Bab Sembilan Belas: Pengiklanan dan Promosi

 

Market Malaysia mengakui bahawa pengiklanan dan promosi boleh menjadi kaedah yang munasabah bagi Pemilik UnFranchise™ untuk membangunkan perniagaan mereka; walau bagaimanapun, peraturan yang ketat diperlukan bagi mengekalkan usaha pemasaran yang berkesan dan beretika. Peraturan ini adalah sebahagian daripada Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas antara Market Malaysia dan Pemilik UnFranchisenya.

Ketakpatuhan terhadap peraturan pengiklanan oleh beberapa Pemilik UnFranchise boleh memberikan kesan yang buruk kepada semua Pemilik UnFranchise Bebas. Kegagalan Pemilik UnFranchise mematuhi dasar, prosedur dan peraturan yang dinyatakan dalam bahagian ini boleh menyebabkan penamatan status Pemilik UnFranchise dan kehilangan pendapatan bersama syarikat pada masa depan. Pemilik UnFranchise yang didapati sengaja melanggar peruntukan ini, iaitu khususnya, menjejaskan nama baik dan reputasi kami dengan agensi pengawalaturan Malaysia, kontrak Pemilik UnFranchise mereka boleh ditamatkan dan/atau dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berwajib. Selain itu, Market Malaysia boleh memilih untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melanggar dasar, prosedur dan peraturan pengiklanan Market Malaysia.


SEK. 1     PENGIKLANAN

Mana-mana notis yang direka untuk menarik perhatian awam atau naungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan latihan, risalah, iklan paparan, buletin, surat berita, e-mel, pengiklanan dalam laman web bahkan termasuk surat persendirian, boleh diambil kira sebagai satu kaedah pengiklanan.

(A)     Risalah yang Diluluskan: Hanya risalah rasmi Market Malaysia yang ditawarkan oleh pihak syarikat boleh digunakan untuk mewakili perniagaan Market Malaysia yang berpusat di rumah dan/atau Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan Market Malaysia. Risalah syarikat tidak boleh ditiru, disalin atau dicetak semula tanpa persetujuan bertulis daripada pihak syarikat.

(B)    Bahan/Pengiklanan yang Diluluskan: Hanya bahan yang diluluskan oleh pihak syarikat, sebagaimana yang disediakan oleh Sistem Pengurusan UnFranchise atau sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak syarikat, boleh digunakan bagi meletakkan pengiklanan dalam mana-mana media cetak. Pemilik UnFranchise hanya boleh menggunakan tuntutan pendapatan atau produk yang diterbitkan dan diluluskan oleh Market Malaysia. Penggunaan tuntutan pendapatan atau produk yang tidak dibenarkan menjadi asas bagi permulaan Prosedur Tindakan Pembetulan oleh pihak syarikat. Tuntutan pendapatan atau produk yang tidak dibenarkan tidak boleh dibuat walaupun nama Market Malaysia atau nama produk tidak digunakan dalam tuntutan atau iklan tersebut. 

(C)    Penggunaan Bahan Hak Milik Persendirian/Hak Milik Intelektual: Tiada individu atau entiti boleh menggunakan mana-mana hak milik intelektual Market Malaysia termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, logo, tanda dagangan, nama dagangan atau bahan yang mempunyai hak cipta (selepas ini dirujuk sebagai hak milik intelektual) dalam mana-mana pengiklanan yang tidak diterbitkan oleh Market Malaysia atau ejennya yang dibenarkan tanpa keizinan bertulis daripada Market Malaysia.

(D)    Kebenaran untuk Menggunakan Nama Syarikat: Penggunaan nama syarikat pada mana-mana item yang tidak diterbitkan oleh pihak syarikat adalah dilarang kecuali dalam cara yang berikut:

NAMA
Pemilik UnFranchise Bebas
Market Malaysia Shop Sdn. Bhd. 

ATAU

NAMA
Pemilik UnFranchise™ Bebas
Market Malaysia Shop Sdn. Bhd.


SEK. 2    MEDIA

Pemilik UnFranchise dilarang daripada menggunakan radio, televisyen, internet, pengiklanan dan kemunculan di tempat awam untuk memberi publisiti kepada Market Malaysia, program pampasannya atau peluang perniagaan yang berpusat di rumah tanpa kelulusan bertulis daripada pihak syarikat terlebih dahulu.


SEK. 3    BAHAN AUDIO/VIDEO

Pemilik UnFranchise tidak boleh menerbitkan apa-apa rakaman acara syarikat atau GMTSS atau ucapan, untuk dijual tanpa keizinan bertulis daripada Market Malaysia, mereka juga tidak boleh menerbitkan semula apa-apa rakaman pembentangan yang dihasilkan oleh syarikat dalam apa-apa format untuk dijual atau untuk kegunaan peribadi.


SEK. 4    TELEFON

Pemilik UnFranchise tidak boleh menjawab panggilan telefon dengan menyebut, “Market Malaysia,” atau dalam apa-apa cara lain yang boleh menyebabkan pemanggil percaya yang mereka telah menghubungi sebuah pejabat syarikat.

(A)    Perkhidmatan Menjawab Telefon: Jika Pemilik UnFranchise mempunyai perkhidmatan menjawab telefon atau mesin menjawab telefon yang menyebut Market Malaysia, mesej tersebut perlu menyatakan status Pemilik UnFranchise Bebas mereka.

(B)    Penyenaraian: Pemilik UnFranchise boleh menyenaraikan nombor telefon mereka dalam buku panduan telefon menerusi salah satu daripada cara yang berikut sahaja:

John Doe
Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia
Alamat dan Nombor Telefon

ATAU

Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia
John Doe
Alamat dan Nombor Telefon

(C)    Telepemasaran: Pemilik UnFranchise tidak boleh menggunakan mesej rakaman keluar untuk mempromosikan produk Market Malaysia atau memujuk Pemilik UnFranchise yang baru. Aktiviti sedemikian dilarang sekeras-kerasnya.

(D)    Pujukan Melalui Telefon: Jika Pemilik UnFranchise terlibat dalam pujukan melalui telefon, mereka mesti memperkenalkan diri mereka sebagai Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia dan mereka tidak boleh terlibat dalam mana-mana perwakilan yang tidak selaras dengan status Pemilik UnFranchise Bebas mereka dan hubungan mereka dengan Market Malaysia. Pemilik UnFranchise juga mesti membiasakan diri mereka dan mematuhi mana-mana penguatkuasaan Undang-undang Malaysia yang melarang atau mengehadkan tindakan pemujukan menerusi panggilan telefon.


SEK. 5    ALAT TULIS/KAD NAMA

Mana-mana bahan bercetak, termasuk kad nama dan alat tulis, mesti daripada bahan yang berkualiti tinggi, dibuat secara profesional dan menyatakan status bebas Pemilik UnFranchise dengan tepat. Jangan gunakan logo Market Malaysia di bahagian kepala surat perniagaan persendirian, surat berita, iklan, kad atau komunikasi elektronik tanpa menyatakan status Pemilik UnFranchise Bebas.


SEK. 6    PUJUKAN MELALUI SURAT

Market Malaysia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana syarikat jualan langsung, jaringan pemasaran atau syarikat pemasaran berbilang aras. JANGAN hantar pujukan bagi mana-mana produk, perkhidmatan atau pelan pemasaran lain dalam sampul atau bungkusan yang sama dengan risalah Market Malaysia.


SEK. 7    PESTA/PAMERAN DAGANGAN

Pemilik UnFranchise Market Malaysia boleh membincangkan dan menyediakan produk untuk pesta dan pameran dagangan selagi pameran tersebut dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik. Tindakan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat lain di gerai yang sama adalah dilarang sekeras-kerasnya dan pelanggaran peraturan ini boleh menjadi asas bagi penamatan.


SEK. 8    PROSES KELULUSAN BAHAN PENGIKLANAN/PROMOSI

Jika Pemilik UnFranchise mempunyai idea untuk membuat pengiklanan, risalah atau promosi, mereka perlu menghantar permohonan secara bertulis kepada ad-request@marketamerica.com dengan menyediakan maklumat yang berikut:

(A)    Sampel item yang dicadangkan dalam bentuk akhir untuk semakan. Item tersebut perlu nampak sama seperti yang dikehendaki oleh Pemilik UnFranchise apabila ia diterbitkan.

(B)    Maklumat terperinci berkenaan kegunaan item tersebut. Contohnya, jika Pemilik UnFranchise mahu memaparkan iklan dalam akhbar tempatan, permohonan tersebut perlu mengandungi nama akhbar tersebut dan tarikh iklan akan dipaparkan.

(C)    Apa-apa maklumat latar belakang tambahan yang berkaitan.

Permohonan akan disemak mengikut urutan permohonan tersebut diterima. Pemilik UnFranchise perlu memberikan masa selama tujuh hingga 10 hari bekerja bagi menjalani proses semakan.


SEK. 9    PENGUATKUASAAN DASAR PENGIKLANAN DAN RISALAH

Penyelaras Eksekutif menandatangani Perjanjian Penyelaras Eksekutif dan berjanji untuk melaksanakan terma dan syarat perjanjian tersebut sebagai sebahagian daripada hak mereka untuk menerima pampasan (komisen) berterusan dalam MPCP.

(A)    Tanggungjawab: Penyelaras Eksekutif dikehendaki untuk menyelia dan menguatkuasakan dasar ini dengan melaporkan pelanggaran kepada pihak syarikat. Kegagalan untuk menguatkuasakan dasar ini dalam organisasi mereka boleh menyebabkan pampasan ditahan sehingga perkara tersebut diselesaikan.

(B)    Pelanggaran: Pemilik UnFranchise yang menyalin atau menggunakan salinan risalah  syarikat dan/atau menerbitkan risalah atau iklan mereka sendiri tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada Market Malaysia akan tertakluk kepada sekatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada amaran bertulis, permintaan yang bahan yang tidak diluluskan itu dimusnahkan, Volum Perniagaan Kumpulan dikosongkan (dipadamkan kepada kosong) dan penamatan, mengikut budi bicara pihak syarikat.


SEK. 10    BAHAN RISALAH UMUM/PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Hanya bahan umum yang diluluskan untuk kegunaan oleh Market Malaysia boleh digunakan bagi aktiviti Market Malaysia. Senarai bahan umum yang diluluskan boleh diperoleh daripada Pengarah GMTSS.

(A)    Jualan Bahan Umum: Pemilik UnFranchise tidak boleh menjual alat bantuan jualan umum sebagai sebahagian daripada perniagaan Market Malaysia mereka. Walau bagaimanapun, mereka boleh merujuk individu yang berminat untuk membeli item yang tidak ditawarkan oleh pihak syarikat ke tempat yang bersesuaian untuk membeli item tersebut (contohnya, merujuk Pemilik UnFranchise ke kedai buku untuk membeli buku yang telah membantu dalam kejayaan anda). Item dalam senarai Alat Bantuan Jualan Umum yang Diluluskan tidak boleh dijual secara langsung oleh Pemilik UnFranchise, walaupun tanpa melibatkan keuntungan.

(B)    Mendapatkan Bahan Umum: Pemilik UnFranchise hanya boleh membeli alat bantuan jualan umum atau bahan pembangunan perniagaan yang terdapat dalam senarai Bantuan Jualan Umum yang Diluluskan untuk digunakan dalam perniagaan Market Malaysia mereka.

(C)    Mendapatkan Kelulusan bagi Bahan Baru: Jika Pemilik UnFranchise mengenal pasti bahan yang mereka rasa mungkin dapat membantu Pemilik UnFranchise yang lain, mereka boleh menghantar item tersebut dan cadangan bertulis kepada Ahli Majlis Penasihat susunan atasan mereka untuk semakan.

         (1)    Jika Ahli Majlis Penasihat mendapati item tersebut memiliki merit dan bernilai, beliau boleh menghantar item tersebut untuk disemak dan dipertimbangkan oleh Lembaga Penasihat Market Malaysia.

         (2)    Jika item umum itu diluluskan oleh Lembaga Penasihat, item tersebut akan dimasukkan ke dalam senarai Alat Bantuan Jualan Umum yang Diluluskan.