Jika Pemilik UnFranchise melanggar Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas mereka, termasuk dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Manual UnFranchise ini, atau jika Pemilik UnFranchise melanggar perjanjian lain bersama Market Malaysia, Market Malaysia boleh mengambil tindakan pembetulan.
(A) Asas bagi Tindakan Pembetulan: Asas untuk menggunakan Prosedur Tindakan Pembetulan
(CAP) termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang berikut:
• Pelanggaran Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas
• Pelanggaran undang-undang berkaitan dengan perniagaan Pemilik UnFranchise
• Kegagalan mengekalkan piawaian syarikat
• Pemalsuan laporan
• Pemalsuan dokumen atau melakukan apa-apa komunikasi palsu atau mengelirukan kepada
syarikat
• Kegagalan memenuhi keperluan jualan runcit atau pengesahan keperluan ini secara tidak
wajar
• Tuntutan pendapatan atau menerbitkan jumlah komisen yang tidak dibenarkan
• Kegagalan membuat bayaran pada masa yang sepatutnya kepada syarikat
• Pelanggaran kad kredit:
• Penggunaan tanpa kebenaran
• Caj balik tanpa mematuhi Dasar Pemulangan Barang Dagangan
• Pelanggaran waad tanpa permintaan untuk melanggan atau rahsia dagangan
• Pelanggaran peraturan isi rumah yang sama
• Penubuhan Pusat Pembangunan Perniagaan palsu
• Pemuatan inventori
• Kemasukan semula yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang
• Gambaran yang salah tentang Pelan pemasaran
• Penajaan merentas kumpulan
• Kelakuan yang merosakkan nama baik syarikat dengan ketara
• Kegagalan memenuhi tanggungjawab pengurusan dan fidusiari sebagai seorang pengurus di
bawah Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP)
• Pelanggaran dasar pengiklanan, termasuk pelanggaran tanda dagangan syarikat
• Pelanggaran dasar 270 hari
• Amalan yang tidak beretika
Prosedur Tindakan Pembetulan boleh menyebabkan sejumlah sekatan terhadap Pemilik UnFranchise, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan latihan tambahan, amaran bertulis, melucutkan hak ke atas komisen, penggantungan dan penamatan. Keterukan, kekerapan, bilangan pelanggaran dan kesan pada syarikat serta hak dan perniagaan Pemilik UnFranchise yang lain akan menentukan jenis tindakan pembetulan yang akan dikenakan, mengikut budi bicara pihak syarikat. Jika pelanggaran tersebut, pada pendapat pihak syarikat, tidak boleh ditebus, meluas dan merosakkan, membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, mengancam reputasi dan nama baik syarikat atau Pemilik UnFranchisenya, maka pelanggaran tersebut akan menjadi asas bagi penamatan segera. Jika Pemilik UnFranchise telah menerima amaran bertulis daripada syarikat dan mengulangi pelanggaran tersebut, maka pelanggaran tersebut akan menjadi asas bagi penamatan segera.
(B) Prosedur Tindakan Pembetulan: Prosedur yang berikut akan berkuat kuasa ke atas Pemilik UnFranchise yang tertakluk kepada tindakan pembetulan:
(1) Apabila bukti pelanggaran sampai ke pengetahuan Penasihat Undang-undang Market Malaysia, Penasihat Undang-undang akan memaklumkan Pemilik UnFranchise melalui surat, yang dihantar ke alamat terakhir Pemilik UnFranchise yang diketahui dalam rekod syarikat, yang menyatakan bahawa Pemilik UnFranchise telah terlibat dalam salah laku dan Pemilik UnFranchise mesti menghantar jawapan yang menjelaskan situasi tersebut kepada Lembaga Tindakan Pembetulan (CAB). Bagi tujuan CAP, notis ini yang dihantar melalui surat disifatkan sebagai mencukupi. Jika surat tersebut tidak boleh dihantar, Market Malaysia juga boleh, mengikut budi bicaranya, cuba menghantar notis melalui pos udara berdaftar, faks, e-mel atau cara lain yang boleh mengesahkan penghantaran.
(2) Pemilik UnFranchise mesti menghantar jawapan bertulis kepada Market Malaysia dalam tempoh 20 hari dari tarikh cap pos pada surat Penasihat Undang-undang (termasuk hujung minggu dan hari cuti; jika hari ke-20 jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, jawapan mesti diterima pada hari bekerja yang berikutnya). Jika jawapan bertulis tidak diterima dalam tempoh 20 hari yang dinyatakan, maka kontrak Pemilik UnFranchise boleh ditamatkan secara automatik.
(3) Selepas menerima jawapan dalam tempoh 20 hari, Lembaga Tindakan Pembetulan akan mengkaji jawapan tersebut dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh jawapan tersebut diterima dan akan menentukan tindakan yang akan dilaksanakan. Dalam keadaan yang luar biasa, CAB boleh melanjutkan tempoh membuat keputusan dengan menghantar notis yang sewajarnya kepada Pemilik UnFranchise. Lembaga Tindakan Pembetulan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua eksekutif kanan Market Malaysia, satu wakil dari Jabatan Perundangan syarikat dan satu wakil dari jabatan Pematuhan syarikat.
(4) Lembaga Tindakan Pembetulan akan memaklumkan Pemilik UnFranchise tentang keputusannya melalui pos udara berdaftar atau melalui perkhidmatan pos semalaman yang memerlukan tandatangan sebagai bukti penghantaran. Keputusan CAB akan berkuatkuasa dengan serta-merta.
(5) Jika Pemilik UnFranchise tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tindakan Pembetulan, beliau boleh mengemukakan rayuan bagi keputusan tersebut kepada Lembaga Penasihat, yang terdiri daripada wakil dari Majlis Penasihat Pemilik UnFranchise. Pemilik UnFranchise boleh membuat rayuan berpandukan satu daripada dua cara yang berikut: (a) dengan memohon perbicaraan rayuan (di pejabat korporat Market America Worldwide, Inc. di Greensboro, N.C atau melalui telefon), atau (b) dengan menghantar dokumentasi bagi rayuan bertulis. Jika Pemilik UnFranchise memohon rayuan bertulis, semua dokumentasi sokongan mesti disertakan bersama surat permohonan rayuan. Nota: Semua dokumen yang dihantar dalam rayuan bertulis mesti disahkan, diperakui atau sebaliknya disahkan dengan sewajarnya.
(6) Semua permohonan rayuan mesti diterima oleh Market Malaysia dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat keputusan CAB (termasuk hujung minggu dan hari cuti; jika hari ke-15 jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, rayuan mesti diterima pada hari bekerja yang berikutnya). Jika Pemilik UnFranchise gagal mengemukakan rayuan dalam tempoh 15 hari, keputusan Lembaga Tindakan Pembetulan akan menjadi muktamad.
(7) Lembaga Penasihat akan mengkaji rayuan tersebut dalam tempoh 30 hari selepas surat permohonan rayuan diterima. Jika Pemilik UnFranchise memohon perbicaraan rayuan, Lembaga Penasihat akan cuba menjadualkan perbicaraan pada masa yang sesuai bagi Pemilik UnFranchise. Walau bagaimanapun, Lembaga Penasihat mempunyai budi bicara untuk menjadualkan perbicaraan pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari. Dalam keadaan yang luar biasa, pihak Lembaga boleh melanjutkan tempoh membuat keputusan dengan menghantar notis yang sewajarnya kepada Pemilik UnFranchise. Sila maklum bahawa jika Pemilik UnFranchise menggunakan hak rayuan mereka, mana-mana sekatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Tindakan Pembetulan akan kekal berkuat kuasa hingga proses rayuan selesai. Oleh itu, Pemilik UnFranchise mesti memenuhi mana-mana sekatan yang ditetapkan oleh Lembaga Tindakan Pembetulan walaupun jika tarikh akhir sekatan ini jatuh sebelum Lembaga Penasihat memberikan notis keputusannya bagi rayuan tersebut.
(8) Lembaga Penasihat akan menjalankan perbicaraan pada tarikh yang dijadualkan dan akan memberikan keputusan akhir dan menghantar notis kepada Pemilik UnFranchise dalam tempoh lima hari dari tarikh perbicaraan.
(C) Penamatan: Jika Pemilik UnFranchise melakukan pelanggaran yang serius terhadap peruntukan Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas atau terhadap dasar, prosedur dan peraturan yang terkandung dalam Manual UnFrachise, pihak syarikat boleh, mengikut budi bicaranya, menamatkan kontrak Pemilik UnFranchise.
(1) Pemilik UnFranchise yang kontraknya telah ditamatkan akan kehilangan semua hak, keistimewaan dan manfaat Pemilik UnFranchise Market Malaysia.
(2) Market Malaysia akan memaklumkan Pemilik UnFranchise tentang penamatan melalui pos udara berdaftar, di alamat terkini yang ditunjukkan dalam rekod syarikat bagi Pemilik UnFranchise tersebut.
(3) Selepas menerima notis penamatan, Pemilik UnFranchise boleh membuat rayuan kepada Lembaga Penasihat, mengikut langkah prosedur yang sama yang dinyatakan di bawah Prosedur Tindakan Pembetulan.
(D) Timbang Tara: Jika Pemilik UnFranchise tidak bersetuju dengan keputusan Lembaga Penasihat, satu-satunya tindakan yang boleh diambil oleh Pemilik UnFranchise adalah untuk memohon timbang tara yang ditadbir oleh Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA), sebagaimana yang diperuntukkan dalam Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas. Pemilik UnFranchise mempunyai tempoh satu tahun dari tarikh keputusan Lembaga Penasihat untuk memfailkan timbang tara. Jika Pemilik UnFranchise gagal memohon rayuan dalam tempoh satu tahun dari tarikh cap pos bagi keputusan Lembaga Penasihat, mereka mengetepikan hak mereka untuk memohon timbang tara dan keputusan Lembaga Penasihat akan menjadi muktamad.
Pihak syarikat tidak pernah melepaskan haknya untuk menegaskan pematuhan terhadap dasar, prosedur dan peraturan yang dinyatakan atau terhadap undang-undang yang berkenaan yang terpakai bagi kegiatan perniagaan.
(A) Kebenaran: Dasar ini adalah benar dalam semua kes, yang dinyatakan secara khusus dan tersirat, melainkan pegawai syarikat yang diberi kuasa untuk mengikat syarikat dalam perjanjian kontraktual menyatakan secara bertulis yang pihak syarikat mengetepikan sesuatu peruntukan. Komunikasi lisan tidak mencukupi untuk membenarkan ketakpatuhan.
(B) Keizinan: Selain itu, jika syarikat, dalam apa jua keadaan membenarkan pengecualian dasar, kebenaran tersebut tidak akan dilanjutkan bagi ketakpatuhan pada masa depan.
(C) Skop: Peruntukan ini membincangkan konsep pengecualian dan pihak tersebut bersetuju bahawa syarikat tidak mengetepikan mana-mana haknya di bawah apa jua keadaan selain daripada kebenaran bertulis yang disebutkan di atas.
Syarikat dengan nyatanya berhak untuk mengubah atau meminda Kos UnFranchise bagi produk, dasar, prosedur, peraturan, ketersediaan produk dan/atau formulasi serta Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan. Selepas menghantar pemberitahuan melalui surat ke alamat terkini yang disenaraikan dalam fail syarikat kepada Pemilik UnFranchise atau pemberitahuan melalui https://my.UnFranchise.com, Majalah Pemilik UnFranchise, e-mel, mel suara atau kaedah lain yang memadai, pemindaan sedemikian akan digabungkan secara automatik sebagai sebahagian daripada Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas antara pihak syarikat dan Pemilik UnFranchise.
Pihak syarikat berhak untuk meluluskan atau membantah perubahan nama perniagaan Pemilik UnFranchise, pembentukan perkongsian, perbadanan, organisasi perniagaan lain dan dana bagi tujuan cukai, perancangan estet dan liabiliti lain. Jika pihak syarikat meluluskan perubahan oleh Pemilik UnFranchise, Pemilik UnFranchise mesti menyediakan senarai nama prinsipal bagi organisasi tersebut serta Nombor ID Malaysia dan tandatangan bagi setiap prinsipal tersebut.
Penamatan akan menyebabkan kehilangan hak komisen daripada Pusat Pembangunan Perniagaan Pemilik UnFranchise.
(A) Tempoh Berkuat Kuasa: Tempoh berkuat kuasa bagi penamatan akan diundurkan ke permulaan minggu iaitu pada minggu syarikat menerima penamatan secara bertulis.
(B) Bayaran Komisen: Bayaran komisen kepada Pemilik UnFranchise yang ditamatkan hanya akan dibuat bagi perniagaan yang diselesaikan semasa minggu penuh terakhir sebelum tarikh penamatan berkuat kuasa.
(C) Perwakilan: Pemilik UnFranchise yang ditamatkan tidak boleh lagi mewakilkan dirinya sebagai Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia.
Kad ID Malaysia: Semua pemohon baru mesti menghantar sesalinan kad pengenalan Malaysia atau kad Pemastautin Tetap mereka dalam tempoh 10 hari kalendar dari tarikh mula permohonan bagi mengelakkan pembatalan Perniagaan UnFranchise dan semua BV/IBV akan dipadamkan (jika berkenaan).
(A) Takrifan Penajaan Merentas Kumpulan: Penajaan merentas kumpuan boleh ditakrifkan sebagai Pemilik UnFranchise merekrut Pemilik UnFranchise lain dari organisasi lain atau rangkaian penajaan lain atau memindahkan Pemilik UnFranchise susunan bawahan dari satu peletakan ke peletakan lain dalam organisasi mereka sendiri, sama ada dalam syarikat, atau dalam syarikat pemasaran rangkaian lain. Penajaan merentas kumpulan berlaku apabila Pemilik UnFranchise menggunakan hubungan beliau dengan Market Malaysia, atau hubungan yang terbina melalui penyertaan dalam Market Malaysia, termasuk akses kepada mesyuarat, individu dan maklumat, untuk mengalihkan atau mengurangkan masa dan usaha Pemilik UnFranchise dari rangkaian penajaan semasa beliau.
(B) Takrifan Jualan Merentas Kumpulan: Jualan merentas kumpulan boleh ditakrifkan sebagai Pemilik UnFranchise meminta jualan dari rangkaian penajaan lain.
(C) Larangan bagi Penajaan dan Jualan Merentas Kumpulan: Penajaan dan jualan merentas kumpulan adalah tidak beretika dan dilarang sekeras-kerasnya. Tanpa larangan bagi penajaan dan jualan merentas kumpulan, rangkaian pengagihan dan penajaan akan terjejas dan Pelan Pemasaran tidak boleh dilaksanakan. Tidak akan ada keselamatan atau kestabilan dalam organisasi jualan dan pemasaran dan tidak akan ada insentif untuk merekrut, melatih dan menguruskan susunan bawahan.
(D) Jenis Penajaan dan Jualan Merentas Kumpulan Utama
(1) Meminta, merekrut atau menaja Pemilik UnFranchise Market Malaysia ke dalam syarikat pemasaran rangkaian yang lain. Aktiviti sedemikian adalah satu pelanggaran yang serius dan menjadi asas bagi tindakan pembetulan, termasuk penamatan kontrak Pemilik UnFranchise.
(2) Menjual produk atau alat bantuan jualan syarikat pemasaran rangkaian lain kepada Pemilik UnFranchise Market Malaysia, selain daripada Pemilik UnFranchise tajaan peribadi sendiri. Pelanggaran sedemikian mesti ditarik balik dan ditebus dan menjadi asas bagi tindakan pembetulan, termasuk penamatan kontrak Pemilik UnFranchise.
(3) Menjual produk Market Malaysia kepada mana-mana Pemilik UnFranchise Market Malaysia, selain daripada Pemilik UnFranchise tajaan peribadi sendiri, tanpa jumlah kredit jualan atau BV yang sewajarnya.
(4) Menaja atau memindahkan Pemilik UnFranchise sedia ada, termasuk usaha mereka, aktiviti merekrut, aktiviti jualan atau volum pengeluaran, ke rangkaian penajaan atau posisi lain dalam genealogi organisasi, tanpa mematuhi dasar dan prosedur bagi pemindahan penajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Manual UnFranchise. Ini termasuk cubaan untuk mengalihkan volum, usaha, pengeluaran atau aktiviti Pemilik UnFranchise di bawah MPCP kepada individu atau lokasi lain dalam genealogi organisasi, dengan itu menafikan volum kredit sepatutnya bagi sesiapa yang menjadi susunan atasan dalam rangkaian penajaan asal, dengan menggunakan apa-apa peranti, mekanisme, perjanjian atau aturan. Jika pihak syarikat mendapati penajaan merentas kumpulan sedemikian berlaku dalam syarikat, syarikat mempunyai budi bicara untuk menyusun semula organisasi jualan dan genealogi yang terlibat bagi melindungi integriti Pelan Pemasaran. Budi bicara sedemikian termasuk memindahkan Pemilik UnFranchise individu, memindahkan kumpulan Pemilik UnFranchise atau Pemilik UnFranchise tajaan peribadi dan memindahkan atau menyelaraskan volum jualan kepada lokasi genealogi yang bersesuaian dalam rangkaian penajaan yang sah. Pihak syarikat juga boleh menyelaraskan komisen dan/atau Volum Perniagaan Kumpulan dengan menolak volum daripada susunan atasan atau penajaan yang salah dan menambah kepada susunan atasan atau penajaan yang betul. Pihak syarikat boleh mengambil tindakan pembetulan tambahan, termasuk kemungkinan penamatan kontrak Pemilik UnFranchise.
(E) Percubaan untuk Memintas: Penggunaan apa-apa peranti, mekanisme atau aturan seperti nama dagangan; DBA; nama samaran; nombor pendaftaran perniagaan “alter ego”; Nombor ID Malaysia yang palsu; Pusat Pembangunan Perniagaan rekaan, perjanjian atau kontrak; atau pasangan, orang terdekat atau ahli keluarga untuk memintas peraturan ini adalah dilarang sekeras-kerasnnya dan akan menjadi asas bagi tindakan pembetulan, termasuk penamatan.
(F) Tanggungjawab Penguatkuasaan: Semua Penyelaras dan Tahap UnFranchise yang lebih tinggi dalam rangkaian penajaan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan ini dengan melaporkan mana-mana bukti aktiviti sedemikian kepada Jabatan Pematuhan syarikat atau dengan memfailkan kilanan.
Pemilik UnFranchise yang mempunyai kilanan atau aduan berkenaan amalan perniagaan atau kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan Market Malaysia mereka perlu melaporkannya kepada kepimpinan susunan atasan mereka terlebih dahulu, yang akan mengkaji perkara tersebut dan cuba untuk menyelesaikannya di lapangan. Jika perkara tersebut tidak boleh diselesaikan di lapangan, perkara tersebut boleh dilaporkan secara bertulis kepada marketamerica@marketamerica.com. Pihak syarikat akan mengkaji fakta dan akan cuba menyelesaikan perkara tersebut. Jika perkara tersebut tidak diselesaikan dengan memuaskan, perkara tersebut boleh dirujuk kepada Lembaga Penyelesaian Pertikaian (DRB) untuk kajian akhir dan penentuan. Pemilik UnFranchise bersetuju untuk menghantar apa-apa aduan, kilanan atau tuntutan terhadap Pemilik UnFranchise atau syarikat kepada syarikat dan/atau Lembaga Penyelesaian Pertikaian untuk diselesaikan sebelum menghubungi mana-mana agensi peraturan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang.
(A) Proses DRB: Lembaga Penyelesaian Pertikaian (DRB) ialah proses rayuan terakhir berkenaan keputusan syarikat berkenaan dasar, prosedur dan peraturan. DRB hanya mengkaji fakta dan menguatkuasakan dasar dan prosedur syarikat. DRB tidak menetapkan dasar, mengubah dasar atau membuat pengecualian terhadap peraturan. DRB berfungsi untuk mentafsirkan dasar, prosedur dan peraturan iaitu tiada duluan yang wujud atau keadaan peringanan yang unik ditemui.
(1) Rayuan rasmi kepada DRB menghendaki Borang Serahan DRB (boleh didapati di https://my.UnFranchise.com), satu kenyataan (afidavit) bersumpah oleh Suruhanjaya Sumpah, semua dokumentasi, bukti dan yuran pemfailan sebanyak RM202 bagi proses kajian (yuran ini tidak akan dikembalikan, tanpa mengambil kira keputusan akhir DRB).
(2) DRB mengkaji semua rayuan dalam masa yang sepatutnya.
(3) Takat bagi tuntutan komisen dan pelarasan tidak akan berkuat kuasa dengan syarat proses DRB telah dimulakan dalam tempoh 45 hari selepas minggu komisen yang berkenaan.
(4) Jika Pemilik UnFranchise tidak bersetuju dengan keputusan DRB, satu-satunya tindakan yang boleh diambil oleh Pemilik UnFranchise adalah memohon timbang tara dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat keputusan DRB. Timbang tara ini akan ditadbir oleh KLRCA sebagaimana yang diperuntukkan dalam Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas.
Kit permulaan menyediakan keratan rentas bagi maklumat produk dan risalah yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Pihak syarikat berhak menggantikannya dengan item yang mempunyai Volum Perniagaan, nilai atau kos yang sama atau lebih besar pada bila-bila masa tanpa notis. Pemilik UnFranchise tidak boleh mengharapkan item yang sama dalam setiap kit.
Syarikat tidak dapat menjamin ketepatan mutlak bagi maklumat dalam Sistem Pengurusan UnFranchise (UFMS) sehingga penutupan minggu komisen yang berlaku dua minggu selepas minggu sebenar berakhir, disebabkan oleh pengemaskinian, pelarasan, penyesuaian yang berterusan.
(A) Faktor Pelarasan: Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi jumlah nombor yang ditunjukkan dalam UFMS, seperti peletakan yang salah, ralat pemprosesan data yang ditemui semasa penyesuaian, permohonan bayaran balik, jumlah pemadaman, jumlah penyingkiran dan sebagainya.
(1) Angka ini belum muktamad sehingga diumumkan dan penyesuaian dilakukan pada hari Jumaat, dua minggu selepas minggu berakhirnya kitaran komisen.
(2) Komisen hanya akan dibayar bagi jumlah penyesuaian sebenar.
(B) Pembatasan: Maklumat yang diberikan oleh UFMS akan digunakan sebagai alat pengurusan, bagi membekalkan Pemilik UnFranchise dengan anggaran GBV Pusat Pembangunan Perniagaan.
Jika sekumpulan Pemilik UnFranchise dalam rangkaian penajaan yang sama meninggalkan (ditamatkan) perniagaan Pemilik UnFranchise Market Malaysia dalam tempoh 90 hari antara satu sama lain, mustahil bagi syarikat untuk menarik balik komisen yang tidak terperoleh dengan memadamkan BV. Biasanya wujud motif persaingan apabila perkara seperti ini berlaku. Selalunya Pemilik UnFranchise yang memperoleh komisen dalam GBV susunan bawahan meninggalkan perniagaan pada masa yang sama Pemilik UnFranchise susunan bawahan mereka yang memohon bayaran balik meninggalkan perniagaan. Bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk menamatkan Pemilik UnFranchise susunan atasan bagi menggalakkan atau mengarahkan Pemilik UnFranchise susunan bawahan untuk meninggalkan perniagaan atau memohon bayaran balik secara beramai-ramai. Tanpa mengambil kira sebabnya, pihak syarikat mesti menarik balik komisen yang tidak terperoleh bagi menyediakan agihan bayaran balik yang saksama kepada kumpulan Pemilik UnFranchise yang meninggalkan perniagaan. Terdapat kewajipan kontraktual, tanggungjawab dan liabiliti tertentu bersama dengan hak di bawah Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas untuk memperoleh komisen, GBV terakru dan menaja individu lain sebagai Pemilik UnFranchise.
(A) Peraturan Tujuh Puluh Peratus: Setiap Penyelaras Eksekutif mempunyai kewajipan kontraktual untuk memastikan yang 70 peratus daripada semua produk yang dibeli, dijual kepada konsumer akhir.
(B) Pelanggaran Kontrak: Jika kumpulan Pemilik UnFranchise dalam rangkaian penajaan yang sama meninggalkan perniagaan dan jumlah permohonan bayaran balik dalam dolar melebih 30 peratus daripada pesanan produk, jualan, jumlah atau deposit, terdapat pelanggaran kontrak yang jelas oleh Pemilik UnFranchise yang menerima komisen. Atau, terdapat manipulasi Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan yang jelas dan/atau gambaran yang salah di pihak peserta yang memohon bayaran balik sebagai satu kumpulan.
(C) Tanggungjawab Penyelaras Eksekutif: Tanpa mengambil kira masalah penghantaran, pesanan tertangguh atau pertikaian, Penyelaras Eksekutif (yang masih menjalankan perniagaan) yang telah menerima komisen, mesti ditarik balik komisennya.
(D) Jaminan Belian Semula: Market Malaysia mempercepatkan bayaran komisen kepada peserta bagi pembelian borong yang bertujuan untuk dijual semula atau digunakan atas dasar terdapat peruntukan perlindungan dalam bentuk jaminan belian semula, dasar bayaran balik, keperluan runcit dan keperluan prestasi yang perlu dipatuhi oleh peserta.
(E) Asas bagi Komisen: Pihak Syarikat membayar komisen atas dasar kewajipan kontraktual Pemilik UnFranchise dan Penyelaras Eksekutif untuk mematuhi dasar, prosedur dan peraturan Market Malaysia. Peruntukan ini telah dinyatakan berulang kali dan jelas dalam semua risalah dan komunikasi Market Malaysia.
(1) Undang-undang perlindungan konsumer terpakai ke atas Pemilik UnFranchise dan juga Market Malaysia.
(2) Pihak syarikat telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pematuhan dengan undang-undang; oleh itu, apabila terdapat permohonan bayaran balik kumpulan, pihak syarikat perlu melaksanakan peruntukan kontraktual, yang telah dimasukkan oleh semua pihak bagi melindungi daripada menerima komisen bagi produk yang tidak dihantar kepada konsumer akhir.
(F) Proses Bayaran Balik/Pemulangan: Pihak syarikat berhak mengendalikan bayaran balik atau pemulangan produk bagi kumpulan Pemilik UnFranchise yang meninggalkan perniagaan dalam tempoh 180 hari yang sama atau secara beramai-ramai antara satu sama lain dengan cara yang berikut:
(1) Pihak syarikat akan menangguhkan semua pemulangan dan bayaran balik selama 60 hari sehingga semua pelarasan dibuat.
(2) Pihak syarikat boleh mengenal pasti individu yang terlibat dan menarik balik semua komisen yang tidak terperoleh dengan memadamkan BV dan Proses Pembalikan Komisen.
(3) Pihak syarikat boleh menguatkuasakan Peraturan 70 Peratus ke atas Penyelaras Eksekutif yang melanggar dasar, prosedur dan peraturan.
(4) Pihak syarikat boleh menguatkuasakan wang pelepasan jadual bayaran pada pihak yang sewajarnya dalam bayaran sehingga semua komisen yang tidak terperoleh ditarik balik. Jika Penyelaras Eksekutif telah menerima komisen dan beliau bertanggungjawab secara kontraktual bagi pematuhan dalam organisasi beliau, maka beliau wajib membayar balik komisen yang tidak terperoleh kepada kumpulan susunan bawahan beliau.
(5) Pihak syarikat boleh mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu yang menolak untuk memulangkan atau membayar balik komisen yang tidak terperoleh, atau individu yang menolak untuk membeli semula produk.
(6) Jika pihak syarikat tidak dapat mengumpulkan komisen yang tidak terperoleh daripada Penyelaras Eksekutif yang terlibat dan jika kedua-dua Pemilik UnFranchise dan Penyelaras Eksekutif yang ditamatkan gagal mematuhi keperluan di bawah Pelan pemasaran serta dasar dan prosedurnya, pihak syarikat akan membayar balik bahagian yang terhutang dan akan memberikan hak pengumpulan komisen yang tidak terperoleh oleh Penyelaras Eksekutif kepada peserta yang meminta bayaran balik. Pihak syarikat boleh, mengikut budi bicaranya, menyediakan bantuan perundangan kepada pihak yang menerima tugasan untuk mengumpul daripada Penyelaras Eksekutif.
Tuntutan yang dihantar lebih daripada 45 hari dari minggu akhir komisen tidak akan diterima. Tarikh akhir bagi tuntutan komisen bagi pelarasan ialah 45 hari selepas hari Jumaat berakhirnya minggu komisen. Pihak syarikat tidak akan melaraskan komisen yang terkebelakang lebih daripada 45 hari. Tempoh 45 hari menyediakan tiga hingga empat minggu dari waktu bayaran komisen dibayar untuk menghubungi atau memaklumkan syarikat dan membuat tuntutan. Jika Pemilik UnFranchise percaya beliau sepatutnya menerima bayaran komisen tetapi beliau tidak menerimanya, beliau mesti memaklumkan pihak syarikat sebelum tamat tempoh 45 hari. Tiada pengecualian yang akan dibuat.