Bahagian 1: Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise

 

PENGENALAN

Selamat datang ke Market America! - ibu syarikat Market Malaysia! Impian yang diidamkan kebanyakan individu adalah kebebasan kewangan serta peluang dan masa untuk membentuk dan menentukan nasib mereka sendiri. Dalam mengejar impian tersebut, selalunya, anda cuma diberikan dua alternatif yang jelas. Pertama, alternatif berbentuk Pelan 45 Tahun, iaitu pekerjaan sepenuh masa untuk sesebuah perniagaan atau perusahaan lain dengan cara masa anda ditukarkan dengan wang dalam kitaran pergantungan dan keselamatan yang dijanjikan selama 45 tahun sehingga persaraan. Inisiatif, kreativiti dan kerja keras anda disalurkan kepada usaha menjadikan sesebuah perniagaan berjaya dan menjadikan pemiliknya kaya-raya. Ganjaran anda ialah gaji kecil yang tidak sepadan dengan nilai diri sebenar anda, kekurangan penghargaan, pertumbuhan potensi yang terhad dan kebimbangan yang muncul kerana bergantung kepada keadaan pasaran yang kompetitif dan persepsi sempit majikan yang mengukur nilai diri anda berdasarkan produktiviti. Kedua, alternatif bekerja sendiri, iaitu apabila anda menggunakan akal dan naluri sendiri melalui usaha keusahawanan atau perniagaan francais. Usaha ini melibatkan hampir semua masa anda, wang simpanan, belas ihsan pegawai pinjaman bank dan malah, nasib - kerana 95 peratus daripada perniagaan baharu gagal dalam tahun pertama ia bermula. Ganjaran dalam bentuk potensi sememangnya tinggi, namun, kos permulaan dan risiko keseluruhan juga sama.

Bercakap tentang fakta, kedua-dua alternatif tersebut selalunya tidak  menyebelahi anda. Selepas penat bekerja seumur hidup, hanya lima peratus daripada populasi yang bekerja ini telah berjaya dari sudut kewangan selepas persaraan, manakala 95 peratus lagi masih bekerja, sudah mati atau dalam erti kata lainnya, pokai! Perkara yang paling menakjubkan adalah: tidak ramai yang mengambil masa untuk bertanya “Mengapa?” Secara realiti, 95 peratus daripada mereka menghabiskan 45 tahun dalam hidup untuk memberikan kebebasan kewangan kepada lima peratus yang selebihnya. Mereka berusaha dalam mencipta pelan bagi kejayaan kewangan orang lain, tetapi bukan kejayaan kewangan diri mereka sendiri. Hakikatnya, ramai yang hidup dengan bergantung kepada gaji bulanan dan sering bimbang tentang jaminan pekerjaan dan integriti pelan persaraan mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ramai antara kita mempunyai beban kewangan yang besar dan tidak mampu menyimpan wang demi masa depan. Paling menyedihkan, ketika mereka tersedar dan melihat bahawa impian mereka tidak dapat dicapai melalui pekerjaan mereka, semuanya sudah terlambat. Terperangkap dalam Pelan 45 Tahun, mereka tiada pilihan melainkan untuk bekerja lebih masa atau mengambil lebih daripada satu pekerjaan kerana mereka tersedar yang mereka sudah kesuntukan masa.

Bagaimanakah caranya untuk anda memperoleh atau menggunakan masa yang anda perlukan dengan lebih berkesan? Bolehkah anda mengubah realiti untuk kembali berpihak kepada anda? Bagaimanakah caranya untuk memanfaatkan masa? Ramai yang enggan menjadi sebahagian daripada kelompok 95 peratus yang tidak berjaya tersebut, atau paling tidak, bersara dengan sejumlah kecil daripada gaji mereka sebagai pencen. Menjalani hidup dengan gaji penuh sudah cukup sukar, inikan pula separuh daripadanya? Mari kita fikir sejenak tentang beberapa pilihan atau alternatif lain untuk keadaan yang menyedihkan ini. Pekerjaan sambilan cuma satu penyelesaian sementara kerana ia memakan masa dan tenaga anda yang berharga. Bagaimana pula jika anda menyambung pengajian untuk menjadi lebih baik dan berjuang dalam bidang korporat? Satu langkah yang berani, tetapi umur anda mungkin sudah terlewat untuk itu. Patutkah anda mempertimbangkan Pemasaran Bertingkat? Konsep yang bagus, tetapi sejauh mana realistiknya ia? Dan ia sering terdedah kepada publisiti. Saham, pelaburan, francais dan bisnes konsultasi melibatkan risiko dan modal yang tinggi yang secara realistiknya perlu dibandingkan dengan bayaran kereta, cagaran dan kebajikan anak-anak anda. Terdapat beberapa orang yang sememangnya berjaya kerana menyukai karier mereka dan berpuas hati dengan sumbangan mereka terhadap masyarakat. Tetapi, adakah mereka dibayar setimpal dengan usaha mereka? Bukankah lebih baik jika pekerjaan yang diminati tersebut menjadi kerja sambilan, dan bukannya pekerjaan tetap kerana mereka mempunyai pelan lain untuk kejayaan kewangan peribadi mereka yang dapat membantu mereka mencapai kebebasan kewangan?

Adakah pelan kejayaan kewangan seperti ini wujud? Wujudkah alternatif yang realistik, terbukti dan munasabah berbanding Pelan 45 Tahun tersebut? Sudah tentulah! Selamat datang ke Market America, sebuah syarikat yang boleh dipercayai kerana ia dapat membantu anda untuk merealisasikan kuasa impian anda. Ditubuhkan pada tahun 1992, Market America adalah sebuah syarikat pembrokeran produk dan pemasaran Internet serta penyokong setia dan peneraju Pemasaran Satu Kepada Satu dalam negara. Sebagai sebuah syarikat pembrokeran produk, Market America mengenal pasti semua produk berasaskan pasaran atau produk baharu yang berpotensi besar untuk dibekalkan kepada pengeluar ekslusif, dan memaparkan barisan produk ini secara maya di Pusat Beli-Belah Tanpa Sempadan Market America. Pelanggan diberikan layanan peribadi jualan dan khidmat secara Pemasaran Satu kepada Satu oleh Pemilik UnFranchise Bebas Market America, yang membantu syarikat menjalankan Pemasaran Satu kepada Satu dengan mendapatkan data kaji selidik daripada pelanggan terbaik mereka melalui laman web khas tersendiri. Kemudian, data pilihan pelanggan ini disalurkan kepada pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan pasaran. Akhirnya, Market America akan membekalkan setiap produk yang diingini dan diperlukan pelanggan!

Alat bagi kejayaan kewangan peribadi Market America ialah Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise — sebuah sistem lengkap, standard dan seragam yang menggabungkan konsep francais dan jualan langsung bagi memudahkan duplikasi kejayaan perniagaan setiap individu. Dengan mengikut pelan tindakan untuk kejayaan dalam dua ke tiga tahun melalui Sistem Pembangunan Perniagaan UnFranchise, anda boleh menentukan, mengembangkan dan membentuk pelan kejayaan kewangan anda sendiri. Dengan mengikuti sistem ini — sama seperti dalam bisnes francais — peluang untuk anda berjaya akan meningkat dengan ketara. Satu-satunya penyebab kegagalan anda adalah sekiranya anda berputus asa! Bisnes UnFranchise sama seperti bisnes francais, tetapi, ia berbeza kerana ia tanpa kos permulaan, pengendalian overhed dan royalti francais daripada jualan bulanan anda yang tinggi. Sama seperti francais, satu pelan perniagaan yang terbukti dilengkapi proses bersistem, berstandard, keseragaman, sistem pengurusan terunggul, alat jualan dan pemasaran, publisiti yang berkembang dan peluang memiliki sejumlah perniagaan sendiri diberikan kepada anda, seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk kejayaan peribadi. Ingatlah bahawa daripada lima peratus orang yang berjaya dari segi kewangan, tiga per empat daripadanya berjaya kerana memiliki perniagaan mereka sendiri. Market America memberikan anda peluang yang sama tanpa perlu berasa bimbang untuk melepaskan pekerjaan anda sekarang. Anda menceburi perniagaan ini untuk diri anda sendiri, tetapi anda tidak bersendirian.

Anda boleh menjana pendapatan melalui dua cara. Anda boleh memperoleh antara 30 ke 100 peratus keuntungan runcit kasar dengan membeli produk berkualiti tinggi pada harga kos UnFranchise dan menjualnya dengan harga runcit yang dicadangkan. Anda juga dapat memanfaatkan masa anda dengan membina dan menguruskan dua organisasi jualan dan pengagihan serta memperoleh RM1,200 sehingga RM14,400 pada setiap minggu atau lebih apabila Bisnes UnFranchise anda telah dibangunkan sepenuhnya. Anda dapat merealisasikan pendapatan kedua yang ketara hanya dalam beberapa bulan. Dengan usaha, dedikasi dan komitmen terhadap Bisnes UnFranchise, anda boleh membangunkan sebuah bisnes yang dapat memberikan anda pulangan sebanyak RM691,200 setiap tahun! Tiada had bagi bilangan Bisnes UnFranchise yang boleh dimiliki dan diuruskan. Sebenarnya, tiada had maksimum bagi potensi pendapatan yang boleh diperolehi. Market America memberikan ganjaran untuk kejayaan bisnes anda, tidak menghukum anda untuk setiap inisiatif atau cita-cita. Jika anda mengikut rangka tindakan kejayaan Market America, fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dan konsisten selama dua hingga tiga tahun, anda boleh melangkaui pendapatan pekerjaan semasa anda dan akhirnya dapat merasai kejayaan dari segi kewangan seperti yang dinikmati oleh golongan lima peratus — kewangan yang terjamin, pendapatan yang berterusan, kebebasan masa dan ketenangan fikiran. 

Tahniah kerana berjaya menubuhkan Bisnes UnFranchise Market America/Market Malaysia anda! Ini bererti anda telah memilih Pelan Dua hingga Tiga Tahun untuk kejayaan kewangan peribadi anda, bukan Pelan 45 Tahun yang membantu kejayaan kewangan orang lain. Kini, anda sedang menuju matlamat kewangan untuk mencapai impian dan tujuan anda. Dalam proses membina bisnes ini, penting untuk anda ingat supaya sentiasa memastikan yang semuanya berada dalam perspektif yang tepat, kerana ini adalah Pelan Dua hingga Tiga Tahun, bukannya dua hingga tiga bulan. Berseronok dengan bisnes anda semasa anda memajukan diri dan membangun. Jangan biarkan apa-apa pun menghalang kejayaan anda. Cara yang paling berkesan dan efisien dalam membina Bisnes UnFranchise adalah dengan bekerja secara konsisten, iaitu setiap langkah pada setiap hari. Anda perlu berjaya supaya orang lain juga dapat merealisasikan impian mereka. Oleh itu, anda mesti memimpin dengan teladan supaya pengikut anda mengikut contoh yang ditinggalkan, bukan arahan yang diberikan. 

Keputusan untuk membuka dan membina Bisnes UnFranchise Market America/Market Malaysia mungkin antara usaha paling memperkasakan dan memuaskan yang pernah anda lakukan. Sama seperti bisnes francais biasa, kunci kejayaan terletak pada keupayaan anda untuk melaksanakan sebuah pelan bisnes yang telah terbukti berkesan. Bisnes ini terdiri daripada tindakan yang standard, diselaraskan dan sistematik. Tindakan-tindakan ini akan menghasilkan pertumbuhan asas yang berterusan dan berkesan dalam organisasi jualan dan edaran anda jika dilakukan pada masa yang tepat.

Kejayaan adalah satu perjalanan, bukannya destinasi. Perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah pertama dan begitu juga dengan pembangunan Bisnes UnFranchise anda. Anda telah mengambil langkah pertama dengan memilih Pelan Dua hingga Tiga Tahun. Namun, Pelan Dua hingga Tiga Tahun bukannya bermula apabila anda mendaftar; sebaliknya, pelan ini bermula apabila anda mula melaksanakan 5 Langkah Asas bisnes ini dan menggunakan semua komponen yang membentuk keseluruhan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise. Anda perlu merancang sekurang-kurangnya komitmen selama dua belas bulan untuk membina asas bagi Bisnes UnFranchise anda. Pelan tindakan dua belas bulan boleh dirujuk dalam Panduan Cara Bermula (Kod MY391).

Panduan Cara Bermula telah disediakan untuk membekalkan anda dengan tugasan asas dan penting serta aktiviti yang perlu untuk membangunkan Bisnes UnFranchise yang berjaya. Panduan ini dihasilkan dengan menggabungkan maklumat yang diperoleh daripada barisan Pemilik UnFranchise Bebas paling berjaya kita yang melaksanakan sistem, prinsip dan asas Market America yang telah terbukti. Tentulah, panduan sahaja tidak mencukupi untuk memberi maklumat kepada dan mengajar anda cara untuk melaksanakan semua butiran berkenaan bisnes ini. Anda perlu merujuk kepada Manual UnFranchise Market America/Market Malaysia dan/atau penaja dan/atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah anda bagi menjelaskan sebarang butiran dan menjawab sebarang soalan. 

Sekarang, Bisnes UnFranchise anda sudah tersedia, soalan yang sering ditanya adalah “Apa sebenarnya yang diperlukan untuk berjaya?” Jika soalan ini berlegar-legar di fikiran anda, ia pemikiran dan sikap yang tepat. Tidak dapat dinafikan di permulaan proses pembinaan Bisnes UnFranchise, semua terma, definisi dan prinsip yang terlibat mungkin agak mengelirukan bagi anda. Walau bagaimanapun, bisnes ini sangat mudah; jadi, sila bertenang. Semuanya adalah tentang menguasai 5 Langkah Asas, berusaha untuk menjadi Pemilik UnFranchise (UFO) rasmi dan mengajar perkara yang sama kepada orang lain. Kita cuma perlu berusaha menguasai 5 Langkah Asas sehingga asas ini menjadi tabiat dan kebiasaan. Kesemua lima asas ini perlu dilaksanakan pada masa yang sama untuk kita berjaya. Fikir sejenak: dalam perusahaan lain, kejayaan seseorang juga terletak pada sejauh mana asas yang dikuasai mereka. Dalam ragbi, sesebuah pasukan mesti menguasai kemahiran asas untuk menghalang dan merempuh. Dalam bola keranjang, terdapat asas menggelecek, menjaring, lantunan dan menghantar bola. Dalam muzik, seorang ahli muzik perlulah menguasai skala muzik. Terdapat banyak contoh dalam sukan, kesenian, sains, atau perniagaan yang menunjukkan perkara asas perlulah dikuasai untuk berjaya. Dalam bisnes kita, syarat untuk berjaya adalah lima asas. Persamaan yang dikongsi semua Pemilik UnFranchise berjaya adalah mereka “mengamalkan” 5 Langkah Asas: 

         (1)    Membangunkan Sikap & Pengetahuan 

         (2)    Matlamat dan Kenyataan Matlamat 

         (3)    Peruncitan 

         (4)    Mencari Prospek/Merekrut/Menaja         

         (5)    Buat Susulan dan Corak ABC dalam Membangunkan Kekuatan

Secara asasnya, semuanya bergantung pada tindakan anda. Dengan penanda aras yang diberikan, anda boleh mengukur, memantau, menyelaras dan mengawal perkembangan anda. Mendengar Set Audio 5 Langkah Asas sangat disyorkan. Membaca seksyen 5 Langkah Asas dalam Manual UnFranchise Market America/Market Malaysia juga sangat membantu. Hakikatnya, Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market Malaysia merupakan satu sistem yang unik dan sangat hebat. Alat yang paling penting untuk membiasakan diri ialah Manual UnFranchise Market America yang disertakan dalam kit langganan anda. Manual ini juga boleh dirujuk secara dalam talian melalui Akaun Bisnes UnFranchise anda. Manual UnFranchise ini adalah “rangka tindakan kejayaan” anda — panduan untuk membangunkan bisnes anda. Semua polisi, prosedur, peraturan, undang-undang, maklumat am produk, cara memulakan mesyuarat, cara membangunkan kenyataan matlamat dan pelan terperinci anda dan sebagainya boleh dirujuk dalam Manual UnFranchise. Anda tidak perlu menghafal kandungan manual ini, tetapi ia berguna sebagai rujukan anda apabila terdapat situasi yang memerlukan jawapan tepat. Anda disyorkan untuk meluangkan masa selama 15 minit pada setiap hari untuk membaca setiap seksyen. Jika anda mempunyai sebarang soalan dan memerlukan penjelasan untuk butiran tertentu, sila hubungi penaja atau Penyelaras Eksekutif Bertauliah yang menguruskan anda. 

Bisnes ini dinilai melalui KUALITI masa yang diluangkan untuk membangunkan bisnes ini, bukannya KUANTITI. Masa yang berkualiti dinilai melalui kecekapan anda melaksanakan 5 Langkah Asas, dan dengan cara bekerja bersama individu yang turut berusaha untuk menguasai 5 Langkah Asas tersebut. Kami menggelar individu ini “Ambil Tindakan Sekarang.” Lebih banyak masa berkualiti yang diluangkan, lebih banyak kepercayaan dan duplikasi yang terhasil. Ini akan menjana pertumbuhan, seterusnya menghasilkan lebih banyak BV dan IBV dan akhirnya diterjemahkan kepada komisen yang lebih kerap dan besar. 

Mari kita lihat secara ringkas setiap satu daripada lima asas ini.

         (1)    Membangunkan Sikap dan Pengetahuan — Ilmu pengetahuan adalah kuasa; ia mesti diperoleh, kemudian, digunakan. Setiap orang mesti memastikan segalanya dalam perspektif yang tepat. Apakah cara lain untuk anda memperoleh pendapatan yang besar dan mencapai impian anda? Dengan Sistem Pembangunan Bisnes UnFranchise Market America, kami menyingkirkan risiko dan pelaburan besar yang selalunya dikaitkan dengan peluang dan medium perniagaan yang lain. Namun, anda perlu mengiktiraf bisnes ini sebagai satu bisnes yang bernilai jutaan Dolar. Sistem UnFranchise mempunyai kaedah sebenar yang bersistem, standard dan diperlukan dalam setiap perbuatan, sama seperti sebuah bisnes francais. Hasilnya, kami dapat menghapuskan kekeliruan dan mewujudkan duplikasi — kunci bagi bisnes ini. Terdapat banyak komponen dan prinsip yang membentuk satu sistem lengkap yang direka untuk saling melengkapi. Oleh itu, lebih banyak sistem dan alat yang digunakan, lebih banyak pertumbuhan yang terhasil. 

                  Membangunkan sikap dan pengetahuan yang tepat dapat diterjemahkan kepada kepercayaan dan keyakinan. Sikap anda mendahului kejayaan. Ingat: sejauh mana nilai positif dan semangat anda dalam melihat bisnes inilah yang akan menentukan tahap kejayaan dan prestasi anda serta mereka yang bersama anda dalam bisnes ini. Anda boleh membangunkan sikap yang betul dan memperoleh pengetahuan utama dengan menghadiri mesyuarat, latihan dan seminar yang telah dijadualkan, mendengar audio, membaca Manual UnFranchise dan bergaul dengan individu yang berjaya dan positif.

         (2)    Matlamat dan Kenyataan Matlamat — Pertama, anda perlu menentukan impian dan tujuan anda. Apakah sebab utama anda melakukan bisnes ini? Selepas tujuan anda jelas, maka anda boleh mula membangunkan kenyataan matlamat. Setiap orang mempunyai impian, matlamat, keinginan dan keperluan yang berbeza. Secara konsepnya, anda perlu menyesuaikan matlamat anda dengan bisnes ini. Hasilnya, anda akan mengiktiraf dan percaya yang Market America adalah satu medium bisnes yang akan membawa anda ke mana saja dan dan mencapai apa pun yang diingini.

                  Terdapat 5 langkah untuk membangunkan kenyataan matlamat: 

                  •    Menentukan perkara yang anda mahu
                  •    Menentukan waktu anda mahu ia berlaku (tarikh sasaran)
                  •    Menentukan perkara yang perlu dilepaskan atau diatasi 
                  •    Mencipta pelan harian, mingguan, dan bulanan yang terperinci  untuk mencapai matlamat tersebut
                  •    Tulis dan baca ia sebanyak dua kali sehari

         (3)    Peruncitan — Produk-produk yang terdapat dalam Pusat Beli-belah tanpa Sempadan Market America adalah produk yang didorong pasaran, maksudnya produk ini mempunyai permintaan yang tinggi. Ia adalah tentang memperkenalkan produk ini dengan menggunakan alatan dan teknik pembelian. Ramai yang gemar membeli tetapi tidak suka dipaksa untuk membeli. Kita membekalkan barang yang diingini mereka. Membangunkan kumpulan pelanggan tersendiri membolehkan anda menubuhkan asas yang kukuh bagi Bisnes UnFranchise anda. Jika nasib menyebelahi anda, pelanggan terbaik anda mungkin menjadi Pemilik UnFranchise terbaik anda (jualan runcit kepada rekrut). Peruncitan dapat membantu mewujudkan aliran tunai positif, menjana BV dan membina kepercayaan.

         (4)    Mencari Prospek/Merekrut/Menaja — Satu-satunya jawapan anda untuk mencapai pendapatan yang diinginkan adalah orang yang tepat. Untuk berjaya, anda hanya memerlukan dua orang yang bagus, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhenti selepas menaja dua orang. Komponen Mencari Prospek/Merekrut/Menaja ini adalah satu proses, bukannya satu matlamat. Kunci bagi proses ini adalah untuk mencipta kemungkinan. Kemungkinan ada di mana-mana sahaja! Untuk berjaya dalam memupuk kemungkinan semasa rutin harian dan mingguan, anda perlu bersedia menjawab soalan “Apa?” Ingatlah, semua orang hanya boleh bercakap tentang tiga perkara:

                  •    Apa yang berlaku
                  •    Betapa teruknya sesuatu keadaan  
                  •    Penyesalan mereka

                  Semasa anda memupuk kemungkinan bersama prospek, ada yang berminat, ingin tahu, atau memberi reaksi yang positif. Mereka inilah yang akan mencipta senarai 10 terbaik anda. Pastikan anda catat nama mereka. Kemudian, tentukan pendekatan terbaik yang boleh digunakan (secara terus, produk, audio/video, penilaian atau rujukan). Objektif kita adalah untuk memberi peluang kepada mereka menilai bisnes ini, bukannya untuk mengajak mereka, kerana mereka mungkin akan membawa anda kepada orang yang tepat. Dengan mencari prospek/merekrut/menaja, anda meluaskan edaran, memanfaatkan masa dan meningkatkan keuntungan dan kestabilan bisnes anda. Anda tidak akan berhenti melakukannya.

         (5)    Susulan dan Corak ABC dalam Membangunkan Kekuatan — Elemen 5 Langkah Asas ini akan memberikan anda kawalan penuh terhadap kejayaan, pertumbuhan, perkembangan dan masa anda. Ia mencipta peluang daripada proses tersebut. Jika seseorang telah memilih Pelan Dua hingga Tiga Tahun berbanding Pelan 45 Tahun, jelasnya, tiada keputusan yang perlu dibuat dalam sebarang pertemuan. Individu tersebut cuma perlu memilih sama ada mahu cuba atau tidak. Jangan tunjukkan Pelan, mengadakan pertemuan, atau membawa sesiapa ke mesyuarat sebelum menempah untuk membuat susulan. Objektif bagi setiap pertemuan adalah untuk menempah tindakan susulan, membekalkan maklumat tambahan, memperkenalkan produk kita kepada seseorang dan menjual tiket ke acara GMTSS yang akan datang.

                  Kita mahu mereka memperkenalkan bisnes ini kepada sebilangan prospek lain dan mencipta pelanggan dengan bimbingan dan tunjuk ajar anda. Proses percubaan ini membolehkan anda untuk menentukan sama ada mereka boleh dibimbing dan sesuai untuk bisnes ini atau sekiranya bisnes ini sesuai untuk mereka. Oleh itu, jangan buang masa dengan orang yang salah. Ingat, anda tidak boleh menjual tiket jika anda tiada tiket. Membeli tiket tambahan ke acara bulanan amat penting untuk mereka yang anda rancang mahu ditaja. Biarkan mereka membawa anda kepada orang yang tepat. Tanpa disedari, mereka akan turut berminat selepas membawa anda kepada orang tersebut. Kemudian, anda boleh bertanya, “Siapa yang akan menaja mereka, anda atau saya?”

Kandungan Manual UnFranchise ini adalah sangat penting. Semua yang anda perlu tahu mengenai pembangunan Bisnes UnFranchise yang berjaya telah disediakan di dalam manual ini. Namun, pengalaman adalah guru yang terbaik. Ambil langkah pertama anda ke arah jaminan kewangan dan kebebasan masa yang sebenar dan bermula! Berusaha untuk menguasai 5 Langkah Asas dan berseronoklah!