Bab Dua Puluh Lima: Definisi dan Terminologi Utama

 

Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC): Selalunya dirujuk sebagai Pusat Pendapatan. Peletakan BV disimpan dan tempat komisen serta bonus dibayar. BDC dikenal pasti dengan nombor ID UnFranchise dan nombor sambungan (contohnya, -001, -002, -008 dan sebagainya). Anda boleh mempunyai berbilang BDC.

Peletakan: Terma yang digunakan untuk menunjukkan Pemilik UnFranchise atau BDC yang terletak secara langsung di atas atau di bawah Pemilik UnFranchise berkenaan atau BDC dalam rangkaian genealogi Market Malaysia. Juga dirujuk sebagai rangkaian.

Pemilik UnFranchise Bebas: Pemilik UnFranchise Bebas ialah seorang individu yang telah melaksanakan Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dan telah dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer Market Malaysia. Ini termasuk Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise. Selalunya dirujuk sebagai Pemilik UnFranchise sahaja.

Wakil Jualan: Wakil Jualan ialah mana-mana Pemilik UnFranchise Bebas yang tidak membayar yuran langganan, atau tidak membaharui yuran langganan beliau apabila perlu berbuat demikian. Wakil Jualan tidak boleh mengambil bahagian dalam Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP).

Pemilik UnFranchise: Singkatan bagi Pemilik UnFranchise Bebas.

Penaja: Pemilik UnFranchise aktif yang merekrut Pemilik UnFranchise baru, sebagaimana yang dinyatakan dalam Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas.

Kos UnFranchise: Jumlah wang yang dibayar oleh Pemilik UnFranchise bagi produk yang dipesan daripada Market Malaysia.

Cadangan Harga Runcit: Harga yang disyorkan oleh pihak syarikat bagi produk dan perkhidmatan runcit. Pemilik UnFranchise boleh mengenakan caj kurang atau lebih dari nilai ini. 

Volum Perniagaan (BV): Nilai angka yang ditetapkan bagi produk dan perkhidmatan, yang akan dikumpulkan bagi pembayaran komisen.

Volum Perniagaan Persendirian (PBV): Volum Perniagaan yang diletakkan dalam mana-mana BDC persendirian Pemilik UnFranchise. BV ini digunakan untuk melayakkan BDC pada peringkat awal, bagi syarat BV suku tahunan dan/atau untuk memenuhi syarat Pilihan Akruan Bulanan.

Volum Perniagaan Kumpulan (GBV): Volum Perniagaan terkumpul yang dijana oleh semua Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan individu. BV ini akan dikumpulkan bagi pembayaran komisen.

Pemilik UnFranchise Berkelayakan: Pemilik UnFranchise yang telah memenuhi kesemua tiga kriteria yang berikut: (1) mengumpul sekurang-kurangnya 200 PBV dalam BDC; (2) telah membayar yuran langganan dan (3) dihubungkan dengan betul.

Pusat Pembangunan Perniagaan yang Layak: Mana-mana BDC individu yang telah mengumpul sekurang-kurangnya 200 PBV dan Pemilik UnFranchise telah memenuhi kesemua tiga kriteria untuk menjadi Pemilik UnFranchise Berkelayakan.

Tarikh Kelayakan (Q-Date): Hari Jumaat pada minggu Pemilik UnFranchise memenuhi kesemua tiga kriteria untuk menjadi Pemilik UnFranchise Berkelayakan di peringkat awal. Q-Date ini adalah berdasarkan tarikh akhir bulanan dan suku tahunan bagi setiap Pemilik UnFranchise.

Pilihan Akruan Bulanan: Keupayaan Pemilik UnFranchise Berkelayakan untuk terus mengakrukan GBV bulan ke bulan dengan menetapkan jumlah PBV minimum bagi BDC-001 mereka dan melanggan Sistem Pengurusan UnFranchise pada setiap kira-kira 28 hari (setiap tempoh Q-Date bulanan). Tahap UnFranchise Pemilik UnFranchise (Pemilik UnFranchise, Penyelaras atau Penyelaras Eksekutif dan yang lebih tinggi) akan menentukan jumlah PBV yang diperlukan.

AutoShip UnFranchise: Pesanan tetap yang dihantar secara automatik pada setiap bulan, dibayar melalui kad kredit. Pesanan ini direka untuk menampung PBV yang diperlukan untuk memenuhi syarat Pilihan Akruan Bulanan; dengan itu, BV diletakkan secara automatik dalam BDC-001 Pemilik UnFranchise. Langganan bulanan bagi Sistem Pengurusan UnFranchise untuk memenuhi syarat Pilihan Akruan Bulanan juga boleh dipesan melalui AutoShip UnFranchise. 

Pengosongan Lapuk: Pengosongan (mengeset semula kepada kosong) jumlah GBV terakru dalam semua BDC persendirian Pemilik UnFranchise, kerana Pemilik UnFranchise tidak menghantar PBV bulanan dan/atau langganan bulanan minimum bagi Sistem Pengurusan UnFranchise untuk memenuhi syarat Pilihan Akruan Bulanan. Juga dirujuk sebagai Pengosongan Merah.

Pemilik UnFranchise Bebas Aktif: Pemilik UnFranchise yang memenuhi keperluan aktiviti minimum: (1) menghantar Laporan Jualan suku tahunan Pemilik UnFranchise yang sah (Borang MY1000), (2) memesan dan menetapkan jumlah PBV suku tahunan minimum yang betul dan (3) menghantar Borang Langganan Tahunan yang sah. Ini termasuk Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise. 

Suku Tahun: Bagi Pemilik UnFranchise yang layak, ini adalah tempoh bagi setiap tiga bulan berdasarkan Q-Date permulaan Pemilik UnFranchise yang layak (juga dipanggil tempoh tiga Q-Date). Bagi Wakil Jualan dan Pemilik UnFranchise yang tidak layak, ini adalah tempoh pada setiap tiga bulan berdasarkan Tarikh Mula Wakil Jualan atau Pemilik UnFranchise tidak berkelayakan (tarikh Permohonan dan Perjanjian diterima dan dimasukkan ke dalam pangkalan data komputer oleh Market Malaysia. Juga dikenal sebagi tempoh tiga tarikh mula) 

Laporan Jualan Pemilik UnFranchise (Borang MY1000): Laporan yang menunjukkan bukti dua jualan runcit berjumlah RM800.00. Borang ini perlu dihantar pada setiap suku tahun bagi BDC-001 dan hanya sekali bagi semua sambungan lain dengan nombor ID yang sama.

Penyingkiran: Pengosongan, mengeset semula kepada kosong, jumlah GBV terakru dan juga penyingkiran, mengeset semula kepada kosong, PBV terkumpul dalam semua BDC persendirian Pemilik UnFranchise, kerana Pemilik UnFranchise gagal memenuhi keperluan aktiviti minimum. Ini akan menyebabkan Pemilik UnFranchise dianggap tidak aktif dan akan menyebabkan jumlah BV ditolak daripada jumlah GBV Pemilik UnFranchise susunan atasan yang layak.

Mengaktifkan: Untuk membuatkan BDC yang layak boleh memperoleh bayaran komisen pada tahap GBV yang berkenaan dengan menaja dan mengekalkan sekurang-kurangnya satu Pemilik UnFranchise Berkelayakan pada bahagian kiri BDC anda yang layak dan membuat tajaan peribadi dan mengekalkan sekurang-kurangnya satu Pemilik UnFranchise Berkelayakan di bahagian kanan BDC anda yang layak. 

Pintasan Komisen: Dolar yang diperoleh oleh Pemilik UnFranchise bagi GBV yang dijana oleh Pemilik UnFranchise dalam organisasi susunan bawahan.

Penyelaras: Pemilik UnFranchise yang telah memperoleh komisen pertama beliau.

Pengosongan Baik: Pengosongan, mengeset semula kepada kosong, jumlah GBV terakru di BDC tertentu, kerana Pemilik UnFranchise terakru sekurang-kurangnya 5,000 GBV di bahagian kiri dan sekurang-kurangnya 5,000 GBV di bahagian kanan BDC tersebut bagi kitaran komisen mingguan.

Penyelaras Eksekutif: Pemilik UnFranchise yang telah mengumpul minimum 5,000 GBV di kedua-dua bahagian kiri dan kanan BDC dan telah memperoleh RM2,400 komisen, atau telah mengalami pengosongan pertama beliau yang sah bagi komisen yang telah diperoleh.

Bonus Kepimpinan: Dalam minggu yang sama BDC berkenaan memperoleh komisen kerana mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV (mengalami pengosongan baik) dan BDC masing-masing di bahagian kiri dan BDC di bahagian kanan memperoleh komisen kerana mencapai kriteria pampasan 5,000/5,000 GBV . Bonus ini merupakan tambahan sebanyak RM2,400 dan juga dikenali sebagai pengosongan ganda tiga. 

Penyelaras Utama: Penyelaras Eksekutif yang telah memperoleh Bonus Kepimpinan.