Bab Enam: Program Pelanggan Keutamaan

 

Market Malaysia memegang peranan utama untuk mengubah industri jualan langsung, malah, seluruh bidang perniagaan dan pemasaran  melalui Sistem Bisnes UnFranchise yang menakjubkan dan melalui pelaksanaan Pemasaran Satu kepada Satu. Program Pelanggan Keutamaan telah dibina dan diasaskan oleh Market Malaysia sebagai elemen asas untuk melaksanakan konsep Pemasaran Satu kepada Satu. Hala tuju yang strategik dan integrasi Program Pelanggan Keutamaan yang berjaya ke dalam Sistem UnFranchise akan membuka jalan bagi Market Malaysia bersama-sama kumpulan Pemilik Unfranchise di belakangnya untuk membawa perniagaan dan perdagangan abad ke-21 ini ke arah milenium yang seterusnya.


SEK. 1       PEMASARAN SATU KEPADA SATU

Konsep Pemasaran Satu kepada Satu ini adalah berdasarkan sebuah buku terkenal yang ditulis oleh Dr. Martha Rogers dan Don Peppers, The One to One Future: Building Relationships One Customer at a Time (Masa Hadapan Konsep Satu kepada Satu: Membina Hubungan Bersama Seorang Pelanggan pada Setiap Masa).  Pemasaran Satu kepada Satu mengadaptasi beberapa konsep pemasaran yang telah dibuktikan keberkesanannya: pemasaran hubungan, pemasaran pangkalan data, dan inisiatif kepuasan pelanggan.  Dalam memastikan kesemua prinsip ini dilaksanakan, Market Malaysia telah bersedia dengan kemampuan edaran dan jualan syarikat ini yang sangat berjaya; Sistem Pengurusan Unfranchise, iaitu pengurusan kakitangan dan data menggunakan komputer yang digunakan oleh Pemilik UnFranchise syarikat; dan pengenalan produk berasaskan pasaran yang berkualiti tinggi yang konsisten oleh Market Malaysia.

Program Pelanggan Keutamaan Market Malaysia yang hampir keseluruhannya dibina berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam The One to One Future melibatkan Pemilik Unfranchise yang secara sukarelanya mendaftarkan pelanggan mereka yang paling stabil, konsisten dan dihargai dengan syarikat ini.  Pelanggan Keutamaan menyertai program-program interaktif serta membekalkan maklumat mengenai keinginan dan keperluan masing-masing. Sebagai faedahnya, mereka akan menikmati manfaat daripada promosi produk baharu dan banyak lagi.  Di samping itu, interaksi bersama pelanggan dan pembangunan pangkalan data Program Pelanggan Keutamaan ini menyediakan sebuah infrastruktur yang mampu menyampaikan produk tersuai kepada pelanggan mengikut kehendak dan keperluan yang ditunjukkan mereka.


SEK. 2        PEMBANGUNAN PELANGGAN KEUTAMAAN

Langkah pertama untuk mencipta seorang Pelanggan Keutamaan adalah dengan mewujudkan kumpulan pelanggan runcit yang sebesar mungkin. Pemilik UnFranchise akan melihat bahawa terdapat ramai pelanggan daripada kumpulan pelanggan runcit awalan ini yang membeli produk yang sama secara berulang dan konsisten. Penting untuk diingat bahawa prinsip asas Pemasaran Satu kepada Satu adalah berfokus kepada peningkatan pembelian pelanggan (iaitu, menjual lebih banyak produk kepada setiap pelanggan) berbanding peningkatan jumlah pelanggan (iaitu menjual lebih sedikit produk kepada lebih ramai pelanggan). Setiap interaksi yang berlaku antara pelanggan dan Pemilik UnFranchise perlulah menghasilkan pengenalan dan penjualan produk tambahan, mewujudkan perhubungan, dan membina hubungan yang sedia ada. Perhubungan ini akan menambahkan kekerapan dan meningkatkan jualan kepada pelanggan yang berkenaan dan mempengaruhi dialog berterusan mengenai kualiti produk yang dibeli mereka. Pada waktu inilah Pemilik UnFranchise perlu berkongsi tentang potensi peluang perniagaan yang berkaitan dengan penjualan produk tersebut. Sekiranya pelanggan berminat dengan perniagaan ini, tetapkan janji temu untuk Pembentangan Bisnes Satu kepada Satu.  Sekiranya pelanggan tidak berminat dengan perniagaan ini, berikan ganjaran kepada pelanggan yang dihargai ini dengan memperkenalkan dan mendaftarkan mereka dalam Program Pelanggan Keutamaan Market Malaysia.

KELEBIHAN PEMILIK UNFRANCHISE: Antara faedah paling utama apabila mempunyai pelanggan yang menyertai Program Pelanggan Keutamaan adalah: 1) Volum Perniagaan (BV) yang dijana daripada pesanan pelanggan boleh diberikan sama ada kepada Pusat Pembangunan Perniagaan Pemilik Unfranchise (UFO) persendirian yang menaja (termasuk BDC yang dimasukkan semula) atau kepada Pusat Pembangunan Perniagaan asal (tidak termasuk BDC yang dimasukkan semula) UFO yang ditaja yang menyertai Program AutoShip Market Malaysia; 2) Pelanggan Keutamaan yang aktif tidak akan terhapus sekiranya UFO yang menaja mereka keluar dari bisnes ini. Mereka akan diberikan kepada Penyelaras Eksekutif Berkelayakan pertama yang aktif di bahagian atasan paling hampir dengan UFO yang mendaftarkan Pelanggan Keutamaan tersebut. 3) Syarikat akan membantu Pemilik UnFranchise (UFO) dengan memperkenalkan produk baharu dan memasarkan produk tambahan kepada Pelanggan Keutamaan mereka; dan 4) Laporan Jualan UFO (Borang MY1000's) boleh dikemukakan secara dalam talian dengan menggunakan pembelian Pelanggan Keutamaan. 

POTENSI PELAN GANJARAN PRESTASI PENGURUSAN: Berikut merupakan contoh yang akan menunjukkan demonstrasi potensi kejayaan terhadap ganjaran prestasi pengurusan anda apabila melaksanakan Program Pelanggan Keutamaan menerusi satu organisasi jualan dan edaran.

         Andaian Konservatif:

  • Membeli dan menggunakan setidaknya 100 BV setiap bulan secara peribadi.
  • Mewujudkan 10 Pelanggan Keutamaan berulang yang setiap daripadanya membeli setidaknya 40 BV setiap bulan.
  • Menyamakan kepada lebih kurang 500 BV setiap bulan.
  • Duplikasi tindakan ini kepada sekurang-kurangnya tiga orang Pemilik UnFranchise di sisi sebelah kiri dan tiga Pemilik UnFranchise di sisi sebelah kanan.
  • 3000 BV dijana setiap bulan yang bersamaan sekurang-kurangnya RM1,200 dalam bentuk komisen pada setiap bulan.

         Tujuh Pemilik UnFranchise melayani 70 Pelanggan Keutamaan akan terus berkembang dan bertambah!

         JANGAN MENGABAIKAN KEPENTINGAN PROGRAM PELANGGAN KEUTAMAAN APABILA MELAKSANAKAN CORAK ABC DALAM MEMBANGUNKAN KEKUATAN DAN TAPAK 10.

Rujuk Dasar dan Prosedur Program Pelanggan Keutamaan untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran dan pengurusan Pelanggan Keutamaan anda.