Satu daripada matlamat utama Market Malaysia adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang paling berkesan dan cekap kepada Pemilik UnFranchise. Objektif utama setiap jabatan pentadbiran adalah untuk menjadi mesra dan adil di samping mengekalkan pematuhan yang konsisten dan sejajar dengan keperluan Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise. Dengan menyokong dan melaksanakan prasyarat komunikasi am yang berikut, Pemilik UnFranchise dan Market Malaysia akan dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
(A) Surat-Menyurat:
(1) Manual UnFranchise: Dasar dan prosedur yang terdapat dalam Manual UnFranchise Market Malaysia adalah terpakai bagi semua fungsi dan aktiviti di lapangan dan di pejabat korporat. Pemilik UnFranchise perlu menyediakan edisi terkini manual yang tersedia untuk rujukan apabila berkomunikasi dengan pejabat korporat.
(2) Media Sedia Ada: Terdapat beberapa saluran yang disediakan untuk berkomunikasi dengan Market Malaysia. Antaranya ialah melalui faks, surat, telefon dan e-mel.
(3) Maklumat Pemilik UnFranchise: Pemilik UnFranchise perlu memastikan alamat mereka (surat-menyurat, penghantaran dan e-mel apabila perlu) dan nombor telefon adalah tepat dan terkini.
(4) Jawapan Market Malaysia: Pemilik UnFranchise perlu mengumpulkan semua dokumentasi sokongan dan maklumat yang diperlukan sebelum menghubungi Market Malaysia (Pemilik UnFranchise perlu menghubungi Penyelaras Eksekutif Bertauliah susunan atasan atau Jurulatih Bertauliah mereka bagi mendapatkan bimbingan untuk mengumpulkan maklumat ini). Maklumat ini akan dapat menjimatkan masa penyelidikan dan memastikan jawapan yang segera dan tepat. Selain itu, Pemilik UnFranchise perlu memberikan cara terbaik untuk jabatan berkenaan menghubungi mereka (iaitu, nombor telefon dan waktu panggilan).
(5) Susulan Pemilik UnFranchise: Jika Market Malaysia menjawab pertanyaan Pemilik UnFranchise dan pihak syarikat memerlukan maklumat tambahan, adalah menjadi tanggungjawab Pemilik UnFranchise untuk mendapatkan maklumat tersebut dan membuat susulan dengan mereka. Jika susulan tidak dimulakan, Market Malaysia akan menganggap pertanyaan tersebut sudah dipenuhi.
(6) Alamat Market Malaysia: Menghantar surat ke alamat yang salah boleh menyebabkan kehilangan surat dan/atau kelewatan pemprosesan.
Pos semua surat-menyurat ke alamat fizikal Market Malaysia:
Market Malaysia Shop Sdn. Bhd,
B03-A-07-1, Menara 3A
No.3, Jalan Bangsar
KL Eco City
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
(7) Tanggungjawab/Kebertanggungjawaban: Market Malaysia tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan bagi surat dan/atau faks yang dihantar tepat pada masanya atau sebagaimana yang dijangkakan. Pemilik UnFranchise dinasihatkan untuk memeriksa status penerimaan mereka melalui Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) atau menghubungi Perkhidmatan UnFranchise.
(B) Kertas Kerja/Dokumentasi:
(1) Pemilik UnFranchise bertanggungjawab terhadap kesahan dan ketepatan semua kertas kerja yang dihantar kepada syarikat. Market Malaysia akan memproses kertas kerja sebaik sahaja ia diterima. Market Malaysia TIDAK BOLEH mengubah kertas kerja yang telah dihantar, jadi sila pastikan kertas kerja tersebut betul sebelum dihantar kepada syarikat.
(2) Semua kertas kerja perlu dihantar dalam bentuk asalnya dengan tandatangan Pemilik UnFranchise, melainkan diarahkan sebaliknya oleh pihak syarikat. Jika wakil tertentu meminta kertas kerja dihantar dalam bentuk yang sebaliknya, ia perlu dihantar kepada wakil tersebut.
(3) Pemilik UnFranchise mesti sentiasa bekerja keras supaya perniagaan mereka kekal di kedudukan teratas. Sila selesaikan masalah yang berlaku dengan segera. Lebih lama seseorang Pemilik UnFranchise menunggu, lebih sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut dan adakalanya masalah tersebut mungkin tidak dapat diselesaikan. Dalam sesetengah kes, Pemilik UnFranchise mungkin akan membazir masa dan wang.
(C) Panggilan Telefon:
(1) Jangan lupa bahawa tanggungjawab utama Pemilik UnFranchise adalah untuk mengetahui dasar dan prosedur yang disenaraikan dalam Manual UnFranchise. Pemilik UnFranchise juga perlu dilatih oleh susunan atasan mereka. Susunan atasan mempunyai kepentingan dalam memastikan Pemilik UnFranchise susunan bawahan dan perniagaan mereka berjaya. Susunan atasan adalah sumber rujukan Pemilik UnFranchise, iaitu beliau perlu merujuk susunan atasannya bagi mendapatkan bantuan dan nasihat.
(2) Sebelum menghubungi pihak syarikat, Pemilik UnFranchise perlu mengesahkan perkara tersebut dengan merujuk Manual UnFranchise terlebih dahulu. Kedua, Pemilik UnFranchise perlu menghubungi penaja, Penyelaras Eksekutif Bertauliah, Jurulatih Bertauliah dan/atau Ahli Majlis Penasihat mereka. Jika Pemilik UnFranchise tidak mengetahui Pemilik UnFranchise susunan atasan ini, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan UnFranchise bagi mendapatkan nama dan nombor telefon mereka.
(3) Panggilan telefon hendaklah dihadkan selama lima minit sahaja. Pemilik UnFranchise perlu siap menyediakan semua butiran dan maklumat. Ini termasuk: semua nama, nombor ID, tarikh, nombor pesanan Pemilik UnFranchise dan sebagainya. NOTA: Jika Pemilik UnFranchise mempunya pelbagai soalan atau soalan yang terperinci, atau masalah yang rumit, adalah lebih baik sekiranya beliau menghantar faks yang terperinci.
(4) Pemilik UnFranchise perlu menyimpan log tarikh bagi setiap panggilan, individu yang berbual dengan beliau, ringkasan masalah dan jawapan yang diberikan kepada beliau. Pemilik UnFranchise perlu memberikan masa yang mencukupi kepada Market Malaysia untuk memberi jawapan terhadap pertanyaan tersebut sebelum menghubungi Market Malaysia semula. Satu idea yang baik untuk memberikan log panggilan kepada susunan atasan dalam bentuk yang sama.
(5) Hanya seorang Pemilik UnFranchise di lapangan yang boleh menghubungi pihak syarikat tentang situasi tertentu. Pemilik UnFranchise tersebut perlu berhubung dengan wakil yang sama hingga masalah tersebut diselesaikan. Jika lebih daripada seorang Pemilik UnFranchise yang membuat panggilan, semua pihak perlu berhubung dengan individu di syarikat yang telah mengendalikan masalah tersebut.
(6) Sekali lagi, Pemilik UnFranchise perlu merujuk Manual UnFrachise dan susunan atasan mereka terlebih dahulu sebelum menghubungi pejabat korporat. Susunan atasan seharusnya dapat mengendalikan kebanyakan soalan atau pertanyaan yang dikemukakan kepada mereka. Walau bagaimanapun, adakalanya, Pemilik UnFranchise perlu menghubungi pejabat korporat. Pemilik UnFranchise perlu memastikan yang mereka menghubungi jabatan dan/atau individu yang betul berkenaan setiap situasi (lihat Syarikat – Organisasi).
(7) Apabila Pemilik UnFranchise menerima surat (melalui e-mel, faks, pos, telefon atau mel suara) daripada seseorang di jabatan tertentu, mereka perlu berbincang dengan individu/jabatan tersebut, melainkan diarahkan sebaliknya oleh pihak syarikat.
(8) Nombor telefon penting: Perkhidmatan UnFranchise Malaysia: +603 2289 3388
(D) Faks:
(1) Nombor faks kami ialah: +603 2289 3300
(2) Jangan lupa yang Pemilik UnFranchise bertanggungjawab memastikan Market Malaysia menerima faks mereka.
(3) Market Malaysia mempunyai 48 jam (dua hari bekerja) untuk menjawab permohonan yang difakskan.
(4) Hanya maklumat tertentu yang boleh difakskan: perubahan alamat, perubahan maklumat kad kredit atau minggu penarikan Pemindaan Pembelian, pembatalan Pemindaan Pembelian, pembatalan Perniagaan UnFranchise, pembatalan pesanan, borang pembetulan rangkaian atau faks berkenaan permohonan maklumat.
(5) Hanya ahli UFMS boleh menghantar pesanan mereka melalui faks menggunakan kad kredit mereka sendiri sebagai bayaran.
(E) Mel Elektronik:
(1) Pemilik UnFranchise boleh menghantar permohonan mereka melalui e-mel kepada unfranchiseservices@marketmalaysia.my.
(2) Semua emel yang dihantar perlu mengandungi nama dan nombor ID Pemilik UnFranchise supaya Market Malaysia dapat membalas e-mel tersebut.
(3) Market Malaysia akan cuba menjawab semua permohonan e-mel yang mempunyai nombor ID yang sah dan alamat e-mel kembali yang sah dalam tempoh dua hari bekerja.
GMTSS dalam talian perlu digunakan untuk memberi akses kepada semua mesyuarat, latihan, seminar dan konvensyen yang diadakan. JANGAN hubungi pejabat untuk mendapatkan jadual dan lokasi.