas berbanding sebelum ini.  Sebagai pemimpin bisnes sendiri, penting bagi anda untuk mengetahui tempat yang dituju dengan medium hebat yang disediakan oleh Market Malaysia.

                  Langkah 1: Membentuk Senarai Utama

                  Cari satu tempat yang tiada gangguan untuk beberapa jam. Jika anda mempunyai pasangan, pastikan beliau ada bersama anda. Sediakan beberapa pad kertas dan alat tulis.

                  Sekarang, duduk dan mula mencatat semua perkara yang anda inginkan di atas kertas. Catatkan semua perkara yang pernah anda bayangkan untuk dimiliki atau dirasai. Tanpa perlu mengira kecil atau besar perkara tersebut bagi anda. Catatkan semuanya!

                  Tidak perlu memikirkan tentang cara untuk mendapatkan semua itu buat masa sekarang. Jangan fikirkan tentangnya langsung. Hanya fikir tentang barangan atau pengalaman yang anda inginkan dan catatkannya. Anda sepatutnya dapat mengisi beberapa halaman dengan semua keinginan ini. Sebagai permulaan, mungkin anda perlu mempertimbangkan lima perkara penting dalam kehidupan seperti berikut:

                  •    Matlamat Keluarga
                  •    Matlamat Peribadi
                  •    Matlamat Kerohanian
                  •    Matlamat Perniagaan (contohnya Tahap Pin Market Malaysia)
                  •    Matlamat Kewangan/Harta

                  Mencatatkan semua matlamat ini di atas helaian kertas adalah langkah pertama untuk mencapainya.

                  Langkah 2: Mengkategorikan Matlamat Anda

                  Selepas anda mencatatkan keinginan tersebut, mulakan proses meletakkan setiap satunya dalam kategori yang sesuai. Dengan menggunakan senarai matlamat utama yang dibentuk dalam Langkah 1 di atas, letakkan setiap matlamat mengikut lima kategori yang diterangkan sebelum ini (iaitu, keluarga, peribadi, kerohanian, perniagaan dan kewangan/harta). Mengkategorikan matlamat anda seperti ini akan mula menunjukkan motif anda yang paling utama. Dengan mengkategorikan matlamat anda kepada beberapa aspek utama hidup, anda telah mengambil satu lagi langkah penting dalam membantu keinginan anda menjadi lebih jelas.

                  Langkah 3: Menetapkan Keutamaan Matlamat Anda

                  Sekarang, anda perlu menentukan projek yang paling penting. Semua projek ini akan menjadi perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Keutamaan segera anda adalah sama ada satu, atau lebih, atau semua daripada lima kategori yang dinyatakan. Tentukan keutamaan matlamat anda kepada tiga jangka masa:

                  •    Matlamat Jangka Pendek — Untuk dicapai mulai sekarang sehingga 6 ke 12 bulan berikutnya.
                  •    Matlamat Jangka Sederhana — Untuk dicapai dalam tempoh 12 - 36 bulan sehingga tiga tahun.
                  •    Matlamat Jangka Panjang — Untuk dicapai dalam tempoh 36 bulan dan seterusnya.

                  Mula mengkaji dan menganalisis matlamat jangka pendek anda. Ini merupakan matlamat yang perlu dicapai “sekarang” dan harus dicapai sebelum matlamat jangka masa sederhana anda yang lebih besar dapat diusahakan secara realistik.

                  Tumpuan terhadap matlamat jangka pendek ini akan menjadi diet atau makanan mental bagi minda bawah sedar anda. Pembayangan semua matlamat ini akan memprogram minda anda semula. Lihat matlamat anda sekurang-kurangnya dua kali sehari (pagi dan malam). Peringatan: Belajar untuk menterjemahkan matlamat anda kepada pencapaian Bisnes UnFranchise seperti Asas 10 Tujuh Teguh, Pemilik UnFranchise Utama, Cabaran Daerah dan Tempatan serta mencapai tahap UnFranchise seperti Penyelaras Eksekutif dan Pengarah.

                  Langkah 4: Mencipta Emosi dan Menjelaskan

                  Ambil kesemua matlamat jangka pendek anda dan jelaskan setiap satu daripadanya secara terperinci. Berikut adalah contoh cara menjelaskan matlamat jangka pendek anda:

                  •    TV HD - Apakah jenama, apakah pilihan, apakah saiz, apakah harga dan bilakah anda mahukannya?

                  •    Melangsaikan Hutang — Apakah hutang anda (senaraikannya secara berasingan), manakah yang paling penting, berapakah jumlah setiap satu, berapakah bayaran bulanan yang diperlukan untuk melangsaikannya dalam jangka masa yang telah ditetapkan?

                  •    Kereta Baharu — Pengeluar, model, pilihan, warna, harga, bayaran bulanan, bayaran pendahuluan dan kos insurans? Cuba pandu uji sebuah kereta idaman anda dan dapatkan risalahnya.

                  Jika anda menjelaskan matlamat secara terperinci, anda menyingkirkan tekaan anda mengenai arah tuju dan faktor lain untuk mencapainya. Ini adalah tidak produktif. Setelah matlamat anda dijelaskan, teruskan kehidupan sambil memikirkan tentang matlamat anda. Bayangkan anda telah pun memilikinya. Baca senarai matlamat anda dan kaji ia setiap pagi dan malam. Sekarang, anda memprogramkan minda bawah sedar anda di landasan yang betul untuk mencapainya. Sekiranya proses pemikiran fokus terhadap mencapai matlamat tersebut, keinginan dalaman anda akan mengambil alih dan anda tidak akan dapat dihalang daripada mengejar sesuatu yang anda idamkan.

                  Setelah anda mula mencapai matlamat jangka pendek anda, langkah seterusnya bertukar menjadi matlamat jangka sederhana. Matlamat jangka sederhana anda akan bertukar kepada matlamat jangka pendek anda yang baharu. Analisis kesemuanya dengan menggunakan proses sama. Tidak lama selepas itu, matlamat jangka panjang anda akan kelihatan lebih mudah untuk dicapai, tahap pemikiran dan harga diri anda akan meningkat secara dramatik dan anda memiliki sistem “peta” yang kukuh untuk membawa anda ke mana sahaja. Ketika anda menetapkan matlamat jangka pendek baru untuk menggantikan yang telah dicapai, ingat tentang elemen penting ini:

                  •    Matlamat ini mestilah bersifat peribadi, bukannya untuk orang lain
                  •    Matlamat ini mestilah realistik dan boleh dicapai
                  •    Matlamat ini mestilah mempunyai tarikh sasaran untuk dicapai
                  •    Matlamat ini mestilah dibaca dan dibayangkan sekurang-kurangnya dua kali sehari
                  •    Gunakan alat visual seperti risalah, gambar, katalog, huraian bertulis anda dan lain-lain.
                  •    Mencuba ia apabila terdapat peluang (cth. pandu uji kereta, mencuba barang kemas, melihat kawasan dalam rumah dan lain-lain). Ini akan membantu meletakkan emosi ke dalam matlamat anda.

         (4)     Membangunkan Pelan Tindakan Terperinci dan Kenyataan Matlamat: Satu pelan tindakan terperinci adalah rangka tindakan bagi kejayaan anda. Ia seperti pelan perniagaan dan pelan strategi bagi syarikat yang berjaya. Ia ibarat peta jalan untuk mencapai matlamat anda. Tanpanya, anda akan kehilangan petunjuk atau ia tidak jelas. Pemilik UnFranchise tanpa pelan tindakan terperinci akan bergerak tanpa arah, sering keliru antara aktiviti dan produktiviti. Tanpa pelan ini, anda tiada kawalan terhadap arah tuju atau hasil anda. Pelan tindakan terperinci akan membolehkan anda mengawal keadaan dan perkembangan anda, dan mengelakkan diri daripada  menjadi mangsa keadaan.

                  Walaupun kini anda telah memiliki perniagaan sendiri dan bekerja sendiri, anda perlu mempunyai kontrak dengan diri anda sendiri. Kontrak ini adalah dalam bentuk Kenyataan Matlamat. Kenyataan Matlamat adalah ringkasan bertulis matlamat anda, rangka masa bagi pencapaian, dan komitmen untuk mencapainya. Ia akan disematkan bersama diri anda pada setiap masa.

                  Pelan Tindakan Terperinci

                  Dalam seksyen “Tetapan Matlamat,” sebelum ini, anda telah memahami secara mendalam tentang keinginan sebenar anda. Anda mengenal pasti matlamat jangka pendek anda (setidaknya lima matlamat), menentukan tahap keutamaannya dan menetapkan tarikh akhir bagi mencapai setiap matlamat. Proses empat langkah berikut akan membimbing anda dalam membangunkan pelan tindakan terperinci untuk mencapai matlamat anda.

                  Langkah 1: Mencipta Sasaran

                  Dengan menggunakan jadual yang disediakan (buat beberapa salinan), masukkan maklumat yang berikut:

 

 

                  •    Matlamat jangka pendek
                  •    Jumlah sekaligus sekiranya bayaran pendahuluan diperlukan
                  •    Pendapatan bulanan yang diperlukan
                  •    Pendapatan bulanan terkumpul untuk dikekalkan (beberapa matlamat yang memerlukan bayaran)
                  •    Jumlah Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) yang memperoleh sebanyak minimum RM24,000 setiap empat minggu (1500 BV komisen setiap minggu. Komisen BV Bonus Pengurusan atau IBV adalah tidak termasuk)
                  •    Tahap Pin UnFranchise yang Berkaitan daripada “Sistem Tangga Pencapaian Market Malaysia”
                  •    Tarikh pencapaian yang realistik, dengan mengambil kira jumlah masa yang diluangkan untuk perniagaan anda setiap minggu

 

                  Langkah 2: Melaraskan Tarikh Pencapaian Anda

                  Anda telah menganggarkan tempoh untuk anda mencapai matlamat jangka pendek anda. Sekarang, mari kita selaraskan tarikh pencapaian tersebut atau dalam perkataan yang lebih tepat, mari sahkan tarikh yang telah ditetapkan tersebut. Berapa ramaikah Pemilik UnFranchise yang perlu ditaja? Berapa banyakkah Volum BisnesKumpulan yang perlu dijana organisasi anda? Berapakah bilangan Pemilik UnFranchise berpotensi yang anda fikirkan?

                  Mari mengganggap bahawa seseorang individu akan mengambil masa selamat empat ke enam bulan untuk membiasakan diri dengan perniagaan ini. Mari kita menganggap juga bahawa anda perlu menaja empat orang yang komited kepada Asas 10 Tujuh Teguh selama empat ke enam bulan di setiap cabang bagi memastikan Pusat Pembangunan Perniagaan anda melengkapkan kitaran bayaran (pada peringkat awal) untuk setiap empat minggu.

                  Sekiranya matlamat anda memerlukan satu BDC memperoleh RM6,000 atau lebih untuk setiap empat minggu, jadi, anda perlu menaja lapan orang, empat di organisasi sisi kiri dan empat di organisasi sisi kanan anda. Memang benar bahawa anda cuma memerlukan dua UFO yang berjaya dan memperoleh RM2,400 setiap minggu dalam komisen BV, tapi jika anda mengejar masa, tidak mahu bergantung kepada orang lain dan tidak mahu melepaskan peluang untuk mencapai matlamat anda, anda perlu menaja lapan orang. Jika matlamat anda memerlukan nilai lebih besar daripada RM6,000 setiap minggu: 1) bina organisasi BDC anda untuk memperoleh RM8,400 setiap minggu; dan 2) gunakan peluang yang ada di BDC kedua dan ketiga serta menduplikasi usaha Pusat awal anda.

                  Dengan masa yang diperuntukkan dan bilangan prospek yang terdapat dalam senarai anda; pada pendapat anda, berapa lamakah ia dapat mencapai segala yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda secara realistiknya? Tiada cara tepat yang dapat dihasilkan, tetapi buat jangkaan yang realistik berdasarkan andaian kita sebelum ini. Kemudian, laraskan semula tarikh pencapaian mengikut jadual anda di Langkah 1.

                  Sekarang, buat pertama kalinya, anda mempunyai matlamat yang jelas. Perniagaan anda kini membawa satu makna yang baru. Pusat Pembangunan Perniagaan dan Tahap Pin menjadi dimensi yang baharu kerana ia telah ditakrifkan mengikut matlamat peribadi anda sendiri.

                  Jika anda tidak berpuas hati dengan tarikh realistik atau tarikh yang diselaraskan semula untuk mencapai matlamat jangka pendek anda, tumpukan perhatian pada Langkah 3, “Menentukan Apa yang Anda Akan Lakukan untuk Mencapai Matlamat Anda,” yang akan dijelaskan di bawah.

                  Langkah 3: Menentukan Tindakan Anda untuk Mencapai Matlamat Anda

                  Langkah ini sangat penting dalam membangunkan pelan tindakan terperinci anda. Selalunya, ini adalah langkah yang paling sukar kerana ia memerlukan semakan sendiri. Tiada matlamat yang dapat dicapai tanpa sedikit komitmen dan pengorbanan. Setiap daripada kita perlu berkembang, dengan cara yang berbeza, untuk berusaha mengikut tahap yang perlu bagi mencapai matlamat. Jika perniagaan ini dapat memberikan apa pun yang anda inginkan, apakah yang anda sanggup berikan untuk perniagaan ini? Soalan ini merangkumi pengorbanan yang mesti kita dilakukan. Kadangkala, kita perlu menghapuskan rintangan yang menghalang daripada berjaya. Contohnya, anda mungkin lebih gemar berehat selepas waktu kerja; anda mungkin perlu melupakan rancangan kegemaran anda buat sementara waktu, anda mungkin perlu melupakan liga boling untuk sementara waktu, atau keluar bersama rakan-rakan anda selepas waktu kerja. Anda perlu buat keputusan! Adakah pengorbanan yang perlu dilakukan berbaloi dalam usaha mencapai matlamat anda? Sekiranya jawapan anda “tidak”, jadi, anda belum bersedia untuk menerima proses tetapan matlamat, atau belum mengetahui matlamat yang benar-benar mendorong atau merangsang anda. Sebelum ini, anda tidak pernah memikirkannya secara terperinci kerana anda tidak mempunyai medium yang dapat membantu merealisasikan matlamat anda. Kini, medium tersebut ada di sini, ia tidak lagi mustahil.

                  Mungkin anda berasa tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk produk dan alatan yang diperlukan, atau untuk menghadiri latihan. Namun, anda membelanjakan RM400 setiap minggu untuk hiburan atau perkara yang langsung tidak menyumbang kepada impian anda. Lagipun, apabila matlamat anda telah dicapai, anda akan mempunyai banyak masa dan wang untuk melakukan perkara yang dikorbankan untuk sementara waktu.

                  Seterusnya, apa yang perlu diatasi? Apakah kebimbangan atau penghalang anda yang memerlukan penambahbaikan untuk mencapai kejayaan? Adakah ia pemikiran negatif? Adakah ia berkaitan dengan individu yang negatif dan berfikiran sempit? Adakah ia kebimbangan dan gemuruh untuk bercakap dengan orang ramai? Adakah ia sikap suka bertangguh? Adakah ia kemalasan? Adakah ia ketidakupayaan anda untuk tidak mengalah apabila berdepan cabaran? Anda perlu jujur! Langkah pertama dalam menyelesaikan masalah adalah mengenalpastinya dan mengaku yang masalah itu wujud.

                  Akhirnya, apakah yang sanggup dikorbankan anda untuk mencapai matlamat anda? Berapa banyak masa dalam setiap bulan, minggu, dan hari yang anda sanggup luangkan? Berapa banyak modal (wang) pengoperasian yang sanggup anda belanjakan untuk pembangunan bisnes anda? Berapa banyak latihan daripada GMTSS yang sanggup dihadiri? Berapa banyak mesyuarat yang sanggup anda adakan setiap minggu? Adakah anda sanggup membaca dan mendengar audio untuk mendapatkan maklumat yang perlu untuk berjaya dalam perniagaan anda? Bersikap jujur dan realistik. Bayangkannya, kemudian, catatkan.

                  Setelah anda menjawab soalan-soalan ini, ringkaskan maklumat dalam carta berikut. Perhatian: Apa yang akan anda berikan? Fokus dan Usaha 

                  •    Berapa lama?
                           o    10 ke 12 jam/seminggu. Tetapkan dua (2) sesi selama tiga jam di jadual anda untuk Tunjukkan Pelan, Peruncitan, Melaksanakan Duplikasi dan Corak ABC

                  •    Berapa Acara GMTSS yang akan saya hadiri
                           o    12 UBP
                           o    4 ke 6 peringkat Tempatan
                           o    1 peringkat Wilayah
                           o    2 Acara Kebangsaan
                           o    2 Acara Utama Universiti

                  •    Audio yang perlu Didengari
                           o    2 setiap minggu

                  •    Lihat alatan Laman Web dan Pemasaran Internet
                           o    15 minit setiap hari

                  Perkara yang Saya Akan Buat, Komited, Korbankan, Atasi
                  Masa:
                  Mesyuarat:
                  Latihan:
                  Wang:
                  Perubahan:
                  Pengorbanan:
                  Perkara untuk Peningkatan Diri:
                  Lain-lain:

                  Mungkin anda menemui sumber tambahan secara tidak sengaja  apabila melaraskan tarikh pencapaian dalam Langkah 2. Jadi, anda perlu kembali ke Langkah 2 dan laraskan semula tarikh pencapaian bagi matlamat jangka pendek anda – untuk lengkap lebih awal!

                  Langkah 4: Keperluan Aktiviti Bulanan, Mingguan, Harian — Pelan Terperinci

                  •    Catatkan pelan terperinci bagi aktiviti yang diperlukan dan mesti dicapai pada setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari untuk mencapai matlamat anda. Dengan melakukan ini, anda hampir memastikan kejayaan anda. Contoh: Anda mahu mempunyai tiga BDC (daripada Program Pemilik UnFranchise™Utama), setiap satunya memperoleh sekurang-kurangnya RM6,000 setiap minggu pada akhir 12 bulan. Ini bermakna anda memerlukan empat organisasi yang kukuh. Anda tidak akan bergantung kepada pemasaan atau pengeluaran orang lain dan anda tidak akan ketinggalan peluang untuk mencapai matlamat anda. Anda tahu bahawa anda perlu menaja empat orang yang komited kepada Asas 10 Tujuh Teguh, berazam seperti anda, dalam setiap empat organisasi. Ini bersamaan dengan lapan orang Pemilik UnFranchise dalam tempoh lapan bulan. Selepas tempoh lapan bulan, anda perlu menaja seorang Pemilik UnFranchise setiap bulan;. Untuk menaja satu orang bagi setiap bulan, anda perlu memperkenalkan perniagaan ini kepada seramai empat ke lapan orang. Untuk memperkenalkan perniagaan kepada empat ke lapan orang setiap bulan, anda perlu mendekati 24 orang, bergantung kepada kualiti prospek tersebut, pengetahuan/kemahiran anda dan hubungan anda dengan prospek. Sekarang, mari lengkapkan sampel pelan di bawah.

                  Keperluan Bulanan:

                  •    Didekati: 24
                  •    Memperkenalkan Perniagaan: 4
                  •    Tajaan: 1
                  •    Lain-lain: 

                           o    Menghadiri satu acara GMTSS, dua mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP), membuat jualan runcit bernilai  RM800 dan memupuk seorang Pelanggan Keutamaan

                  Keperluan Mingguan:

                  •    Didekati: 6
                  •    Memperkenalkan Perniagaan: 1
                  •    Tajaan: 1 (setiap empat minggu)
                  •    Lain-lain: 

                           o    Menghadiri satu mesyuarat UBP atau HBP (setiap dua minggu)
                           o    Menghadiri satu latihan (setiap empat minggu)
                           o    Membuat susulan dengan orang yang telah diperkenalkan perniagaan ini pada minggu sebelumnya
                           o    Hubungi pemimpin kanan atau mentor
                           o    Membuat jualan runcit sebanyak RM200
                           o    Menambah 1 pelanggan runcit baru

                  Keperluan Harian:

                  •    Didekati: 1 (enam daripada tujuh hari)
                  •    Memperkenalkan Perniagaan: 1 untuk setiap tiga hari
                  •    Tajaan:1 untuk setiap 10 hari
                  •    Lain-lain: 

                           o    Baca Kenyataan Matlamat sebanyak dua kali
                           o    Membaca maklumat perniagaan selama 30 minit 
                           o    Mendengar audio kemajuan diri selama 30 minit
                           o    Membuat tambahan kepada senarai prospek

                  Sekarang, ringkaskan carta yang telah dilengkapkan untuk pencapaian matlamat anda dalam beberapa ayat.

                  Kenyataan Matlamat

                  Dengan menggunakan maklumat yang telah dihasilkan dalam Langkah 1 sehingga 4 tadi, ringkaskan setiap satu daripadanya kepada kenyataan bertulis yang mengandungi 50 ke 150 perkataan di sehelai kertas. Kenyataan ini akan mengandungi:

                  •    Apa yang anda mahu (matlamat)?
                  •    Bila anda mahukannya (tarikh)?
                  •    Apa yang perlu anda ubah (tabiat, pengurusan masa/wang, diri, dan lain-lain)?
                  •    Apa yang perlu dilakukan (setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari)?

                  Komited kepadanya dalam bentuk tulisan, bawa ia bersama anda setiap masa, baca dua kali sehari dan kemaskini ia sekiranya perlu untuk memasukkan matlamat baru setelah matlamat lama dapat dicapai. Anda pasti akan kagum dengan perubahan yang bakal berlaku. Hanya mereka yang pernah mengalaminya akan faham. Anda perlu melakukannya selama 30 hari berturut-turut tanpa gagal. Bersemangatlah. Kejayaan adalah satu tabiat. Paling utama, ingatlah bahawa Kenyataan Matlamat anda adalah kontrak dengan seseorang yang boleh diamanahkan untuk kejayaan perniagaan dan juga mencapai matlamat anda — SESEORANG ITU ADALAH ANDA!

(C)     Peruncitan: Membina kumpulan pelanggan runcit anda boleh menjadi mudah atau sukar bergantung kepada sikap dan pendekatan anda. Jika anda mengikut semua cadangan dalam seksyen ini, jualan runcit peribadi anda akan menjadi satu pengalaman yang berharga dan menguntungkan. Hasilnya adalah Pelanggan Keutamaan yang berjangka panjang dan dapat memberikan kestabilan dan keuntungan kepada perniagaan anda yang dipanggil nilai sepanjang hayat.

         Kaedah pertama dan paling penting adalah penggunaan produk secara peribadi. Anda harus menjadi pelanggan terbaik anda. Penting untuk anda percaya terhadap produk yang akan dijual. Ini dapat dicapai dengan penggunaan secara peribadi. Cuba semua produk tersebut. Dengan berbuat demikian, anda akan belajar tentang semua produk yang tersedia untuk dijual dari produk berjenama eksklusif   Market Malaysia. Pilih 3 atau 4 produk eksklusif Market Malaysia kegemaran anda dan fokus untuk menjual ia sehingga dapat membina 10 pelanggan berulang atau penghasilan sebanyak 400 BV setiap bulan. Tambahan itu, organisasi jualan dan pengedaran anda akan turut melakukan perkara yang sama. Ingatlah, orang ramai mengikut tindakan anda, bukannya arahan anda. Selain itu, volum daripada penggunaan peribadi anda akan menjamin pengakruan Volum BisnesKumpulan dari bulan ke bulan sehingga anda mula menerima komisen. Bayangkan kesannya jika setiap Pemilik UnFranchise dalam seluruh organisasi anda menggunakan semua produk mereka sendiri dan membina Anuiti Beli-Belah mereka.

         Market Malaysia menjadikan penggunaan peribadi produk anda lebih mudah melalui Program Autoship. Ia membolehkan anda mengekalkan pesanan bulanan tetap yang akan dihantar kepada anda setiap bulan. Membeli produk daripada bisnes anda sendiri berbanding bisnes orang lain adalah wajar.

         Dalam seksyen ini, kita akan membincangkan pelbagai teknik pemasaran dan peruncitan. Menggabungkan teknik-teknik ini dengan pengetahuan dan pendapat berkaitan kemahiran jualan profesional yang akan dikemukakan di bahagian seterusnya dalam manual ini, anda akan dilengkapkan dengan cara untuk membina sebuah perniagaan runcit yang besar dan mengajar organisasi anda cara untuk membina kumpulan pelanggan berulang yang kukuh. Ini akan ditafsirkan dalam bentuk aliran volum kukuh yang dijana setiap minggu dan menghasilkan pendapatan berterusan yang terjamin untuk anda dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan. Ingatlah, pendapatan berterusan bukan berdasarkan satu produk yang dijual seorang Pemilik UnFranchise, tetapi jumlah produk jualan terkumpul oleh Pemilik UnFranchise secara kolektif. Dengan jenama eksklusif Market Malaysia, anda dapat memperoleh wang yang banyak dengan menjual produk yang didorong pasaran (30 peratus sehingga 100 peratus untung kasar) dan turut memperoleh pendapatan berterusan dengan menduplikasikan jualan tersebut melalui Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise. Lebih ramai pelanggan berulang yang dilayani organisasi anda, lebih besar dan terjamin pendapatan berterusan anda.

         Seperti yang dinyatakan sebelum ni, asas bagi mewujudkan kumpulan pelanggan runcit yang kukuh bermula dengan menggunakan dan mempercayai produk yang ingin dijual. Langkah kedua adalah untuk memahirkan diri mengenai dua ke empat produk dan terus meningkatkan maklumat mengenai produk tersebut; keperluan peribadi dan keperluan kumpulan pelanggan anda yang semakin meningkat akan membawa anda kepada bidang universiti atau pasaran berbilion Dolar. Ilmu pengetahuan tentang produk dan pasaran anda akan menjadikan anda lebih bersedia untuk mendekati pelanggan prospektif dan mengajar mereka tentang manfaat poduk-produk ini.

         Market Malaysia menawarkan maklumat yang mendalam dalam bentuk audio, video, latihan UnFranchise dan MeetON. Satu lagi sumber maklumat produk khusus yang hebat boleh diperolehi dengan menghadiri latihan, seminar dan konvensyen. Lebih banyak perkara yang anda belajar dan tahu, lebih hebat kemampuan anda dalam mendekati pelanggan prospektif dengan lebih yakin.

         Maklumat berikut direka untuk membekalkan teknik peruncitan am, perdagangan, jualan dan pemasaran yang boleh digunakan dalam sebarang bidang universiti utama atau produk yang khusus. Anda cuma perlu melaraskan dan menyesuaikan teknik ini mengikut kedai atau produk. Teknik ini yang digabungkan bersama pengetahuan produk boleh menjamin kejayaan dalam peruncitan produk anda.

         Salah satu Faktor Kejayaan Utama dalam membina organisasi yang kukuh, menguntungkan dan stabil adalah dengan memastikan setiap Pemilik UnFranchise yang menyertai organisasi menghasilkan dan menjana semula jualan produk secara konsisten dan tetap. Market Malaysia menggelar Faktor Kejayaan Utama ini sebagai melaksanakan atau mencapai Asas 10. (Asas 10 merujuk kepada melayani 10 pelanggan berulang dengan purata antara 30-40 BV setiap bulan) Dengan melaksanakan prinsip pembangunan perniagaan Asas 10, Tujuh Teguh, anda akan memastikan bahawa Bisnes UnFranchise anda dibina dengan betul, seterusnya menghasilkan perniagaan yang kukuh dan teguh. Untuk melihat gambaran visual Asas 10, sila rujuk seksyen “Membina Asas yang Kukuh ‘Asas 10’” dalam Panduan Cara Bermula. Untuk ilustrasi dan keterangan lanjut bagi prinsip Asas 10; Tujuh Kuat, sila log masuk ke Akaun Bisnes UnFranchise anda.

         Perhatian: Dengan mematuhi Panduan Cara Bermula, kita mempunyai matlamat untuk perniagaan, peruncitan, perkembangan organisasi dan latihan. Sesiapa sahaja boleh melengkapkan tugasan dan aktiviti yang dinyatakan dalam Panduan Cara Bermula jika mempunyai keinginan. Jika ia tidak dilaksanakan, bukanlah kerana mereka tidak mampu,  tetapi kerana mereka tidak mahu. Ingatlah perbezaan antara kejayaan dan kegagalan. Individu yang berjaya cuma melakukan perkara yang enggan atau tidak dilakukan mereka yang gagal. Anda perlu menghapuskan perkataan “Saya tidak boleh” daripada kamus hidup anda. Pilihan anda adalah satu-satunya perkara yang boleh dikawal sepenuhnya. Capai Asas 10 dan daftarkan setiap pelanggan anda sebagai Pelanggan Keutamaan dalam talian. Berseronoklah!

         *Anda diingatkan bahawa sekiranya anda mendaftar semua pelanggan anda sebagai Pelanggan Keutamaan dan mengkreditkan pembelian mereka melalui resit runcit manual yang tersedia di UFMS, ia membolehkan anda menghantar Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang MY1000) secara dalam talian dan memastikan Pelanggan Keutamaan anda boleh mendapat Mata Shop apabila membeli-belah di laman web anda (MY.SHOP.COM, my.lumieredevie.com, motivescosmetics.com). Apabila jualan runcit anda yang dikreditkan Pelanggan Keutamaan anda mencapai RM800, Borang MY1000 akan dihantar secara automatik!  Ini memudahkan anda dan juga mengurangkan peluang anda melakukan kesilapan. Satu-satunya cara untuk menggunakan penghantaran Borang MY1000 secara dalam talian adalah dengan mendaftarkan pelanggan anda sebagai Pelanggan Keutamaan melalui Akaun Bisnes UnFranchise™ anda .

         (1)     Psikologi Jualan: Sebelum mula membincangkan kaedah atau teknik khusus untuk membangunkan sistem peruncitan dan perdagangan anda sendiri, mari kita uruskan mereka yang yakin bahawa mereka tidak boleh menjual. Sememangnya menarik apabila mendengar orang cuba menyakinkan penaja mereka yang mereka tidak boleh menjual. Apabila ditanya mengenai sebab yang menghalang mereka daripada berkongsi tentang sesuatu produk atau memberitahu orang ramai tentang produk yang mereka gunakan dan percaya, jawapan mereka memang menarik. Mereka akan menjelaskan dengan penuh semangat dan keyakinan tentang sebab-sebab mereka tidak boleh menjual. Mereka akan “menjual” alasan tersebut secara berterusan untuk meyakinkan yang mereka benar-benar tidak boleh. Mereka handal dalam melakukannya dan jika ia merupakan jualan produk, mereka mungkin sudah berjaya melakukan jualan pertama!  Mereka hampir berjaya menjual idea kepada penaja tentang hakikat bahawa mereka tidak boleh menjual. Secara ironiknya, mereka baru sahaja membuktikan kepada penaja mereka bahawa mereka adalah jurujual yang hebat.

                  Kita patut mengakuinya — kita adalah jurujual. Jika kita sedang bekerja sepenuh masa, ini membuktikan yang kita telah “menjual” diri kita kepada majikan sekarang, jika tidak, pasti mereka tidak akan menerima kita. Jika kita sudah berkahwin, atau dalam hubungan dengan seseorang, kita telah berjaya “menjual” manfaat-manfaat untuk mengekalkan hubungan tersebut kepada pasangan kita. Jika kita mempunyai anak, kita “menjual” nilai-nilai dan tingkah laku yang kita harapkan daripada mereka setiap hari. Dalam setiap perbualan yang kita sertai, secara tidak langsung, kita akan cuba “menjual” pendapat dan kepercayaan kita tentang subjek yang diperkatakan.

                  Terdapat dua rintangan utama dalam penjualan. Rintangan pertama adalah kebimbangan pelanggan untuk melakukan kesilapan. Rintangan utama yang kedua dalam jualan adalah kebimbangan jurujual untuk ditolak. Seseorang jurujual akan berjaya dalam mendekati dan menjual apabila dia dapat memupuk keyakinan, semangat diri yang tinggi dan ketahanan untuk bangkit semula selepas ditolak. Setiap jurujual yang hebat telah mencapai satu tahap yang membuatkan mereka tiada perasaan takut untuk ditolak dan melihat setiap pendekatan yang dilakukan sebagai pengalaman.

                  Sesuatu jualan biasanya dibuat berdasarkan persahabatan, membina hubungan dan memupuk hubungan yang baik. Orang ramai tidak akan membeli daripada anda melainkan mereka benar-benar yakin bahawa anda ikhlas untuk membantu mereka. Terdapat hubungan langsung antara tahap keyakinan diri anda dan sebaik mana anda bergaul dengan individu yang berbeza. Jurujual yang terbaik mempunyai keupayaan semula jadi untuk berkawan atau membina hubungan dengan pelanggan prospektif.

                  Elemen utama dalam penjualan adalah keghairahan. Jualan adalah proses penterjemahan keghairahan anda tentang sesuatu produk atau perkhidmatan ke dalam minda dan hati orang lain. Sebab utama kegagalan orang ramai dalam jualan adalah kerana mereka mengundur diri terlalu awal sebelum dapat merasai kejayaan yang mampu menaikkan keyakinan diri dan kepercayaan diri mereka. Sebab itulah sejak mula lagi, anda perlu berkata pada diri anda bahawa tiada apa pun yang boleh menghalang anda daripada mencapai kejayaan!

         (2)     Teknik Peruncitan, Perdagangan Dan Pemasaran: Seksyen ini akan membincangkan kaedah atau teknik berikut bagi peruncitan dan membangunkan sistem perdagangan anda sendiri, termasuklah:

                  •    Membina satu senarai pelanggan
                  •    Pemasaran sampel atau saiz percubaan
                  •    Jualan Satu kepada Satu
                  •    Protonton produk di rumah, klinik dan/atau pembentangan khas untuk menarik minat kumpulan
                  •    Pengumpulan dana
                  •    Jualan rujukan
                  •    Jualan daripada UBP
                  •    Program Pelanggan Keutamaan
                  •    Pameran kaunter
                  •    Gerai — pasar lambak, bazar, pesta, jualan di perkarangan rumah, pameran dagangan, acara khas
                  •    Pos secara terus
                  •    Pemasaran internet

                  Mengkaji kesemua teknik ini adalah sangat berguna bagi mendapatkan idea dan satu gambaran yang menyeluruh. Anda boleh memilih teknik yang bersesuaian dengan anda dan rangkaian produk yang menjadi pengkhususan anda. Namun, tiada guru yang lebih baik berbanding pengalaman. Anda akan dapat mempelajari lebih banyak dengan mencuba berbanding cuma mengkaji. Malah, anda akan mula membangunkan idea dan teknik anda sendiri. Jangan takut untuk menjadi kreatif. Kadangkala, idea atau kaedah yang terbaik adalah idea atau kaedah yang dicipta sendiri.

                  Sekarang, mari melihat kaedah peruncitan dan perdagangan serta teknik pemasaran yang boleh digunakan untuk menjual produk. Objektifnya adalah untuk memperkenalkan produk kepada orang yang betul dan seterusnya melaksanakan pengiklanan mulut ke mulut. Orang yang betul adalah mereka yang berminat, memerlukan atau menginginkan produk tersebut.

                  (a)     Mewujudkan Senarai Pelanggan: Bermula dengan mengenal pasti satu senarai pelanggan berpotensi atau “pasaran sasaran” adalah satu langkah yang baik. Ambil sehelai kertas kosong. Senaraikan setiap produk eksklusif Market Malaysia yang anda pilih untuk dijual. Senaraikan manfaat setiap produk berserta kosnya. Kemudian, bahagikan ia kepada kos harian atau setiap penggunaan. Tetapkan satu nombor atau huruf untuk setiap satu kedai atau rangkaian produk. Kemudian, ambil helaian kertas yang kedua dan tuliskan semua kenalan anda. Ini termasuk rakan-rakan, saudara-mara, kenalan dan rakan sekutu. Senaraikan penjual produk atau perkhidmatan yang menjual produk kepada anda. Senaraikan nama individu di kedai atau premis perniagaan yang sering dikunjungi anda, seperti salun rambut, stesen minyak, kedai cucian kering dan lain-lain. Siapakah yang anda kenal di semua tempat ini? Mungkin anda tidak mengetahui nama mereka, tetapi anda mengenali mereka. Siapakah yang berkhidmat untuk anda secara tetap: perkhidmatan memotong rumput, mengemas rumah, mekanik, tukang paip, penghantar surat khabar, perkhidmatan kawalan serangga, perkhidmatan membersih kolam, posmen? Fikirkan! Selalunya, mereka adalah prospek yang lebih baik berbanding mereka yang rapat dengan anda.

                           Seterusnya, lihat setiap produk yang dituliskan dan tetapkan ia kepada setiap individu di dalam senarai tersebut yang mungkin memerlukan atau mengenali individu yang memerlukan faedah daripada produk tersebut. Dengan setiap nama pada senarai pelanggan prospektif anda, tuliskan rangkaian produk yang mungkin diingini, diperlukan atau diminati mereka. Tanya soalan seperti berikut kepada diri anda:

                           •    Adakah mereka berminat dengan kecergasan atau olahraga?
                           •    Adakah mereka menggemari penjagaan kesihatan?
                           •    Adakah mereka meminati barangan kosmetik?
                           •    Adakah mereka mengambil berat tentang penampilan?
                           •    Adakah mereka perlu menurunkan berat badan?
                           •    Adakah mereka berhutang?
                           •    Adakah mereka pemilik sebuah perniagaan atau mereka pekerja bebas?
                           •    Adakah bidang kerja mereka memerlukan perlindungan kulit?
                           •    Adakah mereka sering dalam situasi yang memerlukan perlindungan diri?
                           •    Adakah mereka mempunyai haiwan peliharaan?
                           •    Adakah mereka memiliki treler, RV atau rumah bergerak?
                           •    Adakah mereka mempunyai kolam atau tab air panas?
                           •    Adakah mereka sedang mencari kerja sambilan?

                           Senarai tersebut akan berterusan. Anda boleh mencipta soalan-soalan anda sendiri bergantung kepada produk yang dipilih. Dalam proses ini, anda boleh menyesuaikan produk tersebut dengan orang yang sesuai. Memandangkan anda telah menyenaraikan produk mengikut nama setiap orang, anda boleh memeriksa senarai nama ini dan meletakkan nama-nama ini mengikut setiap rangkaian produk. Ini mencipta satu senarai berasingan mengikut produk. Hasilnya, ia akan mencipta satu senarai pasaran sasaran yang boleh digunakan bagi setiap produk yang dijual.

                           Apakah Yang Boleh Dilakukan Dengan Senarai Tersebut?: Matlamat utama adalah untuk membina Pelanggan Keutamaan atau Pemilik UnFranchise Bebas. Gunakannya bersama dengan teknik-teknik yang bersesuaian. Fikirkan tentang teknik yang paling sesuai dengan setiap orang atau rangkaian produk. Sentiasa ingat bahawa membina hubungan dengan setiap pelanggan berpotensi adalah sangat penting. Setiap pelanggan berpotensi mempunyai nilai berpanjangan bagi bisnes anda.

                           Sentiasa memberikan perhatian kepada pasaran sasaran anda. Cari peluang untuk mempromosikan produk anda semasa dalam perbualan. Bawa perbualan tersebut kepada bidang yang diminati atau diperlukan mereka kerana ia dapat dikaitkan dengan sesuatu produk. Kadangkala, membawa produk bersama anda juga boleh menimbulkan sifat ingat tahu dan mereka akan bertanya mengenainya. Guna produk tersebut di hadapan mereka untuk menarik minat mereka. Jika mereka bertanya, “ceritakan kisah tersebut.” Beritahu mereka mengenai pengalaman anda. Berikan testimoni secara peribadi. Gunakan pengetahuan anda tentang produk untuk menerangkan manfaat, ciri-ciri istimewa dan justifikasi harga. Jangan terlalu ghairah atau “memaksa.” Anda akan sentiasa berjumpa dengan mereka. Pupuk sifat ingin tahu dan minat mereka secara berterusan. Jika anda lebih agresif daripada ini, anda boleh mengambil pendekatan yang lebih berfokus dengan menggunakan salah satu daripada teknik peruncitan dalam seksyen ini iaitu dengan menghubungi individu tersebut secara langsung.

                  (b)     Proses ini sangat mudah. Anda cuma perlu “bercerita.” Anda meminta orang ramai mencuba produk tersebut untuk merasai keberkesanannya. Apabila ia berkesan atau menarik minat mereka, mereka akan kembali untuk membelinya. Sampel adalah pengiklanan yang menarik dan pelaburan yang berbaloi. Lebih banyak anda memperkenalkan produk anda kepada pasaran sasaran, lebih ramai pelanggan yang dapat diperoleh. Pemasaran saiz percubaan untuk produk anda sepatutnya dilakukan secara setiap hari. Ia hanyalah satu permainan nombor. Ingat, pelanggan akan membeli secara berulang selepas mereka menggunakan produk tersebut. Anda perlulah membuat susulan bersama mereka. Ini bukannya mengenai satu jualan, tetapi jualan berulang untuk sepanjang tahun dan membina kumpulan pelanggan. Lama-kelamaan, pelanggan yang berpuas hati juga selalunya akan membawa kepada pelanggan lain. Pastikan anda memberikan sampel kepada orang yang perlu, ingin atau berminat dengan produk tersebut.

                  (c)     Jualan Satu kepada Satu Atau Demonstrasi: Jualan Satu kepada Satu atau demonstrasi adalah antara kaedah peruncitan yang paling berkesan. Ia boleh dilakukan secara spontan, secara tidak formal, atau melalui janji temu. Ia boleh dilakukan dengan sebarang “kedai” atau rangkaian produk.

                           (i)     Secara Spontan — Sebagai contoh, apabila anda menziarahi jiran untuk secawan kopi, melawat seseorang, atau di tempat kerja, terdapat peluang untuk bercakap tentang produk tersebut. Sekiranya anda sering membawa risalah dan produk tersebut di dalam bonet kereta, atau produk bersaiz percubaan di dalam beg anda, kaedah jualan ini menjadi satu proses yang biasa. Ikut sahaja corak berikut:

                                    •    Ceritakan cara anda menemui produk tersebut
                                    •    Berkongsi tentang testimoni peribadi anda
                                    •    Tunjukkan produk; buat demonstrasi jika perlu
                                    •    Bercerita mengenai manfaat dan ciri istimewa
                                    •    Menerangkan tentang harga yang ditetapkan
                                    •    Tanya sekiranya mereka berminat untuk membeli atau jika mereka mengenali sesiapa yang mungkin berminat

                                    Ini adalah proses mudah melibatkan tunjuk dan cerita. Ia boleh digunakan dengan mana-mana produk.

                           (ii)     Secara Tidak Formal — Apabila orang datang melawat anda atau anda bercadang untuk melakukan sebaliknya, anda boleh beritahu dengan awal bahawa anda ingin menunjukkan satu produk kepada mereka. Dengan cara ini, mereka akan menjangka yang anda akan “tunjuk dan cerita” mengenai produk tersebut. Ini bukan satu sesi jualan yang formal. Ia sangat tidak formal dan bebas. Pastikan mereka terlibat dalam demonstrasi yang dilakukan. Benarkan mereka untuk bertanya. Ceritakan kepada mereka tentang produk tersebut. Jika perlu, tunjukkan risalah berkenaan kepada mereka. Selitkan manfaat, ciri istimewa dan justifikasi harga dalam perbualan atau apabila menjawab pertanyaan.

                           (iii)     Janji Temu — Hubungi prospek anda dan aturkan janji temu untuk membuat demonstrasi produk. Pembentangan ini lebih berbentuk formal, tetapi mereka telah bersedia dari segi mental untuk pembentangan dan memberikan sepenuh perhatian kepada anda. Pastikan anda menunjukkan produk tersebut dan melakukan demonstrasi. Guna risalah anda untuk berkongsi mengenai manfaat dan ciri-ciri istimewa produk tersebut. Gunakan maklumat, artikel, testimonial dan apa pun yang boleh dipercayai dan dapat membantu dalam pembentangan formal. Jangan terlupa untuk bertanya sekiranya mereka ingin membuat pesanan dan rujukan. Mereka mengharapkan anda bertanya perkara tersebut. Nota: Antara produk yang sesuai untuk dijadikan alat demonstrasi adalah, Snap® Triple Enzyme 3X Laundry Detergent, Snap™ Heavy Duty Concentrate, produk-produk penjagaan kulit serta produk Isotonix kita.

                  (d)     Pratonton Di Rumah, Klinik, Pembentangan, Parti: Semua terma ini merujuk kepada pembentangan yang dilakukan di rumah seseorang (tuan rumah), dengan rakan-rakan yang dijemput hadir. Secara amnya, Pratonton di rumah adalah “”menunjukkan” satu rangkaian produk seperti TLS®, Parti Wain dan Kesihatan untuk produk nutrisi kita, Parti Motives dan Parti Beli-Belah Dalam Talian. Produk dipamerkan, kisah dikongsikan, dan pesanan akan diambil.

                           Klinik atau pembentangan merujuk kepada sekumpulan orang yang hadir atas tujuan penerangan dan pengetahuan mengenai sesuatu subjek. Sudah tentulah kita akan menunjukkan tentang sesuatu produk. Anda disarankan untuk menggunakan bantuan jualan biasa, nota edaran, pembentangan yang disediakan dan demonstrasi. Klinik atau pembentangan boleh diadakan bagi mana-mana rangkaian produk. Maklumat yang digunakan dalam klinik atau pembentangan akan mewujudkan keperluan bagi produk yang akan diterangkan atau dijadikan demonstrasi. Sebenarnya, anda mengadakan seminar mini, membina keperluan  produk, menunjukkan atau membuat demonstrasi dengan produk, “bercerita tentang produk” dan berkongsi tentang manfaat, ciri-ciri istimewa dan justifikasi harga bagi produk tersebut. Banyak pembentangan ditawarkan di muat turun anda. Gunakan artikel majalah dan akhbar, petikan daripada sumber yang boleh dipercayai dan gunakan bantuan visual untuk menyokong pembentangan anda. Jelasnya, tiada batasan bagi kemungkinan yang boleh dicipta melaluinya. Pembentangan boleh dikhususkan kepada kumpulan berfokus dengan minat yang khusus, organisasi tanpa keuntungan atau persatuan tertentu. Banyak organisasi yang mengadakan mesyuarat mingguan atau bulanan yang melibatkan penceramah jemputan. Kadangkala, ia dilakukan semasa waktu makan tengah hari atau makan malam. Anda boleh ke bahagian rujukan di perpustakaan dan dapatkan senarai terbitan pertubuhan dan organisasi. Di samping itu, Internet dan akhbar tempatan juga mempunyai bahagian komuniti yang memaparkan senarai waktu mesyuarat bagi organisasi dan pertubuhan tempatan. Anda mungkin juga mengenali ramai antara mereka yang terlibat dalam organisasi atau persatuan seperti ini. Lebih mudah sekiranya anda mempunyai hubungan. Satu senarai sampel organisasi atau persatuan yang mungkin berminat untuk membenarkan pembentangan adalah seperti yang berikut:

                  Senarai tersebut akan berterusan. Pilih satu topik yang mungkin menarik minat kumpulan tersebut, satu topik yang dapat mencipta permintaan untuk salah satu rangkaian produk berkenaan. Ingatlah, organisasi ini selalunya memerlukan penceramah dan mengalu-alukan panggilan anda.

                  Terdapat satu “subbudaya” luas dalam kalangan pembeli yang membeli melalui orang lain dan bersosial melalui parti di rumah. Satu rangkaian yang luas turut wujud dalam kalangan orang dari kampung halaman anda yang menghadiri parti di rumah sesama mereka untuk pelbagai syarikat dan rangkaian produk. Ini adalah industri dan pasaran yang bernilai multibilion dolar. Peluang yang mudah dapat diwujudkan hanya dengan mengadakan parti di rumah seseorang yang sering mengadakannya.

                  Parti mempunyai sedikit perbezaan berbanding pratonton di rumah atau klinik kerana keadaannya lebih meriah dan lebih mesra dalam suasana yang tidak formal. Bincang dengan seseorang yang biasa menganjurkan parti untuk menggunakan format yang lazim bagi mereka. Biasanya, parti melibatkan permainan suai kenal, cabutan bertuah, hadiah tuan rumah untuk pembelian tetamu, insentif kerana mengadakan parti (diskaun, kredit atau hadiah kecil) dan jamuan ringan. Bincang dengan tuan rumah yang berpotensi dan kenalpasti kebiasaan mereka. Kemudian, gunakan beberapa kebiasaan tersebut. Kuncinya adalah penyediaan. Beberapa tips: (1) hidang sesuatu yang sederhana; (2) berikan ganjaran kepada tuan rumah dalam bentuk hadiah atau diskaun berdasarkan bilangan orang yang hadir dan volum jualan. Motives menawarkan maklumat parti seperti tersebut.

                  (e)     Kutipan dana: Komuniti gereja, liga kecil, organisasi sukan kanak-kanak. kelab penyokong wanita, organisasi tanpa keuntungan, badan amal dan persatuan adalah sangat sinonim dengan kutipan dana. Anda boleh memilih produk yang dapat menarik minat mereka atau yang sesuai dengan aktiviti mereka. 

                           Secara amnya, setiap ahli organisasi mengambil pesanan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, jiran dan saudara-mara. Pemimpin sesuatu organisasi mengumpul dana. Mereka akan membayar kos produk kepada anda. Anda perlu menetapkan jumlah keuntungan runcit yang anda ingin berikan kepada mereka. Ingat, perolehan 100 peratus keuntungan akan bergantung kepada kedai atau rangkaian produk yang anda pilih. Pastikan anda dapat menampung kos anda. Biasanya, mereka akan menerima 50 hingga 90 peratus daripada tambahan harga. Ingat, anda akan mendapat kredit BV yang membawa kepada komisen anda.

                           50 peratus daripada penambahan harga sudah memadai sekiranya anda membekalkan sampel, risalah dan inventori. Jika mereka membeli produk tersebut untuk acara kutipan dana, anda boleh membiarkan mereka menyimpan 100 peratus keuntungan tersebut. Ia adalah keputusan yang hanya anda boleh lakukan! Anda perlu memberikan borang pesanan, resit, risalah dan sampel kepada organisasi tersebut. Anda perlu mengendalikan sistem kawalan inventori, kaedah anda mengumpul wang dan individu yang bertanggungjawab untuk pembayaran. Anda boleh menetapkan agar mereka boleh mengambil pesanan dan membuat bayaran semasa anda melakukan penghantaran atau atau anda boleh melakukannya melalui pengiriman jika anda mempunyai wang untuk mendahulukan inventori dan langkah kawalan yang diperlukan telah tersedia. Mengadakan kutipan dana bermaksud anda perlu bertemu dengan pemimpin organisasi terlibat untuk melakukan pembentangan atau demonstrasi ringkas serta menetapkan satu sistem bagi mencatatkan jualan dan mengumpul wang.

                           Kempen kutipan dana adalah berbeza dengan program Organisasi Tanpa Keuntungan (NPO) Market Malaysia.

                  (f)     Jualan Pengesyoran atau Rujukan: Salah satu kaedah peruncitan yang paling berkesan adalah menggunakan pengesyoran daripada pelanggan yang berpuas hati. Setiap kali anda membuat jualan, anda perlu bertanya kepada klien atau pelanggan sekiranya mereka mengenali sesiapa yang mungkin berminat dengan produk tersebut. Keluarkan buku atau pad janji temu anda untuk mencatat nama, nombor telefon dan alamat mereka. Membuat tawaran istimewa, hadiah percuma atau diskaun bagi jualan cadangan adalah sesuatu yang sangat berkesan. Ini membuatkan pelanggan yang membekalkan nama tersebut berasa seperti telah membantu atau memberikan tawaran istimewa kepada rakan mereka. Jika anda berjaya mendapatkan alamat e-mel atau kediaman, lebih berkesan sekiranya anda menghantar poskad atau infografik berbentuk elektronik kepada mereka beserta dengan tawaran istimewa. Masukkan juga nama rakan yang mengesyorkan mereka untuk tawaran istimewa tersebut. Anda juga boleh menawarkan program insentif kepada pelanggan yang mengesyorkan setiap individu yang membuat pembelian daripada anda. Bagi setiap pembelian yang dilakukan individu tersebut, berikan ganjaran kepada pelanggan yang mengesyorkan individu itu dalam bentuk potongan harga sebanyak lima peratus, atau kredit bernilai RM20 ke RM40 untuk pembelian yang seterusnya. Pastikan pelanggan tersebut tahu tentang hasilnya. Anda boleh mengubah program seperti ini mengikut kesesuaian. Insentif tambahan boleh diberikan jika pelanggan tersebut menghubungi rujukan mereka terlebih dahulu untuk memberitahu mereka yang anda akan menghubungi mereka.

                           Satu lagi kaedah yang berjaya adalah menggunakan testimoni pelanggan. Pastikan pelanggan anda menulis satu testimoni dan seterusnya menghantar atau e-mel kepada rujukan daripada pelanggan tersebut. Buat susulan dengan panggilan telefon untuk menetapkan janji temu untuk menerangkan produk tersebut. Mungkin anda mahu menjanjikan satu tawaran istimewa kepada mereka sekiranya menjadi rujukan.

                  (g)     Jualan Daripada Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP): Antara cara termudah dan semulajadi untuk menambah pelanggan dan membuat jualan runcit adalah semasa Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP). Jelasnya, bukan semua orang akan bersedia atau berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan ini sebagai Pemilik UnFranchise pada malam tersebut. Namun, anda mempunyai penonton yang pasti. Pasti ada sesuatu yang diperlukan, diingini dan diminati hampir semua orang dalam jenama eksklusif Market Malaysia ™. Penting untuk memberikan gambaran keseluruhan produk yang pelbagai ini semasa mesyuarat tersebut.

                           Luangkan masa tambahan bagi produk atau kedai yang anda pilih untuk dijual. Berkongsi testimoni, lakukan demonstrasi produk kegemaran anda dan tunjukkan risalah, artikel atau bahan kredibiliti. Pastikan anda menyatakan bahawa mereka mungkin berminat dengan sesetengah produk anda semasa mesyuarat tersebut. Tawarkan diskaun sekiranya mereka membuat pesanan pada malam sama. Pastikan beberapa produk turut dibawa bersama anda supaya mereka boleh melihat atau mencubanya. LDV needle free serum trial-size package adalah satu produk yang menakjubkan untuk dikongsikan bersama.

                           Dalam Mesyuarat selepas Mesyuarat itu, atau mesyuarat Susulan, tanya kepada mereka, “Produk manakah yang paling menarik minat anda?” Pastikan penglibatan yang aktif daripada mereka. Gunakan pengetahuan anda mengenai produk untuk menerangkan manfaat, ciri-ciri istimewa dan justifikasi harga. Jika anda mempunyai surat testimonial, risalah atau artikel kredibiliti, kongsikan semuanya kepada mereka. Tanya mereka sekiranya ingin mencuba produk atau membuat pesanan. Setidaknya 50 peratus daripada mereka yang tidak menjadi Pemilik UnFranchise akan memesan produk jika anda mengikut teknik ini. Malah, beberapa Pemilik UnFranchise yang hebat bermula sebagai seorang pelanggan yang baik.

                  (h)     Pelanggan Keutamaan: Sebagai seorang Pemilik UnFranchise, anda merupakan seorang Perunding Kedai Bebas. Bincang bersama pelanggan prospektif anda dan tanya mereka sekiranya mahu menikmati manfaat istimewa dengan menjadi seorang Pelanggan Keutamaan.

                           Pelanggan prospektif boleh mendaftar menjadi seorang Pelanggan Keutamaan melalui laman MY.SHOP.COM anda atau anda sendiri boleh mendaftarkan mereka di Akaun Bisnes UnFranchise anda. Tanya mereka tentang minat dan keperluan mereka. Maklumkan kepada mereka bahawa maklum balas mengenai pembelian mereka adalah sangat bernilai! 

                           Kenali Pelanggan Keutamaan anda dengan lebih lanjut. Pastikan anda mengesyorkan produk Market Malaysia yang sesuai untuk pelanggan anda cuba apabila mereka kehabisan produk yang digunakan. Anda perlu mengingatkan yang Market Malaysia turut menguruskan produk-produk berkenaan dan pelanggan boleh mencubanya. Cara ini membantu  mereka untuk tidak membelanjakan wang tambahan dengan hanya menggantikan jenama mereka yang sekarang dengan produk Market Malaysia. Jika mereka tidak berpuas hati dalam tempoh 30 hari, mereka layak mendapatkan bayaran balik secara penuh untuk produk Market Malaysia — 100 peratus jaminan bagi Pelanggan Keutamaan. Gunakan Senarai Membeli-belah Rumah atau Penilaian Beli-Belah untuk mengenalpasti semua produk tersebut.

                           Gunakan sistem “Pemberitahuan” di Akaun Bisnes UnFranchise anda untuk menetapkan masa untuk menghubungi atau melawat Pelanggan Keutamaan baharu dalam tempoh dua minggu. Susuli dengan janji temu/panggilan telefon setiap 30 hari. Pertimbangkan untuk menetapkan pembelian berulang yang dilakukan mereka kepada AutoShip Pelanggan Keutamaan dan berikan diskaun sebanyak 5 ke 10 peratus untuk itu. Semasa anda mengunjungi mereka, minta rujukan daripada mereka mengenai individu yang mungkin berminat atau boleh mendapat manfaat daripada antara produk yang digunakan mereka.

                  (i)     Pameran Kaunter: Pameran produk di kaunter boleh dianggap sebagai satu teknik perdagangan yang hebat apabila diletakkan di tempat yang betul. Walaupun produk yang dikendalikan Market Malaysia tidak boleh diletakkan di rak-rak kedai runcit, terdapat beberapa lokasi lain yang sesuai untuk mendapatkan tumpuan orang ramai. Pameran kaunter boleh dilakukan di premis-premis perniagaan perkhidmatan seperti: salun rambut, khidmat mencuci, restoran, tempat cuci kereta, pejabat doktor, tempat menyambut tetamu, kelab kesihatan, salun kecantikan kulit, salun kuku, kaunter-kaunter pembayaran untuk perusahaan seperti stesen perkhidmatan, gimnasium dan lain-lain.

                           Pemegang kadbod atau Plexiglass boleh dibeli daripada pemborong bekas kotak bod atau pembekal alatan pejabat. Vendor untuk semua alatan ini boleh didapati di laman MY.SHOP.COM anda. 

                           Setelah menentukan tempat yang ingin digunakan, anda perlu menghubungi pemilik perniagaan tersebut. Anda disarankan untuk memulakan usaha ini dengan kenalan anda atau premis perniagaan yang sering dikunjungi atau dalam erti kata lain, anda pelanggan tetap untuk perniagaan tersebut. Setelah menempatkan produk tertentu di beberapa lokasi, ia akan memudahkan anda untuk menambah lokasi dengan menggunakan tempat tersebut sebagai tempat produk dipamerkan. Kadangkala, pemilik bisnes tersebut turut berminat untuk menjadi Pemilik UnFranchise sendiri. Ini berita baik kerana mereka akan membeli inventori tersebut dan anda tidak perlu risau lagi tentang aspek pengumpulan, penghantaran dan inventori. Anda akan mendapat kredit atas Volum Bisnesmereka. Nota: Berwaspada dengan risiko kecurian apabila melakukan pameran kaunter.

                           Sama dengan kutipan dana, anda perlu menentukan terlebih dahulu cara untuk membahagikan keuntungan dengan pemilik lokasi tempat yang dipilih untuk pameran kaunter tersebut. Ingat, anda akan mendapat manfaat daripada Volum Bisnesyang dijana. Sekiranya anda memilih untuk meletakkan produk dalam konsainan, pemilik perlu menerima antara 25 sehingga 50 peratus daripada keuntungan yang dijana. Sekiranya anda meletakkan produk untuk konsainan, sila berhati-hati. Pastikan anda mengenali individu tersebut. Anda perlu merekodkan perjanjian anda bersama mereka dengan memasukkan butiran terperinci tentang kos produk, waktu anda menerima pembayaran, ganti rugi yang perlu mereka bayar bagi produk yang hilang, bahawa ini semua berasaskan “inventori” serta keuntungan yang akan diperoleh bagi setiap item. Pastikan mereka menandatanganinya SEBELUM anda bersetuju untuk meletakkan produk di lokasi mereka. Anda perlu menyimpan satu salinan yang telah ditandatangani dan satu salinan untuk mereka.

                           Kemudian, anda perlu menetapkan jadual untuk lawatan lokasi bagi memeriksa pergerakan produk, penambahan stok produk pameran dan menyelesaikan urusan bagi produk yang telah terjual. Setiap kali membuat lawatan, anda perlu menyelaraskan inventori dan minta mereka menandatangani rekod inventori terlibat. Anda disarankan untuk memindahkan lokasi pameran anda dari semasa ke semasa dalam lingkungan tempat perniagaan tersebut.

                           Anda perlu mengajar kakitangan yang bertugas di kaunter pembayaran mengenai produk berkenaan supaya mereka boleh menjawab soalan dan membantu mempromosikan jualan produk. Berikan sampel kepada mereka dan berikan peluang untuk mereka mencuba produk tersebut. Jika mereka menyukainya dan produk itu berkesan untuk mereka, kemungkinan besar mereka akan mengesyorkannya kepada pelanggan.

                  (j)     Gerai — Pasar Lambak, Bazar, Pesta, Jualan Di Perkarangan Rumah, Pameran Dagangan, Acara Khas: Menetapkan gerai promosi di lokasi tumpuan ramai seperti pasar lambak, pesta, bazar, acara khas, pameran dagangan, atau jualan di perkarangan rumah adalah kaedah perdagangan yang berkesan, sekiranya anda mempunyai masa untuk berbuat demikian. Analisis keberkesanan kos adalah penting untuk dilakukan. Berapa banyak kos untuk menyewa sebuah gerai? Adakah produk yang dipromosikan sesuai dengan minat pengunjung yang akan hadir di sana? Kira jumlah produk yang anda perlu jual sebelum meneruskan rancangan ini. Adakah ia realistik? Adakah ia satu langkah yang dapat membawa keuntungan?

                           Anda perlu melihat dan mempelajari seksyen pameran dagangan di dalam manual ini. Terdapat banyak cadangan dan tips yang dapat membantu anda dalam seksyen tersebut.

                           Untuk mendirikan sebuah gerai, terdapat beberapa pertimbangan penting yang perlu dilakukan:

                           •    Lokasi — Pastikan gerai anda terletak di kawasan tumpuan ramai.
                           •    Risalah yang disahkan Syarikat— Sediakan banyak risalah berserta nama, nombor telefon dan alamat anda.
                           •    Paparan — Penting untuk anda mencipta pameran yang cantik dan menarik untuk menarik minat dan mencipta sifat ingin tahu kepada orang ramai.
                           •    Papan Tanda, Sepanduk, Poster Promosi — Hias gerai anda dengan papan tanda artistik yang direka secara profesional. Ia diletakkan di situ untuk menarik perhatian dan menjual produk, selain dapat menarik orang ramai untuk datang dan bertanya soalan.
                           •    Inventori — Anda membuang masa anda jika tiada produk yang dibawa untuk dijual pada waktu tersebut.
                           •    Cabutan Bertuah — Minta orang ramai untuk mengisi kad untuk cabutan bertuah percuma dan letakkannya di dalam satu “mangkuk.” Cara ini membantu menambah prospek untuk langkah susulan anda.  Ia juga menarik orang ramai untuk singgah di gerai anda.
                           •    Tawaran Jualan Istimewa — Cetuskan keinginan untuk bertindak segera dan membeli pada masa itu juga. Anda boleh menawarkan diskaun, hadiah promosi atau sampel percuma. Anda perlu mencipta sebab untuk mereka membeli pada waktu itu juga.
                           •    Demonstrasi — Demonstrasi produk secara dramatik adalah cara paling berkesan untuk menarik orang untuk membeli.

                  (k)     Media Sosial - Facebook, Instagram, Twitter dll. Ini adalah tempat terbaik untuk anda memperkenalkan bisnes anda kepada orang ramai. Terdapat larangan dan saranan untuk setiap platform ini. Tempat terbaik untuk belajar tentang cara menggunakan media sosial dan pemasaran Internet adalah menghadiri latihan jualan dan pemasaran internet. Anda boleh mendapatkan semua latihan ini melalui GMTSS di dalam akaun UnFranchise anda.

                           Media Sosial: APA dan KENAPA adalah penting dalam pemahaman anda untuk menggunakan ia secara berkesan dalam membina Bisnes UnFranchise dan jenama anda. 

                           Tiga Platform Media Sosial terbesar adalah Facebook, Instagram dan Twitter. Facebook adalah medium komunikasi terbesar untuk berhubung dengan pengguna dalam cara yang tidak menonjol. Ia melibatkan semua jenis media dengan jumlah pengguna melebihi 1 bilion.

                           Instagram adalah platform media sosial kedua terbesar. Lazimnya, ia digunakan untuk imej, video dan rakaman secara langsung. Ia berasaskan tanda pagar dan berfokus kepada gambar. 

                           Seterusnya adalah Twitter yang memberikan potensi hebahan yang terbesar. Twitter melibatkan teks pendek, klip video dan gambar. Ia interaksi secara langsung dan sering digelar sebagai blog mikro.

                           Media sosial menawarkan pemasaran percuma, pengiklanan melalui penglibatan, siaran, perkongsian dan fungsi ‘suka’. Ia menyerlahkan kesetiaan jenama; mereka yang berinteraksi dan terlibat adalah mereka yang pasti kembali kepada jenama tersebut. Media sosial menawarkan khidmat pelanggan secara langsung, capaian yang dipertingkatkan, perhubungan baharu dan peluang untuk belajar lebih lanjut tentang pelanggan anda.

                           Penggunaan tanda pagar adalah alatan yang berkesan. Ia pautan pendek yang dicipta dalam satu perkataan. Contohnya, #haribahagia. Tanda pagar menguruskan sesebuah platform melalui kata kunci dan topik, dan ia paling efektif dalam Instagram dan Twitter. Antara tanda pagar terkenal syarikat ini adalah: #motivescosmetics, #tlsweightloss, #isotonix dan #shoppingannuity.

                           Fungsi Sebutan memautkan seseorang kepada teks sesuatu siaran dengan menaip @nama. Sebutan dapat memaklumkan pihak yang ditag dan meningkatkan kebolehlihatan pihak yang ditag.  Tag menunjukkan pemilikan sesuatu kandungan atau penglibatan dalam sesuatu imej. Ia memudahkan pemilik untuk melihat kandungan/produk yang sedang digunakan. 

                           Imej memberikan sebanyak 80 peratus penglibatan lebih tinggi dan mencipta sesebuah cerita dengan lebih baik berbanding perkataan. Imej terbaik adalah mengenai gaya hidup dan penggunaan produk. Elakkan daripada menggunakan imej gelap, imej teks dan imej yang kabur atau pecah. Anda boleh menggunakan kamera telefon. Namun, pastikan tangan anda tidak bergegar, fokus dan gunakan pencahayaan yang baik. Fikirkan tentang latarbelakang juga dan elakkan daripada menggunakan fungsi zum dan denyar. Zum mengurangkan kualiti imej dan denyar menyebabkan pencahayaan yang tidak natural. Foto produk terbaik adalah yang diletakkan secara serata dengan latar belakang yang bertekstur. Latarbelakang yang indah, warna yang menarik dan prop yang sesuai membantu mencantikkan imej dan menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan menyukainya.

                           Anda disarankan untuk melihat halaman Facebook, Instagram, Twitter dan Pinterest syarikat sebagai contoh kualiti - dan jangan teragak untuk menyiarkan semula semua gambar tersebut. 

                  (l)     Emel, Teks atau Mel Terus: Senarai penerima mel am selalunya memberikan pulangan yang sangat rendah iaitu antara satu peratus sehingga lima peratus berbanding usaha yang diberikan. Oleh itu, membeli satu senarai nama am untuk pengeposan kepada orang awam bukanlah kaedah perdagangan yang berkesan dengan Market Malaysia. Namun, jika anda mempunyai akses untuk menyaring, menyesuaikan atau menambahbaik senarai mel tersebut, permintaan langsung boleh digunakan dengan berkesan.

                           Senarai mel yang disaring adalah senarai yang mengandungi nama dan alamat terkini individu yang pernah membeli produk sama dalam masa terdekat. Kadangkala, anda boleh mendapatkan senarai seperti ini daripada orang yang menjual produk serupa atau yang mempunyai perniagaan dengan jenis pelanggan yang ada minat spesifik. Contohnya, kumpulan Weight Watchers atau kumpulan sokongan kawalan berat mungkin antara sumber terbaik bagi senarai untuk suplemen daripada TLS. Anda perlu memadankan produk dengan senarai mel tersebut.

                           Senarai mel yang disesuaikan mengandungi nama orang yang berkait dengan anda melalui satu ikatan yang sama. Contohnya, senarai tetamu majlis perkahwinan, rakan rapat dan ahli kelab yang pernah anda sertai. Contoh lain adalah senarai orang yang mengenali salah seorang pelanggan anda yang mengesyorkan sesuatu produk tersebut kepada orang ramai. Maksudnya, penerima mel tersebut akan mengenali anda atau orang yang mengesyorkan produk tersebut. Ini meningkatkan kemungkinan mel tersebut akan dibaca dengan teliti. Ia juga meletakkan kepercayaan kepada produk yang dipromosikan.

                           Mel yang ditambah baik adalah sama dengan pos yang disesuaikan. Ia merupakan senarai orang yang memang berminat dengan rangkaian produk tersebut. Mel ini mestilah mengandungi ciri-ciri eksklusif. Contohnya, pelanggan kedai pakaian Select. Ia akan dialamatkan kepada klien eksklusif mereka. Contoh lain adalah pelanggan kedai makanan kesihatan yang baru-baru ini membeli produk tenaga atau bar makanan. Contoh lain adalah pelanggan salun yang membeli barangan kosmetik daripada salun tersebut.

                           Kiriman terus yang paling berkesan adalah memperkenalkan produk baru kepada pelanggan sedia ada. Sejajar dengan senarai pelanggan anda yang semakin bertambah, ia boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan anda. Semasa mereka bentuk mel, anda perlu mengambil kira berat maksimum bungkusan. Jika anda menghantar dengan menggunakan kiriman kelas pertama, beratnya perlulah di bawah 1 auns. Untuk kiriman besar yang lebih daripada 500 orang, anda mungkin mahu mempertimbangkan kadar pukal atau kiriman kelas ketiga. Hubungi pejabat pos tempatan anda untuk butiran lanjut.

                           Sesetengah perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam mel langsung anda adalah seperti yang berikut:

                           •    Mengubahsuai sebanyak yang mungkin.
                           •    Merangsang minat dan sifat ingin tahu.
                           •    Gunakan cetakan tebal dan gambar untuk menarik perhatian mereka.
                           •    Pertimbangkan untuk menyertakan brosur produk syarikat.
                           •    Tawaran Istimewa — pastikan anda membuat satu tawaran yang istimewa. Cetuskan keinginan untuk bertindak segera. Berikan sebab kepada mereka untuk membeli sekarang juga.
                           •    Berikan tawaran yang bebas risiko. Berikan jaminan kepuasan selama 30 hari.
                           •    Tekankan secara ringkas sebab produk ini akan dapat menarik perhatian mereka.
                           •    Serlahkan manfaat dan ciri istimewa.
                           •    Masukkan panggilan untuk bertindak. Galakkan mereka untuk membuat pesanan sekarang. Mudahkan proses membuat pesanan. Lampirkan satu borang pesanan untuk diisi, sampul untuk dikembalikan dan nombor untuk dihubungi.

                           Sekiranya sesuai, buat susulan untuk setiap penerima mel tersebut melalui panggilan telefon. Tindakan ini pasti akan meningkatkan hasil anda.

(D)     Mencari Prospek/ Merekrut/ Menaja: Bagi Pemilik UnFranchise baharu, terdapat lima langkah asas yang mesti dicapai untuk menjadi seorang penaja yang berjaya.

         •    Anda mestilah mampu menerangkan tentang Market Malaysia! Anda perlu mempunyai jawapan bagi “apakah ia?” yang ditulis di kad indeks 3”x5” atau peranti mudah alih anda dan dibawa bersama setiap masa.

         •    Anda perlu menghasilkan komersial “dua minit” tersuai untuk berkomunikasi bersama prospek Pemilik UnFranchise tentang peluang perniagaan yang ditawarkan Market Malaysia! Sebab anda memilih model Bisnes UnFranchise.

         •    Anda perlu mencipta satu senarai Pemilik UnFranchise prospektif. Pemilik UnFranchise berpotensi ini berada di sekeliling anda (sesiapa saja yang memerlukan pendapatan tambahan). Ingat, pelanggan runcit selalunya menjadi Pemilik UnFranchise terbaik. Guna sumber-sumber yang berikut untuk mencipta senarai prospek awal anda.

         Di Tempat Kerja:
         •    Mereka yang mahu sumber pendapatan yang pelbagai.
         •    Orang yang tidak menyukai kerja mereka
         •    Bekas rakan sekerja
         •    Usahawan
         •    Orang yang berminat dengan peluang baru
         •    Orang yang berada dalam bidang kerja yang serupa

         Kejiranan:

         •    Suri rumah yang mempunyai masa terluang
         •    Tuan tanah/ Tuan rumah
         •    Pelajar kolej
         •    Pesara yang mahu kekal aktif
         •    Ahli Rukun Tetangga
         •    Golongan Milenium

         Orang yang Berkhidmat dengan Saya:

         •    Stesen perkhidmatan/Kedai baiki kereta
         •    Juruelektrik/Pembaca meter
         •    Kedai Cucian Kering
         •    Pelayan
         •    Tukang paip
         •    Penjaga rumah
         •    Wakil air botol
         •    Khidmat penghantaran lampin
         •    Pekerja kawalan serangga
         •    Anggota bomba/Polis
         •    Penghantar Surat
         •    Perkhidmatan Pekebun/ laman

         Organisasi Keagamaan:

         •    Pengarah Pendidikan Keagamaan
         •    Utusan/Rabai/Paderi
         •    Pekerja Belia
         •    Utusan Muzik

         Hubungan Profesional:

         •    Doktor/Kiropraktor
         •    Doktor Gigi/Pakar Ortodontik
         •    Akauntan
         •    Peguam
         •    Pakar Psikiatri/Pakar Psikologi
         •    Arkitek
         •    Optometris/Oftalmologis
         •    Jururawat

         Organisasi Sukan atau Olahraga:

         •    Kelab Boling
         •    Ahli Pasukan
         •    Pasangan racquetball
         •    Pasangan tenis
         •    Pusat Kecergasan

         Organisasi/Kenalan Sekolah:

         •    Guru/PIBG
         •    Ibu bapa kepada kawan anak-anak
         •    Pengakap Lelaki/Perempuan
         •    Rumah Buru — Moose, Elks dan lain-lain
         •    Persatuan Alumni
         •    Bekas Persatuan
         •    YMCA/YWCA

         Orang Yang Berkhidmat Untuk Saya:

         •    Kedai Cucian Kering
         •    Kedai Roti
         •    Tukang Cuci Karpet
         •    Pekedai Runcit/Pemeriksa
         •    Ahli Farmasi
         •    Pencetak/Jurugambar
         •    Ejen Hartanah
         •    Ejen Pelancongan
         •    Pembekal Kertas Dinding
         •    Penjual Bunga
         •    Ejen Insurans
         •    Kedai Sewaan
         •    Spa Kesihatan
         •    Pembinaan/Kontraktor
         •    Tukang Kasut/Kedai Kasut
         •    Pengasuh/Pusat Penjagaan Kanak-kanak
         •    Kedai Perabot
         •    Kedai Hadiah
         •    Tukang Baiki TV
         •    Kelab Video
         •    Kedai Serbaneka
         •    Penggaya Rambut
         •    Perkhidmatan Cukai

         Saudara-Mara: Ahli keluarga, saudara, keluarga mertua dan rakan-rakan mereka

         Iklan Kecil: Orang yang mencari kerja

         •    Tambah satu atau dua kemungkinan pada senarai anda setiap hari. Tukarkan kemungkinan ini kepada prospek dengan cara berbual kepada mereka. Mereka yang menunjukkan minat dan layak akan menjadi prospek. Cipta senarai sepuluh teratas daripada senarai prospek anda. Tumpukan untuk membawa mereka ke mesyuarat peluang perniagaan dan penajaan ke acara.

         •    Anda perlu tahu cara untuk menunjukkan peluang Bisnes UnFranchise kepada prospek. Lakukannya dengan menghadiri mesyuarat dan latihan sebanyak mungkin. Berlatih menunjukkan pembentangan bisnes Satu kepada Satu dengan menggunakan Carta Selak Market Malaysia berserta bahan audio dan video yang berkenaan. Ia boleh didapati melalui Akaun Bisnes UnFranchise anda, muat turun audio dan YouTube.

         •    Anda mestilah membawa prospek Bisnes UnFranchise anda ke Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP) atau Pembentangan Bisnes Di Rumah (HBP) yang diberikan penaja atau kepimpinan kanan anda.

         Perbincangan yang lebih mendalam tentang penajaan profesional boleh didapati di dalam Manual UnFranchise ini (lihat Penajaan Profesional) dan perlu dikaji dan dilaksanakan selepas menguasai asas-asas yang diterangkan sebelum ini.

(E)     Susulan dan Corak ABC Dalam Membangunkan Kekuatan: Setelah anda menguasai empat 5 Langkah Asas pertama, kini, anda perlu memulakan proses duplikasi. Perniagaan anda berkembang dengan membangunkan kekuatan dalam organisasi anda. Anda bekerja di tahap bawah dengan orang baharu sehinggalah 5 Langkah Asas diduplikasikan. Duplikasi dibangunkan dari bawah ke atas, bukan sebaliknya. Orang akan mengikut tindakan anda, bukan arahan anda. Anda mengajar melalui teladan dan perbuatan.

         Corak ABC dalam membangunkan kekuatan adalah satu sistem yang memberikan anda kawalan ke atas perniagaan dan menyokong proses duplikasi. Anda akan menghasilkan kepimpinan secara mendalam. Membuat susulan dan membangunkan kekuatan adalah satu sistem yang membawa kepada pertumbuhan dan kejayaan. Pelan Pemasaran kami direka untuk membentuk pertumbuhan dan pulangan yang jitu apabila teknik susulan dan membangunkan kekuatan telah dikuasai.

         Masa(Q)=Pertumbuhan(D)=Volum=$Masa (Q)=Pertumbuhan(D)=Volum=$

         Kita berusaha secara konsisten untuk menukar masa bersamaan dengan pertumbuhan, dan pertumbuhan bersamaan dengan volum, yang seterusnya menghasilkan pendapatan. Anda boleh meluangkan banyak masa dan tidak memperoleh pertumbuhan melainkan anda menggunakan masa dengan bijak. Masa berkualiti adalah kuncinya. Kami meletakkan penentu “Q” dengan masa untuk menetapkan “masa berkualiti” kerana hanya masa berkualiti yang akan menduplikasi pertumbuhan mendalam “D.” Kami menakrifkan masa berkualiti sebagai penguasaan 5 Langkah Asas terlebih dahulu dan kemudian, barulah berurusan dengan orang yang akan melaksanakan 5 Langkah Asas. Jika mereka tidak melaksanakan 5 Langkah Asas, ia takkan membawa sebarang kesan pada mereka!

         Anda akan sentiasa berhadapan dengan tiga jenis Pemilik UnFranchise dalam perniagaan ini: 1) Maju Ke Hadapan, 2) Stabil dan 3) Menunggu. Pemilik UnFranchise Maju Ke Hadapan adalah mereka yang melakukan kesemua 5 Langkah Asas sekarang. Mereka penuh semangat, mudah dibimbing, komited dan bersedia untuk berkembang. Pemilik UnFranchise Stabil adalah orang yang menghadiri mesyuarat, mengekalkan perniagaan mereka, membuat pesanan produk dan menggunakannya tetapi tidak bersedia untuk pertumbuhan duplikasi yang pantas. Pemilik UnFranchise Menunggu adalah orang yang berada di tepi, cuma melihat penggunaan produk.

         Jika anda mahu meluangkan masa yang berkualiti, anda hanya boleh bekerja dengan Pemilik UnFranchise Maju Ke Hadapan. Kita memasukkan Pemilik UnFranchise Stabil ke dalam sistem mesyuarat sehingga mereka menjadi Pemilik UnFranchise Maju Ke Hadapan. Kita cuma menghantar surat berita dan menghubungi Pemilik UnFranchise Menunggu sebulan sekali mengenai seminar bulanan yang seterusnya. Jika anda laburkan masa berkualiti dengan Pemilik UnFranchise Maju Ke Hadapan, anda akan mendapat pertumbuhan yang mendalam, seterusnya menjana volum yang bersamaan dengan pendapatan. Formulanya adalah TQ=GD=V=$!

         (1)     Susulan: Setelah memahaminya, anda boleh mula bekerja dengan sistem atau kaedah susulan yang telah diselaraskan dan menyokong formula TQ=GD=V=$ dengan berkesan. Tetapi, ingatlah bahawa sistem susulan ini hendaklah digunakan bersama Pemilik UnFranchise Maju Ke Hadapan, atau anda akan mengurangkan kualiti masa anda. Ini adalah satu set peraturan ringkas yang merupakan asas Sistem Susulan:

                  (a)     Jangan membentangkan peluang perniagaan atau mengadakan mesyuarat tanpa menempah janji temu susulan.

                  (b)     Sebelum menamatkan sesuatu mesyuarat atau pembentangan, keluarkan kalendar anda dan aturkan janji temu susulan.

                  (c)     Apabila anda menghubungi seseorang tentang perniagaan ini, hantar emel susulan dengan maklumat tambahan, atau hantar produk, sentiasa mengaturkan panggilan susulan pada masa itu juga.

                  (d)     Sebelum sesuatu mesyuarat berakhir, tamatkan dan atur satu janji temu susulan:

                           •    Apa yang anda paling suka tentang peluang bisnes ini?
                           •    Adakah anda berasa model bisnes ini mampu membantu anda mencapai matlamat anda?
                           •    Apakah perkara yang menghalang anda daripada memulakan atau melaksanakan percubaan?
                           •    Bilakah kita boleh berjumpa?
                           •    Saya lapang pada hari Rabu atau Khamis.
                           •    Yang mana satu sesuai dengan anda?

                  (e)     Objektif Susulan ini adalah untuk memberikan peluang kepada Pemilik UnFranchise untuk memperkenalkan perniagaan ini kepada prospek secara “dua kepada satu” (cadangan Pemilik UnFranchise dan susunan atasan) di lokasi prospek, rumah atau pejabat. Anda boleh berkongsi cara untuk prospek mencapai matlamat mereka di sini.

                  (f)     Prospek yang telah ditunjukkan peluang perniagaan melalui pembentangan “satu kepada satu” perlu dibawa ke Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP) yang diadakan oleh kepimpinan atasan atau pertubuhan tempatan anda.

                  (g)     Ajar setiap Pemilik UnFranchise yang ditaja anda tentang tanggungjawab pengurusan dan untuk mengajar orang yang ditaja mereka dengan menunjukkan cara, masa dan pihak terlibat kepada mereka.

                  (h)     Sentiasa mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat. Mesyuarat selepas mesyuarat adalah untuk menjawab soalan dengan penekanan terhadap 5 Langkah Asas dan untuk menetapkan mesyuarat Susulan.

                  (i)     Jual tiket untuk ke mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP), 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT), Seminar Tempatan, Konvensyen Serantau dan Konvensyen Antarabangsa. Ingat, anda perlu memiliki tiket tersebut terlebih dahulu dengan membelinya dengan lebih awal untuk dijual dan anda mahu Pemilik UnFranchise anda untuk melakukan perkara yang sama.

         (2)     Corak ABC Dalam Membangunkan Kekuatan: Setelah peraturan Susulan difahami, corak ABC dalam membangunkan kekuatan hendaklah dilaksanakan. Corak ini menyediakan sistem kawalan dan duplikasi kepada Pemilik UnFranchise. Berikut adalah ringkasan corak ABC bagi membangunkan kekuatan dan duplikasi.

                  Langkah Satu: Penaja anda membantu anda dengan mesyuarat untuk prospek anda.

                  Langkah Dua: Penaja anda mengaturkan mesyuarat di rumah Pemilik UnFranchise A, B dan C di dua organisasi jualan bawah anda. Hadir ke mesyuarat bersama penaja anda dan mempelajari program serta Corak Susulan.

                  Langkah Tiga: Semua orang berjumpa di mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP) yang dianjurkan oleh pemimpin susunan atasan dan/atau di pertubuhan tempatan dan MEMBAWA dua orang daripada mesyuarat di rumah atau dua prospek baharu.

                  Langkah Empat: Apabila penaja anda telah mengadakan mesyuarat untuk A, B dan C, anda sepatutnya dapat mengadakan mesyuarat untuk A1, B1 dan C1 (Anda telah pun menghadiri enam mesyuarat satu kepada satu dan dua mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise (UBP) pada masa ini).

                  Langkah Lima: Sekarang anda boleh mula menduplikasi Corak bagi A, B dan C, dengan menggantikan tugas yang dilakukan penaja anda untuk anda. Cuma menjadi seorang Penaja yang bagus untuk Pemilik UnFranchise anda.

                  Langkah Enam: Penaja berhenti melakukan susunan ABC dan kini mengulangi program tersebut dengan melakukan satu mesyuarat mendalam setiap bulan bagi setiap tahap A1, B1, C1, A2, B2, C2, A3, B3, C3 dan lain-lain.

Sila rujuk audio atau video 5 Langkah Asas untuk arahan yang terperinci mengenai Susulan dan Corak ABC dalam Membangunkan Kekuatan.​