Bab Tujuh: Falsafah Pembrokeran Produk Market Malaysia Dan MY.SHOP.COM

 

Jenama eksklusif dan MY.SHOP.COM Market Malaysia adalah tunjang kepada sistem pembrokeran produk Internet kita. Laman MY.SHOP.COM peribadi anda yang mudah untuk diakses ini terdiri daripada “kedai maya” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta didorong oleh pasaran. Kesemua produk Market Malaysia ini dikategorikan secara spesifik mengikut kategori masing-masing. Melalui penggunaan Internet yang menakjubkan, pengalaman membeli-belah ini diluaskan kepada pilihan produk, perkhidmatan dan Stor Rakan yang seakan-akan tiada batasan – semuanya  boleh diakses melalui laman MY.SHOP.COM anda.  

Pemasaran Satu kepada Satu yang membina hubungan peribadi dan mengumpul serta menganalisis maklumat pula membolehkan Market Malaysia mencari dan mendapatkan produk serta jenama eksklusif yang paling diingini dalam pasaran. Setiap produk dan perkhidmatan dibangunkan bersama pengeluar yang inovatif dan disaring dengan teliti bagi memastikan keberkesanannya, nilai dan juga tarikan pasaran. Dari manakah Market Malaysia memperolehi kesemua maklumat ini? Sudah tentulah ia daripada ANDA, Pemilik UnFranchise dan juga semua Pemilik UnFranchise™ lain yang membina hubungan bersama pelanggan masing-masing dan menjejak setiap daripada pembelian mereka. Kami memberikan segalanya yang diinginkan oleh orang ramai.

Market Malaysia menyediakan sokongan untuk menjamin kejayaan semua Pemilik UnFranchise. Selepas memilih untuk menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, kami menyediakan maklumat, latihan dan bahan promosi lengkap untuk mempersiapkan semua Pemilik UnFranchise, malah, penghantaran dan pengagihan turut dikendalikan oleh kami. Falsafah ini memudahkan Pemilik UnFranchise untuk terus fokus kepada pembangunan Bisnes UnFranchise mereka dan memberikan perkhidmatan berterusan kepada pelanggan. Keunikan kaedah perniagaan inilah yang membezakan Market Malaysia daripada yang lainnya. Asas Pemasaran Satu kepada Satu juga yang membolehkan kami untuk menyediakan produk tersuai yang dapat memenuhi kedai maya kami di samping Stor Rakan. Untuk maklumat yang lebih terperinci tentang kedai maya dan produk individu Market Malaysia ini, sila log masuk ke Akaun Perniagaan UnFranchise anda dan UnFranchiseTraining.com.


SEK. 1      Menjual Produk Market Malaysia

Untuk menjual sesuatu produk, anda perlu mengetahui cara terbaik untuk mempersembahkan produk tersebut kepada pelanggan anda. Untuk memastikan keberkesanan dalam memaklumkan, mengajar dan "menceritakan" tentang sesuatu produk yang akan berakhir dengan jualan serta perkembangan Pelanggan Keutamaan, anda perlu memahami ciri-ciri, kelebihan dan manfaat setiap produk yang dikhususkan. Maklumat lengkap tersedia di UnFranchiseTraining.com dan melalui GMTSS dalam Latihan Produk yang disediakan untuk semua divisyen produk.

(A)    Menjadi Produk Kepada Produk: Salah satu perkara paling penting yang boleh dilakukan sebagai Pemilik UnFranchise adalah dengan membeli dan menggunakan sendiri jenama eksklusif Market Malaysia. Tiada cara yang lebih pantas untuk membiasakan diri dengan produk Market Malaysia bersama manfaat dan nilainya melainkan anda mencubanya sendiri. Selain itu, lazimnya, pelanggan prospek anda akan bertanya sama ada anda pernah menggunakan produk tersebut atau tidak. Jika jawapannya adalah tidak, kemungkinan besar mereka juga tidak akan mencubanya. Satu kelebihan lain adalah anda akan dapat melihat dan boleh memberikan testimoni tentang kualiti dan produk kami, seterusnya memudahkan anda untuk menjualnya kepada orang lain. Justeru, menjadi produk kepada produk adalah sangat penting.

(B)    Membincangkan Manfaat Produk: Antara jaminan untuk berjaya dalam menjual produk adalah sekiranya anda dapat menerangkan manfaat khusus produk yang dijual secara jelas kepada prospek jualan anda. Letakkan diri anda di tempat pelanggan dan cuba bertanya kepada diri sendiri terlebih dahulu. Apa manfaat khusus produk ini? Bagaimana produk ini dapat membantu mereka? Apakah masalah yang dapat diselesaikan dengan produk ini? Kenapa mereka memerlukannya? Bagaimana ia dapat meningkatkan kualiti hidup mereka? Jika manfaat produk ini tidak mencukupi untuk pelanggan yang mendengar "cerita" anda, maka, tiada sebab yang munasabah untuk mereka melaburkan wang bagi produk tersebut. Jika anda dapat mewujudkan manfaat yang benar-benar nyata, pelanggan pasti akan membeli produk tersebut tanpa teragak-agak.

(C)    Menekankan Ciri Perbandingan: Perbandingan yang terperinci adalah satu alat jualan yang berkesan. Pelanggan anda perlu berasa yakin bahawa mereka sedang membuat keputusan pembelian yang bijak. Lazimnya, ini dapat dicapai dengan perbandingan ringkas yang menjawab beberapa persoalan tertentu. Apakah ciri-ciri istimewa produk ini? Kenapa ia lebih baik berbanding produk lain di pasaran? Apakah yang menjadikan produk ini berbeza, eksklusif dan unik? Apakah kelebihan produk ini berbanding produk daripada jenama lain? Anda perlu mengetahui manfaat perbandingan setiap produk yang ingin dijual, kemudian, barulah anda boleh menerangkannya kepada prospek anda.  

(D)    Justifikasi Harga Sesuatu Produk: Dikatakan bahawa, “Sesuatu jualan akan berjaya jika nilai bagi sesuatu produk yang dijual tersebut melebihi kosnya.” Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Maka, anda perlu mengetahui cara untuk memaparkan nilai sesuatu produk supaya di mata pelanggan, nilai produk tersebut melebihi kosnya. Cuma jawab satu persoalan mudah untuk prospek: “Kenapa harga produk ini berbaloi?”  Bandingkan harga dengan produk yang setanding dengannya. Berikan justifikasi harga produk supaya ia tidak menjadi satu halangan. Jika harga produk yang dijual lebih tinggi berbanding produk lain yang diketahui prospek, bersedia untuk menerangkan sebab-sebab yang menjadikan produk ini lebih bernilai. Antara contoh sebab-sebab tersebut adalah: volum atau kuantiti yang lebih, kepekatan lebih tinggi, kualiti yang unggul, atau penggunaan yang mudah. Misalnya, sekiranya anda menjual produk Kesihatan dan Nutrisi, tanya prospek anda tentang nilai kesihatan mereka. Satu Dolar? Sepuluh? 50? 100? Tekankan kepada mereka bahawa kesihatan yang optimum adalah sesuatu yang tidak ternilai. Antara kaedah lain yang berkesan adalah dengan membahagikan harga tersebut kepada pecahan kos yang lebih kecil, mengikut bulan, minggu, atau hari. Bandingkan kos harian atau mingguan tersebut dengan kos perbelanjaan yang tidak sepatutnya dilakukan seperti secawan kopi atau makanan ringan. Tanya kepada mereka sama ada ia berbaloi atau tidak? Namun, anda perlu ingat untuk melakukan perbandingan yang logik, misalnya, “buah epal dengan buah epal,” bukannya, “buah epal dengan buah oren”. Ini turut membantu dalam perbincangan anda mengenai justifikasi harga. 

          Selain daripada itu, anda perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat dan ilmu yang mungkin untuk mempersiapkan diri anda selain menambahkan ciri-ciri menarik yang lain dalam kemahiran menjual anda. Cuba fikirkan tentang seorang jurujual terbaik yang pernah bersama anda. Mungkin mereka berpakaian dengan baik, bersikap sopan dan ikhlas. Paling penting, fikirkan tentang ILMU yang dimiliki mereka. Sudah tentu, seseorang akan berasa janggal dengan jurujual yang tidak dapat menjawab persoalan mereka, maka, pastikan anda tahu dengan mendalam mengenai produk yang dijual. Beli produk tersebut, baca bahan sokongan jualan, alat pemasaran Internet dan risalah lain yang disediakan Market Malaysia, serta hadiri Latihan Produk melalui GMTSS untuk MEMAHAMI kelebihan yang ada. Ingatlah, jurujual adalah manusia seperti anda. Ambil langkah untuk membuat mereka berasa selesa dan pastinya, jualan anda akan terus meningkat. 

(E)    Menjawab Soalan Dan Bantahan Produk: Anda perlu tahu soalan-soalan lazim mengenai setiap produk. Tanya Rakan Bisnes Kanan anda, jurulatih bertauliah GMTSS dan Pemilik UnFranchise lain tentang soalan yang sering ditanya kepada mereka. Anda juga boleh mula mencipta soalan-soalan yang dirasakan mungkin akan ditanya kepada anda dan menyediakan jawapan kepadanya.  Apabila anda berdepan situasi yang menyebabkan anda buntu untuk menjawab pertanyaan atau bantahan daripada pelanggan, anda disarankan supaya mengiktiraf soalan dan bantahan tersebut dan beritahu mereka bahawa anda akan mendapatkan jawapan tersebut. Hubungi Rakan Bisnes Kanan anda atau jabatan Pembangunan Produk di Market Malaysia untuk mendapatkan jawapan tersebut. Ingatlah, persediaan adalah kunci untuk menjawab bantahan. Gunakan teknik-teknik tersebut bersama jawapan yang telah disediakan dan anda pasti akan dapat menukar setiap soalan dan/atau bantahan kepada jualan.

(F)    Mengumpul Testimoni: Minta pelanggan anda untuk menulis ulasan mengenai sesuatu produk secara dalam talian di MY.SHOP.COM supaya ramai pelanggan lain yang akan membaca ulasan tersebut sebelum melakukan pembelian. Ini pastinya akan membantu semua UFO. Kumpul testimonial daripada pelanggan anda pada bila-bila masa. Dapatkan juga salinan testimoni daripada Pemilik UnFranchise yang lain. Ini dapat membantu anda mengetahui manfaat produk yang paling penting untuk pelanggan anda Minta pelanggan terbaik anda untuk menulis testimonial ringkas atau saranan terhadap produk. Lampirkan semua testimonial dan saranan produk tersebut kepada buku kecil dan bawa ia bersama setiap kali anda menyahut panggilan jualan.  Anda juga disarankan untuk berkongsi salinan buku kecil tersebut dengan Market Malaysia supaya kami boleh memaparkan kesemua testimoni tersebut melalui penerbitan dan bahan sokongan jualan kami untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai.  Testimonial menambahkan kredibiliti kepada perniagaan dan produk yang dijual, selain membantu meyakinkan pelanggan prospektif untuk mencuba produk tersebut.

(G)    Bertanya Soalan Untuk Jualan (Menamatkan Jualan): Kadangkala, anda cuma perlu bertanya soalan untuk “menamatkan jualan” atau menyelesaikan sesuatu jualan. Banyak peluang jualan yang gagal hanya kerana jurujual tidak bertanya kepada prospek soalan jualan yang tepat pada masa yang tepat. Selepas menerangkan manfaat dan ciri-ciri produk serta telah berjaya mengatasi bantahan dan menjawab setiap soalan, itulah waktu yang sesuai untuk menamatkan jualan. Terdapat banyak cara untuk bertanya. Antaranya adalah dengan terus bertanya tentang jumlah item yang ingin dipesan mereka. Anggap bahawa mereka akan membeli! Cara lain antaranya adalah dengan bertanya tentang kaedah bayaran yang menjadi pilihan pelanggan selepas menerangkan kesemuanya kepada mereka. Selain itu, anda juga boleh menekankan bahawa produk ini sesuai untuk keperluan pelanggan ketika itu. Anda boleh bertanya soalan seperti, “Kenapa tidak terus mencuba menggunakan produk ini?” Pilih dan gunakan cara yang paling selesa untuk anda — ingat untuk bertanya soalan untuk jualan!

(H)    Menghadiri Latihan Jualan Dan Pendidikan Produk Berterusan: Sejak ditubuhkan, Market Malaysia telah menyediakan antara sistem latihan jualan yang paling menyeluruh dan lengkap dalam industri jualan langsung. Dari latihan produk individu, latihan jualan serantau, sehinggalah ke Simposium Produk, Konvensyen tahunan dan acara Sekolah Kepimpinan, Market Malaysia menyediakan maklumat yang diperlukan kepada anda untuk berjaya dan menunjukkan cara yang terbaik untuk menggunakan maklumat tersebut dalam memajukan Bisnes UnFranchise™ anda. Rujuk jadual acara GMTSS untuk tarikh latihan yang berhampiran dengan anda.

(I)    GMTSS (Sistem Mesyuarat, Latihan dan Seminar Global): Direka untuk Pemilik UnFranchise, GMTSS membolehkan anda membangunkan perniagaan anda di mana-mana sahaja dari seluruh negara dengan menggunakan rangkaian luas Market Malaysia bagi pemasaran Satu kepada Satu, Pembentangan Bisnes UnFranchise, Latihan 5 Langkah Asas, Latihan Pensijilan Penyelaras Eksekutif (ECCT), Latihan Pemilik UnFranchise Baru (NUOT), Seminar Tempatan, Persidangan Daerah, Konvensyen Serantau dan acara utama kami, Konvensyen Tahunan dan Sekolah Kepimpinan.

         (1)    Konvensyen Tahunan: Ini merupakan acara utama Market Malaysia. Ia adalah satu acara gemilang dengan pengetahuan, keterujaan, pengenalan produk baharu, makluman polisi terkini dan pengiktirafan yang digabungkan dalam tiga hari yang padat, bermaklumat dan meriah. Acara ini ditamatkan dengan Pameran Dagangan Tahunan dengan menampilkan wakil pakar dalam setiap kategori produk. Anda sememangnya tidak ingin melepaskan acara tahunan ini. Tiket sangat laris, jadi, pastikan anda sering membeli tiket dengan awal untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Sekolah Kepimpinan: Selalunya diadakan pada sukuan kedua, ia mengumumkan produk terkini dan terbaik yang kami tawarkan termasuk latihan jualan yang terperinci dan intensif. Ini merupakan satu lagi acara yang tidak mahu dilepaskan.

         (2)    Simposium Produk: Dari pengenalan asas sehinggalah ke pengenalan produk terkini, Simposium Produk Market Malaysia adalah antara alat terbaik untuk belajar mengenai keberkesanan dan cara produk kita berfungsi. Acara ini menampilkan pakar industri dan tetamu jemputan khas yang menunjukkan cara terbaik untuk menjual jenama eksklusif Market Malaysia kepada semua peserta. Tiket ke acara ini juga amat laris, jadi, dapatkan tiket anda dengan segera. Simposium Produk biasanya diadakan bersama Konvensyen Antarabangsa. 

         (3)    Majalah Pemilik UnFranchise: Dengan membaca Majalah Pemilik UnFranchise Market Malaysia yang diterbitkan sekali setiap dua bulan, Pemilik UnFranchise akan sering dikemaskini dengan perkembangan bisnes semasa dan produk baharu. Setiap isu majalah ini meliputi bidang yang luas, termasuk mesej daripada Pengerusi dan CEO kita. Pastikan anda membaca keseluruhan majalah ini.

         (4)    Bahan Sokongan Jualan: Tiada cara yang lebih baik untuk mengetahui tentang sesuatu produk melainkan membaca risalah sokongan jualan kami. Dengan menampilkan bahan untuk setiap produk yang dijual, sila layari UnFranchise.com > “Downloads” > “Support Materials” untuk risalah dan infografik produk yang boleh dicetak. Ini dapat memastikan anda terus unggul dengan maklumat produk dan mampu berkongsi bahan elektronik kepada pelanggan anda. Pastikan anda sentiasa memiliki banyak katalog dan brosur untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan boleh mendapat manfaat daripada produk-produk yang didorong oleh pasaran ini. Rujuk senarai harga untuk menyemak kod dan harga produk yang terkini dan bahan yang tersedia di kedai tersebut.


SEK. 2     KATEGORI YANG TERDAPAT DALAM MARKET MALAYSIA

(A)    Kesihatan dan Nutrisi menampilkan suplemen vitamin dan mineral berjenama Isotonix™ keluaran kami yang meliputi antioksidan, campuran multivitamin dan mineral, suplemen kesihatan jantung dan formulasi sokongan tulang dan sendi serta banyak lagi. Semuanya untuk menyokong program kehidupan sihat. 

(B)    Pengurusan Usia menampilkan rangkaian Prime™ kami dengan nutraseutikal termaju yang disokong kajian saintifik mengenai antipenuaan yang berfokus kepada memperlahankan tanda penuaan, 

(C)    Kosmetik menampilkan alat kosmetik dan aksesori berkualiti tinggi dengan jenama eksklusif kami yang tersendiri iaitu Motives® by Loren Ridinger dan Motives® by La La Anthony yang dapat menyaingi jenama gedung serbaneka yang lain.  

(D)    Penjagaan Diri menawarkan produk canggih yang diuji secara saintifik untuk penjagaan kulit, penjagaan rambut serta keperluan mandian dan badan yang merangkumi krim untuk mengurangkan penampakan kedutan, pelembap yang menyubur dan memulihkan kulit yang kering serta rosak, dan juga syampu serta perapi berkualiti tinggi. Setiap produk dirumus khusus untuk memberikan hasil yang diperlukan. 

(E)    Rumah dan Kebun menawarkan rangkaian produk yang lengkap untuk kediaman, laman dan persekitaran anda. Produk rumah, dapur dan pakaian membantu memudahkan kerja pembersihan rumah, manakala produk laman, kebun, kolam dan spa memberikan anda halaman rumah yang diidamkan.  

(F)    Pembangunan Web menyediakan cara yang mudah dan berpatutan untuk dimiliki perniagaan kecil dan mengoperasikan laman web yang dibina sendiri dengan menyediakan proses langkah demi langkah untuk menghasilkannya, pasukan sokongan untuk membantu menyelenggara dan alatan yang membantu menguruskan serta mengembangkan perniagaan.  

(G)    Pengurusan Berat Badan menampilkan pendekatan berasaskan kajian saintifik untuk pengurusan berat badan jangka Panjang melalui gaya hidup sihat, termasuk produk dan sistem yang berkesan.

(H)    Kewangan menawarkan penyelesaian untuk mencipta kekayaan dengan cara menguruskan hutang.

(I)    Profesional Kesihatan adalah satu pasukan eksklusif diwakili Pemilik UnFranchise yang memberikan khidmat kesihatan professional dengan penyelesaian kesihatan yang disesuaikan.* 

(J)    MY.SHOP.COM: Segalanya mungkin dengan pengalaman beli-belah tanpa sempadan MY.SHOP.COM. Ia menawarkan ratusan kedai, berjuta produk, tiada waktu menunggu, transaksi yang selamat, dihantar terus ke pintu rumah, serta pengalaman beli-belah yang bebas tekanan melalui laman web MY.SHOP.COM anda. Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai MY.SHOP.COM dan produk berjenama eksklusif Market Malaysia, log masuk ke Akaun Bisnes UnFranchise anda.  

(K)    Kategori Market Malaysia yang akan Datang: Dalam usaha berterusan kami untuk membina hubungan jangka panjang dengan Pemilik UnFranchise dan pelanggan mereka, kami juga terus mempelajari lebih lanjut tentang keinginan dan keperluan pelanggan kami. Inilah asas konsep Pemasaran Satu kepada Satu Market Malaysia.   Dengan menjejaki keinginan individu pengguna bersama syarikat pengeluar dan penyelidikan yang terkemuka, Market Malaysia akan terus menambah baik dan memajukan laman web MY.SHOP.COM untuk menjadi laman web runcit terbaik yang paling mesra pelanggan di Internet. Pastikan anda memberi perhatian kepada maklumat terkini dan maklumat tambahan berterusan tentang Pusat Membeli-belah dengan memanfaatkan semua peluang latihan dan pelancaran produk, termasuk membaca keluaran media yang disediakan untuk semua Pemilik UnFranchise.

*Tidak tersedia untuk Market Malaysia buat masa sekarang


SEK. 3       PROGRAM SHOP LOCAL OLEH MARKET MALAYSIA    

Program SHOP Local memberikan peluang kepada peniaga tempatan untuk menjadi penjual di MY.SHOP.COM, membolehkan Pemilik UnFranchise dan Pelanggan Keutamaan untuk memperoleh mata Shop atau IBV dengan setiap pembelian daripada stor tersebut. Ini merupakan inisiatif kami dalam mempromosikan perniagaan tempatan untuk menarik pelanggan baharu melalui satu kerjasama dengan Market Malaysia dan MY.SHOP.COM.

Untuk mencari Penjual tempatan yang menyertai SHOP Local. Pemilik UnFranchise boleh log masuk ke Akaun Bisnes UnFranchise mereka dan cari “SHOP Local”. Pelanggan boleh mengklik di “Shop Local Stores” di laman tersebut untuk melihat Stor SHOP Local. Anda akan melihat senarai lokasi penjual yang mengambil bahagian, termasuk butiran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan setiap penjual, dan satu pautan untuk panduan arah ke lokasi penjual tersebut. Anda dan pelanggan anda perlu diingatkan untuk menyenaraikan kredit kad anda (sehingga lima kad) untuk memperoleh IBV dan Mata Shop tambahan.