Bab Empat: Menubuhkan Perniagaan UnFranchise Anda

 

Sekarang, anda telah pun melaksanakan 5 Langkah Asas dan mengalami atau mengetahui kehebatan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise™ Market Malaysia. Anda telah bertekad untuk menganggapnya sebagai sebuah perniagaan (bukan program, perjanjian, hobi atau skim) dan sedang mencari cadangan dan strategi lain yang akan membolehkan anda menghasilkan pertumbuhan yang pantas, stabil dan terkawal. Seksyen ini akan memberikan anda maklumat berharga untuk menghasilkan potensi pendapatan tanpa had.


SEK. 1       PRASYARAT

Sebelum melaksanakan strategi dan teknik yang disediakan dalam seksyen ini, terdapat beberapa asas yang perlu diamalkan atau dilaksanakan oleh anda untuk mencapai hasil yang diidamkan. Ingat, kunci kejayaan duplikasi terletak pada tindakan anda, bukannya arahan anda! Oleh itu, anda perlulah memimpin melalui teladan.

Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia adalah sebuah perniagaan yang terbukti, boleh dipercayai dan sah berdasarkan bukti pencapaian individu sebenar dan realistik yang bekerja dari lapan ke 15 jam setiap minggu untuk tempoh dua sehingga tiga tahun. Ini bukan satu program, perjanjian, hobi ataupun skim. Lebih awal minda dan kepercayaan anda menganggap ini sebagai satu perniagaan, lebih cepat anda boleh bermula untuk memperoleh pendapatan profesional yang berterusan. Pematuhan kepada garis panduan ini adalah salah satu faktor kejayaan utama dalam membangunkan perniagaan anda. Semuanya bermula dengan Janji Temu Pendaftaran, kerana jika anda fikirkan anda boleh, anda pasti mampu melakukannya. Walaupun anda telah menubuhkan Bisnes UnFranchise anda, sila beri perhatian penuh kepada maklumat yang berikut untuk menentukan sama ada perniagaan anda telah ditubuhkan dengan betul atau tidak. Jika perlu, luangkan masa untuk penyelarasan yang sewajarnya dan menduplikasikan sistem serta prinsip ini dengan orang yang dibawa ke dalam organisasi anda. 

Percaya atau tidak, latihan pertama yang anda sertai atau kendalikan adalah pendaftaran sebenar. Diingatkan semula bahawa manusia dewasa belajar melalui perbuatan. Jadi, apa pun yang dilakukan semasa proses pendaftaran akan diduplikasi dan diteruskan. Penting untuk anda menetapkan prinsip, asas-asas dan sistem yang betul sejak dari mula. Janji Temu Pendaftaran perlu mengambil masa dalam dua ke tiga jam. Ia akan melibatkan pengendalian komitmen, prasyarat, semakan dan perjanjian permohonan tersebut, Borang Pesanan Produk pertama, Borang AutoShip UnFranchise, melengkapkan beberapa tugas pentadbiran asas dan mengaturkan janji temu susulan, yang turut akan mengambil masa dalam dua ke tiga jam. 

(A)    Mari mulakan dengan komitmen. Semasa bersama Pemilik UnFranchise baharu untuk menyemak dan bersetuju dengan borang yang diperlukan untuk menubuhkan Bisnes UnFranchise mereka, kita perlu menetapkan syarat yang menjadikan mereka layak diberikan perhatian oleh anda untuk membantu membina Bisnes UnFranchise mereka. Sekurang-kurangnya, mereka mesti komited dengan pelan perniagaan 12 bulan yang terbukti yang telah disediakan dalam Panduan Cara Bermula. Mereka perlu meluangkan 15 jam yang berkualiti pada setiap minggu untuk perniagaan ini. Itu bermaksud lapan sehingga 15 jam yang berkualiti dengan melakukan aktiviti-aktiviti asas. Mereka juga hendaklah sanggup melaburkan RM2,000 sehingga RM6,000 sebagai perbelanjaan yang munasabah untuk perniagaan mereka. Ingat, ini sebuah perniagaan. Ia bisnes yang terbukti, boleh dipercayai dan sah. Ia bukan sebuah kelab, program, atau satu tawaran. Ia adalah sebuah perniagaan. Selain daripada itu, Pemilik UnFranchise baharu perlu hadir ke latihan di luar negeri sekiranya perlu. Mereka mestilah boleh dibimbing dan membeli satu tiket atau lebih untuk ke acara Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global (GMTSS) yang seterusnya. Hal ini kerana di sini kita akan mula menanam kepercayaan bahawa impian kita tidak mustahil dan boleh dicapai melalui perniagaan ini.

           Jalan pintas untuk kejayaan adalah sesuatu yang didambakan semua orang. Malangnya, ia tidak wujud. Ingat, kita bercakap tentang Pelan Dua ke Tiga Tahun. Anda perlu berusaha keras untuk memahami 5 Langkah Asas secara mendalam dan mengajar orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Satu langkah mudah dan bermanfaat untuk waktu adalah untuk menghadiri Konvensyen Antarabangsa tahunan dan Persidangan Dunia. Dengan jarak masa selama enam bulan antara kedua-dua acara ini, ia menyediakan peluang untuk ribuan Pemilik UnFranchise Bebas yang berjaya berkumpul dan bertemu dengan Pasukan Korporat. Acara ini membolehkan setiap orang untuk berjumpa dengan penceramah dan jurulatih pakar. Semua pakar ini bukan sahaja mengajar cara untuk membangunkan bisnes, malah, mereka turut berkongsi strategi pembangunan perniagaan yang hebat, promosi baharu serta produk dan keluaran Internet terkini yang menarik. Menghadiri acara-acara ini adalah perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk perniagaan anda. Mendapatkan prospek baharu yang layak ketika berada di sana adalah tugasan kedua paling penting yang boleh dilakukan apabila menghadiri acara tersebut. Acara tersebut akan memudahkan anda. Anda akan berasa seperti melalui pembelajaran dan pembangunan bisnes selama enam bulan walaupun anda berada di sana selama satu hujung minggu sahaja. Secara logiknya, anda perlu menghadiri beberapa mesyuarat untuk berjumpa penceramah yang hebat, Pasukan Korporat, mereka yang memperoleh pendapatan tertinggi dengan kisah kejayaan mereka, pakar-pakar dan banyak maklumat berstruktur yang berkualiti dalam membangunkan sebuah perniagaan yang berjaya .Tetapi, semuanya telah disusun sepanjang acara tersebut. Tambahan pula, anda akan mendapat semua maklumat pembangunan, teknik, alat-alatan, produk dan strategi yang terkini dalam acara tersebut. Sukar untuk menggambarkan pengalaman mereka yang telah menghadiri persidangan tersebut kerana ia sangat menakjubkan. Seseorang bakal mencipta lebih banyak idea, kesedaran, kepercayaan dan keyakinan melalui maklumat dan perkongsian terkini yang diterima di sana, berbeza dengan orang lain. Sebagai hasilnya, mereka akan pulang dengan rasa yakin dan penuh inspirasi. Mereka belajar tentang cara dan perkara yang betul, kemudian, melakukannya. Memberi komitmen dalam menghadiri kesemua acara ini dengan membeli tiket lebih awal juga penting. Selalunya, tiket ke acara-acara ini akan habis dengan cepat, jadi, membeli tiket lebih awal adalah perlu. Jangan menunggu sehingga saat akhir. Jalan pintas untuk kejayaan adalah dengan menjemput sekurang-kurangnya dua sehingga empat orang di setiap cabang organisasi anda untuk menghadiri acara-acara tersebut. Dengan menjemput mereka ke sana, kemajuan mereka akan lebih pantas dan memanfaatkan anda berbanding perlu bekerja bersama mereka selama setahun atau lebih. Mereka nampak jalannya! Mereka akan belajar banyak perkara, mengenali ramai rakan, dan berasa sangat yakin dan bermotivasi untuk meneruskan usaha dalam membangunkan perniagaan ini. Malah, mungkin mereka sangat komited sehingga mereka akan terus membangunkan bisnes ini bersama atau tanpa anda. Ini mengubah diri anda kepada individu yang berjaya kerana dapat melihat jalannya dan komited untuk membina Bisnes UnFranchise  yang berjaya — anda berjaya secara automatik. Kuncinya terletak dalam usaha anda mendapatkan tiket sendiri dan tiket tambahan untuk dijual kepada orang baharu. Ingat, anda tidak boleh menjual tiket jika anda tiada tiket. Semestinya, ini adalah cara terbaik untuk memanfaatkan masa anda. Ingatlah: anda tidak boleh mengajar perkara yang anda tidak tahu dan anda tidak boleh memimpin sekiranya anda tidak berada di hadapan. Jadi, jika ingin berjaya, dapatkan tiket anda untuk ke Konvensyen Tahunan atau Sekolah Kepimpinan yang seterusnya dan membawa dua sehingga empat orang baharu di setiap cabang dengan membeli tiket. Jika jalan pintas untuk berjaya itu wujud, maka, inilah jalannya.  Dapatkan tiket Persidangan Dunia atau Konvensyen Antarabangsa anda hari ini daripada penaja atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah, anda, atau dengan menghubungi syarikat (+6 03 2289 3300). Akhir sekali, mengenai komitmen, seseorang individu perlu memulakan perniagaan itu SEKARANG, kerana anda tidak mahu masa anda dipengaruhi masa orang lain.

(B)    Mari berbincang tentang prasyarat. Terdapat bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menaja Pemilik UnFranchise Bebas baharu ke dalam organisasi anda dan memastikan individu tersebut bermula dengan betul — dengan pantas! Apabila kita bersedia membawa seorang Pemilik UnFranchise baharu ke dalam perniagaan ini, kita perlu menguruskan aktiviti pengurusan terlebih dahulu. Masih ingat tiga jenis aktiviti asas yang diperlukan dalam setiap perniagaan? Aktiviti pengurusan, aktiviti sokongan dan aktiviti yang membawa hasil. Tujuan kita adalah untuk menghapuskan seberapa banyak aktiviti pengurusan yang boleh di peringkat permulaan untuk mengurangkan perkara yang mungkin menghalang perkembangan semasa membangunkan bisnes tersebut. Sebagai prasyarat dan memudahkan individu dalam menubuhkan Bisnes UnFranchise Market Malaysia mereka, anda memerlukan dua folder permulaan: satu folder untuk diulas Pemilik UnFranchise baharu di bawah penyeliaan anda, manakala, satu lagi folder adalah untuk diserahkan kepada Pemilik UnFranchise baharu untuk tujuan duplikasi dan pengumpulan. Penting untuk Pemilik UnFranchise baharu memahami kandungan folder ini dengan penyeliaan anda kerana anda akan menunjukkan kepada mereka bahawa borang-borang ini bukanlah satu kesukaran. Anda TIDAK perlu mengisinya bagi pihak mereka. Ingat, ini adalah latihan kerja mereka yang pertama. Peringatan: semua borang yang dinyatakan turut boleh didapati dan dilaksanakan secara dalam talian melalui Akaun Bisnes UnFranchise™ anda.

           Setidaknya, folder permulaan perlulah mengandungi: satu Panduan Cara Bermula, sehelai borang permohonan kosong, sehelai Borang Pesanan Produk kosong dan sehelai Borang AutoShip kosong. Selain itu, folder tersebut harus mengandungi sehelai Borang Kelayakan dan Permohonan Penyelaras Eksekutif (Borang MY1001) kosong, sehelai Perakuan dan Perjanjian Penyelaras Eksekutif (Borang MY925) yang kosong, sehelai Borang Pembaharuan Tahunan (Borang MY1052) yang kosong dan kalendar tiga hingga empat tahun yang kosong. Kalendar tiga hingga empat tahun yang kosong boleh didapati dalam mana-mana buku janji temu harian dan salinannya perlu diletakkan di dalam folder tersebut untuk membantu Pemilik UnFranchise Bebas baharu tahu tentang Tarikh Kelayakan (Q-date) dan tarikh mula sukuan serta tarikh tamat sukuan untuk laporan jualan suku tahun dan borang cukai jualan semula, sekiranya perlu. Item lain yang sangat disyorkan untuk dimasukkan ke dalam setiap folder adalah: Senarai Beli-belah Isi Rumah, satu Katalog Market Malaysia dan/atau risalah produk yang membantu produk yang menjadi fokus mereka.

           Seperti dibincangkan sebelum ini, penting untuk kita mengurangkan jumlah masa yang diluangkan untuk “Aktiviti Pengurusan” supaya jumlah masa boleh dimaksimumkan untuk “Aktiviti Yang Membawa Hasil.” Kita boleh meningkatkan jumlah masa untuk difokuskan kepada jualan produk dan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise dengan menguruskan sejumlah besar dokumentasi pentadbiran yang perlu semasa Janji Temu Pendaftaran. Dengan menguruskan sebahagian besar keperluan pentadbiran ini semasa Janji Temu Pendaftaran, kita dapat mengurangkan “Aktiviti Pengurusan” kepada lima penghantaran yang perlu pada setiap tahun; iaitu empat Laporan Jualan Pemilik UnFranchise ®(Borang MY1000) mengikut sukuan dan satu Langganan Tahunan (Borang MY1052). Proses yang berikut perlu diduplikasi dengan mendalam di seluruh organisasi jualan dan edaran anda supaya seluruh organisasi anda dapat menumpukan 80 peratus masa yang ada untuk aktiviti yang menghasilkan dan menjana semula Volum Perniagaan serta meluaskan edaran. Prosesnya adalah seperti yang berikut dan dokumentasi yang diperlukan hendaklah dilengkapkan dan dihantar sama ada menggunakan borang kertas atau secara dalam talian melalui Akaun Bisnes UnFranchise anda:

           Langkah 1:      Yuran Penyertaan dan Yuran Langganan  dihantar bersama Borang Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas, jika Pemilik UnFranchise baharu turut ingin menyertai peluang menerima komisen daripada pembangunan dan pengurusan dua organisasi. Pastikan UFO Baharu melengkapkan maklumat deposit langsung, menyertai Program AutoShip UnFranchise dan berdaftar dengan Yuran Bulanan UFMS.

           Langkah 2:    Melayakkan Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC-001) dengan pesanan produk pertama berjumlah 200 Volum Perniagaan (BV) supaya sebarang volum organisasi yang dihasilkan sebelum Pemilik UnFranchise baharu menaja seseorang dapat diakru bagi memenuhi kriteria pembayaran.

           Langkah 3:    Mendaftarkan Pemilik UnFranchise baharu dalam Program AutoShip dengan pesanan bulanan tetap berjumlah > 50 BV supaya mereka dapat memenuhi bahagian keperluan aktiviti minimum PBV sukuan secara automatik, dan juga dengan langganan bulanan bagi Sistem Pengurusan UnFranchise supaya mereka dapat memenuhi Pilihan Akruan Bulanan.

           Langkah 4:    Baca dan hantar borang Kelayakan dan Permohonan Penyelaras Eksekutif  (Borang MY1001) Pemilik UnFranchise baharu dengan mengesahkan bahawa: (1) mereka akan menghadiri Latihan Penyelaras Eksekutif Bertauliah dalam tempoh 28 hari selepas layak sebagai Penyelaras Eksekutif dan (2) mereka akan bertanggungjawab untuk memastikan 70 peratus produk yang dibeli dan dijual kepada konsumer akhir/pengguna.

           Langkah 5:    Baca dan hantar Borang Perakuan dan Perjanjian Penyelaras Eksekutif (Borang MY925) Pemilik UnFranchise yang baharu dengan memastikan mereka faham bahawa terdapat fungsi penyeliaan bona fide, pengurusan dan latihan yang diperlukan untuk terus menerima komisen.

           Langkah 6:    Menggalakkan Pemilik UnFranchise baharu untuk mengikut setiap akaun media sosial untuk Market Malaysia dan Market Malaysia Blog  

Anda juga boleh mengakses, memenuhi dan melaksanakan semua borang yang dinyatakan melalui Akaun Perniagaan UnFranchise anda. Nombor ID Wakil dan kata laluan sementara anda tersedia di bahagian bawah invois yang terdapat dalam kit langganan anda atau ia akan diemelkan kepada anda. Nombor ID Wakil dan kata laluan ini dijana secara automatik oleh Market Malaysia dan ia diperlukan untuk mengakses ke Akaun Bisnes UnFranchise anda (ambil perhatian: nombor ID Wakil dan kata laluan anda adalah berbeza dengan nombor ID Pemilik UnFranchise anda dan tidak boleh diberikan kepada orang lain). Laman web Akaun Bisnes UnFranchise adalah eksklusif untuk Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia. Laman ini menyediakan pakej lengkap perkhidmatan yang berkaitan dengan Internet yang direka untuk membantu Pemilik UnFranchise menubuhkan sebuah Bisnes UnFranchise yang berjaya dan menjimatkan masa. Antara fungsi dan perkhidmatan yang terlibat adalah borang dalam talian, keupayaan pesanan masa nyata, Manual UnFranchise dalam talian dan perkhidmatan jejakan pesanan. Selain daripada itu, berita dan pengumuman penting disiarkan melalui Akaun Bisnes UnFranchise anda.

Dengan melengkapkan proses ini dan menduplikasinya secara mendalam, anda dan semua Pemilik UnFranchise Bebas hanya mempunyai lima keperluan pentadbiran yang mesti dipenuhi setiap tahun: empat Laporan Jualan Sukuan dan satu Langganan Tahunan. Tidak terlalu banyak kertas kerja bagi perniagaan yang boleh menjana melebihi RM14, 400 setiap minggu! Kini, anda dan organisasi anda boleh memfokuskan kepada aktiviti yang menghasilkan PENDAPATAN – menjual produk, mempromosikan perniagaan ini, menjual tiket GMTSS dan membina Anuiti Membeli-belah anda.


SEK. 2        MENCARI PROSPEK

Market Malaysia adalah organisasi jualan yang unik dan dinamik serta memasarkan produk-produk diminati ramai yang menarik dalam pasaran.  Selain daripada itu, Market Malaysia menawarkan pilihan produk yang luas daripada produk berjenama eksklusif untuk memenuhi permintaan yang pelbagai daripada orang ramai. Kami juga menawarkan Anuiti Beli-Belah™. Inilah cara untuk memaksimumkan pembelian harian anda kepada pendapatan berterusan. Ringkasnya, anda akan menukar perbelanjaan anda kepada pendapatan, termasuk perbelanjaan daripada seluruh organisasi anda. Untuk menjual produk, atau meluaskan edaran, anda perlu mencari seorang klien. Ini dikenali sebagai Mencari Prospek. Mencari prospek adalah keupayaan untuk menjana perniagaan dengan mencari pelanggan baharu. Ini merupakan satu proses penting yang memberi kesan langsung dan selayaknya kepada kejayaan anda bersama Market Malaysia. Menggunakan semua kemahiran dan menguasai teknik ini akan membolehkan anda memaksimumkan potensi perolehan anda sebagai Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia melalui Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan.

Jualan dan pemasaran sering dianggap sebagai satu proses yang melibatkan nombor dan lebih banyak pintu yang “diketuk” jurujual (sama ada secara bersemuka, melalui telefon, secara dalam talian melalui media sosial teks atau melalui e-mel), lebih ramai prospek untuk jurujual tersebut membangunkan bisnes mereka.

Siapakah yang akan anda maklumkan mengenai produk dan/atau peluang perniagaan Market Malaysia? Dari manakah kumpulan prospek pertama anda akan diwujudkan? Sebelum mempertimbangkan cara lain mencari prospek, mulakan dengan lingkungan pengaruh peribadi anda dan bina satu Senarai Prospek (senarai kemungkinan).

SENARAI KEMUNGKINAN: Kini, anda akan mencipta satu senarai prospek Market Malaysia anda. Untuk mencipta senarai penting ini, ikut langkah-langkah mudah berikut:

           •    Tuliskan seberapa banyak nama prospek yang dikenali. Jangan prejudis terhadap sesiapa pada saat ini. Tempat tinggal mereka bukan satu masalah. Pastikan anda mengambil kira mereka yang pernah berurusan dengan anda dan mereka yang memperoleh pendapatan daripada anda. Petunjuk lain adalah dengan memikirkan tentang mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus dan mencapai kejayaan serta mempunyai pengaruh dalam komuniti mereka. (Rujuk penguat ingatan, gunakan “Senarai Nama” di hujung seksyen ini serta pastikan anda memasukkan nombor telefon dan alamat emel yang berkenaan.)

           •    Seterusnya, susun senarai prospek anda kepada dua kategori: mereka yang mungkin berminat untuk membeli produk Market Malaysia dan tahu tentang Anuiti Beli-Belah sebagai pembeli sahaja; dan mereka yang mungkin berminat untuk mengambil bahagian dalam peluang kewangan yang ditawarkan Market Malaysia.

           •    Sekarang, gariskan sepuluh nama calon terbaik di setiap kategori dan mula menetapkan janji temu. Kebanyakan Pemilik UnFranchise baharu bersetuju bahawa bantuan dan tunjuk ajar daripada penaja dan Rakan Bisnes Kanan mereka mengenai cara pendekatan terbaik untuk senarai prospek mereka amat membantu.

SIAPA YANG ANDA KENAL?    

Anda pasti mengenali mereka yang dapat membantu anda bermula. Tanya diri anda, “Siapa kenalan saya yang . . .”

           •    Saya hormati?
           •    Menunjukkan keprihatinan kepada orang lain?
           •    Aktif di gereja?
           •    Melakukan sesi kaunseling peribadi, seperti ketua gereja, doktor, peguam dan lain-lain?
           •    Seorang profesional?
           •    Ahli kelab dan pelbagai organisasi kumpulan lain atau aktif dalam hal ehwal kemasyarakatan?
           •    Mengajar di sekolah atau syarikat tertentu?
           •    Berinteraksi dengan orang awam seperti polis, bomba, posmen atau pegawai bandaraya?
           •    Berada dalam bidang pengurusan, penyeliaan, perundingan atau latihan?
           •    Mencari sesuatu yang lebih memuaskan dalam kehidupan?
           •    Bercita-cita tinggi, agresif dan “sentiasa bertindak”?
           •    Dianggap sebagai seorang ketua?
           •    Mempunyai anak-anak yang baru memasuki sekolah rendah, sekolah menengah atau kolej?
           •    Mempunyai anak-anak dengan bakat khas yang perlu diperkembangkan?
           •    Ingin menjadi teladan yang baik untuk anak-anak mereka?
           •    Memiliki perniagaan mereka sendiri?
           •    Memegang jawatan penting yang memberikan tekanan dan stres?
           •    Inginkan kebebasan?
           •    Sedang mempertimbangkan kerjaya baharu atau ingin bertukar kerja, atau baharu saja bertukar kerja?
           •    Tidak maju dalam kerjaya mereka?
           •    Mempunyai bakat tetapi teragak-agak?
           •    Seorang jurujual langsung baharu atau berpengalaman yang membuat jualan langsung?
           •    Bergantung kepada idea dalam kehidupannya: penulis, pereka, promoter, pengiklan?
           •    Tidak pernah berjaya memulakan perniagaan atau gagal, tetapi masih mempunyai keinginan yang kuat?
           •    Menyambung pengajian di kolej, sekolah perniagaan, sekolah perdagangan dan lain-lain atau baharu menamatkan pengajian?
           •    Baru berkahwin dan “bermula”?

Bantu orang lain mengembangkan bakat mereka, mencapai kejayaan dan impian mereka! Ia lumrah semula jadi manusia. Apabila anda mempercayai sepenuhnya terhadap perniagaan hebat ini, secara psikologinya, mustahil untuk anda terus merahsiakan “perkara baik” tersebut. Semua orang terdorong untuk “menyebarkan kebaikan.”

PENGESYORAN: Kaedah yang paling biasa dan berjaya dalam dunia untuk mencipta perniagaan baru adalah dengan Kaedah Pengesyoran. Jika anda melakukan tugas yang betul dengan membina, berkhidmat dan memuaskan pelanggan, anda akan mendapat lebih banyak sumber prospek tanpa disangka.

Selepas menyelesaikan Senarai Prospek peribadi anda, kejayaan jangka panjang anda akan bergantung kepada sejauh mana anda telah membangunkan lingkungan pengaruh yang baharu. Anda perlu berusaha untuk membina lingkungan pengaruh yang baharu. Anda hendaklah mengambil langkah yang betul jika ingin membina hubungan bersama pelanggan yang berasaskan kepercayaan. Jika itu dapat dicapai, barulah pelanggan anda akan berasa selesa untuk berkongsi kepada rakan-rakan dan rakan sekutu mereka tentang diri dan bisnes anda.. Tidak syak lagi, pengesyoran atau prospek adalah nadi bagi perniagaan anda dan merupakan sumber prospektif pelanggan baharu yang terbaik. Kepentingan pengesyoran memang sangat penting dalam perniagaan ini. Pemilik UnFranchise Market Malaysia yang menghubungi prospek yang dirujuk oleh sesorang biasanya mempunyai hubungan dan kepercayaan yang telah diwujudkan.

Bagi Pemilik UnFranchise Bebas yang mahir dalam “membuat susulan” dan perkhidmatan pelanggan, pengesyoran telah pun tersedia untuk mereka. Sama ada berbual dengan prospek, pelanggan atau orang asing, anda perlu sentiasa meminta sekurang-kurangnya enam orang yang disyorkan yang mungkin akan berminat dengan produk kita. Jika orang yang ditanya menemui jalan buntu, bantu mereka dengan cara bertanya semua soalan “siapa yang saya kenal” di bahagian belakang seksyen ini. Cadangkan kepada pelanggan anda untuk mengeluarkan telefon dan buat semakan untuk mencari nama tersebut. Ia cuma memerlukan beberapa minit dan pelanggan yang berpuas hati pasti gembira untuk membantu anda.

Pastikan telefon, pad nota dan pen anda sentiasa tersedia untuk mencatatkan nama dan nombor telefon. Enam orang tersebut bakal menjadi Pemilik UnFranchise prospektif untuk individu yang berbual dengan anda. Pastikan mereka tahu, sebagai penaja, anda akan membantu mereka membuat susulan dengan rujukan-rujukan ini. Jangan lakukannya untuk mereka, tetapi bantu, ajar mereka dan pergi bersama mereka untuk membuat pembentangan pertama. Ajar mereka cara untuk melakukannya sendiri.

“Anda boleh memberikan ikan kepada seseorang untuk dimakan hari ini, atau anda boleh mengajarnya memancing supaya dia dapat makan sepanjang hayatnya.”

PENGIKLANAN: Pengiklanan adalah satu kaedah mencari prospek. Mungkin ia satu kaedah pencarian prospek yang paling berisiko dan berkos tinggi dalam perniagaan seperti ini. Percubaan untuk mendidik orang ramai tentang rangkaian produk dan Anuiti Membeli-belah Market Malaysia melalui kaedah pengiklanan konvensional adalah sangat mahal dan telah terbukti tidak berkesan. Televisyen, radio, majalah dan kiriman terus telah menunjukkan hasil yang sedikit jika dibandingkan dengan masa dan perbelanjaan yang diperlukan. Kami mencadangkan agar anda menyerahkan pengendalian pengiklanan seperti ini kepada pihak syarikat. Manfaatkan saluran media sosial.
Pengiklanan dalam perniagaan seperti ini selalunya disasarkan untuk tujuan penajaan Pemilik UnFranchise baharu. Pengiklanan seperti ini lazimnya dilakukan di bahagian kecil dalam akhbar, dan hasil daripada media sosial sangat berbeza, serta bergantung kepada penggunaan perkataan untuk iklan tersebut dan cara ia dikendalikan. Bagi mereka yang memilih pengiklanan sebagai satu cara menarik prospek:

           •    Memahami Dasar dan Prosedur Market Malaysia berhubung dengan pengiklanan secara mendalam sekiranya anda  menggunakan sebarang iklan atau perkataan selain daripada iklan Market Malaysia yang diluluskan dan tersedia di Muat Turun dalam Sistem Pengurusan UnFranchise. Semua iklan mestilah diluluskan oleh syarikat.

           •    Iklan tersebut mestilah diletakkan dalam bahagian “Bantuan Jualan Diperlukan” atau “Peluang Perniagaan”, sekiranya ada. Iklan anda hendaklah dinyatakan secara terperinci. Anda akan mendapat sedikit panggilan jika dibandingkan dengan iklan “tanpa nama”, tetapi pemohon adalah mereka yang lebih berkelayakan. Kandungan iklan anda haruslah menunjukkan:

                      •    Industri produk yang disertai anda
                      •    Jenis pengedaran (rangkaian, borong, runcit, jualan langsung dan lain-lain)
                      •    Cara pendapatan diperoleh (komisen, bonus dan lain-lain)
                      •    Pelaburan yang diperlukan untuk perbelanjaan overhed
                      •    Nombor telefon atau alamat emel sekiranya mereka ingin maklumat selanjutnya
                      •    Nama anda untuk membina kredibiliti

Kontrak Jangka Panjang: Jangan menggunakan kontrak jangka panjang untuk iklan anda. Tiga atau empat hari sudah mencukupi untuk melihat keberkesanan iklan anda menarik perhatian. Mulakan iklan anda pada hari Ahad jika penerbitan yang dipilih anda disiarkan pada hari Ahad.

Mengendalikan Iklan: Jangan terkejut jika telefon berdering atau emel diterima atau mesej peribadi - itulah sebabnya anda membuat iklan. Telefon hendaklah dijawab dengan profesional. Sekiranya anda tidak mempunyai setiausaha untuk menyemak panggilan, dapatkan bantuan perkhidmatan menjawab telefon atau tindak balas yang profesional. Apabila membalas panggilan atau pertanyaan prospek, matlamatnya adalah untuk melayakkan prospek dan untuk menetapkan janji temu, bukan untuk menerangkan atau cuba untuk menjual melalui telefon.

Lebih banyak maklumat yang didedahkan melalui telefon, lebih besar kemungkinan untuk menetapkan janji temu tersebut gagal. Cuma berikan maklumat yang cukup untuk menarik minat tanpa mengelirukan mereka dalam apa jua cara sekalipun. Sangat mudah untuk seseorang tersalah anggap terhadap sesuatu produk dan peluang yang ditawarkan melalui telefon tanpa berpeluang untuk menilainya dengan sempurna. Kekalkan posisi kekuatan anda. Ingat, mereka yang menghubungi anda. Anda yang melakukan temu duga itu! Orang yang bertanya soalan adalah pemenangnya.

Senarai soalan kelayakan berikut boleh ditanya:

           •    Apa nama mereka?
           •    Di mana mereka tinggal (bandar, bukan alamat)?
           •    Berapa lama? Jika tempohnya singkat, di mana mereka tinggal sebelum ini?
           •    Apakah jenis perniagaan yang sedang mereka usahakan?
           •    Apakah yang mereka inginkan? Tanya tentang tujuan mereka memberikan reaksi terhadap iklan anda. (DENGAR DENGAN TELITI)

Dalam 45 saat atau kurang, ringkaskan perniagaan anda dan terangkan kepada mereka bahawa panggilan telefon sahaja tidak memadai untuk anda menerangkan peluang yang hebat ini. Tetapkan masa untuk pertemuan pertama dalam persekitaran yang profesional.

Sebelum memutuskan untuk menyumbang masa dan tenaga anda untuk kaedah pencarian prospek seperti ini, lihat prosedur berikut. Pengiklanan kecil di akhbar tempatan atau siaran dalam talian bermaksud anda dalam situasi orang asing yang menghubungi orang asing. Untuk memastikan anda mencapai hasil yang diingini dalam situasi ini, banyak perkara yang perlu berlaku dengan tepat dan anda perlu menguasai teknik berkomunikasi. Langkah yang betul perlu diambil dan anda perlu membina persahabatan. Bertindak secara profesional dan guna masa anda dengan sebaiknya.

PETUA PAMERAN DAGANGAN: Kesilapan besar yang dilakukan ramai Pemilik UnFranchise semasa mengendalikan gerai di pameran dagangan, pameran di rumah, pesta perniagaan, pameran di pusat membeli-belah dan lain-lain, adalah mereka terlalu mencuba untuk memberi penjelasan penuh dan menjual produk dari gerai tersebut.

Tujuan utama anda membuka gerai di lokasi berikut adalah untuk menimbulkan minat orang ramai terhadap produk dan kredibiliti terhadap perniagaan anda untuk mencipta prospek. Kemudian, dalam persekitaran yang terkawal apabila anda dapat membuat pembentangan yang teratur dan profesional, ceritakan kisah Market Malaysia | MY.SHOP.COM kepada prospek anda. Anda cuma ada satu peluang untuk membuatkan setiap prospek anda berasa teruja terhadap produk dan program kita. Kegagalan mewujudkan tahap keterujaan dan minat yang tinggi semasa perjumpaan awal ini akan mewujudkan tahap minat yang rendah.

Produk kita memang luar biasa kerana ia sebenarnya boleh dijual di gerai, sekiranya terdapat keadaan yang sesuai. Sama ada anda berurusan dengan ribuan pengunjung yang melalui gerai anda setiap jam, atau cuma beberapa orang, prosedurnya tetap sama.

           •    Tonjolkan ciri-ciri menarik produk tersebut dan lihat jika mereka menunjukkan minat terhadap manfaat yang dibentangkan.  Sesuaikan pembentangan ini mengikut keadaan apabila anda mempamerkan produk Market Malaysia yang lain.

           •    Sentiasa menyebut tentang tujuan anda untuk mencari Pemilik UnFranchise baharu yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan setiap minggu dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan baharu.

           •    Apabila produk atau peluang tersebut menarik minat mereka, anda perlu berhenti bercakap! Jangan dedahkan semua butiran kepada mereka ketika berada di gerai anda. Kemungkinan besar mereka tidak akan dapat membuat keputusan di situ. Sebaliknya, jika pembantu anda dapat membantu menjaga gerai tersebut, pelawa mereka untuk minum kopi bersama anda di ruang rehat, atau tetapkan janji temu selepas pameran tersebut. Sentiasa dapatkan nama, nombor telefon dan bandar kediaman prospek serta buat nota peribadi pada kad mengenai kemahuan dan keperluan spesifik mereka. Klasifikasikan maklumat ini sebagai Panas, Hangat, atau Dingin.

           •    Janji temu terbaik adalah apabila anda menjemput mereka untuk menghadiri janji temu Satu kepada Satu, seterusnya,  Pembentangan Bisnes UnFranchise™ Market Malaysia profesional.

Anggap gerai anda sebagai premis perniagaan sementara:

           •    Ikut peraturan yang ditetapkan penaja pameran di rumah atau pesta dan fasiliti yang berada di lokasi gerai anda.
           •    Ikut dasar dan prosedur syarikat Market Malaysia.
           •    Secara khususnya, ikut dasar pengiklanan terkini dengan menggunakan risalah dan lampiran iklan terbitan korporat. Anda boleh memasukkan nama anda, nombor gerai, maklumat lokasi sementara dan tarikh.
           •    Cadangan tambahan untuk gerai anda: beli sepanduk Market Malaysia untuk memperkenalkan syarikat anda dengan mudah; menunjukkan produk dengan cara sepatutnya dengan mencipta atau membeli mantel mudah alih serta dengan menggunakan alat jualan Market Malaysia yang tersedia.

HUBUNGAN DINGIN: Hubungan dingin adalah kaedah yang sangat bagus untuk menjana jualan. Kaedah ini paling sesuai untuk jurujual yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan terhadap sebarang tawaran yang diberikan. Mereka dalam satu misi ke arah kejayaan dan tidak terkesan dengan penolakan atau kata-kata orang lain terhadap mereka.

Jurujual seperti ini selalunya mempercayai “peraturan 3 kaki” (mereka bercakap dengan sesiapa sahaja yang berada dalam jarak tiga kaki dari mereka). Bagi mereka, “hubungan dingin” tidak wujud sama sekali; malah, mereka telah mempelajari kemahiran bertemu dengan orang dan berkawan. Aturkan perjumpaan dalam masa 24 hingga 48 jam untuk pembentangan satu kepada satu. Apabila anda telah memiliki terlalu ramai prospek sehingga prosedur Satu kepada Satu adalah mustahil, adakan satu seminar perniagaan kecil.

Apabila keyakinan diri dan imej diri anda meningkat, ditambah pula dengan kepercayaan dalam tugas tersebut, anda akan menjadi lebih berani untuk menghampiri mereka yang tidak dikenali. Apabila berbual dengan orang yang tidak dikenali, ikut KAEDAH FORM ini:

                                     F    Berbual tentang Keluarga (Family) mereka
                                     O    Berbual tentang Pekerjaan (Occupation) mereka
                                     R    Berbual tentang aktiviti Riadah (Recreation) mereka
                                     M    Akhir sekali, berbual tentang Wang (MONEY)

Anda perlu memahami bahawa apabila anda bercakap dengan sesiapa sahaja, biasanya perbualan itu akan mengenai tiga perkara:

•    Tentang keadaan semasa, atau “berbual kosong.”
•    Tentang situasi semasa yang teruk, atau merungut.
•    Tentang harapan mereka terhadap sesuatu, atau “berangan-angan.”

Jika mereka bercakap tentang keadaan semasa selama lebih daripada dua minit, biasanya ia akan berakhir dengan merungut atau berangan-angan. Ini memberikan peluang kepada anda untuk bercerita tentang peluang Bisnes Market Malaysia.

Apabila bercakap tentang peluang bisnes Market Malaysia, jawapan paling penting yang perlu disediakan adalah untuk soalan, “Apakah itu?” atau “Apa kerja awak?” Mengetahui soalan ini lebih awal akan membolehkan anda bersedia sebelum ia ditanya. Anda perlu membina dan berlatih memberikan jawapan dua minit bagi soalan tersebut. Inilah “iklan dua minit” peribadi anda. Ia perlu berakhir dengan kenyataan penutup dan soalan seperti, “Saya perlu ke satu lagi janji temu sekarang, jadi, boleh berikan saya nama dan nombor anda, supaya saya boleh menghubungi anda selepas ini?” Rujuk kepada contoh “komersial dua minit” dan jawapan kepada “Apakah itu” di seksyen yang berkaitan dalam manual ini.

Penting untuk anda membangunkan iklan dua minit anda sendiri dan jawapan bagi “Apakah itu?” atay “Apa kerja awak?” sebelum mendekati seseorang. Tanya penaja atau Rakan Bisnes Kanan atasan anda untuk bantuan dan nasihat, jika perlu. Pastikan anda mencatatkan komen anda dan gunakannya apabila berbual dengan seseorang.

MENCARI PROSPEK MELALUI PANGGILAN TELEFON: Telefon adalah alat yang penting dalam mencari prospek kerana ia membolehkan anda menghubungi ramai orang dalam tempoh masa yang singkat. Namun, ia tidak dapat menggantikan panggilan dingin, jadi, pastikan ia tidak membebankan anda. Telefon memudahkan anda untuk berhubung dengan pelanggan sedia ada dan menetapkan janji temu dengan prospek baru. Jika boleh, anda disarankan untuk memberi mesej kepada prospek terlebih dahulu, kemudian, hubungi mereka:

           Terdapat beberapa faktor penting yang terlibat dengan penggunaan telefon:

           Sikap — Sikap mental yang positif adalah penting untuk berjaya mencari prospek melalui panggilan telefon. Bersemangat, yakin dan tahu tentang produk serta perniagaan anda. Perkara yang paling penting adalah untuk bersikap jujur!

           Persediaan — Tuliskan satu senarai nama dan nombor telefon prospek bermula dengan mereka yang dikenali. Ini termasuk rakan-rakan, saudara, jiran, rakan sekerja dan lain-lain. Pilih daripada senarai “orang yang dikenali” atau “senarai kemungkinan.” 

           Semak — Tahu tentang dasar dan prosedur syarikat berkenaan pelawaan melalui telefon.

           Sebelum mula membuat panggilan, pastikan stesen kerja anda bersih dan teratur. Item yang perlu adalah seperti kalendar untuk janji temu, Acara GMTSS akan datang, pad, pensel, helaian panggilan dan risalah syarikat terpilih.

MEDIA SOSIAL: MENCARI PROSPEK: Penggunaan media sosial bukan sahaja penting dalam menunjukkan diri anda sebagai satu bisnes yang boleh dipercayai dan berharga, tapi, ia telah menjadi satu bahagian penting dalam proses jualan. Walaupun model jualan asal berpusatkan panggilan dingin, demo jualan, dan melayakkan prospek, proses jualan terkini sangat bergantung kepada media sosial sebagai alatan untuk mencapai prospek dengan lebih cepat dan memudahkan untuk mengajar mereka tentang bisnes anda.

Media sosial memberikan maklumat tambahan kepada pemilik bisnes berbanding sebelum ini, bukan sahaja dalam bentuk maklumat, malah, konteks. Dengan menggunakan alatan ini, anda boleh melihat sejenak ke dalam sifat, pilihan dan keperluan prospek anda yang membantu amalan pembelian serta dalam mewujudkan kumpulan pelanggan setia. Terdapat banyak garis panduan yang perlu diingatkan apabila mencari prospek melalui platform media sosial.

           •    Sasaran: Mengetahui tentang sasaran pengguna anda adalah penting dan media sosial memudahkan kajian terperinci untuk tujuan ini. Ini termasuk mengambil masa untuk menentukan platform yang digunakan pengguna sasaran anda, Kemudian, cari topik dan perbualan serta isu yang berkaitan dengan mereka. 

           •    Mewujudkan: Apabila anda tahu tentang minat pengguna anda, mula mencipta personaliti dan suara jenama dengan pendapat peribadi anda, perkara yang menjadi minat pengguna anda dan formula terbaik untuk jenama sama.  Ini termasuk imej profil, pautan laman, maklumat bio dan bisnes. Oleh kerana pelanggan masih menginginkan interaksi sosial, mudah untuk mencipta profil peribadi yang mudah digemari dan dipercayai dalam komuniti tersebut tanpa kesilapan dalam mewakili diri atau jenama anda.

           •    Berhubung: Selepas identiti laman serta jenama anda telah dibina, bermula dengan menghantar jemputan ke laman anda kepada prospek yang dipilih.   Sarankan kepada mereka untuk menjemput rakan dan keluarga mereka yang mungkin berminat dan turut serta dalam perbualan yang berkaitan industri untuk meningkatkan kredibiliti dan kemungkinan untuk anda dilihat. Ingat: mereka tidak ingin berasa seperti dipaksa untuk membeli, jadi, kekal ikhlas dan mesra merupakan pendekatan lebih efektif berbanding menonjolkan diri anda secara tiba-tiba dan terlalu cuba untuk menjual.

           •    Melibatkan diri: Selepas anda telah mewujudkan perhubungan, jangan terus melakukan penjualan secara kerap. Ambil masa anda untuk melihat media sosial mereka dan bina perhubungan dengan memberikan komen untuk siaran mereka, menyiarkan semula pendapat mereka atau menjawab soalan mereka. Ini membantu membina hubungan yang dapat menambahkan nilai kepada siaran masing-masing dan mengikuti satu sama lain tanpa perlu ada rasa janggal.

           •    Menetapkan: Penjualan sosial membuka pintu untuk mencari prospek secara ke luar atau ke dalam, namun, kesan terbaik daripada usaha sosial media adalah apabila dapat menarik prospek untuk menghubungi anda. Perhubungan sejati dan kandungan menarik memainkan peranan penting dalam mencari prospek secara ke dalam kerana mereka akan menghubungi anda apabila mereka ingin membeli. Anda turut mempunyai pilihan untuk mencari prospek secara keluar kerana saluran sosial membolehkan anda untuk mendekati prospek melalui komen atau mesej secara terus melalui platform tersebut. 

           •    Walaupun media sosial belum lagi dapat menggantikan pencarian prospek secara bersemuka, ia menjadi alat yang penting dalam pembinaan bisnes dan hubungan pelanggan. Gunakan alatan media sosial yang dimiliki untuk menjalankan pencarian prospek yang spesifik, berfokus dan siarkan kandungan yang dihasilkan secara strategik untuk mereka yang berkaitan.

MEDIA SOSIAL: APAKAH IA DAN KENAPA IA PENTING

Media sosial adalah antara elemen penting dalam membina bisnes anda dan mencari pelanggan baharu. Namun, pengguna sosial media secara peribadi turut tidak dapat memahami cara untuk menggunakannya dalam bisnes. Di sini, kita akan membincangkan tentang asas yang perlu diketahui untuk menonjolkan diri dalam kalangan berbilion pengguna harian di seluruh dunia dan menggunakan alatan yang tersedia secara maksimum.

TIGA TERATAS: Walaupun terdapat banyak platform media sosial yang wujud, terdapat tiga platform yang mendominasi industri ini. Facebook adalah yang paling lengkap berbanding tiga platform teratas lain dan sangat berpengaruh pada ketika ini, manakala, Instagram adalah platform utama untuk fesyen, kecantikan dan kecergasan.

           •    Facebook: 1.18 bilion pengguna harian, sesuai dengan semua format media, kaedah komunikasi terbesar dengan pengguna dalam cara yang halus

           •    Instagram: 300 juta pengguna harian, jangka hayat lebih tinggi untuk setiap pos, berasaskan tanda pagar, menarik

           •    Twitter: 100 juta pengguna harian, potensi penembusan terbesar, berfokus kepada blog mikro, interaksi secara langsung.

KENAPA IA MEMBANTU; Ramai yang masih melihat media sosial sebagai "tambahan” walaupun ia satu alat yang sangat penting. Ini merupakan kesilapan yang mungkin boleh menyebabkan anda kehilangan ratusan orang pelanggan berpotensi. Di sini, kami akan menghuraikan sebab media sosial sangat penting dan cara ia dapat mencipta kejayaan yang ingin dicapai anda sebagai usahawan.

           •    Pemasaran Bebas: Melainkan anda membayar untuk menaikkan siaran anda, semua aktiviti di media sosial adalah percuma. Setiap siaran adalah peluang untuk memasarkan jenama dan bisnes anda, seterusnya membuka peluang untuk mencari prospek dan berkembang. Setiap komen, ‘suka’, kongsi dan ‘lihat’ adalah pengiklanan percuma.

           •    Kesetiaan Jenama: Media sosial adalah tentang bersosial. Ia membolehkan anda untuk mewujudkan hubungan dengan pengikut anda dalam cara yang tidak dapat dicapai jenama besar lain. Platform sosial memberikan peluang yang memadai untuk mengetengahkan pengalaman dan perhubungan sosial ini untuk mencipta pelanggan berulang setiap masa. 

           •    Khidmat Pelanggan: Fikirkan kali terakhir anda menikmati khidmat pelanggan yang hebat, kemudian, ingat pula kekerapan anda menyebut tentangnya dan sama ada anda kembali ke kedai tersebut untuk membeli lagi. “Pelanggan diutamakan” adalah ungkapan yang tepat apabila kita semua semakin berhubung antara satu sama lain. Kini, pengikut mengharapkan khidmat pelanggan lebih baik dengan lebih pantas berbandIng sebelumnya dan sangat lantang dalam menyuarakan pengalaman positif dan negatif. Ini menjadikan interaksi bersama pelanggan sangat penting dalam perniagaan dalam talian. Berita baiknya, media sosial memudahkan ini melalui notifikasi dan maklumbalas automatik.

           •    Capaian yang Meningkat: Sebelum media sosial wujud, anda cuma dapat mencipta hubungan melalui panggilan dingin, emel, dan hubungan peribadi. Kini, setiap siaran yang dilakukan adalah satu peluang untuk mencapai pelanggan dari kawasan yang mungkin anda tidak pernah lihat. Menggunakan platform sosial menyingkirkan batasan disebabkan jarak dan waktu, menjadikan anda lebih tersedia dan mudah dicari oleh pelanggan berpotensi di seluruh dunia. 

           •    Hubungan: Anda tidak menghidupkan TV kerana ingin melihat iklan; anda menghidupkan TV kerana ingin menonton rancangan kegemaran anda. Ini turut sama dengan media sosial. Pengguna wujud untuk berhubung dan ambil tahu tentang pengguna lain, bukan untuk melihat iklan. Hubungan yang dibuat melalui perhubungan yang sebenar adalah lebih membantu untuk mengembangkan bisnes anda kerana ia membantu menghidupkan jenama anda dan mewujudkan satu perhubungan yang tidak boleh dicapai grafik dan iklan.

           •    Belajar Tentang Pelanggan: Dengan alatan dan perisian analisa yang dibekalkan halaman media sosial anda, kini anda boleh tahu tentang kesukaan pengikut anda, perhubungan mereka, tidak suka atau endahkan dalam beberapa jam selepas siaran dibuat.  Menggunakan alatan ini, anda boleh menyesuaikan kandungan anda kepada sesuatu yang ingin dilihat pengikut anda berbanding menggunakan analisa lama dan percubaan.

TANDA PAGAR: Tanda pagar adalah pautan yang disingkatkan yang wujud apabila perkataan atau frasa didahului oleh simbol #. Ini adalah ciri-ciri tersuai yang lebih padan dengan platForm seperti Instagram dan Twitter. Ia penting untuk pengaturan dan pengkategorian platform media sosial, membahagikan topiK, serta memudahkan pengguna mencari topik spesifik, trend dan item. Digunakan secara menyeluruh di Instagram, Twitter, dan Pinterest, tanda pagar penting untuk difahami serta digunakan kerana ia meningkatkan:

           •    Kemungkinan untuk Dijumpai: Siaran tanpa tanda pagar menerima 70% keterlibatan lebih kurang berbanding siaran sama yang mengandungi setidaknya satu tanda pagar ini. Contohnya, jika anda ingin menyiarkan imej jelas dan digubah di Instagram tanpa tanda pagar, ia cuma akan mencapai pengikut anda sahaja dan pengikut mereka yang berkongsi siaran anda. Jika anda menambah tanda pagar - katakan #TLSweightManagement - kemudian siaran anda akan dimasukkan ke dalam senarai siaran yang mempunyai tanda pagar tersebut. Ini bermakna setiap pelanggan berpotensi yang mencari #TLSWeightManagement di Instagram boleh berinteraksi dengan siaran anda, meningkatkan potensi prestasinya

           •    Kredibiliti: Dengan jumlah bisnes dalam talian dan penipuan dalam talian yang meningkat dalam dunia Internet kini, pengguna media sosial berasa prejudis terhadap pemilik bisnes, tawaran dan produk. Berita baiknya, tanda pagar adalah satu cara mudah yang efektif untuk memautkan diri anda kepada jenama korporat (Isotonix™, TLS WeightManagement, Motives® Cosmetics, dll.). Dengan memasukkan tanda pagar jenama anda, pengikut boleh klik kepada pautan pendek tersebut dan melihat ribuan pelanggan lain yang telah memberikan testimoni peribadi mereka. Ia adalah jaminan sedia ada untuk menunjukkan bahawa produk anda adalah tulen, berkualiti tinggi, dan digunakan ratusan pengguna di seluruh dunia setiap hari. Pastikan anda melihat halaman media sosial jenama korporat anda untuk kekal relevan dengan tanda pagar dan kempen terkini.

SEBUTAN: A sebutan sosial adalah fungsi memasukkan teks seorang pengguna atau halaman dalam siaran di platform media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, YouTube, atau Pinterest. Anda boleh ‘sebut’ seseorang dalam siaran dengan menaip “@” diikuti nama dan ia akan bertukar kepada warna biru sebagai satu pautan. Ini berguna dalam meningkatkan peluang untuk dilihat kerana orang atau halaman yang 'disebut’ akan menjadi pautan berwarna biru dalam teks tersebut. Ini membolehkan pengguna lain mengklik pautan tersebut untuk terus ke halaman utama - misalnya, Motives Cosmetics - dan tingkatkan kedudukan halaman atau pengguna dalam seksyen Terokai bagi platform media sosial tersebut. Elakkan daripada menyebut pengikut, kenalan, atau pempengaruh yang belum berhubung dengan anda. Ia boleh mencipta reputasi negatif untuk halaman anda dan menjadikannya kelihatan tidak profesional atau seperti spam. Sebutan yang dibuat untuk seseorang atau halaman dalam sesuatu siaran adalah berguna dalam menunjukkan:

           •    Kredit: Menyebut seseorang atau halaman dalam isi teks mengiktiraf bahawa anda berkongsi siaran atau kandungan mereka. Anda perlu sentiasa meletakkan kredit untuk poster asal bagi melindungi diri daripada sebarang isu undang-undang dan ia menunjukkan unsur profesionalisme.

           •    Rujukan: Anda juga perlu menyebut seseorang atau halaman apabila berkongsi kandungan milik anda atau orang lain atau petikan untuk pihak tersebut.

TAG: Tag adalah seperti fungsi sebut namun tidak dapat dilihat di teks sesuatu siaran. Terdapat dua cara untuk tag seseorang dalam siaran: foto atau dalam seksyen "Bersama" di Facebook. Sama seperti fungsi sebutan, ia memberikan notifikasi kepada pihak yang dipautkan tentang kehadiran mereka dalam siaran, tapi tag mempunyai beberapa perbezaan dalam beberapa platform media sosial: Twitter cuma membolehkan anda menyebut pengguna dalam teks siaran dan anda tidak boleh menggunakan fungsi sebutan untuk Halaman di Facebook. Namun, anda boleh "Check-In” sebagai satu alternatif. Tag digunakan untuk:

           •    Pemilikan: Penggunaan sebenar tag adalah sebagai petunjuk apabila seseorang atau produk bagi halaman tertentu telah disertakan di dalam gambar.  Ia juga boleh menunjukkan bahawa pengguna atau produk tersebut turut ada semasa gambar diambil.

           •    Koleksi: Tag adalah cara terbaik bukan saja untuk memberitahu sesuatu jenama atau orang yang anda menyiarkan sesuatu mengenai mereka, ia turut berguna untuk mengumpulkan UGC atau kandungan yang dijana pengguna. Ini disebabkan platform media sosial selalunya mengumpul gambar atau siaran yang telah anda tag untuk mudah dilihat semula kemudian. Koleksi ini adalah sebagai satu album yang relevan, kandungan boleh diguna semula untuk halaman anda sendiri, jika diperlukan.

IMEJ: Hampir 80 peratus daripada kandungan di media sosial hari ini terdiri daripada imej, dan siaran yang mengandungi imej memperoleh lebih 80 peratus keterlibatan berbanding siaran yang tiada imej.  Kualiti imej-imej berikut boleh mempengaruhi reputasi dalam talian anda dalam cara negatif atau positif. Oleh itu, penting untuk anda memilih imej terbaik untuk disiarkan sebagai wakil kepada jenama anda. Semua imej perlulah:

           •    Jelas, difokuskan, dan terang
           •    Mengandungi latarbelakang kreatif atau bersih
           •    Tidak mengandungi teks yang berat, stiker atau dekorasi
           •    Menunjukkan penggunaan, kisah atau impak produk yang digambarkan 

Mengikut garis panduan berikut dapat memastikan anda menjana imej berkualiti tinggi yang akan membantu menarik lebih ramai pengikut, keterlibatan lebih tinggi, dan promosi berpotensi daripada halaman korporat yang relevan. Penting untuk anda ingat bahawa menyiarkan imej jelas, cantik dan ditangkap dengan sempurna adalah penting untuk mengekalkan reputasi baik dan kemajuan. Pengikut tidak ingin melihat foto biasa dan sering tidak mengikut sesuatu halaman atau pengguna sekiranya foto yang tidak berkualiti mula memenuhi suapan berita mereka. Disebabkan mengetahui cara mengambil gambar untuk media sosial sangat penting, berikut adalah beberapa tips:

           •    Gunakan Kamera Terbina: Apabila diberikan pilihan untuk mengambil gambar daripada kamera yang tersedia dalam telefon anda atau aplikasi media sosial tersebut, pilih telefon anda. Resolusi foto anda lebih tinggi dan anda akan lebih dapat menyelaras serta menyunting gambar itu untuk menyesuaikan dengan penjenamaan halaman anda sebelum dimuat naik ke aplikasi itu.

           •    Pastikan Kamera Tidak Bergerak: Semasa mengambil gambar, pastikan tangan atau lengan anda diletakkan atas sesuatu yang stabil atau dapatkan pemegang untuk kamera/ telefon anda. Walaupun kekaburan atau gegaran dapat dikurangkan sedikit melalui suntingan, ia tidak dapat menggantikan gambar yang diambil dengan baik. 

           •    Elakkan Denyar: Melainkan anda mempunyai peralatan fotografi yang lengkap untuk melembutkan pencahayaan, elakkan daripada penggunaan denyar di kamera atau telefon anda. Denyar mencipta satu imej yang kasar, terlebih cahaya dan tidak menarik dalam foto. Pilih kawasan dengan pencahayaan yang cukup, pilih pencahayaan natural selagi boleh. Ini membantu subjek kelihatan lebih lembut dan hangat dengan mengurangkan kekasaran dan menjadikan imej tersebut lebih menarik secara visual.

           •    Elakkan Zum: Zum, sama seperti pilihan dalam kamera aplikasi, boleh mengurangkan kualiti imej anda dengan drastik dengan menjadikan ia pecah dan tidak fokus. Anda disarankan untuk menghampiri objek tersebut untuk tangkapan yang lebih tepat dan jelas yang boleh dipotong dan disunting kemudian.

           •    Olah: Untuk menonjolkan imej anda daripada ribuan imej yang disiarkan setiap hari, imej anda perlulah diambil dengan sepenuh perhatian. Ambil masa untuk mengkaji akaun lain dalam industri sama untuk melihat gaya imej (letak serata, monokrom, minimalis, hitam putih) yang mendapat perhatian ramai. Kemudian, lihat dengan lebih dekat kepada pilihan pengguna sasaran anda. Menggunakan maklumat yang diperoleh, tetapkan tangkapan gambar anda dalam cara yang anda pasti mampu mencapai dan menarik keterlibatan ramai pengguna sasaran anda. 

MEDIA SOSIAL KORPORAT: Bersama dengan halaman anda sendiri, penting untuk anda kekal relevan dengan halaman korporat berkaitan. Walaupun berinteraksi dan melibatkan diri dengan laman jenama korporat nampak seperti idea yang bertentangan, terdapat banyak sebab untuk anda berbuat demikian:

           •    Kesedaran Jenama: Dalam membina bisnes anda, bukan anda sahaja yang berusaha untuk meningkatkan pengiktirafan jenama peribadi anda (cth. Langsing bersama Tammi) saja tetapi juga untuk meningkatkan pengiktirafan jenama korporat (cth. TLS Weight Management). Bekerjasama dengan jenama korporat anda untuk meningkatkan kesedaran jenama keseluruhan akan membantu mencipta lebih minat dalam jenama tersebut dan meningkatkan jumlah tarikan berpotensi.

           •    Mudah Dilihat: Mengikuti dan ambil tahu tentang halaman jenama korporat memberikan anda pendedahan kepada peluang berterusan untuk berinteraksi dengan pengguna lain yang berminat dengan bisnes tersebut dan produknya. Dengan memilih untuk melayani komen, soalan, dan melalui Siaran Pelawat anda sendiri ke halaman tersebut, anda akan lebih mudah dilihat mereka yang melawat halaman tersebut di samping membantu menarik pelanggan berpotensi kepada anda.

           •    Kredibiliti: Bilangan penipuan secara dalam talian dan pengiklanan palsu mencipta kerisauan yang menghantui bisnes dalam talian dan ini menyukarkan proses percubaan menarik pelanggan baharu. Kelebihan tambahan apabila berinteraksi dan berkongsi kandungan daripada halaman jenama korporat anda adalah ia membolehkan pengikut anda melihat yang anda berkait dengan sebuah syarikat yang boleh dipercayai dan teguh. Ia semudah berkongsi dan memberikan komen. 

Di samping manfaat yang diperoleh dengan berinteraksi dan mengikut halaman Market Malaysia, MY.SHOP.COM, dan jenama eksklusif Market Malaysia, terdapat juga beberapa sumber lain yang wujud untuk digunakan di halaman kita: 

           •    Grafik: Turut disertakan bersama kandungan yang dijana pengguna adalah grafik yang dibuat secara profesional oleh jabatan Khidmat Kreatif Market Malaysia. Diletakkan dalam kandungan yang memaparkan penjenamaan dan kisah peribadi anda, grafik ini membantu mencipta sentuhan profesional. Disebabkan grafik ini wujud untuk kegunaan anda, ia menjimatkan masa anda, wang, dan usaha yang boleh digunakan dalam cara lebih baik untuk meningkatkan kejayaan. Anda disyorkan juga untuk mengkreditkan halaman jenama berkenaan untuk grafik yang digunakan.

           •    Info Terkini Industri: Sebagai usahawan, penting untuk anda menyedari perubahan dan trend dalam industri yang terlibat (kesihatan, nutrisi, kecantikan, etc.). Sementara anda boleh dan perlu mengkaji trend ini, halaman jenama korporat memberikan siaran blog, petua dan info terkini yang relevan dengan keadaan semasa. Ia cara efisien untuk memastikan maklumat serta pembentangan anda dikemaskini dan relevan dengan pengikut anda supaya mereka sering tertarik dengan kandungan yang anda paparkan.

           •    Info Terkini Jenama: Penting untuk anda memastikan maklumat yang diberikan kepada pelanggan anda tepat dan sebarang perubahan untuk produk sedia ada atau berita mengenai pelancaran produk baharu akan dikeluarkan melalui halaman korporat. Untuk terus relevan, anda perlulah peka dengan sebarang berita atau perubahan mengenai jenama anda.

           •    Blog: Berbanding mengesyorkan pemilik bisnes untuk mengekalkan dan menguruskan blog untuk meningkatkan jumlah pengikut dan pelanggan, banyak halaman jenama yang berkongsi siaran pilihan daripada blog mereka untuk anda. Semua siaran ini mengandungi maklumat terkini dan relevan dalam trend industri, maklumat produk, resepi, tutorial, kisah kejayaan dan testimoni yang bukan saja sesuai untuk keterlibatan dan mengemaskini anda, malah, pengikut anda juga. 

Kini anda telah memahami manfaat yang wujud daripada mengikut halaman jenama korporat anda, maka, penting untuk anda tahu cara menggunakan halaman ini untuk memanfaatkan anda dan bisnes anda yang sedang berkembang:

           •    Berkongsi: Grafik, video, blog dan berita terkini kami dicipta untuk kegunaan anda dan kami menggalakkan anda untuk menggunakannya! Bukan sahaja ia mampu membantu halaman jenama anda di platform media sosial tersebut, malah, ia membantu untuk menambah profesionalisme melalui grafik yang dibina secara strategik dan maklumat yang tepat. Cuma pastikan anda meletakkan kredit untuk sumber imej tersebut sama ada ia daripada halaman korporat atau pengguna lain. 

           •    Komen: Memberikan komen di halaman korporat membantu kedua belah pihak dalam banyak cara. Ia membantu memperkenalkan anda sebagai pemilik bisnes yang mesra dan bersemangat sementara meningkatkan peluang anda dapat menarik perhatian mereka yang mengikut halaman tersebut dan menaikkan pendedahan anda dan kemungkinan pencarian prospek ke dalam. 

           •    ‘Suka’: Walaupun ia tidak setanding komen dan kongsi, menyukai siaran yang dikongsi halaman korporat anda meningkatkan kedudukan halaman di suapan berita anda yang memastikan anda tidak ketinggalan sebarang info terkini. Dengan perubahan yang kerap berlaku dalam platform media sosial  sepanjang tahun, menyukai siaran secara konsisten adalah cara yang baik untuk memastikan anda kekal dikemaskini dengan sebarang berita atau info terkini daripada jenama anda. 

           •    Siaran Pelawat; Cara lain untuk memperkenalkan diri anda sebagai usahawan yang interaktif dan bersemangat adalah untuk mencipta siaran anda di laman kita. Ini termasuk petua, testimoni, kisah kejayaan, tutorial dan semangat yang relevan dengan jenama anda. Ini meningkatkan peluang mencari prospek anda dengan membolehkan pelawat lain untuk komen, suka, dan kongsi siaran anda serta membuka laluan untuk pelanggan baharu menunjukkan minat atau bertanya soalan.

Pastikan anda menyemak dengan penaja anda untuk pautan paling kerap dikemaskini kepada halaman media sosial korporat yang relevan di seluruh platform sosial. 

MENCARI PROSPEK MELALUI KIRIMAN TERUS: Menggunakan Kiriman Terus sebagai teknik mencari prospek boleh memberikan hasil yang menakjubkan. Anda boleh meningkatkan hasil keberkesanan anda dengan membuat susulan dengan setiap prospek melalui panggilan telefon. Masukkan beberapa risalah yang diluluskan oleh Market Malaysia, surat pengenalan yang diluluskan, nama, nombor telefon dan alamat emel anda ke dalam bungkusan yang dikirim. Ini adalah maklumat penting. Jika prospek tidak dapat menghubungi anda untuk bertanya dan mendapatkan bantuan, mungkin mereka akan hilang minat.

MEMBUAT JANJI TEMU: Tujuan menetapkan janji temu adalah untuk bersetuju dengan masa dan tempat perjumpaan secara profesional:

           •    Memperkenalkan dan membuat demonstrasi atau ulasan produk.
           •    Membentangkan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan Market Malaysia. Lima Langkah untuk Menjana Keuntungan.

Dengan menetapkan janji temu, anda dapat menggunakan masa yang diperlukan untuk membuat pembentangan tanpa sebarang gangguan, . Dengan menetapkan janji temu terlebih dahulu, anda dapat menjimatkan masa dan mewujudkan suasana profesional di rumah, pejabat, atau bilik mesyuarat hotel.

Jangan beritahu prospek bahawa anda ingin berjumpa mereka dan kemudian menunggu mereka mempelawa anda. Ini takkan berlaku dan pasti anda akan berasa kecewa. Sentiasa menganggap janji temu akan ditetapkan. Minta kebenaran untuk singgah dan melawat prospek, berikan dua masa yang berbeza, ucap terima kasih dan tamatkan perbualan! Pastikan anda meminta sedikit daripada waktu lapang mereka. 

Jika anda membuat pembentangan untuk menjual produk, pertimbangkan perkara berikut apabila menetapkan janji temu: tetapkan masa yang dipersetujui anda dan prospek, cari masa supaya suami dan isteri boleh bersama terlibat dalam pembentangan anda; pastikan masa yang ditetapkan memberikan anda sekurang-kurangnya satu jam tanpa gangguan.

Jika tujuan anda adalah untuk menaja Pemilik UnFranchise Bebas baharu, ikut prosedur yang sama. Untuk hasil yang lebih baik, cuba membuat janji temu dengan prospek anda di Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise™. Pastikan anda menawarkan diri untuk menjemput mereka dan membawa mereka ke tempat pembentangan.  Peraturan yang mudah adalah 100 peratus orang yang dibawa anda ke mesyuarat pasti hadir!

Di manakah tempat terbaik untuk pembentangan tersebut? (Disusun mengikut keutamaan)

           Untuk Pelanggan Runcit Sahaja:

           •    Rumah atau pejabat mereka
           •    Rumah atau pejabat anda
           •    Tempat lain yang sesuai dan tiada gangguan

           Untuk Pelanggan dan Pemilik UnFranchise yang Berpotensi:

           •    Rumah atau pejabat mereka
           •    Rumah atau pejabat anda
           •    Tempat lain yang sesuai dan tiada gangguan
           •    Pembentangan Bisnes UnFranchise profesional yang diadakan di hotel atau bilik mesyuarat; suasana ini adalah yang paling berkesan 

Sekiranya boleh, pastikan anda mengawal penetapan tempat perjumpaan tersebut.


SEK. 3         SENI MENAMATKAN JUALAN

Terdapat orang yang fikir bahawa mereka boleh melakukannya . . . terdapat orang yang fikir bahawa mereka tidak boleh melakukannya . . . kedua-duanya adalah tepat!

Menamatkan jualan adalah anugerah pencapaian yang paling hebat yang boleh dicapai oleh seorang jurujual. Cuma satu sahaja penolakan yang boleh diberikan seorang pelanggan untuk menggagalkan jualan anda dan anda mungkin tidak akan mendengarnya sepanjang hayat anda. Penolakan adalah jawapan “Tidak” yang jelas. Apabila anda memulakan pertanyaan kepada pelanggan, mereka akan memberikan jawapan yang “kononnya menolak” seperti “Saya mahu fikirkan dahulu, saya tidak mampu buat masa sekarang, saya mahu memastikan kredibiliti perniagaan ini, saya tidak pernah membuat keputusan yang spontan,” dan lain-lain. Pelanggan yang berpotensi jarang memberikan jawapan “Tidak” yang begitu tegas. Jawapan yang kononnya menolak ini perlulah dilihat sebagai alasan atau permintaan untuk maklumat lanjut. Jika anda mengendalikannya dengan betul, ia pasti akan menjadi isyarat “pembelian” yang positif.

Kebanyakan penolakan adalah disebabkan oleh pembentangan yang membosankan dan tidak bermaklumat kerana pelanggan tidak mendapat jawapan yang diinginkan. Penolakan hanyalah permintaan untuk maklumat lanjut, satu “jeritan” yang menyatakan, “Sila yakinkan saya, buat keputusan untuk saya!” Untuk menjawab permintaan pelanggan anda, pastikan mereka berasa selesa dan benarkan mereka untuk menyuarakan pendapat mereka — melakukan semua ini tanpa membuatkan mereka berasa kurang bijak adalah satu kemahiran yang perlu anda kuasai untuk mendapatkan jualan.

BERINTERAKSI: BERTANYA SOALAN: Tujuan: untuk “membimbing” dan “mengawal” aliran pembentangan. Ingat, sekiranya anda sahaja yang bercakap dan pelanggan tidak bertanya, anda bukan dalam kawalan. Mengawal dan membawa perbualan tersebut secara interaktif.

Kemukakan Soalan Secara Terbuka: Kaedah ini menggalakkan pelanggan untuk menyatakan keperluan mereka secara terbuka sementara mengawal pembentangan anda. Anda akan melihat bahawa dengan menggalakkan orang untuk bercakap tentang diri mereka sambil anda mendengar, anda akan dapat mengenalpasti semua “keperluan” yang boleh digunakan kemudian untuk mencipta jualan.

Contoh:

           •    Adakah anda pernah dengar tentang antioksidan?

           •    Adakah anda atau sesiapa daripada keluarga anda terlibat dalam sukan atau aktiviti kesihatan? Beritahu mereka tentang kisah OPC-3®, Turn Up atau Isotonix Peak Performance.  

           •    Apakah jenis pendapatan lain yang dimiliki selain pekerjaan anda sekarang?

Pertanyaan Tertutup: Memandangkan bukan semua pelanggan bersedia untuk berbual atau meluahkan keperluan mereka, bentuk soalan lain perlu diajukan apabila menggunakan pertanyaan tertutup. Bentuk soalan ini mengehadkan jawapan pelanggan kepada ya, tidak atau lain-lain. Pertanyaan tertutup amat sesuai digunakan secara bersiri atau dikaitkan dengan pertanyaan terbuka.

Contoh:

           •    Adakah anda ingin untuk berjimat untuk semua pembelian isi rumah anda? Adakah anda pernah mendengar tentang Anuiti Beli-belah?

           •    Adakah anda mengambil suplemen atau vitamin? Pernahkah ada melihat maklumat baharu tentang kepentingan pengambilan suplemen? Adakah anda ingin melihatnya?

           •    Adakah anda sedang mencari cara untuk menambahkan atau mempelbagaikan pendapatan anda? Apa yang telah anda fikirkan sehingga kini?

Setiap daripada soalan ini memerlukan jawapan yang ringkas, namun, setiap daripadanya memberikan anda ruang untuk berbicara dengan lebih lanjut. Buat satu senarai soalan terbuka dan tertutup yang berkesan untuk anda. Kadangkala, seorang jurujual perlu menggabungkan soalan terbuka dan tertutup untuk keberkesanan.

Pernahkah anda memikirkan kesan pencemaran atau asap terrhadap kesihatan anda? (terbuka) Pernahkah anda dengar tentang antioksidan? (tertutup)

           •    Adakah anda pernah berasa anda tidak dibayar dengan setimpal? (tertutup) Jika saya boleh mengubahnya, anda pasti berminat, bukan? (tertutup)

MENAMATKAN: Setiap kemahiran jualan yang dipelajari setakat ini adalah penting. Namun, selagi anda tidak tahu cara untuk “menamatkan” jualan, anda tidak akan berjaya. Sebelum menerangkan teknik untuk menamatkan jualan, kami ingin mengingatkan anda tentang beberapa “petunjuk” berikut:

           •    Sering bertanya tentang pesanan atau komitmen
           •    Perhatikan isyarat untuk membeli
           •    Selepas bertanya soalan akhir untuk menamatkan jualan — Diam! (sehingga pelanggan memberi jawapan)
           •    Amalkan beberapa “jenis” soalan yang berbeza untuk menamatkan jualan
           •    Sentiasa berasa yakin dan bersemangat apabila menamatkan jualan — anggap bahawa mereka cukup “bijak” untuk membeli — elakkan daripada kelihatan terdesak. Jangan menunjukkan seperti anda kurang keyakinan.

Sebelum ini, kami mengatakan bahawa mengajukan soalan dapat mengawal pembentangan jualan. Sama ada anda berjaya sebagai seorang jurujual atau tidak, kebanyakannya bergantung kepada cara anda mengawal aliran perbualan dengan bertanya soalan, dan kemudian menggunakan jawapannya untuk manfaat anda. Apakah soalan yang sesuai untuk menamatkan jualan? J. Douglas Edward, “Pakar Jualan,” mengatakan bahawa soalan menamatkan jualan yang sesuai dapat “mengesahkan” bahawa pelanggan telah pun membeli (secara psikologinya).

Jangan biarkan soalan anda menjadikan situasi “tergantung”. Anda mesti memikirkan perkara positif.

Contoh:

“Adakah anda berminat?” bukan satu soalan penamat jualan. Ia tidak mengesahkan apa-apa bagi pihak prospek.

“Adakah anda lebih berminat untuk memperoleh pendapatan daripada satu BDC atau lebih? Ini soalan penamat jualan yang baik kerana ia menganggap bahawa jualan telah pun dibuat (menggunakan kaedah penamat jualan “pilihan alternatif”).

“Adakah anda percaya bahawa satu BDC menjana RM6,000 setiap minggu adalah cukup?” atau

“Adakah anda menginginkan lebih daripada  RM6,000 setiap minggu?” adalah lebih mendorong .

Bagi menyediakan pelanggan untuk menamatkan jualan, sebutkan semula manfaat yang telah anda nyatakan dan dapatkan persetujuan mereka dengan menanyakan soalan yang membawa kepada soalan penamat jualan yang dipilih anda.

Contoh:

“Anda dapat melihat bahawa program ini akan menjimatkan wang anda untuk pembelian seterusnya, bukan?”

“Anda beritahu yang anda sudah bosan ‘menggali lubang untuk menutup lubang lain.’ Pasti ini dapat menyelesaikan masalah itu, bukan?”

Berdasarkan pendapatan impian anda dan berdasarkan fakta yang Pemilik UnFranchise telah pun menjana pendapatan seperti itu, apa lagi sebab yang menghalang anda untuk bermula?

Format sebegini dipanggil soalan “penutup”. Penekanan yang kerap membuatkan pelanggan untuk bersetuju dengan anda dalam banyak perkara yang menjurus kepada penamat yang diharapkan. (Angguk kepala anda dengan yakin semasa bertanya soalan seperti ini dan tunggu jawapannya).

KAEDAH LIMA LANGKAH UNTUK MENGENDALIKAN PENOLAKAN: Percaya atau tidak, kebanyakan orang tidak berkata “Ya” secara automatik pada kali pertama anda meminta mereka membeli sesuatu. Hampir menjadi satu kemestian apabila walaupun mereka menyukai produk, harga dan personaliti anda, mereka akan bertanya soalan atau menolak dengan cara seperti, “Kami akan fikirkan” atau “Kami belum mampu buat masa sekarang,” dan tidak membeli produk anda pada waktu tersebut. Ini adalah satu reaksi semula jadi yang perlu dijangka setiap kali. Ramai yang sering berasa teragak-agak untuk membuat keputusan. Anda perlu membantu mereka mengatasi perasaan ini.

Secara psikologi, ramai yang tidak suka didekati. Sebagai seseorang yang bijak, mereka berasa bahawa mereka dapat membuat keputusan untuk diri sendiri pada bila-bila masa dan tanpa bantuan anda. Ungkapan Bahasa Inggeris yang berbunyi, “Orang suka membeli, tapi tidak suka dibeli,” adalah sangat tepat dalam situasi ini. Tanpa disedari, mereka mengatakan “Anda takkan dapat memperdaya saya,” sedangkan anda sedang mengatakan “Ya, saya pasti boleh!” Ini mencipta satu situasi berlawanan yang tidak menjadikan anda pemenang . . . melainkan anda membiarkan mereka berasa seperti pemenang.

Dengan menyingkirkan proses mental ini untuk seketika, anda dapat mencipta jualan dengan semua prospek berkelayakan yang ditemui pada kadar peratusan kejayaan yang sangat tinggi. Kami melakukannya dengan teknik-teknik yang berikut:

           •    Bersetuju dengan penolakan tersebut. (BUAT MEREKA JATUH CINTA — SECARA LISAN!)
           •    Kembangkan penolakan itu; memperbesarkannya lebih daripada yang mereka bayangkan.
           •    Lakarkan penolakan tersebut dalam bentuk cerita.
           •    Tutup penolakan tersebut dengan kenyataan yang positif dan tidak dapat disangkal, diikuti dengan soalan persetujuan dan penutup.
           •    Minta mereka beli (dianggap tamat), sambil berjabat tangan selepas mencapai persetujuan. 

Bersetuju: Dengan mempersetujui penolakan tersebut, anda membuat pelanggan anda berasa diri mereka penting. Anda membuatkan mereka berasa seperti telah membuat satu kenyataan yang bijak. Anda membuatkan mereka berasa seperti “pemenang.” Jangan beritahu pelanggan bahawa mereka salah, dan jangan mempertikaikan kata mereka. Bersetuju dengan mereka terlebih dahulu!  

Mungkin mereka menjangkakan bahawa anda akan terus cuba menjual atau berbalah, tetapi, mereka takkan menjangka bahawa anda akan bersetuju dengan alasan mereka untuk tidak membeli. Apabila anda bersetuju dengan penolakan mereka, mereka berasa seperti anda memahami situasi mereka; ini akan membuat mereka rasa tidak dicabar dan memudahkan anda untuk mencipta jualan.

           •    Saya setuju, anda patut fikir masak-masak.
           •    Saya faham alasan anda berasa tidak memerlukan produk lain buat masa sekarang.
           •    Saya pun berasa saya tidak mampu pada pertama kali saya melihat program ini.

Mengembangkan: Dengan mengembangkan penolakan, anda memberikan lebih banyak sebab untuk mereka berfikir berbanding dengan yang diingini. Bagi seorang jurujual, penolakan adalah jawapan standard, bukannya satu penolakan yang sebenar. Sistem kita tidak memerlukan perdebatan atau kajian jangka panjang. Jika mereka mahu, mereka akan beli… sekiranya anda tidak “merosakkannya” dengan membuatkan mereka berasa tertekan. Ia adalah penting bagi anda untuk tidak membuatkan mereka rasa seperti didesak untuk membuat keputusan. Membiarkan mereka membuat keputusan dengan bantuan anda  adalah lebih bijak dan lebih berkesan. Kebanyakan jurujual cuba untuk menamatkan jualan dan mendengar penolakan yang sama pada setiap kalinya kerana tidak melakukannya dengan cara betul di permulaan. Jika anda dapat mengendalikan penolakan, meneutralkan, dan menyingkirkan ia, pelanggan tidak akan mampu menggunakan penolakan yang sama. Selepas setiap penolakan berjaya diatasi, jualan dapat dibuat.

Sekarang, mereka ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan berbanding sebelumnya. Anda memberikan kejutan kepada mereka dan sekarang mereka memerlukan bantuan anda untuk memahami keputusan anda yang bersetuju dengan penolakan mereka dan turut memberikan alasan lain untuk tidak membeli daripada anda. Anda beritahu mereka sebab untuk tidak perlu membeli, dan menghilangkan pemikiran, “Dia cuba menjual sesuatu kepada kita.” daripada minda mereka. Anda mempersiapkan mereka untuk mendengar. Sekarang, barulah mereka membuka minda dan benar-benar mendengar.

Sekarang anda boleh menyiapkan mereka untuk menamatkan jualan dengan sebuah “kisah”. Inilah kisah yang akan menegaskan semula manfaat-manfaat pembentangan tersebut dan perlu menuju ke arah soalan penamat yang anda pilih.

Menceritakan Penolakan: “Dengar, sejak sekian lama, semua orang menginginkan kesihatan dan nutrisi yang baik. Malangnya, bagi orang kita yang memang memerlukan kedua-dua perkara ini, jarang memikirkan untuk menjaga diri kita. Kita terlalu sibuk menjaga orang lain, bukan? Jadi, apabila membeli produk kesihatan dan nutrisi, semakin mustahak untuk kita mendapatkannya pada harga yang paling rendah.”

Kenyataan Positif — Penutup yang Mengesahkan: “Seperti yang dinyatakan sebelum ini, anda akan membeli produk kesihatan dan nutrisi dan penting bagi anda untuk membelinya pada harga terbaik. Sekiranya anda boleh mendapatkan produk tersebut pada kos yang lebih rendah daripada yang dibayar biasanya, tentu anda akan gembira, bukan?”

Menamatkan Jualan: Ia semudah berjabat tangan sebaik bersetuju dengan soalan terakhir dalam langkah empat. Jika anda tidak pasti sama ada mereka bersedia untuk berjabat tangan atau tidak, tanya soalan seperti, “Apa yang menghalang anda untuk bermula sekarang?” Atau bertanya tentang rangkaian produk yang ingin digunakan sebagai permulaan.

“Bagus!” (Berjabat tangan selepas mereka bersetuju). “Adakah anda rasa satu pusat pendapatan bernilai RM6,000 sudah memadai atau anda inginkan beberapa pusat pembangunan perniagaan (BDC) yang menjana sehingga RM6,000 setiap minggu? Okey, apa kata anda lihat katalog ini untuk memilih produk sesuai yang ingin dipesan sementara saya melengkapkan kertas kerja. . . .?”

Menamatkan jualan tanpa mengikut peraturan menamatkan jualan yang profesional adalah tidak begitu bijak dan diibaratkan seperti memakai baju tanpa memasang butang. Semuanya tidak akan dalam keadaan yang teratur. Guna teknik ini dan anda akan mendapati bahawa kebanyakan pelanggan anda akan menamatkan jualan untuk diri mereka sendiri, hanya kerana mereka lebih menyukai individu yang menerangkan berbanding jurujual.

Satu peringatan akhir: memandangkan anda telah menaja orang-orang ini, anda kini di peringkat pengurusan. Anda hanya perlu menetapkan satu janji temu susulan supaya dapat memulakan senarai prospek mereka dan mula menguruskan (mengajar) mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan kita. Jemput mereka untuk menghadiri seminar latihan, ingat tentang matlamat mereka dan mula membantu mencapai matlamat mereka.


SEK. 4         MEMULAKAN PEMILIK UNFRANCHISE BAHARU

Tiada perkara yang lebih penting bagi penaja selain membantu Pemilik UnFranchise Bebas baharu untuk bermula dengan betul dalam bisnes kita. Pertamanya, anda perlu mewakili syarikat ini sebagai seorang profesional dan tidak menokok tambah tentang peluang bisnes Market Malaysia. Kedua, anda perlu mengkaji falsafah kita dan mengenal pasti tugas yang perlu dilakukan Pemilik UnFranchise baharu daripada Market Malaysia dan sebaliknya.

Menaja seorang Pemilik UnFranchise baharu akan mengambil masa daripada dua sehingga empat jam. Masa yang diluangkan di peringkat permulaan ini akan membantu anda menjimatkan banyak masa di peringkat seterusnya. Tambahan itu pula, Pemilik UnFranchise baharu anda akan menduplikasi usaha anda.

(A)    Janji Temu Pendaftaran (Menandatangani dan mempersetujui Kontrak; rujuk Panduan Cara Bermula)

           (1)    Menentukan Kos: Semua Pemilik UnFranchise baru perlu memahami kos untuk menyertai perniagaan kita. Untuk membangunkan satu Pusat Pembangunan Perniagaan tidak memerlukan sebarang kos tetapi untuk menyertai MPCP, mereka perlu membayar yuran langganan dan mereka boleh memilih untuk membelanjakan kurang daripada RM2,000 untuk BV produk (minimum 200 BV), overhed dan bekalan. Mereka perlu faham bahawa mereka mungkin perlu berbelanja untuk kos tambahan lain seperti bekalan pejabat, kad nama dan kos permulaan tambahan.

           (2)    Lengkapkan Borang Permohonan UFO dan Borang Pesanan Bersama: Pastikan anda mengulas tentang senarai harga dan cara membacanya. Terangkan semua pilihan yang terdapat pada borang permohonan dan borang pesanan.

           (3)    Mengenal Pasti Pilihan Bidang Utama Universiti dan Gunakan Produk Tersebut: Kebanyakan Pemilik UnFranchise Bebas baharu yang menyertai perniagaan kita kerana pernah menggunakan produk pilihan mereka. Jika tidak, berhenti dan bincangkan tentang produk serta pastikan prospek mencuba produk tersebut. Setidaknya, Pemilik UnFranchise baharu perlu memesan produk yang pelbagai untuk merasai pengalaman menggunakan produk yang berbeza. Kegagalan Pemilik UnFranchise baharu untuk merasai dan menggunakan salah satu produk atau perkhidmatan kita adalah seperti satu kegagalan bagi seorang Pemilik UnFranchise Market Malaysia.

                      Pemilihan bidang utama universiti akan membawa kepada produk dan perkhidmatan yang boleh dikongsikan bersama Pemilik UnFranchise baharu. Pilihan bidang utama membantu dalam meningkatkan penjualan kepada kumpulan pelanggan mereka nanti. Ia juga meluaskan pengetahuan produk Pemilik UnFranchise dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan dan keuntungan.

           (4)    Menjual Tiket Ke Seminar Latihan: Ini adalah peluang yang sempurna untuk menjual tiket ke Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) di kawasan berdekatan. Ia adalah menjadi tanggungjawab penaja untuk mengenalpasti mesyuarat latihan yang tersedia di kawasan berdekatan. Setidaknya, penaja hendaklah bertanggungjawab untuk melatih mereka.

           (5)    Menempah Mesyuarat Susulan dengan Penaja: Mesyuarat susulan ini terdiri daripada perjumpaan dengan satu atau dua prospek yang berminat dan akan mendengar pelan Pembangunan Perniagaan kita. Setidaknya, anda hendaklah telah pun membawa dua Pemilik UnFranchise untuk Pemilik UnFranchise baharu kita supaya mereka dapat mengaktifkan Pusat Pembangunan Perniagaan 001 mereka. (Nota: Setiap Pusat Pembangunan Perniagaan mestilah mempunyai dua Pemilik UnFranchise yang dilayakkan dan ditaja secara peribadi supaya dapat diaktifkan dan layak untuk komisen).

           (6)    Memberi Tugasan Kepada Pemilik UnFranchise Baharu: Arahkan Pemilik UnFranchise baharu untuk membaca satu bab  dalam Manual UnFranchise, mendengar audio dan menggunakan laman web mereka sendiri. Pastikan untuk melihat kandungan tugasan tersebut.

           (7)    Menempah Mesyuarat Susulan Tambahan Dengan Penaja: Mesyuarat ini adalah untuk berjumpa dengan prospek tambahan Pemilik UnFranchise Market Malaysia yang lainnya.

           (8)    Hadiri Seminar Latihan Di Kawasan Sekitar: Walaupun Pemilik UnFranchise baharu anda telah pun membeli tiket, anda perlulah bersama mereka ke latihan (duplikasi).

           (9)    Menetapkan Mesyuarat Semakan Berkala (3 Bulan) Dengan Pemilik UnFranchise Anda: Mesyuarat ini adalah untuk menyemak 90 hari pertama perniagaan mereka: pastikan Borang MY1000 mereka telah dihantar; pastikan Program AutoShip Market Malaysia sudah diaktifkan; dan bincang tindakan yang perlu untuk melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan. Pasa masa sama, semak Kenyataan Matlamat dan Pelan Perniagaan mereka untuk membuat sebarang penyelarasan yang diperlukan. Lebih baik sekiranya sering mengukur kemajuan bisnes mereka dalam membina Asas 10, Tujuh Teguh dan mendapatkan bayaran komisen BV pertama. 

(B)    Petua Bermula Bagi Pemilik Unfranchise Baharu

           (1)    Senarai Prospek: Cipta satu senarai nama (sekurang-kurangnya 60 orang) yang mungkin berminat dengan produk atau peluang perniagaan ini. Hubungi Rakan Bisnes Kanan atau penaja anda untuk membincangkan tentang senarai prospek anda. Belajar tentang beberapa pendekatan yang mudah. Sediakan jawapan anda untuk soalan “apakah itu?” serta “iklan komersial dua minit” anda.

           (2)    Jadual Kerja Pastikan anda membuat jadual kerja berasingan dengan jumlah waktu komitmen anda dalam membangunkan Bisnes UnFranchise. Sekiranya anda ingin komited sebanyak 10 jam seminggu, tetapkan ia dalam kalendar anda dan jadualkan selama empat minggu. Bahagikan sekurang-kurangnya dua ke tiga jam setiap minggu untuk menunjukkan Pelan dan menjual produk, termasuk bekerja bersama pasukan anda. Ini adalah tugas yang penting sekiranya anda serius dalam mencapai matlamat anda. 

           (3)    Alat Perniagaan: Jika anda mahu berkembang dengan cepat, anda digalakkan untuk membeli beberapa alat, antaranya:

                      •    Pembentangan Carta Selak Peluang Perniagaan - Kod: 700
                      •    10 ke 20 Laporan Tahunan Global - Kod: 18001
                      •     Pendaftaran UFMS anda dan ditambahkan ke AutoShip UnFranchise anda
                      •    Tiket tambahan untuk ke seminar latihan yang seterusnya untuk dijual kepada Pemilik UnFranchise baharu anda
                      •    Salinan Panduan Cara Bermula: Kod: 391
                      •    Senarai Beli-belah Rumah: Kod: 671

           (4)    Produk dan Peruncitan: Anda boleh mengambil pesanan, tetapi anda akan mendapati bahawa membuat pemasaran ujian bagi produk tersebut adalah lebih mudah dan bermula dengan produk bernilai RM800 sehingga RM2,400. Anda boleh membuat pesanan semula apabila anda menjual produk anda kepada pelanggan atau Pemilik UnFranchise. Ini turut membolehkan anda melayakkan Pusat Pembangunan Perniagaan anda. Kemudian, anda hanya perlu menghantar resit runcit bernilai RM800, menjual kepada setidaknya dua (2) orang pengguna luar sebelum layak untuk cek Penyelaras, atau dalam sukuan pertama anda, atau mana-mana yang dicapai dahulu. Peruncitan adalah mudah dengan menggunakan program pemasaran ujian saiz percubaan yang disediakan syarikat. Edarkan sampel atau jual saiz percubaan dengan risalah yang telah diluluskan yang boleh didapati di UnFranchise.com > Downloads > Support Materials, dan orang ramai akan buat pesanan. Rujuk seksyen maklumat produk dan petua peruncitan dalam Manual UnFranchise.

(C)    Pengrekrutan:

           (1)    Jemputan: Jemput sekurang-kurangnya dua orang untuk hadir bersama anda ke mesyuarat. Jangan hanya menjemput — bawa mereka bersama. Jemput dan bawa mereka ke mesyuarat. Kemudian, ajar mereka untuk melakukan perkara yang sama. Hubungi Rakan Kongsi Kanan atau rujuk Item Menu GMTSS Dalam Talian di bawah Bantuan dan Latihan untuk lokasi pertemuan seterusnya yang boleh anda hadiri bersama prospek baharu anda.

           (2)    Panggilan Tiga Hala: Melalui telefon atau perkhidmatan internet yang menyediakan fungsi untuk membuat panggilan tiga hala. Ia tidak mahal. Hubungi prospek dan penaja atau Rakan Kongsi Kanan anda melalui telefon atau komputer, memperkenalkan prospek kepada penaja anda dan biar penaja anda menerangkan tentang perniagaan ini dan menjemput mereka ke mesyuarat.

           (3)    Mesyuarat Dua kepada Satu: Menetapkan janji temu untuk anda dan penaja atau Penyelaras Eksekutif anda untuk berjumpa dengan prospek. Pembentangan dua kepada satu sambil minum kopi adalah sangat berkesan.

           (4)    Penajaan Video: Gunakan video dalam talian. Beritahu prospek bahawa anda mahu mereka melihat satu konsep pemasaran yang luar biasa. Anda akan menghantar satu pautan kepada mereka. Pastikan mereka menontonnya dalam tempoh 48 jam. Hubungi dan tanya mereka tentang perkara yang paling disukai dalam video tersebut. Mereka akan banyak bertanya: cuba yang terbaik untuk menjawab persoalan yang diajukan. Maklumkan kepada mereka bahawa anda mahu memperkenalkan mereka kepada individu penting dalam bidang ini yang akan dapat menjawab soalan mereka dengan lebih baik. Tawarkan diri untuk menjemput dan membawa mereka ke tempat mesyuarat. Jika itu mustahil, dapatkan penaja atau Penyelaras Eksekutif anda untuk berbual di telefon dengan mereka pada masa itu juga.

           (5)    Pembentangan Satu kepada Satu dengan Pembentangan Carta Selak: Mempelajari pembentangan bisnes dengan berlatih membentangkan Carta Selak kepada saudara atau rakan-rakan terlebih dahulu. Beritahu mereka bahawa anda sedang berlatih: secara tidak langsung, mungkin anda berpeluang menaja atau menjual produk kepada mereka. Dengar audio atau melihat pembentangan yang dirakam secara dalam talian dan belajar. Kemudian, cuba lakukan pembentangan Satu kepada Satu dengan menggunakan Carta Selak. Tunjukkan dan tanya sekiranya mereka berminat untuk membeli produk tersebut atau menghadiri mesyuarat. Bawa mereka ke mesyuarat dan benarkan mereka membawa dua orang lain bersama.

           (6)    Mesyuarat Mingguan: Selepas menguasai perkara di atas, buat satu janji temu mesyuarat setiap dua minggu di rumah, pejabat atau salah satu rumah Pemilik UnFranchise anda. Benarkan semua orang membawa orang lain bersama. Namun, pastikan anda juga menjadi contoh dengan membawa dua orang prospek bersama anda. Pastikan anda memiliki risalah untuk diedarkan dan produk untuk dijual. Pada permulaan mesyuarat, Rakan Niaga Kanan anda boleh melakukan pembentangan, sehingga anda berasa selesa untuk melakukannya sendiri. Pastikan anda memperkenalkan Rakan Niaga Kanan anda dengan tertib. Tanya mereka tentang cara yang diingini untuk diperkenalkan.

           (7)    Susulan: Jangan membentangkan pelan atau produk tanpa membuat satu janji temu atau mesyuarat Susulan. Ini penting. Cuma keluarkan buku janji temu anda atau telefon dan berikan dua tarikh dan masa pilihan untuk anda bertemu semula, atau jemput mereka ke mesyuarat. Pastikan ia tidak tamat dengan janji bahawa anda akan menghubungi mereka semula atau sebaliknya.

           (8)    Perhimpunan dan Seminar Latihan: Komited untuk menghadiri perhimpunan dan seminar yang seterusnya untuk belajar lebih lanjut tentang produk, peruncitan, penajaan dan membangunkan perniagaan ini. Beli tiket anda SEKARANG! Dapatkan tiket tambahan untuk dijual kepada prospek anda. Ini adalah cara yang dijamin berkesan untuk menduplikasi diri anda dan membina keyakinan, pengetahuan dan semangat dalam organisasi jualan anda.

           (9)    Duplikasi: Ajar perkara yang sama kepada orang lain.


SEK. 5        PENAJAAN PROFESIONAL

Bahagian latihan ini direka untuk memperkenalkan anda kepada kemahiran asas yang dapat menambah KEJAYAAN dalam bisnes kita. Penajaan Profesional, Pencarian Prospek, Peraturan dan Teknik Pengiklanan serta Kemahiran Mencipta Jualan Profesional, semuanya terkandung dalam bahagian ini. Untuk bermula, mari lihat perbezaan antara “merekrut” dan “menaja” orang ke dalam pemasaran rangkaian dan Bisnes UnFranchise kita.

Matlamat tersembunyi adalah untuk mewujudkan jualan, latihan, pertumbuhan dan pembangunan yang diperlukan bagi individu yang baru terlibat dalam perniagaan kita dalam mencapai kejayaan yang diidamkan. Disebabkan seseorang perlu bertanggungjawab kerana melibatkan individu lain, anda perlulah memahami tanggungjawab anda, menerimanya dan melakukan perkara yang penting untuk memastikan kejayaan anda dan kejayaan Pemilik UnFranchise baharu anda. Pendek kata, mari menentukan perkara yang perlu dilakukan untuk memberikan peluang terbaik kepada Pemilik UnFranchise baharu untuk mencapai kejayaan, bukan kegagalan.

Sebagai permulaan, mari menganggap bahawa kita baharu sahaja merekrut seseorang sebagai Pemilik UnFranchise Bebas. Dalam erti kata lain, kertas kerja syarikat yang diperlukan telah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat utama. Tambahan itu pula, Pemilik UnFranchise tersebut mungkin telah memilih untuk membeli beberapa produk untuk pameran dan jualan semula. Pemilik UnFranchise baharu perlu menjadikan keutamaan iaitu untuk membiasakan diri dengan rangkaian dan risalah produk. Penting bagi Pemilik UnFranchise baharu untuk menunjukkan produk kepada seramai yang mungkin untuk membangunkan 10 pelanggan berulang. Ramai Pemilik UnFranchise mendapati bahawa mempunyai beberapa sampel untuk ditunjukkan dan diberikan kepada pelanggan yang berpotensi adalah lebih baik.

Sebelum mendalami tanggungjawab seorang penaja, kita perlu memahami beberapa persediaan secara mental yang perlu diambil oleh seorang Pemilik UnFranchise baharu dalam pengembaraan menuju kejayaan. Bagi sesetengah orang, ini merupakan satu perjalanan yang singkat dan pantas. Bagi kebanyakan orang pula, perjalanan ini akan mengambil masa yang lebih panjang dan memerlukan ketahanan serta pembangunan peribadi yang lebih. Berita baiknya, mereka yang cekal dan meneruskan pengembaraan ini, langkah demi langkah, ke arah kejayaan dan ganjaran wang yang diidamkan akan menjadi juara. Cabaran anda sebagai seorang penaja adalah untuk membantu Pemilik UnFranchise baharu untuk mengambil langkah tersebut dan melakukannya secepat mungkin.

(A)    Tiga Faktor Utama

           (1)    Harapan: Hampir setiap orang akan mencipta “HARAPAN”, selepas menyaksikan pembentangan peluang bisnes kita yang tepat dan profesional. Mereka meletakkan HARAPAN agar perkara yang dilihat dan didengar sebentar menjadi kenyataan. Paling penting, Pemilik UnFranchise baharu meletakkan HARAPAN agar peluang bisnes ini dapat menjadi realiti bagi mereka. Kekuatan HARAPAN mereka sebahagian besarnya adalah berdasarkan kekuatan pembentangan anda. Namun, jika hanya bergantung kepada HARAPAN, Pemilik UnFranchise baharu pasti akan gagal.

           (2)    Percaya: Bagi memastikan kejayaan Pemilik UnFranchise, langkah kedua, iaitu “PERCAYA”, mestilah dicapai. Pemilik UnFranchise baharu akan PERCAYA apabila mereka melihat sendiri bukti kejayaan yang dikecapi anda dan orang lain. Penting untuk Pemilik UnFranchise baharu mendengar dan bertemu dengan mereka yang telah berjaya dalam bisnes ini. Mereka akan melihat bahawa hampir semua daripada orang tersebut bukannya luar biasa atau berbeza. Malah, mereka akan melihat bahawa  Pemilik UnFranchise yang berjaya tersebut adalah berbeza-beza dan mempunyai latar belakang yang pelbagai. Oleh itu, mereka akan membuat kesimpulan bahawa, “Saya juga boleh berjaya.” Dalam erti kata lain, mereka mula PERCAYA.

           (3)    Keyakinan: Langkah utama yang ketiga untuk perjalanan menuju kejayaan ini adalah yang paling penting. Langkah ini menaikkan Pemilik UnFranchise ke satu tahap yang dipanggil “KEYAKINAN.” Tiada pertumbuhan besar yang akan berlaku dalam bisnes Pemilik UnFranchise sehingga mereka mencapai KEYAKINAN. KEYAKINAN berlaku apabila Pemilik UnFranchise baharu mengalami beberapa bentuk kejayaan peribadi dalam perniagaan mereka. Kejayaan tersebut mungkin dalam bentuk penjualan produk, mendaftar Pemilik UnFranchise baharu atau lebih baik lagi, mungkin gabungan kedua-keduanya. Apabila kejayaan telah berlaku sekali, Pemilik UnFranchise akan berasa yakin bahawa ia boleh berlaku beberapa kali. Ia cuma satu usaha yang konsisten dalam jangka masa tertentu. Penaja mestilah membantu Pemilik UnFranchise dalam apa cara sekalipun dalam melalui langkah psikologi dari HARAPAN, PERCAYA, dan terus ke KEYAKINAN. Ini perlu dilakukan dalam masa yang singkat kerana sekiranya lebih lama masa yang diambil antara setiap langkah, lebih tinggi kemungkinan Pemilik UnFranchise baharu tersebut akan hilang minat dan berhenti sebelum bermula.

Mari kita imbas semula tahap pemikiran yang dilalui oleh Pemilik UnFranchise baru sepanjang perjalanan mereka menuju kejayaan. Mereka bermula (dengan bantuan anda) menimbulkan HARAPAN  agar peluang ini sama bagus seperti yang dibentangkan dan mereka memiliki segala yang diperlukan untuk merealisasikannya. Dari HARAPAN, Pemilik UnFranchise baharu mula (dengan bantuan anda) PERCAYA bahawa ini adalah tidak mustahil bagi mereka. Akhirnya, selepas Pemilik UnFranchise baharu mencapai satu atau lebih banyak kejayaan (dengan bantuan anda), KEYAKINAN mula terbina dan bisnes Pemilik UnFranchise akan mula berkembang dan membangun.

Setiap usaha tanpa KEYAKINAN akan menghalang kejayaan sebenar daripada dapat dicapai. Pemilik UnFranchise baharu mungkin tidak menyedari semua pencapaian yang penting ini. Dengan bimbingan berterusan daripada anda, KEYAKINAN mereka akan bertukar menjadi KOMITMEN jangka panjang. KOMITMEN tersebut adalah satu-satunya jaminan bagi kejayaan mereka. Anda bertanggungjawab untuk membimbing mereka dalam perjalanan ini secara efektif dan secepat yang mungkin. Kejayaan tidak akan muncul tiba-tiba. Anda mesti membantu Pemilik UnFranchise yang ditaja untuk memastikan mereka mencapai kejayaan. Lakukan ini dan anda berhak digelar penaja. Sesiapa sahaja boleh merekrut dan menyerahkan bisnes mereka kepada nasib, tetapi kemungkinan untuk berjaya adalah kecil. Pemilik UnFranchise yang berjaya mengetahui kepentingan utama untuk menjadi penaja yang menyokong. Sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai penaja untuk melatih, menyokong dan mendorong setiap orang yang ditaja.

(B)    Pengurusan Dan Penyeliaan

Merekrut dan gagal. . . . Menaja dan berjaya!

           Kini, kita akan lihat dengan lebih spesifik kepada kemestian yang perlu dilakukan selepas menaja seorang Pemilik UnFranchise baharu. Apakah bahan-bahan utama dalam “Pelan Susulan” bagi seseorang penaja yang efektif?

           (1)    Matlamat Peribadi: Bantu Pemilik UnFranchise anda mengenal pasti matlamat peribadi mereka. Semua matlamat ini selalunya terdiri daripada gabungan keperluan dan keinginan. Soalan-soalan penetapan matlamat yang berguna adalah:

    Apakah yang anda ingin lakukan?
    Ke mana yang anda ingin pergi?
    Apakah yang anda ingin ubah dalam hidup anda?
    Apakah yang anda ingin miliki?

                      Memandangkan tiada sesiapa yang melakukan sesuatu tanpa sebab yang betul, langkah Susulan pertama adalah yang paling penting. Jika dilakukan dengan betul, ia memberikan Pemilik UnFranchise sebab yang jelas untuk meneruskan perniagaan ini dalam jangka pendek dan menjayakannya dalam jangka panjang.

                      Tentukan jumlah pendapatan yang diingini oleh Pemilik UnFranchise anda melalui bisnes ini dan tempoh yang ditetapkan. Kenalpasti perkara yang ingin dilakukan mereka dengan pendapatan tersebut. Pelan Pemasaran kita menyediakan pencapaian tersedia yang boleh digunakan untuk membantu Pemilik UnFranchise anda mencapai matlamat perkembangan peribadi mereka berdasarkan jangka masa mereka. Bantu mereka menetapkan tempoh masa yang paling awal untuk mereka menjadi Penyelaras, Penyelaras Eksekutif dan seterusnya.

                      Kebanyakan orang yang gagal mengatakan bahawa kekurangan perancangan adalah sebab utama kegagalan mereka. Pelan Pemasaran kita adalah pelan kejayaan. Mara ke pelbagai posisi dalam sistem kita menjamin kejayaan dan pendapatan yang sesuai. Kemungkinan besar Pemilik UnFranchise baharu anda tidak pernah memperuntukkan masa yang mencukupi untuk menetapkan matlamat yang realistik. Inilah masanya untuk mempersiapkan Pemilik UnFranchise anda dengan sewajarnya untuk mendaki ke puncak! Jangan meneruskan selagi anda tidak menetapkan matlamat awal untuk Pemilik UnFranchise anda. Orang tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal merancang. Rujuk bahagian tetapan matlamat Manual UnFranchise dan bantu Pemilik UnFranchise baharu menulis satu Kenyataan Matlamat. Ikut arahan tersebut secara berturutan. NOTA: Pastikan matlamat tersebut adalah matlamat mereka — bukan anda. Anda cuma perlu memastikan matlamat tersebut spesifiki, dicatatkan dan ditulis.

           (2)    Kalendar Bisnes: Bantu Pemilik UnFranchise anda menetapkan kalendar untuk perniagaan mereka. Sepanjang setiap hari untuk setiap minggu, bilakah mereka tidak dapat membangunkan perniagaan mereka? Penjadualan mungkin dipengaruhi oleh kerja sepenuh masa, masa bersama keluarga, aktiviti gereja dan lain-lain. Apakah bahagian dalam kalendar yang sanggup diperuntukkan untuk perniagaan mereka? Kenal pasti hari yang ditetapkan untuk mengusahakan perniagaan dan gunakan masa anda untuk bekerja bersama pada waktu itu.

                      Tunjukkan kepada mereka kalendar pembangunan bisnes yang digunakan (anda perlu ada satu kalandar), kemudian bantu mereka menyusun jadual mereka secara bertulis. Sebab utama menetapkan kalendar adalah untuk membantu Pemilik UnFranchise anda memutuskan sama ada pertumbuhan perniagaan mereka adalah berdasarkan “usaha masa lapang” (semasa kelapangan dan tidak mengganggu perkara lain), “usaha separuh masa yang konsisten,” atau “usaha sepenuh masa yang bersungguh-sungguh.” Ini akan membantu mereka membina jangkaan yang realistik. Pastikan mereka memasukkan seminar perniagaan bulanan dalam jadual dan jual tiket kepada mereka.

                      Penetapan kalendar/jadual akan membantu anda memutuskan jumlah masa yang boleh digunakan untuk mana-mana Pemilik UnFranchise baharu. Lebih banyak masa dan usaha yang mereka curahkan, lebih banyak masa dan usaha yang boleh dijangkakan daripada anda.

           (3)    Senarai Prospek: Bantu Pemilik UnFranchise anda mencipta satu Senarai Prospek yang berguna. Ini adalah pelanggan berpotensi. Senarai nama ini mestilah dituliskan, atau jika tidak, ia cuma satu usaha sia-sia. Senarai tersebut mestilah mengandungi: nama, nombor telefon, alamat bandar, negeri dan emel. Jelasnya, dua perkara pertama adalah penting, jika tidak, Pemilik UnFranchise anda tidak boleh melakukan apa-apa. Mengasingkan nama kepada kategori tempatan dan jarak jauh adalah penting, kerana kita akan menguruskan setiap kategori dengan cara yang berbeza. Lihat bahagian teknik penajaan jarak jauh, selepas bahagian ini.

                      Banyak “penguat ingatan” disediakan untuk membantu Pemilik UnFranchise anda mengingati nama prospek. Gunakan satu atau lebih penguat ingatan ini kerana ia mempercepatkan pembangunan senarai nama yang penting. Pastikan anda menekankan penggunaan pad nota atau perakam telefon yang boleh dibawa setiap masa untuk merekod nama mana-mana prospek yang dijumpai pada setiap hari. Nama muncul dalam minda seseorang pada masa yang paling tidak dijangkakan. Bersedia untuk mencatatkan dan mengingatinya adalah sangat penting.

                      Senarai prospek merupakan bantuan pembangunan perniagaan yang sentiasa berubah dan berkembang. Tanpa senarai nama yang digunakan dengan betul, Pemilik UnFranchise pasti akan gagal dalam perniagaan ini.

           (4)    Alat Perniagaan: Maklumkan kepada Pemilik UnFranchise anda tentang risalah, audio, video dan alat bantuan jualan yang disediakan serta cara mendapatkannya. Semua ini adalah modal dalam perniagaan kita. Memulakan perniagaan ini tanpa modal yang mencukupi pasti akan memperlahankan pertumbuhan bisnes. Pesanan ini perlu mengambil kira keperluan Pemilik UnFranchise itu sendiri dan keperluan individu yang akan ditaja mereka pada masa hadapan. Dengan cara ini, semua orang boleh bermula dengan pantas. Kebarangkalian untuk berjaya akan meningkat dengan penggunaan alat dan bantuan jualan ini.

           (5)    Janji Temu: Bantu Pemilik UnFranchise anda dalam menetapkan janji temu dengan orang dari senarai prospek mereka untuk berkongsi produk dan peluang kita. Jika anda dapat menunjukkan kepada mereka cara anda melakukannya di hadapan mereka dari senarai prospek anda sendiri, ia merupakan idea yang sangat baik. Kemudian, pastikan mereka membuat beberapa janji temu dan berikan bantuan yang positif dan kritikan membina selepas setiap panggilan. Pergi bersama mereka semasa janji temu tersebut dan buat beberapa pembentangan terlebih dahulu. Kemudian, bantu mereka membuat beberapa pembentangan. Jangan biarkan Pemilik UnFranchise yang komited bergerak sendiri sehingga mereka mencipta sekurang-kurangnya dua atau tiga jualan.

           (6)    Komitmen: Bantu Pemilik UnFranchise anda memahami keperluan membuat dan menyimpan komitmen satu tahun terhadap perniagaan ini. Ini akan mengelakkan mereka daripada berhenti atau berasa terlalu kecewa pada kali pertama mereka berdepan dengan halangan atau cabaran. Komitmen ini akan memberikan mereka masa untuk belajar tentang perniagaan ini dan untuk mula mendapatkan semula ganjaran, serta memberikan peluang terbaik untuk mencapai kejayaan jangka panjang. Komitmen yang kurang daripada satu tahun menunjukkan bahawa Pemilik UnFranchise baharu anda tiada keseriusan dan keazaman yang mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan untuk diri mereka, walaupun dengan bantuan anda. Jangan berpuas hati selagi mereka tidak menunjukkan isyarat yang mereka akan berjaya.

           Pemilik UnFranchise anda perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut dalam komitmen satu tahun mereka:

           •    Menghadiri semua acara Market Malaysia di kawasan berdekatan (seminar, Pembentangan Bisnes UnFranchise™, konvensyen)
           •    Menyokong Persatuan GMTSS Pemilik UnFranchise Market Malaysia.
           •    Membangunkan pembentangan produk/peluang yang meyakinkan
           •    Mengejar pelan perniagaan yang telah diwujudkan mereka
           •    Jangan melupakan matlamat mereka
           •    Memperuntukkan sekurang-kurangnya satu tahun sebelum penilaian akhir bisnes Market Malaysia mereka
           •    Perbincangan dan mesyuarat yang kerap dengan anda, atau sesi kaunseling

Berikut merupakan faktor-faktor asas dan penting yang perlu ditekankan oleh Pemilik UnFranchise anda dalam komitmen pembangunan perniagaan mereka.

           (7)    Latihan: Aturkan Pemilik UnFranchise anda untuk menyertai Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) dan Latihan 5 Langkah Asas (B5) yang diadakan di kawasan berhampiran mereka.

           (8)    Peningkatan Diri: Sokong Pemilik UnFranchise anda untuk memulakan program peningkatan diri yang dengan menggunakan audio, video dan/atau membaca buku yang positif dan bermotivasi yang dirasakan dapat membantu. Sebagai sebahagian daripada program peningkatan diri Pemilik UnFranchise anda, penting untuk anda memberikan ganjaran untuk pencapaian Pemilik UnFranchise anda, apabila ia berlaku. Sarankan agar mereka membaca Kenyataan Matlamat sebanyak dua kali sehari. Mereka perlu menunjukkan Kenyataan Matlamat mereka kepada anda secara berkala. Kenyataan Matlamat ini perlu diubahsuai dan diselaraskan mengikut perkembangan mereka.

Melibatkan diri dalam langkah yang disebutkan di atas dapat memenuhi tanggungjawab anda sebagai penaja. Langkah-langkah ini adalah sangat asas, tetapi penting bagi kejayaan menyeluruh anda berdasarkan kejayaan Pemilik UnFranchise anda. Ini hanyalah latihan penyediaan untuk anda dalam usaha menjadi seorang penaja yang sangat berjaya (dan bukannya gagal menjadi seorang perekrut). Beberapa petua tambahan yang berguna:

           •    Jadilah pendengar yang efektif
           •    Jadilah penyoal yang efektif
           •    Jual — Jangan hanya bercerita
           •    Memimpin dengan menjadi teladan
           •    Sentiasa bertanya kepada diri anda sama ada anda lebih gembira bersama penaja yang mempunyai prestasi yang sama seperti anda atau sebaliknya

Anda mungkin merasakan terdapat banyak cara yang lebih berkesan daripada yang dinyatakan di sini. Mungkin anda betul. Namun, kaedah ini bukan sahaja berkesan, malah, seluruh organisasi susunan bawahan anda boleh menduplikasi langkah-langkah ini. Berulang kali, kaedah ini telah terbukti membolehkan ramai individu mencapai kebebasan kewangan dengan membangunkan perniagaan pemasaran rangkaian yang menguntungkan.

Ingatlah bahawa dengan rangkaian produk di MY.SHOP.COM dan laman web serta struktur pemasaran kita yang pelbagai, anda mempunyai peluang yang menakjubkan untuk membina perniagaan persendirian yang menguntungkan melalui peruncitan produk dan pembinaan organisasi pemasaran melalui penajaan. Sama seperti peluang lain yang penuh dengan ganjaran, masa, usaha, pengetahuan dan tanggungjawab profesional adalah perkara penting. Tanggungjawab ini memerlukan setiap orang untuk menjadi teladan, keperluan membuat susulan dengan pelanggan runcit dan sesiapa sahaja yang ditaja untuk menyertai bisnes ini.

Tidak munasabah sekiranya kita menganggap bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam peluang perniagaan kita melakukannya untuk mencari kegagalan. Lebih baik sekiranya kita menganggap semua orang yang menyertai kita dalam usaha perintis ini mahu berjaya dan mencapai impian mereka. Pengalaman telah menunjukkan secara berulang kali bahawa kunci kejayaan individu selalunya berkait secara langsung dengan kepimpinan yang diberikan penaja peribadi dan penajaan susunan atasan individu tersebut. 

Kita perlu memastikan kita tidak dianggap membuat seseorang berputus asa dengan diri mereka dan berhenti melakukan perniagaan ini kerana kekurangan usaha peribadi dan profesional daripada kita. Bersama-sama kita ditakdirkan untuk berjaya! Mari kita memajukan perniagaan ini. Jadikan ini sebagai salah satu daripada matlamat utama anda untuk menjadi seorang penaja yang terbaik.


SEK. 6         PENAJAAN JARAK JAUH

Penajaan jarak jauh merujuk kepada penajaan Pemilik UnFranchise Market Malaysia yang menetap atau bekerja luar daripada kawasan setempat anda. Mereka merupakan orang yang tidak dapat tindakan susulan daripada anda secara fizikal setiap hari atau setiap minggu. Penajaan jarak jauh yang berjaya boleh meningkatkan produktiviti organisasi anda. 

(A)    Kunci Penajaan Secara Jarak Jauh: Organisasi jarak jauh yang berjaya adalah berdasarkan kepada dua perkara utama:

           (1)    Kekuatan Orang yang Ditaja Anda: Orang yang anda taja secara dari jauh perlulah terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam pemasaran rangkaian, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik serta mempunyai lingkungan pengaruh yang besar, atau mereka yang sanggup bekerja keras secara kendiri untuk belajar tentang perniagaan ini. Mengapa? Hal ini kerana anda tiada bersama mereka setiap hari untuk membimbing mereka apabila diperlukan. Mereka mestilah mempunyai kecekalan yang membolehkan mereka mengharungi cabaran semasa belajar tentang sebuah bisnes baharu dan mengatasi masalah. Penajaan jarak jauh yang berjaya adalah lebih mudah jika anda berurusan dengan orang yang menganggap diri mereka seorang pemimpin.

           (2)    “Anda,” sebagai Penaja: Jika anda berusaha keras untuk membantu Pemilik UnFranchise Bebas baharu anda, maka, penajaan jarak jauh adalah untuk anda. Anda perlu bersedia untuk meluangkan masa yang banyak untuk menghubungi Pemilik UnFranchise yang ditaja dari jauh melalui telefon atau pun Internet, malah, anda mungkin perlu mengunjungi mereka selepas mereka memulakan perniagaan.

(B)    Langkah-langkah Penajaan Jarak Jauh

           (1)    Hubungi prospek anda. Jangan meminta orang lain untuk membuat hubungan di peringkat awal bagi pihak anda. Sekiranya mereka bakal menjadi Pemilik UnFranchise anda, maka anda yang perlu membuat panggilan tersebut. Tujuan panggilan ini adalah untuk mengetahui sama ada mereka berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Market Malaysia.

           (2)    Sediakan komunikasi secara elektronik untuk prospek baharu anda. Anda perlu memasukkan:

                      •    Satu video Market Malaysia, alamat laman web anda, MY.SHOP.COM, marketMalaysia.com, sebarang muat turun yang melibatkan produk, termasuk Brosur Korporat dengan maklumat anda yang diisi pada borang permohonan dan pesanan.
                      •    Sebarang maklumat yang ditemui berkenaan mesyuarat atau latihan tempatan Market Malaysia di kawasan berhampiran mereka (mengikut Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Tempatan - GMTSS)
                      •    Pengenalan Anuiti Beli-Belah™
                      •    Maklumat lain yang anda rasa dapat membantu keputusan membeli, seperti maklumat produk
                      •    Nama individu dengan peranan kepimpinan yang telah berbincang dengan anda untuk menentukan tahap aktiviti di kawasan sekitar prospek anda

           (3)    Hantar maklumat yang telah dilampirkan kepada prospek anda. Sekarang, hubungi prospek anda untuk menetapkan satu mesyuarat secara dalam talian. (disarankan Zoom vs Skype, WhatsApp)

           (4)    Buat susulan! Pastikan anda kerap berhubung, melalui telefon dan e-mel. Jawab semua soalan mereka. Jemput Penyelaras Eksekutif susunan atasan atau Tahap Pin yang lebih tinggi untuk bercakap dengan mereka melalui telefon dengan memulakan panggilan tiga hala atau meminta Penyelaras Eksekutif susunan atasan anda untuk membuat panggilan susulan.

           (5)    Tetapkan matlamat anda untuk melawat sendiri Pemilik UnFranchise baharu tersebut.

Penajaan jarak jauh yang berjaya memerlukan kesabaran, ketekunan dan pelaburan masa dan wang. Anda perlu faham bahawa kadangkala, niat dan rancangan hebat anda mungkin akan berakhir dengan kegagalan. Apabila anda mempertimbangkan keuntungan rangkaian seluruh negara yang terdiri daripada Pemilik UnFranchise Market Malaysia dalam organisasi anda, anda akan melihat bahawa ia adalah satu pelaburan yang sangat bijak!


SEK. 7         MENJADI MODEL PENDORONG

Motivasi adalah proses dua langkah yang menawarkan insentif dan pengiktirafan atas pencapaian Pemilik UnFranchise anda. Jangan melepaskan peluang untuk mengiktiraf pencapaian Pemilik UnFranchise, tanpa mengira tahap pencapaian tersebut. Walaupun niat anda baik, dorongan untuk setiap individu hadir dari hati yang ikhlas . . . ia tidak boleh dipaksa. Peluang pemasaran rangkaian adalah untuk orang yang menginginkannya, tidak semestinya untuk orang yang memerlukannya. Menggunakan teknik penetapan matlamat secara berkesan dengan organisasi anda adalah kunci untuk setiap dorongan. Jika mereka menginginkannya dan mereka fikir mereka boleh mendapatkannya, mereka boleh didorong untuk mencapainya. Maklumat yang spesifik dan terperinci dalam melaksanakan program tetapan matlamat anda sendiri disertakan dalam Manual ini. Belajar dan gunakan maklumat ini untuk diri anda sendiri dan gunakannya untuk membantu Pemilik UnFranchise yang ditaja.


SEK. 8        ANUGERAH PRESTASI

Dalam sesi tetapan matlamat dengan Pemilik UnFranchise Bebas anda, bincangkan keperluan dan kemahuan mereka. Dengar luahan mereka dan tulis satu senarai tentang perkara yang anda boleh tawarkan kepada mereka sebagai insentif. Ingat, insentif tersebut perlulah sesuatu yang penting kepada orang ingin didorong anda. Sesuatu insentif tidak perlu mahal untuk memberi kesan kepada seseorang, tetapi kosnya haruslah memberi pulangan kepada anda melalui aktiviti yang dijana oleh insentif tersebut.

(A)    Beberapa petua lanjut tentang ganjaran prestasi antaranya:

           •    Sentiasa memberikan ganjaran semasa mesyuarat atau acara berkumpulan, supaya Pemilik UnFranchise anda mendapat kepuasan tambahan daripada pengiktirafan secara berkumpulan.

           •    Jadikan program insentif anda sebagai sesuatu yang boleh dicapai melalui usaha yang munasabah. Matlamat yang tidak realistik  tidak sesuai dijadikan sebagai matlamat.

           •    Adalah disarankan untuk menawarkan program insentif kecil yang berterusan berbanding menawarkan insentif yang besar sekaligus. Lebih ramai yang akan menyertai program tersebut dan anda akan membina tabiat kemenangan.

           •    Ganjaran atau pengiktirafan bagi pencapaian mestilah tepat pada masanya supaya ia berkesan. Buat pembentangan secepat yang mungkin selepas sesuatu matlamat telah dicapai. Bekerja keras dalam mencapai sesuatu matlamat dan tidak dihargai adalah sesuatu yang mengecewakan.

           •    Memberikan setiap anugerah insentif, tanpa mengira tahap, dengan pujian yang memberangsangkan.

(B)    Contoh Insentif:    

           •    Anugerah peribadi khas daripada anda
           •    Rombongan ke konvensyen, Pejabat Korporat Market Malaysia dan lain-lain.
           •    Menghantar jambangan bunga atau buah-buahan ke rumah Pemilik UnFranchise.

(C)    Contoh Pengiktirafan:    

           •    Tersenarai dalam surat berita bulanan anda
           •    Mengadakan upacara penganugerahan di mesyuarat anda
           •    Panggilan telefon khas daripada anda
           •    Emel dan surat tahniah

Cuba menjadi kreativiti dengan kaedah pengiktirafan anda dan menikmati saat-saat gembira itu dengan mereka. Pemilik UnFranchise anda bukan sahaja akan berasa gembira dengan sentuhan istimewa itu, malah mereka juga akan terdorong dengan pengiktirafan yang menaikkan semangat mereka.


SEK. 8        PESANAN PROGRAM AUTOSHIP UNFRANCHISE

Tidak dapat dinafikan, Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia dan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP) adalah pelan pampasan yang paling hebat yang pernah tercipta. Ia memaksimumkan kesan hasil pertumbuhan, volum dan pendapatan yang terkumpul. Disebabkan pertumbuhan dan jualan baharu yang berterusan, selain daripada jualan yang dijana semula, anda boleh membangunkan pendapatan berterusan yang besar dan terjamin. Pendapatan anda tidak semestinya perlu bergantung kepada pencapaian atau perolehan anda dalam volum baru pada minggu atau bulan ini. Perniagaan ini sememangnya mudah jika difikirkan. Pertama, kita menjual produk runcit. Peruncitan bukan sahaja menghasilkan keuntungan segera, ia juga menjana Volum Perniagaan untuk komisen di bawah MPCP. Kita bina Anuiti Beli-Belah kita. Kemudian, kita cuma perlu menduplikasinya dengan menaja orang lain dan mengajar mereka untuk melakukan perkara yang sama. Ia bukan tentang penjualan seseorang secara individu, tetapi, penjualan secara kolektif, yang menghasilkan potensi pendapatan yang besar dalam pelan ini. Anda bukan sahaja memperoleh pendapatan untuk penghasilan baharu bagi masa dan usaha yang dilaburkan dalam bisnes pada bulan ini, tetapi juga perolehan yang telah dibangunkan pada bulan lalu, dua bulan lalu, tiga bulan lalu, enam bulan lalu, malah setahun yang lalu! Inilah yang dimaksudkan dengan kesan terkumpul. Dalam pekerjaan biasa, anda cuma akan dibayar untuk masa yang diberikan pada bulan ini. Dalam bidang jualan, anda hanya dibayar untuk jualan yang dibuat pada bulan ini daripada masa yang diberikan bulan ini. Namun, jika anda melakukan perniagaan ini dengan cara yang bijak, anda akan terus dibayar untuk masa yang dilaburkan pada bulan lalu, termasuk bayaran untuk usaha anda pada bulan ini. Hal ini disebabkan usaha yang dibangunkan anda pada bulan-bulan sebelumnya terus menghasilkan jualan dan volum untuk bulan ini juga. Inilah sebab anda boleh menjana wang yang banyak melalui perniagaan ini. Jadi, bekerja dengan bijak adalah lebih penting daripada bekerja keras. Kita mahu memaksimumkan kesan terkumpul ini. Kita mahu memaksimumkan jualan berulang termasuk jualan baharu oleh setiap Pemilik UnFranchise secara berterusan.

Konsep AutoShip mempercepatkan dan menyokong proses ini, selain memastikan Pemilik UnFranchise menjadi produk kepada produk dan terus aktif dalam bisnes ini. Pertama, Pemilik UnFranchise yang menggunakan produk mereka sendiri untuk membina Anuiti Beli-Belah mereka akan meningkatkan volum mereka secara dramatik. Kedua, ia meningkatkan jualan setiap Pemilik UnFranchise. Apabila Pemilik UnFranchise menggunakan produk-produk ini sendiri, mereka bukan sahaja belajar tentang produk tersebut, tetapi mereka juga mempercayainya. Jadi, mudahlah untuk menceritakan kepada orang lain tentang produk tersebut. Malah, apabila mereka memiliki produk tersebut di rumah mereka sendiri, orang akan bertanya tentangnya. Ini cuma mengenai perkongsian atau “bercerita” — dan rakan-rakan, saudara-mara, kenalan, jiran dan rakan sekerja pasti mahu membelinya. Ketiga, apabila Pemilik UnFranchise memiliki bekalan produk yang sedikit untuk dijual, lebih mudah bagi mereka untuk terus mengambil pesanan dan melengkapkan jualan. Hasilnya memang luar biasa. Akhirnya, mendaftar dalam Program AutoShip dapat memastikan Pilihan Akruan Bulanan dipenuhi setiap bulan bagi Pemilik UnFranchise yang layak. Dan supaya penaja anda dapat meletakkan volum ke dalam pusat perniagaan anda. Ia turut mengurangkan tugas pentadbiran. 

(A)    Kuasa Pendapatan Berterusan: AutoShip adalah satu langkah yang bijak. Pastinya, jika anda mempunyai sebuah kedai, anda tidak akan keluar dan membeli produk pada harga runcit — sedangkan anda boleh membeli produk yang sama dari kedai anda pada harga borong! Pendek kata, tindakan itu memang tidak masuk akal. Sebagai seorang Pemilik UnFranchise Market Malaysia, anda sebenarnya memiliki “Pusat Membeli-belah Tanpa Sempadan™” anda yang tersendiri. Lihat semua produk yang dijual di “Pusat Membeli-belah tanpa Sempadan” anda.

           Secara purata, seseorang individu membelanjakan lebih kurang RM1,200 ke RM2,000 pada setiap bulan untuk membeli barangan yang sama pada harga yang lebih tinggi. Anda hanya perlu memindahkan perbelanjaan tersebut ke dalam perniagaan anda, dan ia pasti tidak akan merugikan anda. Dengan menjadi Isi Rumah Market Malaysia, keluarga anda akan dapat menikmati manfaat daripada penggunaan produk Market Malaysia secara peribadi, dan anda boleh membelinya pada Kos Pemilik UnFranchise. Secara realiti, anda “membeli daripada perniagaan anda sendiri.” Memang masuk akal!

           Apabila anda fikirkan tentang semua wang yang dibelanjakan anda dan seisi rumah anda setiap tahun bagi produk dan perkhidmatan, dan anda memindahkan sebahagian wang yang digunakan itu untuk membeli daripada perniagaan anda sendiri termasuk MY.SHOP.COM, anda sedang berjimat dan memperoleh wang. Anda sedang membina Anuiti Beli-Belah. Rakan-rakan, saudara-mara dan pelanggan pasti mahu melakukan perkara yang sama: berjimat dan menikmati kemudahan produk baru yang dihantar terus ke pintu mereka. Sesuatu yang dilihat sebagai komitmen kecil boleh berkembang kepada pendapatan yang besar.

(B)    Memastikan Pilihan Akruan Bulanan Dipraktikkan: Bagi Pemilik UnFranchise Berkelayakan, Pilihan Akruan Bulanan diuruskan secara automatik dengan mendaftar Program AutoShip Market Malaysia. Pilihan "Perlindungan Akruan”untuk UFO memastikan jumlah sesuai dipesan setiap bulan secara automatik apabila seorang Pemilik UnFranchise bergerak ke Tahap UnFranchise yang baharu. Pilihan Akruan Bulanan adalah sangat penting dalam MPCP. Untuk menyertainya, anda perlu menghantar satu pesanan BV minimum dan langganan bulanan Sistem Pengurusan UnFranchise pada tarikh kelayakan (Q-date) yang ditetapkan bagi anda pada setiap bulan. Jika anda terlepas tarikh tersebut, atas sebarang alasan, komputer akan mengosongkan volum anda dan anda tidak boleh melakukan apa-apa. Cara mudah untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku dan memastikan anda sentiasa memenuhi Pilihan Akruan Bulanan adalah dengan menyertai Program AutoShip Market Malaysia.

(C)    Cari Pengganda: Paul J. Meyers, Pengasas SMI International (Success Motivation Institute) yang terkenal, pernah mengatakan kepada satu kumpulan wakil jualan yang terkemuka, “Untuk menikmati kekayaan dalam perniagaan ini, anda mesti mencari pengganda.” Beliau menerangkan bahawa semua peniaga yang sangat berjaya menemui konsep atau perniagaan yang berjaya, kemudian, menduplikasinya. Dengan itu, mereka mencipta kejayaan dan lazimnya, mereka berjaya mencipta kekayaan.

           Sebagai bukti, lihatlah perniagaan francais yang berjaya, seperti McDonalds, atau syarikat pemasaran rangkaian seperti Market Malaysia. Kehebatan Market Malaysia adalah anda tidak perlu mencari konsep atau perniagaan yang berjaya; ia telah pun dicipta untuk anda. Anda tidak perlu mencari pengganda tersebut; cuma perlu melihat pada pengganda itu. Setelah anda benar-benar mengenali keupayaan pengganda dan AutoShip, tiada apa pun yang dapat menghalang anda daripada berkongsi peluang ini dengan orang lain. Itu sendiri sudah pun menghasilkan kesan pengganda untuk anda. Formula AutoShip dengan program AutoShip Market Malaysia dapat membantu anda memperoleh RM6,000 ke RM14,400 setiap minggu apabila anda menduplikasikannya dalam organisasi anda!

AutoShip dan Pelanggan = Volum yang Dijamin = Cek Mingguan 

           Belajar tentang ini ini dan ajarkan ia! Terdapat banyak cara untuk memanfaatkan sistem ini. Ini adalah sistem terjamin yang pasti membantu anda mendapatkan volum untuk melayakkan anda memperoleh cek mingguan sambil membina organisasi anda dengan menggunakan Program AutoShip. Pastikan setiap Pemilik UnFranchise dalam kumpulan anda menjadi Isi Rumah Market Malaysia dan membina Anuiti Beli-Belah mereka. Hakikatnya, bekerja dan membina secara eksklusif bersama orang yang akan komited menjana 50 sehingga 500 Volum Perniagaan Persendirian setiap bulan adalah perkara yang logik. Jika sebaliknya, mereka memang tidak komited dan tidak menggunakan produk itu sendiri, apatah lagi ingin menjualnya! Jika mereka tidak menggunakannya, mereka takkan menjualnya.

           (1)    AutoShip: Ia tidak merugikan anda sekiranya anda membeli produk berkualiti untuk kegunaan sendiri berbanding dengan membeli produk yang serupa dari kedai lain. Anda, Pemilik UnFranchise dan pelanggan anda cuma memindahkan wang yang memang telah dibelanjakan di kedai runcit kepada produk daripada Market Malaysia atau MY.SHOP.COM. Berapa banyakkah barang dalam senarai harga yang anda sudah pun membeli pada setiap bulan? Semua orang sekurang-kurangnya memerlukan produk penjagaan rumah SNAP™ dan beberapa produk nutrisi. Cipta satu senarai semak. Semak Senarai Beli-belah dari Rumah dan lakukan Penilaian Anuiti Beli-belah dan lihat barangan yang diperlukan atau dibelanjakan setiap bulan. Lakukan pesanan tetap bagi item-item ini sebanyak 50 BV hingga 500 BV atau lebih tinggi.

           (2)    Pembelian yang Dirancang: Apakah item yang diperlukan dalam rumah anda pada tahun seterusnya? Buat satu senarai:

                      •    Setiap rumah perlulah memiliki satu penapis air Pure H2O™
                      •    Setiap wanita perlu menggunakan Skintelligence, Cellular Laboratories™, Lumière de Vie®
                      •    Setiap orang memerlukan perlindungan daripada elemen dan perlu memilik OPC-3 ™dan Isotonix ™ Daily Essentials untuk kesihatan umum.
                      •    Semua orang berbelanja untuk hadiah sempena Hari Valentine, hari lahir, ulangtahun, Krismas dan lain-lain. Jadi, secara strategiknya, mereka sepatutnya membeli hadiah daripada laman MY.SHOP.COM mereka sendiri.

           (3)    Inventori Dan Pesanan Tetap: Setiap Pemilik UnFranchise setidaknya patut menjadi pakar dalam salah satu Bidang Utama Universiti Market Malaysia, dan mempromosi kedai tersebut. Seperti pepatah yang mengatakan, “Anda tidak boleh menjual sesuatu yang anda tiada. Anda tidak boleh menjual kasut dari kedai kasut yang kosong atau menjual tali leher dari rak tali leher yang kosong.” Jadi, tidak hairanlah jika anda mendapatkan bekalan produk yang dijual setiap bulan agar anda memiliki produk tersebut untuk dijual! Buat pesanan tetap. Setiap bulan, pesanan tersebut akan dihantar kepada anda tanpa gagal. Anda akan mendapat semula wang selepas anda menjual produk tersebut dan anda turut mendapat pulangan keuntungan. Jika semua orang dalam susunan bawahan anda melakukan semua ini, apa agaknya yang akan berlaku? Pertama, semua orang akan menjual lebih banyak produk dan semua orang diberikan volum tersebut! Pelanggan Keutamaan: Berbincang dengan Pelanggan Keutamaan anda. Jual Pek SNAP bulanan kepada mereka. Atau, tuliskan satu senarai tentang semua barang yang telah pun dibeli mereka dan minta mereka memesannya dari Market Malaysia berbanding membelinya dari kedai. Letakkan ia ke dalam pesanan AutoShip. Ini tidak akan merugikan mereka kerana mereka sudah pun berbelanja di kedai lain. Jika semua Pemilik UnFranchise dalam kumpulan anda mempunyai dua orang pelanggan dengan AutoShip, apa yang akan berlaku? Kesimpulannya, jika anda mempunyai 100 Pemilik UnFranchise pada akhir bulan keenam, setiap satu daripada mereka dengan dua orang pelanggan yang masing-masing mengaktifkan Program AutoShip pada purata 50 Volum Perniagaan, ia bersamaan dengan 10,000 Volum Perniagaan Kumpulan tambahan yang pasti untuk setiap bulan.

(D)    Mengajar Autoship dan Pemprograman dalam Organisasi Anda: Terdapat dua langkah mudah untuk menduplikasi konsep ini dalam organisasi anda dan mengekalkannya.

           (1)    Pembentangan Pelan Pemasaran: Pertama, setiap kali bercakap tentang “Menghasilkan Volum Perniagaan,” langkah kedua dalam pelan tersebut adalah untuk mengenal pasti cara untuk menghasilkan Volum Perniagaan:

                      •    Penggunaan peribadi
                      •    Peruncitan
                      •    Promosi
                      •    AutoShip Pelanggan Keutamaan
                      •    Pemasaran Satu kepada Satu
                      •    Jualan e-dagang Dalam Talian

                      Terangkan setiap satu daripadanya secara ringkas. Lakarkan ilustrasi. Apabila bercakap tentang AutoShip, keluarkan Program AutoShip Market Malaysia dan terangkan program tersebut. Terangkan kepada mereka bahawa ia memang tidak merugikan kerana mereka hanya memindahkan perbelanjaan dari kedai runcit kepada perniagaan ini dan mereka sebenarnya dapat menjimatkan wang. Berikan contoh. Tunjukkan bahawa secara purata, seorang individu akan membelanjakan antara $50.00 hingga $500.00. Gunakan Penilaian Beli-Belah untuk menunjukkan pendapatannya. Kedua, apabila bercakap tentang Pilihan Akruan Bulanan, terangkan bahawa jika mereka menyertai Program AutoShip, hal ini akan diuruskan secara automatik.

           (2)    Susulan Pasca-Pembentangan: Dalam susulan selepas mesyuarat, keluarkan Senarai Membeli-belah dari Rumah AutoShip Market Malaysia atau lebih baik lagi, lakukan Anuiti Beli-Belah bersama mereka. Lihat semua penjimatan dan produk. Tunjukkan kepada mereka betapa mudahnya untuk menyertai Program AutoShip dan mula membina Anuiti Beli-Belah mereka sendiri. 


SEK. 10         SISTEM PENGURUSAN UNFRANCHISE

Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) adalah satu langkah penting dalam karier anda untuk menjadi seorang yang profesional! UFMS memberikan satu perbezaan yang besar terhadap keupayaan anda dalam menguruskan perniagaan, memaksimumkan komisen tahunan anda dan terus berkembang. Anda juga pasti mahu menggalakkan organisasi anda untuk melanggan UFMS, bukan sahaja untuk membantu mengekalkan akruan Volum Perniagaan Kumpulan dari bulan ke bulan, tetapi juga supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan mampu menguruskan perniagaan mereka dengan lebih baik. Perkhidmatan dan keistimewaan dalam Sistem Pengurusan UnFranchise termasuklah:

(A)    Laporan Pemilik UnFranchise: Sama seperti berada di ibu pejabat korporat - komputer di kediaman anda boleh dipautkan kepada sistem komputer Market Malaysia. Dengan telefon, tab atau komputer anda, anda dapat mengakses ke sistem kami. Lihat volum jualan anda pada bila-bila masa untuk Laporan Jualan Terperinci bagi organisasi jualan anda. Laporan genealogi disediakan dengan nama, alamat dan nombor telefon. Ia menunjukkan Pemilik UnFranchise tajaan peribadi, Pemilik UnFranchise dengan AutoShip, Pemilik UnFranchise yang aktif dalam organisasi jualan anda dan tahap pencapaian mereka. UFMS juga mengandungi Laporan Penyingkiran Volum Jualan–laporan volum jualan yang mungkin akan disingkirkan kerana kekurangan aktiviti pesanan perniagaan. Anda boleh mencetak laporan-laporan ini untuk diri sendiri atau untuk organisasi jualan anda. Anda boleh menentukan di mana anda boleh menempatkan Pemilik UnFranchise baru dan Volum Perniagaan (BV) tambahan. Setelah anda membiasakan diri untuk menggunakan Sistem Pengurusan UnFranchise, anda pasti rasa bertuah.

(B)    Laporan Pendaftaran Tahunan: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi anda mengikut Bulan Permulaan yang dipilih. Ini membolehkan anda memastikan agar setiap orang mendaftar perniagaan mereka tepat pada masanya.

(C)    Laporan Penyelaras Eksekutif Bertauliah: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan senarai Penyelaras Eksekutif Bertauliah (CEC) yang aktif dalam susunan bawahan Pemilik UnFranchise. Penyelaras Eksekutif Bertauliah Aktif ditakrifkan sebagai CE yang membayar yuran pembaharuan tahunan. 

(D)    Laporan Rekod Komisen: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan semua Komisen yang diperoleh dalam julat tarikh yang telah dipilih. Hasil carian ini termasuk margin keutungan runcit yang didepositkan ke akaun kredit anda serta Komisen dan Bonus MPCP dan IBVCP. 

(E)    Laporan Organisasi Grafik: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan secara grafik organisasi susunan bawahan Pemilik UnFranchise yang terpilih. Laporan ini akan memaparkan cabang luar merangkumi sehingga 13 tahap susunan bawahan Pemilik UnFranchise yang terpilih.

(F)    Program UFO Utama: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan perkembangan dalam mendapatkan kelayakan dan/atau kelayakan semula sebagai Pemilik UnFranchise® Utama. Borang ini menjejak status kriteria khusus dan mengisi status tersebut dalam borang ini secara automatik. Ia juga menyediakan ruang untuk mengisi dan menghantar item yang berkaitan dengan kriteria tambahan, seperti tiket latihan dan acara. Semua medan mestilah dilengkapkan untuk sukuan yang dipilih sebelum borang ini boleh dihantar. 

(G)    Laporan Volum Jualan Rangkaian: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan jumlah volum kumpulan untuk organisasi susunan bawahan, sama seperti laporan volum jualan. Walau bagaimanapun, laporan ini diformatkan untuk memaparkan kumpulan bagi setiap Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) mengikut susunan genealogi. Sama seperti Laporan Rangkaian Pemilik UnFranchise. Laporan ini boleh digunakan untuk mencari volum bebas dalam rangkaian genealogi serta jumlah BV atau IBV untuk Pemilik UnFranchise tertentu dalam susunan bawahan anda.

(H)    Laporan Peletakan Terbuka: Laporan ini adalah untuk menunjukkan peletakan tersedia di cabang luar BDC yang dilaporkan. Laporan ini dikeluarkan berdasarkan ID dan Lanjutan yang dimasukkan serta menunjukkan dua peletakan iaitu peletakan terbuka kiri paling bawah dan kanan paling bawah untuk cabang paling luar (pasukan).

(I)    Laporan Volum Peribadi: Laporan ini bertujuan untuk memantau volum persendirian yang diletakkan secara langsung pada Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) tertentu. Laporan ini boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa syarat volum perniagaan persendirian bulanan dan sukuan telah dipenuhi. 

(J)    Laporan Volum Jualan Jaringan yang Ditaja Secara Peribadi: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan jumlah volum kumpulan untuk susunan bawahan tajaan peribadi, sama seperti Laporan Volum Jualan. Walau bagaimanapun, laporan ini diformatkan untuk memaparkan kumpulan bagi setiap Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) mengikut susunan genealogi, sama seperti Laporan Rangkaian Pemilik UnFranchise. Laporan ini boleh digunakan untuk mencari volum bebas dalam rangkaian genealogi serta jumlah BV atau IBV untuk Pemilik UnFranchise tertentu dalam susunan bawahan anda.

(K)    Laporan Pasca Penyingkiran: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan jumlah volum dalam susunan bawahan yang telah disingkirkan.

(L)    Laporan Jualan Produk: Laporan ini bertujuan untuk menunjukkan perakaunan untuk pembelian atau jualan semua produk berjenama eksklusif syarikat termasuk butiran mengenai kos borong, untung runcit, kos beli-belah dan pengurusan, cukai dan yuran.  Laporan ini sesuai untuk kira-kira dan mungkin juga untuk tujuan percukaian. 

(M)    Laporan Amaran Penyingkiran: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan yang telah dijadualkan untuk disingkirkan jika syarat sukuan mereka (Cth: 150BV dan Borang MY1000) tidak dipenuhi. Tambahan itu, laporan ini akan menunjukkan Pemilik UnFranchise yang disenaraikan mengikut bulan permulaan mereka, yang mungkin menyingkir secara tahunan.

(N)    Laporan Volum Jualan Rangkaian Aktif yang Berkelayakan: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan Laporan Volum Jualan Rangkaian untuk Pemilik UnFranchise yang Berkelayakan dan Aktif dalam organisasi susunan bawahan. Semua Pemilik UnFranchise mesti memenuhi kelayakan dengan menjanakan pesanan produk yang sama dengan atau yang lebih besar daripada 200 Volum Perniagaan Persendirian. Pemilik UnFranchise yang Aktif dapat meneruskan keahlian tahunan dengan menghantar Borang Pembaharuan Tahunan berbayar. 

(O)    Laporan Volum Jualan / Jualan Terperinci: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan jumlah volum kumpulan dalam kedua-dua sisi organisasi susunan bawahan. Maklumat ini adalah sama seperti maklumat yang anda terima daripada Powerline Voice Link (PVL).

(P)    Laporan Ahli Utama Anuiti Beli-Belah: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan prestasi Pemilik UnFranchise ke arah pencapaian Ahli Utama Anuiti Beli-Belah. Laporan ini menjejak status diri anda atau mana-mana Pemilik UnFranchise dalam organisasi anda dalam melengkapkan kriteria, dan memaparkan butiran yang berkait dengan setiap daripadanya.

(Q)    Laporan Jaringan Pemilik UnFranchise. Laporan ini bertujuan untuk memaparkan peletakan Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan Pemilik UnFranchise yang terpilih serta maklumat lain yang berguna tentang setiap Organisasi Pemilik UnFranchise. Walau bagaimanapun, tujuan utama laporan ini adalah untuk menunjukkan mana-mana Pemilik UnFranchise yang bebas dalam genealogi tersebut. Maklumat yang berguna ini termasuk Status AutoShip UnFranchise dan Tarikh Pesanan Berikutnya, Status BDC, Susunan Bawahan yang Ditaja secara Peribadi, Tahap Pin (laporan ini akan memaparkan tahap Utama dan ke atas), Status UFMS, Tarikh Mula, Q-Date dan Baki Kredit-Debit.

(R)    Laporan Kelayakan Pemilik UnFranchise: Laporan ini disediakan untuk memaparkan pelbagai butiran yang berguna tentang Perniagaan UnFranchise anda atau BDC tertentu. Anda dapat melihat beberapa nilai yang pelbagai berkaitan dengan kelayakan, sebagai contohnya, Tahap Pin dan Tarikh, Q-Date (Tarikh Kelayakan), Tarikh Mula, Tarikh LanggananTerakhir dan Status, Status Langganan (Pelayak UFMS, SAMM), Status Borang (MY1000, MY925, MY1001), dan Status AutoShip UnFranchise serta Tarikh Pesanan Seterusnya.

(S)    Laporan Kepentingan Hak Terletak Atasan: Laporan ini bertujuan untuk memaparkan UVI (Kepentingan Hak Terletak Atasan) Pemilik UnFranchise. Market America memutuskan bahawa Pemilik UnFranchise yang dikenal pasti sebagai Pemilik UnFranchise UVI mempunyai kepentingan kewangan yang paling besar dalam Pemilik UnFranchise tertentu dalam organisasi mereka.

(T)    Pesanan 24 Jam Secara Dalam Talian: Buat pesanan tujuh hari seminggu, 24 jam sehari dan nikmati kemudahan membuat pesanan secara dalam talian.


SEK. 11       KEPENTINGAN MENGEKALKAN INVENTORI YANG BAIK

Untuk membina bisnes khidmat pelanggan yang kukuh, anda perlulah mengekalkan inventori yang munasabah untuk melayani pelanggan baharu dan mereka yang tidak membeli secara dalam talian. Ini adalah langkah pertama dalam memberikan perkhidmatan yang baik untuk pelanggan anda. Dengan merancang untuk masa hadapan, anda dapat memenuhi keperluan pelanggan anda. Inventori yang lengkap juga akan membantu anda mencapai matlamat jualan yang lebih tinggi, mendorong anda untuk mencari pelanggan baru, meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan kos perniagaan.

Pemilik UnFranchise yang betul-betul berminat untuk membangunkan organisasi dan membangunkan perniagaan berasaskan pelanggan yang kukuh perlu mempertimbangkan sekurang-kurangnya inventori pembinaan perniagaan sebanyak 1,000 BV. Ini akan memberikan Pemilik UnFranchise baharu:

           •    Produk yang mencukupi untuk digunakan secara peribadi dan memupuk kepercayaan terhadap produk
           •    Beberapa produk untuk dipamerkan atau sebagai sampel untuk memperkenalkan rangkaian produk itu kepada orang ramai
           •    Produk untuk dibekalkan kepada pelanggan pertama mereka dengan segera.
           •    Produk untuk membantu beberapa Pemilik UnFranchise baharu untuk bermula

Walaupun tiada pembelian yang diwajibkan untuk menjadi Pemilik UnFranchise Market Malaysia, mempunyai inventori berskala kecil adalah sangat munasabah. Anda juga boleh menyarankan pelanggan untuk membuat pesanan secara dalam talian untuk memudahkan. Namun, ramai pelanggan yang buat keputusan untuk membeli menginginkan produk baharu tersebut dengan segera. Pemilik UnFranchise yang ingin mencapai matlamat mereka melalui kumpulan pelanggan dan organisasi Pemilik UnFranchise yang berjaya dan kukuh mestilah mengekalkan inventori berdasarkan saiz perniagaan mereka. Jumlah inventori yang diperlukan adalah berbeza untuk setiap Pemilik UnFranchise . Anda boleh membuat pesanan setiap hari jika perlu. Seorang individu yang menjual dengan cara menunjukkan produk, memerlukan setidaknya beberapa item. Seorang pemilik UnFranchise yang menaja atau berharap untuk menaja, sangat memerlukannya berbanding seseorang yang hanya berminat dengan perniagaan runcit yang kecil. Garis panduan yang disarankan adalah mengekalkan satu dan satu setengah sehingga dua kali ganda volum pembelian bulanan anda. Jika anda meningkat kepada RM4,000 setiap bulan, inventori yang disarankan adalah sekitar RM6,000 atau RM8,000.

Apa pun keputusan anda, ingatlah bahawa anda menubuhkan perniagaan ini untuk memperoleh untung, bukan untuk berbelanja, di samping mengumpul maklumat daripada pelanggan anda. Lebih kerap anda mengunjungi pelanggan anda untuk membuat penghantaran dan melengkapkan jualan, lebih sedikit keuntungan yang diperoleh.  Lebih sedikit produk yang anda miliki, lebih berkurang jualan anda dan seterusnya, begitu juga keuntungan anda.