Market Malaysia telah membangunkan dan memulakan Program Pelanggan Keutamaan (PC) sebagai elemen asas untuk melaksanakan konsep pemasaran satu kepada satu. Untuk bantuan dan sokongan mengenai Pelanggan Keutamaan, sila hubungi Bantuan Program Pelanggan Keutamaan melalui e-mel ke mycustomersupport@marketmalaysia.my. Berikut merupakan dasar dan prosedur untuk cara pendaftaran dan mengekalkan Pelanggan Keutamaan.
Tiada kos yang dikenakan untuk mendaftar Pelanggan Keutamaan. Pilih satu daripada kaedah yang berikut untuk mendaftarkan Pelanggan Keutamaan anda:
Daftarkan Pelanggan Keutamaan baharu anda secara manual melalui Akaun Bisnes UnFranchise™ anda di Bahagian Pelanggan Keutamaan bersama dengan penetapan BV Pelanggan Keutamaan anda. Pemilik UnFranchise perlu menghubungi Pelanggan Keutamaan baharu melalui nombor Pelanggan Keutamaannya dan mengalu-alukan penyertaan mereka ke Program Pelanggan Keutamaan.
Pelanggan Keutamaan prospektif boleh mendaftar dalam talian untuk menjadi Pelanggan Keutamaan melalui laman web seorang Pemilik UnFranchise. Sebaik sahaja pendaftaran dilengkapkan dan dihantar, nombor Pelanggan Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dalam talian tersebut dan mereka dialu-alukan kerana menyertai program Pelanggan Keutamaan dan mereka boleh mula membeli-belah. Pemilik Unfranchise yang berkenaan akan diberitahu mengenai Pelanggan Keutamaan baharu ini melalui emel. Pemilik UnFranchise tersebut perlulah menghantar emel pengenalan untuk mengalu-alukan penyertaan Pelanggan Keutamaan tersebut.
Peletakan BV adalah ID Pemilik UnFranchise yang terdiri daripada sembilan digit dengan sambungan. Pemilik UnFranchise hanya boleh menetapkan BV sama ada untuk salah satu daripada Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) peribadi mereka atau kepada BDC asal Pemilik UnFranchise tajaan peribadi dengan status AutoShip UnFranchise yang aktif pada waktu tersebut.
Keahlian Pelanggan Keutamaan adalah untuk sepanjang hayat, asalkan mereka membuat pembelian sebanyak sekurang-kurangnya satu kali dalam tempoh 365 hari. Pembaharuan Semula untuk Pelanggan Keutamaan tidak wujud sama sekali.
Tiada sebarang kos yang dikenakan untuk pendaftaran Pelanggan Keutamaan.
Perubahan nama, alamat, penetapan BV dan maklumat profil boleh dibuat secara dalam talian melalui Akaun Bisnes UnFranchise anda di Bahagian Pelanggan Keutamaan.
Sekiranya Pelanggan Keutamaan didapati menerima nombor ID berganda atas kesilapan teknikal, semua nombor ID Pelanggan Keutamaan selain nombor ID yang asal perlulah dipadamkan secara dalam talian.
Langganan Pelanggan Keutamaan tidak boleh dipindah milik daripada satu Pelanggan Keutamaan kepada yang lain.
Dua cara mudah bagi Pelanggan Keutamaan membuat pesanan:
Memesan secara terus daripada laman web MY.SHOP.COM yang dimiliki Pemilik UnFranchise Market Malaysia.
Memesan secara terus daripada Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia.
Apabila seorang Pelanggan Keutamaan membuat satu pesanan secara dalam talian menerusi laman web Pemilik UnFranchise, Pemilik UnFranchise akan menerima 100 peratus daripada keuntungan runcit kasar (tidak termasuk yuran penghantaran/pengendalian, yuran pengurusan, sebarang cukai, kupon atau sebarang yuran bersamaan tiga peratus daripada harga jualan) dalam bentuk Kredit dalam Akaun di Market Malaysia. Pesanan akan diisi dan dihantar secara automatik oleh Market Malaysia. BV akan diletakkan mengikut tetapan Peletakan BV Secara Automatik Pemilik UnFranchise.
Sekiranya Pelanggan Keutamaan melayari laman web Pemilik UnFranchise menerusi kempen iklan berbayar Market America dari laman web tertentu, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Google, Bing, Facebook, dan/atau YouTube, 15% daripada keuntungan runcit pesanan tersebut akan ditolak untuk menyokong perbelanjaan pengiklanan keseluruhan.
Semua pesanan yang dibuat oleh Pelanggan Keutamaan secara dalam talian melalui laman web Pemilik UnFranchise sebelum jam 5:00 petang pada hari Jumaat akan diproses pada hari sama untuk peletakan BV dan keuntungan runcit. Mana-mana pesanan Pelanggan Keutamaan yang dibuat selepas jam 5:00 petang pada hari Jumaat akan diproses pada hari Isnin yang berikutnya bagi peletakan BV dan keuntungan runcit. Disebabkan ID Pembayaran Pelanggan Keutamaan yang digunakan untuk semua pesanan ini, peraturan UFMS tidak terpakai.
Apabila Pelanggan Keutamaan membuat pesanan secara terus daripada laman MY.SHOP.COM Pemilik UnFranchise. Pemilik UnFranchise tersebut akan menerima bayaran terus daripada mereka. Pemilik UnFranchise perlu merekod sebarang pembelian yang dilakukan dengan cara ini secara dalam talian melalui Akaun Bisnes UnFranchise mereka dengan Entri Resit Jualan. Langkah ini dapat mengekalkan sejarah pembelian Pelanggan Keutamaan.
Pelanggan Keutamaan boleh memilih untuk memungut pesanan di Pejabat Market Malaysia selepas pesanan dibuat.
Semua penghantaran pesanan Pelanggan Keutamaan dari Market Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier yang mempunyai kontrak dengan syarikat.
Jabatan Perkhidmatan UnFranchise akan membantu menyelesaikan sebarang masalah atau persoalan mengenai pesanan Pelanggan Keutamaan anda.
Lazimnya, program kesihatan dan nutrisi adalah sangat efektif sekiranya program tersebut dipatuhi tanpa sebarang gangguan. Dengan program AutoShip, Pelanggan Keutamaan anda tidak akan pernah kehabisan produk Market Malaysia kegemaran mereka! Apabila anggaran masa untuk bekalan semasa mereka tamat, Market Malaysia akan menghantar stok baharu secara automatik bagi produk yang ditetapkan dengan AutoShip dan mengecaj kad kredit Pelanggan Keutamaan anda. Peringatan: Program AutoShip PC bukan satu alternatif untuk AutoShip UnFranchise (bagi Pemilik UnFranchise).
AutoShip Pelanggan Keutamaan dibayar melalui kad kredit/debit sahaja — menggunakan MasterCard atau VISA Pelanggan Keutamaan.
AutoShip Pelanggan Keutamaan boleh ditetapkan oleh Pelanggan Keutamaan di laman web atau oleh Pemilik UnFranchise di Akaun Bisnes UnFranchise mereka. Semua pengurusan, pengubahsuaian dan/atau pembatalan AutoShip mestilah dilakukan di tempat sama tetapan Autoship tersebut dibuat (AutoShip yang ditetapkan di laman web tidak boleh diubahsuai atau dibatalkan di Akaun Perniagaan UnFranchise dan sebaliknya).
Tentukan hari Autoship diproses. Pesanan akan diproses pada tarikh yang dipilih. Sila tetapkan Kekerapan Penghantaran: setiap 30, 60, 90 atau 120 hari.
Pelanggan Keutamaan akan dikenakan caj mengikut harga runcit yang dicadangkan kecuali harga tersebut telah diubah Pemilik UnFranchise (penyelarasan harga). Pemilik UnFranchise akan menerima notis pemberitahuan untuk tetapan baharu AutoShip Pelanggan Keutamaan dan/atau pembatalan AutoShip Pelanggan Keutamaan.
Selepas dua kad kredit didapati tidak boleh digunakan, AutoShip Pelanggan Keutamaan akan dibatalkan serta-merta tanpa makluman.
Semasa penghantaran pesanan AutoShip Pelanggan Keutamaan dilakukan, BV akan diletakkan mengikut tetapan Peletakan BV PC anda (atau jika ia masih kosong, maka, ia mengikut tetapan Peletakan BV Auto anda) dan keuntungan runcit akan dipaparkan pada Kredit dalam Akaun yang dimiliki oleh Pemilik UnFranchise Market Malaysia.
Pemulangan Pesanan Autoship
Jika atas apa-apa sebab Pelanggan Keutamaan tidak berpuas hati dengan pembelian mereka, pulangkan item tersebut dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan untuk penukaran (jika ada) atau bayaran balik penuh untuk produk tersebut. Hanya produk dalam keadaan boleh dipasarkan dan dijual semula buat masa ini boleh dipulangkan.
Hubungi perkhidmatan Pelanggan Keutamaan 03 2289 3388 di Market Malaysia atau di mycustomersupport@marketmalaysia.my. Sila rujuk Terma Penggunaan Market Malaysia bagi terma dan syarat tambahan.
Hanya Pelanggan Keutamaan berdaftar yang dikreditkan dengan sekurang-kurangnya satu pembelian (minimum SATU) dalam tempoh 365 hari sebelumnya akan kekal dalam pangkalan data aktif. Pembelian boleh dibuat daripada semua sumber yang dapat menjana BV atau IBV. Semua pembelian daripada laman web MY.SHOP.COM, inventori fizikal Pemilik UnFranchise Bebas dan sebagainya, akan diambil kira dengan syarat pembelian tersebut telah direkodkan (dipaparkan) dalam Sejarah Pesanan Pelanggan Keutamaan berkenaan. Mana-mana Pelanggan Keutamaan berdaftar yang TIDAK dikreditkan dengan sekurang-kurangnya SATU pembelian dalam tempoh 365 hari sebelumnya akan dipadamkan daripada pangkalan data yang aktif.
Hanya Pelanggan Keutamaan berdaftar yang aktif layak untuk mengkreditkan pembelian ke dalam sejarah pesanan mereka.
Hanya Pelanggan Keutamaan aktif sahaja yang akan terpapar di dalam senarai ke bawah anda yang berkaitan.
Hanya Pelanggan Keutamaan yang aktif sahaja boleh digunakan sebagai syarat dokumentasi Laporan Jualan Sukuan (Borang 1000).
Untuk pengaktifan semula Pelanggan Keutamaan, mereka perlu didaftarkan semula sebagai Pelanggan Keutamaan yang baharu menyertai program ini. Semua data terdahulu, seperti Maklumat Profil, Sejarah Pesanan, dan sbg., tidak akan diaktifkan semula.
Langkah ini dapat memastikan pangkalan data kami kekal bersih dan cekap, dengan memastikan data yang boleh diguna pakai sahaja yang akan dikekalkan.
Pesanan Tetap: Pelanggan Keutamaan boleh memungut pesanan mereka di Pusat Pengedaran Market Malaysia selepas pesanan yang dibuat telah diproses dalam sistem kami. TIADA pesanan yang akan diproses melainkan pembayaran telah dibuat semasa pesanan dibuat.
Jika atas apa-apa sebab Pelanggan Keutamaan tidak berpuas hati dengan pembelian mereka, mereka boleh, dalam tempoh 30 hari selepas produk tersebut dibeli, memulangkan item yang diterima untuk ditukarkan (jika ada) atau bayaran balik produk tersebut tidak termasuk bayaran penghantaran, jika berkenaan. Hanya produk dalam keadaan boleh dipasarkan dan dijual semula buat masa ini boleh dipulangkan.
*Tertakluk kepada budi bicara pejabat Market Malaysia.
Pelanggan Utama boleh memperoleh Pulangan Tunai dengan membeli produk eksklusif Market Malaysia dan produk daripada Stor Rakan Market Malaysia yang memaparkan logo Pulangan Tunai Market Malaysia.
Cara Pulangan Tunai Market Malaysia berfungsi bagi Pelanggan Keutamaan:
Pelanggan Keutamaan membeli produk menerusi laman web Pemilik™ UnFranchise Bebas.
Pulangan Tunai Market Malaysia terakru berdasarkan jumlah Pulangan Tunai yang ditetapkan bagi produk yang dibeli.
Pelanggan Keutamaan atau Pemilik UnFranchise boleh menebus Pulangan Tunai terakru mereka untuk mendapatkan wang tunai selepas mereka mengumpul sekurang-kurangnya RM40.00 dalam Pulangan Tunai, atau mereka boleh menebus Pulangan Tunai mereka untuk produk berjenama eksklusif Market Malaysia pada bila-bila masa. Pilihan lain juga mungkin disediakan.
NOTA: Pelanggan Keutamaan tidak akan memperoleh Pulangan Tunai bagi pembelian yang (a) pelayar Pelanggan Keutamaan tidak dikonfigurasikan untuk menerima kuki; (b) Pelanggan Keutamaan tidak log masuk sebagai Pelanggan Keutamaan; (c) pesanan dibatalkan kemudian atau barang atau perkhidmatan dipulangkan kemudian; (d) Stor Rakan tidak melaporkan pembelian kepada Market Malaysia; (e) Pelanggan Keutamaan menjalankan transaksi "palsu" atau sebaliknya berpakat sulit dengan peniaga, memberikan apa-apa gambaran yang salah berhubung dengan penyertaan dalam Pulangan Tunai, mengekalkan berbilang akaun, atau sebaliknya tidak mematuhi dasar Market Malaysia; (f) Stor Rakan berkenaan mengubah atau menghentikan hubungan syarikat sekutunya dengan Market Malaysia; atau (g) Stor Rakan memutuskan untuk menangguhkan bayaran kepada Market Malaysia atas apa-apa sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penggunaan kod kupon.
Cara program Pulangan Tunai berfungsi bagi Pemilik™UnFranchise:
Harga belian ditakrifkan sebagai harga yang dibayar oleh pelanggan bagi barang/perkhidmatan.
Apabila Pelanggan Keutamaan membeli produk berjenama Market Malaysia yang layak mendapat Pulangan Tunai, 2 peratus daripada harga pembelian tersebut (atau jumlah yang lebih tinggi, dalam keadaan tertentu atas makluman Market Malaysia mengenai promosi istimewa atau kenaikan tawaran Pulangan Tunai) akan ditolak daripada keuntungan runcit Pemilik UnFranchise bagi produk tersebut.
Apabila Pelanggan Keutamaan membuat pembelian di Stor Rakan yang layak mendapat Pulangan Tunai, 2% daripada komisen Stor Rakan tersebut (berdasarkan harga pembelian), (atau jumlah yang lebih tinggi, dalam keadaan tertentu atas makluman Market Malaysia mengenai promosi istimewa atau kenaikan tawaran Pulangan Tunai) dalam jumlah, akan ditolak daripada jumlah IBV Pemilik UnFranchise bagi produk tersebut.
Notis: Untuk mengesahkan sama ada Stor Rakan tersebut dan produknya layak untuk Pulangan Tunai, sila lihat halaman Stor Rakan di laman web MY.SHOP.COM anda dan lihat huraian untuk butiran lanjut.
Bayaran Balik:
Jika Pulangan Tunai diberikan bagi jualan produk BV yang telah dipulangkan, jumlah yang tersedia dalam akaun Pulangan Tunai Pelanggan Keutamaan yang membuat pembelian akan dilaraskan untuk ditolak dengan Pulangan Tunai yang diberikan bagi produk BV tersebut. Jika baki Pulangan Tunai tidak mencukupi untuk penolakan sedemikian, jumlah tersebut akan ditolak daripada bayaran balik produk tersebut.
Jika Pulangan Tunai diberikan bagi jualan produk Stor Rakan yang telah dipulangkan, jumlah yang tersedia dalam akaun Pulangan Tunai Pelanggan Keutamaan yang membuat pembelian akan dilaraskan untuk ditolak dengan Pulangan Tunai yang diberikan bagi produk Stor Rakan tersebut. Jika baki Pulangan Tunai tidak mencukupi untuk penolakan sedemikian, Pemilik UnFranchise akan bertanggungjawab untuk menjelaskan kekurangan tersebut.