Berikut ialah senarai borang yang penting bagi kejayaan setiap Pemilik UnFranchise di Market Malaysia. Jika anda memerlukan bantuan dalam melengkapkan mana-mana borang ini, sila hubungi penaja atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah susunan atasan anda. Nota: Semua borang ini boleh didapati di Akaun Perniagaan UnFranchise anda, sama ada dalam bentuk proses interaktif (contohnya proses pendaftaran, yang berperanan sebagai Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas), dalam bentuk yang boleh dimuat turun dan dicetak (contohnya Borang MY1000) atau kedua-duanya. Nota: Bagi mana-mana borang kertas atau surat-menyurat yang memerlukan tandatangan asal, Market Malaysia memberi kebenaran kepada Pemilik UnFranchise yang kurang upaya untuk menggunakan cop tandatangan. Cetakan cop tandatangan mestilah berwarna biru supaya ia nampak jelas seperti tandatangan bercop. Pemilik UnFranchise mengecop tandatangan mereka menggunakan cop tersebut sebagai tanda mereka yang sah.
Permohonan dan Perjanjian Pemilik Unfranchise Bebas (Borang MY103): Borang ini digunakan apabila memohon Pusat Pembangunan Perniagaan dimasukkan ke dalam pangkalan data korporat Market Malaysia. Nota: Penaja juga boleh mendaftar Pemilik UnFranchise baru dalam talian dengan menggunakan proses pendaftaran di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka.
Borang Pesanan Produk Pemilik UnFranchise Bebas (MY106): Borang ini membolehkan anda untuk memesan produk, menghasilkan Volum Perniagaan dalam BDC anda dan menentukan Volum Perniagaan susunan bawahan kepada BDC permulaan Pemilik UnFranchise tajaan peribadi anda yang menyertai Program AutoShip UnFranchise Market Malaysia. Nota: Pemilik UnFranchise juga boleh membuat pesanan dalam talian di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka.
Borang Pesanan dan Kebenaran AutoShip UnFranchise: Borang ini membolehkan anda membuat Pesanan AutoShip Unfranchise anda bagi membantu memastikan keperluan dan komponen aktiviti minimum yang diperlukan untuk mengamalkan Pilihan Akruan Bulanan dipenuhi. Note: Pemilik UnFranchise juga boleh menetapkan AutoShip UnFranchise dan mengubah AutoShip UnFranchise dalam talian di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka.
Laporan Jualan Pemilik UnFranchise/Wakil Jualan (Borang MY1000): Borang ini, bersama dengan resit runcit yang boleh diterima, digunakan untuk mengesahkan jualan kepada pelanggan runcit (iaitu, konsumer akhir) bagi memenuhi keperluan jualan mengikut Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan. Resit runcit hendaklah dalam bentuk dua atau tiga bahagian tanpa karbon. Sesalinan setiap resit diperlukan bagi rekod anda, sesalinan diperlukan bagi setiap Borang MY1000 yang dihantar kepada Market Malaysia, dan sesalinan perlu diberikan kepada pelanggan anda. Nota: Pemilik UnFranchise juga boleh menghantar Borang MY1000 dalam talian di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka dengan menggunakan jualan Pelanggan Keutamaan yang berdaftar. Nota: Ketulenan resit yang dihantar akan ditentukan mengikut budi bicara Market Malaysia. Resit yang dihantar mestilah membuktikan dengan jelas sekurang-kurangnya dua jualan runcit yang berbeza kepada bukan peserta dalam Pelan Pemasaran Market Malaysia. Mana-mana resit yang dikira tidak boleh diterima oleh Market Malaysia akan dipertimbangkan sebagai tidak sah dan boleh menyebabkan keseluruhan Borang MY1000 menjadi tidak sah.
Permohonan dan Kelayakan Penyelaras Eksekutif (Borang MY1001): Borang ini mengesahkan bahawa Pemilik UnFranchise faham dan telah memenuhi atau bercadang untuk memenuhi keperluan bagi memperoleh komisen dan bonus yang berikutnya dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan. Borang ini mesti dilengkapkan dan dihantar sekali sahaja dan selepas itu akan digabungkan dengan penghantaran Borang Langganan Tahunan.
Perjanjian dan Perakuan Penyelaras Eksekutif (Borang MY925): Borang ini menggariskan jangkaan dan keperluan bagi Penyelaras oleh Market Malaysia. Baca perjanjian ini dengan teliti. Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi penaja atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah susunan atasan anda. Selepas anda membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ini, lengkapkan maklumat dalam perjanjian, dan turunkan tandatangan serta tuliskan tarikh pada perjanjian ini. Borang ini mesti dilengkapkan dan dihantar sekali sahaja dan selepas itu akan digabungkan dengan penghantaran Borang Langganan Tahunan.
Borang Langganan Tahunan (MY1052): Anda dikehendaki menghantar Borang Langganan Tahunan sekali sahaja bagi setiap tahun kalendar. Jika anda tidak mahu mengambil bahagian dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan, lengkapkan dan hantar borang tersebut tanpa menyertakan Yuran Langganan Tahunan. Jika anda mahu terus mengambil bahagian dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan, lengkapkan dan hantar borang tersebut bersama Yuran Langganan Tahunan yang bersesuaian. Nota: Setiap Pemilik UnFranchise mesti membayar sendiri Yuran Langganan Tahunannya melalui kaedah bayaran yang boleh diterima. Tiada individu lain, Pemilik UnFranchise semasa atau sebaliknya, yang boleh membayar Yuran Langganan Tahunan anda. Pilihan langganan automatik disediakan secara dalam talian.
Perjanjian Sistem Pengurusan UnFranchise (Borang MY164): Borang ini digunakan untuk melanggan Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS), membaharui UFMS, atau menukar maklumat kad kredit dalam UFMS terkini anda.
Borang Pembetulan Peletakan atau Rangkaian: Borang ini digunakan oleh Pemilik UnFranchise untuk membetulkan masalah peletakan atau rangkaian. Ia jelas dengan sendirinya. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Penyelaras Eksekutif Bertauliah susunan atasan anda. Nota: Jika Pemilik UnFranchise telah ditempatkan mengikut Permohonan dan Perjanjian pada tempat yang disediakan dalam genealogi, borang ini tidak boleh digunakan untuk memindahkan Pemilik UnFranchise ke peletakan yang lain. Untuk maklumat bagi permohonan seperti ini, lihat Pemindahan Pemilik UnFranchise ke Rangkaian Genealogi Lain.
Borang Kemas Kini Profil Pemilik UnFranchise: Borang ini digunakan oleh Pemilik UnFranchise untuk menukar alamat yang berkaitan dengan Perniagaan UnFranchise mereka dan juga untuk menukar nombor telefon, nombor faks, alamat e-mel.
Borang Penyerahan Lembaga Penyelesaian Pertikaian (DRB): Borang ini digunakan oleh Pemilik UnFranchise untuk mengemukakan rayuan atau tuntutan penyelesaian pertikaian yang telah dinafikan.
Borang Kelayakan Calon Jurulatih Bertauliah: Borang ini digunakan oleh Pemilik UnFranchise untuk memohon dipertimbangkan bagi Sekolah Jurulatih Bertauliah.
Borang Pembatalan AutoShip UnFranchise: Jika anda mahu membatalkan pesanan tetap AutoShip UnFranchise anda supaya AutoShip UnFranchise tidak dilakukan pada setiap bulan, anda perlu melengkapkan borang ini dan faks atau pos kepada Market Malaysia. Borang ini tidak boleh digunakan untuk membatalkan pesanan individu, termasuk pesanan AutoShip UnFranchise bagi bulan tertentu, kerana menggunakan borang ini boleh menyebabkan keseluruhan AutoShip UnFranchise anda dibatalkan. Jika anda juga mempunyai AutoShip UnFranchise Tambahan, sila nyatakan BDC yang akan dibatalkan. Sila maklum bahawa proses pembatalan AutoShip UnFranchise mungkin akan mengambil masa sehingga 30 hari. Nota: Pemilik UnFranchise juga boleh menukar AutoShip UnFranchise dalam talian di Akaun Perniagaan UnFranchise mereka.
Borang Tambahan Nama: Borang ini hendaklah digunakan untuk menambah nama dalam Perniagaan UnFranchise sedia ada.
Borang Penghapusan Nama: Borang ini hendaklah digunakan untuk menghapuskan nama daripada Perniagaan UnFranchise sedia ada.
Kebenaran AutoShip Pelanggan Keutamaan: Borang dalam talian ini membolehkan Pelanggan Keutamaan Pemilik UnFranchise mendapatkan produk yang mereka gunakan pada setiap bulan dihantar secara automatik pada tarikh yang telah ditetapkan terlebih dahulu pada setiap bulan. Nota: Pelanggan Keutamaan boleh menentukan Autoship dalam talian.
Borang Kebenaran Pungutan: Untuk membolehkan orang lain selain daripada anda mengambil pesanan anda, borang ini hendaklah dilengkapkan terlebih dahulu sebelum pungutan dibuat. Nama individu tersebut hendaklah direkodkan dalam sistem kami atau individu tersebut tidak akan dibenarkan untuk memungut pesanan anda.