Bab Tujuh Belas: Tambang Muatan dan Penghantaran

 

SEK. 1     TAMBANG MUATAN

(A)     Kadar Penghantaran Standard:

         (1)     Pesanan Melalui Internet dan Belian Pindahan: Bagi penghantaran di Semenanjung Malaysia, semua Pemilik UnFranchise akan membayar yuran penghantaran sebanyak RM18.87 bagi penghantaran pesanan dengan kos produk kurang daripada RM300, dan tiada yuran penghantaran akan dikenakan bagi pesanan dengan kos produk RM300 dan ke atas. Bagi penghantaran ke Sarawak & Sabah, semua pemilik UnFranchise akan membayar yuran penghantaran sebanyak RM37.74 bagi penghantaran pesanan dengan kos produk kurang daripada RM300, dan yuran penghantaran sebanyak RM18.87 dikenakan bagi penghantaran pesanan dengan kos produk RM300 dan ke atas. Pengecualian bagi seksyen ini adalah mungkin termaktub kepada, termasuk tetapi tidak terhad kepada, item lain seperi pembelian tiket acara, promosi, bahan pemasaran atau sampel, yang tidak termaktin atas peraturan ini dan mungkin dicaj berasingan. 

         (2)     Penghantaran tidak tersedia untuk Peti Surat Pejabat Pos (PO Box).

(B)     Pengangkut: Pesanan produk dan risalah akan dihantar melalui sebuah syarikat - syarikat pengangkut yang terikat dengan kontrak. 

(C)     Bayaran: Semua caj penghantaran mesti disertakan dengan pesanan..

(D)     Pertukaran perkhidmatan: Semua caj penghantaran mesti disertakan dengan pesanan..

         (1)     Tiada bayaran balik yuran penghantaran akan diberikan sekiranya Pemilik UnFranchise memutuskan untuk menukarkan penghantaran kepada pungutan.

         (2)     Yuran penghantaran mungkin akan dikenakan sekiranya Pemilik UnFranchise memutuskan untuk menukar pungutan kepada penghantaran

         (3)     Yuran penghantaran mungkin akan dikenakan sekiranya Pemilik UnFranchise mengambil keputusan untuk menukar alamat penghantaran atau mengalih penghantaran selepas pesanan dikeluarkan dari gudang untuk penghantaran. 


SEK. 2       WAKTU PENGHANTARAN

Apabila pesanan dalam talian diterima, slip invois/pembungkusan akan dijana pada hari bekerja yang berikut. Pesanan yang dihantar dari Market Malaysia biasanya dihantar dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja bergantung kepada lokasi penghantaran. Penghantaran ke Sabah dan Sarawak lazimnya dalam tempoh lima sehingga tujuh hari bekerja, bergantung kepada situasi dan lokasi penghantaran.


SEK. 3     MASALAH YANG MELEWATKAN PENGHANTARAN PESANAN

Perkara yang berikut kerap menimbulkan pertanyaan berkenaan kelewatan pesanan:
•  Bayaran atau kredit yang tidak mencukupi untuk membayar caj pesanan atau penghantaran
•  Kesilapan semasa mengambil pesanan, nombor ID atau pesanan tidak dapat dibaca (bagi pesanan  
   melalui faks sahaja apabila pesanan dalam talian tidak tersedia)
•  Alamat tidak sah atau tidak lengkap (Pemilik UnFranchise sentiasa perlu memastikan Market
   Malaysia mempunyai alamat terkini dalam fail)


SEK. 4     PROSEDUR PENGHANTARAN

Buat masa ini, Market Malaysia menghantar bungkusan melalui sebuah syarikat - syarikat pengangkut yang terikat dengan kontrak. Adalah amat penting bagi semua Pemilik UnFranchise mempunyai alamat penghantaran yang sah dalam fail dengan Market Malaysia bagi memastikan bungkusan dihantar ke alamat yang boleh menerima bungkusan tersebut. Pesanan yang dikembalikan ke Market Malaysia disebabkan oleh alamat yang tidak betul atau tidak lengkap, akan dikenakan yuran semasa penghantaran semula ke alamat yang betul. Yuran tersebut adalah berdasarkan Kadar Penghantaran Standard; lihat Seksyen 1A bagi jadual kadar. 


SEK. 5     PERCANGGAHAN PENGHANTARAN

Pemilik UnFranchise mesti memaklumkan Market Malaysia dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran bagi melaporkan apa-apa masalah penghantaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan lewat atau hilang,sambungan pesanan produk yang tertangguh-masih belum diterima, kurang hantaran, item yang rosak atau menerima produk yang salah. Jika Pemilik UnFranchise mengalami apa-apa percanggahan penghantaran, mereka perlu menghubungi Perkhidmatan UnFranchise bersama maklumat berikut: Nombor pengenalan UnFranchise, nama, tarikh pesanan, alamat penghantaran, nombor pesanan produk dan kaedah penghantaran (penghantar muatan/pengangkut). Pemilik UnFranchise yang gagal memaklumkan Market Malaysia tentang apa-apa masalah penghantaran dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran, yakni mengetepikan hak untuk membuat apa-apa tuntutan bagi membetulkan masalah tersebut. Berikutan dengan kenyataan bahawa apa-apa kesilapan penghantaran akan memerlukan penyelidikan oleh kakitangan Market Malaysia, kami amat menyarankan kepada anda untuk menghubungi perkhidmatan pelanggan bagi menyelesaikan isu-isu ini, kerana anda tidak akan dapat menyelesaikannya di pejabat korporat.

(A)     Kurang Hantaran: Kurang Hantaran ditakrifkan sebagai pelanggan tidak menerima semua item dan/atau bungkusan individu yang telah dipesan. Item bagi pesanan tertangguh atau item telah dikeluarkan daripada pesanan sebelum item tersebut diproses oleh Market Malaysia (disebabkan oleh masalah bayaran, dihentikan pengeluarannya, dan sebagainya.) tidak dianggap sebagai kurang-hantaran.

         (1)     Item Individu: Semua pesanan yang telah dilengkapkan dan diproses di Market Malaysia akan diperiksa dengan penuh teliti. Bagi meminimumkan apa-apa percanggahan penghantaran, Market Malaysia mengamalkan kaedah pengesahan berganda. Sila periksa semula pesanan anda dengan teliti sebelum menghubungi Perkhidmatan UnFranchise.

         (2)    Bungkusan: Kira bilangan bungkusan yang dihantar dengan teliti. Jangan menurunkan tandatangan pada resit penghantaran bagi bungkusan yang diterima melebihi penghantaran. Apabila syarikat pengangkut menerima untuk membuat penghantaran di Market Malaysia, mereka bersetuju untuk menghantar satu jumlah tambang muatan dan mereka mengakui kenyataan ini. Kawalan Market Malaysia ke atas penghantaran pada masa tersebut terhenti di situ dan kini syarikat pengangkut memikul tanggungjawab tersebut.

(B)     Kerosakan: Semasa anda menerima bungkusan anda, sila periksa untuk sebarang kerosakan di bahagian luar bungkusan sebelum menurunkan tandatangan penerimaan. Jangan menolak penghantaran yang rosak. Penghantar perlu mencatatkan sebarang kerosakan, seperti bungkusan yang remuk, dikedap semula atau terbuka, dalam rekod penghantaran. Market Malaysia mengamalkan kerja-kerja pembungkusan, pengendalian dan penghantaran produk dengan penuh teliti. Namun begitu,kemalangan yang tidak dapat dielakkan atau pengendalian yang cuai oleh pihak lain adakalanya berlaku. Yakin bahawa produk tersebut berada dalam keadaan baik semasa ia dibawa keluar dari gudang kami. Jika Pemilik UnFranchise menerima produk yang rosak, mereka mungkin perlu, mengikut budi bicara Market Malaysia, memulangkan produk yang rosak kepada Market Malaysia dengan kos yang ditanggung oleh pihak syarikat sebelum Market Malaysia menghantar semula produk tersebut. Semua pakej mesti dibuka dan diperiksa apabila mendapat resit. Apa-apa kerosakan kepada produk-produk mesti dilaporkan ke Market Malaysia secepat mungkin dalam tempoh 15 hari bekerja daripada tarikh anda menerima bungkusan.

         (1)    Pastikan anda sentiasa memeriksa penghantaran sebelum menurunkan tandatangan penerimaan. Maklumkan kepada penghantar tentang apa-apa kerosakan, pastikan beliau mengambil perhatian terhadap kerosakan tersebut dan seterusnya menurunkan tandatangan bagi penghantaran tersebut. Ketepikan barang dagangan yang rosak dan maklumkan kepada wakil Perkhidmatan UnFranchise anda di Market Malaysia. Market Malaysia akan menfailkan tuntutan dengan syarikat pengangkut selepas menerima dokumen sewajarnya daripada Pemilik UnFranchise.

         (2)    Jika kerosakan dikesan selepas itu, maklumkan kepada wakil Perkhidmatan UnFranchise anda di Market Malaysia. Jangan hantar semula produk yang rosak kepada Market Malaysia. Selepas Market Malaysia menerima kertas kerja yang diperlukan,pihak syarikat akan menggantikan produk tersebut dengan segera dan kemudiannya menunggu bayaran balik daripada syarikat pengangkut. 

(C)     Produk yang Salah: Produk yang salah ditakrifkan sebagai produk yang dihantar dengan tidak sengaja berbanding dengan produk yang sepatutnya dihantar. Semua pesanan yang telah dilengkapkan dan diproses di Market Malaysia akan diperiksa dengan penuh teliti. Bagi meminimumkan apa-apa percanggahan penghantaran, Market Malaysia mengamalkan kaedah pengesahan berganda. Dalam keadaan tertentu, iaitu Pemilik UnFranchise menerima produk yang salah, mereka perlu,mengikut budi bicara Market Malaysia, memulangkan produk yang salah kepada Market Malaysia dengan kos yang ditanggung oleh pihak syarikat sebelum Market Malaysia menghantar semula produk tersebut.

(D)    Produk Tambahan: Produk tambahan berbeza dengan produk yang salah, iaitu Pemilik UnFranchise menerima produk tambahan bersama dengan produk yang dipesan. Dalam keadaan tertentu, iaitu Pemilik UnFranchise menerima produk tambahan atau bungkusan tambahan, mereka perlu menghubungi Perkhidmatan UnFranchise. Pemilik UnFranchise yang menerima produk tambahan dikehendaki memulangkan produk tersebut kepada Market Malaysia dengan kos yang ditanggung oleh pihak syarikat.

(E)    Diberi Kebenaran Pemulangan: Dalam kes penerimaan produk yang salah, produk yang rosak atau produk tambahan, sebaik Market Malaysia mengeluarkan Nombor Kebenaran Pemulangan (No RA.) untuk memulangkan produk ke pejabat korporat , produk itu mesti dipulangkan kepada Market Malaysia dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengeluaran Nombor RA. Jika produk tersebut tidak dikembalikan kepada Market Malaysia dalam tempoh 60 hari selepas Nombor RA dikeluarkan, Market Malaysia berhak untuk mendebitkan kos UnFranchise produk tersebut daripada akaun Pemilik UnFranchise Market Malaysia, tetapi hanya jika Pemilik UnFranchise telah menerima produk tersebut dan gagal memulangkan produk yang tidak dibayar oleh beliau. Jika Market Malaysia mendebitkan akaun Pemilik UnFranchise Market Malaysia bagi produk yang tidak dipulangkan, mana-mana Volum Bisnes bagi produk tersebut akan diberikan kepada BDC-001 persendirian Pemilik UnFranchisebagi tarikh akaun Market Malaysia didebitkan.