Bab Dua Belas: Pelan Pemasaran dan Aktiviti Promosi

 

SEK. 1     PENGURUSAN MPCP/TANGGUNGJAWAB PENYELIAAN

Pemilik UnFranchise™ dibayar komisen untuk mengurus, melatih, membekal, menyokong dan mendorong organisasi mereka untuk menghasilkan jumlah jualan runcit. Perlu ada suatu fungsian jualan dan penyeliaan yang berterusan. Pemilik UnFranchise tidak memperoleh komisen di bawah Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP) bagi pengeluaran semata-mata. Pemilik UnFranchise dibayar untuk mengurus organisasi mereka dan menghasilkan jualan runcit. Pemilik UnFranchise mesti dapat menyediakan dokumentasi yang menunjukkan pelaksanaan fungsian ini atas permintaan Market Malaysia. Garis panduan yang berikut terpakai ke atas tanggungjawab Pemilik UnFranchise di bawah MPCP. Kegagalan untuk menjalankan tanggungjawab pengurusan yang diterangkan di bawah menjadi asas dalam pengambilan tindakan pembetulan oleh pihak syarikat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, melucutkan hak atau penarikan komisen, perlu menghadiri latihan tambahan dan dalam kes kegagalan menjalankan tugas yang kronik atau teruk, penamatan kontrak Pemilik UnFranchise. 

Pemilik UnFranchise: Pemilik UnFranchise mempunyai tanggungjawab utama bagi memastikan tahap kejayaan yang mereka idamkan. Mereka bertanggungjawab untuk memiliki pengetahuan luas tentang kandungan Manual UnFranchise Market Malaysia (iaitu, dasar, prosedur dan peraturan).

Penaja: Penaja mempunyai tanggungjawab khusus untuk mematuhi semua peruntukan berkaitan dengan penajaan yang diterangkan dalam Terma dan Syarat Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dan juga dasar serta prosedur lain yang berkuat kuasa.

Penyelaras: Selain daripada tanggungjawab yang dinyatakan dalam “Penaja” di atas, Penyelaras mesti melatih dan bekerja dengan semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi mereka hingga ke Penyelaras aktif yang seterusnya. Selain itu, mereka mesti menyelia Penyelaras susunan bawahan dan memastikan Penyelaras ini menyokong dan melatih semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi mereka. Seorang penyelaras bertanggungjawab untuk membentangkan Pelan Pemasaran kepada Pemilik UnFranchise baru.

Penyelaras Eksekutif: Selain daripada tanggungjawab yang dinyatakan dalam “Penaja” di atas, Penyelaras Eksekutif terikat secara kontraktual (iaitu, Perakuan dan Perjanjian Penyelaras Eksekutif) untuk menguatkuasakan dasar, prosedur, jaminan belian semula, dasar pemulangan barang dagangan dan peraturan hingga ke tahap Penyelaras Eksekutif yang seterusnya dalam organisasi susunan bawahan mereka. Jika Penyelaras Eksekutif susunan bawahan yang seterusnya tidak melaksanakan tanggungjawab ini, Penyelaras Eksekutif susunan atasan mesti memaklumkan kepada kepimpinan susunan atasan dan mesti melaksanakan tanggungjawab Penyelaras Eksekutif susunan bawahan yang tidak mematuhi tanggungjawabnya sehingga Penyelaras Eksekutif susunan bawahan lain dilantik dalam organisasi tersebut bagi mengambil alih/melaksanakan tanggungjawab ini untuk organisasi tersebut. 

Penyelaras Eksekutif Bertauliah: Selain daripada tanggungjawab yang dinyatakan dalam “Penaja” dan “Penyelaras Eksekutif” di atas, Penyelaras Eksekutif Bertauliah harus menyampaikan Latihan 5 Langkah Asas kepada semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi mereka sehingga Penyelaras Eksekutif Bertauliah yang seterusnya. Hanya Penyelaras Eksekutif Bertauliah (iaitu, Penyelaras Eksekutif yang lulus Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif) boleh mengendalikan Pembentangan Perniagaan UnFranchise, Latihan Pemilik UnFranchise Baru dan Latihan 5 Langkah Asas yang diadakan secara terbuka.

Penyelaras Profesional dan Tahap UnFranchise yang Lebih Tinggi: Selain daripada tanggungjawab yang dinyatakan di atas, pengurus ini harus memastikan bahawa semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan mereka disokong dan dilatih dengan sewajarnya melalui fungsian komunikasi dan penyeliaan berterusan kepada kepimpinan susunan bawahan.

Jurulatih Bertauliah: Jurulatih Bertauliah akan melaksanakan semua tanggungjawab mengikut dasar dan prosedur dalam Manual UnFranchise Market Malaysia. Mereka juga akan memastikan mana-mana Pemilik UnFranchise dalam kalangan susunan bawahan mereka yang memerlukan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif diberikan latihan sedemikian.

Ahli Majlis Penasihat: Ahli Majlis Penasihat akan menganjurkan mesyuarat dalam sektor pertumbuhan baru iaitu mereka akan memastikan Pemilik UnFranchise susunan bawahan; menyelesaikan pertikaian antara rangkaian penajaan; bekerjasama dengan ahli Majlis Penasihat lain untuk memberikan latihan di peringkat kebangsaan; melaksanakan Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global dalam kalangan susunan bawahan mereka; dan menguatkuasakan dasar, prosedur dan peraturan dalam semua rangkaian penajaan melalui semua cara yang disediakan oleh Manual UnFranchise Market Malaysia.


SEK. 2     PENGREKRUTAN

Pemilik UnFranchise hanya menerima pampasan bagi pengeluaran jualan peribadi daripada organisasi jualan dan pengedaran mereka dalam kalangan susunan bawahan mereka mengikut dasar, prosedur dan peraturan syarikat dan bagi peranan pengurusan dan penyeliaan mereka untuk organisasi susunan bawahan mereka. Pemilik UnFranchise tidak akan diberi pampasan bagi penajaan/pengrekrutan Pemilik UnFranchise baru.


SEK. 3     SYARAT JUALAN RUNCIT

Untuk menyempurnakan penerimaan sebagai Pemilik UnFranchise yang aktif dan berkelayakan, Pemilik UnFranchise mesti mempunyai minimum dua jualan runcit yang berjumlah RM800 dan menghantar Borang MY1000 kepada Market Malaysia yang disertakan dengan sekurang-kurangnya dua resit runcit yang mengesahkan RM800 dalam jualan runcit kepada konsumer akhir dalam tempoh tiga Q-Date sebelum layak mempunyai BDC. Setiap Pemilik UnFranchise mesti membuat jualan runcit peribadi kepada pelanggannya sendiri yang ditunjukkan dalam Borang MY1000, dan setiap Pemilik UnFranchise mesti melengkapkan dan menghantar sendiri Borang MY1000 kepada Market Malaysia.


SEK. 4     KEGUNAAN PERIBADI PRODUK

Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan Market Malaysia adalah berdasarkan jualan runcit kepada konsumer akhir. Pihak syarikat mengakui bahawa Pemilik UnFranchise boleh membeli produk dalam jumlah yang munasabah untuk kegunaan dan/atau penggunaan peribadi mereka sendiri. 


SEK. 5     HAK DAN KEWAJIPAN PENAJAAN

Semua Pemilik UnFranchise berhak untuk menaja Pemilik UnFranchise baru ke dalam organisasi susunan bawahan mereka dengan syarat mereka menjana RM800 dalam jualan runcit dan menghantar dokumentasi kepada pihak syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penajaan.

(A)    Pemilik UnFranchise Baru: Semua Pemilik UnFranchise baru berhak untuk memilih penajanya sendiri.

(B)    Percanggahan Penajaan: Jika dua Pemilik UnFranchise mendakwa menjadi penaja bagi Pemilik UnFranchise baru, pihak syarikat mengikut budi bicaranya, mengambil kira perlaksanaan dan penerimaan Permohonan dan Perjanjian yang pertama sebagai pengawalan. Pihak syarikat juga berhak untuk mengkaji setiap situasi dan menyelaraskan hak penajaan yang sewajarnya.

        (1)    Sebagai peraturan am, adalah menjadi amalan yang baik untuk mengambil kira Pemilik UnFranchise pertama yang bekerja bersungguh-sungguh dengan Pemilik UnFranchise prospektif sebagai pihak menuntut pertama ke atas penajaan. Prinsip asas akal dan pertimbangan perlu diguna pakai.

        (2)    Pemilik UnFranchise yang menaja Pemilik UnFranchise lain mesti melaksanakan kewajipan fungsian penyeliaan, pengedaran dan penjualan bona fide dan pengedaran produk kepada konsumer akhir dan melatihkan Pemilik UnFranchise yang ditaja. Pemilik UnFranchise mesti mewujudkan hubungan, komunikasi dan aktiviti pengurusan yang berterusan dengan organisasi mereka. Kegagalan untuk melaksanakan kewajipan ini boleh menyebabkan kehilangan hak penajaan dan/atau penamatan mengikut budi bicara syarikat.

(C)    Kekurangan Penajaan: Jika Pemilik UnFranchise tidak memasukkan penaja ke dalam pangkalan data komputer kerana isi rumah yang sama, kegagalan untuk memasukkan penaja bagi permohonan asal dan sebagainya, dan Pemilik UnFranchise tersebut mahu memasukkan penaja ke dalam pangkalan data komputer, beliau mesti menghantar surat permohonan (untuk perhatian: Jabatan Pematuhan) yang menjelaskan situasi tersebut. Kedua-dua Pemilik UnFranchise dan penaja yang dicadangkan mesti menandatangani surat tersebut. Pemilik UnFranchise perlu memberikan masa sekurang-kurangnya dua minggu kepada Jabatan Pematuhan untuk memaklumkan mereka sama ada penajaan mereka telah diluluskan. 


SEK. 6     AKTIVITI TIDAK BERETIKA

Dalam menjalankan perniagaan mereka, Pemilik UnFranchise hendaklah melindungi dan memajukan reputasi produk syarikat dan mereka hendaklah menahan diri daripada semua kelakuan, yang boleh merosakkan reputasi syarikat.

(A)    Produk: Pemasaran produk sedemikian perlulah konsisten dengan kepentingan awam dan mengelakkan semua kelakuan atau amalan yang tidak sopan, menipu, mengelirukan, tidak beretika atau tidak bermoral.

(B)    Iklan: Pemilik UnFranchise Bebas tidak boleh mengiklankan produk syarikat dan/atau Pelan Pemasarannya melainkan sebagaimana yang diluluskan secara khusus oleh pihak syarikat. 

(C)    Perwakilan: Pemilik UnFranchise Bebas bersetuju untuk tidak membuat penyataan palsu atau representasi penipuan tentang syarikat, produk, Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan atau potensi pendapatan.

(D)    Pematuhan: Pemilik UnFranchise tidak boleh melakukan aktiviti yang dilarang seperti yang berikut:

       (1)    Mempromosikan atau menjual produk atau perkhidmatan, atau merekrut Pemilik UnFranchise yang berpotensi ke Market Malaysia, dengan cara menipu atau mengelirukan;

       (2)    Mengutip derma daripada individu lain atas nama Market Malaysia atau melalui organisasi Pemilik UnFranchise Market Malaysia;

       (3)    Terlibat dalam aktiviti jualan dengan cara yang bertentangan dengan dasar awam atau moral yang baik;

       (4)    Menjejaskan pesanan perdagangan pasaran atau mewujudkan kerugian yang besar kepada konsumer melalui amalan perniagaan yang tidak wajar atau

       (5)    Terlibat dalam aktiviti jualan yang melanggar undang-undang Malaysia.
Kegagalan untuk mematuhi kewajipan ini akan menyebabkan penamatan dan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.


SEK. 7    TUNTUTAN PENDAPATAN

Pemilik UnFranchise hanya boleh menggunakan tuntutan pendapatan yang diterbitkan oleh Market Malaysia. Tuntutan yang tidak dibenarkan tidak boleh dibuat untuk merekrut atau apa-apa tujuan lain. Penggunaan tuntutan pendapatan yang tidak dibenarkan menjadi asas dalam permulaan Prosedur Tindakan Pembetulan oleh pihak syarikat. Tuntutan pendapatan yang tidak dibenarkan tidak boleh dibuat walaupun nama Market Malaysia tidak digunakan dalam iklan atau tuntutan tersebut. 


SEK. 8    PEMBENTANGAN PELAN PEMASARAN

Hanya Penyelaras Eksekutif Bertauliah boleh membuat pembentangan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan secara terbuka.

(A)    Pemilik UnFranchise: Pemilik UnFranchise boleh melakukan pembentangan seorang ke seorang atau pembentangan tertutup tetapi beliau mestilah mematuhi format yang diberikan oleh pihak syarikat dalam risalah dan video rasmi syarikat.

(B)    Salah Nyataan: Apa-apa salah nyataan tentang Pelan Pemasaran atau Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan akan menjadi asas dalam penamatan dan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.


SEK. 9    PENGENDORSAN KERAJAAN

Adalah menjadi amalan agensi peraturan untuk tidak meluluskan atau mengendorskan program jualan langsung atau apa-apa jenis aktiviti perniagaan yang lain. Oleh itu, Pemilik UnFranchise tidak boleh mewakili atau menyatakan, secara langsung atau tidak langsung, yang Market Malaysia dan programnya telah diluluskan atau diendorskan oleh mana-mana agensi kerajaan.


SEK. 10    PERTANYAAN DARI MEDIA

Sebarang pertanyaan dari mana-mana media (televisyen, radio, media cetak, dan sebagainya) hendaklah dirujuk kepada Market Malaysia dengan segera. Dasar ini adalah untuk memastikan gambaran awam yang tepat dan konsisten.


SEK. 11    PERLUASAN ANTARABANGSA

Market Malaysia akan terus berkembang ke seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Market Malaysia tidak boleh membenarkan akses ke pasaran baru yang berpotensi pada masa depan terhalang atau dinafikan akibat daripada sikap segelintir Pemilik UnFranchise yang kurang matang, tidak mempunyai kebenaran dan kurang berpengetahuan. 

(A)    Pembatasan: Bagi mengelakkan penyalahgunaan, pembatasan yang berikut akan dikuatkuasakan dengan ketat:

       (1)    Pemilik UnFranchise hendaklah tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang tidak dibenarkan dalam mana-mana negara/wilayah yang masih belum dibuka sebelum mendapatkan kebenaran daripada Market Malaysia.

       (2)    Pemilik UnFranchise hanya boleh mengendalikan mesyuarat untuk menjelaskan pelan pemasaran dan terlibat dalam apa-apa jenis aktiviti merekrut dalam negara yang dibuka untuk perniagaan oleh Market Malaysia atau syarikat sekutunya atau di negara yang disenaraikan di bawah Program Pasaran yang Pesat Membangun (“EMP”). NOTA: Sila layari https://my.UnFranchise.com bagi mengetahui lebih lanjut tentang negara EMP.

       (3)    Pemilik UnFranchise tidak boleh mengeksport mana-mana produk atau risalah Market Malaysia. 

       (4)    Pemilik UnFranchise hanya boleh mempromosikan atau merujukkan produk berjenama Market America kepada sesiapa sahaja dalam mana-mana negara/wilayah yang masih belum dibuka dan dalam Negara EMP melalui laman web GLOBAL.SHOP.COM Pemilik UnFranchise. 

(B)    Program Pasaran yang Pesat Membangun (“EMP”): EMP menyediakan versi model perniagaan Market America yang terperinci dan diperkemaskan, yang membolehkan pihak syarikat untuk menilai potensi perluasan ke negara “pasaran” penuh pada masa depan. Pemilik UnFranchise Bebas boleh mempelawa pemastautin di negara EMP untuk menyertai organisasi mereka di bawah versi Pelan Pemasaran Market America yang telah diperkemaskan. 

(C)    SHOP.COM Global: SHOP.COM Global membenarkan pelanggan dari mana-mana sahaja untuk membeli produk berjenama Market America. Pemilik UnFranchise Bebas yang merujukkan produk berjenama Market America di negara lain melalui SHOP.COM Global akan memperoleh BV negara asal. Selain daripada BV, Pemilik UnFranchise akan memperoleh keuntungan runcit bagi jualan yang dibuat melalui SHOP.COM Global yang dihantar ke negara yang Market America dan syarikat sekutunya tidak beroperasi dalam negara tersebut. Tiada Keuntungan Runcit yang akan diperoleh daripada jualan yang dibuat melalui SHOP.COM Global yang dihantar ke negara tertentu yang Market America dan/atau syarikat sekutunya beroperasi, khususnya di Malaysia, Australia, Kanada, Singapura, Hong Kong, Sepanyol dan United Kingdom. Produk yang dibeli daripada SHOP.COM Global hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk jualan runcit. NOTA: Sekatan mungkin dikenakan. 

(D)    Tindakan Pembetulan: Market Malaysia akan menggunakan prosedur tindakan pembetulan yang dinyatakan dalam Manual UnFranchise untuk mendisiplinkan Pemilik UnFranchise yang melanggar sekatan aktiviti prapelancaran Market Malaysia. Prosedur tindakan pembetulan ini termasuklah penggantungan dan/atau penamatan ke atas Pemilik UnFranchise yang melanggar sekatan.

(E)     Pemberitahuan kepada Pemilik UnFranchise: Market Malaysia akan memaklumkan Pemilik UnFranchise tentang apa-apa pelan untuk membuka pasaran antarabangsa. Sementara itu, Pemilik UnFranchise tidak boleh mengambil langkah kurang matang ke atas pasaran yang masih belum dibuka buat masa ini, kerana ini akan menjejaskan perluasan antarabangsa bagi semua Pemilik UnFranchise pada masa depan. Jika Pemilik UnFranchise berminat dalam pasaran antarabangsa tertentu bagi peluasan yang berpotensi, mereka boleh menghantar maklumat sedemikian secara bertulis kepada Market Malaysia (untuk perhatian: Jabatan Perundangan).