Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global Market Malaysia menawarkan satu sistem pengenalan perniagaan, latihan, motivasi dan sokongan yang sistematik, terurus serta komprehensif di setiap lokasi yang mempunyai pertumbuhan organisasi Market Malaysia. Program ini terdiri daripada pelbagai jenis mesyuarat, latihan, seminar, persidangan dan konvensyen. Menggunakan program ini membolehkan semua Pemilik UnFranchise Market Malaysia dan Pemilik UnFranchise™ untuk mengakses kepada penceramah dan jurulatih yang kompeten dalam Market Malaysia dan pakar yang terbaik dalam industri untuk pembinaan organisasi Pemilik UnFranchise dengan menggunakan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise. Pelaksanaan program ini membolehkan semua Pemilik UnFranchise Market Malaysia membina perniagaan mereka.
Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global merangkumi:
• Mesyuarat Satu kepada Satu
• Pembentangan Bisnes Di Rumah
• Pembentangan Bisnes UnFranchise
• Latihan Pemilik UnFranchise Baru
• Latihan 5 Langkah Asas
• Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif
• Sekolah Jurulatih Bertauliah yang Ditaja oleh Bahagian Korporat
• Latihan Pensijilan WebCenter
• Sekolah Jurulatih WebCenter Bertauliah yang Ditaja oleh Bahagian Korporat
• Latihan Produk Am
• Seminar Tempatan
• Persidangan Daerah
• Konvensyen Serantau
• Persidangan Dunia
• Konvensyen Antarabangsa
• Latihan Motives®Latihan TLS
• Latihan ISM
Walaupun terdapat pelbagai teknik berbeza dalam membina perniagaan ini, secara umumnya, ramai bersetuju bahawa terdapat tiga faktor kejayaan utama mutlak bagi pertumbuhan yang pantas dan stabil: 1) menyemai KEYAKINAN dalam diri Pemilik UnFranchise anda; 2) memberikan PENGETAHUAN kepada mereka untuk membuat susulan dan bertindak dengan keyakinan; 3) mengekalkan SEMANGAT yang berterusan dan kemasukan berterusan orang baharu yang teruja ke dalam perniagaan. Pengalaman selama bertahun-tahun telah membuktikan bahawa mesyuarat, latihan, seminar dan konvensyen adalah penting untuk membangunkan faktor-faktor utama ini supaya pertumbuhan peribadi dan organisasi dapat dicapai.
Apabila membawa orang baharu menyertai Bisnes UnFranchise ini, apakah yang kita ingin capai bersama mereka? Pada mulanya, kita bercakap dan meminta mereka untuk mendengar audio, menonton video yang menerangkan sistem UnFranchise konsep pembrokeran produk, Anuiti Beli-Belah, membaca Manual UnFranchise, melihat Profil Kecemerlangan dan membaca Majalah Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Pendek kata, kita cuba memupuk KEYAKINAN dalam diri mereka terhadap pencapaian yang dapat diperoleh apabila memilik Bisnes UnFranchise Bebas Market Malaysia. Kita mencapai semua ini dengan menunjukkan kuasa sistem UnFranchise dan kesan positifnya dalam mengubah kehidupan orang ramai. Mereka akan mencari maklumat yang diperlukan, menghadiri latihan dan acara untuk mendapatkan pengetahuan dalam meningkatkan kemahiran pengurusan dan menjadi proaktif dalam mencari bantuan yang diperlukan untuk mencapai tahap kejayaan peribadi yang diidamkan. Objektif yang utama adalah untuk memastikan mereka mengambil tindakan positif yang akan meningkatkan tahap KEYAKINAN, PENGETAHUAN dan SEMANGAT mereka dengan segera, supaya sebarang elemen negatif dapat disingkirkan.
Apabila Pemilik UnFranchise prospek melihat Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP) Market Malaysia, sama ada ia Pembentangan Satu kepada Satu atau Pembentangan Bisnes UnFranchise, ia hanyalah tulisan, atau pembentangan PowerPoint sahaja. Bahan audio dan video, Manual UnFranchise dan Majalah Pemilik UnFranchise merupakan alat yang sangat berharga untuk menyebarkan maklumat dan mewujudkan tahap asas KEYAKINAN; namun, realiti sistem UnFranchise dan elemen motivasi yang paling kuat adalah diri Pemilik UnFranchise itu sendiri serta tindakan mereka. Jika kita bersikap proaktif dalam memastikan orang lain menghadiri Pembentangan Bisnes UnFranchise, Seminar Tempatan, Persidangan Daerah, Konvensyen Serantau atau paling penting, Konvensyen Antarabangsa dan Persidangan Dunia, dalam beberapa minggu pertama atau setidaknya dalam bulan pertama, ia memberi peluang kepada mereka untuk berada dalam persekitaran yang membolehkan mereka merasai TENAGA yang disebarkan Pemilik UnFranchise yang berjaya.
Fikirkan — ANDA BOLEH MEMPERCEPATKAN USAHA YANG MENGAMBIL MASA SATU BULAN DALAM SATU HARI SAHAJA! Cuma dengan menjadi orang yang positif dan proaktif dalam menggalakkan semua ahli organisasi jualan anda untuk hadir ke acara GMTSS. Terbukti bahawa Pemilik UnFranchise yang menghadiri acara GMTSS adalah individu yang mengalami pertumbuhan yang paling cepat dan paling stabil dalam organisasi mereka. Dengan menghadiri seminar, persidangan, konvensyen dan latihan, serta membawa ahli baharu dalam organisasi bersama mereka, Pemilik UnFranchise meningkatkan tahap KEYAKINAN dan menjana SEMANGAT yang membara. Hasilnya: pertumbuhan yang pantas dan stabil. Sebab itulah menghadiri Seminar Tempatan, acara Persidangan Daerah, Konvensyen Serantau dan latihan lain yang disediakan melalui GMTSS membantu anda memberikan contoh ikutan kepada organisasi untuk DIDUPLIKASIKAN. Ingatlah, “IA AKAN BERLAKU SEKIRANYA ANDA MEMULAKANNYA.”
Bisnes kita TIDAK DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR. Kita tidak boleh melihat atau menyentuhnya. Ia melibatkan sebilangan individu yang bekerjasama secara bebas untuk membina sebuah organisasi yang kukuh. Namun, mesyuarat, latihan, seminar, persidangan dan konvensyen kita DAPAT DILIHAT. Anda boleh melihat tahap SEMANGAT dan KEYAKINAN yang dibawa oleh tetamu yang menghadiri semua acara ini. Anda dapat melihat, bercakap dan menyentuh mereka serta mendapatkan pengetahuan daripada mereka tentang cara terbaik untuk mengembangkan organisasi anda dengan berjaya. Mereka yang menghadiri acara dan latihan ini membentuk elemen yang menjadikan perniagaan kita NYATA. Semua program ini direka untuk menerangkan tentang Market Malaysia dan membolehkan mereka yang hadir untuk menyaksikan pencapaian Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Namun, mereka perlulah sentiasa melihat dan merasainya berulang kali. Semua acara ini adalah pengikat yang mengukuhkan organisasi kita dan membolehkan kita mengekalkan dan menyelenggara pertumbuhan bisnes ini.
Sudah dinyatakan bahawa, “Kita dalam satu perniagaan yang mengekalkan orang ramai dalam perniagaan ini sehingga mereka melihat manfaatnya.” Memandangkan Market Malaysia adalah berdasarkan pencapaian SEBENAR oleh orang BIASA yang REALISTIK dan orang BIASA mesti MELIHATNYA sebelum boleh MEMPERCAYAINYA. Kenyataan ini sememangnya benar.
Pemimpin organisasi kita sentiasa mengadakan mesyuarat Satu kepada Satu, mengadakan Pembentangan Bisnes UnFranchise, mengadakan Pembentangan Permulaan Di Rumah dan Pembentangan Pengenalan Produk, mengendalikan latihan dan penerasan untuk individu di banyak organisasi lain dan memberi galakan kepada Pemilik UnFranchise semasa mereka memerlukannya. Semangat yang tidak mengenal erti penat dan usaha yang tidak mementingkan diri mereka inilah yang membolehkan organisasi kita untuk berkembang. Soalan yang sering diajukan kepada pemimpin kita adalah: “Apakah faktor yang mengekalkan semangat semua pemimpin ini dan memotivasi mereka untuk meneruskan usaha mereka?” Jawapannya ringkas: “Setiap orang memerlukan galakan dan sokongan.” Pemimpin kita memberi sokongan yang diperlukan melalui galakan dan kehadiran mereka ke Seminar Tempatan, Persidangan Daerah, Konvensyen Serantau dan Konvensyen Antarabangsa serta Persidangan Dunia yang ditaja oleh bahagian korporat. Melalui acara-acara inilah setiap pemimpin Market Malaysia mampu memulihkan semangat mereka dan menguatkan semula tahap keyakinan diri, mengekalkan sikap mereka dan merangsang pemikiran mereka. Acara-acara ini turut memperbaharui tujuan pemimpin kita dan menikmati serta melihat sendiri hasil usaha mereka. Paling penting, aspek yang paling menyeronokkan dalam acara-acara ini adalah ia merupakan tempat orang baharu diperkenalkan kepada KEYAKINAN,PENGETAHUAN dan SEMANGAT yang dapat dirasai apabila menyertai PASUKAN Market Malaysia dan memiliki Bisnes UnFranchise Market Malaysia, sekiranya mereka mempunyai keinginan dan komitmen yang diperlukan. Atas sebab inilah Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global Market Malaysia dicipta.
Salah satu pembentangan yang paling berkesan adalah mesyuarat di rumah, iaitu anda menjemput prospek baharu atau mereka yang berpotensi datang ke rumah untuk membincangkan bisnes Market Malaysia. Mesyuarat ini mungkin seperti tidak formal; namun, anda perlu sentiasa profesional apabila mewakili Market Malaysia. Anda perlu memastikan tiada gangguan seperti TV, haiwan peliharaan, ragam kanak-kanak atau deringan telefon. Mesyuarat seperti ini mungkin sesuai untuk satu, dua atau tiga orang yang duduk secara bersemuka di meja makan. Apabila mengendalikan mesyuarat di meja makan, penggunaan carta selak Pelan Pemasaran syarikat sangat berkesan atau anda boleh melukiskan Pelan Pemasaran tersebut pada pad kertas. Satu kaedah yang sangat berkesan apabila membentangkan Pelan Pemasaran adalah dengan duduk dan menonton video Market Malaysia yang menerangkan tentang Pelan Pemasaran dan maklumat ringkas tentang MY.SHOP.COM. Menonton video adalah kaedah pembentangan Pelan Pemasaran yang sangat hebat jika anda masih baharu atau berada di kawasan yang sukar dikunjungi rakan kongsi kanan. Anda boleh menonton video dan berhenti seketika apabila anda perlu membuat penekanan tentang sesuatu topik. Bergantung kepada kaedah yang dipilih, anda dinasihatkan untuk menjemput penaja, Penyelaras atasan atau Eksekutif Bertauliah untuk membantu anda dan sebagai sokongan. Kehadiran mereka akan menambahkan kredibiliti anda, serta duplikasi dan falsafah pengurusan asas Market Malaysia. Selain daripada itu, penaja dan/atau wakil rakan kongsi kanan dapat membantu anda menjawab sebarang soalan, malah, jika anda terlupa sebarang maklumat penting, mereka ada di sana untuk memberikan maklumat tersebut, atau membantu anda sekiranya anda menemui jalan buntu. Apabila mewakili program tersebut dalam suasana ruang tamu atau Pembentangan Bisnes di Rumah, anda boleh menggunakan Pembentangan PowerPoint Bisnes UnFranchise. Anda juga dinasihatkan untuk menyediakan pameran produk yang menarik jika ada. Ikut format seperti yang disediakan dalam Bab 21, Seksyen 2: “Pembentangan Bisnes UnFranchise.” Perbezaan dalam pembentangan ini adalah ia kurang formal dan anda mungkin tidak menampilkan ramai penceramah.
Tujuan utama mesyuarat yang sangat penting ini adalah untuk memberikan maklumat yang konsisten dan tepat dalam persekitaran yang menyeronokkan dan profesional bagi mencapai dua matlamat utama:
Pembentangan Bisnes UnFranchise direka untuk membolehkan prospek supaya lebih memahami perniagaan ini apabila ia dibentangkan oleh individu yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam membuat pembentangan. Setiap prospek atau Pemilik UnFranchise yang telah memahami perniagaan ini melalui mesyuarat Satu kepada Satu atau Pembentangan Permulaan Di Rumah perlu dijemput ke Pembentangan Bisnes UnFranchise secepat mungkin.
Latihan Pemilik UnFranchise Baharu adalah salah satu daripada tiga sesi latihan yang wajib dihadiri dan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab seseorang Pemilik UnFranchise™ Market Malaysia. Sesi latihan ini direka untuk memastikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk berjaya disediakan kepada Pemilik UnFranchise yang baru memulakan perniagaan. Elemen dan faktor pengetahuan ini terdiri daripada takrifan dan mendapatkan komitmen bagi usaha baharu mereka; berkongsi sistem UnFranchise Market Malaysia dengan orang lain; memahami asas-asas Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise, mengetahui syarat dan peraturan Bisnes UnFranchise serta mewujudkan pemahaman asas tentang borang dan pentadbiran yang diperlukan. Penting untuk melengkapkan Pemilik UnFranchise baharu dengan pengetahuan asas dan mustahak yang akan memberikan maklumat yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah bisnes UnFranchise yang berjaya.
Duplikasi asas-asas kejayaan yang tertentu adalah kunci kejayaan yang berpanjangan bersama Market Malaysia. Asas-asas ini boleh dibahagikan kepada lima asas: (1) Sikap dan Pengetahuan; (2) Matlamat; (3) Peruncitan; (4) Mencari Prospek, Merekrut dan Menaja; dan (5) Membangunkan Kekuatan dengan Corak ABC dan Susulan. Latihan 5 Langkah Asas direka untuk memastikan Pemilik UnFranchise benar-benar faham tentang lima asas ini. 5 Langkah Asas adalah salah satu daripada tiga sesi latihan yang wajib dihadiri oleh Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu perlulah dilengkapkan sebelum menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif. Pemilik UnFranchise yang paling berjaya menghadiri Latihan 5 Langkah Asas secara konsisten. Semua Pemilik UnFranchise mesti menghadiri Latihan 5 Langkah Asas dan menerima Latihan Pemilik UnFranchise Baharu yang lengkap dan Sijil Pelengkapan Latihan 5 Langkah Asas (Kod MY280) daripada pengajar. Pengajar mesti menandatangani dan mengesahkan setiap sijil dengan nama mereka, nama peserta, lokasi dan tarikh mereka menjalankan latihan tersebut. Tanpa sijil ini dan maklumat lengkap yang sewajarnya, Pemilik UnFranchise tidak boleh menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif.
Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif HANYA boleh dikendalikan oleh Jurulatih Bertauliah Market Malaysia. Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (ECCT) adalah salah satu daripada tiga sesi latihan yang wajib dihadiri oleh setiap Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Semua peserta mestilah telah menghadiri Latihan Pemilik UnFranchise Baru dan Latihan 5 Langkah Asas sebelum mengambil ECCT dan menunjukkan sijil yang sewajarnya (Sijil Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dan Latihan 5 Langkah Asas [Kod MY280]) untuk diterima.
Jurulatih Bertauliah akan mengendalikan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif yang mengandungi, sekurang-kurangnya, topik-topik yang berikut:
• Gambaran Keseluruhan/Pengenalan kepada Market Malaysia
• Pelan Pemasaran dan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan
• Hal Ehwal Undang-undang dan Pentadbiran
• Dasar, Prosedur, Peraturan dan Regulasi
• Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global
• Laporan dan Pengurusan Dalam Talian
Sekolah Jurulatih Bertauliah merupakan sebuah program latihan yang ditaja dan dikendalikan oleh pihak korporat dan dijalankan sebanyak satu hingga tiga kali pada setiap tahun. Sekolah Jurulatih Bertauliah ini dianjurkan bagi mengajar Pemilik UnFranchise yang berkelayakan cara untuk mengajar Pemilik UnFranchise yang lain tentang keperluan elemen pentadbiran utama yang memastikan kejayaan penyertaan dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan. Jurulatih Bertauliah Market Malaysia adalah satu kumpulan Pemilik UnFranchise elit, bukan hanya kerana pengetahuan dan kejayaan yang diperoleh sebagai Pemilik UnFranchise, tetapi juga kerana mereka telah menerima cabaran sebagai pemimpin dalam kalangan Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Mereka adalah contoh untuk setiap Pemilik UnFranchise duplikasi dan disebabkan itu mereka memiliki standard prestasi yang lebih tinggi dalam sistem UnFranchise. Jurulatih Bertauliah adalah satu-satunya jurulatih yang diluluskan dan dibenarkan untuk menjalankan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif, iaitu satu syarat wajib bagi semua Penyelaras Eksekutif.
Sekolah Jurulatih Bertauliah membicarakan topik-topik Manual UnFranchise secara mendalam supaya latihan Pemilik UnFranchise yang sewajarnya boleh dikendalikan oleh Jurulatih Bertauliah yang memberikan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif. Kursus latihan merangkumi semua perkara, tidak terhad, yang berikut:
• Kod Etika
• Kerjasama Market Malaysia Untuk Kejayaan (MAPS)
• Dasar, Prosedur, Peraturan dan Regulasi
• Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan
• Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global
• Akaun Bisnes UnFranchise dan Sistem Pengurusan UnFranchise
• Program Jualan Langsung dan Pemasaran Rangkaian Yang Tidak Sah
• Hal Ehwal Undang-undang dan Pentadbiran
• Perluasan secara Antarabangsa
Latihan Produk Am dicipta untuk meningkatkan pengetahuan produk Pemilik UnFranchise yang dibincangkan di Simposium Produk Korporat. Latihan ini sepatutnya membantu anda untuk berasa lebih yakin dalam menjual produk dan memberikan maklumat untuk anda agar menjadi lebih arif tentang produk yang dijual. Pakar Produk Lapangan adalah satu-satunya jurulatih yang diluluskan dan dibenarkan untuk mengendalikan Latihan Produk Am. Jurulatih juga perlu menghadiri Simposium Produk Korporat sekali setiap dua tahun dan menjadi ahli Kategori 1 Biro Penceramah.
Seminar Tempatan ialah pembentangan 5 Langkah Asas yang lebih mendalam yang diadakan sekurang-kurangnya selama enam jam dan menampilkan Penceramah Undangan yang merupakan ahli Kategori II Biro Penceramah yang diluluskan. Hanya ahli Kategori II Biro Penceramah yang diluluskan sahaja yang dibenarkan menjadi penceramah di Seminar Tempatan dan menerima honorarium dan/atau dibayar. Di Seminar Tempatan, Pemilik UnFranchise diajar mengenai teknik jualan tambahan dan teknik pembangunan organisasi daripada barisan Pemilik UnFranchise Undangan yang dijemput di kawasan tersebut. Maklumat produk juga mungkin disertakan dalam majlis ini termasuk segmen bermaklumat khas untuk stor tertentu. Majlis ini juga mengiktiraf Pemilik UnFranchise yang mencapai Tahap UnFranchise baharu dan kelayakan atau kelayakan semula UFO Utama, kelayakan atau kelayakan semula Pencapai Menukar Perbelanjaan kepada Pendapatan, atau yang telah berjaya mencapai hasil peruncitan atau pengrekrutan yang mengagumkan atau kejayaan lain yang berkaitan. Seminar Tempatan diadakan lebih kurang setiap dua ke tiga bulan di kawasan tempatan Wilayah dan Rantau yang berkenaan.
Persidangan Daerah melibatkan setidaknya dua kawasan Seminar Tempatan. Agenda daerah perlu melibatkan setidaknya lapan jam untuk waktu latihan dan 30 minit untuk pengiktirafan, Persidangan Daerah mempunyai seorang penceramah jemputan. Penceramah tambahan perlulah diluluskan oleh Pengarah Serantau. Topik latihan perlulah relevan dengan sistem Bisnes UnFranchise. Semua topik ini meliputi bidang seperti: Merekrut dan Peruncitan, Penjualan Tiket, Anuiti Beli-Belah, Program UFO Utama, Pelan 90 Hari, tanggungjawab Bisnes UnFranchise, Corak ABC dan yang berkaitan dengannya. Penceramah Jemputan perlulah dipilih daripada Tahap UnFranchise bertaraf Pengarah dan ke atas. Hanya ahli Biro Penceramah Kategori II yang diluluskan sahaja boleh menjadi penceramah utama di Persidangan Daerah dan menerima honorarium dan/atau perbelanjaan berbayar. Acara ini juga mengiktiraf Pemilik UnFranchise dalam Daerah tersebut yang mencapai Tahap Pin baharu dan kelayakan atau kelayakan semula UFO Utama, kelayakan atau kelayakan semula Pencapai Menukar Perbelanjaan kepada Pendapatan, pencapaian peruncitan atau pengrekrutan yang luar biasa atau kejayaan lain yang berkaitan.
Market Malaysia telah membahagikan Malaysia kepada enam rantau. Satu kali pada setiap tahun, Pengarah Serantau akan merancang, menganjurkan, mempromosi dan akhir sekali, mengadakan acara dua hingga tiga hari. Setiap Penyelaras Daerah dan Penyelaras Tempatan dari rantau yang terlibat perlu mempromosikan Konvensyen Serantau secara besar-besaran agar mencapai kadar kehadiran yang maksimum. Sesi latihan lanjut dalam teknik pemasaran, pengetahuan produk secara mendalam, strategi pembangunan organisasi dan kaedah pertumbuhan yang relevan diberikan oleh ketua lapangan dan kepimpinan korporat. Acara besar yang diadakan ini merupakan pengalaman yang hebat, penuh motivasi, sangat profesional dan bermaklumat. Penyertaan Pemilik UnFranchise Tempatan dan Daerah dalam mempromosikan kehadiran boleh menjadi pemangkin dalam mewujudkan semula rasa bangga dengan kawasan tersebut dan menaikkan tahap KEYAKINAN, DAN PENGETAHUAN semua Pemilik UnFranchise. Konvensyen Serantau adalah waktu yang sesuai untuk merancang pertumbuhan di kawasan yang berkenaan. Pengarah Serantau, Penyelaras Daerah, Penyelaras Tempatan dan Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise harus menggunakan peluang ini untuk menetapkan matlamat bagi pertumbuhan kawasan pada tahun seterusnya dan pelan yang teliti harus diwujudkan untuk mencapai matlamat ini. Cuma ahli Pasukan Eksekutif Jualan dan pegawai korporat boleh dijadikan penceramah untuk Konvensyen Serantau. Acara ini juga mengiktiraf kawasan Pemilik UnFranchise yang mencapai Tahap UnFranchise baharu, kelayakan atau kelayakan semula UFO utama, Kelayakan atau Kelayakan Semula Pencapai Menukar Perbelanjaan kepada Pendapatan, pencapaian peruncitan atau pengrekrutan luar biasa atau kejayaan lain yang berkaitan.
Persidangan Dunia yang ditaja oleh pihak korporat diadakan sekali setahun. Persidangan ini direka untuk latihan lanjutan dalam kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang diperlukan terutamanya yang berkaitan dengan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise™. Konvensyen Antarabangsa direka untuk mendidik, mendorong dan memberikan pengiktirafan kepada Pemilik UnFranchise yang telah bekerja keras dan mencapai tahap kecemerlangan sepanjang tempoh enam bulan sebelumnya. Pengiktirafan juga diberikan kepada Pemilik UnFranchise individu yang memenuhi Cabaran Pengerusi (kriteria ditentukan oleh pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Market America, JR Ridinger). Produk Baharu, teknologi dan program sokongan bisnes diperkenalkan semasa Persidangan Dunia dan Konvensyen Antarabangsa.
Konvensyen Antarabangsa tajaan pihak korporat Market America adalah sambutan tahunan dan merupakan platform pembelajaran terbaik untuk SEMUA Pemilik UnFranchise Market America. Konvensyen Antarabangsa direka untuk mendidik, mendorong dan memberikan pengiktirafan kepada Pemilik UnFranchise yang telah bekerja keras dan mencapai tahap kecemerlangan sepanjang tahun lalu. Pengiktirafan juga diberikan kepada Pemilik UnFranchise individu yang memenuhi Cabaran Pengerusi (kriteria ditentukan oleh pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Market America, JR Ridinger). Anugerah dan penghormatan - diberikan kepada mereka yang dianggap layak mewakili semangat dan komitmen Pasukan Market America. Ia juga merupakan waktu pengenalan bagi produk baharu, teknologi, dan program sokongan bisnes terbaru. Konvensyen Antarabangsa yang ditaja oleh pihak korporat adalah acara gala tahunan bagi semua Pemilik UnFranchise.
Market Malaysia ingin memberi sokongan terbaik kepada semua yang komited dalam mencapai tahap kejayaan melalui Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan, iaitu alat yang diperlukan untuk berjaya. Bahan sokongan bisnes disediakan dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Malaysia. Khidmat penterjemahan untuk acara tajaan korporat, sekiranya ada, akan diberikan melalui transmisi radio. Sebelum acara, Pengarah Acara akan mengumumkan sama ada perkhidmatan penterjemahan akan disediakan bagi acara yang tajaan pihak korporat atau tidak. Jika perkhidmatan penterjemahan diminta untuk acara yang ditaja oleh individu (Seminar Tempatan, acara Persidangan Daerah dan Konvensyen Serantau), maka, Penyelaras Tempatan, Penyelaras Daerah atau Pengarah Serantau perlulah bertanggungjawab untuk kawasan tersebut, untuk mencari dan menyewa perkhidmatan tersebut secara individu.
Objektif perniagaan adalah untuk membangunkan organisasi jualan UnFranchise™ dengan berkongsi manfaat produk Market Malaysia dan manfaat peluang perniagaan. Penting untuk seseorang menganjurkan semua mesyuarat secara profesional yang mungkin bagi mencapai objektif ini.
Sentuhan “profesional” yang kecil itulah yang memberikan impak besar dalam merealisasikan kejayaan. Ketelitian dalam mengadakan mesyuarat menunjukkan tahap kejayaan kita dalam menjual produk, menaja Pemilik UnFranchise baru, atau membina bisnes ini. Untuk maklumat terperinci dan komprehensif tentang penetapan dan pelaksanaan mesyuarat/latihan GMTSS yang profesional, sila rujuk Bab 21. Maklumat ini merangkumi butiran untuk menetapkan bilik mesyuarat, cara penggunaan paparan produk dengan berkesan, penceramah undangan dan lain-lain yang akan melancarkan acara anda.
Malaysia dibahagikan kepada enam rantau. Berikut merupakan pembahagian tersebut:
Rantau Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak.
Rantau Tengah: Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan
Rantau Selatan: Melaka, Johor
Rantau Pantai Timur: Kelantan, Terengganu, Pahang.
Rantau Sabah: Sabah
Rantau Sarawak: Sarawak