Bab Sepuluh: Permohonan, Pembaharuan dan Status Pemilik UnFranchise

 

SEK. 1     PERMOHONAN DAN PERJANJIAN PEMILIK UNFRANCHISE™ BEBAS

Pelan Pemasaran dan Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan, sebagaimana yang dibentangkan dalam Bahagian II Manual UnFranchise, dan Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas membentuk keseluruhan perjanjian antara Market Malaysia dan Pemilik UnFranchise berkenaan dengan hubungan perniagaan mereka (termasuk pindaan dari semasa ke semasa, sebagaimana yang diterbitkan dalam Akaun Bisnes UnFranchise anda atau dalam risalah rasmi syarikat).


SEK. 2     PENERIMAAN

Semua Pemilik UnFranchise mesti melengkapkan Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas bagi membolehkan mereka diterima sebagai Pemilik UnFranchise oleh Market Malaysia. Market Malaysia berhak untuk menerima atau menolak: sesiapa sahaja sebagai Pemilik UnFranchise, permohonan bagi Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) baru atau permohonan untuk pembaharuan langganan tahunan. NOTA: Pemilik UnFranchise mestilah meletakkan tandatangan hidup mereka di IUA&A untuk mengesahkan penerimaan terma yang tertera sebelum memuatnaik salinan yang telah ditandatangani bersama Kad Pengenalan Kebangsaan (NRIC) mereka secara elektronik .  Sekiranya Pemilik UnFranchise mendaftar dengan bantuan penaja melalui proses pendaftaran UnFranchise dalam talian, mereka masih perlu menghantar sesalinan IUA&A yang telah ditandatangani secara elektronik untuk melengkapkan proses permohonan. Permohonan faks tidak akan diterima.

Semua pemohon baru mesti menghantar sesalinan kad pengenalan Malaysia atau kad Pemastautin Tetap sementara semua pemohon entiti korporat/bisnes baharu mestilah menghantar Borang Super (untuk Syarikat Sendirian Berhad) / Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Borang Lesen Perniagaan (untuk Milikan Tunggal/Perkongsian) / Notis Pendaftaran LLP (untuk Perkongsian Liabiliti Terhad) dan/atau sebarang dokumen berkaitan yang diperlukan Market Malaysia dalam tempoh 10 hari kalendar dari tarikh mula permohonan mereka bagi mengelakkan Bisnes UnFranchise tersebut dibatalkan.

Tempoh bertenang selama 10 hari untuk menamatkan Perjanjian dengan Market Malaysia akan diberi kepada Pemilik UnFranchise baru mulai dari tarikh pengrekrutan dan semasa pembatalan tersebut dilakukan, dia akan dikembalikan semua pembayaran yang dibayar kepada Market Malaysia ketika menyertai sebagai Pemilik UnFranchise. (Termasuk produk-produk dalam Kit Permulaan Pantas). 


SEK. 3     PENGENALAN YANG SAH

Semua Pemilik UnFranchise Malaysia perlu mempunyai ID Malaysia, kad Pemastautin Tetap, atau Nombor Syarikat Malaysia (bagi syarikat) atau Nombor Pendaftaran Perniagaan Malaysia (bagi hak milik tunggal dan perkongsian).


SEK. 4     UMUR DEWASA

Semua Pemilik UnFranchise hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menjual dan mengedarkan produk Market Malaysia.


SEK. 5    PEMBELIAN TIDAK DIPERLUKAN

Individu tidak perlu membeli produk, perkhidmatan atau bantuan jualan, atau membayar apa-apa yuran untuk menjadi Wakil Jualan Market Malaysia.

(A)    Hak: Wakil Jualan boleh membeli produk Market Malaysia pada Kos UnFranchise bagi jualan runcit dan/atau kegunaan peribadi.

(B)    Kelayakan MPCP: Wakil Jualan TIDAK boleh menyertai Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan sehingga mereka berubah ke status Pemilik UnFranchise (iaitu, menghantar yuran penyertaan dan yuran langganan bersama Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas baru dan menghantar yuran langganan pada setiap tahun selepas itu).

(C)    Pembatasan: Volum Perniagaan yang dijana oleh Wakil Jualan akan dikira dalam Volum Perniagaan Kumpulan bagi Pemilik UnFranchise susunan atasan yang layak. Walau bagaimanapun, Wakil Jualan tidak akan diambil kira bagi mengaktifkan BDC penaja mereka. Memandangkan mereka tidak menghantar yuran penyertaan dan yuran langganan, Wakil Jualan tidak akan menerima manfaat yang terhasil daripada pembelian langganan.


SEK. 6      KIT LANGGANAN

Status Pemilik UnFranchise diberi kepada pemohon selepas Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dilengkapkan, yuran penyertaan dan yuran langganan tahun pertama dihantar bersama dengan permohonan dan permohonan diterima oleh Market Malaysia. Kit langganan disediakan pada kos yang ditanggung oleh Market Malaysia dan wang lebihan digunakan untuk proses pengeposan pada sepanjang tahun. Market Malaysia berhak mengubah kit langganan. Walau bagaimanapun, yuran langganan akan, sekurang-kurangnya, menyediakan:

•    Manual UnFranchise Market Malaysia yang mengandungi maklumat dan dasar pembangunan
     perniagaan, prosedur dan peraturan
•    Entri bagi senarai mel langsung bagi semua pengumuman dan pengemaskinian
•    Sistem Pengurusan dan Peralatan Market Malaysia
•    Langganan kepada Majalah Korporat Komunikasi Market Malaysia


SEK. 7      LANGGANAN TAHUNAN

Semua Pemilik UnFranchise Market Malaysia (Termasuk Wakil Jualan) perlu menghantar Borang Langganan Tahunan, yang diisi dengan lengkap ATAU membaharui dengan Program Langganan Automatik pada hari bekerja terakhir Bulan Permulaan mereka pada setiap tahun. Setiap Pemilik UnFranchise mesti membayar sendiri yuran Langganan Tahunannya melalui kaedah bayaran yang boleh diterima. Tiada individu lain, Pemilik UnFranchise semasa atau sebaliknya, yang boleh membayar yuran Langganan Tahunan anda.


SEK. 8      LANGGANAN GLOBAL

Semua Pemilik UnFranchise Global Market Malaysia terkini yang berdaftar sebagai Pemilik UnFranchise Global perlu menghantar borang Langganan Global ATAU membaharui dengan Program Langganan Automatik dalam bulan perluasan global mereka pada setiap tahun. Untuk mendapatkan borang Langganan Tahunan bagi laman web Negara Global anda, log masuk ke akaun Perniagaan UnFranchise negara tersebut, cetak borang Langganan Tahunan khusus bagi negara yang mereka mahu perbaharui secara Global. Pemilik UnFranchise Global boleh membuat Langganan Automatik dalam Akaun Perniagaan UnFranchise negara tersebut bagi negara yang mereka mahu perbaharui secara global. Semua Langganan Global mesti dibayar dengan menggunakan kad kredit UFMS berikutan kadar pertukaran mata wang. Sila hubungi Penaja Susunan Atasan anda atau Perkhidmatan UnFranchise sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan.

NOTA: Anda mestilah seorang UFO yang aktif untuk diperbaharui sebagai Pemilik UnFranchise Global. Status Wakil Jualan tidak tersedia bagi pendaftaran atau langganan Global. 


SEK. 9      PERWAKILAN STATUS

Pemilik UnFranchise hendaklah sentiasa menggunakan perkataan bebas bagi menerangkan status mereka. Ini bermaksud, contohnya, “Pemilik UnFranchise Bebas.” Jika Pemilik UnFranchise mempunyai telefon untuk perniagaan, telefon tersebut tidak boleh disenaraikan di bawah nama Market Malaysia, atau dalam apa-apa cara lain yang tidak mendedahkan status kontraktor bebas Pemilik UnFranchise.


SEK. 10    HUBUNGAN PEMILIK UNFRANCHISE BEBAS/MARKET MALAYSIA

Pemilik UnFranchise adalah kontraktor pemasaran bebas, yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas amalan perniagaan mereka sendiri dan tidak dianggap sebagai pembeli francais.

(A)    Hubungan: Perjanjian antara pihak syarikat dan Pemilik UnFranchisenya tidak mewujudkan hubungan majikan/pekerja, agensi, perkongsian atau usaha sama antara pihak syarikat dan Pemilik UnFranchise.

(B)    Kuasa: Pemilik UnFranchise tidak mempunyai kuasa (nyata atau tersirat) untuk mengikat pihak syarikat dengan apa-apa kewajipan dengan pihak ketiga. Setiap Pemilik UnFranchise akan menanggung rugi dan tidak akan membahayakan pihak syarikat daripada apa-apa tuntutan, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada amalan perniagaan Pemilik UnFranchise.

(C)    Penyeliaan/Arahan: Setiap Pemilik UnFranchise digalakkan untuk menetapkan waktunya sendiri dan menentukan kaedah jualannya sendiri, selagi beliau mematuhi dasar, prosedur, peraturan yang ditetapkan dalam Manual UnFranchise Market Malaysia dan pindaannya.


SEK. 11    BAYARAN CUKAI

Semua Pemilik UnFranchise bertanggungjawab ke atas cukai, termasuk cukai ke atas keuntungan yang dijana sebagai Pemilik UnFranchise Bebas bagi syarikat.

(A)    Rekod Am Perniagaan: Rekod lengkap dan tepat yang mengandungi semua transaksi perniagaan dan aktiviti promosi adalah tanggungjawab Pemilik UnFranchise Bebas sepenuhnya.

(B)    Rekod Jualan Runcit: Pemilik UnFranchise mesti mengekalkan rekod jualan runcit, menyerahkan minimum RM800 dalam resit jualan bagi setiap tempoh tiga Q-Date atau tiga Tarikh Permulaan, dan mampu memyediakan semua resit yang diminta oleh pihak syarikat untuk layak menerima komisen.


SEK. 12    PILIHAN PEMILIK UNFRANCHISE UNTUK PEMBATALAN

Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas boleh dibatalkan oleh Pemilik UnFranchise pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab. Pemilik UnFranchise mesti memaklumkan kepada pihak syarikat secara bertulis tentang pilihan mereka untuk pembatalan. Surat bertulis ini mesti mengandungi tandatangan Pemilik UnFranchise yang membuat pembatalan. Jika Pemilik UnFranchise membatalkan Perniagaan UnFranchise beliau atau Perniagaan UnFranchise ditamatkan atas apa-apa sebab, maka beliau tidak boleh menghantar permohonan lain kepada Market Malaysia sehingga selepas 270 hari dari tarikh akhir ketidakaktifan (tarikh penyingkiran akhir) (lihat Peraturan 270 Hari). Ini termasuk menghantar permohonan di bawah nama yang berbeza, nama korporat, nama pasangan, atau dalam apa-apa cara lain yang akan mengakibatkan Pemilik UnFranchise mempunyai lebih daripada satu Perniagaan UnFranchise pada bila-bila masa. Satu-satunya pengecualian bagi peraturan 270 hari adalah Perniagaan UnFranchise entiti perniagaan yang telah dibatalkan oleh Market Malaysia disebabkan oleh ketakpatuhan pada dasar dokumentasi entiti perniagaan (lihat Perniagaan UnFranchise Entiti Perniagaan).