Bab Tiga Belas: Pelbagai Hak dan Kewajipan Pemilik UnFranchise

 

SEK. 1    PERMOHONAN LAPORAN GENEALOGI

Laporan genealogi berkomputer akan dipos atas permintaan. Terdapat caj (Rujuk kod “GEN” dalam senarai harga terkini) bagi setiap laporan, dan bayaran mesti diterima sebelum pengeposan. Pemilik UnFranchise™ bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat sedemikian secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak ketiga. Pemilik UnFranchise dan pihak syarikat bersetuju bahawa, pihak syarikat tidak akan memberikan (atau menyediakan kepada ahli Sistem Pengurusan UnFranchise) maklumat sulit, melainkan bagi kerahsiaan dan ketakdedahan perjanjian ini.


SEK. 2    LIABILITI PEMILIK UNFRANCHISE BAGI PELANGGARAN KERAHSIAAN OLEH EJEN

Pemilik UnFranchise mungkin diberi akses kepada maklumat sulit tertentu tentang Market Malaysia dan Pemilik UnFranchise Market Malaysia, Pelanggan Keutamaan dan pihak lain yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Market Malaysia (Maklumat Sulit). Pemilik UnFranchise mesti melindungi dan merahsiakan Maklumat Sulit ini. 

Pemilik UnFranchise boleh memilih untuk mengupah satu atau lebih pekerja, ejen, perunding dan/atau kontraktor bagi membantu mereka dalam mengendalikan perniagaan Market Malaysia mereka. Pemilik UnFranchise akan bertanggungjawab sepenuhnya dan dipertanggungjawabkan oleh Market Malaysia (atau kepada seorang Pelanggan Keutamaan atau Pemilik UnFranchise Bebas) bagi apa-apa pelanggaran atau penyalahgunaan Maklumat Sulit oleh Pemilik UnFranchise atau Ejennya. Oleh itu, Market Malaysia amat menggalakkan mana-mana Pemilik UnFranchise yang mempunyai Ejen untuk memastikan Ejen tersebut menandatangani dan mengikat Perjanjian Kerahsiaan sebelum mendedahkan Maklumat Rahsia kepada Ejen terbabit. 

Pemilik UnFranchise akan menanggung rugi dan tidak akan mendatangkan bahaya kepada Market Malaysia, pemilik, pemegang saham, pegawai, ejen, wakil dan pekerjanya daripada dan terhadap apa-apa dan semua liabiliti yang timbul daripada mana-mana pelanggaran kerahsiaan yang dibuat oleh Pemilik UnFranchise Bebas, atau mana-mana Ejen Pemilik UnFranchise Bebas.


SEK. 3    JAMINAN TANGGUNG RUGI MARKET MALAYSIA

Setiap Pemilik UnFranchise bersetuju untuk menanggung rugi dan tidak mendatangkan bahaya kepada Market Malaysia, pegawai, ejen dan pengarahnya terhadap apa-apa tuntutan, permintaan, liabiliti, kerugian, kos atau perbelanjaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran perundangan yang timbul atau didakwa telah timbul berkaitan perniagaan Pemilik UnFranchise Bebas tersebut.


SEK. 4    MAKLUMAT VENDOR/PENGILANG

Pemilik UnFranchise mungkin tidak berkomunikasi (termasuk panggilan telefon, e-mel, dan sebagainya) secara langsung dengan pengilang, pembekal atau vendor Market Malaysia tanpa keizinan bertulis daripada Market Malaysia (satu-satunya pengecualian yang boleh diterima adalah hubungan yang diadakan di acara korporat yang ditaja).

(A)    Hubungan/Komunikasi Vendor: Pemilik UnFranchise tidak boleh, dalam apa jua keadaan, mengaturkan bagi pengilang, pembekal atau vendor Market Malaysia menghadiri atau memberi ucapan dalam mesyuarat atau mengendalikan latihan produk.

        (1)    Market Malaysia akan membuat semua persediaan, dan hanya Market Malaysia yang boleh membuat janji temu sedemikian secara berkala (iaitu latihan).

        (2)    Pelanggaran dasar ini menjadi asas kepada penamatan serta-merta. 

(B)    Maklumat Produk: Maklumat tambahan produk, jika perlu, hanya boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Maklumat Produk Market Malaysia.

(C)    Larangan Manfaat: Pemilik UnFranchise tidak dibenarkan untuk menerima komisen, produk percuma atau berdiskaun, bonus atau apa-apa manfaat lain daripada mana-mana vendor, pengilang atau pembekal semasa atau prospektif kepada Market Malaysia, bagi menyediakan kontrak antara Market Malaysia dan vendor, pengilang atau pembekal tersebut.


SEK. 5    MEMINTA DERMA DAN SUMBANGAN

Perhubungan yang dibuat melalui Market Malaysia perlu digunakan secara eksklusif untuk tujuan Market Malaysia. Perhubungan ini adalah maklumat proprietari milik syarikat, yang dipersetujui oleh Pemilik UnFranchise pada masa mereka menandatangani Permohonan dan Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas.

Pemilik UnFranchise bersetuju untuk tidak memujuk Pemilik UnFranchise dan/atau pelanggan Market Malaysia yang lain, kecuali Pemilik UnFranchise tajaan peribadi dan individu yang mereka kenali bukan daripada mana-mana kenalan Market Malaysia, bagi apa-apa tujuan selain daripada aktiviti perniagaan Market Malaysia. Dasar ini termasuk pujukan untuk aktiviti perniagaan lain, tanpa mengambil kira sama ada aktiviti sedemikian adalah pemasaran rangkaian atau jenis perniagaan, kempen politik dan aktiviti serta acara amal yang lain. Pemilik UnFranchise tidak boleh mengambil kesempatan ke atas rangkaian Market Malaysia mereka untuk mendapatkan derma bagi acara amal. Pemilik UnFranchise tidak boleh menghantar apa-apa jenis surat-menyurat, termasuk tetapi tidak terhad kepada surat, mel suara atau bahan bercetak, melainkan kepada Pemilik UnFranchise tajaan peribadi, untuk meminta derma. Pujukan di acara GMTSS sebagai penceramah, penyelaras atau peserta adalah dilarang.

Dari semasa ke semasa, pihak syarikat mungkin akan menaja atau mempromosikan aktiviti amal dalam kalangan Pemilik UnFranchise. Aktiviti ini dikecualikan daripada dasar ini. Pemilik UnFranchise boleh bertanya secara langsung tentang apa-apa pujukan yang dibenarkan kepada Market Malaysia, untuk perhatian Timbalan Presiden Operasi.


SEK. 6    DASAR PRIVASI PEMILIK UNFRANCHISE BEBAS MARKET MALAYSIA

Kami menghargai kepercayaan yang anda berikan kepada Market Malaysia, dan kami komited dalam menghormati privasi dan keselamatan maklumat peribadi anda. Dasar privasi kami menerangkan maklumat yang kami kumpulkan dan cara kami menggunakannya. 

(A)    Maklumat yang Kami Kumpul: Bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda, kami akan, dari semasa ke semasa, mengumpul maklumat tertentu daripada anda. Maklumat yang kami kumpul mungkin termasuk, tanpa had, nama anda, Nombor Pengenalan Malaysia/Nombor Pengenalan Asing, Nombor Pendaftaran Perniagaan, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, maklumat korporat, testimonial, maklumat kad kredit dan tarikh lahir. Maklumat peribadi akan dikumpul pada masa yang berbeza termasuk, tanpa had, apabila anda: 

       •    Menghantar Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas 
       •    Mendaftarkan Pelanggan Keutamaan
       •    Memohon untuk mengubah nama atau pemilikan Perniagaan UnFranchise anda
       •    Memohon untuk menjadi Perniagaan UnFranchise Entiti Perniagaan
       •    Memesan atau memesan semula produk melalui telefon atau di laman web kami 
       •    Menulis e-mel atau surat kepada Market Malaysia
       •    Menghantar testimonial atau kisah kejayaan peribadi kepada Market Malaysia
       •    Memesan tiket ke acara atau seminar
       •    Memulangkan item atau membuat penukaran 
       •    Menyertai kaji selidik pasaran, promosi atau acara 
       •    Menghadiri acara atau seminar
       •    Menghubungi jabatan perkhidmatan pelanggan kami
       •    Melayari laman web 

(B)    Menggunakan Maklumat yang Kami Kumpul: Kami mahu menyediakan pengalaman internet yang sebaik mungkin untuk anda dan memenuhi pesanan anda sama seperti yang anda minta. Selain itu, kami mahu menjadikan pengalaman anda sebagai Pemilik UnFranchise Bebas atau Wakil Jualan satu pengalaman yang menyeronokkan dan berjaya. Bagi mencapai matlamat ini, kami akan mengumpulkan maklumat yang membolehkan kami untuk, tanpa had:

•    Memproses pesanan anda 
•    Menyediakan produk dan perkhidmatan yang anda minta 
•    Menghantar tawaran promosi kepada anda 
•    Mengenal pasti pilihan produk dan perkhidmatan yang digemari oleh anda dan pelanggan anda
•    Menyesuaikan komunikasi kami dengan anda 
•    Menyediakan maklumat mengenai produk yang anda telah beli untuk kegunaan peribadi atau
     jualan
•    Menambah baik pilihan produk dan perkhidmatan pelanggan kami 
•    Berkongsi testimonial positif anda tentang produk dan kisah kejayaan peribadi anda dengan orang
     lain 
•    Mewujudkan hubungan antara Pemilik UnFranchise (atau Wakil Jualan) dengan anda 
•    Mengesan dan mengkreditkan BV dan IBV
•    Memantau pematuhan anda dengan peraturan dan dasar Market Malaysia
•    Memasukkan nama, kisah, testimonial, imej dan maklumat pendapatan komisen anda dalam penerbitan dan risalah Market Malaysia, dalam akhbar, majalah atau media lain, di acara Market Malaysia, dalam CD dan DVD Market Malaysia, dalam mana-mana medium komunikasi Market Malaysia atau lain-lain, atau sebagaimana yang sebaliknya disifatkan sebagai berguna atau sewajarnya oleh Market Malaysia.

(C)    Maklumat yang Kami Kongsikan dengan Pihak Lain dan Hak Privasi Anda:

       (1)    Market Malaysia tidak menjual, menyewakan atau memperdagangkan maklumat peribadi. Bagi menyediakan perkhidmatan kepada Pemilik UnFranchise, Wakil Jualan dan Pelanggan Keutamaan kami, kami berkongsi maklumat peribadi yang terhad dengan Pemilik UnFranchise dan syarikat sekutu kami. Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia wajib memperlakukan maklumat yang anda berikan dengan sulit. 

       (2)    Kami mempunyai kontrak dengan syarikat lain untuk menyediakan perkhidmatan tertentu, termasuk tanpa had pemprosesan kad kredit, perundingan IT, percetakan, penghantaran, perkhidmatan internet, e-dagang, perhubungan awam dan media. Kami berusaha sedaya-upaya untuk menyediakan kepada syarikat ini dengan maklumat yang hanya mereka perlukan bagi menjalankan perkhidmatan mereka. Amnya, syarikat sedemikian dilarang berkongsi maklumat ini dengan sesiapa sahaja selain daripada Market Malaysia.

       (3)    Dalam keadaan tertentu, kami akan mendedahkan maklumat khusus atas permintaan kerajaan, atas perintah mahkamah, atau apabila dikehendaki oleh undang-undang untuk berbuat demikian. Kami juga akan berkongsi maklumat dengan syarikat yang membantu dalam perlindungan atau siasatan penipuan. Kami tidak menyediakan maklumat kepada agensi atau syarikat ini bagi tujuan pemasaran atau komersial.

(D)    Kuki: Market Malaysia menggunakan kuki di laman web kami. Kuki adalah fail data kecil yang disimpan oleh pelayar web anda dalam komputer anda. Kuki membolehkan kami mempertingkatkan, menyesuaikan dan mengesan pengalaman dalam talian anda, agar maklumat yang anda terima lebih relevan kepada anda. Teknologi ini akan membolehkan anda bergerak dengan lebih pantas di laman web kami selepas maklumat tersebut tersimpan di dalam pangkalan data kami memandangkan anda tidak perlu memasukkan semula maklumat yang sama atau mendaftar masuk setiap kali anda memasuki laman tersebut.

(E)    Komunikasi menerusi e-mel dan telefon: Apabila anda memberikan alamat e-mel dan nombor telefon anda kepada kami, kami akan membuat panggilan telefon atau menghantar e-mel yang perlu kepada anda untuk memproseskan pesanan anda; mengurus penghantaran; menjawab permintaan; menyediakan perkhidmatan pelanggan; mempromosikan produk atau perkhidmatan; membantu anda mengembangkan perniagaan anda; memaklumkan anda tentang produk, perkhidmatan atau bahan promosi; dan membantu anda mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan anda. Adalah menjadi hasrat kami untuk menghantar e-mel promosi hanya kepada individu yang mahu menerimanya. Kami memberikan arahan tentang cara untuk berhenti melanggan dalam e-mel kami. 

(F)    Pautan ke Laman web Lain: Kami menyediakan pautan ke laman web lain di laman web kami. Laman-laman ini beroperasi secara berasingan daripada Market Malaysia dan telah mewujudkan dasar privasi dan keselamatan mereka sendiri. Kami menggalakkan anda untuk mengkaji dasar ini di mana-mana laman web yang anda lawati.

(G)    Pengemaskinian atau Menyemak Semula Maklumat: Anda boleh menyemak semula atau mengemaskinikan maklumat Pemilik UnFranchise anda (nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, nombor kad kredit dan sebagainya) di laman web ini (https://my.UnFranchise.com) di bawah Akaun Saya > Tetapan Akaun > Profil Pemilik UnFranchise. 

(H)    Keselamatan:

       (1)    Market Malaysia komited dalam melindungi privasi maklumat peribadi anda. Adalah menjadi hasrat kami untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian maklumat yang telah kami kumpulkan daripada anda. Kami menggunakan pelbagai teknologi dan pemprosesan terkini untuk melindungi maklumat yang kami kumpulkan, dan kami mengehadkan maklumat yang kami berikan kepada pihak ketiga. 

       (2)    Apabila anda membuat pembelian atau menghantar Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas atau dokumen lain di laman web kami, maklumat transaksi anda dihantar dalam format yang selamat dan disulitkan. 

(I)    Privasi Kanak-kanak di Laman Web Kami: Laman web kami tidak ditujukan untuk kegunaan oleh sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun. Kami tidak mengumpulkan secara sengaja maklumat peribadi daripada individu di bawah umur 18 tahun. 

(J)    Perubahan Dasar: Dari semasa ke semasa, kami akan menggunakan maklumat pelanggan untuk kegunaan yang tidak dijangka yang tidak didedahkan sebelum ini dalam notis privasi kami. Jika amalan maklumat kami berubah, kami akan menyiarkan perubahan-perubahan ini di laman web kami. Kami menggalakkan anda untuk menyemak semula dasar privasi kami secara berkala.

(K)    Persetujuan Anda: Dengan menggunakan kemudahan Market Malaysia dan meneruskan pesanan produk dan perkhidmatan kami, anda memberi persetujuan kepada pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi dan teknikal anda serta kuki sebagaimana yang diperincikan dalam dasar privasi ini. 

(L)    Hubungi Kami: Kami sentiasa mengalu-alukan soalan dan maklum balas anda. Bagi isu berkaitan dengan privasi, sila hubungi kami di privacy@marketamerica.com.


SEK. 7    FUNGSI PENTING PEMILIK UNFRANCHISE

Perniagaan UnFranchise Market Malaysia ialah satu perniagaan. Sebaik-baiknya, ia perlu dilaksanakan dengan satu tujuan. Sebagai pemilik perniagaan, setiap Pemilik UnFranchise akhirnya bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi penting Perniagaan UnFranchise bagi dirinya sendiri. Fungsi penting ini termasuk, tanpa had: (A) membuat jualan runcit, (B) membuat pengesahan jualan runcit bagi setiap suku tahun (Borang MY1000), (C) menghadiri mana-mana kelas latihan yang diperlukan dan (D) melengkapkan dan menghantar Langganan Tahunan dan perjanjian lain yang berkenaan dengan syarikat. Market Malaysia meletakkan penghargaan yang besar terhadap Pemilik UnFranchise yang membantu Pemilik UnFranchise yang lain, walaupun apabila mereka berada dalam organisasi jualan yang berbeza. Walau bagaimanapun, dasar syarikat tidak membenarkan Pemilik UnFranchise (atau mana-mana pihak ketiga) untuk mengendalikan perniagaan Pemilik UnFranchise yang lain atau menjalankan fungsi penting Pemilik UnFranchise yang lain.