Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global Market Malaysia menawarkan satu sistem pengenalan bisnes, latihan, motivasi dan sokongan yang sistematik, terurus serta komprehensif di setiap lokasi yang mempunyai pertumbuhan organisasi Market Malaysia. Program ini terdiri daripada pelbagai jenis mesyuarat, latihan, seminar, persidangan dan konvensyen. Berikut ialah garis panduan semasa melaksanakan GMTSS:
Mencari prospek atau Pemilik UnFranchise™ baharu di mana-mana acara GMTSS adalah dilarang sekeras-kerasnya. Aduan berkenaan dengan amalan ini perlu dimajukan kepada Pengurus Besar Market Malaysia dan/atau Naib Presiden Jualan. Pemilik UnFranchise yang mencari prospek dan/atau Pemilik UnFranchise baharu di acara GMTSS akan dikenakan prosedur tindakan pembetulan oleh Market Malaysia.
Pembentangan Bisnes UnFranchise Berjadual dan Terbuka:
Untuk mengekalkan status Pembentangan Bisnes UnFranchise dan menjamin pelantikan seorang Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise, secara puratanya mesyuarat ini perlu dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang (Pemilik UnFranchise dan tetamu) dan dijalankan sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan.
Hanya Ahli Biro Penceramah boleh membentangkan seksyen MPCP dalam Pembentangan Bisnes UnFranchise. .Seksyen “Pengenalan” dan “Produk” boleh dibentangkan oleh Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau Tahap UnFranchise yang lebih tinggi. Jika TIADA Ahli Biro Penceramah yang tersedia, Pengurus Besar Malaysia perlu meluluskan penceramah tersebut.
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise akan menggunakan Pembentangan Bisnes UnFranchise paling terkini yang diluluskan oleh syarikat sebagaimana yang disediakan di UnFranchisetraining.com (perbuatan memadamkan dan/atau menyusun semula adalah DILARANG). Pameran Produk adalah BERPILIHAN dan hanya boleh digunakan JIKA pameran tersebut adalah yang terbaharu (iaitu LABEL yang betul) dan mewakili rangkaian produk berjenama syarikat secara profesional.
Adalah disyorkan supaya dua orang penyampai digunakan untuk membentangkan Pembentangan Bisnes UnFranchise. Jika dua orang penyampai digunakan, seorang penceramah perlu membentangkan segmen Pengenalan/Produk dan penceramah kedua perlu membentangkan Pelan Pemasaran dan Penutup.
Pembentangan Bisnes UnFranchise perlu dimasukkan ke dalam jadual dan dihantar ke GMTSS dalam talian bagi setiap suku kalendar, 30 hari sebelum permulaan suku kalendar.
Kandungan dan Penyampaian Pembentangan Bisnes UnFranchise:
Gambaran Menyeluruh Pembentangan Bisnes UnFranchise: Sebuah mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise yang profesional perlu dibahagikan kepada dua segmen:
Pengenalan dan Pembentangan Produk – 20 minit (tamat seksyen Kedai Rakan Kongsi). Pembentangan ini seharusnya memberi gambaran menyeluruh tentang syarikat dan produk kita secara ringkas.
Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan dan Penutup – 45 minit (mula dengan trend dan pemasaan).
Rangka Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise:
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise menyampaikan kata-kata aluan kepada Pemilik UnFranchise dan tetamu yang menghadiri sesi pembentangan tersebut.
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise akan memperkenalkan secara profesional Penceramah No. 1 yang kemudiannya akan memberi pengenalan tentang syarikat, produk berjenama Market Malaysia dan MarketMalaysia.com.my.
Penceramah No. 1 akan memperkenalkan secara profesional penceramah No. 2 (penceramah No. 2 akan membentangkan tentang MPCP).
Tutup mesyuarat dengan slaid yang diberikan oleh Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise yang mempromosikan UBP dan/atau Seminar Tempatan yang dijadualkan bagi sesi seterusnya.
Pakaian: Semua penyampai di mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise perlu memakai pakaian bisnes (suit dan tali leher untuk lelaki, suit atau pakaian profesional untuk wanita). Pemilik UnFranchise dan tetamu digalakkan memakai pakaian bisnes kasual (seluar pendek atau jeans tidak dibenarkan)
Kekerapan: Minimum sebanyak sekali pada setiap bulan, atau lebih mengikut peningkatan permintaan di kawasan yang ditetapkan.
Harga Tiket:
Yuran kemasukan ke Pembentangan Bisnes UnFranchise adalah sebanyak RM20 seorang bagi Pemilik UnFranchise dan percuma bagi tetamu. Hanya mesyuarat UBP yang diterbitkan dalam sistem GMTSS dalam talian yang boleh mengenakan yuran kemasukan.
Tiada pengecualian diberikan tanpa memperoleh kebenaran daripada Timbalan Presiden Jualan bagi harga yang disebutkan di atas.
Pembentangan Bisnes UnFranchise yang diadakan di sebuah rumah atau ruang yang bukan sebuah bilik mesyuarat adalah percuma bagi semua hadirin.
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise:
Kelayakan: Untuk memegang jawatan “Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise”, Pemilik UnFranchise “MESTI” telah menerima taraf Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau memegang Tahap UnFranchise yang lebih tinggi DAN telah menaja secara peribadi dua orang Pemilik UnFranchise Berkelayakan pada tahun kalendar yang lalu; Jika Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau Tahap UnFranchise yang memenuhi kriteria ini tidak tersedia, maka Pengurus Besar Market Malaysia akan menangani isu ini berasaskan kepada kes.
Janji Temu: Setiap Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise dilantik oleh Penyelaras Tempatan dan diluluskan oleh Pengurus Besar Market Malaysia dan/atau Naib Presiden Jualan.
Syarat Pembelian Tiket:
| Nama Acara | Nombor Tiket yang Diperlukan |
|---|---|
| Seminar Tempatan | Terjual ≥ 10 tiket |
Tugas: Setiap Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise mesti menjalankan tugas yang berikut:
Mengambil bahagian sebagai ahli Pasukan Kepimpinan Tempatan, Pertubuhan Tempatan dan/atau Majlis Kepimpinan.
Menganjurkan, menjadualkan, mempromosikan dan menguruskan Pembentangan Bisnes UnFranchise yang dijadualkan untuk diadakan secara terbuka di kawasan tempatan mereka.
Menghantar jadual Pembentangan Bisnes UnFranchise kepada Penyelaras Tempatan pada tarikh penyerahan mesyuarat.
Menghadiri dan mempromosikan Market Malaysia Shop Sdn. Bhd. Konvensyen Tahunan dan Konvensyen Rantau Asia Pasifik pada setiap tahun.
Memperlakukan semua rangkaian penajaan secara sama rata dan tidak berat sebelah. Penyelaras UBP mesti menjalankan tugasnya dengan amalan standard kod etika yang tertinggi.
Membantu Penyelaras Tempatan dalam menjadualkan, menguruskan dan mengendalikan logistik bagi acara Pembentangan Bisnes UnFranchise dan Seminar Tempatan.
Tidak membuat rakaman (audio/video) Pembentangan Bisnes UnFranchise tanpa kelulusan bertulis dan nyata daripada pihak syarikat.
Memastikan semua mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise di kawasan anda dijalankan mengikut kandungan, dasar dan peraturan yang diluluskan.
Memantau secara aktif ruang Pembentangan Bisnes UnFranchise untuk menangani konflik dan pertikaian. (Konflik atau masalah yang tidak dapat ditangani hendaklah dilaporkan kepada Penyelaras Tempatan atau Pengurus Besar Market Malaysia. Penyelesaian akhir hendaklah dimajukan kepada Naib Presiden Jualan oleh Penyelaras Tempatan/Pengurus Besar Market Malaysia.)
Menandatangani Perjanjian Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise dan mematuhi kandungannya.
Kewangan:
Honorarium TIDAK akan dibayar kepada penyampai seksyen “MPCP” daripada Pembentangan Bisnes UnFranchise; walau bagaimanapun, penyampai akan diberi ganjaran daripada baki wang selepas semua perbelanjaan daripada mesyuarat dibayar. Apa-apa baki wang (jika berkenaan) akan diedarkan seperti yang berikut:
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise boleh menghantar Laporan Kewangan Acara melalui E-mel kepada Penyelaras Tempatan, Pengurus Besar Market Malaysia dan Eksekutif GMTSS Syarikat dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh mesyuarat.
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise MESTI membuka akaun semasa untuk memasukkan wang daripada jualan tiket dan membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan penganjuran mesyuarat.
Salinan penyata akaun semasa dan penyata penjejakan bank (termasuk dokumentasi bagi setiap transaksi) perlu dihantar (melalui e-mel) kepada Penyelaras Tempatan, Pengurus Besar Market Malaysia dan Eksekutif GMTSS Syarikat yang berkenaan pada setiap bulan. Penyata MESTI dihantar pada 20hb bulan yang berikutnya (contohnya, penyata bulan Jun perlu dihantar pada 20 Julai).
Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise hanya boleh mengekalkan baki MAKSIMUM sebanyak RM4,000 dalam akaun masing-masing. Semua wang yang melebihi RM4,000 perlu dipindah milik pada setiap bulan melalui cek kepada Akaun Am GMTSS.
Perbelanjaan yang berikut perlu dianggap sebagai perbelanjaan awalan yang sah bagi Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise:
Perbelanjaan jangka panjang perlu terdiri daripada bahan dan peralatan yang boleh menyingkirkan perbelanjaan sewa atau menambah baik keadaan mesyuarat. Perbelanjaan ini perlu dibayar daripada wang mesyuarat yang terkumpul atau Dana Pertubuhan Tempatan.
Selain daripada baki maksimum bulanan, terdapat juga pemindahan baki penutupan akhir tahun kepada Tabung Am GMTSS. Pada penghujung tahun, Penyelaras UBP dikehendaki untuk mengurangkan wang dalam akaun UBP kepada RM1,200.
Latihan Pemilik UnFranchise Baharu adalah salah satu daripada tiga sesi latihan yang mesti dihadiri sebagai Pemilik UnFranchise. Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu mesti dihadiri terlebih dahulu sebelum menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (ECCT). Sesi latihan ini direka untuk memastikan faktor utama yang diperlukan untuk berjaya disediakan kepada Pemilik UnFranchise baharu.
Sijil Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu: Selepas berjaya melengkapkan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu, setiap Pemilik UnFranchise mesti meminta pengajar untuk menandatangani bahagian Pemilik UnFranchise Baharu bagi mendapatkan Sijil 5 Langkah Asas dan Pemilik UnFranchise Baharu (boleh dimuat turun daripada Akaun Bisnes UnFranchise, Muat Turun > Pentadbiran). Digalakkan agar kedua-dua Pemilik UnFranchise dan pengajar menyimpan sesalinan sijil ini.
Kos Kemasukan: Harga tiket bagi Pemilik UnFranchise baharu ialah RM40 seorang. Penyelaras Eksekutif Bertauliah boleh mengendalikan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dan 5 Langkah Asas di RUMAH, tetapi mereka TIDAK boleh mengenakan caj ke atas para hadirin untuk latihan sebegini. Mana-mana latihan yang diadakan di lapangan/luar tidak akan diambil kira sebagai pengganti kepada Latihan Pemilik UnFranchise Baharu korporat yang wajib dihadiri.
Latihan yang Diluluskan: Semua Pemilik UnFranchise baharu perlu menghadiri Latihan Pemilik UnFranchise Baharu di pejabat Market Malaysia. Selepas menghadiri sesi latihan awal untuk mendapatkan kelayakan, adalah baik sekiranya sesi latihan ini dihadiri sekali lagi bagi mendalami pemahaman anda. Latihan tambahan akan dikendalikan oleh Penyelaras Eksekutif Bertauliah yang telah lulus ujian ECCT secara peribadi. Latihan ini tidak boleh diadakan di forum terbuka sehingga Pemilik UnFranchise yang membuat pembentangan mendapatkan Tahap UnFranchise dan telah memenuhi syarat yang diperlukan untuk menjadi Penyelaras Eksekutif Bertauliah, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Market Malaysia. Selain itu, bagi memastikan ketekalan dan mempromosikan duplikasi dalam Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global, semua penyampai Latihan Pemilik UnFranchise Baharu hanya boleh menggunakan bahan yang disediakan dan diluluskan oleh syarikat serta tidak diubah daripada unfranchisetraining.com. Penggunaan bahan ini bukan sahaja membolehkan peningkatan jumlah pemimpin di kawasan setempat dengan memastikan mereka membentangkan maklumat Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dengan betul, malah ia juga mempromosikan proses duplikasi dan keseragaman dalam Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global (GMTSS).
NUOT yang ditaja oleh bahagian korporat perlu dihadiri oleh semua Pemilik UnFranchise bagi: (i) diambil kira sebagai telah ditaja dan (ii) mendapatkan hak penajaan terhadap/bagi tujuan pengaktifan.
Jika Pemilik UnFranchise tidak melengkapkan NUOT dalam “Tempoh Tangguh NUOT,” penaja Pemilik UnFranchise akan kehilangan penajaan beliau ke atas Pemilik UnFranchise ini. Hak penajaan atas Pemilik UnFranchise ini boleh diaktifkan semula selepas Pemilik UnFranchise ini melengkapkan NUOT pada tarikh akan datang. Penajaan berkuat kuasa pada tarikh pengaktifan semula.
Pemilik UnFranchise Baharu boleh menaja Pemilik UnFranchise baharu yang lain semasa “Tempoh Tangguh NUOT” mereka. “Tempoh Tangguh NUOT” ini boleh ditakrifkan sebagai 28 hari kalendar dari hari Jumaat minggu berakhir bagi “Tarikh Mula” Pemilik UnFranchise yang berkenaan. Jika Pemilik UnFranchise baharu yang ditaja tidak melengkapkan NUOT yang ditaja oleh bahagian korporat dalam tempoh 28 hari yang dibenarkan, maka hak penajaan terhadap/bagi tujuan pengaktifan dan hak untuk memperoleh komisen akan dilucutkan hak buat selama-lamanya.
5 Langkah Asas adalah salah satu daripada tiga sesi latihan yang mesti dihadiri oleh Pemilik UnFranchise. Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baru mesti dilengkapkan sebelum menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif. Latihan ini direka untuk mengajar lima fundamental utama yang memastikan kejayaan Bisnes UnFranchise.
Sijil Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu: Selepas berjaya melengkapkan Latihan 5 Langkah Asas, setiap Pemilik UnFranchise mesti meminta pengajar untuk menandatangani bahagian Latihan 5 Langkah Asas bagi mendapatkan Sijil Lima Langkah Asas & Latihan Pemilik UnFranchise Baharu. Kedua-dua Pemilik UnFranchise dan pengajar perlu menyimpan sesalinan sijil ini.
Kos Kemasukan: Ahli Biro Penceramah dibenarkan untuk mengenakan caj harga tiket sebanyak RM40 seorang. Penyelaras Eksekutif Bertauliah boleh mengendalikan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dan Latihan 5 Langkah Asas di RUMAH, tetapi mereka TIDAK boleh mengenakan caj ke atas para hadirin untuk latihan sebegini. Mana-mana latihan yang diadakan di lapangan/luar tidak akan diambil kira sebagai pengganti kepada Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dan Latihan 5 Langkah Asas korporat yang wajib dihadiri.
Latihan yang Diluluskan: Hanya Penyelaras Eksekutif Bertauliah yang telah lulus ujian ECCT secara peribadi boleh mengendalikan Latihan 5 Langkah Asas. Latihan ini tidak boleh diadakan di forum terbuka sehingga Pemilik UnFranchise telah mendapatkan Tahap UnFranchise dan telah memenuhi syarat, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Market Malaysia untuk menjadi Penyelaras Eksekutif Bertauliah. Selain itu, bagi memastikan ketekalan dan mempromosikan duplikasi dalam Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global, semua penyampai Latihan 5 Langkah Asas hanya boleh menggunakan bahan yang disediakan dan diluluskan oleh syarikat daripada unfranchisetraining.com. Penggunaan bahan ini bukan sahaja membolehkan peningkatan jumlah pemimpin di kawasan setempat dengan memastikan mereka membentangkan maklumat Latihan 5 Langkah Asas dengan betul, malah ia juga mempromosikan proses duplikasi dan keseragaman dalam Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global (GMTSS).
Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (ECCT) adalah satu daripada tiga sesi latihan yang mesti dihadiri oleh setiap Pemilik UnFranchise. Untuk menjadi Penyelaras Eksekutif Bertauliah dengan Market Malaysia, anda mesti melengkapkan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu, Latihan 5 Langkah Asas dan menghadiri serta lulus dalam Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif.
Prasyarat: Pemilik UnFranchise mesti menghadiri Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu, dan menunjukkan Sijil Tamat Latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pemilik UnFranchise Baharu supaya dibenarkan mengambil Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif.
Wajib Dihadiri: Penyelaras Eksekutif mesti menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif dan lulus dalam ujian bertulis dalam tempoh 28 hari selepas komisen Penyelaras Eksekutif dikeluarkan, atau komisen seterusnya akan dilucutkan hak sehingga keperluan ini dipenuhi dan dihantar kepada Market Malaysia oleh Jurulatih Bertauliah yang mengendalikan ECCT.
Bagi bisnes perkongsian dan pasangan berkahwin, adalah digalakkan bagi semua individu yang terlibat dengan Bisnes UnFranchise untuk menghadiri ECCT dan seterusnya lulus dalam ujian bertulis. Walau bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka yang perlu berbuat demikian untuk mendapatkan kelayakan. Hanya Penyelaras Eksekutif Bertauliah yang berkelayakan yang telah menghadiri ECCT secara peribadi dan lulus ujian bertulis dibenarkan untuk mengajar dalam Latihan Pemilik UnFranchise Baharu dan Latihan 5 Langkah Asas.
Kos Kemasukan: Memandangkan tahap tanggungjawab yang dipegang oleh Jurulatih Bertauliah adalah sangat besar dan Jurulatih Bertauliah terdiri daripada sekumpulan pengajar elit dalam sistem Market Malaysia, maka adalah adil jika mereka menerima pampasan bagi masa dan pengalaman mereka. Garis panduan bagi penetapan harga untuk Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif adalah seperti yang berikut:
Penetapan harga bagi setiap orang (bukan bagi setiap Bisnes UnFranchise atau perkongsian) bagi Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif.
Bagi setiap Pemilik UnFranchise yang mahu menghadiri Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif, perkara yang berikut akan terpakai:
Hadirin ECCT pertama kali ialah mereka yang tidak pernah menghadiri ECCT dan tidak pernah lulus dalam ujian. Mereka mesti mengambil ujian ECCT pada penghujung kelas. Jika lulus, mereka akan mendapat sijil ECCT dan akan diterima sebagai Penyelaras Eksekutif Bertauliah (CEC) apabila mencapai Tahap UnFranchise Penyelaras Eksekutif. Yuran bagi ECCT Awal adalah sebanyak RM150 seorang.
Audit ECCT adalah bagi Pemilik UnFranchise yang telah menghadiri sekurang-kurangnya satu ECCT dan lulus dalam ujian. Mereka hadir ke kelas ini untuk menimba ilmu atau untuk memenuhi syarat MUFO atau cabaran. Ujian yang diambil adalah atas kerelaan sendiri dan tidak akan diambil kira bagi atau terhadap Pemilik UnFranchise, sama ada lulus atau gagal. Sebelum ini, para hadirin ini telah lulus dalam ujian dan kini mereka hadir untuk mengemaskini pangkalan ilmu atau memenuhi syarat MUFO atau Cabaran. Yuran bagi Audit ECCT adalah sebanyak RM80 seorang.
Latihan yang Diluluskan: Hanya Jurulatih Bertauliah yang aktif dan dibenarkan boleh mengendalikan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif. Untuk mendapatkan senarai Jurulatih Bertauliah bagi sebuah kawasan yang berkenaan dan lokasi mereka, sila hubungi Penyelaras Tempatan Market Malaysia. Pembentangan ECCT memerlukan masa sekurang-kurangnya enam jam.
Sekolah Jurulatih Bertauliah merupakan sebuah program latihan yang ditaja dan dikendalikan oleh pihak korporat dan dijalankan sebanyak satu hingga tiga kali pada setiap tahun. Sekolah Jurulatih Bertauliah ini dianjurkan bagi mengajar Pemilik UnFranchise berkelayakan cara untuk mengajar Pemilik UnFranchise yang lain tentang keperluan elemen pentadbiran utama yang memastikan kejayaan penyertaan dalam Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan. Jurulatih Bertauliah adalah satu-satunya jurulatih yang diluluskan dan dibenarkan untuk menjalankan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif, iaitu satu syarat wajib bagi semua Penyelaras Eksekutif.
Prasyarat: Calon bagi Sekolah Jurulatih Bertauliah Market Malaysia mesti memenuhi semua syarat di bawah dan diluluskan oleh Pengarah Latihan Lapangan di Market Malaysia. Syarat ini adalah seperti yang berikut: Syarat ini adalah seperti yang berikut:
Mesti menjadi Penyelaras Eksekutif Berkelayakan di bawah Pelan Pemasaran.
Mesti layak sebagai Penyelaras Eksekutif di bawah Pelan Pemasaran bagi tiga bulan secara berturutan sebelum menghadiri kursus Jurulatih Bertauliah. Kemudiannya, calon ini perlu mengekalkan status Jurulatih Bertauliah pada setiap bulan selepas itu (iaitu, memperoleh RM12,000 dalam cek komisen daripada satu Pusat Pembangunan Bisnes pada setiap bulan kalendar).
Mesti telah layak atau layak semula dalam program UFO Master sama ada dalam satu suku tahun kalendar bagi tahun terdahulu atau satu suku tahun kalendar bagi tahun semasa sebelum menghadiri Sekolah Jurulatih Bertauliah.
Mesti layak semula dalam program UFO Master sekurang-kurangnya dua suku tahun kalendar bagi setiap tahun yang akan datang.
Mesti merupakan ahli berbayar penuh bagi Sistem Pengurusan UnFranchise Syarikat dan mesti telah menerima Perjanjian UFMS.
Mesti memiliki Manual UnFranchise syarikat yang terkini dan mesti telah membaca dan memahami sepenuhnya Manual UnFranchise dan membiasakan diri dengan kandungannya agar dapat dirujuk pada bila-bila masa untuk mendapatkan jawapan khusus bagi soalan berkenaan dengan Pelan Pemasaran, dasar dan prosedur,undang-undang dan peraturan, penggunaan borang, dan teknik membangunkan bisnes atau pembarangan.
Kehadiran ke sekolah ini tidak menjamin calon tersebut akan menjadi Jurulatih Bertauliah. Calon mesti mempunyai pemahaman pengetahuan luas terhadap Pelan Pemasaran, 5 Langkah Asas dan Manual UnFranchise dan mesti lulus dalam Ujian Jurulatih Bertauliah dengan pemerolehan markah sekurang-kurangnya 90 peratus.
Menghadiri dan melengkapkan dua hingga tiga hari di Sekolah Jurulatih Bertauliah di pejabat Market Malaysia, atau di lokasi lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak syarikat, dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Jurulatih dan/atau Pengarah Sekolah agar dapat menamatkan dari sekolah tersebut dengan jayanya. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: melengkapkan dan menfailkan helaian komen, menyertai semua aktiviti yang ditetapkan, lulus dalam mana-mana ujian bertulis atau lisan dengan jayanya dan menerima pentauliahan daripada Jurulatih atau Pengarah Sekolah.
Membayar sepenuhnya kepada syarikat bagi kos penuh tuisyen untuk Sekolah Jurulatih Bertauliah sebelum hadir ke sekolah (Kos tuisyen ini tidak akan dikembalikan).
Memenuhi keperluan berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Jurulatih Bertauliah Market Malaysia.
Permohonan Semula: Jika pemohon bagi Sekolah Jurulatih Bertauliah diterima masuk tetapi memutuskan untuk tidak hadir atas sebab peribadi atau sebab-sebab lain, maka pemohon perlu memohon semula dan melalui proses kelayakan semula bagi sesi sekolah yang berikutnya jika beliau masih mahu menjadi Jurulatih Bertauliah.
Ada dua (2) jenis kursus latihan Motives dan bengkel pelengkap. Jika seorang Jurulatih Bertauliah Motives berada dalam kedudukan yang baik, Jurulatih Bertauliah Motives tersebut boleh mengendalikan kelas-kelas Latihan Motives:
NOTA: Hanya Jurulatih Bertauliah Motives yang berhak untuk mengenakan caj bayaran untuk latihan dan bengkel Motives.
Latihan 1 dengan 1 Motives: Jurulatih akan memberikan taklimat tentang koleksi kami dan pendidikan mendalam tentang bagaimana untuk membina hubungan sepanjang hayat dengan memberikan penyelesaian mengikut kesesuaian pelanggan. Jurulatih akan mendalami kepentingan penjagaan sanitasi kit kosmetik anda dan menawarkan alatan yang diperlukan dalam mengadakan satu sesi Rundingan Pelanggan yang efektif dan cekap. Selepas menguasai 1 kepada 1, Jurulatih akan teruskan kepada memanfaatkan acara yang menarik dan interaktif bersama klien dan menawarkan satu pelan tindakan untuk mencipta kejayaan seterusnya! Harga tiket ialah RM110.
Bengkel Pemasaran Motives: Bengkel ini berfokus kepada menyediakan perbincangan yang rancak berkenaan Industri Kecantikan, yang digandingkan dengan penyelesaian munasabah yang anda boleh tawarkan sebagai seorang Penasihat Kecantikan. Kami akan berbincang tentang keunikan jenama kami dan bagaimana anda boleh membentuk diri anda untuk menjadi seorang profesional dengan memanfaatkan alatan, pendidikan dan bantuan berterusan yang tersedia kepada komuniti Motives kami.’ Harga tiket ialah RM60.
Seni Mekap - Panduan Aplikasi: Bengkel ini dibuka untuk memberi anda panduan langkah demi langkah menerusi teknik yang betul dan menggunakan produk yang akan membantu mengekalkan mekap anda sepanjang hari dan kelihatan segar! Harga tiket ialah RM60.
Latihan Penjagaan Kulit 1 dengan 1: Jurulatih akan bermula dengan penerangan tentang statistik industri dan kehendak pengguna. Selepas itu jurulatih akan membezakan jenama-jenama kami supaya anda memahami keunikan produk berjenama eksklusif kami. Para hadirin akan mendapat peluang untuk berinteraksi dengan satu sama yang lain dan membuat latihan “Mengendalikan Khidmat Nasihat” dengan soalan-soalan yang akan diajar oleh jurulatih. Satu demonstrasi secara langsung tentang cara untuk mengendalikan acara ‘Semua Tentang Kulit, yang merupakan acara runcit yang sistematik dan boleh diduplikasi dengan garis panduan bertulis & termasuk bahan pemasaran/jualan. Sebagai penamat, jurulatih akan membincangkan kemungkinan pendapatan yang diperoleh berdasarkan pembinaan agihan perkongsian pelanggan, menjadi produk kepada produk dan menghayati Anuiti Membeli-belah. Harga tiket ialah RM110.
Bengkel Penyelesaian Kulit Maju: Semasa bengkel ini berlangsung jurulatih akan menceritakan semula tentang Jenis Kulit tetapi akan bercerita dengan lebih mendalam tentang perkhidmatan pelanggan dengan memahami keperluan kulit mereka dan membincangkan produk dan pilihan gaya hidup untuk ditawarkan sebagai satu penyelesaian. Jurulatih juga akan fokus kepada Kecantikan secara menyeluruh Dari Dalam. Harga tiket ialah RM60.
Hanya Jurulatih Bertauliah Motives diberikan kuasa untuk mengenakan caj bayaran tiket untuk mesyuarat Motives yang disiarkan dalam talian sistem GMTSS.
Market Malaysia telah menetapkan dua (2) tahap Profesional Motives.
Penasihat Kecantikan Bertauliah Motives: Pemilik UnFranchise harus mengikuti syarat-syarat berikut untuk menjadi seorang Penasihat Kecantikan Bertauliah Motives.
Pemilik UnFranchise mesti sudah menghadiri kelas-kelas berikut:
Beli kesemua produk yang diperlukan untuk hos dan mengendalikan Acara runcit Semua Tentang Kulit dan Masa untuk Anda Menyerlah dengan berjaya
Pemilik UnFranchise yang ingin menjadi seorang Penasihat Kecantikan Bertauliah Motives digalakkan untuk menggunakan Panduan Bermula Motives
Jurulatih Bertauliah Motives: Syarat-syarat Kelayakan Permulaan Jurulatih Bertauliah Motives - Pemilik UnFranchise mesti telah memenuhi syarat-syarat berikut untuk menjadi seorang Jurulatih Bertauliah Motives: dan menghantar satu aplikasi kepada jabatan Motives untuk semakan:
Mesti telah memenuhi kesemua syarat-syarat untuk menjadi seorang Penasihat Kecantikan Bertauliah Motives.
Membeli kesemua produk yang diperlukan untuk dipamerkan semasa setiap sesi kursus.
Motives 1 kepada 1
Penjagaan Kulit 1 kepada 1
Mesti sekurang-kurangnya seorang Penyelaras Eksekutif
Mesti memperoleh sekurang-kurangnya RM3,600 dalam pendapatan komisen dan 600 BV setiap suku tahun kalendar, di mana sekurang-kurangnya 200BV mesti daripada Motives dan 400BV dalam penjagaan kulit & penjagaan peribadi.
Mesti menjadi seorang Ahli Anuiti Membeli-belah Utama;
Mesti menaja dua (2) Pemilik UnFranchise berkelayakan secara peribadi pada tahun kalendar sebelumnya dan
Mesti Membeli tiga (3) tiket Sekolah Kepimpinan Market Malaysia dan tiga (3) tiket Konvensyen Tahunan Market Malaysia setiap tahun.
Syarat-syarat Jurulatih Bertauliah Motives Berterusan — Apabila seseorang Pemilik UnFranchise menjadi Jurulatih Bertauliah Motives, Pemilik UnFranchise tersebut mestilah sentiasa memenuhi syarat-syarat permulaan yang ditetapkan, termasuk perkara berikut:
Membeli semua produk-produk baharu yang dilancarkan di Konvensyen Tahunan dan Sekolah Kepimpinan
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat bulanan Jurulatih Bertauliah Motives
Mesti mencuba setiap Cabaran Motives dan mencapai semua kerja asterisk & aktiviti dan emel kerja kertas anda kepada Jabatan Motives walaupun anda belum mencapai cabaran berikut.
Mesti mengendalikan satu daripada Latihan Motives dan Bengkel pada setiap suku tahun (menerusi GMTSS) yang termasuk:
Mesti mengendalikan sekurang-kurangnya tiga (3) Acara Motives pilihan anda pada setiap suku tahun (berdasarkan Panduan Bermula Motives) seperti:
Diperakui semula setiap dua (2) tahun
Seminar Tempatan ialah pembentangan tentang 5 Langkah Asas secara lebih mendalam yang berlangsung sekurang-kurangnya enam jam dan menampilkan penceramah undangan yang merupakan ahli Biro Penceramah yang diluluskan. Seminar Tempatan ditadbir oleh garis panduan yang berikut:
Seminar Tempatan Berjadual dan Terbuka:
Untuk mengekalkan status “Seminar Tempatan” dan menjamin janji temu bersama dengan Penyelaras Tempatan, mesti terdapat sekurang-kurangnya dua (lokasi geografi yang berasingan) Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise Berjadual yang terbuka sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan (setiap satu) dalam GMTSS dalam talian bagi kawasan geografi terdekat DAN sekurang-kurangnya 150 tiket mesti terjual bagi setiap acara Seminar Tempatan sedemikian (apa-apa pengecualian mesti diluluskan oleh Naib Presiden Jualan).
Semua Penyelaras Tempatan perlu menghantar tarikh acara Seminar Tempatan dan masukkannya ke dalam jadual di GMTSS dalam talian bagi setiap kalendar suku tahun iaitu 30 hari sebelum suku tahun tersebut. Penyelaras Tempatan boleh merujuk kepada Pengurus Besar Market Malaysia sebelum membuat penjadualan.
Hanya ahli Biro Penceramah Kategori 2 layak ditempah untuk memberi ceramah atau latihan di Seminar Tempatan mengikut garis panduan honorarium yang disenaraikan di bahagian Seksyen Biro Penceramah Market Malaysia.
Tiada takat/had bagi bilangan tiket yang boleh dijual untuk Seminar Tempatan, dengan syarat kemudahan yang bersesuaian boleh disediakan.
Agenda Seminar Tempatan perlu terdiri daripada > 5.5 jam waktu latihan dan 0.5 jam (30 minit) pengiktirafan.
Kekerapan: Penyelaras Tempatan mesti menjadualkan sekurang-kurangnya dua (2) dan tidak lebih daripada tujuh (7) Seminar Tempatan dalam tahun kalendar.
Harga Tiket: RM100
Penyelaras Tempatan:
Kelayakan: Untuk memegang jawatan “Penyelaras Tempatan,” individu tersebut “MESTI” menjadi Penyelaras Utama Kanan atau Tahap UnFranchise yang lebih tinggi, menjadi Ahli Biro Penceramah DAN mempunyai dua Pemilik UnFranchise Berkelayakan yang ditaja secara peribadi pada tahun kalendar yang terdahulu. Jika Penyelaras Utama Kanan atau lebih tinggi yang memenuhi kriteria ini tidak tersedia, maka Pengurus Besar Market Malaysia akan menangani isu ini berasaskan kepada kes.
Janji Temu: Pengurus Besar Market Malaysia mengesyorkan beberapa individu untuk menjadi Penyelaras Tempatan. Keputusan terakhir pelantikan Penyelaras Tempatan akan dibuat oleh Naib Presiden Jualan.
Syarat Pembelian Tiket:
| Nama Acara | Jumlah Tiket yang Diperlukan |
|---|---|
| Seminar Tempatan | Terjual > 150 Tiket |
| Konvensyen Serantau Asia Pasifik | Terjual > 5 Tiket |
| Pembelian terus daripada Korporat | Terjual > 5 Tiket |
| Konvensyen Tahunan: | Terjual > 5 Tiket |
| Pembelian terus daripada Korporat: | Terjual > 5 Tiket |
Tugas: Setiap Penyelaras Tempatan mesti menjalankan tugas yang berikut:
Memimpin Pasukan/Majlis Kepimpinan tempatan dan Pertubuhan Tempatan.
Menganjurkan, menjadualkan, mempromosikan dan menguruskan Seminar Tempatan dan Pembentangan Bisnes UnFranchise Berjadual secara terbuka di kawasan beliau.
Mengesyorkan Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise di kawasan pertumbuhan yang bersesuaian dengan lokasi masing-masing; memastikan yang Penyelaras Pembentangan Bisnes UnFranchise menganjurkan mesyuarat sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan dan mengikut dasar dan prosedur Syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam versi terkini/ baru dikemaskinikan.
“Khas” (Latihan Motives, GoTrim, Produk dan sebagainya) Pembentangan Bisnes UnFranchise MESTI tersusun, dijadualkan dan diluluskan oleh Penyelaras Tempatan dan Pengurus Besar Market Malaysia yang bersesuaian bagi memastikan tiada konflik jadual.
Menghantar jadual Seminar Tempatan di sistem GMTSS dalam talian untuk kelulusan oleh Pengurus Besar Market Malaysia dan/atau Naib Presiden Jualan.
Menghadiri Konvensyen Serantau Asia Pasifik dan Konvensyen Tahunan Market Malaysia pada setiap tahun.
Menyelaraskan penjadualan dan promosi Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise di kawasan tempatan beliau.
Mempromosikan Konvensyen Tahunan dan Konvensyen Serantau Asia Pasifik yang ditaja oleh bahagian korporat syarikat.
Memperlakukan semua rangkaian penajaan secara sama rata dan tidak berat sebelah.
Mematuhi bimbingan daripada Naib Presiden Jualan.
Menandatangani Perjanjian Penyelaras Tempatan dan mematuhi kandungannya.
Syarat Am: Setiap Penyelaras Tempatan mesti memenuhi syarat am yang berikut:
Memastikan acara Seminar Tempatan dianjurkan mengikut susunan, mekanisme dan format bilik mesyuarat sebagaimana yang ditetapkan dalam panduan acara GMTSS.
Memastikan semua acara Pembentangan Bisnes UnFranchise di kawasan beliau dianjurkan mengikut kandungan, dasar, prosedur dan peraturan yang diluluskan.
Memastikan semua latihan 5 Langkah Asas dan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif di kawasan anda dianjurkan mengikut kandungan, dasar, prosedur dan peraturan yang diluluskan.
Menghantar maklumat acara Seminar Tempatan kepada Pengurus Besar sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum acara tersebut diluluskan.
Tidak membuat rakaman (audio/video) di mana-mana acara tanpa kelulusan bertulis dan nyata daripada Naib Presiden Latihan dan Pembangunan Lapangan.
Menghantar nama penceramah dan pemberian honoraria yang berkaitan kepada pihak syarikat untuk diluluskan 30 hari sebelum acara tersebut.
Menjual minimum sebanyak 150 tiket Seminar Tempatan.
Prapembelian 10 tiket secara terus daripada pihak syarikat bagi Konvensyen Serantau Asia Pasifik (lima daripadanya boleh dibeli menerusi Dana Pertubuhan Tempatan, agar dapat dibayar balik apabila tiket tersebut terjual; dan lima daripadanya adalah daripada dana persendirian), dan 10 tiket secara terus daripada syarikat bagi Konvensyen Tahunan (lima daripadanya boleh dibeli menerusi Dana Pertubuhan Tempatan, agar dapat dibayar balik apabila tiket tersebut terjual; dan lima daripadanya adalah daripada dana persendirian).
Memantau secara rawak mesyuarat dan latihan di kawasan beliau agar mematuhi dasar dan prosedur seperti yang ditakrifkan oleh pihak syarikat. Memantau secara aktif kawasan setempat untuk menyelesaikan konflik dan pertikaian. (Konflik atau masalah yang tidak dapat ditangani perlu dilaporkan kepada Pengurus Besar Market Malaysia.
Mempromosikan dan menjual tiket mesyuarat, latihan, seminar, persidangan, konvensyen dan acara yang ditaja oleh bahagian korporat di semua kawasan.
Kewangan:
Setiap Penyelaras Tempatan perlu menghantar (e-mel yang diimbas) Laporan Kewangan Acara (borang akan dibekalkan oleh pihak syarikat kepada semua Penyelaras).
Setiap Penyelaras Tempatan boleh membuka akaun semasa berasingan yang memerlukan dua tandatangan untuk memasukkan wang daripada jualan tiket dan membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan Seminar Tempatan. Semua kredit (deposit) dan debit (perbelanjaan) MESTI didokumenkan untuk menerangkan setiap transaksi.
Selepas SEMUA perbelanjaan bahagian depan yang berkaitan dengan Seminar Tempatan telah dibayar, baki wang akan diedarkan seperti yang berikut:
Perkara di bawah perlu dianggap sebagai perbelanjaan bahagian depan yang sah bagi Seminar Tempatan:
Perkara yang berikut boleh dianggap sebagai perbelanjaan bahagian belakang yang sah bagi Seminar Tempatan dan MESTI dibayar bagi 30 peratus pengagihan Pertubuhan Tempatan mengikut keperluan:
Perkara yang berikut dianggap sebagai perbelanjaan/penggunaan jangka panjang yang sah daripada dana Pertubuhan Tempatan dalam bentuk akaun semasa atau sebuah akaun di Akaun Am GMTSS Serantau:
Setiap Penyelaras Tempatan mesti menghantar (e-mel yang diimbas) salinan penyata akaun semasa Pertubuhan Tempatan (termasuk dokumentasi yang menerangkan setiap transaksi) kepada Pengarah Serantau dan Eksekutif Korporat GMTSS yang berkenaan pada setiap bulan. Penyata bagi mana-mana bulan MESTI dihantar pada 20hb bagi bulan yang berikutnya (contohnya, penyata bulan Jun perlu dihantar pada 20 Julai).
Penyelaras Tempatan hanya boleh mengekalkan baki MAKSIMUM sebanyak RM12,000 (tambahan sebanyak RM4,000 jika Penyelaras Pembentangan Perniagaan UnFranchise menggunakan akaun yang sama bagi setiap Penyelaras) dalam akaun Pertubuhan Tempatan mereka. SEMUA dana yang melebihi RM12,000 (RM4,000 bagi setiap tambahan Penyelaras UBP) akan dipindahkan kepada Akaun Am GMTSS. Sila bertanggungjawab ke atas Pasukan/Majlis Kepimpinan Tempatan dan Pertubuhan Tempatan bagi menjamin dan menampung semua defisit yang berlaku akibat daripada anjuran acara Seminar Tempatan.
Selain daripada baki maksimum bulanan, terdapat juga pemindahan baki penutupan akhir tahun kepada Tabung Am GMTSS. Pada penghujung tahun, Penyelaras Tempatan dijangka akan mengurangkan wang dalam akaun Tempatan kepada RM2,000 (selain daripada wang jualan tiket bagi acara bulan Januari).
Tunggakan kewangan yang tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dan dilaporkan kepada Syarikat boleh dipotong daripada komisen dan bonus kepimpinan Penyelaras Tempatan untuk pembayaran kepada pihak yang berkenaan.
Menyediakan alat bantuan jualan dan pembangunan bisnes untuk dibeli oleh Pemilik UnFranchise di acara Seminar Tempatan (penyenggaraan inventori sebanyak RM800 diperlukan).
Menampung perbelanjaan ahli Pasukan Korporat yang dijemput dan/atau penceramah undangan (iaitu honoraria, tambang kapal terbang, jarak perjalanan, kos sewa kereta, hotel, makanan dan perbelanjaan perjalanan). Honoraria mesti dibayar kurang daripada dua minggu sebelum acara tersebut. Honoraria bagi ahli Pasukan Korporat mesti ditujukan kepada Naib Presiden Jualan.
Jika terdapat dua penceramah terpilih atau penceramah undangan di acara tersebut, wang tambahan yang diperuntukkan kepada penceramah-penceramah ini seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dibahagikan secara sama rata antara dua penceramah ini. Tidak boleh ada lebih daripada dua penceramah terpilih, termasuk ahli Pasukan Korporat, bagi mana-mana acara GMTSS. Apa-apa pengecualian mesti diluluskan secara bertulis oleh Naib Presiden Jualan. Peratusan ini adalah tambahan kepada honorarium yang diberikan kepada penceramah yang ditentukan mengikut Tahap UnFranchise penceramah dan/atau jawatan korporatnya. Honorarium bagi ahli Pasukan Korporat akan ditentukan oleh Naib Presiden Jualan.
Peluang untuk menyampaikan ceramah di acara yang diluluskan oleh Market Malaysia atau Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global merupakan satu keistimewaan yang disediakan oleh Market Malaysia. Hanya ahli Biro Penceramah Kategori 2 Market Malaysia dibenarkan untuk menjadi penceramah undangan/terpilih di Seminar Tempatan Market Malaysia. Amat penting bagi semua pihak untuk melindungi integriti sistem dan juga kualiti maklumat yang dikongsikan di acara sedemikian.
Biro Penceramah dibahagikan kepada dua kategori penceramah/jurulatih. Perkara yang berikut menerangkan jenis latihan yang boleh dijalankan bagi setiap kategori dan kriteria yang berkaitan mesti dipenuhi bagi melayakkan penceramah/jurulatih untuk mengendalikan jenis latihan yang berkenaan.
Kategori 1: Penceramah/jurulatih ini boleh membentangkan segmen Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan di Pembentangan Bisnes UnFranchise dan mengendalikan Latihan 5 Langkah Asas (B5) di sebuah mesyuarat/latihan yang dijadualkan secara terbuka. Para hadirin akan dikenakan yuran kemasukan.
Penceramah/jurulatih ini boleh membentangkan segmen Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan di Pembentangan Bisnes UnFranchise.
Boleh membentangkan Latihan berjadual 5 Langkah Asas (B5) yang diluluskan GMTSS secara terbuka dan para hadirin dikenakan yuran kemasukan.
Penceramah/jurulatih MESTI memperoleh KOMISEN > RM6,000 pada setiap Suku Kalendar dari satu (1) atau lebih daripada satu Pusat Pembangunan Bisnes (BDC) untuk kekal layak bagi memberi ceramah/latihan di acara GMTSS ini.
Selain itu, penceramah/jurulatih akan dikehendaki untuk menaja dua (2) Pemilik UnFranchise Berkelayakan secara peribadi pada sepanjang tahun kalendar terdahulu untuk mengekalkan kelayakan bagi memberi ceramah/latihan.
Kategori 2: Penceramah/jurulatih ini boleh membentangkan segmen Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan di Pembentangan Bisnes UnFranchise, mengendalikan latihan B5 dan memberi ceramah/latihan di semua acara GMTSS yang lain (iaitu, Seminar Tempatan). Para hadirin akan dikenakan yuran kemasukan.
Penceramah/jurulatih boleh membentangkan segmen Pelan Ganjaran Prestasi Pengurusan di Pembentangan Bisnes UnFranchise, menjalankan B5 dan memberi ceramah/melatih di semua acara GMTSS yang lain (iaitu, Tempatan, Daerah, Rantau) iaitu hadirin akan dikenakan caj bayaran kemasukan.
Penceramah/jurulatih MESTI menjadi Penyelaras Profesional atau Tahap UnFranchise yang lebih tinggi DAN MESTI memperoleh KOMISEN > RM18,000 pada setiap Suku Kalendar daripada satu (1) atau lebih daripada satu BDC untuk kekal layak bagi memberi ceramah/latihan di acara GMTSS ini.
Selain itu, penceramah/jurulatih akan dikehendaki untuk menaja tiga (3) Pemilik UnFranchise Berkelayakan secara peribadi pada sepanjang tahun kalendar terdahulu untuk mengekalkan kelayakan untuk memberi ceramah/latihan.
Syarat Am:
Ahli Biro Penceramah perlu menjadi ahli AKTIF yang berada dalam posisi yang baik (iaitu, mematuhi semua dasar yang ditetapkan oleh Pertubuhan GMTSS Tempatan mereka termasuk, tetapi tidak terhad kepada, syarat prapembelian tiket).
Mesti menjadi ahli yang mengambil bahagian secara aktif dalam Pertubuhan Tempatan (Majlis Kepimpinan, atau Penyelaras GMTSS) di wilayah beliau.
Menjadi Pemilik UnFranchise yang berada dalam posisi yang baik; tidak mempunyai tuntutan mahkamah yang tertangguh dengan Lembaga Tindakan Pembetulan atau Lembaga Penyelesaian Pertikaian.
Mencapai Tahap UnFranchise Penyelaras Eksekutif Bertauliah atau yang lebih tinggi. Mesti memiliki serba sedikit pengalaman berceramah.
Mesti diluluskan oleh Naib Presiden Jualan.
Menghadiri Konvensyen Tahunan dan Konvensyen Serantau Asia Pasifik pada setiap tahun. Ahli Biro Penceramah mesti membeli minimum lima (5) tiket bagi setiap acara yang ditaja oleh bahagian korporat; lima (5) tiket dibeli daripada syarikat bagi Konvensyen Serantau Asia Pasifik dan lima (5) tiket bagi Konvensyen Tahunan. Perkara ini akan disemak selepas setiap acara utama.
Sebagai Ahli Biro Penceramah, anda mewakili syarikat sebagai Pemilik UnFranchise yang terbaik. Anda mesti mempamerkan tingkah laku yang sempurna, tidak angkuh, dan tidak pernah membuat kenyataan menghina terhadap syarikat, pasukan pengurusan, Pemilik UnFranchise atau ahli pasukan yang lain di acara sedemikian. Kelulusan anda adalah berdasarkan prestasi anda dalam bisnes dan sebagai penceramah umum, integriti dan kesetiaan anda yang terbukti terhadap syarikat dan terhadap apa yang diwakili. Hargai keistimewaan ini dengan penuh rasa tanggungjawab melalui penyampaian anda, dengan menyedari bahawa anda berupaya mengubah kehidupan orang ramai. Kegagalan untuk memenuhi kelayakan ini akan menyebabkan penamatan kontrak yang dinyatakan dengan serta-merta.
Tujuan utama acara GMTSS adalah untuk menyokong dan membantu para hadirin dalam membangunkan bisnes, memperoleh komisen yang lebih besar dan lebih banyak bonus pengurusan.
Hanya Ahli Biro Penceramah yang layak untuk memberi ceramah/latihan di acara GMTSS yang dijadualkan secara terbuka dan yuran kemasukan dikenakan untuk kehadiran.
Latihan B5 yang dikendalikan di rumah MESTI dijadualkan dalam perkhidmatan laman web GMTSS dalam talian DAN DIBUKA kepada orang awam (SEMUA Pemilik UnFranchise) bagi mengenakan caj ke atas para hadirin yang menyertai latihan tersebut. HANYA Ahli Biro Penceramah boleh mengenakan caj ke atas para hadirin bagi latihan sebegini. Penyelaras Eksekutif Bertauliah masih boleh mengendalikan NUOT dan Latihan B5 di RUMAH; walau bagaimanapun, mereka TIDAK boleh mengenakan caj ke atas para hadirin untuk latihan sebegini.
Hanya Ahli Biro Penceramah boleh membentangkan seksyen MPCP bagi Mesyuarat Pembentangan Bisnes UnFranchise yang dijadualkan secara terbuka (iaitu, dalam “GMTSS Dalam Talian”) dan yuran kemasukan dikenakan untuk kehadiran.
Hanya Ahli Biro Penceramah Kategori 2 boleh memberi ceramah/latihan di Seminar Tempatan, Persidangan Daerah dan Konvensyen Serantau.
Untuk memberi ceramah dan menerima bayaran (Latihan Produk, Latihan 5 Langkah Asas, Latihan Pemilik UnFranchise Baru, Pembentangan Bisnes UnFranchise dan Seminar Tempatan) di negara di luar “Negara Asal” anda (tempat anda memulakan Bisnes UnFranchise anda), anda mesti menjadi Biro Penceramah Kategori 2 di Negara Asal anda dan diaktifkan dan/atau memperoleh komisen berdasarkan jumlah yang dijana di negara yang anda mahu memberikan ceramah.
NOTA: Jurulatih Bertauliah, Jurulatih TLS, Jurulatih Produk, Jurulatih CAD, Jurulatih Motives, Jurulatih ISM dan Jurulatih Gambaran Menyeluruh Major Universiti perlu mematuhi syarat latihan sebagaimana yang ditetapkan pada masa ini dalam program masing-masing.
Honorarium:
Tahap UnFranchiseSeminar Tempatan| Penyelaras Profesional | RM1,500 |
| Penyelaras Menyelia | RM2,200 |
| Penyelaras Menyelia Kebangsaan | RM3,000 |
| Penyelaras Menyelia Eksekutif | RM4,300 |
| Pengarah | RM5,800 |
| Pengarah Eksekutif | RM6,500 |
| Naib Presiden Lapangan | RM7,000 |
| Naib Presiden Lapangan Eksekutif | RM8,500 |
| Naib Presiden Lapangan Eksekutif Kanan | RM10,000 |
| Presiden Lapangan | RM11,000 |
| Presiden Lapangan Antarabangsa | RM12,000 |
| Pengerusi Lapangan Antarabangsa | RM14,000 |
Selepas semua perbelanjaan bahagian depan yang berkaitan dengan pembiayaan Seminar Tempatan (termasuk; tetapi tidak terhad kepada Honorarium Penceramah), baki wang boleh diedarkan seperti yang berikut:
Semua Ahli Biro Penceramah/jurulatih perlu menghantar Laporan Kewangan Acara (EFR) GMTSS dalam tempoh lima hari selepas berakhirnya setiap latihan kepada Eksekutif GMTSS, Penyelaras Tempatan dan Pengarah Serantau yang berkenaan jika lokasi latihan terletak lebih dari satu jam pemanduan dari alamat rumah jurulatih. Pengendalian keperluan kewangan adalah tertakluk kepada audit. Jika tidak ada Pengarah Serantau, sila hantar EFR kepada Pengurus Besar.
Jika terdapat dua orang penceramah undangan, maka 45 peratus (45%) hasil yang diperuntukkan kepada penceramah akan dibahagikan secara sama rata antara dua orang penceramah tersebut.
NOTA: Tidak boleh ada lebih daripada dua orang penceramah bagi setiap acara GMTSS melainkan anda mempunyai keizinan bertulis yang diterima terus daripada Naib Presiden Jualan.
Market Malaysia akan memastikan semua aktiviti dan keperluan dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen ini dan/atau sebagaimana yang ditetapkan mengikut perjanjian yang berkenaan.
Konvensyen Tahunan Market Malaysia: Market Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Tahunan Market Malaysia pada setiap tahun.
Sekolah Jurulatih Bertauliah: Market Malaysia menaja Sekolah Jurulatih Bertauliah dan memastikan sekolah ini dijalankan di Pejabat Market Malaysia atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Latihan Lapangan di Market Malaysia.
Market Malaysia akan memastikan semua keperluan dokumentasi yang diterima daripada Jurulatih Bertauliah difailkan dan/atau dimasukkan ke dalam pangkalan data yang bersesuaian.
Market Malaysia akan memastikan kelayakan semua Jurulatih Bertauliah dan calon Jurulatih Bertauliah dipenuhi.
Sekolah Jurulatih Bertauliah Motives: Market Malaysia menaja Sekolah Jurulatih Bertauliah Motives dan memastikan sekolah ini dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun di pejabat Market Malaysia atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Pembangunan Lapangan dan Latihan Motives di Market Malaysia.
Market Malaysia akan memastikan semua keperluan dokumentasi yang diterima daripada Jurulatih Bertauliah Motives difailkan dan/atau dimasukkan ke dalam pangkalan data yang bersesuaian.
Market Malaysia akan memastikan kelayakan semua Jurulatih Bertauliah Motives dan calon Jurulatih Bertauliah Motives dipenuhi.
Nota edaran dan Bahan lain: Market Malaysia akan menyediakan pengetahuan, maklumat dan bahan sokongan pengilang (yang dapat dilaksanakan) kepada penyelaras konvensyen dan seminar, dan/atau menawarkan bahan sokongan perniagaan dalam katalog pesanan produk. Semua bahan sokongan bisnes lain adalah dilarang sekeras-kerasnya. Semua nota edaran, risalah, kit cabaran dan tiket mesti diluluskan oleh Pengarah GMTSS sekurang-kurangnya 30 hari sebelum digunakan atau diedarkan.
Jurulatih Bertauliah perlu mematuhi semua terma, syarat, dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Perjanjian Jurulatih Bertauliah, Manual Kerjaya Market Malaysia dan sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Latihan Lapangan.
Keperluan Jadual Jurulatih Bertauliah: Jurulatih Bertauliah mesti menjadualkan sekurang-kurangnya satu Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif, satu Latihan 5 Langkah Asas dan satu Latihan Pemilik UnFranchise Baru pada setiap suku tahun. Hanya acara yang dihantar melalui GMTSS dalam talian akan diterima.
Promosi Acara: Jurulatih Bertauliah mesti mempromosikan Konvensyen dan Sekolah Kepimpinan Market Malaysia dan Seminar Tempatan masing-masing melalui prapembelian tiket. Keperluan prapembelian dinyatakan dalam borang Perjanjian Jurulatih Bertauliah.
Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (ECCT): Selepas mengendalikan Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif, Jurulatih Bertauliah perlu menghantar perkara yang berikut kepada Market Malaysia dalam tempoh lima hari bekerja selepas melengkapkan latihan: (1) rekod kehadiran kelas; dan (2) Kertas Jawapan Ujian ECCT Dokumentasi ini mesti dihantar kepada Market Malaysia oleh Jurulatih Bertauliah untuk direkodkan dalam sistem data komputer bagi Pemilik UnFranchise yang hadir.