Bab Lapan: Pelan Ganjaran Prestasi Kepimpinan (MPCP)

 

SEK. 1     STRUKTUR ORGANISASI

Setiap Pusat Pembangunan Bisnes (BDC) mempunyai dua sisi. Setiap sisi adalah organisasi pengedaran dan jualan atau struktur rangkaian dalam Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia.

  1. Takrifan Pusat Pembangunan Bisnes: Pusat Pembangunan Bisnes ialah pertubuhan operasi yang disediakan di dalam sistem penjejakan organisasi berkomputer Market Malaysia. Setiap organisasi didasarkan kepada peletakan nombor pengenalan Pemilik UnFranchise dan tiga digit nombor sambungan BDC (contoh; 001, 002, 003, 010 dan sebagainya).

  2. Pusat Pembangunan Bisnes Tambahan: BDC tambahan ditubuhkan di sisi kiri atau kanan BDC yang telah ditubuhkan sebelumnya.

SEK. 2     SYARAT AWAL PENYERTAAN

Untuk menyertai MPCP Market Malaysia, individu (dengan bantuan penajanya) mesti melengkapkan Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dan menghantarnya. Permohonan dan Perjanjian tersebut boleh dihantar terus kepada Market Malaysia atau melalui mel (penghantaran melalui faks tidak diterima) untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer korporat atau dengan melengkapkan proses pendaftaran dalam talian, sekaligus mewujudkan BDC milik individu tersebut. Notis: Penaja perlu mendaftarkan Pemilik UnFranchise baharu secara dalam talian, untuk memastikan data Pemilik UnFranchise baharu dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer Market Malaysia dengan betul. Jika mereka mendaftar secara dalam talian, mereka perlu mencetak satu salinan permohonan yang telah dilengkapkan dan menghantarnya kepada Market Malaysia. Salinan cetakan borang permohonan (termasuk terma dan syarat) mestilah ditandatangani dan dihantar — bersama dengan satu salinan Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia permohon (jika warganegara Malaysia) atau satu salinan Kad Penduduk Tetap (Jika merupakan Penduduk Tetap), satu salinan pasport asal mereka dan satu salinan dokumentasi sah bagi Penduduk Tetap (jika ada) kepada ibu pejabat Market Malaysia di Kuala Lumpur atau Pusat Latihan Pulau Pinang dalam tempoh 10 hari kalendar bermula dari tarikh penghantaran permohonan dalam talian. Jika Market Malaysia tidak menerima salinan cetakan borang permohonan yang ditandatangani berserta dokumen-dokumen berkaitan dalam tempoh masa 10 hari, Bisnes UnFranchise tersebut akan dibatalkan.

  1. Wakil Jualan: Individu yang gagal menghantar yuran langganan akan menyertai Market Malaysia sebagai Wakil Jualan dan tidak boleh menyertai MPCP bagi tujuan mendapatkan komisen dan bonus kepimpinan. Wakil Jualan boleh bermula menyertai MPCP pada waktu kemudian, jika mereka menghantar Yuran Penyertaan dan Yuran Langganan untuk tahun pertama melalui satu pesanan atau dengan permohonan baharu (sila tandakan kotak yang berkenaan di bawah “Entry Classification” pada permohonan).

  2. Pemilik UnFranchise: Individu mesti memilih “Pemilik UnFranchise” di “Entry Classification” dan menghantar Yuran Penyertaan dan Yuran Langganan untuk menyertai MPCP dan mendapatkan komisen serta bonus kepimpinan.

    1. Pemilik UnFranchise perlulah telah menghadiri Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) yang ditaja oleh Market Malaysia dalam “Tempoh Tangguh NUOT” untuk: (1) dikira sebagai ditaja dan (2) mendapatkan hak penajaan bagi dan/atau untuk tujuan pengaktifan dalam MPCP.

    2. Jika Pemilik UnFranchise tidak menghabiskan NUOT dalam “Tempoh Tangguh NUOT,” penaja Pemilik UnFranchise akan kehilangan hak penajaan mereka untuk Pemilik UnFranchise ini. Hak penajaan bagi penaja Pemilik UnFranchise ini boleh diaktifkan semula selepas Pemilik UnFranchise berkenaan melengkapkan NUOT pada satu tarikh yang kemudian. Penajaan akan dikuatkuasakan pada tarikh pengaktifan semula.

    3. Pemilik UnFranchise Baharu boleh menaja Pemilik UnFranchise baharu yang lain semasa “Tempoh Tangguh NUOT” mereka. “Tempoh Tangguh NUOT” ini ditakrifkan sebagai 28 hari kalendar selepas hari Jumaat berikutan tarikh bayaran Yuran Penyertaan dan Yuran Langganan. Jika Pemilik UnFranchise baharu yang menaja tidak menghabiskan NUOT yang ditaja oleh bahagian korporat dalam tempoh 28 hari yang dibenarkan, maka, hak penajaan bagi/ untuk tujuan pengaktifan dan hak terhadap komisen yang diperoleh akan dilucutkan selamanya.

SEK. 3     SYARAT KEPERLUAN KAD PENGENALAN MALAYSIA

Semua pemohon baharu mesti menghantar satu salinan bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia atau kad Penduduk Tetap dalam tempoh 10 hari kalendar selepas tarikh mula permohonan bagi mengelakkan pembatalan Bisnes UnFranchise. Jika Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia atau kad Penduduk Tetap anda tidak diterima dalam tempoh 10 hari kalendar, akaun anda akan dibatalkan dan semua BV/IBV akan dikeluarkan (jika berkenaan).

Jika anda ingin memohon semula dalam tempoh 270 hari selepas pembatalan, anda mesti berada bawah penaja yang sama dan anda akan ditempatkan dalam barisan genealogi yang sama seperti permohonan awal.

SEK. 4     SEORANG INDIVIDU BOLEH TERLIBAT DALAM SATU BISNES UNFRANCHISE SAHAJA

Seorang individu boleh terlibat dalam satu Bisnes UnFranchise Market Malaysia sahaja. Sekiranya seseorang telah pun terlibat dalam sebuah Bisnes UnFranchise sebagai pemilik, pegawai, pengarah, pemegang saham, rakan kongsi, ahli, pengurus, benefisiari atau pemegang amanah, atau pasangan kepada Pemilik UnFranchise, atau jika sseeorang individu memainkan peranan dalam operasi Bisnes UnFranchise, maka, individu tersebut tidak boleh terlibat, dalam kapasiti sama, dengan Bisnes UnFranchise yang lain, walaupun nama individu tersebut tertera dalam dokumen rasmi Bisnes UnFranchise atau berkait dengan Bisnes UnFranchise dalam sebarang cara yang rasmi. Dasar Market Malaysia melarang penggunaan “Identiti Kedua” bagi melanggar syarat ini, termasuklah, tidak terhad kepada, Identiti Kedua yang diwujudkan dengan menggunakan antara yang berikut: (A) nama dagangan, (B) nama samaran, (C) nombor pengenalan, (D) perjanjian untuk menjalankan Bisnes UnFranchise, (E) pasangan atau individu terdekat, (F) ahli keluarga, atau (G) entiti perniagaan atau tanpa untung.

SEK. 5     PELETAKAN PUSAT PEMBANGUNAN BISNES

Pusat Pembangunan Bisnes bagi Pemilik UnFranchise baharu ditempatkan mengikut budi bicara Pemilik UnFranchise yang menaja. Pemilik UnFranchise sedia ada yang akan menempatkan semua BDC baharu ini hendaklah dihebahkan peletakan mereka di dalam organisasi mereka. Penaja Pemilik UnFranchise baharu akan menentukan peletakan ini semasa penghantaran Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dilakukan secara terus/ diposkan atau semasa semasa proses pendaftaran dalam talian peletakan BDC bagi Pemilik UnFranchise baharu.

  1. Pusat Pembangunan Bisnes Baharu: BDC baharu boleh ditubuhkan di lokasi yang tersedia, bukan di lokasi yang telah digunakan atau dihubungkan sebelum ini. Semua Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise bermula dengan tiga BDC semasa mereka menubuhkan Bisnes UnFranchise mereka.

    Semua pemohon baharu perlu menghantar satu salinan kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia atau kad Penduduk Tetap mereka dalam tempoh 10 hari kalendar selepas tarikh permohonan dibuat bagi mengelakkan pembatalan Bisnes UnFranchise tersebut.

  2. Peletakan Secara Salah: Peletakan yang tidak betul (cubaan untuk menempatkan Pemilik UnFranchise di tempat yang telah digunakan oleh susunan bawahan), maklumat peletakan yang tidak lengkap, atau kegagalan menetapkan maklumat peletakan di Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise bagi Pemilik UnFranchise yang baharu ditaja akan menyebabkan BDC tidak berhubungan. Sebarang BDC yang dihubungkan dengan BDC yang tidak berhubungan juga tidak akan dihubungkan.

    1. Untuk mengenal pasti BDC yang tidak dihubungkan, cari kolum “Kaki” dalam Rangkaian Pemilik UnFranchise di Sistem Pengurusan UnFranchise. Sekiranya tidak terdapat L atau R dalam kolum “Kaki” Pemilik UnFranchise untuk BDC-001, ,maka, BDC Pemilik UnFranchise tersebut tidak berhubungan.

    2. Hubungan BDC yang betul perlu dilaporkan secepat mungkin kepada Perkhidmatan UnFranchise menggunakan Borang Pembetulan Penempatan atau Rangkaian melalui faks atau pos. Hanya penaja atau Pemilik UnFranchise yang tidak berhubungan tersebut yang boleh menandatangani borang pembetulan rangkaian ini.

SEK. 6     SYARAT KELAYAKAN AWAL

Melayakkan BDC membolehkan pengakruan Volum Bisnes Berkumpulan (GBV) dijana oleh Pemilik UnFranchise dan Wakil Jualan dalam BDC susunan bawahan masing-masing. GBV yang Terakru akan terpakai untuk memperoleh komisen dan bonus kepimpinan bagi BDC yang layak.

  1. Volum Bisnes Persendirian Dihasilkan: Kedua-dua Pemilik UnFranchise dan Wakil Jualan menghasilkan Volum Bisnes Persendirian (PBV) dengan memesan produk pada Kos UnFranchise untuk jualan runcit kepada konsumer akhir dan/atau Kegunaan Peribadi.

  2. Kelayakan: Sesebuah BDC Pemilik UnFranchise akan dianggap layak mengikut MPCP Market Malaysia selepas memenuhi 3 kriteria: (1) mengumpul 200 PBV kredit bagi pesanan produk yang ditetapkan kepada BDC yang berkenaan; (2) dihubungkan dengan betul dan (3) membayar Yuran Penyertaan dan Yuran Langganan.

    1. Volum Bisnes Persendirian yang dihasilkan oleh Wakil Jualan akan diambil kira bagi melayakkan BDC mereka sekiranya Wakil Jualan tersebut memilih untuk menukar status mereka kepada Pemilik UnFranchise dengan menghantar yuran penyertaan dan yuran langganan pada tarikh yang kemudian. Semua PBV yang dihasilkan oleh Wakil Jualan akan diiktiraf sebagai GBV untuk semua Pemilik UnFranchise yang layak dalam menghasilkan susunan atasan Wakil Jualan.

    2. Sesebuah BDC Wakil Jualan tidak akan dianggap layak, walaupun jika BDC tersebut telah mengumpul 200 PBV, sehingga dia memilih untuk menukar statusnya kepada Pemilik UnFranchise dengan menghantar yuran langganan.

    3. Volum Bisnes Persendirian yang dicipta oleh Pemilik UnFranchise akan diambil kira bagi melayakkan BDC mereka seperti yang telah ditetapkan di borang pesanan produk.

    4. Volum Bisnes Persendirian yang dihasilkan oleh Pemilik UnFranchise akan diiktiraf sebagai GBV bagi semua Pemilik UnFranchise berkelayakan dalam menghasilkan susunan atasan Pemilik UnFranchise.

  3. Tarikh Kelayakan (Q-date): Semasa BDC awal Pemilik UnFranchise menjadi layak, Pemilik UnFranchise akan diberikan satu Tarikh Kelayakan (Q-date). Q-Date adalah elemen paling penting dalam melaksanakan pilihan Pemilik UnFranchise untuk mengakru GBV setiap bulan dan berikutnya melalui kitaran ganjaran MPCP keseluruhan.

    1. Q-Date untuk Pemilik UnFranchise adalah Jumaat bagi minggu ketika BDC awal Pemilik UnFranchise telah mengumpul 200 PBV kredit bagi pesanan produk yang diberikan kepada pusat tersebut, jika BDC dihubungkan dengan betul dan Pemilik UnFranchise telah membayar yuran langganan.

    2. Wakil Jualan yang telah mengumpul 200 PBV dalam sesebuah BDC dan memilih untuk menukar statusnya kepada Pemilik UnFranchise akan diberikan Q-Date pada hari Jumaat untuk minggu ketika yuran penyertaan dan yuran langganan diterima oleh Market Malaysia dan dimasukkan dalam pangkalan data korporat, jika BDC Wakil Jualan tersebut dihubungkan dengan betul.

    3. Q-Date Pemilik UnFranchise tidak akan berubah, melainkan Pemilik UnFranchise tidak menghantar yuran Pembaharuan Tahunan. Lihat Langganan Tahunan.

    4. Q-Date Pemilik UnFranchise boleh diperoleh daripada Sistem Pengurusan UnFranchise. Q-Date tidak akan dipaparkan dalam pangkalan data komputer sehingga minggu ketiga selepas hari Jumaat untuk minggu apabila Pemilik UnFranchise telah memenuhi kesemua tiga kriteria kelayakan.

  4. Takrifan Tempoh Q-Date:

    1. Kitaran Komisen Bulanan: Semua kitaran bayaran mingguan komisen bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Jumaat.

    2. Tempoh Q-Date Bulanan:

      1. Jika Q-Date asal berlaku tepat pada hari Jumaat bulan tersebut, maka, tempoh Q-Date bagi bulan tersebut berakhir pada hari Jumaat tersebut. Contohnya, jika Q-Date asal adalah pada 12 Jan. 2018, maka, Q-Date bulanan bagi Julai 2018 adalah pada 12 Julai 2018.

      2. Jika Q-Date asal berlaku tepat pada hari lain selain Jumaat pada bulan yang diberikan, maka, tempoh Q-Date bulanan tersebut berakhir pada hari Jumaat yang seterusnya. Contohnya, jika Q-Date asal ialah pada 13 Januari 2018, maka, Q-Date bulanan bagi Ogos 2018 adalah pada 17 Ogos 2018.

      3. Jika Q-Date asal jatuh pada 29hb, 30hb atau 31hb bulan tersebut dan bulan semasa tidak mengandungi tarikh tersebut (contoh Februari, April, Jun, September atau November), maka, penghujung tempoh Q-Date bulanan ditentukan pada hari terakhir bulan tersebut. Dalam kes ini, jika hari terakhir untuk bulan tersebut berlaku pada hari Jumaat bagi bulan berkenaan, maka, tempoh Q-Date bulanan tersebut berakhir pada hari Jumaat itu. Contohnya, jika Q-Date asal adalah 31 Ogos 2018, maka, Q-Date bulanan bagi November 2018 adalah 30 November 2018. Namun, jika hari terakhir pada bulan tersebut berada pada mana-mana hari selain daripada hari Jumaat pada bulan berkenaan, maka, tempoh Q-Date bulanan berakhir pada hari Jumaat yang terdekat selepas hari terakhir pada bulan tersebut. Contohnya, jika Q-Date asal adalah 31 Ogos 2018, Q-Date bulanan bagi September 2018 adalah 5 Oktober 2018.

    3. Sukuan (Tempoh Tiga Q-Date atau Tempoh Tiga Tarikh Mula): Tempoh sukuan Market Malaysia adalah berdasarkan Q-Date permulaan bagi Pemilik UnFranchise atau tarikh bermula bagi Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise tanpa kelayakan. Sukuan juga boleh dirujuk sebagai tempoh tiga Q-Date, atau tempoh tiga tarikh mula, kerana sukuan Market Malaysia terdiri daripada tiga tempoh Q-Date berturutan, atau dalam kes Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise yang tidak layak, tempoh tiga bulan berturutan berdasarkan tarikh mula. Contohnya, jika Q-Date awal adalah 12 Januari 2018, maka, sukuan pertama (atau tempoh tiga Q-Date) akan berakhir pada 13 April 2018. Suku kedua akan bermula pada 12 April 2003 dan berakhir pada 11 Julai 2003.

  5. Pusat Pembangunan Bisnes yang Tidak Dihubungkan: Semua Volum Bisnes (BV) yang ditetapkan kepada BDC yang tidak dihubungkan juga tidak akan berhubungan. Jumlah kelayakan bagi sesebuah BDC akan menyebabkan pusat ini tidak menerima Q-Date sehingga rangkaian telah diperbetulkan. Hal ini kerana Pemilik UnFranchise tidak boleh mengakru sebarang GBV sehingga mereka telah memenuhi semua tiga kriteria kelayakan. Selepas rangkaian diperbetulkan bagi Pemilik UnFranchise yang tidak dihubungkan, BV yang tidak berhubungan akan dikreditkan bagi tarikh pesanan asal; namun, BV tidak boleh dikreditkan sebagai GBV terakru bagi Pemilik UnFranchise susunan atasan yang layak sehingga rangkaian telah diperbetulkan dengan sepenuhnya. Selepas peletakan diperbetulkan, GBV akan mula mengalir dan diakru; namun, segelintir susunan atasan milik Pemilik UnFranchise mungkin tidak lagi dapat mengira BV yang dihubungkan semula untuk komisen, jika mereka memperoleh komisen kerana mencapai kriteria ganjaran 5000/5000 GBV pada masa tersebut.

    1. Jika Pemilik UnFranchise yang tidak dihubungkan (Pemilik UnFranchise A) didapati tidak berhubungan hanya kerana situasi rangkaian yang tidak tepat, maka, selepas dihubungkan dengan betul, Pemilik UnFranchise A akan menerima Q-Date awal (dengan syarat semua keperluan kelayakan telah dipenuhi) pada hari Jumaat dalam minggu Market Malaysia membayar komisen apabila rangkaian diperbetulkan (dua Jumaat sebelumnya). Notis: Ini tidak terpakai untuk senario apabila Pemilik UnFranchise yang berhubungan dengan Pemilik UnFranchise A (Pemilik UnFranchise B) tidak wujud di dalam pangkalan data Market Malaysia sehingga minggu komisen yang seterusnya berbanding Pemilik UnFranchise A (lihat di bawah).

    2. Jika Pemilik UnFranchise (Pemilik UnFranchise A) tidak dihubungkan buat sementara waktu kerana Pemilik UnFranchise yang sepatutnya dihubungkan dengan Pemilik UnFranchise A (Pemilik UnFranchise B) tidak wujud dalam pangkalan data Market Malaysia semasa Pemilik UnFranchise A dimasukkan ke dalam pangkalan data, dan Pemilik UnFranchise B dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer pada minggu komisen yang berikutnya selepas Pemilik UnFranchise A, maka, Pemilik UnFranchise A akan menerima Q-Date awal (dengan syarat semua keperluan kelayakan dipenuhi) pada hari Jumaat minggu Pemilik UnFranchise B dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer (dengan syarat Pemilik UnFranchise telah dihubungkan seperti sepatutnya).

SEK. 7     SYARAT MINIMUM AKTIVITI

Syarat aktiviti minimum yang berikut adalah terpakai untuk status dan/atau Tahap UnFranchise masing-masing untuk dianggap sebagai “aktif” dalam kegiatan perniagaan. “Aktiviti” boleh ditakrifkan sebagai mana-mana jualan dan/atau pesanan produk/perkhidmatan yang mempunyai BV dan keuntungan runcit yang berkaitan atau BV berterusan daripada jualan awal yang mempunyai keuntungan runcit, dengan nombor ID UnFranchise berkenaan sebagai nombor ID yang membuat bayaran atau pelanggan yang membuat pembelian adalah PC berdaftar dengan Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan berkenaan.

Contoh: BV yang dihasilkan adalah daripada pesanan Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan dalam Akaun Bisnes UnFranchise mereka, pesanan daripada PC di MY.SHOP.COM, atau sebahagian daripada jualan “pakej”, dengan bahagian awal jualan yang mempunyai nilai BV dan keuntungan runcit; namun, pembelian/bayaran bulanan seterusnya untuk sebahagian daripada pakej tersebut mempunyai BV/IBV, tetapi, tiada keuntungan runcit.

Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan akan dianggap sebagai “tidak aktif” dan mempunyai Volum Bisnes Persendirian (PBV) dan Volum Bisnes Internet Persendirian (IPBV) yang diberikan kepada mana-mana BDC persendirian mereka yang disingkirkan (dipadamkan kepada 0 dan dialihkan daripada keseluruhan Volum Bisnes Kumpulan (GBV) dan Volum Bisnes Internet Kumpulan (GIBV) yang diakru Pemilik UnFranchise susunan atasan berkelayakan) serta sebarang GBV dan GIBV terakru yang dikosongkan (dipadamkan kepada 0) jika semua syarat yang disenaraikan di bawah tidak dipenuhi.

  1. Wakil Jualan/Pemilik UnFranchise yang Tidak Berkelayakan (Individu Yang Dipilih untuk Tidak Memperoleh Komisen/Bonus melalui MPCP).

    1. Aktiviti Jualan: Mesti mempunyai pesanan produk yang dipesan melalui Akaun Bisnes UnFranchise atau dilengkapkan oleh AutoShip UnFranchise mereka yang berjumlah 150 PBV dalam aktiviti yang ditugaskan kepada BDC-001 persendirian mereka (ID Pemilik UnFranchise bagi setiap sukuan (Tempoh Tiga Tarikh Mula) berdasarkan tarikh permulaan mereka.

    2. Dokumentasi Jualan: ALaporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang 1000) mesti dihantar kepada Market Malaysia pada setiap sukuan, disertakan dengan minimum dua (2) resit jualan runcit berjumlah minimum RM800. Setiap Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise tidak berkelayakan mestilah membuat jualan runcit peribadi yang didokumenkan ke dalam Borang 1000 kepada Pelanggan Keutamaan berdaftar mereka. Jualan kepada Pelanggan Terpilih yang juga merupakan Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan tidak layak untuk tujuan ini dan dilarang sama sekali.

      1. Tidak lebih daripada RM240 produk yang digunakan oleh isi rumah Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise boleh digunakan sebagai sebahagian daripada jumlah jualan RM800.

        NOTIS: Bagi aliran jumlah yang menjurus kepada MPCP, dokumentasi jualan minimum yang diperlukan untuk menghasilkan jualan kepada konsumer akhir yang tidak terlibat dalam MPCP Market Malaysia adalah sangat penting. Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesahihan dokumentasi jualan tersebut.

      2. Bagi Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan, Borang 1000 bertujuan untuk digabungkan secara automatik dengan resit kelayakan dan dihantar secara automatik kepada Market Malaysia untuk memenuhi keperluan ini bagi BDC-001 sahaja, daripada maklumat jualan yang direkod oleh Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan apabila resit manual dicipta. Kesemua resit jualan yang dimasukkan secara manual harus dilengkapkan secara peribadi dan dihantar oleh Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan.

      3. Resit yang dihantar mestilah mengandungi tarikh jualan, nama pertama dan nama akhir pelanggan serta alamat fizikal mereka (alamat kediaman) atau nombor telefon lengkap untuk penerimaan (alamat mesti mengandungi poskod yang sah). Resit yang tidak mengandungi maklumat yang lengkap dan tepat akan dianggap tidak sah.

      4. Hanya resit jualan daripada produk yang dijual di “Kawasan Negara Asal” Wakil Jualan/ atau Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan atau melalui MY.SHOP.COM dianggap sebagai resit yang sah.

      5. Market Malaysia akan menjalankan audit resit runcit rawak secara berkala bagi tujuan pengesahan. Resit yang tidak sah akan menyebabkan tindakan pembetulan diambil dan boleh menghilangkan kelayakan Borang 1000.

    3. Hubungan Kontrak: Wakil Jualan/Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan mestilah melengkapkan dan menghantar Borang Pembaharuan Tahunan mengikut prosedur Langganan. Lihat Langganan Tahunan.

      1. Kegagalan untuk menghantar Borang Langganan Tahunan akan menyebabkan PBV dan PIBV disingkirkan (dipadamkan kepada kosong), akses kepada Akaun Bisnes UnFranchise (“Pejabat Pentadbiran”) dihalang serta kebenaran berterusan yang akan dibatalkan dalam menjual dan mewakili produk eksklusif Market Malaysia.

      2. Bagi Pemilik UnFranchise Tidak Berkelayakan yang menghantar Borang Langganan Tahunan tanpa Yuran Langganan, status Pemilik UnFranchise mereka akan ditukarkan kepada Wakil Jualan. PBV dan PIBV mereka yang terkumpul tidak akan disingkirkan (dipadamkan kepada 0).

  2. Pemilik UnFranchise Berkelayakan (Individu yang memilih untuk memperoleh komisen/bonus melalui MPCP).

    1. Aktiviti Jualan: Mestilah mempunyai pesanan produk yang dibuat melalui Akaun Bisnes UnFranchise atau dilengkapkan oleh Autoship UnFranchise yang membawa kepada jumlah minimum 150 BV dalam aktiviti yang ditugaskan kepada BDC-100 persendirian mereka (ID Pemilik UnFranchise mereka) pada setiap sukuan (Tempoh Tiga Q-Date) berdasarkan Q-Date mereka.

      1. Tempoh Tiga-Q-Date Pertama (Tempoh Penangguhan Sukuan): Mestilah mempunyai pesanan produk berjumlah minimum 50 BV ditambah dengan pesanan berkelayakan yang ditugaskan kepada BDC-001 Pemilik UnFranchise masing-masing dalam (cth: sebelum penghujung) Tempoh Tiga Q-Date pertama mereka.

      2. Komisen Diperoleh dalam Sukuan Pertama: Jika komisen telah diperoleh dalam tempoh tiga Q-Date pertama, Tempoh Tangguh Sukuan Pertama akan ditamatkan dengan baik (melainkan Tempoh Tangguh 28 hari terpakai — lihat Tempoh Tangguh 28 hari). Jika tiada Tempoh Tangguh 28 Hari yang terpakai, Pemilik UnFranchise perlulah mempunyai pesanan produk berjumlah minimum 150 BV dalam aktiviti yang ditugaskan kepada BDC-001 persendirian mereka (ID UnFranchise mereka) dalam (cth., sebelum pengakhiran) Tempoh Tiga Q-Date pertama mereka.

    2. Dokumentasi Jualan: Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang 1000 mesti dihantar kepada Market Malaysia pada setiap suku tahun bagi BDC-001, disertakan dengan minimum dua (2) resit jualan runcit yang berjumlah minimum RM800. Setiap Pemilik UnFranchise mestilah mendokumenkan jualan runcit tersebut secara peribadi ydalam Borang 1000 kepada Pelanggan Keutamaan berdaftar mereka. Jualan kepada Pelanggan Keutamaan yang juga Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan tidak layak untuk tujuan ini dan dilarang sama sekali.

      1. Borang 1000 yang disertakan resit mestilah dihantar hanya sekali untuk setiap BDC lain (iaitu, 002, 003, 004, 301 dan sebagainya) sebelum BDC tersebut layak untuk memperoleh komisen, selagi Pemilik UnFranchise tidak pernah disingkirkan. Borang 1000 tidak akan menjumlahkan atau dihantar secara automatik untuk memenuhi syarat ini, namun, mestilah dilengkapkan dan dihantar secara dalam talian.

      2. Tidak lebih daripada RM240 produk yang digunakan oleh isi rumah Pemilik UnFranchise boleh digunakan sebagai sebahagian daripada jumlah jualan RM800 tersebut. Pembelian Pemilik UnFranchise di bawah #ID Pelanggan Keutamaan Peribadi mereka akan dianggap untuk kegunaan peribadi. NOTA: Dokumentasi jualan minimum yang diperlukan untuk menghasilkan jualan kepada konsumer akhir yang tidak terlibat dalam MPCP Market Malaysia adalah sangat penting. Pemilik UnFranchise bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan kesahihan dokumentasi jualan.

      3. Bagi pelanggan UFMS, Borang 1000 bertujuan untuk mencipta resit kelayakan secara automatik dan menghantar secara automatik kepada Market Malaysia bagi memenuhi keperluan ini untuk BDC-001 daripada jualan dengan ID yang membuat bayaran adalah Pelanggan Keutamaan. Resit jualan juga boleh dimasukkan secara manual dan dihantar bersama Borang 1000. Apabila resit jualan dan/atau Borang 1000 dihantar secara manual, semua dokumentasi jualan mesti dilengkapkan dan dihantar secara peribadi oleh Pemilik UnFranchise.

      4. Resit yang dihantar mesti disertakan tarikh jualan, nama pertama dan nama akhir pelanggan termasuk alamat fizikal mereka (alamat kediaman) atau nombor telefon lengkap untuk penerimaan (alamat mesti mengandungi poskod yang sah). Resit yang tidak mengandungi maklumat yang lengkap dan tepat akan dianggap tidak sah.

      5. Hanya resit jualan daripada produk yang dijual di “Kawasan Negara Asal” Wakil Jualan/ atau Pemilik UnFranchise atau melalui MY.SHOP.COM dianggap sebagai resit yang sah.

      6. Market Malaysia akan menjalankan audit berkala secara rawak untuk resit jualan bagi tujuan pengesahan. Resit yang tidak sah akan menyebabkan tindakan pembetulan diambil dan boleh menghilangkan kelayakan Borang 1000.

    3. Hubungan Kontrak: Pemilik UnFranchise mesti melengkapkan dan menghantar Borang Langganan Tahunan dengan atau tanpa Yuran Langganan mengikut prosedur pembaharuan. Lihat Langganan Tahunan.

    4. Kelayakan Semula:

      1. Jika BDC berkelayakan disingkirkan atas sebarang sebab, sebarang BDC yang ingin digunakan oleh Pemilik UnFranchise untuk memperoleh komisen pada masa yang akan datang perlulah dilayakkan semula dengan pesanan produk berjumlah 200 PBV semula atau 200 PBV yang terkumpul di BDC berkenaan. Sebarang BDC individu tidak akan mula mengakru Volum Bisnes Kumpulan (GBV) atau Volum Bisnes Internet Kumpulan (GIBV) sehinggalah ia dilayakkan semula. Q-Date asal yang diterima akan terus dikuatkuasakan, kecuali untuk penyingkiran yang disebabkan tiada Langganan (lihat Langganan Tahunan).

      2. Jika Pemilik UnFranchise disingkirkan atas apa-apa sebab, Borang 1000 yang sah mesti dihantar semula bagi setiap BDC untuk layak memperoleh komisen bagi BDC yang berkenaan. Hanya BDC-001 yang boleh dilayakkan semula melalui Borang 1000 yang diisi secara atutomatik.

SEK. 8     PERATURAN 270 HARI DAN AKTIVITI JUALAN

Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang tidak aktif selama 270 hari kalendar TIDAK DIBENARKAN untuk mengekalkan posisi/peletakan BDC asal/terdahulu mereka dalam organisasi. Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan akan dianggap sebagai tidak aktif dari tarikh terakhir penyingkiran yang disebabkan kegagalan memenuhi Syarat Aktiviti Minimum (lihat Syarat Aktiviti Minimum). Kaunter 270 hari tidak akan mula semula kecuali seorang Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan meletakkan minimum 50 PBV dalam BDC 001 persendirian mereka dalam suku berikutnya, di mana Pemilik UnFranchise adalah ID pembayar. Jika seorang Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan disingkirkan kerana tidak melanggan, kaunter 270 hari tidak akan diset semula kecuali Langganan Lambat dilengkapkan dan difail dengan syarikat dan Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan meletakkan minimum 50 PBV dalam BDC 001 persendirian mereka dalam suku berikutnya, di mana Pemilik UnFranchise adalah ID pembayar. Penghantaran Borang 1000, Borang Langganan Tahunan, Permohonan Langganan Lewat atau borang-borang lain yang berkaitanadalah tidak dianggap sebagai aktiviti.

  1. Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang Tidak Aktif ≥ 270 Hari tetapi < 1,000 Hari yang Memohon Semula untuk Rangkaian Sama: Pemilik UnFranchise/ Wakil Jualan yang tidak aktif selama 270 hari, tetapi kurang dari 1,000 hari (sama dengan 270 hari dan tambahan dua tahun), yang ingin menjadi Pemilik UnFranchise semula dalam rangkaian penajaan yang sama seperti Bisnes UnFranchise mereka sebelumnya boleh memohon melalui Pendaftaran UnFranchise dalam talian dan menghantar Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise (IUA&A) untuk diletakkan di bawah genealogi berkenaan, atau menghantar satu salinan kertas bercetak standard IUA&A. IUA&A tersebut mestilah dengan nama yang sama dan nombor pengenalan cukai yang sama seperti Bisnes UnFranchise mereka sebelum ini. Rangkaian penajaan yang sama bermaksud apa-apa peletakan dalam genealogi di bawah BDC mereka yang terdahulu.

  2. Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang Tidak Aktif ≥ 270 Hari tetapi < 1,000 Hari yang Memohon Semula untuk Rangkaian yang Berbeza atau Nama/#ID yang Berbeza:

    1. Semua Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang tidak aktif selama 270 hari, tetapi kurang dari 1,000 hari yang ingin menjadi Pemilik UnFranchise semula di bawah rangkaian penajaan yang berbeza, atau dengan nama atau nombor pengenalan cukai yang berbeza, mesti menghantar surat yang disahkan dan ditandatangani oleh Pemilik UnFranchise yang ingin memohon semula tersebut, dengan penjelasan mengenai sebab mereka ingin menukar rangkaian penajaan atau nama/#ID tersebut, dan untuk perhatian Jabatan Pematuhan Lapangan, melalui e-mel kepada fieldcompliance@marketamerica.com, atau melalui faks ke 1-336-605-0041.

    2. Dengan berdasarkan budi bicara Market Malaysia (atau subsidiari/keluarga bersekutu syarikat antarabangsanya), permohonan bekas Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang tidak aktif selama 270 hari, tetapi kurang dari 1,000 hari tersebut akan diluluskan untuk berada dalam rangkaian penajaan yang berbeza. Ini boleh dilakukan sekiranya perkara berikut terpakai (senarai ini tidak bersifat muktamad dan ia tidak menjamin sepenuhnya kelulusan pertukaran rangkaian penajaan tersebut):

      1. Penaja/ susunan atasan tidak memenuhi tanggungjawab pengurusan mereka seperti yang ditakrifkan dalam Manual UnFranchise;

      2. Satu kilanan yang sah difailkan terhadap penaja/susunan atasan atas aktiviti yang menjejaskan bisnes Pemilik UnFranchise yang melakukan permohonan semula;

      3. Pihak syarikat menentukan bahawa terdapat hal keadaan peringan yang menjelaskan peletakan dalam rangkaian penajaan yang baharu; atau

      4. Program Selamatkan Pemilik UnFranchise (SAUFO) telah didapati terguna pakai dan tiada cubaan sokongan yang memuaskan dibuat oleh susunan atasan.

  3. Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan yang Tidak Aktif ≥ 1,000 hari: Pemilik UnFranchise dan Wakil Jualan yang tidak aktif selama 1,000 hari atau lebih boleh melalui Pendaftaran UnFranchise dalam talian atau menghantar satu salinan kertas bercetak standard IUA&A untuk diletakkan dalam rangkaian penajaan terdahulu, atau sebarang rangkaian penajaan baharu, asalkan Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan tersebut mematuhi semua dasar dan prosedur lain berkenaan integriti rangkaian penajaan dan bebas manipulasi terhadap Pelan Ganjaran Prestasi Kepimpinan (MPCP).

  4. Aktiviti Tidak Beretika: Jika pihak Syarikat mengenalpasti bahawa terdapat Pemilik UnFranchise telah bertindak secara tidak beretika dengan melakukan permohonan semula bawah rangkaian penajaan yang berbeza, Pemilik UnFranchise yang dianggap melanggar etika tersebut akan tertakluk kepada penamatan IUA&A mereka dengan serta-merta. Organisasi yang menerima kredit daripada permohonan semula tidak beretika ini, akan melihat semua BV/IBV yang diperoleh daripada aktiviti ini dipadamkan, manakala semua komisen yang dijana daripada BV/ IBV ini akan ditarik semula (Lihat Pembalikan Komisen). Pemilik UnFranchise yang diletakkan di bawah Pemilik UnFranchise yang Tidak Sah akan dipindahkan ke rangkaian penajaan asal ATAU ke peletakan yang bersesuaian ditentukan mengikut budi bicara pihak syarikat. BDC yang tidak berkaitan dengan Pemilik UnFranchise TidakSah akan kekal di posisi semasa mereka. Jika didapati yang mana-mana Pemilik UnFranchise aktif yang lain terlibat atau menyokong aktiviti yang tidak beretika ini, Prosedur Tindakan Pembetulan akan diambil terhadap Pemilik UnFranchise tersebut (lihat dasar Tindakan Pembetulan).

  5. Pemintasan Dasar: Jika didapati yang Pemilik UnFranchise telah memintas dasar ini (atau mana-mana dasar lain) dengan menggunakan pasangan/orang terdekat, ahli keluarga, ID yang berbeza, entiti perniagaan atau pihak ketiga yang lain untuk menubuhkan semula Bisnes UnFranchise dalam rangkaian penajaan lain atau dengan mengaturkan orang lain untuk menubuhkan Bisnes UnFranchise untuk digunakan sebagai “Pihak Kedua” pasif, Pemilik UnFranchise akan tertakluk kepada penamatan serta-merta terhadap IUA&A mereka dan semua BV yang diperoleh daripada aktiviti ini akan dipadamkan dan komisen akan ditarik balik. “Pasif” boleh ditakrifkan sebagai tidak terlibat dalam aktiviti berkaitan atau yang diperlukan, mengikut kes, oleh Pemilik UnFranchise sah termasuklah peruncitan, mencapai syarat jualan, penajaan, menghadiri mesyuarat dan kelas latihan, melengkapkan keperluan pensijilan, latihan dan sebagainya. Tambahan itu pula, jika Pemilik UnFranchise membayar dengan kad kredit mereka sendiri atau bentuk bayaran yang lain bagi memenuhi jualan pihak kedua, kemudian, memastikan pihak kedua tersebut aktif dan/atau layal, ini juga dianggap sebagai pasif. Tiada kompromi untuk sebarang pelanggaran terhadap seksyen ini.

  6. Q-Date Baharu: Selepas melayakkan BDC dalam peletakan baharu, Pemilik UnFranchise akan menerima Q-Date baharu dan tempoh tangguh untuk sukuan pertama, kerana dia dianggap sebagai Pemilik UnFranchise baharu secara efektif menurut MPCP.

  7. Caj Perkhidmatan Bulanan: Pemilik UnFranchise yang tidak aktif selama 270 hari yang mempunyai kredit dalam akaun Market Malaysia mereka akan dinilai untuk caj perkhidmatan bulanan, sehingga Pemilik UnFranchise tersebut menubuhkan Bisnes UnFranchise baharu di bawah rangkaian genealogi (atau seperti yang dibenarkan oleh dasar ini) atau baki akaun kredit menjadi sifar, mana-mana yang berlaku terlebih dahulu. Caj perkhidmatan ini akan terpakai untuk mana-mana akaun kredit yang dimiliki Pemilik UnFranchise bersama Market Malaysia, A.S., Kanada, Taiwan, Hong Kong dan/atau Australia, United Kingdom, Singapura, Sepanyol dan Mexico. Caj perkhidmatan bulanan bagi setiap akaun negara tertentu adalah seperti yang berikut: S$25.00 bagi akaun Singapura, HK$150.00 (dana Hong Kong) bagi akaun Hong Kong, AS$20.00 (dana A.S.) bagi akaun A.S, $28.00 (dana Kanada) bagi akaun Kanada, NT$640 (dana Taiwan) bagi akaun Taiwan, AUD$30.00 (dana Australia) bagi akaun Australia, £12.75 (dana UK) bagi akaun United Kingdom, €XX.XX (dana Sepanyol) bagi akaun Sepanyol, MX$268.67 (dana Mexico) bagi akaun Mexico, dan RM80.00 bagi akaun Malaysia.

SEK. 9     LANGGANAN TAHUNAN

Setiap terma Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas (IUA&A) tamat pada hari bekerja terakhir bagi Bulan Permulaan Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan pada tahun berikutnya. “Bulan Permulaan“ ditakrifkan sebagai bulan kepada Tarikh Permulaan Pemilik UnFranchise atau Wakil Jualan yang ditentukan. Untuk menyambung terma IUA&A, Pemilik UnFranchise dan Wakil Jualan mesti memperbaharuinya secara tahunan dengan menghantar Borang Langganan Tahunan sebelum hari terakhir Bulan Permulaan Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan.

  1. Wakil Jualan: Seorang Wakil Jualan harus melengkapkan dan menghantar Borang Langganan Tahunan sebelum hari bekerja yang terakhir pada bulan permulaan berkenaan.

    1. Tiada caj langganan yang diperlukan untuk Wakil Jualan; tetapi, Wakil Jualan tidak boleh mengambil bahagian dalam MPCP.

    2. Wakil Jualan yang tidak menghantar Borang Langganan Tahunan tepat pada masanya akan digantung daripada mengakses Akaun Bisnes UnFranchise mereka; tetapi, satu IUA&A "Wakil Jualan, Langganan Lambat” yang dipilih boleh dihantar dan akses kepada Akaun Bisnes UnFranchise akan diberikan semula.

      NOTIS: Pemilik UnFranchise atasan perlu mengetahui bahawa sekiranya Borang Langganan Tahunan tidak diterima tepat pada masanya, Volum Bisnes Persendirian Wakil Jualan (PBV) dan Volum Bisnes Internet Persendirian (PIBV) akan disingkirkan (padam ke 0). Ini memberikan kesan kepada Volum Bisnes Internet (GBV) dan Volum Bisnes Internet Kumpulan (GIBV) walaupun syarat lain telah dicapai untuk pengakruan.

  2. Pemilik UnFranchise: Seorang Pemilik UnFranchise mesti melengkapkan dan menghantar Borang Langganan Tahunan termasuk Yuran berkaitan atau menyertai Program Langganan Auto dalam Akaun Bisnes UnFranchise. Setiap Pemilik UnFranchise perlu membayar Yuran mereka sendiri.

    1. Bagi Pemilik UnFranchise yang tidak menghantar Borang Langganan Tahunan mereka, PBV dan PIBV mereka akan disingkirkan (dipadamkan kepada 0), GBV dan GIBV dikosongkan (dipadamkan kepada 0), Q-Date awal mereka dipadamkan daripada pangkalan data komputer dan akses mereka kepada Akaun Bisnes UnFranchise akan digantung.

    2. Pemilik UnFranchise yang menghantar Borang Langganan Tahunan fizikal tanpa membayar Yuran berkenaan akan melihat semua GBV dan GIBV terakru dikosongkan (dipadamkan kepada 0), Q-Date awal mereka akan dipadamkan daripada pangkalan data komputer dan status mereka diturunkan kepada Wakil Jualan. Namun, PBV dan PIBV Pemilik UnFranchise tersebut tidak akan disingkirkan. Pengurangan kepada status Wakil Jualan akan mengakibatkan sukuan tersebut (berdasarkan tarikh tamat Syarat Aktiviti Minimum sukuan) untuk tidak lagi mengikut Q-date awal, tetapi pada Tarikh Permulaan (lihat Syarat Aktiviti Minimum).

    3. Pemilik UnFranchise yang tidak memperbaharui tepat pada masanya harus menghantar IUA&A dengan memilih "Pemilik UnFranchise, Langganan Lewat” dan membayar yuran langganan penuh untuk mendapatkan semula status Pemilik UnFranchise. Langganan lewat tidak akan menukar peletakan awal Pemilik UnFranchise dan maklumat penaja berkenaan tetapi Pemilik UnFranchise tersebut perlu dilayakkan semula dan akan menerima Q-date baharu selepas memenuhi semua syarat kelayakan. Satu lagi Tempoh Tangguh Sukuan Pertama akan terpakai (lihat Syarat Aktiviti Minimum dan Mengaktifkan Pilihan Akruan Bulanan ).

    4. Jika Borang Langganan Tahunan dihantar tepat pada masanya tetapi dengan bayaran yuran Langganan yang tidak diterima oleh Market Malaysia atas sebab tertentu, borang dan yuran tersebut akan dikembalikan kepada Pemilik UnFranchise tanpa diproses. Bagi kes yang sedemikian, Pemilik UnFranchise tersebut perlu menghantar satu lagi Borang Langganan Tahunan dan bayaran Langganan yang sepatutnya, sebelum tarikh tutup Langganan Tahunan.

    5. Pembaharuan Langganan Tahunan Auto

      1. Untuk melaksanakan Program Langganan Automatik, anda mesti memilih “Sertai” bagi program dalam Akaun Bisnes UnFranchise anda. Pemilik UnFranchise boleh Menyertai program semasa pendaftaran awal atau pada bila-bila masa selepas itu, melainkan akses kepadagr Program Langganan Automatik telah disekat pada lima hari sebelum hari pertama Bulan Permulaan. Sepanjang tempoh ini, Pemilik UnFranchise boleh memilih untuk Menyertai atau membatalkan Program Langganan Automatik kerana pemprosesan pembaharuan telah bermula.

      2. Kad kredit Utama dan Kedua boleh ditetapkan di skrin kad kredit dalam Akaun Bisnes UnFranchise.

        1. Kad kredit utama akan dicaj dengan Yuran Langganan pada hari bekerja pertama untuk Bulan Permulaan.

        2. Jika cubaan pertama untuk mengenakan caj pada kad kredit utama gagal, maka kad kredit pertama akan dicaj dengan yuran tahunan sekali lagi pada hari bekerja kedua untuk Bulan Permulaan tersebut.

        3. Jika percubaan kedua untuk mengenakan caj pada kad kredit utama juga gagal dan terdapat kad kredit kedua yang dipilih, maka, pada hari bekerja ketiga untuk Bulan Permulaan, kad kredit kedua akan dicaj dengan Yuran Langganan Tahunan tersebut.

        4. Jika semua percubaan untuk mengenakan caj Yuran Langganan Tahunan di atas gagal, maka, Pemilik UnFranchise perlu memperbaharui secara manual dengan menghantar Borang Langganan Tahunan fizikal bersama Yuran Langganan Tahunan, sebelum hari bekerja terakhir Bulan Permulaan mereka.

      3. Pemilik UnFranchise juga boleh menetapkan Pembaharuan Automatik bagi operasi Global Asia Pasifik dalam talian mereka dengan memasuki Akaun Bisnes UnFranchise negara tersebut. Yuran Langganan Tahunan tidak boleh dipulangkan semula.

SEK. 10     MELAKSANAKAN PILIHAN AKRUAN BULANAN

BDC yang layak akan mengakru Volum Bisnes Kumpulan (GBV) dari bulan ke bulan dengan syarat (1) jumlah Volum Bisnes Persendirian (PBV) minimum telah dipesan dan diberikan kepada BDC-001 dan (2) pesanan bagi Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) telah diterima oleh Market Malaysia, kedua-duanya pada tarikh yang bersesuaian. Pilihan Akruan Bulanan ini boleh dilakukan melalui Program AutoShip UnFranchise atau meletakkan pesanan manual bagi jumlah minimum PBV dan/atau UFMS. NOTA: Pemilik UnFranchise mesti membayar bagi UFMS mereka sendiri.

  1. To Exercise the Monthly Accrual Option: Minimum monthly PBV amounts for exercising the Monthly Accrual Option are as follows: 50 PBV for UnFranchise Owner Level; 100 PBV for Coordinator Level and 150 PBV for Executive Coordinator Level or higher UnFranchise Level. The respective UnFranchise Levels shall be determined based on MPCP pay out criteria satisfied in ANY of the MPCPs (i.e. “Global”) in which the UnFranchise Owner is qualified. Example: if an UnFranchise Owner receives the equivalent of RM1,200 commission for reaching 1200/1200, 2400/2400, or 3600/3600 GBV in a “Global” MPCP, then the UnFranchise Owner shall be considered a “Coordinator” in their “Home Region” MPCP and ALL associated UnFranchise Level requirements for all MPCPs shall apply. UnFranchise Owners placing a product order or orders for the minimum monthly PBV (50, 100 or 150) assigned to their BDC-001 and ordering or renewing their UFMS subscription by their monthly Q-date will satisfy the Monthly Accrual Option for every one of their qualified BDCs regardless of the number (excluding acquired/purchased BDCs).

    1. First Three-Q-date Period (First-Quarter Grace Period): A qualified BDC will continue to accrue GBV through the first three-Q-date period provided a minimum of 50 PBV in addition to the qualifying order(s) has been placed and assigned to the respective UnFranchise Owner’s BDC-001 within (i.e., prior to the end of) their first three-Q-date period, and the respective UnFranchise Owner has purchased at least one month’s subscription to the UFMS in the last month of their first Three-Q-Date Period.

      1. No Commissions Earned in First Quarter: If no commissions are earned within the first three-Q-date period, and if both a minimum of 50 PBV and at least one month's subscription to the UFMS is not placed within the first three-Q-date period, then all GBV accrued by the UnFranchise Owner’s qualified BDC(s) will be flushed (erased to zero).

      2. Commissions Earned in First Quarter: If a commission has been earned within the first three-Q-date period, the first-quarter Grace Period is effectively ended (unless a 28-day Grace Period applies — see 28-day Grace Period). If no 28-day Grace Period applies, the UnFranchise Owner must submit the applicable minimum PBV (100 PBV for Coordinator; 150 PBV for Executive Coordinator) and an order for the UFMS to exercise the Monthly Accrual Option. This is accomplished by assigning the minimum PBV amount to the UnFranchise Owner's BDC-001 and purchasing a subscription to the UFMS for the current monthly Q-date period. If a commission is earned by an UnFranchise Owner within the first three-Q-date period, he/she should immediately contact an active upline Certified Executive Coordinator to ensure that appropriate Business Volume (BV) and an order for the UFMS are placed to continue to accrue GBV month to month.

    2. After the First Quarter: After the first three-Q-date period, to continue accruing GBV on a month-to-month basis, UnFranchise Owners must place the applicable minimum PBV amount (50, 100 or 150 PBV) assigned to their BDC-001 and order or renew their UFMS subscription prior to their Q-date each month. Note: The minimum PBV and order for the UFMS must be received by the week-ending Friday in which the Q-date falls. To count for a given month, the BV and order for the UFMS must be placed after the end of the previous monthly Q-date period and by the last day of the current monthly Q-date period.

    3. 28-Day Grace Period: For any commissions earned that cause UnFranchise Owners' criteria to change regarding exercising the Monthly Accrual Option, a 28-day Grace Period applies under the following guidelines:

      1. BV-Related: If a commission that will increase an UnFranchise Owner’s minimum monthly PBV amount is earned within 28 days of the upcoming monthly Q-date, then the UnFranchise Owner remains at the current BV level to continue to accrue GBV month to month. The UnFranchise Owner must then submit the applicable PBV (100 PBV for Coordinator; 150 PBV for Executive Coordinator) for the first monthly Q-date period for which the 28-day Grace Period does not apply. However, if a commission that will increase an UnFranchise Owner’s minimum monthly PBV amount is earned, and the upcoming monthly Q-date is more than 28 days from the date the commission is earned, then the UnFranchise Owner must submit the applicable PBV (100 PBV for Coordinator; 150 PBV for Executive Coordinator) by the next monthly Q-date to continue to accrue GBV month to month. Note: If a commission that will increase an UnFranchise Owner’s minimum monthly PBV amount is earned within 28 days of the upcoming monthly Q-date, and the UnFranchise Owner is in his/her first three-Q-date period, then the rules of the first three-Q-date period still apply as if no commissions have been earned [see First Three-Q-date Period (First-Quarter Grace Period)].

      2. UnFranchise Management System-Related: If a commission is earned within 28 days of the upcoming monthly Q-date, and the UnFranchise Owner is in his/her first three-Q-date period, then the rules of the first three-Q-date period still apply as if no commissions have been earned [see First Three-Q-date Period (First-Quarter Grace Period)].
  2. UnFranchise Owners Not Exercising Accrual Option: Exercising the Monthly Accrual Option is not required.

    1. If UnFranchise Owners choose not to exercise the Monthly Accrual Option, their accrued GBV through the end of the monthly Q-date period for which the Monthly Accrual Option is not exercised will flush (reset to zero); however, UnFranchise Owners who remain qualified will begin accruing GBV again beginning the commission week directly after the flush.

    2. If UnFranchise Owners do not exercise the Monthly Accrual Option by their next monthly Q-date, their accrued GBV will flush (reset to zero) again at the end of that monthly Q-date period, and so on.

  3. Active Life Span of Group Business Volume: Accrued GBV shall have a 365-day life span from the date of the order. The life span of GBV does not extend to the Friday of the week in which the order turns 365 days old, but expires on the 366th day. GBV greater than 365 days old shall no longer count towards the payout of commissions.

SEK. 11     MENGAKTIFKAN PUSAT PEMBANGUNAN BISNES (PENGAKTIFAN)

BDC mesti diaktifkan untuk memperoleh komisen dan bonus Kepimpinan, yang dilaksanakan oleh Pemilik UnFranchise yang menaja sekurang-kurangnya seorang Pemilik UnFranchise yang layak yang telah menamatkan Latihan Pemilik UnFranchise Baru (NUOT) yang ditaja oleh bahagian korporat yang diletakkan pada bahagian kiri susunan bawahan BDC dan menaja sekurang-kurangnya seorang Pemilik UnFranchise yang telah menamatkan Latihan Pemilik UnFranchise Baru (NUOT) yang ditaja oleh bahagian korporat yang diletakkan pada bahagian kanan susunan bawahan BDC.

  1. Syarat dan Penyelenggaraan Minimum: Untuk sebuah BDC memperoleh komisen dan bonus kepimpinan, sekurang-kurangnya seorang Pemilik UnFranchise tajaan peribadi yang berlayakan dan telah melengkapkan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) yang ditaja oleh bahagian korporat mestilah berada di susunan bawahan sebelah kiri dan sebelah kanan. Kegagalan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya seorang Pemilik UnFranchise tajaan peribadi berkelayakan yang telah menamatkan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) yang ditaja oleh bahagian korporat di kedua-dua bahagian kiri dan kanan sebuah BDC akan menyebabkan Pemilik UnFranchise yang menaja dilucutkan hak bayaran komisen apabila jumlah yang diperlukan telah dicapai. Tiada komisen retroaktif yang akan dikeluarkan.

  2. Kelayakan Pemilik UnFranchise Bebas:

    1. Pemilik UnFranchise yang baharu ditaja dan berkelayakan yang tidak dihubungkan dengan betul (BDC yang tidak berhubungan) akan dianggap sebagai tidak sah untuk mengaktifkan Pemilik UnFranchise yang menaja tersebut sehinggalah tarikh pembetulan rangkaian.

    2. Pemilik UnFranchise yang baharu ditaja dan berkelayakan mempunyai 28 hari untuk melengkapkan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu (NUOT) yang ditaja oleh bahagian korporat atau Pemilik UnFranchise yang menaja akan kehilangan hak penajaan dan Pemilik UnFranchise baharu tersebut tidak akan dikira untuk pengaktifan. Hak penajaan untuk Pemilik UnFranchise baharu bagi penaja Pemilik UnFranchise ini boleh diaktifkan semula selepas Pemilik UnFranchise baharu ini melengkapkan NUOT pada satu tarikh yang kemudian. Penajaan akan dikuatkuasakan pada tarikh pengaktifan semula.

    3. Pemilik UnFranchise berkelayakan yang beroperasi dari alamat yang sama seperti mana-mana Pemilik UnFranchise sedia ada, walaupun jika pihak syarikat telah meluluskan Bisnes UnFranchise berkenaan, tidak akan dikira untuk memenuhi syarat pengaktifan bagi mana-mana Pemilik UnFranchise.

    4. BDC yang diletakkan dengan kebenaran kemasukan semula atau BDC lain yang diperoleh tidak akan dikira bagi memenuhi syarat pengaktifan.

    5. Bisnes UnFranchise Organisasi Bukan Untung (NPO) tidak akan dikira untuk memenuhi syarat pengaktifan.

    6. Penajaan yang melibatkan penipuan, kepalsuan atau rekaan untuk memenuhi keperluan pengaktifan adalah dilarang dan akan membatalkan pengaktifan. Penajaan yang melibatkan penipuan, kepalsuan atau rekaan adalah, tidak terbatas kepada, penggunaan mana-mana daripada yang berikut untuk menyamarkan identiti sebenar dan/atau kekurangan aktiviti bagi pihak Pemilik UnFranchise atas tujuan pengaktifan (a) nama dagangan, (b) nama samaran, (c) nombor pengenalan, (d) perjanjian untuk menjalankan Bisnes UnFranchise, (e) pasangan atau orang terdekat, (f) ahli keluarga, (g) entiti perniagaan atau tanpa keuntungan, atau (h) bertindak bersama dengan pihak ketiga untuk memenuhi pengaktifan, dengan pihak ketiga tersebut tidak membuat aku janji, dan seperti yang diperlukan dalam sesetengah kes, bagi aktiviti kebiasaan Pemilik UnFranchise bona fide. Aktiviti ini adalah, tidak terbatas kepada, peruncitan, memenuhi keperluan jualan, menaja, menghadiri mesyuarat, menghadiri sebarang kelas latihan wajib dan melengkapkan keperluan pensijilan. Jika pihak syarikat dapat mengenalpasti amalan yang seperti disebutkan, ia mungkin menyebabkan:

      1. Pemilik UnFranchise yang melakukan pelanggaran mungkin diminta ganti rugi untuk membayar balik semua komisen yang tidak diperoleh untuk dibayar sebagai akibat daripada penajaan yang tidak sah;

      2. Pemilik UnFranchise yang melakukan pelanggaran boleh dikosongkan semua volum yang telah terakru (dipadamkan kepada kosong);

      3. Pemilik UnFranchise yang melakukan pelanggaran tertakluk kepada Prosedur Tindakan Pembetulan.

SEK. 12     KEPERLUAN KOMISEN MINIMUM

Keperluan minimum yang berikut adalah terpakai kepada Pemilik UnFranchise untuk terus memperoleh komisen dan/atau bonus bawah MPCP.

  1. Borang 1000: Pemilik UnFranchise perlu melengkapkan dan menghantar Borang 1000 yang sah dan terkini kepada Market Malaysia, berserta minimum dua resit penjualan berjumlah RM800, untuk menerima komisen, termasuk bayaran komisen pertama Pemilik UnFranchise. Kegagalan mematuhi keperluan ini akan menyebabkan komisen ditahan sama ada selama empat kitaran komisen mingguan berturutan dari minggu komisen tersebut sepatutnya dikeluarkan atau sehingga akhir sukuan semasa jika bayaran komisen tersebut adalah untuk BDC-001, bergantung kepada mana-mana yang terlebih dahulu. Jika keperluan Borang 1000 masih belum dipenuhi pada penghujung tempoh penahanan ini, komisen tersebut akan dilucutkan hak. Notis: Borang 1000 bagi BDC-001 perlu dihantar pada penghujung sukuan Pemilik UnFranchise, tanpa mengambil kira komisen. Jika Borang 1000 yang sah untuk BDC-001 tidak diterima pada tarikh penghujung sukuan Pemilik UnFranchise, bukan sahaja Volum Bisnes Kumpulan Pemilik UnFranchise akan dikosongkan, malah, keseluruhan Volum Bisnes Persendirian akan disingkirkan, malah, termasuk sebarang bayaran komisen yang ditahan bagi BDC-001 kerana gagal memenuhi keperluan Borang 1000 akan dilucutkan hak.

  2. Penyelaras (Pemilik UnFranchise yang Telah Memperoleh Komisen RM1,200): Selain daripada keperluan Borang 1000, Penyelaras perlu melengkapkan dan menghantar Permohonan Kelayakan dan Kelayakan Penyelaras Eksekutif (Borang MY1001) dan Pengiktirafan dan Perjanjian Penyelaras Eksekutif (Borang MY925) kepada Market Malaysia dalam tempoh 28 hari mereka melayakkan diri untuk menerima komisen RM1,200 mereka yang pertama. Kegagalan mematuhi keperluan ini akan menyebabkan bayaran komisen yang berikutnya ditahan selama empat kitaran komisen mingguan berturutan dari minggu bayaran komisen tersebut sepatutnya dikeluarkan dan jika syarat ini masih belum dipenuhi sehingga penghujung tempoh penahanan ini, komisen tersebut akan dilucutkan hak. Pelengkapan dan penyerahan Borang MY1001 dan Borang MY925 perlu dilaksanakan di peringkat awal, dan kemudiannya, syarat ini akan dilengkapkan secara tahunan dengan menghantar Borang Langganan Tahunan.

  3. Penyelaras Eksekutif (Pemilik UnFranchise yang Telah Memperoleh Komisen RM2,400 dengan Mengakrukan 5,000 Volum Bisnes Kumpulan pada Bahagian Kiri dan Kanan): Selain keperluan Borang 1000 dan keperluan komisen minimum yang ditetapkan bagi Penyelaras, Penyelaras Eksekutif perlu memenuhi keperluan komisen minimum yang berikut:

    1. Penyelaras Eksekutif perlu menghantar Sijil Latihan Pemilik UnFranchise Baru/Latihan 5 Langkah Asas dan Ujian Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (gred lulus) dalam tempoh 28 hari selepas layak menerima komisen RM2,400 Penyelaras Eksekutif mereka yang pertama. Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menyebabkan bayaran komisen yang seterusnya ditahan selama empat kitaran komisen mingguan berturutan dari minggu bayaran komisen tersebut sepatutnya diposkan dan jika syarat ini masih tidak dapat dipenuhi pada penghujung tempoh penahanan ini, komisen tersebut akan dilucutkan hak. Keperluan ini boleh dilengkapkan sebelum Pemilik UnFranchise mencapai Tahap UnFranchise Penyelaras Eksekutif.

SEK. 13     KRITERIA PEMBAYARAN PELAN GANJARAN PRESTASI KEPIMPINAN (MPCP)

BDC yang layak, aktif dan telah diaktifkan yang menyertai MPCP akan layak untuk memperoleh komisen dan bonus kepimpinan mingguan bagi Volum Bisnes Kumpulan (GBV) yang dijana oleh Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan mereka.

  1. Kitaran Mingguan: Kitaran komisen mingguan yang mengira GBV terakru daripada pesanan produk dibuat, diberikan dengan betul dan diproses akan berlangsung dari 12:00 pagi pada hari Sabtu hingga 11:59 malam pada hari Jumaat yang berikutnya (tidak termasuk tempoh tangguh yang diberikan kepada ahli Sistem Pengurusan UnFranchise yang menggunakan proses pesanan dalam talian). Notis: Kitaran komisen setiap Jumaat ini hanya merujuk pada kitaran mingguan iaitu Market Malaysia menentukan kelayakan komisen; kitaran komisen ini tidak merujuk kepada rangka masa Market Malaysia memproses komisen tersebut.

    1. Borang 1000 yang difailkan pada masa yang sepatutnya pada penghujung sukuan Pemilik UnFranchise dan dihantar secara dalam talian pada 11:59 malam pada hari Jumaat akan dikira bagi minggu semasa.

    2. Pesanan dalam talian yang dibuat di UnFranchise.com oleh ahli UFMS selewatnya pada pukul 11:59 malam pada hari Jumaat akan dikira dalam tempoh semasa sekiranya UFO mempunyai Langganan UFMS yang sedia ada untuk membuat pesanan melalui proses pesanan dalam talian. Sekiranya UFO tidak mempunyai langganan UFMS yang aktif, pesanan yang dibuat selewatnya pada 4:59 Petang akan dikira dalam tempoh semasa.

      Notis: Jika Market Malaysia menyatakan bahawa UFMS tidak berfungsi seperti sepatutnya dari pejabat korporat untuk satu tempoh yang tidak boleh diterima, ahli UFMS mempunyai masa sehingga 1:59 petang pada hari Sabtu untuk menghantar pesanan melalui faks menggunakan kad kredit berdaftar atau kredit pada akaun yang disahkan sebagai kaedah bayaran. Ahli UFMS mestillah meletakkan dengan jelas di bahagian atas borang pesanan “Masalah UFMS – mohon dipertimbangkan untuk minggu berakhir xx/xx/xx.” Pesanan lain tidak akan diterima.

      Notis: Penetapan untuk melanjutkan tarikh akhir pesanan biasa adalah mengikut budi bicara Market Malaysia sepenuhnya. Jika Market Malaysia menentukan bahawa tidak terdapat masa rosak yang mencukupi untuk menjamin pelanjutan tarikh akhir selepas 11:59 malam bagi Pesanan Elektronik Dalam Talian, maka mana-mana pesanan yang diterima oleh Market Malaysia selepas 11:59 malam akan dikreditkan pada minggu yang berikutnya.

    3. Komisen mingguan dan bonus kepimpinan akan dibayar mengikut keseluruhan volum bisnes kumpulan, berdasarkan pengeposan terakhir dan nilai penyelarasan, dua minggu dari hari Jumaat minggu terakhir kitaran komisen yang berkenaan.

  2. Kriteria Ganjaran Mingguan dan Parameter Pengurusan:

    1. Komisen RM1,200: untuk pengakruan sebanyak 1,200 GBV atau lebih di sisi sebelah kiri dan 1,200 GBV di sisi sebelah kanan BDC yang terlibat.

    2. Komisen RM1,200: untuk akruan sebanyak 2,400 GBV atau lebih di sebelah kiri dan 2,400 GBV di sebelah kanan BDC yang terlibat. Ini termasuk 1,200 GBV yang terdahulu.

    3. Komisen RM1,200: untuk akruan yang berjumlah atau lebih daripada 3,600 GBV di sebelah kiri dan 3,600 GBV di sebelah kanan BDC yang terlibat. Ini termasuklah 2,400 GBV yang terdahulu.

    4. Komisen RM2,400: untuk akruan yang sama atau lebih daripada 5,000 GBV di sebelah kiri dan 5,000 GBV di sebelah kanan BDC yang terlibat. Ini termasuk 3,600 GBV yang terdahulu.

    5. Bonus Kepimpinan RM2,400: Apabila mempunyai BDC pada sebelah kiri dan BDC pada sebelah kanan, setiap satu menerima komisen RM2,400 kerana mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV dalam kitaran komisen mingguan yang sama, yang diperoleh oleh BDC berkenaan iaitu komisen RM2,400 kerana mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV. Notis: Kesemua tiga bayaran komisen ini mesti mencapai syarat yang ditetapkan untuk dibayar pada masa yang sama. Jika apa-apa bayaran yang sebaliknya akan menyumbang kepada Bonus Kepimpinan ditahan atas apa-apa sebab (lihat Keperluan Komisen Minimum), maka komisen yang ditahan tidak layak untuk menyumbang kepada mana-mana Bonus Kepimpinan bagi minggu yang komisen tersebut sepatutnya diperoleh jika tidak ditahan. Selain itu, hanya Pemilik UnFranchise di Rantau Negara Asal di susunan bawahan yang dikosongkan dalam kitaran bayaran mingguan yang sama akan dikira untuk kelayakan Bonus Kepimpinan.

    6. Semua jumlah GBV terakru adalah terkumpul (iaitu, termasuk GBV terakru kerana mencapai kriteria pampasan yang terdahulu), hingga mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV. Selepas mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV, sesebuah BDC akan dikosongkan (GBV dipadamkan kepada kosong) dan kitaran komisen dimulakan sekali lagi untuk minggu seterusnya.

    7. Sebarang GBV yang melebihi kriteria pampasan 5,000 GBV tidak akan dibawa kepada kitaran komisen yang berikutnya.

    8. Semua atau sebahagian daripada kriteria pampasan yang dipenuhi dalam kitaran komisen mingguan akan dibayar pada minggu tersebut. Komisen dan bonus kepimpinan maksimum yang boleh diperoleh oleh satu BDC dalam kitaran komisen mingguan adalah RM8,400.

    9. Market Malaysia berhak untuk membataskan bayaran maksimum yang dibenarkan bagi mana-mana kitaran bayaran mingguan bawah MPCP sehingga 65 peratus daripada jumlah BV yang dikreditkan untuk minggu yang tersebut.

    10. Bayaran komisen akan dibuat melalui deposit terus ke akaun bank dalam fail dengan Market Malaysia, seperti yang didaftarkan di Akaun Bisnes UnFranchise Pemilik UnFranchise. Pemilik UnFranchise perlu mengesahkan bahawa butiran akaun yang diberikan merupakan milik Akaun Bisnes Pemilik UnFranchise tersebut.

    11. Jika atas sebarang sebab, Pemilik UnFranchise ingin menarik balik deposit terus sebelum waktu yang diperlukan bagi bank untuk menarik balik deposit tersebut, yuran perkhidmatan sebanyak RM144.00 akan dikenakan terhadap wang yang dimasukkan dan satu lagi deposit ACH akan dibuat terhadap akaun yang didaftarkan dengan betul di Akaun Bisnes UnFranchise Pemilik UnFranchise tersebut. Contohnya, apabila akaun bank dalam fail telah ditutup atau maklumat akaun dimasukkan secara salah, Pemilik UnFranchise perlu mengesahkan bahawa butiran akaun yang diberikan merupakan milik Akaun Bisnes Pemilik UnFranchise tersebut.

SEK. 14     PUSAT PEMBANGUNAN BISNES TAMBAHAN/BERBILANG

BDC tambahan hanya boleh diletakkan dan/atau diperoleh (selain kemasukan awal) dalam susunan bawahan BDC-001 Pemilik UnFranchise melalui kebenaran kemasukan semula atau pemerolehan BDC.

  1. Kemasukan Semula Pusat Pembangunan Bisnes:

    1. Pemilik UnFranchise diberikan kebenaran kemasukan semula untuk kali pertama dan hanya SATU kali bagi setiap BDC selepas menerima satu komisen kerana mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 bagi BDC yang berkenaan dalam MPCP “Rantau Negara Asal” mereka. Kemasukan semula TIDAK akan dibenarkan kerana mencapai kriteria ganjaran 5000/5000 GBV dalam MPCP “Global” (rujuk kepada seksyen Pelan Ganjaran Prestasi Kepimpinan Global untuk mengetahui cara memperoleh BDC “Global” tambahan). Kemasukan semula tidak akan dianggap sah oleh Market Malaysia sehingga selepas Pemilik UnFranchise menerima bayaran komisen tersebut. Pencapaian kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV yang berikutnya tidak akan membolehkan satu lagi “kemasukan semula” melainkan ia dicapai oleh BDC tambahan (contohnya, 002, 003, 004 dan seterusnya). BV bagi Pesanan kelayakan kemasukan semula yang tidak sah akan secara automatik ditempatkan di BDC-001 Pemilik UnFranchise tersebut.

    2. “Kemasukan semula” untuk sebuah BDC tambahan harus dilaksanakan berdasarkan dengan (a) ATAU (b) di bawah:

      1. Sekurang-kurangnya lima (5) Bisnes UnFranchise termasuk semua BDC mereka (yang ditubuhkan semasa pendaftaran) antara BDC awal Pemilik UnFranchise yang dimasukkan semula dan peletakan “kemasukan semula”; atau

      2. “Kemasukan semula” mesti diletakkan di bawah satu BDC dalam organisasi anda (tidak termasuk BDC persendirian anda) yang telah melengkapkan kitaran bayaran (5000 BV di sebelah kiri dan 5000 BV di sebelah kanan, memperoleh komisen akhir bernilai RM2,400) dalam MPCP.

      3. Kemasukan semula BDC-004 hanya boleh diletakkan dalam cabang kiri BDC-002 dan cabang kanan BDC-003 berdasarkan peraturan peletakan kemasukan semula yang lain sehingga Pemilik UnFranchise mencapai RM54,000 dalam kriteria komisen mengikut kitaran bayaran mingguan selama 12 minggu berturut-turut, bersamaan dengan mencapai tahap Penyelaras Profesional selama tiga bulan berturut-turut. Malah, cabang bahagian dalam bagi BDC-004 tidak layak untuk peletakan Pemilik UnFranchise baharu sehingga kriteria komisenRM54,000dalam 12 kitaran bayaran mingguan berturutan dipenuhi.

    3. BDC tambahan daripada kemasukan semula mesti layak (200 PBV) ketika BDC kemasukan semula tersebut diletakkan. Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang 1000) mesti dilengkapkan dan dihantar bersama dengan minimum dua resit jualan sebanyak RM800 sebelum memperoleh komisen (ini merupakan keperluan sekali sahajamelainkan sekiranya Pemilik UnFranchise tersebut disingkirkan).

  2. Perolehan Pusat Pembangunan Bisnes: Kelulusan pemerolehan BDC tambahan dalam susunan bawahan Pemilik UnFranchise tidak selalunya diberikan melainkan untuk situasi peringan yang terpencil dan dimulakan dengan mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak syarikat. Pemilik UnFranchise tidak boleh menjual, memberikan atau memindahkan BDC mereka, posisi pemasaran atau hak dan kewajipan Pemilik UnFranchise yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada pihak syarikat. Pemilik UnFranchise mesti menghantar surat kepada Jabatan Pematuhan terlebih dahulu untuk memohon kelulusan membeli BDC dan menjelaskan dengan terperinci situasi peringan yang dihadapi.

    1. Had Batasan:
      1. Pembeli prospektif mestilah setara atau mempunyai Tahap UnFranchise yang lebih tinggi sebagai Pemilik UnFranchise yang menjual dan mestilah seorang Pemilik UnFranchise bersama Market Malaysia selama sekurang-kurangnya (12) bulan sebelum pemerolehan.

      2. Pemilik UnFranchise hanya boleh memperoleh BDC dalam susunan bawahan mereka dan Pemilik UnFranchise yang membuat jualan tidak dibenarkan berada dalam status tidak aktif melebihi 270 hari.

      3. Pemilik UnFranchise yang melepaskan hak dan tanggungjawab atas sesebuah BDC tidak akan layak untuk menaja semula sebagai Pemilik UnFranchise selama tempoh 270 hari dari tarikh jualan dan/atau pemindahan.

    2. Kelulusan:

      1. Selepas mendapat kelulusan bertulis daripada pihak syarikat, Pemilik UnFranchise perlu menghantar perjanjian pembelian yang disahkan, ditandatangani oleh kedua-dua Pemilik UnFranchise yang menamatkan dan yang membeli, bersama yuran pemprosesan sebanyak RM40.00 bagi setiap BDC untuk perhatian Jabatan Pematuhan.

      2. Setiap Bisnes UnFranchise yang diperoleh akan diberikan nombor pengenalan yang berasingan dan berbeza daripada BDC asal Pemilik UnFranchise, yang akan dimaklumkan pihak syarikat kepada Pemilik UnFranchise yang membeli melalui telefon, surat atau faks.

      3. Selepas menerima nombor pengenalan baru, Pemilik UnFranchise yang membeli mesti melayakkan semula setiap BDC yang diperoleh untuk mula mengakru GBV dalam pusat yang berkenaan. Notis Q-Date asal bagi BDC tersebut akan dikekalkan seperti semasa kelayakan asal. Tidak ada Tempoh Penangguhan sukuan pertama awalan yang lain akan diberikan. Pemilik UnFranchise mesti memenuhi PBV bardasarkan Tahap UnFranchise yang dicapai oleh Pemilik UnFranchise terdahulu untuk terus mengakru GBV dari bulan ke bulan.

      4. Setiap BDC yang diperoleh mesti diaktifkan semula untuk layak mendapatkan komisen dan bonus kepimpinan. Hak penajaan asal bagi Pemilik UnFranchise susunan bawahan daripada BDC yang diperoleh bagi keperluan pengaktifan ditamatkan selepas pemerolehan.

      5. Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang 1000) mesti dilengkapkan dan dihantar bersama dengan minimum dua resit runcit yang berjumlah RM800 dalam tempoh 90 hari selepas kelayakan.

      6. Pihak syarikat perlu mendaftarkan BDC-001 yang diperoleh tersebut dalam Program AutoShip UnFranchise dalam tempoh 28 hari dari tarikh nombor ID baru dikeluarkan.

      7. Semua syarat keperluan aktiviti akan terpakai untuk setiap BDC yang diperoleh atau kumpulan BDC (dalam kes memperoleh Bisnes UnFranchise) berasingan dan berbeza daripada BDC yang dimiliki semasa entri awal atau dimiliki melalui kebenaran kemasukan semula. Ini termasuk syarat-syarat yang berkaitan dengan kelayakan, pengaktifan, pengurusan, Pembaharuan Tahunan, keahlian UFMS dan sebagainya.

      8. Sila tunggu dalam tempoh 10 sehingga 15 hari bekerja dari tarikh kelulusan syarikat secara bertulis bagi Market Malaysia untuk menetapkan BDC yang diperoleh. Jangan letakkan susunan bawahan Pemilik UnFranchise sehingga proses ini dilengkapkan dalam sistem komputer.

SEK. 15     SISTEM PENCAPAIAN BERPERINGKAT MARKET MALAYSIA

Tahap pengurusan lapangan (Tahap UnFranchise) boleh diperoleh melalui penyertaan dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan. Pemilik UnFranchise yang mencapai pengurusan lapangan baharu (Tahap UnFranchise) akan diiktiraf dalam Majalah Pemilik UnFranchise Market Malaysia. Syarat Tahap (UnFranchise) pengurusan lapangan adalah seperti yang berikut.

Tahap 1 — PEMILIK UNFRANCHISE

  1. Melengkapkan Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas
  2. Menghantar Yuran Kemasukan dan Yuran Langganan Tahunan
  3. Menghantar satu salinan kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia atau Pemastautin Tetap anda

Tahap 2 — PEMILIK UNFRANCHISE YANG BERKELAYAKAN

  1. Melengkapkan Tahap 1
  2. Meletakkan dan mengumpul 200 PBV dalam turutan di BDC-001
  3. Mengekalkan rangkaian yang sewajarnya dalam genealogi Market Malaysia

Tahap 3 — PENYELARAS (Pin Biru)

  1. Melengkapkan Tahap 2
  2. Membangunkan dua organisasi jualan dan pengagihan, satu di bahagian kiri dan satu di bahagian kanan BDC, setiap satunya mengakru 1,200 GBV dalam satu kitaran komisen mingguan
  3. Menerima bayaran komisen sebanyak RM1,200

Tahap 4 — PENYELARAS EKSEKUTIF (Pin Biru dengan Satu Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 3
  2. embangunkan dua Organisasi jualan dan pengagihan, satu di bahagian kiri dan satu di bahagian kanan BDC, setiap satu mengakrukan 5,000 GBV dalam satu kitaran komisen mingguan
  3. Menerima bayaran komisen berjumlah RM2,400

Tahap 5 — PENYELARAS UTAMA (Pin Biru dengan Dua Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 4
  2. Menerima RM2,400 bonus kepimpinan

Tahap 6 — PENYELARAS UTAMA KANAN (Pin Biru dengan Dua Berlian dan Satu Nilam)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM12,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh 4 kitaran komisen mingguan berturut-turut

Tahap 7 — PENYELARAS PROFESIONAL (Pin Biru dengan Tiga Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM18,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturut-turut

Tahap 8 — PENYELARAS MENYELIA (Pin Biru dengan Empat Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM30,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 9 — PENYELARAS MENYELIA KEBANGSAAN (Pin Biru dengan Lima Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM40,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturut-turut

Tahap 10 — PENYELARAS MENYELIA EKSEKUTIF (Pin Biru dengan Enam Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM60,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturut-turut

Tahap 11 — PENGARAH (Onyx dengan Satu Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM72,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturut-turut

Tahap 12 — PENGARAH EKSEKUTIF (Onyx dengan Dua Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM100,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 13 — NAIB PRESIDEN LAPANGAN (Onyx dengan Tiga Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM144,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 14 — NAIB PRESIDEN LAPANGAN EKSEKUTIF (Onyx dengan Empat Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM180,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 15 — NAIB PRESIDEN LAPANGAN EKSEKUTIF KANAN (Onyx dengan Lima Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM252,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 16 — PRESIDEN LAPANGAN (Onyx dengan Enam Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM320,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 17 — PRESIDEN LAPANGAN ANTARABANGSA (Platinum dengan Satu Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM400,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 18 — PENGERUSI LAPANGAN ANTARABANGSA (Platinum dengan Dua Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM500,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

Tahap 19 — PENGERUSI LAPANGAN ANTARABANGSA KANAN (Platinum dengan Tiga Berlian)

  1. Melengkapkan Tahap 5
  2. Menerima RM600,000 dalam komisen dan bonus kepimpinan dalam tempoh empat kitaran komisen mingguan berturutan

SEK. 16     PROGRAM PEMILIK UNFRANCHISE UTAMA

Pemilik UnFranchise Utama didefinisikan sebagai Pemilik UnFranchise yang berkelayakan dan aktif yang telah memberikan komitmen untuk menguasai Sistem Bisnes UnFranchise dengan melaksanakan tugas, aktiviti, dan latihan yang ditetapkan.

  1. Kelayakan:

    1. Melanggan Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS)

    2. Membeli produk berjumlah 1,500 BV untuk sukuan berkenaan.

    3. Menjana 200 IBV daripada pembelian Stor Rakan antara anda dan pelanggan melalui pembelian stor rakan, produk eksklusif syarikat atau sebarang transaksi yang mencipta IBV.

    4. Menaja minimum seorang (1) Pemilik UnFranchise yang berkelayakan dan aktif;

    5. Untuk sukuan berkenaan, menghadiri atau mengadakan:

      1. Satu (1) Latihan Pemilik UnFranchise Baharu; dan

      2. Satu (1) Latihan 5 Langkah Asas;

    6. Menghadiri satu (1) Latihan Pentauliahan Penyelaras Eksekutif pada setiap tahun;

    7. Membeli minimum tiga (3) tiket ke Sekolah Kepimpinan atau Konvensyen Tahunan Market Malaysia yang seterusnya; dan

    8. Memperoleh sekurang-kurangnya - RM3,600 dalam komisen BV dan/atau IBV setiap sukuan dan/atau melengkapkan Ujian Diagnostik 5 Langkah Asas, dengan Pemilik UnFranchise tersebut mendapat markah sebanyak 50 peratus atau lebih.

  2. Kesemua kriteria kelayakan mesti dipenuhi dalam sukuan kalendar permohonan Pemilik UnFranchise tersebut. Untuk melengkapkan borang MUFO, sila log masuk ke UnFranchise.com>My Organization > Reports > Management > Master UFO Program. Anda mesti memasukkan dan menyimpan maklumat latihan sebelum hari terakhir sukuan keterlibatan anda. Tempoh akhir ini adalah 31 Mac untuk Q1, 30 Jun untuk Q2, 30 Sept. Untuk Q3 dan 31 Dis. untuk Q4. Sebarang IBV yang dijana dalam satu sukuan yang melebihi kriteria IBV akan dibawa ke hadapan selama satu (1) sukuan dan ditambah kepada IBV anda yang dicipta dalam sukuan berikutnya untuk membantu melengkap kriteria berkenaan. Pembawaan IBV ini terpakai dalam program UFO Utama hanya sekiranya anda melengkapn semua kriteria UFO Utama (berkelayakan) bagi sukuan tersebut. Bagi Program UFO Utama, IBV boleh dicipta daripada pembelian Pemilik UnFranchise dan/atau Pelanggan Keutamaan mereka.

SEK. 17     PELAN GANJARAN VOLUM BISNES INTERNET (IBVCP)

Program Volum Bisnes Internet (IBV) memberikan peluang kepada Pemilik UnFranchise Market Malaysia untuk memperoleh tambahan RM6,000 bagi setiap BDC pada setiap minggu, selain MPCP standard, di samping memaksimumkan dan memanfaatkan organisasi jualan dan pengagihan yang sama. IBV dijana daripada pembelian produk dan perkhidmatan daripada Market Malaysia dan Stor Rakan, transaksi ini termasuk pesanan barang dan perkhidmatan daripada MY.SHOP.COM, membeli produk yang mempunyai IBV melalui stor rakan dalam talian dan fizikal. IBV akan terakru bagi menjana komisen tingkat kedua (komisen IBV) yang melengkapkan komisen tingkat pertama yang dijana dengan mengakrukan BV standard. Dengan pengenalan ganjaran IBV tambahan, MPCP Market Malaysia menghasilkan potensi jumlah bayaran RM14,400 bagi setiap BDC pada satu minggu.

NOTIS: Pemilik UnFranchise tidak akan memperoleh IBV daripada pembelian mereka atau Pelanggan Keutamaan mereka apabila (a) pelayar pembeli tidak dikonfigurasikan untuk menerima kuki; (b) pesanan tersebut dibatalkan selepas itu atau barang atau perkhidmatan dipulangkan selepas itu; (c) Stor Rakan tidak melaporkan pembelian kepada Market Malaysia; (d) pembeli menjalankan transaksi "palsu" atau sebaliknya berpakat sulit dengan pedagang, memberikan apa-apa gambaran yang salah berhubung dengan pembelian, mengekalkan berbilang akaun, atau tidak mematuhi dasar Market Malaysia; (e) Stor Rakan berkenaan berubah atau menghentikan kerjasamanya dengan Market Malaysia; atau (f) Stor Rakan memutuskan untuk menangguhkan bayaran kepada Market Malaysia atas apa-apa sebab, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggunaan kod kupon.

  1. Memesan Produk IBV: Semua produk, barang dan perkhidmatan yang mempunyai IBV akan dipromosikan dan dipasarkan melalui MY.SHOP.COM. Produk, barangan dan perkhidmatan dengan IBV yang dijual secara langsung oleh Market Malaysia akan dipaparkan dalam senarai harga Market Malaysia dan boleh dipesan secara dalam talian.
    Produk, barangan dan perkhidmatan yang mempunyai IBV daripada Stor Rakan hanya boleh dipesan dan dijual melalui pautan Stor Rakan ini ke MY.SHOP.COM. Apabila Pemilik UnFranchise atau Pelanggan Keutamaannya membeli-belah di Kedai Rakan Kongsi Market Malaysia, Pemilik UnFranchise dapat memperoleh IBV beliau berdasarkan pembelian beliau dan Pelanggan Keutamaan beliau akan dapat memperoleh Pulangan Tunai mereka.

  2. Penyertaan dalam Program IBV: Berikut adalah garis panduan bagi Pemilik UnFranchise untuk layak menyertai dalam pengakruan IBV:

    1. Prasyarat Penyertaan: Pemilik UnFranchise mesti berkelayakan dan aktif dalam MPCP standard mengikut dasar dan prosedur dalam Manual UnFranchise Kerjaya.

    2. Penetapan Penyertaan Awal Pusat Pembangunan Bisnes Internet (IBDC): Untuk menyertai program IBV, Pemilik UnFranchise yang berkelayakan dan aktif mesti menetapkan BDC persendirian semasa yang sedia ada untuk menyertai akruan IBV Kumpulan (GIBV) yang dijana daripada pembelian produk oleh Pemilik UnFranchise dan pangkalan pelanggan mereka dalam organisasi kiri dan kanan BDC persendirian yang ditetapkan ini. Pada peringkat awal, Pemilik UnFranchise hanya boleh menetapkan satu BDC persendirian untuk menyertai IBVCP. Pemilik UnFranchise perlu melayari Akaun Bisnes UnFranchise mereka dan mendaftar bagi menetapkan BDC persendirian awal mereka untuk menyertai IBVCP.

    3. Penetapan BDC Tambahan yang Menyertai: Pemilik UnFranchise akan memperoleh hak untuk menetapkan BDC persendirian tambahan untuk menyertai IBVCP melalui proses penetapan BDC tambahan. Ia berfungsi sama seperti proses Kebenaran Kemasukan Semula dalam MPCP standard, tetapi cuma berbeza kerana berbanding memperoleh hak untuk mencipta BDC baharu, sebaliknya, Pemilik UnFranchise berkelayakan akan menetapkan BDC persendirian sedia ada tambahan dalam organisasi mereka yang mengakru GIBV untuk potensi tambahan komisen IBV. Pada kali pertama BDC persendirian ditetapkan untuk menyertai IBVCP telah melengkapkan keseluruhan Kitaran Bayaran Pampasan IBV (iaitu memperoleh bayaran komisen IBV bagi mengakrukan sekurang-kurangnya 5,000 GIBV dari organisasi kiri dan 5,000 GIBV dari organisasi kanan), Pemilik UnFranchise dibenarkan untuk menetapkan satu BDC persendirian sedia ada tambahan untuk menyertai IBVCP. Tiada BDC yang akan mengakru IBV untuk memperoleh komisen IBV sehingga ia ditetapkan sebagai IBDC untuk menyertai IBVCP.

    4. Penetapan IBV Automatik: Apabila Pemilik UnFranchise mendaftarkan BDC persendirian mereka bagi penyertaan awal, mereka perlu mendaftarkan dua BDC untuk penetapan IBV automatik bagi pesanan yang dibuat dalam talian. BDC yang layak bagi peletakan IBV susunan bawahan ditadbir oleh dasar dan prosedur semasa bagi peletakan BV susunan bawahan dalam MPCP yang standard. IBV yang dijana daripada pesanan ini secara alternatifnya dapat ditetapkan kepada Pemilik UnFranchise BDC yang ditetapkan mengikut susunan semasa ia dijana.

    5. Pengakruan Awal IBV: Pengakruan GIBV bermula untuk minggu berakhir Jumaat apabila Pemilik UnFranchise buat pertama kalinya menetapkan BDC persendirian mereka untuk menyertai IBVCP. Untuk terus mengakru GIBV terhadap kriteria bayaran komisen IBV, Pemilik UnFranchise mesti memenuhi keperluan aktiviti minimum MPCP standard dan melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan IBV. Penyingkiran dalam MPCP standard kerana tidak memenuhi keperluan aktiviti minimum atau pengosongan negatif dalam MPCP standard kerana tidak menggunakan Pilihan Akruan Bulanan BV akan mengakibatkan perkara yang sama dalam IBVCP; namun, pengosongan negatif dalam IBVCP tidak akan menjejaskan GBV dalam MPCP standard.

    6. Melaksanakan Pilihan Pengakruan Bulanan IBV: BDC yang layak akan mengakru Volum Bisnes Internet Kumpulan dari bulan ke bulan jika Pemilik UnFranchise melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan IBV apabila mencapai perkara berikut:

      1. Pemilik UnFranchise harus memesan Sistem Pengurusan UnFranchise® (UFMS) pada setiap bulan berlandaskan Q-date bulanan yang bersesuaian.

      2. Pemilik UnFranchise mesti membuat pesanan produk secara bulanan atau menyertai AutoShip untuk jumlah IBV minimum yang berikut: 10 IBV bagi Tahap 1 (Pemilik UnFranchise yang masih belum memperoleh komisen IBV); 20 IBV bagi Tahap 2 (Pemilik UnFranchise yang telah memperoleh komisen IBV pertama mereka); dan 30 IBV bagi Tahap 3 (Pemilik UnFranchise yang telah memperoleh komisen IBV bagi melengkapkan kitaran komisen IBV pada 5000/5000 IBV), dan semua jumlah tersebut ditetapkan kepada BDC-001. Tahap UnFranchise yang berkenaan akan ditentukan berdasarkan kriteria pembayaran IBVCP yang dipenuhi dalam MANA-MANA IBVCP (contohnya “Global”) dengan Pemilik UnFranchise tersebut berkelayakan. Contohnya: jika Pemilik UnFranchise menerima komisen bersamaan RM1,200 kerana mencapai 1200/1200, 2400/2400, atau 3600/3600 GIBV dalam IBVCP “Global”, maka, Pemilik UnFranchise akan dianggap “Tahap 2” dalam “Rantau Negara Asal” IBVCP mereka dan SEMUA syarat Tahap IBV yang berkaitan bagi IBVCP adalah terpakai.

      3. Jumlah maksimum IBV untuk produk Market Malaysia terpilih dan/ atau produk Shopping Annuity Brand yang dibenarkan untuk setiap tempoh Q-date bulanan adalah 150 IBV.

      4. Pemilik UnFranchise tersebut perlu melengkapkan Penetapan UnFranchise berkenaan.

    7. Bagi memastikan bayaran komisen IBV diterima: Pemilik UnFranchise mesti diaktifkan mengikut keperluan MPCP yang standard.

    8. Tempoh Tangguh 28 Hari: Bagi sebarang perubahan dalam status yang menyebabkan jumlah bulanan IBV minimum Pemilik UnFranchise berubah berkaitan perlaksanaan Pilihan Akruan Bulanan IBV, Tempoh Tangguh 28 hari terpakai di bawah garis panduan yang berikut:

      1. Penetapan Awal: Sekiranya tarikh penetapan awal IBDC dalam menyertai IBVCP adalah dalam tempoh 28 hari dari Q-Date bulanan akan datang, maka, Pemilik UnFranchise tidak perlu menghantar jumlah IBV minimum pada Q-Date bulanan yang berikutnya untuk terus mengakru GIBV dari bulan ke bulan. Seterusnya, Pemilik UnFranchise perlu menghantar IBV yang terpakai untuj tempoh Q-Date bulanan pertama dengan Tempoh Tangguh 28 hari yang tidak terpakai. Namun, jika IBDC ditetapkan sebagai menyertai IBVCP dan Q-Date bulanan yang seterusnya adalah lebih dari 28 hari dari tarikh IBDC ditetapkan, maka, Pemilik UnFranchise perlu menghantar IBV yang terpakai pada Q-Date bulanan berikutnya untuk terus mengakru GIBV dari bulan ke bulan.

      2. Komisen yang Diperoleh: Jika bayaran komisen yang akan meningkatkan jumlah perolehan IBV bulanan minimum Pemilik UnFranchise diterima dalam tempoh 28 hari dari Q-Date bulanan seterusnya, maka, Pemilik UnFranchise akan kekal di tahap IBV semasa untuk terus mengakru GIBV dari bulan ke bulan. Kemudian, Pemilik UnFranchise tersebut perlu menghantar IBV yang berkenaan (20 IBV bagi Tahap 2; 30 IBV bagi Tahap 3) untuk tempoh Q-Date bulanan pertama yang Tempoh Tangguh 28 hari tidak terpakai. Namun, jika komisen yang akan meningkatkan jumlah pemerolehan IBV bulanan minimum Pemilik UnFranchise diterima, dan Q-Date bulanan seterusnya adalah lebih daripada 28 hari dari tarikh komisen diperoleh, maka, Pemilik UnFranchise tersebut perlulah menghantar IBV yang berkenaan (20 IBV bagi Tahap 2; 30 IBV bagi Tahap 3) pada Q-Date bulanan yang seterusnya untuk terus mengakru GIBV dari bulan ke bulan.

    9. Pemilik UnFranchise Tidak Melaksanakan Pilihan Akruan IBV: Perlaksanaan Pilihan Akruan Bulanan IBV tidak diperlukan.

      1. Jika Pemilik UnFranchise memilih untuk tidak melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan IBV, GIBV mereka yang terakru sepanjang tempoh Q-Date bulanan bagi Pilihan Akruan Bulanan IBV yang tidak dilaksanakan akan dikosongkan (disetkan semula kepada kosong); namun, Pemilik UnFranchise yang kekal aktif dalam MPCP standard akan mula mengakru GIBV sekali lagi bermula dari minggu komisen sebaik selepas pengosongan.

      2. Jika Pemilik UnFranchise tidak melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan IBV pada Q-Date bulanan mereka yang berikutnya, GIBV terakru mereka akan dikosongkan (disetkan semula kepada kosong) sekali lagi pada akhir tempoh Q-Date bulanan tersebut dan seterusnya.

    10. Jangka Hayat Aktif Volum Perniagaan Internet Kumpulan: GIBV terakru mempunyai jangka hayat selama 548 hari dari tarikh pesanan. Jangka hayat GIBV tidak akan dilanjutkan sehingga hari Jumaat untuk minggu apabila pesanan tersebut menjadi 548 hari, tetapi luput pada hari yang ke-549. GIBV yang melebihi tempoh 548 hari tidak lagi akan dikira untuk pembayaran komisen.

SEK. 18     PENYATUAN RANTAU

Untuk memudahkan perluasan antarabangsa, beberapa buah negara telah dikategorikan di bawah Rantau.

  1. Rantau:

    1. Rantau Amerika: Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan negara EMP di Amerika Latin disatukan dalam satu rantau, iaitu Rantau Amerika.

    2. Rantau Asia Pasifik: Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Australia, Singapura dan negara EMP dalam rantau Asia Pasifik disatukan dalam satu rantau, iaitu Rantau Asia Pasifik.

    3. Rantau Eropah: United Kingdom, Sepanyol dan negara EMP lain dalam Kesatuan Eropah disatukan dalam satu rantau, iaitu Rantau Eropah.

  2. Rantau Asal: Rantau Asal adalah rantau yang Pemilik UnFranchise telah mendaftarkan Bisnes UnFranchise mereka.

  3. Akaun Bersama: BV dan IBV yang terakru oleh Pemilik UnFranchise yang melakukan bisnes dalam dua negara atau lebih dalam satu Rantau dianggap sebagai akaun bersama (“Akaun Bersama”). Notis: Semua akaun Pemilik UnFranchise yang telah meluaskan perniagaan mereka ke Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan/atau Australia akan digabungkan.

  4. Komisen: Komisen akan dikira berdasarkan BV dan IBV terakru dalam Akaun Bersatu. Komisen akan dibayar dalam mata wang “Negara Asal” Pemilik UnFranchise, iaitu bagi Pemilik UnFranchise Market Malaysia, komisen akan dibayar dalam ringgit Malaysia.

  5. Pematuhan peraturan dan keperluan tempatan: Bagi mematuhi undang-undang dan peraturan yang berbeza di negara yang Market Malaysia beroperasi, Manual UnFranchise adalah berbeza mengikut negara masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan. Pemilik UnFranchise yang berkembang dalam satu Rantau tertentu dan ke Rantau lain mesti menjalankan aktiviti mereka dan menguruskan aktiviti organisasi mereka dalam negara tersebut mengikut Manual UnFranchise negara atau rantau masing-masing mengikut undang-undang dan peraturan yang mentadbir operasi perniagaan mereka di negara atau rantau berkenaan.

SEK. 19     PELAN GANJARAN PRESTASI PENGURUSAN GLOBAL

Berikut merupakan syarat untuk Pemilik UnFranchise yang ingin mengembangkan bisnes ke Wilayah Amerika, seperti didefinisikan dalam seksyen Penyatuan Wilayah, untuk layak menyertai MPCP Global. Pengembangan ke Wilayah Eropah diterangkan dalam Penyatuan Global.

  1. Permohonan: Pemilik UnFranchise mestilah log masuk ke UnFranchise.com dan melengkapkan serta menghantar Perjanjian Pemilik Global berserta Perjanjian dan Permohonan Pemilik UnFranchise Bebas Bukan Penduduk.

    1. Untuk mengaktifkan Bisnes UnFranchise Taiwa, anda mestilah menghantar Perjanjian Bukan Penduduk Taiwan yang asal dan dilengkapkan, melalui mel biasa ke pejabat korporat. Untung Runcit dan.atau komisen akan diberikan dari tarikh kami menerima perjanjian bukan Penduduk Taiwan anda.

  2. Peletakan BDC Penyertaan Awal: Pemilik UnFranchise mesti meletakkan BDC peribadi yang wujud untuk menyertai pengakruan BV berpasukan global daripada pembelian produk oleh Pemilik UnFranchise di Wilayah Amerika dan asas pelanggan mereka dalam organisasi kiri dan kanan BDC peribadi yang diletakkan ini. Pada awalnya, Pemilik UnFranchise boleh meletakkan satu BDC peribadi untuk menyertai MPCP Global ini. Pemilik UnFranchise mestilah log masuk ke UnFranchise.com dan mendaftar untuk meletakkan BDC peribadi awal mereka dalam MPCP Global.

  3. Peletakan BDC Tambahan yang Menyertai: Pemilik UnFranchise® akan diberikan hak untuk meletakkan BDC peribadi tambahan untuk menyertai MPCP global menerusi proses peletakan BDC tambahan, Ia berfungsi seperti proses pengesahan kemasukan semula dalam MPCP standard, dengan perbezaannya hanyalah berbanding memperoleh hak untuk mencipta BDC baharu, Pemilik UnFranchise yang layak akan cuma meletakkan BDC peribadi sedia ada tambahan dalam organisasi mereka yang akan mengakru GBV global untuk komisen global berpotensi. Kali pertama BDC peribadi yang ditetapkan untuk menyertai MPCP global melengkapkan keseluruhan Kitaran Pembayaran Ganjaran (iaitu, memperoleh komisen untuk mengakru sekurang-kurangnya 5,000 GBV global daripada organisasi kiri dan 5,000 GBV global daripada organisasi yang kanan), Pemilik UnFranchise dibenarkan untuk menetapkan satu BDC peribadi sedia ada tambahan untuk menyertai MPCP Wilayah Amerika.

  4. Peletakan BDC Pemilik UnFranchise Global Tajaan Peribadi: Pemilik UnFranchise Global mesti dikaitkan/diletakkan sama ada di sebelah kiri atau kanan BDC yang ditetapkan oleh Pemilik UnFranchise yang menaja yang kini wujud dalam Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise. Pemilik UnFranchise Global tersebut hanya boleh dikaitkan/diletakkan pada cabang kiri BDC-002 dan cabang kanan BDC-003 Pemilik UnFranchise dengan tahap Pemilik UnFranchise Utama sehingga Pemilik UnFranchise tersebut memperoleh tidak kurang daripada RM54,000 dalam kitaran bayaran 12 minggu berturut-turut. Semua BDC, "Wilayah Asal" dan global, diletakkan dalam sistem genealogi atau organisasi yang sama.

  5. Pengakruan GBV Global: Untuk menjadikan BDC yang ditetapkan layak untuk mengakru GBV global, Pemilik UnFranchise mesti memesan kit langganan Wilayah Amerika (ini dilakukan semasa proses pendaftaran awal) dan membuat pesanan produk wilayah asal bernilai 200 PBV dan meletakkan BV kepada BDC yang ditetapkan (ini dilakukan semasa proses pendaftaran awal sebaik sahaja Pemilik UnFranchise menetapkan BDC global mereka). Untuk terus mengakru GBV global kepada kriteria pembayaran komisen, Pemilik UnFranchise mesti memenuhi syarat aktiviti minimum MPCP standard dan melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan mengikut keperluan standard MPCP. Pengosongan dan/atau penyingkiran yang teruk dalam MPCP standard kerana tidak memenuhi syarat aktiviti minimum atau melaksanakan Pilihan Akruan Bulanan akan mengakibatkan perkara yang sama dalam MPCP Global. Jika penyingkiran berlaku di MPCP Wilayah Asal, BDC Wilayah Asal mesti dilayakkan semula sebelum melayakkan semula mana-mana BDC global. Nota: Pemilik UnFranchise tidak akan mengakru sebarang GBV global daripada pesanan yang dijana sebelum melayakkan BDC global mereka sendiri.

  6. Syarat Minimum Komisen GBV Global: Untuk layak memperoleh dan menerima komisen global, Pemilik UnFranchise mestilah:

    1. Diaktifkan menurut syarat standard MPCP di Wilayah Asal.

    2. Mengaktifkan BDC global yang ditetapkan mereka dengan menaja setidaknya seorang Pemilik UnFranchise berkelayakan di Wilayah Amerika di kiri organisasi BDC yang ditetapkan dan setidaknya seorang Pemilik UnFranchise berkelayakan di Wilayah Amerika di sebelah kanan BDC mereka.

    3. Mempunyai langganan Sistem Pengurusan UnFranchise yang terkini.

    4. Mengekalkan syarat aktiviti minimum di MPCP Wilayah Asal mereka.

  7. Peletakan BV: Pemilik UnFrancais Wilayah Asal yang memesan produk dengan BV wilayah asal hanya boleh menugaskan BV tersebut kepada susunan bawahan di BDC asal bagi Pemilik UnFranchise Wilayah Asal tajaan peribadi yang memenuhi kriteria peletakan volum (lihat Peletakan BV dan IBV) dan produk ini mesti dihantar ke alamat Wilayah Asal. Pemilik UnFranchise Wilayah Asal yang memesan produk yang mempunyai BV global hanya boleh meletakkan BV ke susunan bawahan BDC asal Pemilik UnFranchise global tajaan peribadi yang memenuhi kriteria peletakan volum (lihat Peletakan BV dan IBV).

  8. Bonus Pengurusan Global: Bonus Pengurusan global diperoleh dengan cara yang sama seperti dalam MPCP "Wilayah Asal"; walau namun, bagi melayakkan diri mendapat bonus Pengurusan global, Pemilik UnFranchise mesti mempunyai BDC Wilayah Asal Amerika tertentu di sebelah kiri organisasinya dan BDC Wilayah Asal Amerika yang sama di sebelah kanan organisasinya mencapai 5,000/5,000 dalam Volum Bisnes yang dijana di rantau Amerika tersebut dan menerima komisen masing-masing dalam kitaran komisen mingguan yang sama Pemilik UnFranchise berkenaan mencapai 5,000/5,000 Volum Bisnes di Wilayah Amerika yang sama dan menerima komisen masing-masing. Hanya Pemilik UnFranchise Wilayah Rumah Amerika di susunan bawahan yang dikosongkan (flush) dalam kitaran bayaran mingguan yang sama akan dikira untuk kelayakan Bonus Pengurusan global.

SEK. 20     PENYATUAN GLOBAL

  1. Pusat Kemasukan Semula Antarabangsa (IRC)

    1. Setiap Pemilik UnFranchise Market Malaysia menerima sebuah Pusat Kemasukan Semula Antarabangsa (IRC) untuk meluaskan perniagaan ke Wilayah Eropah. Pemilik UnFranchise Market Malaysia yang mengembangkan bisnes ke Wilayah Eropah tidak perlu memenuhi syarat MPCP Global. Cukup sekadar IRC berkenaan dilayakkan.

    2. Kelayakan IRC: Sesebuah IRC dilayakkan dengan peletakan 200 BV pesanan Wilayah Asal dalam IRC berkenaan.

    3. Peletakan IRC: IRC boleh diletakkan di mana-mana dalam organisasi Pemilik UnFranchise Market Malaysia (termaktub kepada had cabang dalaman). Adalah disarankan agar IRC diletakkan di cabang lemah organisasi tertentu.

    4. Syarat Aktiviti: Satu Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang 1000) perlulah dilengkapkan dan dihantar, bersama-sama sekurang-kurangnnya dua resit peruncitan bernilai RM800 sebelum mendapat komisen (ini merupakan syarat satu kali melainkan IRC disingkirkan).

    5. Memperoleh Komisen: Untuk memperoleh komisen, IRC mesti diaktifkan dengan menaja secara peribadi seorang Pemilik UnFranchise® Wilayah Asal Eropah yang layak di cabang kiri IRC dan seorang Pemilik UnFranchise Wilayah Asal Eropah yang layak di cabang kanan IRC. IRC akan dibayar komisen atas BV/IBV yang terakru di wilayah IRC diletakkan sahaja. Nota: Wilayah Asal BV/IBV yang diletakkan di bawah IRC Rantau Eropah, tidak akan terakru di bank BV/IBV Rantau Eropah. Namun, BV/IBV akan mengalir ke susunan atasan di genealogi Wilayah Asal di atas IRC Eropah. Untuk penjelasan bergambar, lihat di bawah:

    6. Pengakruan BV/IBV: BV/IBV yang terakru dalam IRC ditukar dan mengalir ke atas sebagai Wilayah Utama BV/IBV pada titik sambungan dalam genealogi Wilayah Asal. BV/IBV yang ditukar daripada IRC bergabung dengan BV/IBV Wilayah Asal akan terkumpul melalui garis genealogi. Ia terakru dalam semua BDC Wilayah Asal yang layak. Sila lihat ilustrasi di bawah.

    7. Bonus Pengurusan IRC: Bonus Pengurusan IRC diperoleh dengan cara yang sama seperti di MPCP Wilayah Asal. Namun, untuk layak mendapat Bonus Pengurusan IRC, Pemilik UnFranchise mesti mempunyai BDC Wilayah Asal Eropah di sebelah kiri organisasi IRC miliknya dan BDC Wilayah Asal Eropah di sebelah kanan organisasi IRC miliknya yang mencapai 5,000/5,000 dalam Volum Bisnes yang dihasilkan di Rantau Eropah dan menerima komisen masing-masing dalam kitaran komisen mingguan yang sama seperti IRC Pemilik UnFranchise® mencapai 5,000/5,000 Volum Bisnes di Wilayah Eropah dan menerima komisen yang berkenaan. Hanya Pemilik UnFranchise Wilayah Asal Eropah di susunan bawahan yang dikosongkan dalam kitaran bayaran mingguan yang sama akan diambil kira untuk layak menerima Bonus Pengurusan IRC.

    8. IRC tambahan: IRC tambahan untuk Rantau Eropah akan diberikan apabila mana-mana IRC mula mencapai 5,000/5,000 BV terakru.

  2. Pusat Global Bersepadu (UGC)

    1. Pusat Global Bersepadu (UGC) ditetapkan apabila Pemilik UnFranchise telah melayakkan IRC miliknya dan mengumpul 1,200/1,200 BV/IBV dalam volum Wilayah Asal. Nota: Bagi Pemilik UnFranchise yang telah berkembang di peringkat antarabangsa ke Rantau Eropah, UGC menggantikan pusat perniagaan global yang ditetapkan.

    2. Apabila gabungan BV/IBV mencapai dan melebihi 5,000/5,000 dalam kitaran bayaran mingguan, lebihan yang berasal secara eksklusif daripada IRC dipindahkan ke UGC. Hanya volum ditukar IRC melebihi 5,000/5,000 dalam kitaran bayaran mingguan yang terakru kepada UGC. Nota: BV/IBV Wilayah Asal tidak pernah terakru kepada UGC dan UGC tidak memperoleh Bonus Pengurusan.

    3. Semua BV/IBV berasal daripada IRC yang melebihi 5,000/5,000 dalam satu kitaran bayaran mingguan terkumpul di UGC. Komisen UGC dikira dan dibayar menurut MPCP standard.