Selama beberapa tahun, industri pemasaran rangkaian dan pemasaran berbilang aras telah giat dipantau oleh agensi kerajaan. Amnya, agensi ini melihat pemasaran rangkaian dari sudut yang meragukan disebabkan oleh tanggapan palsu pada masa lalu. Walaupun terdapat kisah-kisah kejayaan yang membanggakan, pengamal undang-undang tetap berjaga-jaga dengan industri ini.
Terdapat pelbagai aspek dalam pelbagai program pemasaran rangkaian yang menarik perhatian sesetengah agensi kerajaan. Dua bahagian yang paling menonjol ialah kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk menarik Pemilik UnFranchise™ baru, dan asas bagi insentif yang ditawarkan. Contohnya, meminta bayaran daripada seseorang individu sebagai pertukaran bagi hak untuk menjual produk dan mendasarkan bonus atau komisen bagi kejayaan merekrut orang lain ke dalam rangkaian (tidak berkaitan dengan jualan produk syarikat), adalah menyalahi undang-undang.
Suruhanjaya Dagangan Persekutuan AS (FTC) telah menerajui dalam pembangunan definisi program jualan langsung atau pemasaran rangkaian yang sah. Dalam keputusan pentingnya berkenaan dengan tindakan empat tahun bersama Amway Corporation, FTC AS mendapati bahawa aspek paling penting yang menjadikan program pemasaran Amway sesuatu yang sah di sisi undang-undang adalah kerana: (1) tiada pampasan dibayar bagi pengrekrutan, (2) pampasan digabungkan terus dengan jualan produk, (3) pihak syarikat menyediakan dasar belian semula inventori yang komprehensif dan (4) pihak syarikat menghendaki Pemilik UnFranchisenya menjual peratusan tertentu produk belian mereka kepada pelanggan runcit yang merupakan pengguna akhir produk tersebut.
Keputusan FTC membuka pintu kepada usahawan yang sah untuk mencari individu yang berminat untuk membina perniagaan bebas dalam bentuk rangkaian pengedaran produk. Keadaan inilah yang menjadi asas bagi Market America, syarikat induk Market Malaysia, untuk melancarkan pelan pemasaran yang hebat dan program pampasan yang unik.
Bermula dari keputusan FTC AS, tercetusnya evolusi program pemasaran rangkaian dan pemasaran berbilang aras. Hari ini, hampir setiap produk yang dapat difikirkan didagangkan menggunakan pemasaran rangkaian. Industri ini telah menjadi satu industri yang berdaya saing dengan syarikat yang bersaing sebagai Pemilik UnFranchise Bebas untuk berada di tahap yang sama dengan mereka. Persaingan ini telah membawa kepada pembangunan pelbagai struktur pampasan. Persaingan ini juga merangsang penelitian lanjut dalam pelan pemasaran dan pematuhannya dengan undang-undang yang dikenakan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan. Walaupun terdapat tafsiran yang bertentangan dengan had perundangan tertentu oleh pelbagai agensi, Market America telah menghasilkan programnya dengan teliti bagi memastikan mereka mengambil kira tafsiran undang-undang yang paling sulit dan terus mengekalkan sikap konservatif dengan bekerjasama dan mematuhi tafsiran dan arahan agensi undang-undang.
Pelan pemasaran Market Malaysia telah direka untuk memenuhi keperluan undang-undang ini. Setiap Pemilik UnFranchise Bebas ditaja ke dalam organisasi oleh Pemilik UnFranchise lain. Pelan Pampasan Prestasi Pengurusan (MPCP) menawarkan Pemilik UnFranchise potensi bagi memperoleh ganjaran kewangan yang besar berdasarkan jualan produk. Pelan tersebut tidak mempunyai had sedia ada, jadi setiap Pemilik UnFranchise Bebas mempunyai peluang kejayaan yang sama rata jika mereka bekerja keras menjayakan Pelan Pemasaran.
Pelan Pemasaran dibangunkan bagi mengelakkan insentif negatif dan/atau kesulitan dan bagi meminimumkan had yang selalunya wujud dalam program pemasaran rangkaian yang lain. Pelan Pemasaran Market Malaysia mengandungi syarat jualan runcit bagi memastikan pematuhan undang-undang. Satu pemerhatian menarik dalam Pelan Pemasaran ini adalah rekaan Pelan Pemasaran kami ini mengetepikan kemungkinan penyalahgunaan atau gambaran yang salah. Rekaan pelan kami dibentuk sedemikian agar insentif ekonomi didasarkan sepenuhnya pada produk yang mensasarkan pengguna akhir. Di bawah pelan ini, apabila Pemilik UnFranchise membuat pesanan produk, Market Malaysia akan meminta resit pelanggan atau bukti lain yang menunjukkan sekurang-kurangnya 70 peratus pesanan produk telah dijual kepada pengguna akhir atau pembeli runcit. Tambahan lagi, Pemilik UnFranchise mesti menghasilkan 200 Volum Perniagaan Persendirian (PBV) dan minimum dua jualan pelanggan bernilai RM800 sebelum mereka menjadi Pemilik UnFranchise™ yang layak untuk menerima kredit pampasan bagi Volum Perniagaan Kumpulan (GBV) yang dijana oleh Pemilik UnFranchise™ dalam organisasi jualan dan pengedaran mereka.
Hanya penyerahan yuran langganan nominal diperlukan untuk mengambil bahagian sebagai seorang Pemilik UnFranchise dalam program pampasan. Sebagai seorang Pemilik UnFranchise, pampasan hanya dibayar untuk volum jualan terkumpul oleh Pemilik UnFranchise berkelayakan dan aktif yang memenuhi keperluan aktiviti minimum mereka. Pemilik UnFranchise menggunakan Pusat Pembangunan Perniagaan (BDC) dalam struktur rangkaian binomial dan layak untuk membina organisasi pemasaran dan memperoleh komisen dengan memenuhi keperluan jualan khusus dan volum perniagaan persendirian terlebih dahulu.
Pelan pemasaran merangkumi dasar bagi belian semula semua produk atau risalah yang boleh dipasarkan buat masa ini yang dibeli dalam tempoh satu tahun dari tarikh pemulangan daripada Pemilik UnFranchise yang menamatkan Perniagaan UnFranchise mereka, atau yang dibeli dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemulangan bagi Pemilik UnFranchise yang tidak menamatkan Perniagaan UnFranchise mereka. Dasar tersebut menghendaki produk ditawarkan kepada Pemilik UnFranchise susunan atasan terlebih dahulu untuk mengelakkan caj balik bagi pampasan MPCP yang diperoleh sebelum ini. Keseluruhan proses bagi pemulangan biasanya mengambil masa kurang daripada 30 hari jika Pemilik UnFranchise mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam Manual Kerjaya Market Malaysia. Pampasan mesti dicaj balik, sekiranya belian semula tidak dibuat oleh Pemilik UnFranchise yang menaja atau Pemilik UnFranchise susunan atasan, kerana produk tersebut tidak dapat dijual kepada pengguna akhir. Penjualan produk kepada konsumer akhir merupakan keperluan asas bagi memperoleh pampasan dalam Pelan Pemasaran. Dasar tersebut juga membolehkan pelanggan memulangkan produk dan Pemilik UnFranchise yang menjual produk akan memberi bayaran balik sepenuhnya kepada pelanggan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
Market Malaysia juga telah merancang satu kaedah agar Pemilik UnFranchise boleh mengelakkan diri daripada godaan untuk membuat tuntutan pendapatan atau produk yang melampau. Pembentangan video, audio dan bercetak menyediakan maklumat dan objektif yang menarik tentang pelan dan produk syarikat. Salah satu daripada kemungkinan masalah terbesar dalam industri pemasaran rangkaian adalah gambaran salah yang dibuat oleh Pemilik UnFranchise dalam pembentangan perniagaan. Pemilik UnFranchise mempunyai kewajipan kontraktual untuk memahami pelan pemasaran dan membentangkannya dengan betul. Penyelaras Eksekutif mempunyai kewajipan kontraktual untuk melatih, menyelia dan memantau organisasi mereka dan mencegah gambaran yang salah. Market Malaysia menggalakkan Pemilik UnFranchise™ untuk menggunakan alat pemasaran yang dibangunkan oleh syarikat sahaja dalam susunan kumpulan dan melarang tuntutan pendapatan yang tidak dibenarkan atau penggunaan risalah atau alat pemasaran yang tidak dibenarkan. Semua bahan lain mesti dihantar kepada syarikat untuk diluluskan terlebih dahulu. Amalan ini meminimumkan risiko gambaran yang salah.
Market Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perundangan untuk menyelia penguatkuasaan etika dan dasar Pemilik UnFranchise bagi memastikan piawaian operasi syarikat tidak terjejas dan setiap Pemilik UnFranchise menghormati semua undang-undang yang berkenaan. Dalam bahagian pematuhan undang-undang, undang-undang pemasaran berbilang aras, undang-undang keselamatan dan undang-undang peluang perniagaan, Market Malaysia diwakili oleh penasihat undang-undang yang boleh dipercaya dan berpengalaman. Kekuatan dan masa depan Market Malaysia bergantung pada produk dan pemasaran yang inovatif, tetapi pihak syarikat turut bergantung pada Pemilik UnFranchise yang mematuhi dasar dan prosedurnya.
Semua Pemilik UnFranchise Bebas Market Malaysia perlu mematuhi semua dasar, semua prosedur, peraturan yang ditetapkan dalam Manual Kerjaya ini, dan semua ini mungkin akan dipinda dari semasa ke semasa. Bahagian II Manual Kerjaya ini dimasukkan sebagai sebahagian daripada Permohonan & Perjanjian Pemilik UnFranchise Bebas dan terikat di sisi undang-undang, sebagaimana terma Permohonan dan Perjanjian yang lain.
Market Malaysia menghormati semua peraturan kerajaan yang mengawal amalan perniagaan baik dan menghendaki semua Pemilik UnFranchise Bebas untuk turut sama berbuat demikian. Syarikat ini adalah sebuah syarikat jualan langsung yang memasarkan produk melalui Pemilik UnFranchise Bebas. Dasar, prosedur dan peraturan yang disebut di sini adalah terpakai kepada semua Pemilik UnFranchise Bebas dan Market Malaysia.
Last Modified :11/13/2017 10:22:10 AM EST